BAB70

Romance Series 57282

Chak membaca berulang kali alamat yang baru sahaja dihantar oleh ku melalui whatsapp.Alamat tempat tinggal Natasha di kota London.Senyuman terukir di bibirnya.

"Wait me Syah.I will come and propose to you in the London city. I will tell the world that you are the girl I love",kata Chak perlahan.

Dibelek-beleknya kotak cincin yang sudah siap dibeli oleh Chak untuk gadis yang dicintainya itu.
"Aku akan sarungkan cincin ni di hadapan ibu dan ayah awak.Aku berjanji,aku tak akan sia-siakan awak ",kata Chak lagi.
Dibukanya perlahan kotak cincin yang sudah beberapa hari dibelinya itu.Sebentuk cincin Emas betakhtakan permata berbentuk hati.Lambang cintanya yang suci buat Natasha.
"Awk tau tak syah,betapa aku merindui awak.Tapi,tak lama lagi,rindu ini akan terubat.Akan ku sunting dirimu jadi suri di hati aku.Aku akan buat sebuah majlis gilang gemilang khas untuk kita berdua.Aku nak,hari itu menjadi hari paling bersejarah buat aku dan awak.Hari di mana,awak akan menjadi milik aku yang hakiki",kata Chak lagi.
Begitu tinggi angan-angannya saat itu.Dan yang pastinya, angan-angan itu bukanlah seperti angan-angan pak Pandir dalam cerita kanak-kanak,tapi angan-angan Chak adalah yang sudah pasti akan dia lakukan demi orang yang sangat dicintainya itu.

Chak menutup semula kotak cincin itu apabila pintu biliknya diketuk.Dengan tergesa-gesa,Chak memasukkan kotak cincin itu ke dalam laci mejanya.

"Chak?.Boleh ibu masuk?",,tanya Mei ibunya Chak.
"Yes.Come in.Pintu tak kunci pun",jawab Chak dari dalam biliknya itu.

Pintu bilik di buka dari luar.Wajah manis ibu Chak terlihat sebaik sahaja pintu di buka.
"Kenapa tak turun lagi?.Dari Chak sampai tadi asyik duduk dalam bilik je.Turunlah kat bawah.Ayah dah tunggu awak dari tadi tau.Yela,dah berapa lama awk tak balik rumah.Mestilah ayah rindu.Ibu pun sama",jelas Mei Ibu Chak.
Senyuman manis terukir di bibirnya.
"Chak pun rindu Ibu ayah.Sorry la bu,bukannya Chak tak nak balik.Tapi sibuk sangat.Kerja tak pernah habis",jawab Chak menerangkan situasinya kerjanya.
"Kerja mana boleh habis Chak.Ibu faham.Tapi,Chak juga kena ingat,Ibu dan ayah juga rindukan Chak.Tiada satu pun ibu dan ayah tak rindukan anak mereka tau",jawab Mei sedikit terasa hati.
Melihat reaksi ibunya,Chak lantas mendekatinya lalu dipeluk erat tubuh ibunya.
"Sorry la bu.Chak faham,Chak bersalah.Chak sepertinya melupakan ibu dan ayah.Tapi jujur ibu,hati ini tak pernah melupakan Ibu dan Ayah.Andai tempat kerja Chak berhampiran sini, hari-hari Chak ada kat sini tau.Tapi nak buat macam mana.Tempat kerja Chak jauh sangat",jelas Chak cuba memujuk ibunya.
"Pindahlah tempat kerja dekat sini.Barulah senang sikit jumpa ibu dan ayah.Tak lah risau sangat hati ni bila mengingatkan Keadaan Chak di sana",pujuk Mei.
"Kalau lah tempat kerja tu senang untuk ditukar ganti,dah lama Chak pindah kat hospital berdekatan bu.Tapi tu lah,urusan nak berpindah tempat kerja tu bukanlah urusan yang mudah.Susah tau.Kena ada alasan yang kukuh baru boleh diterima.Itu pun bukannya mudah",jawab Chak.
Mei menarik nafas dalam-dalam.
"Yela,ibu faham.Okaylah,jom turun.Tertunggu-tunggu pula ayah nanti",ajak Mei ibunya Chak.
"Okay jom bu",jawab Chak lantas menarik lembut tangan ibunya untuk bersamanya turun ke tingkat bawah berjumpa dengan ayahnya.
Mei tertawa senang.Sudah lama mereka tak bermesra seperti itu.

*******

"I'm sorry I was late. The road was jammed",ucap Jhon sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Natasha.
"It's okay. I just arrived. Sit down first",pelawaku.
Jhon lantas melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan denganku.
Vegan kafe menjadi tempat pilihan Natasha untuk bertemu dengan Jhon kali ini.
Seorang pelayan datang mendekati Natasha dan Jhon.
"Order please",kata Pelayan itu lembut.
"white coffee and you?",tanya Natasha sambil memandang Jhon.
"Lemon juice",jawab Jhon.
"Okay,white coffee and lemon juice",ulangku pada pelayan tersebut.
"Thank you.The order will arrive.Jist wait a moment",pesan Pelayan itu sebelum meninggalkan mereka berdua.
Jhon dan Natasha hanya mengangguk perlahan.
"Back to the purpose we met today. What important thing do you want to tell?,tanya Jhon.
Reaksi wajahnya tampak tidak sabar untuk tahu perkara yang ingin Natasha sampaikan.
"Actually this is about the wedding plans that have been arranged by our family.I have found a solution.",jelas Natasha agak gembira.
"Really?",jawab Jhon seakan tidak percaya.
"Yes. I have been honest with my family. And what I did not expect, my father agreed to cancel the wedding plan it. You know, I am very happy at this time",jawabku.
"How can you persuade your father. This is very impossible. You know, your father is a very firm in making decisions",jawab Jhon tidak percaya.
Natasha ketawa terbahak-bahak memandang Jhon.
"I know. But, this time my father accepted my decision with an open heart. But, there are conditions",jelas Natasha.
Mata Jhon terbuntang mendengar jawaban dari Natasha.
"conditions ?. It must be very difficult right?",tanya Jhon.
"It is not difficult if you also cooperate with me. This matter involves you and me. So I hope what I will tell after this, you will fulfill and, you must be brave. This is for the future of me and you too",jelas Natasha.
"Okay.So, what should I do now?",tanya Jhon.
"First, you have to take me to see your family to explain everything. At the same time, you have to bring your girlfriend. You have to explain to your family about your feelings toward you girlfriend",jelas natasha lagi.
Jhon terdiam sebentar.Dia masih belum mampu untuk membuat keputusan.Bagi Jhon,Cadangan Natasha adalah jalan terbaik untuknya namun di sudut hatinya juga masih tiada keberanian untuk memperkenalkan teman wanitanya itu pada keluarganya.Dia takut andai ayah dan ibunya tidak merestui hubungan mereka berdua.Jhon amat mengenali sikap ayahnya.Sikap ayahnya dan ayah Natasha tidak jauh bezanya.Tidak suka ditentang dan keputusannya adalah muktamad.Itulah sikap sebenar ayahnya itu.
"Why are you silent. You do not agree with my suggestion?.Do not tell me that you changed your decision. You still want to continue the wedding plan.please do not ruin the plan I have arranged",rayu natasha pada Jhon.
Sesungguhnya Natasha tidak mengharapkan kegagalan atas apa yang telah dia korbankan untuk menentang pernikahan itu.

"I understand. But I am still not ready to introduce my girlfriend to my family. I'm afraid they don't agree",jawab Jhon.
"Do not think negatively. You have not tried. As long as you do not try, as long as you do not know the result. Do not expect something uncertain.Every problem must have a solution. You must be confident in yourself. Do not give up before trying. You still have many ways to make your family agree you choice",nasihat Natasha bersungguh-sungguh.Dia tidak mahu lelaki dihadapannya itu berputus asa.
Jhon tidak menjawab.Mulutnya seakan-akan terkunci rapat untuk menjawab semua kata-kata Natasha saat itu.
Natasha agak kecewa dengan sikap Jhon.Kecewa kerana Jhon sangat mudah untuk berputus asa.
"I dont know what to say anymore. I have tried my best to reject our wedding plan, but if your attitude is like this, I do not know what else to do. It does not matter if you give up now, but let myself meet your family to explain my current situation. I can't live in compulsion",kataku meminta keizinannya.
"All right, I'll take you to see my family. But please don't associate my girlfriend first. I need time to tell them about my girlfriend.Please?",kata Jhon.
"Okay.After this we go to your house. I do not want to delay any longer. I want to finish everything quickly. As long as this matter is not resolved, my heart is never calm",jelasku muktamad.
Tanpa banyak bicara lagi,Jhon menyetujuinya.
Aku lantas menghabiskan minumanku yang sedari tadi sudah dihantar oleh pelayan kefe tersebut.Begitu juga Jhon.Setelah membayar harga minuman itu,aku dan Jhon bergegas meninggalkan kafe tersebut dan bertolak menuju ke rumah Jhon.

*********

Hari ini,Ida sudah dibenarkan keluar daripada wad memandangkan keadaannya yang sudah semakin pulih.Kalau sebelum ini wajahnya agak cengkung dan pucat,kini wajahnya sudah kelihatan agak berseri-seri.Sepanjang berada di wad,Ida banyak menerima kata-kata semangat daripada doktor dan para jururawat yang merawatnya.Semangat yang dahulunya hilang kini mula membenih semula.

"Semua dah kemas ke?",tanya Datin Ain sebaik sahaja tiba di wad.
Ida yang sedang duduk di atas katil sementara menunggu kedatangan Datin Ain mengangguk perlahan.
"Dah puan",jawab Ida sambil tersenyum memandangnya.
"Dah boleh berangkat ke sekarang ni?",tanya Datin Ain lagi.
"Belum lagi,doktor suruh tunggu untuk urusan discarj dan bayaran wad.Kena tunggu sehingga segala dokumen siap,barulah boleh pulang",jawab Ida.
"Kalau macam tu,kita tunggu dulu lah sampai semuanya selesai",kata Datin Ain sambil menarik keluar kerusi di sebelah katil Ida.
"Baby sihat ke?",tanya Datin Ain sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Alhamdulillah,baby sihat.Beberapa hari rest ni,badan Ida pun dah semakin segar.Dah boleh buat kerja",jawab Ida.
"Alhamdulillah kalau badan Ida semakin sihat.Lepas ni jangan banyak berfikir.Kalai ada masalah,terus beritahu aku ye.Jangan pendamkan atau rahsiakan apa-apa dari aku.Rasanya Ida tak perlu kerja dulu lah.Biarkan badan tu betul-betul sihat dan bertenaga barulah datang kerja.Janganlah risau,gaji Ida tetap berjalan juga",jelas Datin Ain.
"Eh,tak pe puan.Ida dah okay sangat dah ni.Boring lah duduk rumah seorang diri.Lebih baik Ida kerja.Tak lah sunyi.Fikiran ni pun tenang",jawab Ida.
"Kalau Ida dah kata macam tu, aku tak boleh kata apa dah.Tapi pastikan,jangan terlalu bebankan diri tu dengan kerja ye.Oh ya,Ida tinggal kat mana sekarang?",tanya Datin Ain.
Sebenarnya sudah lama perkara itu ingin ditanya oleh datin Ain pada Ida,namun masih tidak kesampaian.
"Sebelum ni Ida sewa hotel je puan.Tapi Ida fikir,Ida nak cari rumah sewa yang dekat dengan butik tu.Tak lah jauh sangat nak datang kerja",jelas Ida.
"Keadaan Ida sekarang ni rasanya tak selamat lagi kalau Ida nak tinggal sendirian.Apa kata Ida tinggal dengan aku dan Sofia.Lagipun rumah aku tu tiada siapa-siapa pun.Hanya aku dah Sofia je tinggal.Kalau Ida datang tinggal bersama kan senang.Ada juga yang boleh tengok-tengokkan keadaan Ida.Lagi satu,senang datang kerja sekali",kata Datin Ain mempelawah Ida untuk tinggal bersamanya.
"Eh,tak payahlah puan.Dah banyak sangat Ida susahkan puan.Biarlah Ida tinggal kat rumah sewa je",tolak Ida.
"Ida tak pernah menyusahkan aku mahupun Sofia.Malahan Kamilah yang harus berterima kasih pada Ida kerana sudi memaafkan kesilapan Sofia tu",terang Datin Ain.
Ida tersenyum lembut memandang Datin Ain.
"Tak payahlah lagi ungkit perkara tu puan.Dah berlalu.Sekarang ni,lebih baik kita fokus pada hari yang mendatang je",kata Ida lembut.
"Ida,aku mohon sangat-sangat.Tinggallah bersama kami dahulu.Sampailah keadaan Ida stabil",pujuk Datin Ain lagi.
Ida terdiam sejenak.
"Baiklah puan.Ida setuju.Terima kasih puan,sudi terima Ida tinggal dikediaman puan dan Sofia",ucap Ida bersungguh-sungguh.
"Sepatutnya aku yang berterima kasih pada Ida kerana Ida bersetuju tinggal dengan kami.Tak lah sunyi lagi kat rumah tu",jawab Datin Ain gembira.Ida hanya tersenyum memandang Datin Ain.Dia tidak menyangka,wanita separuh abad di hadapannya itu memiliki hati yang murni.

"Puan Noraida binti Abdul",kata seorang jururawat memanggil nama penuh Ida untuk kepastian.
"Ye saya", jawab Ida pantas.
"Ini dokumen yang telah siap.Nanti sebelum keluar dari wad,pastikan puan membayar bil ini di unit hasil ye.Barulah puan boleh pulang",kata jururawat itu dengan sopan.
"Baiklah nurse.Terima kasih",jawab Ida.
"Sama-sama",jawab jururawat itu dan lantas meninggalkan mereka.
Ida cuba turun dari katil dengan perlahan-lahan.Sebelum sempat Ida bergerak,Datin Ain lantas menghalangnya.
"Eh,Ida nak ke mana?",tanya Datin Ain.
"Nak ke unit hasil.Nak bayar bil ini dulu",jawab Ida perlahan.
"Eh,tak perlu.Biar aku je yang pergi.Ida duduk kat sini dulu.Tunggu sampai aku datang.Jangan ke mana-mana tau",pesan Datin Ain seraya mengambil bil itu dari tangan Ida.
"Laa,tak pe.Ida boleh pergi sendiri",tolak Ida,namun datin Ain tetap berkeras untuk ke unit hasil sendiri.
Dia tidak mahu ida banyak bergerak.Apa yang datin Ain inginkan,Ida mendapat rehat yang mencukupi.
Ida tidak mampu berbuat apa-apa lagi.Hendak menghalang namun Datin Ain tetap berkeras.Oleh itu,Ida membuat keputusan membiarkan Datin Ain yang menguruskan segalanya.Walaupun di hati tampak segan,namun Ida tak mampu berkata apa.
Hanya pandangan matanya sahaja yang mengiringi langkah datin Ain sehinggalah kelibat Datin Ain menghilang.

Selang beberapa ketika,barulah Datin Ain kembali ke wad semula.

"Jom Ida.Kita bertolak sekarang",ajak Datin Ain.
Datin Ain mengangkat barang-barang milik Ida.Ida cuba menghalangnya,namun berkali-kali Datin Ain menegaskan hal yang sama.Tidak mahu ida mengangkat beban yang berat.Apatahlagi diawal kehamilan Ida itu.
"Rahim Ida tak kuat lagi.Tak boleh mengangkat beban yang berat.Itu membahayakan kandungan Ida",nasihat Datin Ain.
Ida hanya mampu menganggukan kepalanya faham.Dia tahu,Datin Ain lebih berpengalaman daripada dirinya.Oleh itu,tidak banyak kata yang Ida bicarakan.Dia hanya menurut sahaja kehendak Datin Ain.Setelah itu,datin Ain dan Ida lantas meninggalkan wad untuk pulang ke rumahnya.

*******

"Balik kampung,owh woo oo balik kampung".

Misya menyanyi-nyanyi gembira sepanjang perjalanan.Hari ini merupakan hari yang telah di rancang oleh Zafran dan keluarganya untuk balik bercuti ke kampung.Aku di kerusi hadapan hanya tersenyum memandang Misya yang sibuk menyanyi melalui cermin pandang belakang.Aku tahu Misya begitu gembira saat itu.Sedangkan hati aku je melonjak-lonjak gembira kerana berpeluang bercuti dan bertemu dengan keluarga ku, apatahlagi anak kecilku itu.Dialah orang pertama yang paling bahagia.Bertemu dengan atok dan neneknya serta pak ciknya adalah kegembiraan yang tak terhingga buat Misya.

"Gembira sangat anak kita tu bang.Nampak sangat tak sabar nak jumpa atok dan neneknya itu",kataku pada Zafran.
Zafran disebelahku yang sedang memandu turut sama tersenyum.
"Biasalah tu budak-budak.Lagipun,atok dan neneknya kat kampung jarang sangat bertemu dengannya.Mungkin sebab itulah,Misya sangat gembira",jelas Zafran.
"Tulah.Yelah,dapat balik pun kadang-kadang ke.Paling tidak pun sebulan sekali.Kadang kala tu pun,dua bulan sekali balik.Apa tak rindu sangat Misya tu pada mereka",jelas Zafran lagi.
"Tulah masalahnya.Mak dan ayah pun satu,tak nak tinggal dengan kita.Nak juga duduk kat kampung",jawabku.
"Nak buat macam mana lagi.Dah itu kehendak mereka.Lagi satu,kampung tu lah tempat tinggal mereka sejak kecik lagi.Mestilah tak sampai hati nak tinggalkan kampung.Macam orang bandar ni,Cuba tanya pada orang-orang yang biasa tinggal kat bandar,pasti mereka juga tak nak duduk kampung,sebab dah terbiasa dengan kehidupan bandar.Sama halnya dengan Mama papa syg.Bagi mereka,duduk kampung jauh lebih tenang,selesa.Jauh dari kebingitan bandar",terang Zafran panjang lebar.
"Betul juga kan.Syg pun sebenarnya suka sangat duduk kampung.Sebab tenang dan selesa lah.Udara pun segar,sejuk je mata memandang kehijauan alam semulajadi kat kampung.Jauh beza dengan keadaan bandar",sokong ku pada kenyataan yang diberikan oleh Zafran itu.
"Abg pun sama.Kalau lah tempat kerja abg dan syg dekat je dengan kampung.Dah lama abg tinggal kampung.Mesti lagi best",kata Zafran.
"Nak buat macam mana lagi kan.Dah ditakdirkan tempat kerja kita kat bandar.Terpaksalah hadapinya.Tapi,syg bersyukur juga,sebab masih berpeluang balik kampung walaupun agak jarang",,jelasku.
"Tulah.Inshaallah kita akan kerap balik kampung nanti.Walau tak selalu, sekurangnya dalam sebulan tu dua kali balik kampung",kata Zafran lagi.
"Betul ke?",tanyaku.
Hatiku agak gembira dengan cadangan Zafran itu.
"Betul lah.Takkan nak tipu syg pula.Dah lama sebenarnya rancangan abg ni.Abg nak,berlaku adil pada family abg dan juga family syg.Tak nak salah satunya berasa tersisih.Abg nak kedua belah pihak aman dan damai",jelas Zafran lagi.
Aku tersenyum memandang Zafran.
"Terima kasih abg.Terima kasih kerana hadir dalam hidup syg",ucapku perlahan.
"Sama-sama syg",jawab Zafran.

Aku memandang Misya apabila menyedari suasana agak sunyi.Sudah tiada suara nyanyian dari Misya lagi.

"Laa,patutlah sunyi je.Dah tidur rupanya",kataku sambil tersenyum memandang tubuh kecil milik Misya yang terbaring di kerusi penumpang.
"Eh dah tidur .Tadi bukan main je nyanyi sakan.Ingatkan nak nyanyi sampai kampung.Tak sangka pula baru separuh jalan je,dah tertidur",kata Zafran pula.
"Penat la tu sampai tertidur.Tapi okaylah juga dia tertidur sekarang ni, sekurangnya dia tak berasa jauh sangat perjalanan ni",jelasku.
"Hah tulah.Lagipun dah agak lewat sangat sekarang ni.Sesuailah untuk misya tidur",jawab Zafran.
"Syg pun tidurlah sekali andai syg mengantuk.Kesian kat syg Abg ni.Balik kerja je,terpaksa melalui perjalanan yang jauh pula",kata Zafran menyuruhku untuk tidur.
"Laa,abg cakap macam tu,macam lah syg seorang je yang penat.Abg tu lah yang lebih penat sebenarnya.Siang tadi berkerja,malam memandu lagi.Tak pe,syg temankan Abg je.Kesian abg memandu seorang-seorang.Kalau syg berjaga, sekurang-kurangnya taklah abg sunyi sangat.Adalah juga teman abg berbual.Tak lah abg rasa mengantuk nanti",jelasku.
"Yelah kalau dah syg cakap macam tu.Terima kasih tau syg sudi teman abg.Love you",ucap Zafran sambil tangan kirinya menggengam erat jari jemari ku.
Aku tersenyum bahagia.
"Sama-sama abg.Love you too",jawabku.

Sepanjang perjalanan,aku dan Zafran berbual.Banyak perkara yang kami bualkan sehinggakan,tak menyedari kami semakin menghampiri kampung halaman ku.

**********

Syam melipat sejadah yang digunakannya sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak.Ditenungnya jam yang menghiasi dinding kamarnya itu.Baru sahaja jam 8.30.

"Masih awal",bisiknya dalam hati.
"Nak buat apa malam ni ea,nak keluar pun malas je.Hummmm,baik aku tengok televisyen",kata Syam.
Syam lantas mencapai telefon bimbitnya dan segera keluar menuju ke ruang tamu rumahnya itu.Sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa, remote televisyen dicapai dan cuba mencari rancangan televisyen yang boleh menarik minatnya saat itu.Sudah beberapa channel di lihatnya namun tiada satu rancangan pun yang menarik minatnya.
"Alahai la tv.Mengapalah time-time macam ni tak ada satu pun rancangan yang aku gemari ditayangkan.Dah lah boring dok sorang diri dalam rumah ni.Hurmmmm",rungut Syam.Dia meletakkan semula remote televisyen ke atas meja.
"Apa aku nak buat ni?.Nak tidur?.Mata pun tak mengantuk lagi.Apa harus aku buat eaa bagi mengisi malam ni?.Selalunya kalau lie ada bolehlah main game bersama,tak pun dok sembang sampai mata mengantuk,tapi kali ni, tinggal seorang diri je,lie balik kampung.Tak tau nak buat apa?",bisik Syam lagi.
Bayangan Sofia tiba-tiba menjelma di fikiran syam.Syam tersenyum.
"Dah tidur ke Sofia tu?.Rindu pula",kata syam.
Syam mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan lantas membuka whatsappnya.
"Baik Chat Sofia.Manalah tau dia nak balas.Tak lah boring sangat",kata Syam perlahan.

"Dah tdo ke?.


-syam-

Syam lantas menghantar pesanan yang sudah ditaipnya itu.Sementara menunggu balasan dari Sofia,syam berlalu ke dapur untuk membancuh secawan kopi.Setelah selesai,Syam kembali semula ke ruang tamu dengan secawan kopi.Diletakkan cawan itu ke atas meja dan mencapai telefonnya.Cuba mengecek jika ada balasan whatsapp yang dihantarnya sebentar tadi.Senyuman terukir dibibirnya sebaik sahaja melihat nama yang tertera di screen telefon bimbitnya itu.

"Ada pun",kata Syam.Dia lantas membacanya.

"Otw sleep".


-sofia-

Senyuman masih tetap terukir dibibir syam saat itu.Dia benar-benar gembira.

"Baik call terus.Malas la nak taip mesej",kata Syam.
Dia lantas mendail nombor telefon Sofia.
Dengan penuh sabar,syam menunggu panggilannya disambut.

"Hello",jawab Sofia.
"Hai Sofia.Syam ganggu ke?",tanya Syam.
"Eh,tak de lah.Tak ganggu pun.Kenapa call ni?",tanya Sofia pula.
Syam tersenyum.
"Saja je call.Boring.Tak tau nak buat pe.Nak tidur tapi mata tak ngantok lagi",,jawab Syam.
"Owh,awak tak main game ke hari ni?.Selalunya main kan.Kenapa hari ni tak main pula?",tanya Sofia hairan.
Selalunya waktu-waktu ini,syam sibuk dengan gamenya.
"Hari ni syam tak main.Tak de teman.Cousin syam balik kampung",jelas Syam.
"Owh,patutlah call aku.Ingatkan ada perkara penting tadi call",kata Sofia.
"Hehehhehe,tak de lah.Saja je ganggu awak.Owh ye,esok awak free tak?",tanya Syam.
"Hurmmm,tak pasti lagi.Tapi rasanya free je kot.Kenapa,nak ajak aku keluar ke?",tanya Sofia.Senyuman terukir dibibirnya.
"Kalau awak sudi lah.Tapi kalau tak dapat pun tak pe.Tak de paksaan",jelas Syam.
"Eh,tak paksa pun.Aku okay je.Jam berapa nak keluar esok?",tanya Sofia menyetujuinya.
Hati syam berbunga-bunga mendengar jawapan dari Sofia.Itu bermakna Sofia sudi keluar bersamanya esok.
"Masa tu tak pasti lagi.Nanti syam inform kat Sofia masanya ye.Syam nak ajak awak keluar makan",kata Syam.
"Okay-okay.Aku tunggu.Tapi awak kenalah jemput aku ye.Tak mampu bawa kereta lagi",jelas Sofia.
"Okay,tak ada masalah.Nanti aku jemput awak.Okaylah,awak tidur lah.Sorry tau ganggu malam-malam ni",ucap Syam memohon maaf.
"It's okay.Tak ganggu pun",jawab Sofia.
"Yela, apa-apa pun,nanti aku inform kat awak ye.Awak rest lah.Sweet dream awak.Good night",ucap Syam.
"Okay.Good night too.Sweet dream too",jawab Sofia sambil tersenyum.
"Asalamualaikum",ucap syam sebelum menamatkan perbualan.
"Walaikumsalam",jawab Sofia.

Setelah itu,syam menamatkan panggilan.

"Yes!,Yes!",kata Syam sambil meletakkan telefonnya di atas meja.
Gembira benar hatinya saat itu.Entah mengapa,syam senang akan Sofia.Sejak pertama kali memandang Sofia,hatinya terusik.Sejak itulah perasaan ingin mengenali gadis itu timbul dihatinya.Bagi syam,Sofia gadis yang cukup sesuai untuk dijadikan pasangannya.Selama ini,syam perna menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa gadis,namun entah mengapa hatinya tidak pernah berasa gembira.Malahan syam hanya menganggap gadis-gadis yang pernah mendampinginya itu sebagai teman dan tak berniat untuk ke arah hubungan yang lebih serius,berbeza halnya dengan Sofia.Syam rasa lebih selesa.Malahan ketika berdekatan dengan Sofia,hatinya berdebar.Debaran yang tak pernah dirasai ketika bersama gadis-gadis lain sebelum ini.
"Apakah ini yang dinamakan cinta?",tanya Syam pada dirinya sendiri.Dia meletakkan tangan kanannya ke dada.Debaran di dadanya jelas terasa.
"Owh my god,i'm in love!"

*********

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-12-05 17:54:44 

hi dear...bila nk.up next chaptee

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 19:24:20 

hi dear. bila nk update lg

YAZNI-ERNIE
2020-11-23 22:36:33 

alhamdullillah. amin. lama i'm waiting my lovely dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience