BAB 63

Romance Series 57282

Natasha selamat tiba di Heathrow London Airport sekitar jam 11 malam.Setelah berada di atas kapal selama 12 jam 20 minit,akhirnya Natasha boleh bernafas lega sebaik sahaja turun dari kapal terbang.Mendapat panggilan dari ibunya memberitahu tentang ayahnya masuk hospital,Natasha lantas membuat penerbangan kecemasan ke London.
Sebaik sahaja tiba di sana,pengawal peribadi keluarganya sudah menunggu kedatangannya.
"Hello miss Syah.How are you?",sapa Johnson.
Jhonson merupakan pekerja kesayangan ayahnya.
"I'm good and you?",tanya Natasha sambil tersenyum.
"I'm good too.Welcome back to london.Long time ni see you.You look more beautiful now",puji johnson.
Natasha tersenyum memandangnya.
"Thanks",ucapku kepadanya.
Johnson membalas senyuman Natasha dan membantu Natasha mengangkat bagasi miliknya dan dibawa memasuki kereta.
Johnson tidak banyak berbual saat itu,apatah lagi melihat wajah Natasha yang kelihatan agak letih.Dia faham andai gadis cantik itu penat.Oleh itu,dia tidak banyak bertanya mahupun berbual seperti selalunya apabila bersama dengan Natasha.Dia hanya membiarkan Natasha tidur.Sesekali dilihatnya wajah polis itu melalui cermin pandang belakang.

Setelah sejam perjalanan pulang dari Airport,barulah kereta milik keluarga Natasha sampai ke perkarangan rumah banglo milik keluarganya.
Johnson melihat Natasha yang yang sedang tidur lena di dalam kereta.Dia tidak sampai hati untuk mengejutkan Natasha yang benar-benar lena saat itu.Puan Sally keluar dari rumah banglo milik keluarganya sebaik sahaja mendengar bunyi kereta.Dilihatnya pemandu peribadi suaminya yang bertanggungjawab menjemput Natasha dari Airport sedang sibuk mengeluarkan barang-barang Natasha dari bonet belakang,manakala kelibat anak gadisnya tidak kelihatan.Puan Sally berasa hairan.
"Where is Natasha? She is not here?",tanya puan Sally.
"she is inside. she is sleeping soundly",jawab jhonson.
Puan Sally tersenyum memandang jhonson.Dilihatnya anak gadisnya yang sedang lena di dalam kereta melalui cermin.Dia lantas membuka pintu kereta dan duduk di sisi Natasha.
"Sayang pasti penat.Kesiannya",bisik puan Sally di dalam hati.Senyuman terukir di bibirnya.Ditatapnya lama wajah polos anak gadisnya itu.Betapa dia merindui anak tunggalnya itu.Kadang kala,puan Sally begitu kasihan dengan Natasha.Dari kecil lagi,dia tidak pernah merasa kasih sayang sepenuhnya dari mereka suami isteri.Mereka lebih sibuk dengan urusan perniagaan keluarga,sehinggakan mengabaikan satu-satunya anak mereka itu.
Puan Sally menarik nafas dalam-dalam.
"Maafkan mummy syg.mummy tau sukarnya hidup syg sendirian.Hidup berdikari tanpa kedua orang tua di sisi.Sebenarnya Mummy bangga punya anak seperti Syah,sanggup korbankan cita-cita Syah demi menerajui perniagaan keluarga",bisik puan Sally lagi.
Di kecupnya perlahan dahi Natasha.
Menyedari wajahnya disentuh seseorang,Natasha membuka perlahan matanya dan memandang sekeliling.Dilihatnya wajah cantik milik ibunya.
"Mom.Have i got home?",tanya Natasha masih mamai.
"Yes dear.You at home now.Welcome back.I miss you so much",jawab Puan Sally mengusap perlahan pipi anak kesayangannya itu sambil tersenyum.
"Bagaimana keadaan daddy mom?.Syah nak jumpa daddy",kata Natasha pantas.
"Daddy masih di tahan di wad.Esok daddy akan jalani pembedahan.Kita doakan daddy selamat menjalani pembedahan nanti",kata puan Sally.
"But,i miss daddy so much", jawab Natasha sayu.
"I know syg.But it's too late now.Syah kena rehat dulu.Esok pagi kita sama-sama ke hospital.Okay",pujuk Puan Sally.
Natasha hanya mengangguk perlahan tanda faham.
"Wake up.Kita masuk.Rehat secukupnya.Biar daddy tak lihat wajah letih Syah ni.Takut bila nampak anak kesayangan dia ni letih,tak bermaya.Kurang semangat pula daddy nanti",kata puan Sally.
Natasha tersenyum memandang ibunya.
"Baik mom.Syah rest malam ni.Esok kita jumpa daddy.Tak sabar rasanya jumpa ayah.Dah lama tak bertemu",kata Natasha.
Natasha dan puan Sally keluar dari kereta dan memasuki rumah banglo milik keluarganya.

******

"Syah dah ke mana eaa.Dari semalam call asyik voicemail je.Hantar whatsapp pun,offline je.Tak kan merajuk dengan aku kot",fikir Chak.
Di renung lama screen telefonnya.Dari semalam selepas balik bertemu dengan syam,dia cuba menghubungi Natasha,namun semuanya sia-sia.
Semua panggilannya hanya berakhir dengan pesanan suara.
Chak menarik nafas perlahan.
"Where are you Syah.Tak kan awal-awal dah fade up kot.Masih ada masa kan untuk terus cuba menawan hati aku ni.Belum terlambat lagi.Lagipun,aku pun dah sayang kat awak Syah.Hanya tunggu masa untuk aku luahkan segalanya pada awak",kata Chak sendiri.
Direnung semula screen telefonnya.Gambar Natasha dan dirinya menjadi wallpaper muka depan telefonnya ditatap.Gambar yang ditangkap ketika bercuti bersama sebulan yang lalu.Perasaan rindu menyerbu ruang hatinya tiba-tiba.
"Begini ke rasanya dilamun cinta.Mengapa perasaan ini tak pernah aku rasai ketika bersama Zara dulu",bisik Chak lagi.
Chak cuba membandingkan perasaanya saat itu.Entah mengapa Chak mampu merasai kegembiraan saat-saat bersama dengan Natasha.Memory saat bersama Natasha kembali menghantui fikirannya.

"Nak nyanyi lagu apa ni?",tanya Natasha sambil memberikan pada Chak list lagu-lagu yang bertulis di dalam sebuah buku khas untuk pelanggan membuat pilihan.
"Tak tau nak nyanyi apa",kata Chak sedikit segan.
Dilihatnya sekeliling karaoke itu.
Itulah kali pertama Chak menjejaki kakinya ke tempat seperti itu.Sebuah bilik yang sangat kemas.Di dalamnya terdapat sebuah meja panjang dan kerusi.Di hadapannya sebuah LCD screen yang agak besar.Di sekelilingnya pula terdapat beberapa Speaker yang besar.
"Nak nyanyi ke tak ni?.Kata nak hilangkan stress.Ni dah ajak masuk sini,diam seribu bahasa pula", tegur Natasha.
Chak tersenyum tawar memandang Natasha.
"Takut ke?",tanya Natasha apabila melihat wajah pucat Chak saat itu.
Chak tidak menjawab.Namun kebimbangan jelas terpancar di wajahnya
"Nak takut pe?.kita datang sini bukannya buat maksiat.Awak tengok tu,dilarang membawa minuman keras,atau melakukan perkara sumbang di dalam kawasan ini",kata Natasha sambil membaca nota amaran yang terlekat di pintu masuk bilik itu dengan lantangnya.
Chak juga memandang Nota itu namun tidak berkata apa-apa.
"Awak janganlah risau,permis ini dah ada kebenaran dari kerajaan lah.Tak akan ada yang datang tangkap kita kat sini.Ini karaoke public, siapa-siapa boleh datang.Melainkan remaja bawah 18 tahun.Lagi satu,permis ini lengkap dengan CCTV tau.Penuh dengan sistem keselamatan",jelas Natasha sambil menepuk perlahan bahu Chak.
Natasha faham benar apa yang bermain di fikiran Chak saat itu.
"Bagaimana kalau jabatan agama datang cekup kita kat sini?",tanya Chak tiba-tiba.
Natasha ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja mendengar pertanyaan Chak padanya.
Chak hanya memandang Natasha yang mentertawakannya.

"Jauh betul fikiran awk menyimpang.Apa susah,kawin je lah.Untung awak,boleh kawin free",gurau Natasha.
Chak membesarkan matanya memandang Natasha.
Dia sememangnya tidak menyangka jawaban itulah yang keluar dari mulut gadis cantik di sebelahnya itu.
"Apalah otak awak ni.Nampak sangat tak pernah berhibur selama ini.Mesti ni kali pertama datang kan?.Mm,tak pe,biar jadi memory kita berdua.Jangan risau lah,tak akan ada yang akan cekup kita berdua kat sini.So,Lets enjoys together",kata Natasha.
Muzik tiba-tiba berkumandang memenuhi ruangan itu.Lagu pilihan Natasha.

"Power of love,from Celine Dion",kata Natasha sambil memandang Chak.
Diserahkan sebuah mikrofon pada Chak.Chak mengambil mikrofon itu pada Natasha.
"Mampu ke nak bawa lagu ni?.Rasanya lagu ni tinggi sangat,tak pasal-pasal keluar anak tekak nanti",kata Chak sambil memandang Natasha.
Natasha hanya tersenyum memandangnya.
"Kalau awak nak tahu,nyanyi lagu yang bernada tinggilah untuk hilangkan stress,abaikan suara sumbang,asalkan suara out,dah kira okay dah.Yang penting kita enjoy",kata Natasha.
"Lets do it.Come on",Kata Natasha dengan lantang.
Natasha memulakan nyanyiannya.
Begitu merdu di pendengaran Chak.
Chak memberanikan dirinya untuk turut serta menyanyi dengan Natasha.Apabila part tinggi,Natasha dan Chak bernyanyi dengan kuat.sambil menari-nari dan ketawa.
Perasaan segan hilang sedikit demi sedikit dalam diri Chak.Bermula dengan satu lagu,kini berbagai-bagai lagu lagi dinyanyikan oleh mereka berdua.Pada masa itu,dunia hanya jadi milik mereka berdua.Sambil menyanyi dan menari,Chak dan Natasha saling ketawa.Chak benar-benar terhibur.Segala kesedihan yang sedang melanda dirinya saat itu,menghilang perlahan-lahan.

Chak tersenyum sendirian mengingatkan saat-saat itu.
"Aku ingin sekali melalui saat-saat itu bersama dirimu Syah.Awak dah ke mana?.Aku benar-benar merinduimu",bisik hati Chak.
"Kembalilah pada aku",kata Chak perlahan.

********

Hubunganku dengan Zafran semakin hari semakin membaik selepas sahaja balik dari kampung hujung minggu yang lalu.Zafran sememangnya pandai mengambil hatiku.Hampir setiap hari,ada sahaja hadiah dibawanya untuk aku dan Misya.Dia juga kerap kali mengajak ku dan Misya keluar makan.Sesungguhnya hatiku terasa bahagia saat itu.Begitu juga dengan Misya.Dialah insan paling gembira sekali.Terasa hidup kembali sempurna.Segala kelukaan dan penderitaan yang aku hadapi Selama ini kini semakin hari semakin terubat.Miliki keluarga yang begitu sempurna,memang jadi impianku selama ini.Dan impianku kini semakin tercapai.Aku tersenyum sendirian.

"Bahagia nampak?.Senyum seorang-seorang sekarang ni ye doktor.Yela,orang dah bahagia,senyuman pun sampai kat telinga tu hah",usik manja.
Lamunanku terhenti sebaik mendengar sapaan dari manja itu.
Wajahku menjadi kemerahan.
"Mana ada senyum sendiri-sendiri.Pandai awak eaa reka-reka cerita",kataku menidakkan kata-kata manja.
"Apa pula reka-reka cerita.Betul lah.Tadi,aku masuk je,senyuman tu dah sampai ke telinga.Apa yang ada kat fikiran tu.Kongsilah pada manja.Nak tumpang bahagia sekali",kata Manja mengusikku lagi.
"Mana ada!.Aku fokus je tadi buat kerja.Mana ada senyum sorang-sorang",kataku tidak mahu mengalah.
Manja mentertawakan ku.
"Elleh,malu la tu.Malu ketahuan sedang bahagia.Yela,sekarang ni,cik abg selalu jemput balik kerja,lepastu tiap pagi cik abg hantar lagi.Tengahari pula,selalu ajak keluar lunch.Kesian pula manja kat abg doktor seorang tu.Dilupakkan.Jahatnya doktor cantik depan manja ni",gurau Manja lagi.
"Awak ni,mana ada lupakan doktor Chak tu.Dia kawan baik aku lah.Mana boleh lupakan.Memanglah jarang dah keluar dengan dia tu,sebab doktor Chak pun sibuk,lagi pun dia selalu keluar dengan girlfriend dia.Kalau aku kerap kali keluar dengan doktor Chak,apa pula kekasih dia kata nanti.Tak pasal-pasal aku ni jadi punca keretakan hubungan mereka",jawabku memberi alasan.
Manja terdiam seketika.Memikirkan kebenaran kata-kata ku sebentar tadi.
"Doktor Chak dah ada kekasih ke?.Laa,melepaslah aku",kata Manja tiba-tiba.
Aku lantas memandangnya.
"Owh!!.Manja admire kat doktor Chak eaa?.Oo oo,manja ketahuan,punya perasaan,pada doktor Chak",nyanyiku mengusik manja.
Wajah manja berubah kemerahan.Dia jadi malu apabila aku mengusiknya.
"Ma..mana ada.Aku saja je cakap macam tu",jawab manja cuba menafikannya.
"Alah,dah terang lagi bersuluh awak sukakan doktor Chak tu.Siap kata,melepaslah aku",kataku mengulang semula kata-katanya sebentar tadi.
Manja bertambah malu.
"Aku gurau je lah tadi tu",kata Manja lagi.Dia masih cuba mempertahankan dirinya.
"Tak pe,nanti aku sampaikan salam awak pada doktor Chak tu ye.Aku boleh je jadi perantaraan antara dan Doktor Chak.Kira posmen lah macam tu",usikku lagi.
"Eh!,tak payah,tak payah.Aku gurau je la tadi.Lagipun,manalah doktor Chak nak pandang perempuan macam aku ni.Dah lah tak cantik,kerja pun jururawat je.Nak padankan dengan doktor Chak,memanglah tak sepadan",jelas Manja merendah diri.
"Cinta tak kenal sesiapa lah.Tak kira dia cantik ke,handsome ke,kaya ke miskin ke.Berpendidikan ke tak ke,kalau dah suka sama suka,pasti jadilah.",kataku cuba memberikan manja semangat.
"Itu manja tau lah.Tapi amat mustahil lah kalau doktor Chak nakkan aku ni.Kalau memang aku sukakan doktor Chak tu pun,pendamkan je lah.Tu lebih baik",jelas Manja sedikit sayu.
"Laa,tak ada yang mustahil dalam dunia ni tau.Kalau Allah berkehendakkan awak jodoh doktor Chak,awak lah yang akan memilikinya.Sedangkan pasangan suami isteri je boleh berpisah,apa lagi kalau setakat pasangan kekasih je.Masih banyak peluang untuk awk memiliki doktor chak.Usahalah nak tawan hati Doktor Chak tu.Awak ni,belum cuba dah mengalah.Tu salah satu sikap pada orang yang gagal tau",nasihatku.
Manja terdiam.Cuba memerah otaknya memikirkan jawaban sesuai untuk diberikan kepadaku saat itu.
"Macam ni je lah.Balik nanti,awak cuba fikir kebenaran kata-kata yang aku berikan tadi.Kalau benar awak nak berputus asa sebelum mencuba,tu hak awak.Kalau nak mencuba juga,awak kenalah berusaha.Andai di tolak cinta awak pun nanti,kuatkan hati.Fikir positif je.anggap jodoh tu bukan milik awak",nasihatku lagi.
Bahu Manja aku tepuk perlahan.
"Dah!,jangan fikir lagi,lebih baik sekarang,kita sambung kerja.Nanti aku cuba risik-risik Chak nanti.Cuba korek sama ada dia betul serius dengan girlfriend dia ataupun tak",kataku memberi semangat pada Manja.
Manja hanya tersenyum.Penyesalan timbul di hatinya saat itu.
"Kenapalah aku bodoh betul.Terlepas cakap.Adoiii,kalau lah betul Doktor Zara bagitau Doktor Chak.Malu lah aku.Tak pe,nanti ada masa,aku akan terus terang pada doktor Zara.Malu pula nanti aku nanti",bisik Manja.
Dia lantas menyambung semula kerjanya.
Dia tidak mahu memperpanjangkan lagi cerita mengenai doktor Chak.Takut lebih banyak salah faham yang akan terjadi kelak.

*******

"Sofia,ini syam.Syam yang hantar awak kat hospital hari tu",kata Datin Ain memperkenalkan Syam pada Sofia.
Sofia tersenyum memandang Syam.
"Handsome juga mamat ni",puji Sofia di dalam hati.
"Owh,hai syam.Aku Sofia.Sorry lah baru kali ini boleh berbual dan berkenalan dengan awak.Mama Aku selalu cerita tentang awak pada aku.Tapi sayangnya,awak datang aku selalu je tidur.Biasalah,kesan ubat yang diberikan amat kuat sehinggakan rasa mengantuk itu tak mampu aku bendung",jelas Sofia.
Syam hanya tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Tak pe.Aku pun selalunya datang kejap je.Sekadar ingin tahu perkembangan semasa awak.Alhamdulillah,kali ini Allah beri kesempatan untuk kita bersua muka",jawab Syam lembut.
"Maafkan aku sebab dah susahkan awak",kata sofia.
"Tak.Tak susahkan aku pun.Akulah yang sepatutnya meminta maaf kat awak sebenarnya.Kalau bukan kerana aku yang langgar awak malam tu,awak tak akan jadi macam sekarang ni.Kalau perkara ni tak berlaku,sekarang ni mungkin awak bebas melakukan aktiviti harian awak"jelas Syam.
Sofia mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak!.Aku tak salahkan awak tentang perkara ini.Aku yang salah sebenarnya malam tu.Nak ceritakan rasanya tak habis seharian.Ada masa barulah aku ceritakan.Kalau nak cerita sekarang,sampai esok pagi pun mungkin tak habis lagi",terang sofia.
Dia berusaha untuk terus tersenyum walaupun saat itu rasa sakit masih mencucuk-cucuk di pehanya.
"Baiklah,aku tunggu sampai awak sembuh dan ceritakan semuanya pada aku.Aku akan jadi pendengar setia untuk awk.Awak janganlah segan pada aku.Kalau perlukan bantuan aku,beritahu pada aku je, InshaAllah aku bantu setakat yang mampu",jelas Syam.
"Terima kasih",ucap Sofia perlahan.
Dalam waktu yang singkat sahaja,syam dan Sofia sudah mula mesra.Mereka saling berbual.Sesekali kedengaran suara tawa Sofia walaupun masih lemah.Datin Ain hanya memandang dari kejauhan.Di dalam hatinya berdoa agar selepas insiden itu,dia akan berubah.Semoga perkenalannya dengan syam akan melunturkan kekerasan yang ada di hati Sofia.Datin Ain begitu berharap agar,syam mampu mengubah Sofia selepas ini.Datin Ain mengukir senyuman.Terpacar sinar harapan di wajahnya.
"Mak cik",panggil Syam apabila melihat Datin Ain termenung sambil memandang ke arah mereka.
Sofia juga memandang ibunya.
Mendengar dirinya dipanggil seseorang,Lamunan datin Ain lantas hilang.
"Ye",jawab Datin Ain.
Dia lantas berdiri dan melangkah mendekati syam dan Sofia.
"Panjangnya lamunan mak cik.Fikir apa tu?.Mak cik ada masalah ke?.Kalau ada masalah,bagitau je.Insyaallah syam akan bantu.Tapi,melihat cara mak cik termenung tadi,senyuman tetap terukir.Rasanya mak cik tak ada apa-apa masalah kan.Cuba syam teka,mak cik gembira kan?",kata Syam separuh mengusik.
Datin Ain tersenyum memandang anak muda di hadapannya itu.Lelaki yang dirasakan kiriman dari tuhan untuk keluarganya.
"Mak cik gembira syam.Gembira sebab anak mak cik dah semakin pulih.Lagi satu,Allah takdirkan untuk mak cik dan Sofia bertemu lelaki sebaik awak.Mak cik sangatlah bersyukur",terang Datin Ain.
Syam tersipu malu menerima pujian daripada Datim Ain.
Sofia juga tersenyum.Digenggamnya tangan Ibunya erat.
"Maafkan Sofia mama,Sofia dah banyak menyusahkan mama selama ini",ucap Sofia perlahan.
Datin Ain mengusap perlahan rambut hitam milik anak gadisnya itu penuh rasa sayang.
"Mama dah lama maafkan Sofia.Mama harap,semuanya akan kembali seperti biasa selepas ini.Dan mama harap,Sofia maafkan semua orang yang pernah lukai hati Sofia.Begitu juga orang yang telah Sofia sakiti hatinya.Mama nak,Sofia datang minta maaf pada mereka setelah Sofia sembuh",kata Datin Ain lembut.
Sofia hanya mengangguk tanda faham.
Setelah berbual beberapa ketika,syam meminta diri untuk pulang Kerna hari semakin petang.Dia berjanji akan datang lagi untuk melawat apabila punya waktu lapang.

********

Natashas memandang wajah ayahnya.Puan Sally di sebelahnya menggenggam tangan Natasha erat.
"Berapa lama lagi kita harus menunggu untuk daddy sedarkan diri.Dah hampir setengah jam selepas pembedahan tu.Kenapa daddy masih tak sedar lagi?",tanya Natasha.
Hatinya benar-benar bimbang.
"Mummy pun tak tau sayang.Tapi doktor ada maklumkan tadi,daddy kamu akan sedar dalam sejam selepas pembedahan itu selesai.Masih ada setengah jam lagi.Mudah-mudahan daddy cepat sedar.Kita doa sama-sama"kata puan Sally cuba menenangkan hati anak gadisnya itu.
"Tak sabar rasanya melihat daddy sedar.Syah cuma nak beritahu daddy yang Syah sayang daddy sangat-sangat.Syah nak daddy sembuh seperti biasa.Syah tak nak daddy sakit"jelas Natasha sayu.
"Sabarlah.Kejap lagi daddy sedar.Daddy pun rindu sangat pada Syah.Apa pun kita sabar ye sayang",pujuk puan Sally lagi.
Natasha hanya mengangguk perlahan.
"Bagaimana daddy boleh jatuh sakit.Sebelum Syah balik Malaysia hari tu,daddy okay je.Sihat je Syah nampak",tanya Natasha hairan.
Puan Sally menarik nafas dalam-dalam.
"Kita pun tak tahu bila kita akan jatuh sakit syg.Sekarang kita sihat,esok atau lusa mungkin sakit.Itu semua sudah suratan dari Allah.Dia yang menentukan segalanya.Syah tau tak,mummy gembira sangat-sangat sekarang ni",ucap puan Sally sambil tersenyum.
Natasha memandang ibunya hairan.
"Mummy ni.Daddy sakit begini pun mummy gembira ke?",tanya Natasha hairan.
"Bukan pasal ni lah.Siapa lah yang gembira melihat orang yang disayangi jatuh sakit.Maksud mummy,mummy gembira dengan perubahan daddy Syah sekarang.Berubah dari dulu.Tu buat mummy happy sangat",jelas Puan Sally.
"Ye ke?.Apa yang berubah tu?",tanya Natasha ingin tahu.
"Nantilah mummy beritahu.Bukan masanya sekarang",kata Puan Sally.
"Ala mummy ni.Buat Syah tertanya-tanya lah.Ishh!,ni yang buat hati tak sabar nak tahu",kata Natasha geram.
Tiba-tiba jari jemari David bergerak perlahan.
Natasha dan ibunya saling berpandangan.
"Mummy!.Daddy dah sedar!",kata Natasha lantang.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Natasha.
Tanpa membuang masa,Puan Sally lantas berlari keluar dari bilik yang menempatkan suaminya untuk memaklumkan kepada doktor.
"Daddy,Daddy dengar tak?",tanya Natasha perlahan.
David yang masih agak lemah tidak memberi sebarang respons.Dia hanya mengerak-gerakkan hujung jarinya sahaja.
"Daddy,ini Syah.Syah ada di sini.Daddy bangunlah",kata natasha.
Dia sudah tidak sabar hendak melihat ayahnya membuka mata.
Beberapa orang doktor lantas masuk diikuti oleh puan Sally.
"Excuse me Miss.we want to check the patient's condition now.please give cooperation",kata doktor berketurunan India itu.
Natasha tidak banyak kata,dia lantas memberikan laluan pada doktor dan beberapa jururawat yang datang untuk memeriksa ayahnya itu.
Natasha lantas mendekati ibunya.
"Semoga semuanya berjalan dengan lancar",kata Natasha sambil memeluk erat tangan ibunya.
Puan Sally hanya mengangguk perlahan.
"Excuse me madam,miss,please come out for a moment, we need to check the patient's condition now.No one is allowed to enter except the doctor and medical assistant",kata jururawat itu dengan lembut dan agak sopan.
"Okay",jawab Natasha dan puan Sally serentak.
Mereka lantas keluar untuk memberikan laluan kepada para doktor merawat orang yang sangat dikasihi oleh mereka berdua.

*********

"Alhamdulillah",ucap Zafran.
Zafran benar-benar bersyukur ke hadrat Illahi kerana dirinya sudah benar-benar pulih.
Itu bermakna,dia tidak perlu lagi datang untuk menerima rawatan selepas itu.
"Walau bagaimanapun,aku harap awak pantau kesihatan awak juga.Walaupun sudah pulih,namun awk kena berjaga-jaga .Jangan angkat beban yang berat dalam setahun ni.Biar tulang belakang awak benar-benar kuat agar tiada kejadian tak diingini berlaku",nasihat Chak.
"Baiklah.Terima kasih doktor",ucap zafran.
Dia benar-benar gembira saat itu.
Sudah tak sabar rasanya dia memberitahu berita gembira itu pada isteri kesayangannya.
Chak hanya mengangguk sambil tersenyum.
Setelah meminta diri,Zafran lantas berlalu untuk kembali ke syarikatnya kerana dia perlu menghadiri mesyuarat dengan para pekerjanya.

Chak duduk bersandar di kerusinya setelah Zafran berlalu pergi.

"Bertuah sebenarnya awak Zafran.Punyai isteri yang baik seperti Zara.Aku cemburu pada awak kerana mampu memiliki sekeping hati milik Zara.Andai awak tak pernah hadir di kehidupan Zara sebelum ini,sudah pasti aku yang memilikinya saat ini", bisik Chak di dalam hati.
"Namun apa kan daya,awak yang lebih dulu mengetuk pintu hati Zara.Awak benar-benar beruntung Zaf",kata Chak lagi.
Dia merenung gambar yang menghiasi meja kerjanya.Gambar yang diambil ketika berada di kota London satu masa dulu.Gambar dirinya,Zara dan si kecil Misya.Di ibarat sebuah keluarga yang sangat bahagia saat itu.
Hati Chak dirundung rindu tiba-tiba.Di capainya frame gambar tersebut dan ditenungnya.
"Daddy miss you so much syg.Misya pasti dah lupakan daddy kan selepas bertemu ayah kandung sebenar Misya?",kata Chak sendiri.Chak merasakan dunianya kosong saat itu.
Dipeluk erat gram gambar tersebut.
"Andai daddy punya peluang untuk bertemu Misya.Daddy nak peluk cium misya kerana daddy sangat rindukan Misya",luah Chak lagi.
Dunianya terasa kosong saat itu.
"Ya Allah,berilah aku peluang untuk bersama dengan misya,walaupun bukan sebagai ayah kandungnya,ataupun ayah tirinya, sekurang-kurangnya jadi ayah angkat pada Misya.Ayah angkat yang boleh bertemu dengannya kerap kali,boleh mendengar canda tawanya kerana aku benar-benar merinduinya",doa Chak di dalam hati.
Kesepian benar-benar menyelubungi jiwanya ketika itu.Di saat merenung nasib dirinya saat itu,bayangan Natasha menjelma di benaknya.
"Mengapa nasibku malang seperti ini.Misya,Zara dah tinggalkan aku.Mengapa sekarang awak yang tinggalkan aku Syah.Mengapa awak pergi di saat aku benar-benar memerlukanmu.Di saat aku sepi,awak menghilang.Awak biarkan aku terkapai-kapai sendirian tanpa canda tawamu,tanpa gurauanmu.Mengapa takdir begitu kejam padaku?",kata Chak lagi.
Hatinya benar-benar sayu.
Satu demi satu orang yang disayangi Chak menghilang pergi dari hidupnya.
"Apakah semua yang terjadi ini salahku?. Sekarang aku sedar,aku telah sia-siakan kehadiran awak Syah.Aku lebih pentingkan diri aku dan cintaku pada Zara dan Misya sehinggakan aku lupa akan kewujudan awak di sisiku.Kini baru aku menyedarinya Syah.Sayangku pada Zara hanyalah kerana terlalu menyayangi Misya dan bukanlah atas dasar cinta.Aku cintakan awak Syah.Itulah yang benar-benar aku rasakan sekarang",kata Chak perlahan.
"Please come back to me",bisik Chak.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-25 22:55:11 

hi dear....bila nk update lg...

YAZNI-ERNIE
2020-10-24 20:50:04 

hi dear plz update

YAZNI-ERNIE
2020-10-23 19:20:50 

hi dear ..plz....update


NovelPlus Premium

The best ads free experience