BAB36

Romance Series 57282

Aku membawa ayahku ke sebuah restoren bersebelahan dengan pejabat KWSP setelah urusan ayahku selesai.Suasana panas benar-benar meletihkan.Hari ini aku sengaja meminta cuti kerana ingin menemani ayahku untuk urusan KWSP nya.Walaupun berkali ayah menolak namun aku tetap berkeras untuk menemaninya.
"Papa nak makan tak.Dah tengahari ni",tanyaku.
"Tak lapar lagi.Papa nak minum je.Haus pula tekak ni",luah ayahku.
Aku segera meminta 2 gelas fresh orange kepada pelayan restoren tersebut.Sementara menunggu,aku memeriksa whatsapp di telefonku,namun tiada yang penting.Hanya beberapa whatsapp dari group teman seuniversitiku.Namun aku malas untuk membalasnya.Aku lantas menyimpan semula telefonku apabila seorang pelayan menghantar pesanan ku sebentar tadi.
"Terima kasih",ucapku.
Pelayan itu hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum.
"Minumlah papa",jemputku.
"Ye,lepas ni Zara nak balik terus atau nak singgah ke mana-mana lagi",tanya ayahku.
"Papa nak ke mana-mana ke?",tanyaku.
"Papa fikir nak beli pancing dulu.Pancing papa dan adik kamu tu dah lama sangat.Kebetulan dah sampai bandar ni,bolehlah beli",kata ayahku.
"Okay,nanti Zara temankan papa",jawabku.
Ayah hanya tersenyum memandangku.
"Papa gembira sangat Zara"luah ayahku.
Aku memandang ayah.Tertanya-tanya kenapa ayah kata seperti itu.
"Napa pula pa?",soalku.
"Yelah,tengok anak gadis papa dah besar panjang,dah berkahwin,lagi pun papa tengok Zara sekarang dah bahagia walaupun perkahwinan Zara tu atas pilihan keluarga,Zara mampu menerima",terang ayahku.
Aku hanya tersenyum memandang ayahku.
"Semoga Zara terus bahagia papa,walaupun dah banyak sangat rintangan yang Zara lalui", bisik hatiku.
"Jom lah Zara.Kita gerak sekarang.Hari macam nak hujan je",ajak ayahku apabila melihat awan di langit mendung.
"Yela pa,jom",kataku.
Aku lantas ke kaunter pembayaran untuk membayar harga minuman yang telah aku pesan Dan sesudah itu,aku dah ayahku bergegas ke kedai menjual pancing.

*******

"Pastikan fax semua kat client kita tarikh program yang akan kita laksanakan tu.Beritahu semua staf,esok jam 2 petang ada mesyuarat untuk membincangkan perihal aktiviti-aktiviti yang akan kita lakukan sepanjang program.And once more,make sure all staf datang.Tiada pengecualian ",kata Zafran memberi arahan kepada Ani.
"Baik bos.Ada apa-apa lagi ke?",tanya Ani.
"I think,that all",jelas Zafran.
"Okay,kalau macam tu,aku sambung kerja dululah",kata Ani meminta diri.
Zafran hanya menganggukkan kepalanya.Ani lantas keluar dari bilik Zafran.
"Sunyi pula Zara tiada",bisik Zafran perlahan.
"I miss you Zara.Baru sekejap tak jumpa,tapi macam dah lama sangat tak jumpa", gumman Zafran.
Dia menarik nafas perlahan.Satu senyuman terukir di bibirnya.Fikiranya menerjah kisah semalam.
"Awak tidur sini je lah",kata Zafran.
"Tak pe,aku tidur atas lantai je",jawabku ringkas sambil mengangkat bantal dan selimut.
Zafran lantas merampas selimut dan bantal di tanganku dan menyusunnya semula di atas katil.
"Pleaselah awak.Jangan berkeras sangat boleh tak.Awak tidur sebelah aku pun,aku tak kacau awak lah.Aku tak akan sentuh awak kalau awak tak rela",jelas Zafran.
Aku terdiam mendengar penjelasan Zafran.Bukan aku takut,tapi aku lebih kepada segan.Aku tak pernah tidur dengan lelaki sebelum ni.Melihat kebisuan aku,Zafran lantas menarikku duduk di sampingnya.
"Awak tau tak,dah jam berapa ni,esok kita nak kerja kan.Awak tu isteri aku, sebenarnya tempat awak ada di sebelah aku.Tapi awak degil sangat",luah Zafran.
Aku menarik nafas berat.
"Aku tau,tapi,awak juga yang nak kita berpisah tempat tidur dulu kan",kataku cuba menyalahkannya semula.
Zafran menarik nafas panjang.
"Zara,awak tau tak,setiap manusia tak sempurna.Pasti ada kesilapan.Awak tak boleh salahkan aku,awak tak tau perasaan aku saat tahu aku terpaksa bernikah dengan perempuan yang aku tak kenali langsung", terang Zafran.
Aku tidak membalas kata-katanya.Aku hanya mendengar.
"Aku sayang awak Zara.Aku tak tahu sejak bila rasa itu ada.Tapi,yang jelasnya sekarang,aku tak boleh kehilangan awak",luah Zafran.
Aku sedikit terharu mendengar luahan hatinya.
"Awak tau tak,berapa lama aku tidak mempercayai perempuan?.Aku pernah dikecewakan satu masa dulu.Sejak itu,aku rasa perempuan tu semuanya sama je.Hanya tahu menyakiti,mempermainkan perasaan lelaki.Awak tau tak betapa sakitnya,betapa perihnya kat sini",kata Zafran sambil menarik tanganku dan meletakkan jari jemari ku di dadanya.
"Tapi awak tak boleh samakan aku dengan dia Zafran",luahku.
"Aku tahu,tapi awak kena faham hati aku Zara.Semuanya berlaku sangat pantas sehingga aku tak mampu menilai seseorang.Jujur,dari awal aku lihat awak,aku hanya menganggap awak cuma nak ambil kesempatan terhadap aku dan keluarga aku.Tapi aku sedar,awak tak seperti yang aku sangkakan",luah Zafran.
Jujur aku sakit hati bila Zafran menganggap ku seperti itu.Namun aku perlu berfikir secara rasional.Setiap manusia perna ada perkara silam yang dilalui.
"Maafkan aku sayang.Aku tahu,aku dah banyak lukai perasaan awak",kata Zafran.
Dia mengenggam jari jemari ku erat.
"Aku boleh maafkan awak tapi ada syaratnya",kataku.
Senyuman aku ukir.
Zafran memandangku seakan tidak percaya namun senyuman masih di ukir di bibirnya.
"Amboiii dah pandai bersyarat ye.Okay,andai syarat itu mampu menebus kesilapan yang pernah aku lakukan terhadap awak,aku terima apa sahaja syaratnya,asalkan syarat itu tak memisahkan kita",terang Zafran.
"Syaratnya awak kena cerita semua tentang awak dari dulu sampailah kita dah kahwin.Tak nak ada apa-apa yang tersembunyi.Boleh tak?",tanyaku.
"Baiklah,aku akan ceritakan semuanya.Tapi dengan satu syarat juga",kata Zafran.
Aku merenungnya.
"Ada syarat juga ke?.laaa ingatkan aku je ada syarat.Emm tak pelah,apa syaratnya?",tanyaku ingin tahu.
"Syaratnya,lepas ni awak kena terima aku sebagai suami awak dan juga,aku nak awak tinggal dengan aku dalam bilik ni.Boleh?",tanya Zafran.
Aku menarik nafas dalam-dalam.Permintaanya rumit,namun aku juga ingin menambah baikkan hubungan yang dari awalnya penuh dengan liku.Aku juga ingin hidup seperti orang lain yang bahagia walaupun pada dasarnya tiada cinta yang mengikat antara dua hati itu.Aku percaya akan ketentuan Allah.Allah menemukan aku dengan Zafran walaupun aku tidak perna melihatnya walau sekalipun.Allah juga takdirkan cinta berputik di hati aku dan dirinya.Oleh itu tak salah rasanya jika aku memberi peluang pada hubungan ini.
"Baiklah aku terima",jawabku setelah sekian lama berdiam diri.
Zafran tersenyum senang.Terpancar sinar kebahagian di matanya.
"Mari sini,kita baring sambil aku cerita semuanya",ajak Zafran.Dia berbaring di atas katil dan menepuk-nepuk bantal di sebelahnya.Memberi isyarat supaya aku juga berbaring di sebelahnya.
Dengan perlahan aku berganjak baring di sebelahnya.Zafran merapatkan dirinya ke sisiku.
Dengan perlahan meletakkan kepalaku di lengannya.Aku tidak menolak.Aku bahagia diperlakukan seperti itu.Sebelum ini aku tak pernah rasakan kebahagian seperti itu.Inilah kali pertama.Dan aku suka rasa itu.Zafran mula bercerita.Dari kisahnya mula belajar di luar negara dahulu sehinggalah mengenali seorang gadis bernama Monalisa.Gadis yang telah mengubah seratus peratus pola hidup Zafran.Dan saat itu jugalah,aku tidak menyedari bila masanya mataku tertutup rapat.Yang aku tahu,aku membuka mataku pagi tadi,tangan Zafran memelukku begitu erat.

Zafran tersenyum sendirian.Mengingatkan kisah semalam,hatinya bahagia.Kerana itulah,seharian ini dirasakan begitu panjang.Masa terasa begitu lambat berlalu.Hati Zafran tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih hatinya itu.Sedari pagi,Zafran asyik melihat jam.Dia ingin agar waktu kerja cepat berlalu.Dia ingin sekali menatap wajah gadis idamannya seluas-luasnya.

*******

Sofia bertemu dengan Natasha di sebuah kedai menjual baju-baju berjenama.Natasha yang sibuk mencari-cari Sepasang dress untuk dipakainya di malam Party hari jadinya nanti.Bukan tiada baju yang disediakan oleh ibunya,namun dia ingin cuba mencari baju pilihannya sendiri.Sebelum ini,berapa banyak pasang baju yang di sediakan oleh ibunya tatkala menjelang hari jadinya,namun Natasha tidak pernah berminat.Malah dia tidak pernah memakainya walau sekalipun.Dia lebih suka dengan pakainya sekarang.Berseluar jeans dan berbaju t-shirt.Namun entah mengapa,kali ini dia sangat teruja menyambut Party hari jadinya.Mungkin kerana dia ingin terlihat cantik di mata kekasih nya yang belum tentu di akui kekasih oleh lelaki itu.Namun dia ingin mencuba.Malam hari jadinya nanti dia akan meluahkan segala isi hatinya kepada Zamri.Lelaki pertama yang mampu menjadikan hatinya cair.Lelaki yang mampu membuatkan dirinya mendambakan cinta.Dan kerana itu,dia ingin tampil cantik malam itu
"Wow!.Tak sangka juga,gadis tomboy ada perasaan jadi wanita",sindir Sofia tiba-tiba.
Natasha agak terkejut mendengar kata-kata Sofia.
Dia memandang Sofia sekilas.
"Owh tak sangka pula jumpa perempuan berlagak kat sini ye",balas Natasha geram.
"Awak pun nak beli baju ke?.Mampu beli ke?",sindir Natasha.
Sofia mengetip giginya geram.
"Kalau setakat baju-baju kat sini.Tak mainlah aku.Baju murah.Kalau aku,Pakai baju murah,habis kulit-kulit aku gatal",jawab Sofia separuh menyindir.
Natasha tergelak mendengar kata-kata Sofia.Terasa agak lucu di pendengarannya.
"Laa ye ke.Mungkin awak ni ada penyakit gatal-gatal kot",sindir Natasha.
Dia ketawa terbahak-bahak sambil memandang Sofia.Sofia mengengam penumbuknya.Terasa geram mendengar kata-kata gadis di hadapannya itu.Ingin sahaja dia merobek-robek mulut Natasha saat itu.
"Tak la.Aku memang anti baju murah.Yelah,baju macam ni orang miskin je yang nak beli.Orang yang tak de class macam kau je yang nak beli",sindir Sofia tidak mahu mengalah.
Dia benci sangat pada Natasha yang sudah membuat dirinya di halau oleh Zamri sebulan yang lalu.
"Aku salah dengar ke?.Bukan ke kau yang tergolong dalam wanita berclass rendah tu?",tanya Natasha.
Senyuman senget di bibir Natasha yang menyindir dirinya benar-benar menguji kesabaran Sofia.Natasha tau,Sofia geram padanya,namun perempuan berlagak di hadapannya itu harus di beri pengajaran.
"Kau kata apa?.Ulang balik kata-kata kau tadi!",marah Sofia.
Kesabarannya sudah sampai di tahap maksima.Natasha memandang Sofia dengan pandangan menyindir.
"Laa awak pekak rupanya.Nak aku cakap kuat-kuat supaya orang sekeliling tau yang kau ni perempuan class rendah?",tanya Natasha.
Sofia mengangkat tangan cuba menampar Natasha namun Natasha lebih cepat bertindak memegang pergelangan tangan Sofia.Walaupun tubuh Sofia lebih besar berbanding dirinya,namun kekuatan tangan Natasha lebih kuat daripada kekuatan tangan Sofia.Natasha mengengam pergelangan tangan Sofia keras.
"Sakitlah bodoh!.Lepaskan tangan aku",bentak Sofia.
"Kau jangan nak main-main dengan aku perempuan berlagak.Aku tau asal usul kau.Aku tau keluarga kau macam mana.Kalau aku bongkarkan,mungkin kau tak sanggup nak keluar rumah bertahun-tahun nanti.Semua rahsia kau aku simpan dalam poket seluar aku",ugut Natasha.
Sofia terdiam.
"Kau ingat aku takut.Aku nak beritahu kau,jauhi diri dari Zamri.Kerana kau,Zamri dah tak nak layan aku",marah Sofia.
Sebenarnya dia tidak mahu mengatakan itu kepada Natasha,namun dia sudah kehilangan kata-katanya untuk membalas Natasha.
"Owh,kau tak tahu lagi ke?.Sini aku beritahu,Zamri dan aku akan bertunang",kata Natasha mereka-reka cerita.
Sofia memandangnya tidak percaya.
"Owh!!Awak tau tak,aku mengandung anak Zamri?"tanya Sofia.
Dia lantas menutup mulutnya apabila terlanjur mengaku anak dalam kandungannya itu anak Zamri.Natasha tersentak.Pegangan tangannya terlepas.Hatinya tiba-tiba rasa sakit.
Sofia ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Natasha.Hatinya melonjak gembira.Dia merasakan kemenangan berpihak kepadanya.
Tanpa berkata apa-apa,Natasha pergi meninggalkan Sofia sendirian.Mood untuk membeli baju hilang begitu sahaja.Air matanya hampir menitis.
"Kau dah ada anak dengan perempuan berlagak tu Zam.Nampaknya,aku tak akan berpeluang memiliki kau",bisik Natasha.
Airmatanya menitis.Sofia hanya mengekori langkah Sofia dengan pandangan matanya.Hatinya benar-benar puas kerana mampu menyakiti perasaan Natasha.Dari awal dia sudah agak,gadis itu menyimpan perasaan terhadap Zamri.Satu senyuman penuh makna di ukir.
"Padan muka kau perempuan berlagak",kata Sofia sebelum keluar dari kedai baju itu.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience