BAB 72

Romance Series 57282

Jhon melangkah perlahan mendekati Alice kekasihnya yang sedang duduk menunggunya di sebuah taman berhampiran Abertay University.Alice merupakan pensyarah di universiti itu Sejak kecil,Alice bercita-cita menjadi seorang pendidik.Oleh kerana itu,dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.Ayahnya lebih memilih untuk Alice menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan kerana Ayahnya ingin Alice menerajuinya dalam syarikat milik keluarga.Namun keinginan ayahnya dibantah keras oleh Alice sendiri.Bagi Alice,tiada apa pun yang mampu menghalangnya untuk mencapai cita-citanya itu.Dan kenyataannya kini,Alice sudah menjadi seorang pensyarah sesuai dengan apa yang di cita-citakanya sejak kecil.Apa yang membahagiakan Alice adalah,Ayahnya kini sudah mampu menerima hakikat anaknya itu merupakan seorang pensyarah dan bukanlah pengganti dirinya menjadi CEO dalam syarikat milik keluarganya.Perkara itu benar-benar membuatkan Alice lega.

"Hallo sweetheart",sapa Jhon.
Alice lantas menoleh.Senyuman terukir di bibirnya.
"Hai baby",jawab Alice.
Jhon melabuhkan punggungnya di sisi Alice.
"Sorry to disturb you.Wen need talk",kata Jhon.
Wajahnya agak serius.
"Seems very serious. Say, what is that thing?",tanya Alice.
"This is about our relationship",jawab Jhon.
Alice memandang Jhon.Wajahnya jelas kebingungan.Hatinya tiba-tiba rasa berdebar.Perkara inilah yang sedikit menganggu dirinya beberapa minggu yang lalu,sebaik sahaja tahu kekasih hatinya itu bakal dijodohkan dengan orang lain.Hatinya benar-benar takut.Takut akan kehilangan lelaki itu.Alice mencintai Jhon sepenuh hatinya.Sudah hampir tiga tahun mereka menjalinkan hubungan.Percintaan yang terjalin sejak di kampus dan berterusan hingga ke hari ini.Namun berita perjodohan yang diatur oleh keluarga Jhon dengan gadis lain benar-benar menggugat hatinya saat itu.
"From the reaction of your face, I will lose you right?",teka Alice.
Hatinya sayu.Entah mengapa dia seolah-olah merasakan kekasihnya itu akan meninggalkannya.Alice menundukkan pandangannya.
"What would you do if I left you?",tanya Jhon cuba menduga hati kekasihnya itu.
Alice cuba menentang mata Jhon.
"I will disappear from your sight from now on and forever",jawab Alice.
Airmatanya kini mula bertakung ditubir matanya.Hatinya hiba.
"Will you leave me ?. Are you not able to wait and be with me through grief together?",tanya Jhon lagi.Masih menduga hatinya Alice.
"why continue to survive if in the end we will still be separated?",jawab Alice sayu.
Jhon tersenyum memandang Alice.Dia tahu, kekasihnya itu benar-benar mencintainya.Sama seperti Jhon mencintai diri gadis itu.
"But, I want to live with you, as long as I live until the end of my life. I want to spend the rest of my life with you forever",jelas Jhon.
Air mata Alice mula mengalir.
"But your family has determined your mate. How can we be together. I also want to live with you. I love you to the last breath. But your family?",kata Alice.
"Let's run away from this place. We start a new life. Far from our life now",ajak Jhon.
Alice memandang Jhon.Dia tidak menyangka andai lelaki itu sanggup membuat keputusan seperti itu.
"me too. But can you live hard later?",tanya Alice ingin kepastian.
Jhon mengangguk perlahan.
"But I can not bear to see you live to suffer later. I really love you, but if my love will only bother you. I do not want. I am more willing to see you happy. You are happy,i will happy too",jelas Alice.
"My happiness is just be with you. That is enough for my life.I want be with you forever",jawab Jhon.
"but, I do not want you to run away just to be with me. We still have many ways to persuade your family to accept me in your family. I will stay with you in difficult or easy.Bring me to meet your family. We explain the real situation. We love each other, we try to ask for blessings from both your parents",kata Alice.
Kali ini Alice benar-benar maksudkannya.Dia tidak mahu hubungan itu menjadi rahsia lagi.Dia juga akan tetap bertahan sehingga dia diterima kelak dalam keluarga Jhon.Walau sukar,asal Jhon masih ada dibelakangnya,memberi sokongan dan menjadi kekuatannya,Alice akan terus bertahan.
"I just Want to be with you sweetheart",luah Jhon.
Dia menggenggam jari-jemari Alice erat.
"Me too",jawab Alice.
Alice menyandarkan kepalanya di bahu Jhon.
"Dear, actually,i have something to tell you.This matter is very important.This is about both of us",terang Jhon.
Alice lantas membetulkan cara duduknya.Dia lantas memandang Jhon.
"What is it?",tanya Alice ingin tahu.
"Before that, I want to ask you something?",kata Jhon lagi.
"Ask. I will answer honestly",jawab Alice.
Hatinya tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan Jhon perkatakan.
"Is it true that you want to be with me ?. Willing to be with me in difficult and happy times ?",tanya Jhon.
Alice mengangguk-angguk kepalanya.
"Yes!",jawab Alice tanpa ragu-ragu.
"All right. This month we will get married. I have discussed everything with my family. And that is the condition. You and I have to get married this month as well. Just like natasha. The girl who was initially married to me",terang Jhon.
Bibirnya mengukir senyum.Alice memandang wajah Jhon seakan tidak mempercayai apa yang baru sahaja Jhon katakan.Matanya besar memandang Jhon.
"Really?",tanya Alice inginkan kepastian.
"Yes!",jawab Jhon.
"You lies?",tanya Alice.
"I did not lie. I swear. What I said is all true. If you do not believe, now I will take you to see my mother and father",jawab Jhon cuba meyakinkan Alice.
Alice lantas memeluk tubuh Jhon erat.
"I trust you.I know,you never lie to me.I know you love me so much.And I also know,you want be with me in you whole life.I am Like that too",jelas Alice gembira.
Dia tahu,kekasih hatinya itu tak akan menipunya.Malahan dia juga sangat mengenali jhon.sepanjang bersama dengannya,Jhon tidak pernah sekalipun menipunya.Itulah yang membuatkan Alice yakin Jhon berkata benar.
"So, are you willing to marry me ?. Accept me as I am?",tanya Jhon lagi.
"Yes,i will",jawab Alice.
Mereka berbalas senyum.Barulah ada sinar harapan di wajah Alice.Kesedihannya beberapa hari ini,kian terubati.Dia yakin,selagi dia bersabar,pada akhirnya dia pasti akan temui kebahagiaan.
"Tomorrow we will meet my parents. After that, I will come and talk to your family. After everything is done, we will go to the ring shop and go to order our wedding dress later",kata Jhon membuat perancangan.
"I will tell my mother and father about this. They must agree. After all, before this, my mother and father used to ask me about marriage. Only at that time, I was not ready to tell them everything",jelas Alice.
"Alright.You talk to your family. Whatever tells me the development. But, make sure tomorrow you do not plan anything first because tomorrow I will take you to meet my family",jelas Jhon.
Alice mengangguk-anggukkan kepalanya setuju.
"Thank you dear. Thank you for making my dream come true",luah Alice.
"You welcome dear",jawab Jhon.
Dia memeluk erat tubuh milik Alice.

*******

Seperti yang dijanjikan oleh Syam.Dia menjemput Sofia untuk keluar makan malam bersamanya.Tepat jam 8 malam,Syam sudah menunggunya diluar pagar rumahnya Sofia.
"Balik jangan lewat sangat ye.Mama nanti risau",pesan datin Ain pada Sofia sebelum melepaskan anak gadisnya itu pergi.
"Baiklah mama.Sofia janji tak balik lewat sangat.Lagipun,Sofia keluar dengan syam untuk makan malam je.Habis makan malam,Sofia terus balik je",jawab Sofia.
Datin Ain bernafas lega.
Dia tahu Sofia akan mendengar katanya.Walaupun selama ini,Sofia kerap kali balik lewat,dan kadangkala Sofia langsung tidak balik semalaman,namun kini Datin Ain percaya pada anak gadisnya itu.Dia tahu,Sofia tidak akan memungkiri janjinya lagi.
"Hati-hati.Pesan pada syam,pandu kereta elok-elok"pesan Datin Ain lagi.
"Ye mama.Nanti Sofia sampaikan"jawab Sofia.Sofia lantas bersalaman dengan ibunya dan lantas berlalu pergi.Dia tidak mahu,syam menunggunya terlalu lama.Sebaik sahaja Sofia keluar,datin Ain lantas menutup pintu dan kembali semula ke dalam rumah.Sementara itu, Sofia sudah pun masuk kedalam kereta Syam.

"Maaf buat awak lama menunggu",ucap Sofia sebaik sahaja masuk kedalam kereta.
"Tak lama pun.Aku baru je sampai tadi",jawab syam tersenyum.
Syam lantas menghidupkan enjin dan meneruskan perjalanannya.
"Awak nak bawa aku makan kat mana?"tanya Sofia.
"Adalah,nanti tau lah juga.Jangan risaulah,aku tak bawa awak ke tempat yang tak seharusnya awak pergi la.Aku akan jaga awak sampai kita selesai makan dan aku akan menghantar awak semula",jelas Syam.
Dia takut andainya menimbulkan kesangsian pada Sofia.Sofia memandang syam sambil tersenyum.Dia tau lelaki di sebelahnya itu jujur.Oleh itu,Sofia tidak merasa sedikit ragupun pada lelaki itu.Dia juga tahu,syam akan menjaganya dengan baik.
"Tak risau lah.Aku percaya pada awak",jawab Sofia lembut.
Syam hanya tersenyum.
Suasana sepi menyelubungi seketika.Tiada kata yang lahir dari mereka berdua.Masing-masing kehilangan kata.Syam fokus pada jalan raya,Sofia pula berdiam diri sambil memandang pemandangan jalan yang mereka lalui.Sesekali syam mencuri pandang ke wajah cantik milik Sofia.Di hatinya memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu.
"Kenapa diam?",tanya Syam.Cuba memulakan perbualan semula.
Sofia memandang syam.
"Tak tau nak sembang apa",jawab Sofia.
Senyuman terukir dibibirnya.
Syam tergelak mendengar jawaban dari Sofia.Fikiran mereka berdua rupanya sama.Tidak tahu apa yang harus dibualkan.
"Samalah",jawab Syam.
"Owh ye,aku bawa awak keluar ni,tak ada orang marah ke?",tanya Syam.
Pertanyaan itu sudah lama ada dalam fikirannya.Namun bila sahaja bertemu dengan gadis itu, pertanyaan itu akan hilang dari memory ingatannya.Syam sebenarnya ingin tahu banyak perkara tentang gadis itu,termasuk orang-orang yang hadir di hidupnya.Satu perkara yang amat ditakuti oleh syam adalah,Sofia sudah berpunya dan menjadi satu kesalahan pada syam andainya dia membawa gadis yang sudah menjadi milik orang lain.
"Eh tak de lah.Tak ada siapa yang marah pun.Awak janganlah fikir lain-lain.Tak ada siapa pun yang akan marah awak keluar dengan aku",jawab Sofia meyakinkan Syam.
"Betul ni?",tanya Syam inginkan kepastian.
"Betul lah.Tak kan la nak tipu pula.Apa aku dapat kalau tipu awak?",jawab Sofia.
Syam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Senyuman terukir dibibirnya.
"Tak de lah.Syam cuma nak kepastian juga.Bukan apa,takut ada yang marah je.Manalah tau terserempak kat mana-mana,berdua Ngan awak.Tak ke problem jadinya.Tak pasal-pasal jadi punca pergaduhan awak Ngan dia nanti",jelas Syam.
"Tak ada siapa nak marah pun.Tak kan lah aku nak keluar dengan awak kalau dah jadi milik orang lain.Cari masalah je.Aku keluar dengan awk ni pun,sebab tak ada siapa yang nak marah pun",terang Sofia.
Syam tersenyum.Hatinya sedikit lega.Terasa ada peluang untuk dirinya menyunting gadis dihadapannya itu menjadi kekasih hatinya.
"Tapi,betul ke awak tak ada kekasih?",tanya Syam ingin kepastian.
Sofia tertawa sebaik sahaja mendengar pertanyaan lelaki disebelahnya itu.
"Tak ada lah.Siapalah yang nak kat aku ni.Banyak sangat kekurangan yang ada",jelas Sofia.
"Jangan lah cakap seperti itu.Tak ada seorang manusia pun yang sempurna.Semuanya punya kekurangan.Sama seperti aku juga",kata Syam.
"Hurmmm.Awak tak akan faham.Dah tak akan faham pun",jawab Sofia.
Hatinya agak sayu.Syam agak tersentak.Jawaban Sofia menimbulkan banyak pertanyaan di benak syam.
"Do you want shared something?",tanya Syam.
Sofia mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak perlu tahu pun.Eh,tak sangka kita dah sampai pun",kata Sofia mengubah topik perbualan mereka
"Aah.Tak sedar dah sampai pun.Jap cari parkir"kata Syam.
Dia memusing-musingkan keretanya mencari parkir yang kosong.Syam agak bersyukur kerana masih ada satu ruangan yang kosong.Sebaik sahaja kereta diparkir,Sofia dan syam keluar dan menuju ke dalam restoran yang berdekatan.

*******

"Abg,badan Misya panas.Rasanya dia demam ni", kata ku sebaik sahaja Zafran sampai.Hari ini,Zafran balik agak lambat kerana dia dan Joe keluar bertemu dengan client syarikat dari Singapura.Zafran lantas mendekati Misya yang terbaring lesu di atas katilnya.Dirabanya dahi Misya.
"Panas!.Kenapa syg tak call abg.Kalau abg tau abg pasti dah tunda temujanji abg dengan client tadi",jelas Zafran.
Hatinya benar-benar risau apabila melihat keadaan anak gadisnya itu yang agak pucat.
"Syg tau abg sibuk.Syg tak nak susahkan abg pun.Lagi satu,abg nak risaukan apa,isteri abg ni kan doktor",jawabku sambil tersenyum memandangnya.Aku tahu,sebagai seorang suami,dia juga risau apabila melihat anaknya sendiri jatuh sakit.Sama sepertiku,namun aku dah terbiasa dengan keadaan itu.Walau bagaimanapun,aku tak menafikan perasaan risauku saat melihat anak kandungku sendiri yang jatuh sakit.Walaupun hampir tiap hari aku berdepan dengan kanak-kanak yang sedang sakit,namun perasaan itu agak berbeza apabila anakku sendiri yang sedang sakit.Kebimbangan itu jauh lebih terasa.
"Abg tau,tapi sekurang-kurangnya,beritahu abg.Lain hari,kalau Misya sakit,beritahu abg dengan segera.Jangan buat Abg risau.Ni dah beri Misya makan ubat ke?.Dah cek suhu?,tanya Zafran.
"Dah semua.Lepas makan ubat,Misya terus tidur.Cek suhu sebelum makan ubat tadi.Panas sangat.38.2 darjah celcius.Tak cek lagi lepas tu.Tunggu sejam macam tu,baru syg cek balik",jelas ku.
"Baiklah kalau macam tu.Abg nak mandi dulu.Badan rasa melekit ni.Syg tengok lah keadaan Misya dulu.Harap-harap suhu Misya kembali pada normal",kata Zafran.
"Yela.Abg mandilah dulu.Siap mandi kita solat Isyak berjemaah.Syg tunggu abg",kataku sambil tersenyum.
"Yela",jawab rzafran ringkas.
Zafran lantas berdiri dan mengatur langkah keluar dari bilik Misya.Sebaik sahaja bayangan Zafran menghilang,aku lantas mengelap semula badan Misya.Ku sentuh perlahan dahi dan lehernya.Masih terasa agak panas.Hatiku sedikit risau.
"Dah makan ubat,tapi badannya masih agak panas.Aduiii, harap-harap tak ada masalah yang lebih besar ni.Harap-harap demam biasa je",bisikku didalam hati.
Aku merendam semula kain yang kujadikan sebagai pengelap badan ke dalam air yang sudah aku sediakan.Ku perah dan mengelap semula dahi,leher dah badan Misya.Ku ulang seberapa kerap yang boleh.Aku berharap agar suhu badannya segera menurun.
"Cepat sembuh ya syg.Mommy syg Misya sangat-sangat.Tak nak lah Misya sakit lagi.Mommy tak sanggup lihat Misya terbaring lemah macam ni.Misya kena kuat lawan sakit tu.Biar cepat sembuh.Biar boleh bermain seperti biasa",bisikku perlahan sambil mengusap lembut rambutnya penuh kasih syg.Satu kecupan singgah di dahi Misya.
"Mommy nak solat Isyak dulu.Kejap lagi mommy teman Misya lagi ye",kataku perlahan.
Dengan perlahan-lahan,aku bergerak meninggalkan Misya yang sedang lena saat itu.

***********

Natasha singgah disebuah kedai jam.Natasha berhasrat untuk membeli sebuah jam tangan sebagai koleksi jam tangannya.Sebenarnya Natasha sudah mempunyai beberapa koleksi jam tangan namun Natasha sudah bosan dengan jam tangan lamanya.Apa yang dia inginkan saat itu adalah jam tangan baru yang lebih berjenama dari sebelumnya.Natasha memandang seluruh ruangan kedai tersebut.
"Banyaknya pelanggan kedai ni.Mesti kedai ni menjual barangan yang lebih berkualiti daripada kedai yang lain.Sini je lah aku beli",bisik Natasha didalam hati.
Natasha mengatur kemas langkahnya memasuki kedai itu.
"Wah luas juga kedai ni eaa.Kemas dan teratur",puji Natasha.
Dia melihat-lihat jam tangan yang terpamer indah.Berjenis-jenis jam tangan yang ada.Semuanya agak cantik dan berkualiti di pandangan mata Natasha.Mataanya terarah pada sebuah jam tangan berwarna silver di depannya saat itu.Bentuknya agak kecil dan comel.Cerminnya berwarna gelap namun jarum jamnya jelas kelihatan.Sangat cantik dipandangan mata Natasha.
"Cantiknya",bisik Natasha didalam hati.
Senyuman terukir dibibirnya.Tangganya lantas mencapai jam tangan tersebut,namun Natasha agak tersentak apabila seseorang juga sedang mencapai jam yang sama.Jari jemari mereka bersentuhan.Natasha lantas menarik semula tangannya,begitu juga lelaki itu.
"opsss.Im sorry",jawab Natasha dan lelaki itu serentak.Mata mereka bertaut.Natasha diam terkaku.Begitu juga lelaki itu.Mereka saling berpandangan.
"Syah!".
"Chak!".
Mereka sama-sama bersuara.
"Awak buat apa kat sini?",tanya Natasha terkejut.Dia sangat tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di sana.
"Aku datang bercuti",jawab Chak.
Dia tidak mahu Natasha tahu tujuannya datang ke kota London.Biarlah jadi rahsia sehingga semuanya selesai.
"Owh.Tak sangka kita jumpa kat sini kan.Kecil betul dunia ni.Dah berapa hari kat sini?",tanya Natasha masih agak teruja.
Chak tersenyum memandangnya.
"Dah dua hari.Tapi aku benar-benar tak menyangka dapat jumpa awak kat kota London ni.Patutlah tak jumpa awak beberapa bulan ni.Rupanya awak kat london.Awak buat apa kat sini?",tanya Chak.
Dia benar-benar gembira saat bertemu dengan gadis itu.Chak juga tak menyangka akan bertemu dengannya di kedai jam itu.Sudah dua hari Chak cuba menjejaki Natasha,Namun masih tak berjaya menemuinya.Apa yang tak dia sangkakan,dia akan bertemu dengannya hari ini.Rupanya tuhan memberi kemudahan pada Chak untuk menemuinya kali ini.Hati Chak lega.
"Family Syah tinggal kat sini.Balik pun sebab emergency.Family matters.Daddy Syah masuk hospital.Tulah tak sempat inform kat awak tu.Aku bercadang nak balik Malaysia dalam masa terdekat ni,tak sangka jumpa awak kat sini.Awak datang bercuti dengan siapa?. Honeymoon ke?.Awak dah kawin?",tanya Natasha bertubi-tubi.
Natasha berasa agak kecewa saat itu.Terasa peluang untuk lari dari rancangan pernikahan ayahnya bakal gagal.
"Ishh awak ni.Ke situ pula fikiran awak ni.Chak belum kahwin lagi la.Datang sini bercuti seorang diri.Tenangkan fikiran dan rehat.Kan bercuti jauh dari tempat kerja lebih baik.Kalau bercuti kat Malaysia juga,fikiran kerja tu masih tetap ada.Kalau bercuti kat negara lain,tu lebih baik",jelas Chak.
Dia tersenyum,begitu juga Natasha.Terasa agak lega mendengar jawaban dari Chak.
Pandangan mata natasha beralih semula pada jam tangan yang jadi rebutannya dan Chak sebentar tadi.
"Awak nak beli jam tangan ni ke?",tanya Natasha.
Pandangan Chak juga beralih ke arah jam tangan yang hendak dicapainya sebentar tadi.Jam tangan yang sangat cantik.Sebenarnya Chak agak berminat dengan jam tangan tersebut.Dia ingin membelinya untuk dijadikan hadiah pada Natasha,namun dia juga tidak menyangka akan bertemu dengannya saat itu.
"Haah.Jam tangan ni cantik.Sebenarnya nak beli jam tangan tu.Nak hadiah kan pada seseorang yang special pada Chak.Tapi tak sangka awak juga minati jam tangan yang sama",jawab Chak.
"Jam tangan ni cantik.Aku suka.Tapi tak mengapalah.Awak pun berminat juga kan.Awak je beli.Aku cari jam tangan yang lain.Awak kan nak hadiahkan jam tangan ni pada seseorang.Pasti dia sangat istimewa di diri awak",kata Natasha.
Hatinya agak sayu saat mengucapkan kata-kata itu, namun dia harus terima kenyataan.Jodoh bukan milik mereka berdua.Chak sudah dimiliki oleh orang lain.
"Eh,tak pe,tak pe.Awak je beli jam tangan ni.Aku cari jam tangan yang lain je",tolak Chak.Dia cuba mengalah demi gadis yang dicintainya itu.
"Eh,tak pe.Awak je beli.Kesian kat awak.Dah terbang sejauh ini nak beli hadiah pada kekasih awak tu,tak kan lah aku nak tamak pula.Tak pe.Aku ikhlaskan bagi kat awak je",jelas Natasha.
Chak tersenyum.
"Betul ni?",tanya Chak ingin kepastian.
Natasha mengganggukan kepalanya.
"Tak menyesal?",tanya Chak lagi.
"Tak.Demi awak,aku rela korbankan jam tangan ni.Tapi awak kena janji satu perkara pada aku",kata Natasha cuba membuat perjanjian dengan lelaki itu.
"Apa dia?",tanya Chak ingin tahu.
"Perkenalkan aku dengan orang bertuah itu,dan jangan lupa jemput aku pada majlis awak tu nanti",terang Natasha.
Walaupun terpaksa namun,Natasha cuba mengukir senyum.Dia tidak mahu lelaki itu melihat perubahan pada riak wajahnya.
"Itu sudah pasti Syah.Aku janji",jawab Chak ikhlas.
"Awak kena ada dalam majlis tu Syah,kerana awak lah pengantin wanita itu",bisik Chak.Bibirnya mengukir senyum.
"Terima kasih Chak.Aku pasti datang.Inshaallah",kata Natasha.
Natasha mencapai jam tangan itu dan menyerahkan pada Chak.
"Sayangnya aku bukan pemilik jam tangan ini.Sedihnya",bisik Natasha didalam hati.
Dia agak sedih namun,dia tetap merelakannya.
"Awak ambillah.Aku cari jam tangan lain",kata Natasha sambil menghulurkan jam tangan itu pada Chak.Chak menyambut jam tangan itu dari Natasha.
"Terima kasih Syah.Nanti aku temankan awak cari jam tangan yang lain",kata Chak.
"Okay",jawab Natasha ringkas.
Setelah itu,Natasha dan Chak bersama-sama mencari seutas jam tangan buat Natasha juga.

*********

"Sofia,sofia tunggu!", panggil Azman berulang kali sebaik sahaja melihat Sofia yang baru sahaja keluar dari restoran tanjung selera.
Langkah kaki Sofia terhenti sebaik sahaja namanya dipanggil.Begitu juga syam.
Azman berlari-lari anak menghampiri Sofia dan seorang lelaki disebelahnya itu.
"Awak kemana selama ini?.Aku call tak angkat,chat langsung tak dibalas.Kenapa awak?",tanya Azman sebaik sahaja berada dihadapan Sofia.
Wajah Sofia bertukar kemerahan.Dipandangnya wajah Syam yang juga memandangnya saat itu.
"Awak kenal ke lelaki ni?",tanya Syam.
"Aku kekasih Sofia.Awak siapa?",tanya Azman angkuh.
Syam terkelu.Tidak mampu menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia memandang Sofia ingin kepastian.
"Betul ke apa yang lelaki ni katakan?.Tapi,bukan ke awak kata tadi,awak tak dimiliki oleh sesiapa?",tanya syam hairan.Hatinya melonjak ingin tahu.
"Takkan Sofia membohongi aku",bisik Syam didalam hati.
"Eh,tak!.Dia bukan kekasih aku!",jawab Sofia pantas.
Wajah Azman seperti disimbah minyak panas sebaik sahaja mendengar jawaban dari Sofia.Hatinya panas.
"Hei Sofia!.Owh,dasar perempuan pengikis!.Waktu kau susah,kau datang goda aku.Kikis duit aku.Sekarang dah jumpa mangsa baru,lupakan aku ye!", tengking Azman.
Dia menarik tangan Sofia dengan agak kasar.
Sofia cuba menepis namun tidak sempat.Tangannya sudah dicengkam keras oleh Azman.
"Hei lelaki.Awak jangan biadap pada seorang perempuan.Perempuan bukan untuk dikasari",marah Syam.
Dia lantas melepaskan cengkaman tangan Azman dari terus mencengkam lengan Sofia.
Azman cuba melepaskan satu penumbuk kearah Syam namun sempat dielak oleh Syam.
"Hai Bro.Kat sini bukan tempat untuk beradu kekuatan.Kalau dah kuat sangat,sertai kelab tinju atau Muay Thai.Nak tunjukkan kekuatan di tempat ini hanya memalukan awak je.Ingat pesan aku,sini bukan pentas tinju",nasihat Syam tenang.
Syam tidak suka akan pergaduhan.Apatahlagi itu melibatkan seorang gadis.Bagi syam,kalau ingin menunjukkan kekuatan,tunjukkan dengan cara yang dibenarkan dan bukan dengan cara para samseng jalanan.
"Hei!.Tak payah awak nak nasihatkan aku lah.Jaga diri awak sendiri je.Dan apa yang aku nak beri awak amaran, jangan sesekali mendekati Sofia.Sofia milik aku.Faham!",kata Azman kuat.Suaranya agak keras dan agak kuat.Beberapa pasang mata terarah pada mereka bertiga.Sofia di antara Syam dan Azman hanya diam membisu.Namun hatinya agak geram.Dia tidak suka sikap Azman yang sudah agak keterlaluan.
"Cukup!",teriak Sofia.
Dia sudah tidak mampu melihat pergaduhan kata diantara syam dan Azman.Hatinya panas.Matanya tajam memandang Azman.
"Hei Azman!. Awak nak apa sebenarnya.Awk tak insaf lagi ke?.Awak tau tak,sikap awak seperti ini amat merugikan awak sendiri.Aku tau,aku salah selama ini kerana jalinkan hubungan sulit dengan awak diluar pengetahuan isteri awak.Dan awak sedar tak,sikap awak tu buat dia merana.Awak masih tak tahu kan,isteri awak sekarang ni sedang sarat mengandung.Mengandung anak awak.Tapi awak sanggup melepaskan dia demi mendapatkan sesuatu yang belum pasti awak miliki!",jelas Sofia agak keras.
"Aku tak mampu melihat air mata isteri awak mengalir lagi demi lelaki tak berperikemanusiaan seperti awak ni.Amat malang anak yang bakal dilahirkan itu miliki seorang ayah yang tak berhati perut seperti awak.Yah!memang selama ini aku jadi orang ketiga dalam hidup awak.Aku lakukan semua itu hanya kerana tamakkan harta.Tapi aku sedar,dan aku sangat menyesal.Tolonglah Azman,pergi dari hidup aku.Aku tak mahu ada sebarang kaitan dengan awak lagi.Isteri awak sangat perlukan awak.Kenapa awak kejam sangat eaa",kata Sofia lagi.
Azman terdiam tak terkata.
Syam yang sedari tadi membisu hanya mendengar kata-kata dari sofia.Dia hanya memandang Sofia tanpa berkelip.
Airmata Sofia mengalir di pipi.Rasa penyesalan mengebu di hatinya saat itu.Perasaan malu bercampur aduk.Rahsia yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan syam kini terbongkar.Sofia merasakan dirinya cukup hina di pandangan mata syam saat itu.
"Syam,hantar aku pulang",kata Sofia perlahan.
Tanpa memandang Azman,Sofia melangkah pergi meninggalkan Azman dan syam.Langkahnya longlai.Barulah Sofia sedar, kenyataan yang begitu menyakitkan kini melanda dirinya.Syam berlari mendapatkan sofia,meninggalkan Azman yang terkaku saat mendengar berita akan isterinya itu.Barulah Azman menyedari,sudah lama rasanya dia tidak pulang ke rumahnya dan tidak pernah menghubungi isterinya lagi sejak pergaduhan yang terjadi antaranya dan juga Ida.Hatinya tiba-tiba dirundung pilu.
"Kejam ke aku?",bisik Azman tiba-tiba.
Dengan langkah perlahan,Azman berlalu meninggalkan tempat itu.

Sepanjang perjalanan,airmata Sofia tidak henti-henti dari terus mengalir.Hatinya sebak.Syam disisi hanya diam membisu.Dia tidak punyai keberanian untuk memulakan bicara mahupun menegur Sofia saat itu.Apa yang Syam tahu,saat itu Sofia sedang bersedih.Oleh itu,syam hanya membiarkan sahaja Sofia menangis.Biarlah malam itu Sofia melepaskan semua yang selama ini menghantui hatinya.

"Maafkan aku",ucap Sofia setelah tangisnya sudah agak reda.
Syam memandangnya lembut.
"Sebab apa awak perlu meminta maaf dari aku?",tanya Syam.
Sofia terdiam sebelum memulakan bicaranya semula.
"Untuk apa yang terjadi hari ini",jawab Sofia perlahan.
Syam tersenyum memandangnya.
"Tak ada masalah pun.Patutnya aku yang perlu meminta maaf pada awak.Tak sempat menepis tangan lelaki tadi dari menggengam pergelangan tangan awak.Pasti sakit kan",jelas Syam.
Sofia meraba pergelangan tangannya.Bekas jari kasar Azman masih jelas kelihatan.Azman menggenggam pergelangan tangannya agak kuat sebentar tadi.Namun kesakitan itu tidak terbanding dengan kelukaan yang ada dihatinya saat itu.Saat hatinya mula melupakan segala kesilapan masa silamnya,kini semuanya terdarah semula.Sofia merasa sangat malu.Apatah lagi lelaki di hadapannya itu kini mengetahui siapa sebenar dirinya kini.
"Aku bukan gadis yang baik seperti yang awak sangkakan.Aku malu dengan awak,malu dengan diriku sendiri",kata Sofia hiba.
Syam tidak menjawab.Dia hanya mendengar kata-kata dari Sofia.Dia hanya ingin tahu hal yang sebenarnya.Dan tiada paksaan bagi Syam untuk Sofia ceritakan segalanya.Namun apa yang penting bagi syam,gadis itu berterus terang padanya.Biar tiada apa-apa yang disembunyikan dari pengetahuannya.
"Awak boleh tinggalkan aku lepas ni.Aku tak nak,keburukan yang pernah aku lakukan dahulu menjadi pengaruh buruk pada awak",kata Sofia lagi.
Air mata terus mengalir dipipinya.
"Aku memang bukan gadis yang baik.Aku gadis penuh dosa.Dosa yang tak akan Tuhan ampunkan.Aku malu pada diri aku sendiri.Malu pada Allah,malu pada semua orang!",luah Sofia.
Syam menarik nafas perlahan.Setiap kata-kata yang diungkapkan oleh Sofia sudah semakin difahaminya.Dia sudah mampu meneka apa yang sebenarnya sudah terjadi pada masa lalunya.
"Awak pasti akan membenci aku selepas tahu semuanya kan?",tanya Sofia setelah tangisnya reda.
Namun dia tidak memandang wajah syam.Dia malu syam memandang wajahnya saat itu.
"Kenapa cakap seperti itu?",soal syam.Dia tidak menjawab pertanyaan Sofia,malahan dia menyoal Sofia semula.
"Kerana masa lalu yang telah aku lakukan.Aku bukan gadis yang baik.Aku dah buat banyak perkara yang menjijikan awak.Banyak dosa yang telah aku lakukan.Dosa-dosa yang belum pasti tuhan akan ampunkan",jawab Sofia.
Syam tersenyum sebaik sahaja mendengar jawaban dari gadis disebelahnya itu.
"Listen here Sofia.Setiap manusia tiada yang sempurna.Semuanya pasti pernah lakukan kesilapan dalam kehidupan.Namun apa yang perlu Sofia tahu,Allah maha pengampun pada setiap dosa yang telah dilakukan.Asalkan sahaja niat seseorang itu ikhlas untuk bertaubat,menyesali semuanya,dan berazam tak mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukannya, InshaAllah Pintu taubat akan sentiasa dibukakan oleh Allah.Pasti diampuni oleh Allah.Selagi kita punya peluang untuk bertaubat, ambillah kesempatan itu.Perbaiki diri kita ke arah insan yang lebih baik lagi.Bukan dengan cara meratapi apa yang telah berlaku",nasihat Syam.
Sofia hanya diam.Hanya mendengar.
"Awak janganlah fikir aku akan membenci awak.Kerana aku tak akan buat seperti itu.Aku manusia biasa.Tak ada kuasa untuk aku menghukum awak atas kesilapan yang telah awak lakukan dahulu.Aku terima awak seadanya.Terima segala kekurangan yang ada pada awak",jelas Syam lagi,cuba memujuk Sofia saat itu.
Namun semua apa yang dikatakan oleh syam,dibiarkan sepi oleh Sofia.Entah mengapa Sofia rasakan,apa yang dikatakan oleh syam saat itu hanyalah kata-kata pujukan dan bukanlah kata-kata yang ikhlas dari hatinya.
"Tak akan ada siapa sudi terima kekurangan yang ada pada aku.Apatahlagi awak syam.Aku gadis penuh dosa.Tak perlu katakan awak terima aku apa adanya,andai dihati tu tak ikhlas untuk menerimanya.Semuanya akan jadi luka satu saat nanti",bisik Sofia dihati.
Syam Mencuri pandang pada Sofia.Memandang perlahan wajah cantik disebelahnya itu.
"Kenapa diam?",tanya syam apabila melihat kebisuan dari gadis itu.
Sofia tidak menjawabnya.Dia hanya menutup matanya sambil menyandar.Cuba menenangkan hatinya saat itu.
"Maaflah andai ada kata-kata aku yang mengguris hati awak.Tapi satu je aku nak awak tahu Sofia,aku sayang kat awak.Aku nak awak jadi sebahagian dari hidup aku.Aku tak kisah kesalahan apa yang telah awak lakukan ataupun sebesar mana dosa yang pernah awak lakukan,aku terima awak apa adanya.Aku minta maaf sebab meluahkan semuanya.Aku tau,ini bukan masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan aku,tapi,aku tak mampu menepis perasaan yang telah hadir di hati ini untuk awak.Dah lama aku ingin luahkan pada awak,tapi aku tak punya keberanian",jelas Syam.
Sofia masih tetap membisu.Hanya airmatanya sahaja yang terus mengalir.
"Aku tak mahu awak menganggap aku membenci awak Sofia kerana tidak perna sedikit pun perasaan benci itu hadir dihatiku",luah Syam lagi.

Kata-kata syam terhenti apabila keretanya sudah memasuki perkarangan rumah Sofia.Sofia lantas membuka pintu kereta,dan keluar.Semakin lama dia berhadapan dengan Syam,airmatanya tidak akan berhenti dari terus mengalir.
"Sofia",panggil syam lembut.
Sofia tidak menjawabnya.Namun senyuman terukir di bibirnya.
"Terima kasih syam,sudi ajak aku keluar makan malam",ucap Sofia.
"Hati-hati dalam perjalanan.Aku masuk dulu",kata Sofia lagi.
Setelah itu,Sofia lantas menutup pintu kereta dan meninggalkan Syam sendirian di dalam kereta tanpa sempat syam menjawab kata-kata Sofia.
"Maafkan aku syam",ucap Sofia didalam hati.Langkahnya terus di atur kemas meninggalkan syam.Syam hanya memandang Sofia hinggalah bayangan Sofia hilang dari pandangannya.
"Aku sayang awak Sofia",bisik syam perlahan.
Syam lantas meninggalkan perkarangan rumah Sofia dengan hati yang kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience