"Asalamualaikum syg.Dah lama tunggu ke?",tanya Zafran sambil menarik kerusi di hadapanku.
Pagi tadi aku mengajaknya untuk keluar makan bersama tengahari itu.Ada perkara penting yang harus aku tanyakan.
"Walaikumsalam.Tak lah lama sangat.Aku pun baru je sampai.Awk nak makan apa,awak order lah,aku dah order tadi"jawabku.
Zafran melambai tangannya ke arah seorang pelayan sebagai tanda isyarat untuk memanggilnya.Pelayan tersebut lantas mendekati Zafran.
"Selamat tengahari encik,nak makan apa?",tanya pelayan itu penuh sopan santun.
"Beri aku mee goreng dan fresh orange satu",kata Zafran.
Pelayan tersebut mengangguk kepalanya tanda faham.
"Selain itu,ada apa-apa lagi ke nak pesan?",tanya Pelayan itu lagi.
"Dah tak de.Itu je yang aku nak",jawab zafran.
Setelah itu,pelayan tersebut meninggalkan aku dan Zafran untuk menyediakan makanan yang sudah siap di pesan.
Pandangan mata Zafran beralih ke wajahku semula.
"Hah!.Pagi tadi syg kata ada perkara urgent nak tanya kat abg kan.Tanyalah?",kata Zafran sudah tidak sabar.
Sebaik menerima pesanan ringkas dariku pagi tadi,perasaan Zafran membuak-buak ingin tahu sehinggakan masa terasa begitu lama berlalu.Fikirannya hanya tertumpu pada perkara yang ingin ku tanyakan sehingga dia tidak mampu fokus pada kerjanya pagi tadi.
Aku menarik nafas perlahan sebelum memulakan kata-kata.
"Awak cakap apa kat Misya kelmarin?",tanyaku.
Zafran tersentak.Riak wajahnya sedikit berubah.
"Misya cakap apa?",tanya Zafran ingin tahu.
"Misya tak kata apa-apa.Cuma,Misya nak pindah tinggal dengan awak.Awak yang suruh dia pujuk aku kan supaya tinggal dengan awak kan?",tanya ku sedikit geram.
"Apa salahnya tinggal dengan abg.Abg kan suami syg.Ayah kandung pada Misya.Tak salahkan abg nak ajak syg dan Misya tinggal sama-sama",jawab zafran.
"Tak salah,tapi aku tak suka awk jadikan Misya orang tengah untuk mencapai hajat awk nak tinggal bersama kami.Aku tak suka!",jawabku geram.
"Okay!. Abg minta maaf sebab suruh dia ajak syg tinggal dengan abg.Abg buat macam tu pun bersebab",jawab Zafran.
"Tak boleh bincang dengan aku je.Tak perlu pun kaitkan Misya dalam hal ni.Aku tak suka!",bentakku geram.
"Okay,okay!.Abg minta maaf pasal perkara ni Tapi,syg kena tanya diri syg tu.Bolehke bincang terus dengan syg.Sedangkan nak jumpa je pun susah sangat.Apatah lagi bincang nak tinggal bersama",jelas Zafran sayu.
Aku terdiam.
"Abg tak berniat nak paksa syg tinggal dengan abg.Abg cuma nak rasa hidup bersama dengan Misya.Syg tau kan,selama 4 tahun abg tak jalankan tanggungjawab abg sebagai seorang ayah, sekurangnya,selagi ada masa,sebelum terlambat abg nak tebus masa-masa yang dah terbuang",jelas Zafran lagi.
"Abg harap sangat-sangat syg mampu tunaikan permintaan abg ni.Kalau pun bukan demi abg, sekurang-kurangnya syg fikirlah untuk kebaikan Misya.Dia juga seperti budak-budak yang lain,inginkan sebuah keluarga yang sempurna.Abg nak hidup Misya sama seperti budak-budak yang lain.Abg nak bertanggungjawab sepenuhnya pada anak abg tu.Tolong la syg",pujuk Zafran cuba merayu.
Aku memandang Zafran dengan pandangan yang sukar untuk Zafran tafsirkan sendiri.Beberapa perkara bermain-main di benakku.Kata-kata Zafran sememangnya benar.Misya perlukan kasih sayang seorang ayah.Aku seharusnya memberi peluang pada Zafran untuk bersama-sama dengan Misya.Aku menarik nafas lalu ku hembus dengan perlahan.Zafran hanya memandangku masih inginkan jawaban dariku.
Melihat aku masih membisu,Zafran tahu aku sedang berfikir.
"Buang ego kau jauh-jauh Zara.Misya perlukan Zafran di hidupnya.Lupakan semua luka yang pernah hadir di hati kau.Jangan kerana luka itu,anak kau sendiri menjadi mangsa",bisik diriku sendiri.
Aku cuba memujuk hatiku agar mampu menyetujui permintaan zafran.Walaupun sukar,namun apa salahnya berkorban demi anakku sendiri.
"Baiklah,aku akan pindah ke rumah awk.Tapi awk kena patuhi syarat-syarat yang akan aku kemukakan nanti",jawabku setelah sekian lama.
Zafran mengukir senyuman di bibirnya.Gembira menyelubungi jiwanya.Ingin sahaja dia berteriak memberitahu pada dunia bahawa saat itu dia benar-benar gembira.
"Terima kasih syg,abg akan ikuti apa pun syarat yang syg berikan.Asalkan abg dapat hidup bersama anak dan isteri yang abg sayangi.Itu sudah memadai untuk abg.Terima kasih sangat-sangat syg",ucap Zafran berulang kali.
Hatinya benar-benar tenang saat itu.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Nanti aku akan beritahu aku akan berpindah ke rumah awk.Sekarang ni kita makan.Aku dah lapar",kataku.
Mataku memandang ke arah makanan yang terhidang di depanku.Air liurku hampir mengalir melihatnya.Tak sabar rasanya menjamah makanan tersebut.Tambahan pula perutku dari tadi sahaja sudah menyanyi-nyanyi minta di isi.
"Ye,ye,jom makan.Abg pun dah lapar ni",jawab Zafran.
Setelah itu,aku dan Zafran hanya fokus pada makanan tengahari sahaja.Tiada sudah cerita ataupun kata-kata yang terucap.Sehinggalah waktu rehat ku tamat.
******
Natasha menyandarkan tubuhnya ke kerusi setelah seharian duduk menghadap dokumen di hadapannya.Digerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan untuk merenggangkan ototnya untuk melegakan lenguh di pinggangnya.
"Aduhhh,sakitnya pinggang aku.Seharian duduk memang memenatkan",kata Natasha perlahan.
Dilihatnya telefon di sisi.Dari pagi tadi tiada tu begitu cemburu pada Zara.Sangat utuh cinta Chak pada gadis itu.Walaupun cintanya sudah ditolak mentah-mentah oleh Zara,namun Chak tetap pada pendiriannya untuk tetap mencintai Zara.Hal itu membuatkan Natasha sedikit merasa putus asa.Dia tidak tahu,cara apa lagi untuk mencairkan hati lelaki itu.Tempo untuk memikat Chak sudah tidak lama lagi.Perkara itu benar-benar membimbangkan Natasha.
"Apakah aku siap untuk kehilangan Chak.Hanya beberapa minggu lagi,aku harus tunaikan janji ku andai dalam tempoh itu aku tak berjaya menawan hatinya.Bagaimana hidupku nanti.Apa aku harus mengulangi kisahku sebelum ini.Membawa diri ke luar negara untuk melupai cintaku?",bisik hati kecil Natasha.
Natasha menghela nafas berat.
"Kak Zara pernah beritahu pada aku agar jangan berputus asa.Chak suka gadis yang tak kenal erti putus asa.Kak Zara juga beritahu kalau selagi ada usaha, insyaallah Allah akan makbulkan permintaan ku satu saat nanti.Ya!!!,aku tak boleh berputus asa.Masih ada waktu lagi untuk aku buktikan pada Chak yang aku benar-benar mampu mencairkan hatinya",kata Natasha memberi semangat pada dirinya sendiri.
"Aku harus cari cara yang lain lagi.Tak pe lah andai aku gagal pada akhirnya, sekurangnya aku dah berusaha sedaya upaya ku",bisik Natasha lagi.
Senyuman terukir dibibirnya.
"Fighting Syah.You can do it!",kata Natasha penuh semangat.
Dia lantas menelefon Zara untuk meminta pendapat seperti selalunya.
******
Datin Ain datang ke pejabat Zafran petang itu.Setelah memasuki ruang pejabat itu,dia lantas bertemu dengan setiausaha Zafran untuk meminta kebenaran berjumpa dengan Zafran.
"Asalamualaikum puan,ada yang boleh saya bantu?",tanya Ani penuh hormat.
Datin Ain tersenyum mempamerkan barisan giginya yang putih dan bersih.
"Boleh tak aku jumpa pengarah syarikat ni.En.zafran.Ada perkara yang harus aku bincangkan padanya",jelas Datin Ain.
"Sekejap ye puan,saya tanya pada tuan Zafran andai dia punya waktu.Sebab puan tak ada buat temujanji sebelum ni kan?",tanya Ani.
"Tak ada lagi.Tolong beritahu pada tuan Zafran bahawa,ada urusan penting yang harus aku bincangkan dengannya",jelas Datin Ain lagi.
Datin Ain sudah bertekad untuk meminta bantuan pada Zafran.Walaupun berhadapan dengan malu yang agak besar pada Zafran atas perbuatan yang telah dilakukan oleh anaknya Sofia pada Zafran,namun hanya itulah jalan terakhir yang mampu Datin Ain fikirkan.Dia harus mengembangkan butiknya.Dia perlukan dana yang besar untuk menambah baikkan perniagaannya.
"Puan,puan boleh masuk sekarang.Tuan Zafran tunggu puan di ruang pejabatnya",kata Ani lembut dan sopan.
Datin Ain tersenyum gembira.
"Terima kasih cik",ucap Datin Ain.
"Sama-sama puan.Puan boleh masuk sekarang",kata Ani lagi.
Datin Ain mengangguk faham.
Sebelum melangkah masuk ke pejabat Zafran,Datin Ain berdoa agar urusannya dipermudahkan.
Datin Ain mengetuk perlahan pintu pejabat Zafran sebelum memulas tombol pintu tersebut.Sebaik sahaja pintu dijual,Datin Ain masuk.
Zafran agak tersentak memandang Datin Ain.Dia tidak menyangka bahawa orang yang ingin berjumpanya adalah Datin Ain.Ibu kepada perempuan yang sudah merosakkan kehidupannya sebelum ini.Perasaan Zafran bercampur aduk.Perasaan marah,geram benci silih berganti di hatinya.Teringat semula sikap Datin Ain yang begitu sombong menuduhnya merosakkan masa depan anaknya itu.Banyak lagi tomahan yang dilontarkan kepadanya pada masa itu,namun Zafran lantas membuang jauh perasaan marah di hatinya.Bagi Zafran,yang sudah berlalu itu,biarkan berlalu.Lagipun Sofia sudah mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.Bagi Zafran itu sudah cukup memadai.
"Owh!,Auntie rupanya,ingatkan siapa tadi.Silalah duduk",pelawa Zafran.
Dia cuba berlagak biasa agar Datin Ain tidak menyedari perubahan reaksi wajahnya saat itu.Zafran harus bersikap profesional.Dia hanya ingin tahu,apa tujuan datin Ain ke pejabatnya hari ini.
"Terima kasih Zaf",ucap Datin Ain sambil menarik kerusi di hadapan Zafran.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Ada apa hal penting jumpa Zaf ni?",tanya Zafran berlagak biasa.
"Sebelum tu,auntie nak minta maaf pada Zaf atas apa yang dah auntie dan Sofia lakukan pada Zaf.Auntie dah menyesal sangat.Boleh tak Zaf maafkan Auntie?",tanya Datin Ain.
Hatinya sedikit bergetar.
Zafran tersenyum.
"Benda dah lepas auntie.Tak perlu difikirkan lagi.Zaf dah lupakan semuanya.Dah lama Zaf maafkan Auntie",jelas Zafran.
"Terima kasih Zaf.Zaf memang seorang lelaki yang baik.Auntie sebenarnya malu jumpa Zaf setelah apa yang dah auntie dan Sofia lakukan pada Zaf.Tapi auntie harus jumpa Zaf juga.Auntie perlukan bantuan Zaf",jelas Datin Ain.
Zafran memandang Datin Ain dengan dahi yang berkerut.Hairan kerana Datin Ain datang untuk meminta bantuan darinya.Hatinya membuak-buak ingin tahu bantuan apa yang diperlukannya.
"Bantuan apa tu auntie?",tanya Zafran.
"Begini Zaf,Zaf pun tahu kan,auntie dan uncle dah lama berpisah.Company pun bankrap,yang ada hanyalah butik kecil auntie tu.Nak harapkan wang simpanan auntie,memanglah tak mencukupi untuk jadikan modal nak kembangkan bisnes auntie tu.Sofia pun bukannya nak hulurkan bantuan pada auntie.Dah banyak usaha auntie buat,termasuk buat pinjaman bank nak tambah modal,tapi semuanya gagal",layah Datin Ain.
"Owh kira auntie nak pinjam duit lah ni nak buat modal butik auntie tu?",tanya Zafran sudah faham dengan tujuan Datin Ain datang bertemunya petang itu.
Datin Ain mengangguk perlahan.
"Macam tu lah Zaf.Auntie fikir nak pinjam duit Zaf nak buat modal.Tu pun kalau Zaf sudi lah.Tapi auntie tak paksa pun.Auntie faham kalau Zaf tak setuju,yelah,auntie dan Sofia dah banyak menyusahkan Zaf dan keluarga Zaf",jawab Datin Ain kesal.
Zafran tersenyum.
"Tak pe,yang berlalu tu biarlah berlalu.Zaf dah maafkan semuanya.Tapi,pasal bantuan tu,boleh tak Zaf beri cadangan?",tanya Zafran.
"Cadangan apa Zaf?",tanya Datin Ain ingin tahu.
"Apa kata kalau Zaf keluarkan modal untuk butik auntie,kita tambah beberapa cawangan atas nama auntie,syer kita bahagi dua?',tanya Zafran cuba memberi pendapat.
Datin Ain berfikir sejenak.
"Lagi satu,memang syarikat nak perkembangkan lagi pengeluaran baju-baju ni.Permintaan terhadap baju dari luar negara dan juga sekitar Malaysia juga sangat tinggi,sehinggakan syarikat kami kadang kala tidak mampu menampung permintaan yang begitu banyak,jika butik auntie bersedia berkongsi dengan syarikat ini,rasanya bagus juga.Lagi satu,design-design auntie pun auntie boleh perkenalkan di seluruh negara.Tak rugi auntie",terang Zafran.
Senyuman terukir di bibir datin Ain.Terpancar sinar harapan di wajahnya.
"Auntie bersetuju sangat Zaf.Peluang berkerjasama dengan syarikat Zaf memang begitu auntie impikan,telah,siapa tak nak jadi rakan kongsi syarikat gah macam syarikat Zaf ni.Mana-mana tempat pun kenal.Zaf untung,auntie pun untung",jelas Datin Ain begitu gembira.
"Nanti Zaf sediakan dokumen perjanjian dulu,nanti Zaf hubungi auntie pada waktu yang bersesuaian",kata zafran.
"Terima kasih banyak-banyak Zaf tolong auntie.Hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan yang Zaf lakukan",doa Datin Ain.
Hatinya cukup gembira.
"Sama-sama auntie,semoga kerjasama kita nanti membuahkan hasil yang lumayan.Lagi satu,andai auntie perlukan pertolongan,jangan segan datang bertemu dengan Zaf.Inshaallah,kalau Zaf mampu bantu,Zaf akan bantu",jelas Zafran.
"Baiklah Zaf,terima kasih.Auntie kena beredar dulu,masih ada beberapa urusan lagi yang perlu auntie selesaikan",kata Datin Ain meminta diri.
"Baiklah auntie, hati-hati dalam perjalanan.Nanti Zaf call auntie bila semua dokumen perjanjian siap",kata Zaf mengingatkan semula.
"Okay,auntie tunggu panggilan dari Zaf.Auntie pergi dulu Zaf.Asalamualaikum",ucap Datin Ain sebelum beredar.
"Walaikumsalam",jawab Zafran.
Setelah kelibat Datin Ain menghilang disebalik pintu bilik pejabatnya,senyuman Zafran terukir.
"Terima kasih ya allah kerana menjauhkan hatiku dari dendam.Walaupun begitu perih yang aku hadapi satu ketika dahulu kerana pengkhianatan dari mereka,namun aku ikhlas memaafkan mereka.Semoga aku sentiasa terhindar daripada sikap dendam.Aminn",doa Zafran di dalam hati.
Setelah itu,dia langsung menyambung semula kerjanya.
******
"Mama dah gila ke!",tengking Sofia setelah mendengar kata-kata ibunya sebentar tadi.
Dia benar-benar geram.
"Mama tak ingat ke apa yang lelaki keparat tu dah buat kat Sofia?.Dia yang menyebabkan Sofia meringkuk dalam penjara beberapa bulan tau!",marah Sofia.
"Sofia,awak patut berterima kasih pada Zafran.Walaupun kita dah porak-perandakan keluarganya,rumah tangganya,dia masih sudi membantu kita",jelas Datin Ain.
"Apa pun,Sofia tak kan setuju dengan apa yang mama lakukan.Banyak lagi cara lain nak majukan butik mama tu daripada minta bantuan kepada Zafran!.Mama ni sengaja nak malukan Sofia kan?!!",tengking Sofia lagi.
Dia benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh ibunya itu.Bagi Sofia,dia benar-benar membenci lelaki bernama Zafran itu.Kerana Zafran lah dia meringkuk di dalam penjara dan tersiksa.
"Apa salahnya menjadi rakan kongsi dengan syarikat Zaf Sofia?.Apa yang memalukan.Mama buat semua ini demi masa depan mama dan Sofia.Harapkan Sofia nak bantu mama untuk uruskan semuanya,memang tak adalah.Hanya inilah jalanterbaik yang mama fikirkan",jawab Datin Ain lembut.
Dia tidak mahu meninggikan suaranya pada Sofia.Dia tahu,selagi dibalas dengan kekerasan,Sofia akan lebih keras lagi.Lebih baik dia berlembut.Dengan harapan Sofia juga akan berlembut dengannya.
"No!No mama.Sofia tak akan perna setuju dengan cadangan mama ni.Sofia benci keluarga mereka.Mereka dah malukan Sofia.Sofia benci mereka!",teriak Sofia geram.
"Sampai bila Sofia nak membenci keluarga mereka.Cuba Sofia fikir betul-betul.Sepatutnya kita yang malu pada keluarga mereka,mereka yang patut membenci kita,sebab kitalah yang dah kucar -kacirkan kebahagiaan keluarga mereka.Syukurlah mereka tak berdendam dengan kita Sofia",nasihat Datin Ain.
Sofia memandang ibunya tajam.
"Zafran yang salah.Datin Aida juga salah.Dia yang tergila-gilakan nak menjadikan Sofia menantu,tapi apa yang Sofia dapat?.Hanya penghinaan yang Sofia terima.Mungkin mama boleh maafkan mereka,tapi tak pada Sofia.Sampai mati pun,Sofia akan ingat semua yang mereka lakukan pada Sofia.Sampai mati pun,Sofia tak akan maafkan mereka!",jawab Sofia keras.
Datin Ain mengeleng-gelengkan kepalanya tidak faham.
"Susah sangat ke nak terima kenyataan Sofia.Kita yang bersalah dalam hal ini.Wajarlah Zafran penjarakan Sofia dahulu,sebab bukti kukuh menunjukkan Sofia bersalah dalam hal ini.Cubalah Sofia fikir,andainya Sofia di tempat Zaf,Zaf perangkap Sofia sedangkan masa itu,Sofia dah berumah tangga dengan suami yang Sofia cintai,lepas tu,suami Sofia tinggalkan Sofia,Sofia pun pasti akan buat sama seperti apa yang Zaf lakukan pada Sofia dahulu.Jangan salahkan Zafran atas kesalahan yang tak pernah Zaf lakukan,semua itu salah Sofia sendiri.Terimalah kenyataan",terang Datin Ain.
Sofia mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia masih tidak mahu mengakui silapnya.Bagi Sofia,Zafran lah yang bersalah.
"Zafran yang bersalah mama!.Zafran yang bersalah.Dia yang sepatutnya meringkuk dalam penjara,bukannya aku!.Aku akan balas apa yang telah keluarga mereka lakukan pada aku.Aku berjanji akan balas dendam!",kata Sofia lagi.
"Astaghfirullahhaladzim Sofia.Bawa mengucap.Tak baik berdendam.Dendam itu sikap syaitan.Semua itu dimurkai Allah.Berfikirlah secara rasional Sofia",nasihat Datin Ain.
Dia sangat risau melihat sikap degil anaknya itu.
"Aku akan balas semuanya.Ya,aku akan balas semuanya!",teriak Sofia.
Suaranya bergema memecah kesunyian malam.
Datin Ain hanya terdiam.Dia tidak mampu melembutkan hati anaknya yang begitu keras seperti batu.Datin Ain sudah tidak berdaya untuk menasihati anaknya itu lagi.Sudah pelbagai usaha yang dilakukan olehnya untuk melembutkan hati anaknya itu,namun ia tetap keras tak mampu di lembutkan.Datin Ain sudah pasrah,dia hanya berdoa kepada Tuhan agar hati anaknya itu akan lembut jua akhirnya.
******
Awal pagi lagi Natasha sudah bangun.Walaupun badan masih terasa letih kerana seharian duduk di dalam kereta sepanjang perjalanan ke Cameron Highlands,Namun Natasha gembira.Impiannya bercuti bersama Chak menjadi kenyataan walaupun nanti dia tidak mampu memiliki Chak, sekurang-kurangnya,dia masih mempunyai kenangan indah bersama Chak yang akan dikenanginya selamanya.Natasha sebenarnya tidak menyangka,Chak bersetuju menemaninya bercuti di Cameron Highlands.Namun hatinya benar-benar bersyukur kerana lelaki itu menyetujuinya.Setelah bersiap,Natasha lantas beredar untuk bertemu dengan Chak di lobi hotel itu.Walaupun masih berbaki 10 minit dari masa yang dijanjikan bersama Chak,namun Natasha lebih memilih untuk datang lebih awal.Ini kerana dia ingin melihat suasana pagi di Cameron highland.Cuaca yang agak sejuk di awal pagi benar-benar menyegarkan.Tak seperti keadaan di Kuala Lumpur,suasana pagi tidak sesejuk di Cameron highland.Tak hairanlah pelancong dari luar negara berpusu-pusu datang untuk melancong di Cameron Highlands.
Sebaik tiba di lobi Hotel tersebut,Natasha melangkah keluar melihat pemandangan hijau di sekitarnya.Begitu indah juga menenangkan.Natasha menutup matanya dan menghirup udara yang segar.Udara sejuk seakan-akan menembusi rongga hidungnya hingga ke dadanya.Benar-benar dingin.
"Tak sangka,kawasan semenanjung ni masih ada tempat sejuk seperti ini.Ingatkan kat luar negara je ada",bisik Natasha di hatinya.
Senyuman terukir di bibirnya.Di hatinya memuji ciptaan tuhan yang begitu indah itu.Natasha merapikan rambutnya yang menutup bahagian mukanya akibat ditiup angin pagi itu.Dia tidak menyedari sepasang anak mata yang merenungnya dari kejauhan.Memerhati tingkah Natasha dari jauh.Dengan perlahan langkah di atur mendekati Natasha.Natasha yang masih tidak menyedari kehadiran Chak di sisi masih menutup matanya sambil menghirup udara segar pagi itu.Begitu asyik.Chak yang begitu hampir dengan tubuh Natasha yang membelakanginya hanya diam memerhati.Tidak berkata sepatah kata pun.Ingin sekali menegur gadis cantik dihadapannya itu,namun niatnya dibatalkan kerana melihat Natasha yang begitu leka dengan dunianya sendiri saat itu.Natasha membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila menyedari masa untuk bertemu dengan Chak hampir tiba.Dia lantas berpaling ingin melihat sama ada Chak sudah sampai atau belum,namun dia agak terperanjat melihat Chak benar-benar di hadapannya saat itu.Oleh kerana terkejut dengan kehadiran Chak, apatah lagi tubuh sasa milik Chak benar-benar dekat dengan tubuhnya,Natasha hampir jatuh demi mengelak tubuhnya dari memeluk Chak.Tangan Chak begitu pantas merangkul pinggang Natasha yang hampir rebah.Natasha terpegun.Begitu juga Chak.Mereka saling berpandangan.Entah berapa lama mereka saling berdiam diri dan bertentangan mata.Malahan tangan Chak masih merangkul kemas pinggang Natasha.Deringan telefon Chak mengejutkan Chak dan Natasha.Barulah mereka menyedari situasi yang berlaku saat itu.Chak lantas merungkaikan pelukannya di pinggang Natasha.Natasha berpura-pura merapikan rambutnya untuk menutup malu yang sedang melanda hatinya saat itu.Debaran di dadanya masih laju.Chak juga lantas menjawab panggilan telefonnya itu.Jantungnya juga berdebar kencang.Dia lantas melangkah jauh sedikit daripada Natasha untuk berbual di telefonnya.Dia juga sama seperti Natasha saat itu,cuba berlagak biasa agar perasaannya saat itu tidak mampu dibaca oleh Natasha.
"Apasal tenung Chak macam tu?!",bisik Natasha di dalam hatinya.
Dia mengetuk perlahan kepalanya mengingat kan kesilapannya itu.
"Buat malu je!.Ishhhhh,kenapalah cuai sangat aku ni?",marah Natasha pada dirinya sendiri.
"Tak pasal-pasal,Chak anggap aku menggunakan taktik kotor untuk memikatnya pula",bisik Natasha lagi.
"Aaahhhh!!,bagaimana aku nak berhadapan dengan Chak ni.Malunya aku",kata Natasha lagi.
Diketuk-ketuk kepalanya lagi.
"Awak okay ke tak ni?",tanya Chak apabila melihat tingkah laku Natasha itu.
Dia hairan melihat Natasha mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.
Natasha lantas berpaling memandang Chak.Wajahnya merah menahan malu.
"Apalah kau ni Natasha.Dah lah cuai tadi,sekarang nii,tunjukkan perangai pelik kau tu kat Chak pula.Pasti dia anggap kau nii bodoh betul",marah Natasha di dalam hati.
Natasha mengukir senyuman yang dibuat-buat olehnya.Cuba menyembunyikan perasaan malu yang menyelubungi dirinya saat itu.
"Ahhh,aku okay je",jawab Natasha.
"Habis tu kenapa ketuk kepala tu?",tanya Chak.
Dia sebenarnya tahu apa yang sedang difikirkan oleh gadis itu saat itu.Dia tahu Natasha cuba berlagak biasa cuba menutup perasaan malunya pada Chak.Chal hampir tersenyum melihat tingkah Natasha.
"Tak de apa pun.Jom lah masuk.Kita sarapan dulu.Dah lapar ni",ajak Natasha cuba mengubah topik perbualannya.
Dia tidak mahu,Chak terus-menerus bertanya.
"Owh,okay,okay jom",kata Chak sambil tersenyum.
Natasha mendahului langkah Chak,masih terkesan dengan insiden yang berlaku sebentar tadi.Chak dibelakangnya hanya mampu tersenyum,dia sebenarnya mampu meneka apa yang sedang difikirkan oleh gadis cantik dihadapannya itu.Namun Chak hanya berdiam diri.Takut memalukan Natasha.
Share this novel