Hari ini balutan tangan dan kaki Zafran sudah boleh dibuka.Datin Aida begitu gembira dengan perkembangan kesihatan anaknya itu.Chak yang sedang sibuk menyediakan alat-alat untuk membuang semen di tangan dan kaki Zafran tersenyum memandang Datin Aida.
"Doc,berapa lama lagi Zaf akan pulih seperti sediakala?"tanya Datin Aida sambil mendekati doktor muda di hadapannya itu.
Chak menghentikan seketika kerjanya dan memandang Datin Aida.
"Kalau Zafran ikuti rawatan fisioterapi yang ditetapkan, InshaAllah dalam masa tiga bulan lagi Zafran akan sembuh sepenuhnya",jawab Chak.
Senyuman terukir di bibir Datin Aida.
Dia lantas memandang Zafran yang sedang duduk menyandar di birai katilnya sambil memandang Chak melakukan kerjanya.
"Dengar tu Zaf,sekejap lagi Zaf akan pulih sepenuhnya jika Zaf ikuti rawatan yang diberikan.Zaf kena usaha lagi.Banyakkan pergerakan agar pergerakan Zaf lancar selepas ni.Mami nak Zaf subuh seperti sediakala dan boleh beraktiviti seperti biasa", nasihat Datin Aida.
Zaf hanya mengangguk faham.
"Mami,Zara tak datang ke hari ni?"tanya Zafran tiba-tiba.
Chak yang sibuk dengan tugasannya terhenti seketika apabila mendengar Zafran menyebut nama Zara.Dia cuba mendengar kata-kata seterusnya dari Zafran.
"Tak tau lah Zaf.Mami ada call dia pagi tadi bagitahu tentang balutan semen Zaf akan dibuka hari ini.Tapi Zaf pun tahu kan,Zara hanya dapat datang waktu rehat je",terang Datin Aida.
"Zara ada bagitahu ke yang dia akan datang?"tanya Zafran lagi.
Hatinya melonjak ingin tahu.
"Tak de pula Zara bagitahu dia nak datang.Tapi selalunya dia datang je jenguk Zaf kan.Alah,Zaf janganlah risau,Zara pasti datang",jawab Datin Aida cuba memujuk anak lelakinya itu.
"Ehmmm".
Chak yang sedari tadi mendengar perbualan dua beranak itu cuba mengalihkan perhatian mereka.Entah mengapa,bila sahajaemdemgar nama Zara disebut-sebut,hatinya terasa sakit.
Mendengar suara Chak,datin Aida dan Zafran lantas menoleh Chak.Segan di perhatikan oleh mereka,Chak lantas menukar topik perbualan agar kelakuannya tidak menimbulkan syak wasangka mereka.
"Kalau dah bersedia,aku nak buka balutan tu sekarang",kata Chak.
Datin Aida lantas mengangguk faham.
"Ya dipersilakan",jawab Datin Aida.
Chak mendekati Zafran dengan beberapa peralatan yang diperlukan untuk membuka balutan semen tersebut.
"Can i?",tanya Chak meminta kebenaran dari Zafran untuk memulakan tugasannya.
"Yes",jawab Zafran ringkas.
Dengan perlahan dan penuh berhati-hati,Chak membuka balutan semen di tangan dan kaki Zafran.
Datin Aida hanya memandang namun tidak bertanya apa-apa.Setelah beberapa minit,barulah Chak selesai membuka kesemua balutan tersebut.
"Zafran,boleh tak gerakkan tangan dan kaki awak.Gerakkan perlahan-lahan.Sekiranya masih terasa sangat sakit,beritahu aku",kata Chak memberi perintah.
Zafran menggerak-gerakkan tangannya perlahan.Masih sedikit sakit.Begitu juga dengan kakinya itu.
"Bagaimana?",tanya Chak inginkan kepastian.
"Sakit sedikit sahaja.Tak seperti sebelumnya",jawab Zafran sambil memandang doktor tampan dihadapannya itu.
"Okay,sakit sedikit itu perkara normal kerana terlalu lama berbalut.Buat sementara waktu ni dalam seminggu,awak tidak dibenarkan untuk mengangkat bebanan berat Yee,pastikan awak lakukan pergerakan pada kaki dan tangan awak agar tangan dan kaki awak berfungsi seperti biasa",pesan Chak.
"Baiklah doctor",jawab Zafran.
"Pastikan ikuti rawatan fisioterapi dengan teratur.Awak tak boleh skip makan ubat calsium tu sebab tu untuk menguatkan semula tulang-tulang awak yang patah tu",pesan Chak lagi.
Zafran hanya mengangguk faham.
Chak menulis sesuatu di dalam fail Zafran.
"Doc,untuk tulang belakang Zafran,bila agaknya Zafran akan sembuh sepenuhnya",tanya Datin Aida tiba-tiba.
Chak menyelesaikan penulisannya sebelum menjawab pertanyaan datin Aida.Setelah selesai,Chak menutup fail tersebut dan memandang Datin Aida perlahan.
"Untuk tulang belakang Zaf tu,ia mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk sembuh,tapi untuk pulih seperti sediakala mungkin mengambil masa yang agak lama la,bergantung pada disiplin Zafran mengikuti semua rawatan yang akan diberikan",jelas Chak.
"So,kalau Zafran ikuti semua rawatan yang diberikan,kemungkinan untuk Zaf sembuh cepat tu tinggilah kan doc?", tanya Datin Aida penuh pengharapan.
"Insyaallah.Apa pun,kita doakan yang terbaik untuk Zafran",jawab Chak sambil tersenyum.
"InshaAllah",ucap Datin Aida pula.
"Okaylah,pastikan ubat-ubatan diambil mengikut masa yang ditetapkan.Nanti kita jumpa lagi",kata Chak sambil mengemaskan beberapa peralatan yang digunakan sebentar tadi dan menyuruh jururawat yang bertugas menyimpannya semula.Setelah semuanya selesai,Chak keluar dari wad Zafran ke biliknya semula.Masih banyak yang harus dia lakukan selepas itu.
*******
Aku dan ibu datang melawat Zafran tengahari itu.Ikutkan hati aku malas membawa ibu sekali,namun ibu medesakku berkali-kali untuk membawanya menziarahi Zafran.Walaupun berkali-kali aku menegahnya,namun ibu tetap berkeras untuk pergi.
"Maaflah mama, terpaksa mama datang naik teksi ke sini.Zara sibuk tadi,banyak sangat patient hari ni",ucapku sebaik sahaja ibu sampai.
"Tak pe,mama faham.Jomlah ke wad Zafran.Nanti habis pula masa rehat Zara nanti",ajak ibuku.
Aku tersenyum memandangnya.
"Kalau ye pun,tak perlu lah tergesa-gesa,kalau jatuh kang siapa susah,mama juga kan",usikku.
Ibu tersenyum memandangku.
"Dah lama tak jumpa menantu mama tu.Tak sedap pula rasa hati mama ni kalau tak datang melawat.Yelah,mama kan dah lama kat KL ni,takkan la langsung tak datang melawat pula.Nanti apa kata besan nanti",jawab ibuku.
Aku dan ibu beriringan ke wad Zafran.
"Mama kalau dah sampai kat sana,tak perlulah tanya itu ini ye,nanti apa pula kata ibu Zafran nanti.Bukan mama tak kenal dengan mak mertua Zara tu kan", pesanku.
"Ye,mama faham",kata ibuku.
Perbualan diantara aku dan ibuku terhenti apabila sampai dihadapan pintu wad Zafran.
"Ingat pesan Zara ye mama",kataku mengingatkan ibu lagi.
Ibu mengangguk faham.Setelah itu,aku menguak perlahan pintu wad Zafran untuk memudahkan ibu masuk.
"Asalamualaikum mami,Zaf",ucapku sebaik sahaja masuk.
"Walaikumsalam.Zara,Eh!besan pun datang sekali",jawab Datin Aida ramah.
Aku bersalaman dengan datin Aida,begitu juga ibuku.
"Mama beria-ia sangat nak datang melawat mami.Zara bawa je la.Mama kata,tak senang hati tak jumpa Zafran", terangku.
Datin Aida tersenyum senang.
"Apa khabar besan.Lama tak dengar khabar?,berdua dengan Zara je ke?.Yang lain mana?",tanya Datin Aida bertubi-tubi.
Aku membiarkan ibu dan datin Aida berbual.Aku lantas menghampiri zafran.
"Aah,berdua dengan Zara je.Papa dan adik Zara ada kat kampung.Dah lama sebenarnya aku kat KL ni,datang melawat Zara,tapi baru kali ini jelah berpeluang datang,awak pun tahu kan,Zara ni sibuk je selalu",jelas ibu.
Dia melangkah menghampiri Zafran yang sedang bersandar di birai katilnya.
"Apa khabar nak?"tanya ibu.
Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Zafran.
"Alhamdulillah mama,Zaf dah semakin pulih.Maaflah mama,lama tak datang jenguk mama dan keluarga kat kampung",ucap Zafran ramah.
"Tak pe nak,mama faham.Zaf sembangkan dengan Zara dulu,mama nak berbual dengan mak Zafran kejap",kata Ibu lembut.
"Yela",jawab Zafran ringkas.
Ibu menghampiri datin Aida yang sedang sibuk membancuh kopi untuk tetamu.Alu hanya memerhatikan ibu dan datin Aida berbual mesra.Di dalam hatiku berdoa agar ibu tidak berkata apa-apa tentang Misya kepada ibu mertuaku itu.Risau sangat dihatiku memikirkannya.
"Sayang pandang apa tu?",tanya Zafran apabila melihat aku yang asyik memandang ibu dan Datin Aida.
Aku lantas memandangnya.Sebuah senyuman manis aku ukirkan.
"Tak de apa.Apa khabar hari ni.Dah semakin baik ke?",tanyaku menukar topik perbualan.
"Alhamdulillah dah semakin baik.Abang lega sangat dah sekarang ni,yela,dah boleh bergerak banyak.Tak seperti sebelum ni.Tangan dan kaki berbalut,sukar sangat nak bergerak sendiri",luah Zafran.
Aku tersenyum.
"Alhamdulillah kalau dah semakin baik.Harap-harap lepas ni boleh sembuh dengan cepat",doaku.
Sesekali aku menjeling ibu dan datin Aida yang sedang berbual di kerusi tetamu.Begitu serius.Ingin sekali aku mengetahui apa yang dibualkan oleh mereka.Jujur sahaja,hatiku takut andai ibu tersalah kata dan terlanjur memberitahu tentang Misya pada Datin Aida.
"Sayang",panggil Zafran berulang kali apabila melihat aku termenung jauh.
Menyedari keterlanjuran ku,aku lantas memandang Zafran.
"Sayang ada masalah ke?.kenapa dari tadi asyik pandang mami dan mama?",tanya Zafran hairan.
"Errr,tak de apa masalah pun",jawabku.
Zafran memandangku seperti tidak berpuas hati.Dia sepertinya tahu ada sesuatu yang sedang bermain di fikiranku.
"Cuba cerita kat abang.Sayang buat abang risau",kata Zafran.
"Tak ada apa pun.Cuma risau jika mama tersilap kata.Awak pun tahu kan,mami tak suka keluarga aku",jawabku.
Zafran memandang ku sayu.
"Pasti Zara masih tak mampu maafkan mami",bisik Zafran perlahan.
Zafran mengenggam jari jemari ku perlahan.
"Janganlah risau,mami dah tak seperti dulu lagi.Dia dah insaf atas semua kesalahan yang dah mami lakukan",jawab Zafran cuba menenangkan perasaanku.
"Entah lah awak,Zara pun tak tahu nak kata pe,cuma,Zara tak nak sejarah lalu berulang kembali.Cukuplah sekali mendapat hinaan",jelasku.
Zafran menarik nafas panjang.
"Tiap manusia pasti pernah buat silap sayang.Tiada manusia yang sempurna.Begitu juga mami,dia juga insan biasa yang tak lepas dari dosa silam.Tapi,sekarang ni mami dah sedar akan kesilapan yang pernah mami lakukan,kita kena maafkan dia",terang Zafran.
"Dah lama Zara maafkan mami,cuma sekarang ni,Zara tak nak tersilap langkah lagi.Zara nak lebih berhati-hati selepas ni.Biarlah perkara lalu Zara jadikan pengajaran dalam hidup Zara.Zara dah serik",luahku perlahan.
"Sayang dah tak nak maafkan abang ke?",tanya Zafran.
Aku tertawa kecil mendengar kata-kata Zafran.Aku memandangnya.
"Zara dah lama maafkan awak.Sejak 3 tahun yang lalu.Sekarang ni Zara dah bahagia dengan kehidupan Zara",jawabku.
Zafran menarik nafas dalam-dalam lagi.Entah mengapa Zara yang dikenalinya dulu,tak sama seperti Zara yang dihadapannya kini.Dadanya sedikit terasa sesak.
"Sayang,sayang nak tinggalkan abang ke?"tanya Zafran sayu.
Aku menundukkan pandanganku.Tidak tahu apa yang harus aku perkatakan.
"Jawablah sayang,betulke tak nak bersama abang lagi?",ulang Zafran.
Aku menarik nafas panjang.
"Kita sembang pasal ni bila awak dah benar-benar sihat.Apa pun sekarang,awak jangan fikir banyak-banyak.Fokus pada kesihatan awak dulu",jelasku.
Zafran tidak mampu berkata apa-apa lagi.Dihatinya ingin tahu keputusannya,namun dia tahu,aku pasti tidak akan memberikan jawaban kepadanya saat itu.
Aku memandang jam di tanganku.Hanya berbaki beberapa minit waktu rehat ku tamat.
"Zara kena pergi dulu.Waktu rehat dah hampir habis.Awak jaga diri baik-baik",pesanku.
Aku lantas berdiri dan bersalaman dengan Zafran.
"Sayang,ingat kata-kata abang ni,apa pun terjadi,abang sayangkan sayang,abang tak nak kehilangan sayang kerana abang sangat mencintai sayang",ucap Zafran perlahan sebelum melepaskan tanganku.
"Dah,awak jangan fikirkan perkara ni sekarang,apa yang penting,ikuti rawatan yang diberikan.Zara pergi dulu",kataku meminta diri.
Aku lantas berjalan menghampiri ibu dan Datin Aida.
"Mami,waktu rehat Zara dah nak habis.Zara kena balik berkerja",kataku.
"Owh,yela,Zara hati-hati lah",jawab Datin Aida sambil tersenyum.
Aku hanya membalas senyumannya.Pandanganku beralih kepada ibu.
"Mama nak balik sekarang atau masih nak berborak dengan mami?",tanyaku lembut.
"Mama pun dah nak berangkat balik Zara.Mama kena berkemas,esok mama dah nak balik kampung.Ayah kamu tu dah banyak kali call suruh balik",jawab Ibu lembut.
"Yela,jom la ma kita bertolak sekarang.Zara dah lambat ni",ajakku lembut.
Ibu lantas berdiri dan mencapai beg tangannya.
"Kami pergi dulu besan.Nanti ada masa,aku akan bawa Zara melawat lagi",ucap ibu.
Datin Aida berdiri dan tersenyum.
"Baiklah,nanti ada masa datanglah lagi.Sunyi aku dan Zafran berdua je kat sini.Daddy Zafran tu pun sekali sekala je datang.Yela,terpaksa ganti Zaf sementara mengurus syarikat.Ni balik nanti Zara hantar ataupun naik teksi je?",tanya Datin Aida.
"Naik teksi la jawabnya,Zara kerja tak sempat nak hantar.Lagipun,nak singgah beli beberapa barang sebelum balik",jelas Ibu.
"Yela,nanti hati-hati yee",pesan datin Aida ramah.
"Yela,kami pergi dulu",kata ibu sambil menghulurkan tangannya bersalaman.Datin Aidae menyambut tangan ibu.
"Kami pergi dulu ye mami.Ada masa Zara datang lagi",ucapku.
Datin Aida hanya mengangguk perlahan.
Aku dan ibu beriringan keluar dari wad zafran.
******
"Mak tak perlulah balik esok,petang jumaat kita balik sama-sama.Zara dan Misya pun dah lama tak balik kampung",kataku.
Ibu yang sedang sibuk membasuh pinggan lantas menolehku.
"Zara nak balik kampung ke?.Mesti papa dan adik gembira sangat.Lagi pun adik Zara tu balik-balik tanya bila Zara dan Misya nak balik kampung",terang Ibu.
Aku tersenyum gembira melihat senyuman yang terukir di wajah ibuku.Jelas sekali kegembiraan yang terpancar di wajahnya.
Aku berdiri dan mendekati ibuku.
Dengan lembut memeluk tubuh kurusnya dari belakang.Dagu ku sandarkan di bahu ibu.
"Mama tahu tak,Zara gembira sangat",luahku.
Ibu tersenyum memandangku.
Tangannya terus ligat membasuh pinggan.
"Sebab pe?",tanya ibu.
"Sebab Allah kurniakan Zara seorang ibu seperti mama.Zara bangga sangat.Zaralah orang paling bertuah di dunia ini Kerna ada ibu yang penyayang seperti mama",ucapku.
Pelukan aku kemaskan di pinggang ibuku.
"Zara tak menyesal ke sebab lahir di keluarga yang tak kaya?",tanya ibu sambil melirik ke arahku.
"Siapa kata keluarga kita tak kaya mama?. Keluarga kita paling kaya Zara rasa",kataku.
Ibu melirikku hairan.
"Kenapa cakap macam tu?",tanya ibu ingin tahu.
"Kita memang tak kaya harta mama,tapi keluarga kita kaya budi bahasa.Itu lebih baik daripada kaya harta benda tapi tak kaya pada budi bahasa.Allah tak pandang pada harta kekayaan seseorang,tapi Allah pandang pada kebaikan kita",terangku.
Ibu mengangguk faham.
"Dah!,tak perlu nak manja-manja kat sini,Zara pergi atas tengok Misya.Kita sebagai ibu seharusnya meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak.Zara pun tau kan,malam je masa Zara melayan si Misya tu",kata ibu.
"Alah,baru nak manja-manja sikit dah merungut",usikku manja.
Ibu tertawa mendengar kata-kataku.
"Zara naik dulu,nanti siap basuh pinggan,mama naik sama.Nanti kita sembang kat atas.Biarkan mama siapkan kerja mama ni dulu",jelas ibu.
"Tak pe ke Zara tak tolong?",tanyaku.
"Tak pe,mama faham.Zara kan penat,balik dari kerja kena uruskan itu ini.Tak pe,selagi mama ada kat sini,Zara tak perlu susah payah nak buat kerja-kerja macam ni.Biar mama je uruskan.Yelah,mama pun boring juga asyik duduk kat umah je.Lainlah kalau kat kampung,banyak benda lagi yang mama boleh lakukan",terang ibu.
"Terima kasih mama.Zara sayang mama sangat-sangat",ucapku.
Satu kecilan singgah di pipi ibu sebelum aku berlalu pergi.
Ibu mengeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah aku.
"Macam budak-budak",bisik ibu perlahan.
********
Sofia berbaring di atas katilnya.
"Boringnye",luah Sofia.
Dibelek-belek telefon bimbitnya.
"Azman ni kenapa tak call aku lagi.Selalunya jam-jam macam ni dah call.Tapi hari ni,kenapa tak call pula.Takkan sibuk kot",bisik Sofia perlahan.
Hari ini genap seminggu Azman meninggalkannya ke luar negara.Genap seminggulah juga Sofia seperti cacing kepanasan menunggu kehadiran Azman.Bagi Sofia,dia ingin menakluki hati Azman agar dia boleh berkahwin dengan lelaki kaya itu.Dia suda berazam untuk memiliki lelaki itu sepenuhnya.Baginya,memiliki Azman seperti memiliki seluruh dunia.Oleh itu,dia rela melakukan apa sahaja yang diingini oleh lelaki itu agar lelaki itu jatuh cinta kepadanya.
"Tak dapat Zafran dan Zamri,Aku akan pastikan Azman menjadi milikku",bisik Sofia.
Sofia ketawa terbahak-bahak sehingga memenuhi ruangan biliknya.
"Aku akan pastikan,kau jadi milik aku Azman.Jadi milik aku.Harta kau akan jadi milik aku!!",,kata sofia keras.
Datin Ain yang kebetulan lalu di hadapan pintu bilik Sofia terhenti seketika sebaik mendengar ketawa Sofia yang sangat kuat.
"Sofia di dah kenapa.Malam-malam ketawa sendirian",bisik Datin Ain.
Dia lantas melangkah memasuki bilik Sofia.
"Hey Sofia,kau dah buang tabiat ke?.Ketawa mengilai-ilai malam-malam.Awak tak takut ke jiran sebelah dengar?",tegur Datin Ain.
Dia sangat tidak menyenangi kelakuan Sofia saat itu.
"Yang mama sibuk buat pe?.Suka hati Sofia la nak ketawa ke,menangis ke,teriak ke.Peduli la orang kata apa.Diri Sofia,diri Sofia la",jelas Sofia sedikit kasar.
"Tak boleh ke sopan sedikit Sofia.Awak tu perempuan.Malu la sikit",tegur Datin Ain lagi.
Sofia mengiring memandang ibunya.
"Ada aku kisah ke?.Lagi pun nak malu pe.Bukannya Sofia datang memintah sedekah pada Dorang semua",jawab Sofia.
Datin Ain mengeleng-gelengkan kepalanya tidak senang.
"Astaghfirullahalazim Sofia.Sedarlah diri tu sikit.Jangam ego sangat.Awak tak takut ke pada balasan tuhan nanti?",tanya Datin Ain.
Sofia ketawa terbahak-bahak memandang ibunya.Dia lantas bangun dan duduk menghadap ibunya.
"Tak perlu lah mama nak jadi ustazah sangat.Nak ceramah kat aku.Buang masa je.Sepatutnya mama tu kena cermin diri mama dulu baru boleh ceramah agama kat aku",tengking Sofia.
"Mama bukan nak jadi ustazah,mama cuma nak nasihatkan Sofia.Mama berhak menegur sikap Sofia andai kelakuan Sofia salah",terang Datin Ain tegas.
Sofia berjalan mendekati ibunya.Ditenungnya datin Ain tajam.Sofia berjalan mengelilingi datin Ain.
"Sebelum mama nak ubah Sofia,ubah dulu sikap mama.Nak tegur kesilapan orang lain,perbaiki kesalahan sendiri dulu.Mama tak fikir ke kenapa papa tinggalkan mama dulu?.Sebab sikap mama yang kurang ajar sangat kat papa",jawab Sofia kasar.
"Pap".
Satu tamparan kuat singgah di pipi Sofia.Sofia lantas meraba pipinya yang pedih kesan dari tamparan ibunya sebentar tadi.
"Sofia jangan kurang ajar sangat pada mama.Sofia tak berhak mengungkit segala apa yang terjadi pada hubungan mama dengan papa Sofia.Sofia tak akan perna faham!",marah Datin Ain.
Sofia ketawa terbahak-bahak memandang ibunya.Satu jelingan tajam dihadiakan kepada ibunya.Tangannya masih terus menyentuh pipinya.
"Sofia kenal mama dari hujung rambut mama hingga hujung kaki mama.Mama tak ubah seperti Sofia juga,dosa sana sini.Mama rasa,mama berhak ke nak tegur Sofia?",tanya Sofia.
Hatinya cukup geram dengan ibunya saat itu.
Datin Ain terdiam.
"Mama ingat mama baik sangat ke?.Dah cukup ke ilmu keagamaan mama untuk menegur Sofia.Kalau belum cukup,tak perlu sibuk-sibuk hal Sofia!",.
"Kerana mama belum cukup ilmu keagamaan la mama tegur Sofia.Mama nak Sofia dan mama sama-sama bertaubat pada Allah.Mama nak kita sama-sama memperbaiki kesalahan yang dah kita lakukan sepanjang hidup kita Sofia",terang Datin Ain.
Suaranya kini di lembutkan sedikit.Sebaiknya dia tidak menegur Sofia dengan kasar.Dia tahu,semakin dia berkasar,selagi itulah Sofia akan terus berkasar juga.
"Mama nak,Sofia dan mama bertaubat sebelum terlambat.Sebelum ajal kita menjemput,selagi masih berpeluang untuk bertaubat kepada Allah,lebih baik kita sama-sama memohon keampunan daripada Allah",nasihat Datin Ain.
"Hey orang tua",kata Sofia kasar.
Jari telunjuknya tepat ke wajah Datin Ain.
"Awak tu lah yang sepatutnya bertaubat sekarang.Awak dah tua,sekejap lagi dah nak mati dah.Tak perlu sibuk nasihat orang lain.Sofia masih muda,masih panjang tempoh untuk bertaubat",kata Sofia angkuh.
"Astaghfirullahalazim Sofia.Bawa mengucap.Ajal maut kita tak tahu Sofia.Tak semestinya umur tua je yang akan mati,umur muda pun,andainya dah sampaiasah Allah nak panggil,tetap akan mati juga",nasihat Datin Ain.
"Ahhh!.Diamlah kau!.Keluar dari bilik aku sekarang!"teriak Sofia lantang.
"Aku bengang dengan kau!.Keluar!",teriak Sofia.
Datin Ain tidak berganjak dari tempatnya.Masih banyak yang harus dia perkatakan kepada anaknya itu kerana sikap Sofia sudah benar-benar keterlaluan.
"Awak tak nak keluar.Baik!",kata Sofia.
Dia lantas menolak kuat tubuh Datin Ain sehinggakan Datin Ain tersungkur jatuh ke atas lantai.
"Astaghfirullahalazim,Sofia!",kata Datin Ain.
Dia tidak menyangka sehingga begitu sikap Sofia terhadapnya.
"Awak masih tak nak keluar ye.Okay,terimalah akibatnya sendiri",kata Sofia.
Dia lantas menarik tangan ibunya yang masih terduduk di atas lantai.Ditariknya hingga ke pintu biliknya.
"Cukup Sofia.Astagafirullahaladzim.Awak tau tak awak berdosa buat mama macam ni",kata Datin Ain namun langsung tidak diendahkan oleh Sofia.
Dia terus menarik tubuh Datin Ain tanpa belas kasihan sehingga ke luar biliknya.
"Bammm!!".
Pintu bilik ditutup kuat.
Datin Ain tersentak.Diurutnya perlahan dadanya.Airmata terus mengalir di pipinya.
"Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk terus menasihati anakku Sofia.Sesungguhnya Sofia dah jauh terpesong dari agamanya ya Allah.Kuatkanlah hatiku untuk menempuhi ujian yang kau berikan",doa Datin Ain di dalam hati.
Dengan perlahan,Datin Ain mengesat airmatanya dan bangun dipandangnya pintu bilik Sofia yang sudah tertutup rapat.
"Satu saat nanti kau pasti akan menyedarinya juga Sofia.Inshaallah",bisik Datin Ain perlahan sebelum meninggalkan ruangan tersebut.
******
Share this novel