BAB38

Romance Series 57282

"Zaf,dah ada ke model untuk Fashion show untuk program syarikat nanti"tanya Datin Aida apabila aku dan Zafran datang ke rumah malam itu.
"Dah ada mami.Kenapa?",tanya Zafran hairan.
"Zaf,mami,Zara minta diri dulu.Nak tolong Mak Tam di dapur.Mami dan Zaf sembang lah dulu",kataku meminta diri.
Aku sebenarnya tidak tahu harus berbual apa dengan mereka.Kerana itu,aku mengambil keputusan untuk menolong Mak Tam di dapur.
"Yela.Hati-hati syg Yee"ucap Zafran sebelum aku melangkah pergi.
Aku hanya menghadiahi Zafran sebuah senyuman manis sebelum berlalu.Setelah bayanganku menghilang di sebalik pintu dapur,barulah Datin Aida melanjutkan bicaranya.
"Laa ye ke.Tak,mami ingat kalau tak cukup lagi,rasanya nak suruh Sofia jadi model nanti"jelas Datin Aida.
Wajah Zafran bertukar tidak senang.Dia sememangnya tidak menyukai Sofia,apatah lagi mendengar nama perempuan itu.
"Mami tau kan,Zaf tak pernah suka Sofia.Apatah lagi dengan apa yang dah dia lakukan di syarikat dulu",luah Zafran.
"Mami faham.Tapi tak salah kan kita bagi peluang kat dia.Lagi pun,dia cakap,nak tebus kesalahan dia dulu",bela Datin Aida.
"Kalau dia nak tebus kesalahan dia,satu cara je.Jangan muncul di hadapan Zaf ataupun depan zara!",kata Zafran tegas.
Wajah Datin Aida berkerut mendengar kata-kata Zafran.
"Zaf,Zaf janganlah hukum Sofia macam tu sekali.Tiap manusia pasti ada kesilapannya.Mami juga macam tu.Kalau dia dah insaf,tak salah andainya dia hendak meminta maaf kan.Sedangkan Allah sahaja mengampunkan umatnya yang penuh dengan dosa,inikan pula kita manusia biasa", nasihat Datin Aida.
Bersungguh benar dirinya memujuk Zafran agar memaafkan bakal menantu kesayangannya itu.
Zafran menarik nafas panjang.
"Zaf tau,tapi Zaf tak nak Sofia buat hal dalam majlis tu nanti.Mami tau kan,semua client kita akan datang.And how if Sofia make something unexpected?",tanya Zafran.
Datin Aida mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Ni Zaf.Sofia tak akan buat macam tu.Mami kenal Sofia tu.Dia gadis yang baik sebenarnya Zaf.Hati Zaf je yang buta menilainya",kata Datin Aida sedikit keras.
Hatinya sakit apabila mendengar Zafran berkata sesuatu terhadap bakal menantu kesayangannya itu.Namun di harus bersikap rasional agar lakonannya tidak di hidu oleh Zafran.
"Tak tau lah mami.Zaf pun tak mengerti kenapa Zaf tak suka Sofia tu.Tapi hati Zaf kuat mengatakan,Sofia akan buat sesuatu pada majlis tu andai Zaf benarkan dia datang",luah zafran.
"Jangan mengandaikan sesuatu yang belum tentu benar Zaf.Sofia ikhlas meminta kemaafan.Kalau tak pun Sofia jadi model masa itu.Izinkan mami mengundang Sofia hanya sebagai tamu",rayu Datin Aida.
Dia berharap sangat agar Zafran setuju dengan permintaannya.Dia tidak mahu rancangannya bakal gagal.
Zafran masih berfikir.Hatinya berbelah-bagi.Tidak mengizinkan bererti dia telah menghancurkan harapan ibunya.Hendak menyetujuinya,hatinya kuat mengatakan Sofia punya rancangan yang tidak baik dalam majlis itu.Datin Aida tahu apa yang sedang bermain di fikiran anaknya itu.
"Zaf,please.Beri Sofia satu kali peluang je untuk menebus kesilapannya.Mami mohon",rayu Datin Aida.Wajahnya benar-benar mengharapkannya.Zafran memandang wajah ibunya.Wajah yang benar-benar membuatnya keluh untuk menolak permintaannya.
"Mami dah berkorban dengan terima Zara.Takkan aku tak boleh buat perkara yang sama.Memberi peluang pada Sofia untuk menebus silapnya",fikir Zafran.
"Baiklah,Mami boleh jemput Sofia datang",kata Zafran.
"Terima kasih sayang.Mami gembira sangat",ucap Datin Aida.
Terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya.
"Sama-sama mami.Tapi,andai Sofia buat masalah lagi.Zaf tak akan berdiam lagi",kata Zafran memberi amaran.
Datin Aida tersenyum gembira.
"Ye Zaf.Nanti mami beritahu Sofia",kata Datin Aida bahagia.
Tidak sabar rasanya untuk dia menghubungi Sofia untuk memberitahu Sofia tentang berita bahagia itu.

Aku yang sedang sibuk membantu Mak Tam menyediakan makanan sesekali memandang Zafran dan ibunya yang sedang berbual di ruang utama rumah banglo itu.Hatiku sebenarnya ingin tahu apa yang di bualkan oleh mereka namun ku pendamkan sahaja.
"Zara pergilah bersembang dengan Zaf dan Datin di hadapan.Mak Tam boleh je buat semua ni",suruh Mak Tam lembut.
Aku tersenyum memandangnya sambil menyusun pinggan di atas meja makan.
"Tak pe Mak Tam,Zara okay je nak tolong Mak Tam.Lagi pun,Zara tengok serius je mereka.Mungkin bincang hal penting kot.Lagi satu,Zara tak tau nak mulakan perbualan dengan mereka",luahku.
Mak Tam hanya tersenyum memandangku.
"Lagi pun,dorang cerita perihal syarikat.Zara tak berani campur tangan.Takut ada yang salah.Malu Zara nanti",luahku lagi.
"Yela zara.Mak Tam pun faham.Bukan kita tak tau Datin tu macam mana kan.Garang betul.Silap kecil boleh jadi besar",kata Mak Tam.
Aku hanya mengangguk perlahan.Faham benar dengan sifat Datin Aida.Namun aku bersyukur kerana,Datin Aida sudah mampu melayani dengan baik kini.

"Sembang apa tu?"tegur Dato' Mazlan tiba-tiba mengejutkan aku dan Mak Tam.Aku dan Mak Tam menoleh Dato' Mazlan serentak.
Aku lantas mengurut perlahan dadaku.
"Daddy rupanya.Terkejut Zara.Tak sembang apa pun daddy.Cuma berbual kosong je",jawabku sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis kepadanya.
"Ingatkan sembang ke tadi.Berbisik-bisik je daddy tengok",kata Dato' Mazlan.
Aku tersengih.
"Tak de daddy.Sembang biasa Ngan Mak Tam je.Yelah,dah lama tak jumpa",balasku.
Aku memandang Mak Tam yang sibuk menyambung pekerjaannya tanpa menyampuk perbualan aku dan Dato' Mazlan.Aku tahu dia takut untuk berkata-kata.
"Dah lapar ni.Zara pergi panggil Zaf dan mami.Perut daddy dah menyanyi-nyanyi ni.Apatah lagi hidu wangian dari makanan ni",kata Dato' Mazlan.
"Baik daddy.Zara panggil mereka sekejap",kataku meminta diri.
Aku lantas berlalu untuk memanggil Zafran dan Datin Aida untuk makan malam bersama.

*******

Aku memicit-micit kepalaku yang agak sakit.Aku tidak tahu kenapa kepalaku agak berat.Pagi tadi ketika di tempat kerja,aku okay sahaja.Namun setelah bersiap untuk menghadiri program makan malam syarikat,kepalaku tiba-tiba terasa berat dan berdenyut-denyut.
"Kenapa sayang",tanya Zafran sebaik keluar dari bilik air apabila melihat aku yang sedang memicit-micit kepalaku.
"Tak tau kenapa.Kepala ni tiba-tiba je sakit",jawabku.
Zafran menghampiri ku perlahan.
"Awak ada berjemur ke pagi tadi?",tanya Zafran sambil mengurut perlahan kepalaku.
"Rasanya tak de.Pagi tadi cuma tolong pekerja yang lain siapkan segala keperluan untuk majlis malam ni",rungutku.
"Laa,macam mana lah ni.Sekejap lagi kita dah nak berangkat ke majlis tu.Sayang okay ke tak?",tanya Zafran risau.
"Aku tak tau.Malas la macam ni.Dah la program penting,kepala buat hal pula",rungutku lagi.
"Sayang rehat je kat rumah.Tak pe",kata Zafran.
Aku memandang wajah Zafran.
"Tapi,hari ni kan aku kena ikut serta Fashion show tu?",ucapku perlahan.
"Tak pe sayang.Pandai-pandailah aku cari orang ganti tempat sayang nanti.Aku janji aku cuba balik seawal yang boleh",kata Zafran.
"Tak pe ke?".
Aku mengulang semula pertanyaan ku sebentar tadi.
"Tak pe sayang.Kesihatan sayang lebih penting dari segalanya",ucap Zafran.
Aku tersenyum memandang Zafran.Hatiku lega mendengar kata-katanya.Aku lantas memeluk tubuh Zafran.
"Terima kasih awak.Maaf sebab tak dapat hadir bersama.Tak tau kenapa kepala ni sakit sangat",luahku.
Zafran tersenyum sambil mencium perlahan ubun-ubunku.
"It's okay sayang.Tapi pastikan,call aku bila sakit kepala tu tak reda.Aku risau bila melihat keadaan sayang macam ni",kata Zafran meluahkan rasa bimbang di hatinya.
Aku mengemaskan pelukan ku,seperti tidak ingin berpisah dengannya.
"Sayang peluk macam ni buat aku tak nak jalan ke majlis tu lah.Aku lebih rela duduk berdua dengan sayang",usik Zafran.
Aku lantas melepaskan pelukan ku.
Zafran ketawa melihat reaksi ku.
"Dah!.Jangan mengada-ngada,majlis tu penting.Tapi janji,balik awal.Sunyi bila sendiri kat umah ni",luahku.
"Tulah makanya,kita harus punya baby cepat-cepat.Bila aku tiada kat rumah,ada baby jaga sayang",usik Zafran lagi.
"Dah,awak pergi bersiap sekarang",kataku menukar topik perbualan.
Aku tahu,semakin aku melayan karenah Zafran.Semakin menjadi-jadi perangainya.
Zafran ketawa terbahak-bahak memandang aku.
"Yela.Baru nak manja sikit pun,dah marah",kata Zafran.
Dia lantas berlalu untuk menukar pakaiannya.
Aku duduk di birai katil sambil memandang Zafran.Hatiku terasa berat untuk melepaskannya malam itu.Namun aku tahu,kehadiran Zafran amat penting dalam majlis itu.
Setelah selesai merapikan diri,Zafran lantas mendekati aku yang sedang duduk di birai katil Di cium perlahan keningku.
"Aku dah nak berangkat.Sayang jaga diri.Ada ubat di peti sejuk.Jangan lupa makan.Kalau sakit dah tak boleh di bendung lagi,call aku cepat-cepat Yee",pesan Zafran.
"Yela,awak hati-hati Yee",pesanku.
Zafran mengangguk perlahan dan berlalu meninggalkan aku.
"Sunyi nye.Semoga majlis berjalan lancar seperti yang dah di rancang.Semoga semua baik-baik sahaja",doaku di dalam hati.
Aku lantas berbaring dan memicit perlahan kepalaku.

******

"Zara mana?",tanya Datin Aida apabila melihat Zafran sendirian datang ke majlis itu.
"Aah,daddy tak nampak Zara pun",kata Dato' Mazlan juga.
"Zara tak sihat mami,daddy.Kepalanya tiba-tiba rasa sakit.Tulah dia tak dapat hadir sama",jelas Zafran kesal.
"Bagus.Nampaknya rancangan aku dipermudahkan.Terima kasih ya Allah beri aku peluang untuk jayakan rancangan aku ni.Tak perlu lah aku berikan Zara ubat",kata Datin Aida di dalam hati.
Hatinya melonjak riang.
"Laa ye ke.Ada ubat tak kat rumah",tanya Datin Aida berpura-pura risau.
"Ada mami.Kalau sakit tu bertambah,Zaf dah suruh dia call Zaf",jelas Zafran.
"Harap-harap Zara cepat sembuh.Kenapalah masa-masa penting macam ni lah tak sihat",ucap Datin Aida menunjukkan rasa simpatinya terhadap zafran.
"Nak buat macam mana lagi mama,perkara yang memang tak dijangkakan.Kita doa yang baik-baik je",jawab zafran sambil menghela nafas berat.
"Zara mengandung kot?",duga Dato' Mazlan tiba-tiba.
Zafran dan Datin Aida tersentak mendengar kata-kata dari Dato' Mazlan.
"Apalah awak ni,fikiran sampai ke situ pula",marah Datin Aida tiba-tiba.
"Tak salah nak fikir kan.Dorang dah lama nikah,takkan belum terfikir nak ada anak",kata Dato' Mazlan.
Zafran tertawa perlahan.
"Awal lagi lah daddy.Tapi kalau ya pun, alhamdulillah.Zaf tak menolak.Anak tu rezki terbesar",luah Zafran.
Datin Aida mendengus geram.Malas sangat mendengar perbualan suami dan anaknya itu.
Hatinya risau andai telahan suaminya benar.Jika benar, rancangannya benar-benar gagal.Hatinya benar-benar tidak mampu menerima andainya Zara benar-benar mengandung.
"Dah mampu pikul tanggungjawab jadi seorang ayah ke?.Ingat sikit,bukan senang nak jadi seorang ayah",sindir Datin Aida.
"Awak tak suka ke?",tanya Dato' Mazlan setelah mendengar kata-kata dari isterinya itu.
Dia hairan dengan sikap isterinya yang tiba-tiba berubah mendadak apabila mendengar kata-katanya sebentar tadi.
"Bukan tak suka.Tapi aku nak Zaf benar-benar bersedia dulu baru fikir soal anak",jawab Datin Aida.
"Dah!Dah!,.Stop cerita tu.Sekarang kita kena fikirkan majlis ni berjalan lancar.Bukan nak bertekak dalam majlis ni",marah Zafran.
Dato' Mazlan dan Datin Aida terdiam mendengar kata-kata Zafran.Datin Aida menjeling Dato' Mazlan tajam.Geram dengan tingkah suaminya itu.
"Sekarang ni,kita fikir bagaimana nak cari pengganti Zara dalam fesyen show tu",kata Zafran.
Senyuman Datin Aida terukir.Dia sebenarnya sudah ada pilihannya tersendiri.
Dari kejauhan dia sudah melihat Sofia yang sedang berjalan menghampiri mereka.Berbaju dress berwarna merah tanpa lengan.Anggun dan menyerlah.Senyuman Datin Aida semakin mekar.
"Hai mami,hai daddy,hai Zaf",sapa Sofia sebaik sahaja sampai.
"Hai sayang,amboiii cantiknya dia",puji Datin Aida sambil memeluk tubuh ramping milik Sofia.
Dato' Mazlan hanya tersenyum memandangnya.Begitu juga Zafran.
"Zaf,apakata Sofia ganti tempat Zara.Yela,tak payah nak peningkan kepala tu,dah ada calon paling sesuai depan mata",kata Datin Aida.
Sofia hanya tersenyum bangga.
"Aah Zaf.Suruh je Sofia ganti tempat Zara.Kita dah tak de masa lagi nak cari lain",sokong Dato' Mazlan.
"Eh!,Zara tak datang ke?",tanya Sofia.
"Zara tak berapa sihat Sofia.Tulah tak dapat datang.Syukurlah awak datang,senang sikit kerja aku",kata Zafran.
Sofia tersenyum bahagia.Dia tak menyangka Zafran melayannya begitu baik malam itu.Tidak sia-sia dia datang majlis itu.
"Terima kasih Zaf sudi terima Sofia berkerjasama.Sofia doa supaya Zara cepat sembuh",kata Sofia.
Datin Aida dan Dato' Mazlan tersenyum mendengar kata-kata Sofia yang sangat sopan dan lemah lembut itu.
"Sama-sama Sofia.Maaf dah menyusahkan awak kali ini.Jom aku hantar awak ke bilik persalinan",ajak Zafran.
Dia risau andai masa tidak mencukupi untuk bersiap.
"Sofia dan Zaf pergilah,mami dan daddy nak sembang-sembang dulu dengan beberapa teman dulu.Good luck",ucap Datin Aida.
"Terima kasih mami.Kami pergi dulu.Jom Sofia",ajak Zafran.
Mereka berlalu meninggalkan Dato' Mazlan dan Datin Aida untuk ke ruang persiapan kerana sekejap lagi,majlis akan bermula.

*********

Aku terjaga apabila mendengar bunyi alam di telefonku.Aku lantas mencapai handphone dan melihat jam di screen.Sudah jam 4 pagi.Aku melihat tempat tidur Zafran.Namun kosong.
"Dia belum balik ke?,kenapa tak balik lagi",kataku perlahan.
Aku melihat handphone ku semula.Melihat andai ada mesej ataupun panggilan dari Zafran.Namun tetap hampa.Tiada sebarang panggilan mahupun whatsapp daripadanya.Hatiku sedikit risau.Aku lantas mendail nombor telefon Zafran.Berdering namun langsung tidak dijawab.Aku semakin resah.Banyak perkara bermain di fikiranku.
"Ya Allah,kenapa tak jawab ni.Ada masalah ke?",tanya ku sendiri.
Aku berusaha menelefonnya semula.Berulang-ulang kali aku mencuba mendail nombor telefon Zafran namun masih tetap tidak dijawab.Aku lantas menghantar pesanan kepadanya.Aku berharap agar pesananku bakal di baca dan di balas, Sekurang-kurangnya aku tahu dia selamat.Aku menunggu dan terus menunggu balasan dari Zafran,namun tiada yang kunjung tiba.
"Please lah Zaf,jangan buat hatiku risau",bisikku perlahan.
Aku gelisah.Untuk mengurangkan kebimbangan di hatiku,aku bangun perlahan-lahan ke bilik air.Berniat untuk mencuci mukaku.setelah siap,aku keluar semula dan mencapai telefonku semula.Aku lihat ada beberapa mesej dari Zafran.
Hatiku sedikit gembira.Aku lantas membuka mesej yang dikirimnya.Jantungku seakan terhenti saat melihat gambar-gambar yang di kirim melalui telefon Zafran.Handphone di tanganku jatuh tanpa ku sedari.Air mataku mengalir perlahan.Mesej yang dihantar adalah gambar-gambar Zafran dan Sofia yang sedang berpeluk tanpa berbaju.Hatiku sakit tanpa mampu aku bendung.
"Kenapa Zaf, kenapa buat aku seperti ini",tangis ku.
Tangisan ku semakin menjadi-jadi.Air mata sudah tidak mampu aku tahan lagi.Ia mengalir deras di pipiku.
'Kenapa buat aku jatuh cinta kepada awak Zaf.Kenapa?.Setelah aku menerima diri awak,menerima cinta awak,awak khianati cinta aku",tangis ku lagi.
"Terima kasih Zaf,terima kasih untuk cinta awak yang penuh dengan kepura-puraan ini.Aku tak menyangka,aku hanya jadi orang ketiga sebenarnya dalam hubungan awak dan Sofia.Aku janji,aku akan pergi jauh dari hidup awak",tangis ku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience