Hari ini aku selesai melaporkan diri di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.Setelah Tiga tahun mengambil krusus doktor pakar kanak-kanak,akhirnya aku diterima kerja di hospital besar Kuala Lumpur bersama dua temanku iaitu Dina dan Chak.Mengingatkan tentang Chak,senyuman manis terukir di bibirku.Lelaki yang aku kenali sepanjang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di London.Lelaki yang sangat mengambil sepenuh perhatian kepadaku.Dia banyak membantu aku sepanjang berada di luar negara.Dia dan Dina lah yang selalu memberi aku kata-kata semangat di saat aku jatuh.Aku sangat berterima kasih kepada mereka berdua.Pelbagai dugaan yang telah aku tempuhi sepanjang menyambung pelajaranku di luar negara namun kini aku bersyukur,semuanya sudah selesai.Hari ini aku sudah boleh bernafas lega.Selepas ini,aku mampu menyara keluargaku dan anak kecilku bernama Misya.Misya adalah anak hasil perkahwinanku dengan Zafran.Kehadiran Misya tidak pernah diketahui oleh Zafran.Hanya keluargaku dan teman-temanku yang mengetahuinya.Tentang lelaki itu,sudah hampir 4 tahun aku tidak mendengar khabar beritanya.Malah,sehingga kini aku masih sah bergelar isterinya.Kali terakhir aku mendengar khabarnya apabila ayah mengatakan Zafran dan Sofia akan melangsungkan perkahwinan.Saat itu,hatiku benar-benar mati untuk Zafran.Aku mencuba untuk memfailkan penceraian,dan menghantar surat perjanjian cerai,namun Zafran tidak pernah menandatangani surat tersebut.Hingga kini,status ku ibarat gantung tak bertali.
"mommy",panggil Misya lembut.
Panggilannya membuatku tersedar dari lamunan panjang ku.Aku tersenyum memandang Misya.
"Ye sayang.Ada apa?",tanya ku lembut.
Misya berjalan perlahan-lahan menghampiri ku.
"I'm hungry",rungut Misya.
Jawaban Misya mengundang tawaku.
"Alololo anak mommy dah lapar ye.Emmm apa kata hari ini,mommy belanja anak mommy yang cantik ni makan KFC.Nak tak?",tanyaku.
Misya bersorak gembira.
"Nak!Nak!But i want daddy come eat together.I miss daddy so much",kata Misya sambil menunjukkan wajah comelnya.
"Alah,daddy busy with his work dear.Daddy cant go with us sayang",pujukku memberi alasan.
"I Don't want!.I want daddy go with mommy and i",rungut Misya.
Aku menarik nafas panjang.Misya memang sangat manja.Perangainya begitu cerewet.Namun aku bersyukur,Misya anak yang sangat pintar.Walaupun baru berusia 3 tahun lebih,dia sudah petah berbicara,malah dia sudah mampu mengenal huruf-huruf dan juga mampu mengenali nombor-nombor yang diajarkan oleh cikgu.Misya lebih pandai berbahasa English berbanding bahasa melayu kerana,semenjak kecil aku sudah menghantarnya ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak berhampiran tempat tinggalku ketika melanjutkan pelajaran di kota London.Bahasa penghantar yang digunakan sudah semestinya Bahasa Inggeris.Oleh it,Misya seperti sudah terbiasa dengan bahasa asing yang digunakannya untuk berbual dengan ku mahupun teman-temannya di landon.Aku cuba melatih Misya berbahasa melayu.Oleh itu,aku selalu sahaja menjawabnya dalam bahasa melayu.Aku bersyukur kerana,Misya mudah faham dengan bahasa yang aku gunakan.Sekurangnya apabilah balik ke Malaysia,Misya masih boleh berbahasa melayu.
"Misya,London and Malaysia is different place sayang.We already back to Malaysia, so,we cant meet daddy always.Because daddy also work.He busy",pujukku lagi.
"I want go back to London.I Don't want here.When we at London,daddy always go out with us.I miss daddy so much mommy"luah Misya.
Aku menarik nafas dalam-dalam.Permintaan Misya amat sulit untuk aku tunaikan saat itu kerana,aku sedar,aku masih isteri orang.
"Okay,misya call daddy.Ask him if he free to go out with us",kataku akhirnya mengalah.
Misya bersorak gembira.Dia lantas mencari telefon bimbitku dan mendail no telefon Chak.
"Hallo daddy"ucap Misya sebaik sahaja Chak menjawab panggilan tersebut.
"Hello my little sweet.How are you",ucap Chak.
"I'm sick daddy.Because i really miss you",ucap Misya.
Aku di sebelahnya hanya ketawa mendengar celotehnya.
"Owh really?.I'm sorry my dear.Daddy have many work to do.So i forget to make a call.So,can you forgive me?",pujuk Chak.
Dia benar-benar menyesal kerana setelah seminggu balik ke Malaysia,dia belum pernah menelefon apatah lagi menjenguk Misya.Bagi Chak,Misya sudah seperti anaknya sendiri.Itulah sebabnya dia mengelarkan dirinya ayah kepada misya.Dia kasihan apabila teman-teman sekolahnya sering sahaja bertanyakan kepada Misya tentang ayahnya.Oleh yang demikian,dia mengelarkan dirinya sebagai ayah kepada Misya agar teman-temannya itu mempercayai Misya mempunyai seorang ayah.
"Okay,i will forgive you,but daddy must go out with me and mommy"kata Misya.
Chak tersenyum gembira mendengar kata-kata dari gadis comel itu.
"Okay, Daddy take you and mommy go out with me okay.Wait until daddy come",kata Chak.
"Thanks you daddy.I love you so much",jawab misya gembira.
"I love you too sayang",ucap Chak.
Dia lantas menamatkan panggilannya kerana dia juga harus bersiap.Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan cinta hatinya itu.
"So,what you daddy answers?",tanyaku sebaik sahaja Misya selesai berbual dengan Chak.
"Daddy will come with us.Im so happy mommy.I really miss daddy",luah Misya.
Aku hanya mampu tersenyum.Andai sahaja Misya tahu bahawa Chak itu bukan ayah kandungnya.Dia pasti sangat terluka.
"Okaylah,Misya pergi bersiap sekarang.Nanti kalau daddy datang,tak sempat pula bersiap",kataku.
"Okay mommy.I love you and daddy much",ucap Misya sebelum masuk ke kamarnya untuk bersiap.Hanya senyuman di bibirku mengiringi tubuh kecil milik Misya menghilang di sebalik pintu kamar ku.Aku juga turut sama bersiap.Takut andainya Chak sampai,dia terpaksa menunggu lama.
******
Bunyi hon kereta di luar pagar rumah sewaku menandakan Chak sudah sampai.Aku lantas memanggil misya.
"Misya, turunlah, daddy dah sampai tu",panggilku.
Sementara menunggu Misya turun,aku keluar untuk membuka pintu pagar rumah.
Sebaik sahaja pintu pagar di buka,Chak sudah berdiri di hadapan keretanya.
"Maaf buat awak tunggu lama.Misya tu,lambat sangat bersiap.Awak pun tau kan Misya tu macam mana",jelasku sambil tersenyum.
"Tak pe,faham sangat dengan perangai anak gadis aku tu",usik Chak.
Senyuman manisnya terukir di bibirnya sehingga kedua lesung pipit di tepi bibirnya terukir.Chak memang sangat tampan.Lelaki yang berasal dari pulau pinang.Berketurunan cina melayu.Ayahnya berbangsa melayu dan ibunya berbangsa cina.
"Awak terlalu manjakan Misya Chak",tegur ku lembut.
Chak memandang aku perlahan.
"Apa salahnya manjakan anak tu.Aku dah anggap dia seperti anak ku sendiri",jawab Chak.
"Yela,aku tahu.Tapi awak pun tahu kan hakikatnya yang sebenar.Aku tak nak satu saat nanti dia terluka",jelasku.
"Zara,you know how much i love u daughter right?.And u also know,how much i love you.Kenapa kita tak bersama je andai awak takut Misya akan terluka",tanya Chak sedikit terasa dengan kata-kataku itu.
"Aku dah bagitahu awak kan,aku ini masih isteri orang Chak.Bagaimana untuk kita bersama.Itu sangat mustahil",jawabku sedikit tegas.
Reaksi wajah Chak berubah sayu.Dia tahu hakikat sebenar,namun dia benar-benar mencintai gadis di hadapannya itu.
"Saya akan tetap tunggu awak Zara.Sampai bila pun itu,saya akan tetap menunggu",ucap Chak mengakhiri perbualan kami apabila melihat misya sudah menghampiri aku dan Chak.
"Daddy!.I miss you",laung Misya seraya berlari memeluk tubuh tegap milik Chak.
Chak lantas mendukung misya.dan mencium pipi Misya berkali-kali.Jujurnya,Chak sangat merindui gadis itu.
"I miss you too sayang",jawab Chak.
Chak membuka pintu keretanya dan meletakkan tubuh misya di kerusi bahagian penumpang.Tali pinggang keselamatan di pasang demi keselamatan anak kecil itu.
"Sit and dont naughty okay", pesan Chak sebelum menutup pintu kereta.
"Okay daddy",jawab Misya gembira.
Aku hanya mampu tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.
"Masuklah,kita bertolak sekarang",ajak Chak.
Tanpa melengahkan masa,aku lantas menutup pintu pagar rumah.Dan perlahan-lahan masuk ke dalam kereta milik Chak.
*******
"Sampai bila awak akan jadi macam ni Zaf?",tanya Datin Aida.
Hatinya risau melihat keadaan anaknya itu.Zafran kini bukan seperti Zafran yang dulunya.Zafran kini sudah berubah 360 darjah dari kehidupan asalnya.Kalau dahulu,Zafran seorang yang tegas,yang selalu ceria,Kini Zafran menjadi seorang yang pendiam.Malah,dirinya juga seperti tidak terurus.Kehilangan seorang isteri yang sangat dicintainya benar-benar memberi impak negetif pada dirinya.Dunia Zafran menjadi kosong.Hidup yang dahulunya indah,kini bertukar suram.Dahulu hidupnya penuh cinta,namun kini,hanya derita yang menyesakkan dadanya.
"Dengar tak mami cakap ni?",tanya Datin Aida lagi.
Zafran memandang Datin Aida sayu.
"Tak perlu bertanya lagi mami.Bagi Zaf,tak ada gunanya lagi hidup ini.Semuanya sia-sia.Dan apa yang paling Zaf kesali,selama ini,orang yang Zaf sayang,orang yang Zaf percaya,rupanya berkomplot untuk memusnahkan kebahagian Zaf sendiri",luah Zafran kesal.
Datin Aida menelan air liurnya.Dia tahu,orang yang di maksudkan oleh Zafran adalah dirinya sendiri.
"Maafkan mami Zaf.Mami tak sangka sejauh itu Sofia lakukan.Mami tahu,mami dah banyak buat silap terhadap hubungan Zaf dengan Zara.Mami dah sangat menyesal sekarang",luah Datin Aida.
Zafran tersenyum tawar mendengar kata-kata dari ibunya.
"Penyesalan yang sudah tiada gunanya lagi mami.Semuanya dah hancur.Sama macam hati Zaf sekarang",ucap Zafran.
Dia lantas berdiri dan berlalu meninggalkan ibunya di ruang hadapan rumah banglo milik keluarganya itu.
Semenjak aku meninggalkan Zafran,Zafran berpindah ke rumah keluarganya semula.Hanya sekali sekala dia akan kembali ke rumah milik kami berdua.Zafran sebenarnya tidak ingin berpindah ke rumah orang tuanya namun dia tidak mampu terus bertahan di rumah milik kami berdua.Segala kenangan manis bersama denganku akan selalu terbayang di wajahnya apabila berada di rumah tersebut.Hatinya akan bertambah rindu,bertambah sakit apabila mengenangkan diriku.Oleh yang demikian,dia mengambil keputusan untuk berpindah.Zafran hanya mengupah pembantu khas untuk menjaga rumah tersebut.
******
"I miss you Malaysia.Long time no see",ucap Natasha sebaik sahaja kakinya menapak keluar dari kapal terbang MAS.Setelah tiga tahun berada di Australia bersama keluarganya, baru hari ini dia kembali semula ke Malaysia.Natasha merapikan rambutnya yang sedikit kusut di tiup angin.Kaca mata hitam yang dipakainya dibuka perlahan.Natasha tersenyum manis memandang beberapa pemuda yang sedang duduk memerhatikan dirinya sedari awal kedatangannya lagi.Tanpa membuang masa,Natasha lantas menarik bagasi miliknya.Dia tidak mahu berlama-lama an di sana kerana hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke rumahnya.Dari kejauhan,Natasha sudah melihat 3 orang bodyguardnya sedang berdiri menunggu dirinya.Natasha tersenyum manis.Dia mempercepatkan langkahnya mendekati bodyguard nya itu.
"Haii",Natasha menyapa lembut bodyguard yang di upah oleh ayahnya untuk menjaga dirinya dari Natasha kecil hinggalah kini.
Ketiga-tiga bodyguard tersebut terkejut mendengar sapaan dari Natasha.
Mereka berpandangan sesama sendiri apabila melihat gadis cantik menyapa mereka.Natasha mengerutkan dahinya hairan.
"Apa yang boleh kami bantu cik?"tanya Mat,Salah satu bodyguard Natasha.
Natasha ketawa terbahak-bahak mendengar pertanyaan dari bodyguardnya itu.Rupanya mereka sudah tidak mengenali dirinya.
"Aku Natasha lah!",kata Natasha memperkenalkan dirinya.
Dia sama sekali tidak menyangka bahawa ketiga-tiga bodyguardnya selama ini sudah tidak mengenalinya lagi.
"Cik Natasha ke?,Laaa ingatkan orang putih mana yang tersesat tadi",jawab Mat sambil ketawa.
Jujur,dia memang sudah tidak mengenalinya lagi.Natasha kini telah berubah dari sebelumnya.Kalau dahulu,Natasha sering mengenakan snowcap menutupi rambutnya,malah berpakaian ala-ala lelaki,namun kini,Natasha sudah mempunyai keyakinan diri.Dia sudah pandai berfesyen,malahan rambutnya yang selama ini dilitupi snowcap,kini sudah terurai cantik melepasi bahunya.Anak matanya yang sememangnya asli berwarna biru menambahkan lagi kejelitaan dirinya.
"Apalah abg Mat ni.Baru tiga tahun kita tak jumpa dah lupa ke?"tanya Natasha sedih.
Ketiga-tiga bodyguardnya ketawa memandang Natasha.
"Natasha dahulu nampak macam budak-budak.Tapi Natasha sekarang bagaikan jelmaan bidadari yang turun dari kayangan.Itulah kita orang tak kenal lagi",usik Bad.
"Mana dia.Natasha yang dulu masih samalah.Yang selalu menyusahkan abg bodyguard",jawab Natasha.
Dia sememangnya sangat merindui bodyguard upahan ayahnya itu.Merekalah yang selalu menjaga Natasha apabila ayah dan ibunya ke luar negara.Malah Natasha sudah menganggap mereka seperti abangnya sendiri.
"Natasha rindu sangat kat Korang.Lama sangat rasanya tak jumpa",ucap Natasha sayu.
Ketiga-tiga bodyguardnya tersenyum memandangnya.Mereka juga tidak menyangkal,mereka juga merindui gadis itu.Gadis yang sebelum ini sangat menyusahkan mereka.
"Tulah,merajuk sampai tinggalkan Malaysia.Tapi kami gembira melihat perubahan natasha",ucap Bad.
Natasha tertawa perlahan.Mengingatkan semula kisahnya,dia ketawa sendiri.Hanya kerana ingin melupakan Zamri, dia sanggup meninggalkan Malaysia untuk mengubati hatinya yang terluka.Namun Natasha tidak menyesalinya.Dia malah bersyukur kerana dia mampu membuktikan pada Zamri dan keluarganya bahawa dirinya mampu melupakan segala.Dia juga bersyukur kerana dia sudah mampu percaya pada dirinya.Dia sudah tidak rasa malu dengan kekurangan yang dirasainya pada diri selama ini.Dia bersyukur kerana,segala kekurangan pada diri yang dirasakannya selama ini merupakan anugerah tuhan paling indah di hidupnya.Hanya diri Natasha sahajalah yang menganggap dirinya berbeza dari pada orang lain.Pada hakikatnya dia adalah seorang gadis yang sangat cantik.
"Merajuk pun,Natasha berjaya move on kan?",kata natasha sambil tersenyum.
"Yes.We proud of you Natasha.You are the strong girl",puji Bad.
Natasha tersenyum bahagia.
"Dah!Dah.Kita cerita sampai rumah.Kalau nak sembang sekarang,alamat tahun depan barulah sampai rumah",kata Natasha bergurau.
Ketiga-tiga bodyguardnya ketawa mendengar celoteh dari gadis cantik kesayangan mereka itu.
"Dah jom.Mat angkat bagasi cik muda kita ni",arah Bad kepada Mat.
Dengan tidak membuang masa,Mat lantas mengangkat beg Natasya dah meletakkannya di bonet belakang.Natasha dan yang lainnya masuk ke dalam kereta.Setelah Mat masuk ke dalam kereta,barulah mereka mula bertolak untuk balik ke rumah.
Share this novel