"Kau tidurlah atas katil tu.Biar aku tidur sofa je",kataku kepada Zafran.
"Kenapa kita tak tidur bersama je",tanya Zafran.
Aku membesarkan mataku melihat Zafran.
"Apa kau merepek ni",marahku.
Zafran mentertawakan ku apabila melihat reaksi ku sebentar tadi.
"Kau jangan nak cari pasal dengan aku.Baik kau tidur dan jangan ganggu aku",marahku lagi.
Zafran tidak mempedulikan kata-kata ku.
Dia mendekati ku tiba-tiba.Aku merasa agak cemas.Setapak demi setapak kaki Zafran mendekati aku.Aku perlahan-lahan melangkah mundur ke belakang.
"Kau nak buat apa ni Zafran.Kau jangan nak ambil kesempatan kat aku",kataku memberi amaran.
Zafran masih tidak mempedulikan aku.Aku semakin mendekati meja belajarnya di tepi katil.Zafran masih maju terus menghampiri ku.
Hatiku bergetar kencang.Zafran pula tersenyum-senyum memandangku.
"Kalau kau sentuh aku,aku teriak kuat-kuat",kataku lagi cuba menakut-nakutkan Zafran.
Tangan aku silangkan ke dadaku.
Aku tersandar di meja belajarku.Kali ini Zafran sudah ada di depan aku.Aku lantas menutup mataku tak mahu melihat Zafran.
"Apa Zafran nak buat ni?",bisik hatiku.
Zafran yang sedang tersenyum memandang aku mengambil telefonnya yang berada di atas meja belajarku sambil ketawa.Perlahan aku membuka mataku apabila mendengar suara Zafran ketawa terbahak-bahak.
"Kau memang sengaja nak kenakan aku Yee",kataku geram.Ku capai kotak tisu di atas meja dan melemparnya ke arah Zafran.Zafran yang tidak henti-henti ketawa sambil mengelak.
Aku memang sangat geram dengan Zafran.
"Kalau aku dapat kau,tengoklah nanti aku buat pe",kataku memberi amaran kepada Zafran.Zafran hanya memandang aku.Dia berasa sangat puas dapat mengenakan aku.Aku lantas mengambil selimut dan bantal menuju ke sofa.
"Sayang kau nak ke mana?",tanya Zafran apabila melihat aku mengambil bantal dan selimut.
"Lebih baik aku tidur dari layan perangai kau tu.And one more,Stop calling me sayang.Aku tak suka",kataku.
"Kalau aku suka nak panggil kau macam tu,kau nak buat pe?",tanya Zafran cuba menduga ku.
"Aku bunuh kau!",ringkas je jawaban aku berikan kepada Zafran.
Zafran terkejut mendengar jawaban dari aku.
"Bunuhlah aku sekarang sayang.Aku terima",kata Zafran.
Dia semakin galak menganggu aku.
"Ehhh!! malas la aku nak cakap dengan orang tak faham bahasa seperti kau ni",marahku.Aku lantas menarik selimut dan tidur tanpa pedulikan Zafran lagi.
Aku terjaga dari tidurku apabila mendengar suara Zafran seperti mengigil kesejukan.Dalam kesamaran cahaya bilik,aku lihat Zafran memeluk kakinya kesejukan.Aku lantas memasang lampu agar suasana bilik menjadi terang.Ku lihat Zafran mengigil kesejukan tanpa selimut.
"Ya Allah,aku lupa memberi dia selimut semalam",kataku.
Aku baru teringat semalam aku langsung tidak keluarkan selimut dari alamriku.Aku lantas membuka almariku dan mengambil selimut yang terlipat kemas.Aku segera menyelimutkan tubuh Zafran yang mengigil kesejukan.
"Zara",panggil Zafran lembut.
Dia menarik tanganku.Apabila dia menyentuh tanganku,aku merasakan tangannya begitu dingin sekali.Hatiku menjadi cemas.
"Awak,awak okay tak",tanya ku tersekat-sekat.
"Aku rasa sejuk sangat",kata Zafran.Suaranya agak lemah.
Dia menarik tanganku ke dadanya.Dia seperti ingin sedikit kehangatan dari tangan ku.Perasaan simpati menerjah hatiku.
"Aku ambil air suam sekejap",kata ku.
Aku cuba menarik tanganku.namun Zafran tidak mahu melepaskannya.
"Jangan pergi Zara.Aku sangat sejuk",rayu zafran perlahan.Aku tidak jadi pergi.Zafran masih mengigil-gigil kesejukan walaupun tubuhnya berselimut tebal.Bibirnya pucat menahan sejuk.Aku hanya duduk tidak mampu berbuat apa.Zafran menarik tubuhku perlahan mendekatinya.Hatiku tidak ketentuan.
"Apa harus aku lakukan.Apa aku harus menurut kemahuannya",fikirku.
Memikirkan situasi Zafran yang agak lemah,aku membiarkan Zafran memeluk ku hanya untuk menghangatkannya seketika.
Zafran memeluk ku erat.Badannya masih mengigil.Aku masih boleh rasakan tubuhnya yang sangat dingin.
"Maafkan aku",ucapku perlahan.
Aku kesal dengan kecuaian yang telah aku lakukan.
"Zara,jangan tinggalkan aku",kata Zafran separuh berbisik di telingaku.Sepanjang malam aku tak mampu melelapkan mataku.Berada dalam pelukan Zafran benar-benar buat aku lemas.Hatiku berdetak laju, Apatah lagi wajahku dengan wajah Zafran begitu dekat.Ku lihat wajah tampan Zafran lama.Zafran begitu mempersona.Hidungnya yang mancung,bibirnya yang seksi,mampu membuatkan ramai gadis tergoda dengannya.
"Patutlah Sofia begitu tergila-gilakan kau"kataku perlahan.
Aku tidak sedar bila waktunya aku terlelap.
Cahaya pagi menyilaukan mata Zafran.Dia membuka mata perlahan-lahan.Dilihatnya aku masih lena di sampingnya.Bibir Zafran mengukir senyuman.
"Cantiknya kau Zara,kenapa sebelum ini aku tak menyedarinya",bisik hati Zafran.
Dia mengelus perlahan pipiku yang halus tanpa sebarang noda.Matanya beralih ke sebentuk bibir kecil yang berwarna merah.Dia mengigit bibirnya.
"Mengoda sangat bibir kau zara.manis",pujinya.
Hatinya bergetar kencang.Satu perasaan tiba-tiba melanda hatinya.Dia ingin saja mencium bibir manis milikku.
Aku yang terjaga dari tidurku apabila merasakan sesuatu bergerak di pipiku.Perlahan aku membuka mataku.Ku lihat wajah Zafran begitu dekat dengan wajahku.Mataku menjadi besar.
"Kau buat apa ni",tanyaku lantas bangun dan cuba turun dari katil itu.
Sepantas kilat Zafran menarik pinggang ku menghalang aku dari turun dari katil.Dia memeluk ku erat.
"Lepaskan aku Zafran.Awak buat apa ni,"kataku sambil meronta-ronta minta di lepaskan.
Zafran tidak mengendahkan permintaanku.Dia semakin mengemaskan pelukannya di tubuhku.
"Kau dah mengodaku di awal pagi ini",bisik Zafran lembut di telingaku.Meremang buku roma ku apabila nafas Zafran mengenai tengkukku.
"Kau dah gila Zafran.Tolong lepaskan aku",pintaku cuba merayu.
"Aku sayangkan kau Zara.Aku tak nak berpisah dengan kau",kata zafran.
"Kau jangan merepek Zafran.Tolonglah lepaskan aku.Aku benci kau,selamanya aku akan benci kau",bentakku.
Aku benci bila Zafran memperlakukan aku seperti itu.zafran tidak menjawab kata-kata ku.Dia hanya terus memeluk tubuh ku yang agak kecil berbanding tubuhnya itu.
"Jangan kau samakan aku dengan perempuan lain di luar sana Zafran.Aku tak sama seperti mereka.Aku punya harga diri.Kau memperlekehkan aku.Tolong jangan ganggu aku lagi.Aku mohon lepaskan aku",rayu ku lagi.
Akhirnya Zafran meleraikan pelukannya.Aku lantas bangun dan meninggalkannya secepat mungkin.Aku takut andai Zafran cuba melakukan sesuatu lebih dari yang dia lakukan tadi.
Zafran menarik nafas berat setelah melepaskan aku pergi.
Vila Angsana
"Aku risau la dengan anak kita tu",luah Dato' Mazlan kepada Datin Aida ketika sama-sama sarapan pagi itu.
Datin Aida memandang Dato' Mazlan apabila mendengar nama anaknya disebut.
'"Kenapa dengan dia",tanya Datin Aida ingin tahu.
"Kemarin abang singgah ke syarikat.Tapi Zafran tak de,Joe kata Zafran cuti seminggu.Abg hairan kerana sebelum ni dia tak akan ambil cuti lama melainkan jika dia outstation",kata Dato' Mazlan.
Datin Aida tersentak mendengar kata-kata suaminya itu.
"Ada tak Joe bagitau Zafran ke mana?",kata Datin Aida.
Hatinya risau mendengar hal tersebut.Dia takut andai Zafran ke kampung untuk mencari Zara.
"Kata Joe,Zafran mungkin ke kampung cuba pujuk Zara"kata Dato' Mazlan.
Datin Aida semakin tidak keruan mendengar kata-kata itu.Dia resah.
"Awak tau tak Zara lari.Joe kata mereka gaduh,tapi tak pula Joe nyatakan punca pergaduhan mereka",terang Dato' Mazlan lagi..Datin Aida mengetip giginya geram.
"Bodohnya kau Zafran,buat pa sampai pi kejar perempuan tu.Dah la perempuan tu hanya nak kekayaan kau je.Apa kurangnya Sofia,dia cantik,dari keluarga kaya raya.Sangat padan dengan pangkat dan kedudukan keluarga kita",bentak hati Datin Aida.
"Apa yang kau menungkan.Panjang betul muncung tu",tegur Dato' Mazlan apabila melihat isterinya itu termenung selepas mendengar kata-katanya tadi.
"Tak de apa la",jawab Datin Aida agak dingin.
Dato' Mazlan hairan dengan sikap isterinya itu.
"Awak tu,belum boleh terima Zara ke?,"tanya Dato' Mazlan.Dia sepertinya tahu akan isi hati isterinya itu.
"Sampai bila-bila pun hati ini tak dapat terima dia lah!",bentak Datin Aida.
Dia lantas berdiri meninggalkan Dato' Mazlan di meja sarapan.Seleranya telah hilang sebaik mendengar berita yang di sampaikan oleh suaminya itu.Dato Mazlan hanya menggelengkan kepalanya dengan tindakan isterinya itu.
"Kak Zara,jom lah bawa abg ke sungai.Abg belum pernah ke sungai lagi",ajak Zarul adikku sambil menarik-narik tangan ku.
Zafran yang memerhatikan aku dari tadi hanya tersenyum memandangku.
"Alah kak Zara malaslah nak keluar hari ni",tolakku memberi alasan.
yAku tau,itu semua rancangan Zafran untuk cuba mendekati ku.
Zarul mengerutkan dahinya apabila ajakan dia di tolak.
"Alah kak,hari ni je.Lagi pun esok adik dah nak ke sekolah.Tak dapatlah adik ke sungai bersama abg",rayu Zarul lagi.Dia terus memaksa aku bersetuju untuk membawa Zafran ke sungai.
Ku pandang wajah Zafran lagi.Dia memberi isyarat agar aku menyetujui permintaan adikku itu.
"Atau macam ni je,apa kata adik pergi dengan abg je, boleh?,"tanyaku memberi pendapat.
Zarul lantas mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
"Kalau kak Zara xnak pergi,adik tak nak bercakap dengan kak Zara lagi.Titik!",bentak Zarul.
Aku terkejut mendengar kata-kata Zarul.
"Yela, yela kak Zara pergi,".
Akhirnya aku mengalah demi adikku.
"Kak Zara janji.Jangan mungkir janji",kata Zarul memberi amaran.
"Ye akak janji",jawabku agar Zarul berpuas hati
"Janji kak,walau apa terjadi akak kena janji teman adik dan abg pergi sungai",katanya lagi.
Aku pelik dengan kata-kata adikku itu,namun aku hanya bersetuju.
"Betul,walau apa terjadi akak janji teman adik dan abg Zafran ke sungai",jawabku langsung.
"Horeyyyyy!!!!Adik dapat basikal baru",laung Zarul berulang-ulang.
Aku tersentak.Ku lihat Zarul berlari mengelilingi Zafran dengan gembira.Zafran yang sedang melihatnya juga gembira dan tertawa.Aku jadi geram seketika.
"Sekejap,Dapat basikal baru.Maksud adik?",tanyaku hairan.
Ku lihat wajah Zafran yang sedang ketawa puas.
"Mesti ni kerja kau kan",kataku geram.
"Janji tetap janji sayang",kata Zafran berbisik perlahan di telingaku.
Bertambah geram aku melihat Zafran.
"Berani-beraninya kau mempergunakan adikku untuk mengenakan aku Yee",marahku.
Ku cubit telinga Zafran kuat tanda geram.
"Adoiiiii sakit la sayang",kata Zafran apabila aku menarik telinganya kuat.
"Stop calling me sayang atau aku tarik telinga kau sampai putus",kataku memberi amaran.
"Ampun Zara,ampun.Tolong lepaskan telingaku.Sakit",katanya tidak tahan dengan kesakitan yang dia rasakan.
Melihat mukanya yang mengerutu menahan sakit aku segera lepaskan cubitanku itu.Ku lihat telinga Zafran merah kesan dari cubitanku itu.
Hatiku puas.
"Kak,jomlah jalan",kata Zarul yang baru siap mengemas bajunya untuk di bawah ke sungai.
Aku dan Zafran saling berpandangan.
"Cepatnya tindakan", bisikku perlahan.
Zarul mendekati Zafran dan menarik tangannya.
"Jom la abg,lambat betul la tindakan kak Zara ni.Leceh betul",rungut Zarul.
Dia sudah tidak sabar untuk ke sungai kerana Zafran telah menjanjikannya sebuah basikal andai mampu memujuk ku untuk menemani mereka.
"Sekejap,kak bersiap dulu",kataku.
Aku lantas masuk ke kamar dan bersiap.Aku sediakan sehelai baju dan seluar beserta tuala untuk mengeringkan baju nanti.Ku capai baju Zafran juga untuk dia gunakan nanti.Setelah siap aku keluar.
"Jom lah",ajakku.
Zafran dan Zarul mengikuti ku dari belakang.
"Ma,Zara nak bawa dua budak nakal ni ke sungai.Nanti kalau papa cari,bagitau kat papa Zara dan dorang-dorang ni pergi sungai",kataku sambil menunjuk satu persatu ke arah Zafran dan Zarul.
"Jangan balik lewat sangat.Hati-hati bila mandi dalam sungai tu,"pesan ibuku sebelum kami berangkat pergi.
"Ye mama,Zara pergi dulu",kata ku dan berlalu pergi.
Sekitar 10 minit berjalan,akhirnya kami sampai di sebatang sungai berhampiran kampung.Suasana tenang dan sangat indah.
"Wahhhh cantiknya tempat ni",puji Zafran.
Mulutnya ternganga tidak percaya kalau di kampung yang terpencil ini juga mempunyai satu tempat yang sangat indah.
"Sinilah Zara dan teman-teman Zara selalu pergi masa zaman sekolah dulu.Tapi sekarang dah jarang sangat jumpa mereka.Yalah,ada yang dah berkerja,ada yang dah beranak pinak",jelasku kepada Zafran.
Zafran hanya mendengar kata-kataku.
"Tak sangka dekat kampung juga ada tempat menarik seperti ini Yee",kata Zafran sambil memandangku.
Aku memandang Zafran sekilas.
"Ye,nak pergi sini masuk free je,tak macam kat bandar,kalau nak p berkelah ke,nak jalan-jalan tempat cam ni mesti kena caj.Orang susah cam kami ni manalah mampu masuk tempat cam tu.Tak macam kau dan family kau,kalau nak masuk tempat-tempat menarik senang je,banyak duit.Terbang ke luar negara untuk bercuti pun boleh",kataku separuh menyindir Zafran.
Zafran memandangku dengan pandangan sayu apabila mendengar kata-kata ku.Dia tau aku sedang menyindir dirinya.
"Tak perlu kata sampai cam tu sekali Zara.Sakit hati aku dengar.Macam ni je lah,apa kata kalau kita pergi bercuti.Bawa family kau semua.Ke Pulau Langkawi ke,ke bali ke,nak tak",ajak Zafran.
Cuba menyenangkan hatiku.Meluat aku dengar cadangan dari Zafran.
"Aku rasa tak payahlah.Terima kasih je. Aku tak nak berhutang dengan family kau.Lagi satu aku tak nak terikat dengan kau bila aku tak mampu bayar semua hutang-hutang aku tu nanti",balasku.
Zafran menarik nafas berat.
"Kenapa cakap macam tu zara?",tanya Zafran.Hatinya sedikit terasa dengan setiap kata-kata ku sebentar tadi.Aku memandang wajah Zafran tajam.
"Tak bersebab pun.Yang pastinya,selepas kau jatuhkan talak ke aku,aku harap tiada sebarang hubungan antara kita lagi",kataku sebelum berlalu mendekati Zarul.
Zafran menutup matanya.Kata-kataku seperti halilintar memanah hatinya.
"Abg jom la mandi sekali",ajak Zarul apabila melihat Zafran hanya berdiri memandang aku dan Zarul.
Zafran melangkah longlai ke arah kami.Wajahnya masih muram.Namun dia cuba mengukir senyuman memandang Zarul walaupun di hatinya saat ini penuh luka.
"Jom",ajak Zafran.
Dia lantas masuk ke dalam air bersama Zarul.Aku hanya memandang namun tak menyertai mereka.
Ku lihat Zafran dan Zarul asyik berkejar-kejaran di dalam air yang sejuk itu.Sesekali kedengaran suara tawa mereka.Sangat gembira.
"Maafkan aku Zafran.Aku tak berniat menyakiti hati kau namun ini sajalah jalan agar aku boleh memadamkan rasa sayang aku ke kau",bisikku perlahan.
"Aku tak mau ada di antara kita yang bakal terluka satu saat nanti.Semoga kau bahagia bersama pilihan keluarga kau nanti",doaku di dalam air.
"Kak!kak Zara",panggil Zarul kuat.
Aku tersentak mendengar panggilan dari Zarul.
"Kak Zara,tolong abg Zafran",kata Zarul cemas.
Aku terkejut melihat Zafran terbaring di persisiran sungai itu.Badannya mengeletar.
"Ya Allah zafran,kau kenapa?",tanyaku cemas.
Aku berlari menghampiri Zafran.
Zafran memeluk kakinya sambil mengeletar.Aju bertambah cemas.
"Kau kenapa Zafran",tanyaku.
"Zara,sejuk sangat",luah Zafran lemah.
"Zarul,tolong kakak ambil air suam dalam bakul tu",perintah ku.
Zarul berlari-lari mengambil botol air dalam bakul yang aku bawa dari rumah tadi dan menyerahkan kepadaku.Aku Segara membuka penutup dan menyuruh Zafran minum.
"Minum air ni.Biar kau rasa hangat",arah ku
Dengan terketar-ketar Zafran meneguk air suam tersebut sehingga separuh.Dia menghulurkan botol itu selepas selesai meminumnya.Aku lantas membalut tubuh Zafran dengan tuala yang aku bawa sebentar tadi.Zafran berbaring lemah.Zarul yang juga cemas duduk berhampiran Zafran.
"Terima kasih Zara",ucap Zafran setelah hampir pulih dari kesejukkannya.
Aku hanya menganggukkan kepalaku.
Aku hairan seperkara.Semalam juga Zafran berkeadaan seperti itu.Mengigil kesejukan.
"Kau memang tak boleh sejuk ke?,"tanyaku sebaik saja melihat Zafran kembali seperti biasa.
Zafran memandangku.
"Sebenarnya aku tak boleh terkena sejuk terlalu lama.Badanku akan mengeletar.Rasanya hampir nak mati",jawab Zafran.
Aku tergamam mendengar penjelasan Zafran.
"Dah tahu pun,yang gatal sangat nak mandi lama-lama tu apasal.Menyusahkan aku je",marahku.
Zafran terdiam mendengar kata-kata dariku.Dia agak tersindir.
"Maafkan aku dah menyusahkan kau",kata Zafran.Ada nada merajuk di kata-katanya.
"Aku janji tak akan menyusahkan kau lagi lepas ni",tambahnya lagi.
Aku tersentak.Zafran lantas berdiri dan mencapai baju kering di dalam bakul.Dia berlalu ke sebuah pondok untuk menukar pakaiannya.Wajahnya agak muram.Terpancar kesedihan di wajahnya itu.
"Apa aku terlebih cakap",bisikku di dalam hati.
"Kak,aku ganti baju dulu",kata Zarul tiba-tiba setelah sekian lama berdiam diri.Dia amat terkejut melihat keadaan Zafran sebentar tadi.
"Ye tukarlah,kejap lagi kita balik",ajakku.
"Mami,kenapa ajak Sofia keluar hari ni",tanya Sofia sesampainya dia di sebuah salon kecantikan.
Datin Aida yang sedang duduk sambil menunggu rambutnya siap di cuci oleh pekerja salon tersebut memandang Sofia.
"Ada benda penting yang harus mami sampaikan", jawab Datin Aida.
Salah satu pekerja mendekati Sofia.
"cik nak buat treatment ke?,"tanyanya kepada Sofia.
"Owh,i nak tukar warna kuku i ni",jawab Sofia sambil menunjukkan jarinya ke arah pekerja tersebut.
"Baiklah,warna apa cik Sofia nak?,"tanya pekerja itu lagi.
"Hari ni i nak warna pink",jawab Sofia sambil tersenyum.
Sementara menunggu pekerja merawat kukunya itu,dia menyambung perbualanya dengan Datin Aida semula.
"Cakap la mami.Tak sabar rasanya nak tahu",kata sofia penuh minat.
"Sofia tau tak Zafran kat mana sekarang",kata Datin Aida.Wajahnya agak marah.
"Tak tau mami.Bagitau la",jawab Sofia
"Dia balik kampung jumpa perempuan kampung tu",jawab Datin Aida geram.
Terlopong mulut Sofia mendengar kata-kata dari bakal mentuanya itu.
"Are you serious mami?.Bukan ke hari tu Zafran dah usir dia dari rumah.Kenapa sekarang ni dia dah ikut perempuan tu balik?,"tanya Sofia tidak percaya.
"Ye Sofia,memang Zafran dah usir dia,tapi tak tau la hantu pe yang merasuk fikiran Zafran sampai pergi ikut perempuan tu balik",terang Datin Aida kesal.
Dia sangat kecewa dengan sikap Zafran.Sofia agak resah.Dia cuba memerah otaknya mencari idea yang sesuai untuk bersama lelaki itu.
"Mami,apa kata mami call Zafran,suruh dia balik.Alah,mami buat la apa je alasan,asalkan Zafran balik".
Sofia memberi cadangan.
"Great idea syg".
Senyuman sinis terukir di bibir Datin Aida.Cadangan sofia memang bagus.
"Macam ni lah bakal menantu mami.Bijak cari idea".
Datin Aida memuji Sofia.Sofia tersenyum penuh makna.
*****
"Aku nak duit".
Datin Ain tersentak mendengar permintaan suaminya itu.
"Awak ni,asal balik je minta duit.Asal balik je minta duit.Duit yang aku beri kat kau dulu tu mana?".
Datin Ain berang apabila suaminya Dato Kamal memintanya duit lagi.
"Business tak jalan.Aku perlu sedikit wang untuk tambah modal",jawab Dato' Kamal.
Perniagaan keluarga mereka sudah hampir bankrap.Duit yang isterinya beri minggu lalu sudah digunakan untuk membayar hutang Along .
"Aku dah tak ada duit",kata Datin Ain.
"Mana duit hasil butik kau?",tanya Dato' Kamal.Dia benar-benar buntuh.Suatu masa dahulu dia adalah seorang usahawan yang berpangkat Dato'.Mempunyai wang simpanan berjuta-juta ringgit.Namun setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya.Ada waktu untung dan ada waktu ruginya.Begitulah juga perusahaan yang dimiliki oleh Dato' Kamal.Pada ketika dulu, Dato' Kamal mempunyai beberapa kedai menjual barang-barang elektronik.Semuanya di import dari luar negara.Mempunyai barisan restoran yang menyediakan berjenis-jenis makanan barat yang terkenal namun semuanya bankrap.Banyak kedai yang sudah Dato' Kamal gadaikan bagi membayar hutang Along.Restoran miliknya juga semuanya sudah ditutup kerana kekurangan pelanggan.Pada masa yang sama,anak dan isterinya juga seringkali berbelanja mewah sehinggakan duit simpanannya semakin hari semakin menipis.Hanya butik isterinya sahajalah yang masih beroperasi namun pelanggan butiknya semakin berkurang kerana baju-baju yang di jual di butik isterinya juga sudah tidak berjenama lagi.Mereka sudah tidak mampu mengimport baju dari luar negara seperti satu saat dahulu.Dato Kamal juga dahulunya suka menghabiskan masa berfoya-foya di kelab malam.Wangnya juga dihabiskan untuk membayar gadis-gadis cantik yang menjadi pelayannya di kelab malam sehinggakan dia lupa tanggungjawabnya terhadap perusahaannya itu.Sehinggalah satu saat dirinya dianiaya oleh para pekerjanya sendiri yang menyebabkan perusahaannya benar-benar bankrap.
"Nah! hanya tinggal ini duit hasil butik aku".
Datin Ain membuang beberapa note seratus ringgit ke arah Dato' Kamal kasar.
"Kalau bukan kau suka berjoli,kita tak akan hidup susah seperti ini !!".
Datin Ain menengking Dato' Kamal.Hatinya amat sakit.
"Jangan menyalahkan aku seratus peratus Ain.Kalau kau tak boros,tak menghabiskan duit untuk shopping barangan mewah, keluar melancong ke luar negara.semua ini takkan terjadi",balas Dato' Kamal.
Datin Ain menjeling suaminya geram.
"Dah lah.Malas aku dengar leteran dari kau.Baik aku pergi",kata Dato' Kamal.
Dia lantas pergi meninggalkan isterinya yang sedang marah.
"Kau nak ke mana kamal?.Oh! kau pulang hanya untuk meminta duit dari aku,lepas tu gunakan duit itu untuk berfoya-foya kan.Bak sini duit aku balik",bentak Datin Ain.
Dia mengejar suaminya itu dan berjaya menarik belakang baju Dato' kamal.Dato Kamal langsung menolak tubuh Datin Ain kasar sehingga tubuh Datin Ain yang kecil jatuh terjelepuk di atas lantai.
"Kau memang melampau kamal!!!Aku benci kau", teriak Datin Ain memenuhi ruangan rumahnya itu.
"Dengar sini Ain,Aku ceraikan kau dengan talak satu",ucap Dato' Kamal.
Selepas jatuhkan talak kepadanya,dia lantas pergi meninggalkan Datin Ain menangis teresak-esak di atas lantai.
******
Share this novel