"Jemputlah minum Aida",pelawa Datin Ain sebaik sahaja menghidangkan kopi di atas meja.
"Terima kasih Ain.So,bagaimana keadaan Sofia.Dia dah sihat ke?",tanya Datin Aida.
Dia sangat risau apabila mendapat tahu calon menantu kesayangannya itu masuk hospital semalam.Nasib baiklah Datin Ain menelefonnya pagi tadi untuk menyampaikan berita itu Kalau tidak,mungkin Datin Aida tak akan tahu sama sekali.
"Dah semakin sihat.Alah kena gastrik semalam.Tak taulah kenapa Sofia tu degil sangat tak nak makan.Aku pun bingung",luah Datin Ain cuba berbohong.
Dia tidak mahu Datin Aida mengetahui hakikat sebenar tentang keadaan Sofia.Dia takut andai Datin Aida memalukannya nanti di perjumpaan persatuan Datin-datin.Jika diketahui pastilah jadi bahan hinaan nanti.
"Laa kesiannya.Boleh tak aku jumpa Sofia.Rindu sangat dengan dia.Dah hampir seminggu tak jumpa dia.Mesti Sofia juga rindukan aku",jelas Datin Aida sayu.
"Boleh.Awak naiklah dulu ke bilik Sofia.Aku nak buatkan bubur untuk Sofia sekejap.Dah siap nanti aku naik",kata Datin Ain lembut.
"Baiklah,aku naik dulu.Tak sabar rasanya nak jumpa Sofia",kata Datin Aida.
Datin Ain hanya mengangguk kan kepalanya.
Datin Aida lantas ke tingkat atas untuk ke bilik Sofia manakala Datin Ain lantas ke dapur untuk memasak bubur.
"Besar juga rumah Datin Ain ni Yee.Tapi tak sebesar rumah aku pun",bisik Datin Aida perlahan.
Satu sengihan terukir di bibirnya.Setelah sampai di hadapan pintu bilik Sofia,Datin Aida lantas memulas tombol pintu dah menolak pintu perlahan.Dia melihat Sofia di atas katil.Terbaring Melentang di atas katil.Perasaan sayu menyelubungi hati Datin Aida.Dengan langkah perlahan dia menghampiri Sofia.
Datin Aida duduk di atas katil berdekatan kepala Sofia.Rasa sayangnya terhadap gadis itu melebihi segalanya.Dia mengusap rambut Sofia perlahan.
"Cepat sembuh sayang.Mami rindu dengan ketawa Sofia.Mami nak macam dulu lagi",kata Datin Aida perlahan.Tangannya masih mengelus-elus rambut Sofia lembut.
Sofia terjaga apabila merasakan sentuhan di kepalanya.Dengan perlahan dia membuka matanya.Senyuman Datin Aida terukir saat Sofia membuka matanya.
"Mami dah datang.Nape tak kejutkan Sofia",tanya Sofia lembut.
Dia berusaha untuk bangun duduk namun di cegah oleh Datin Aida.
"Baring je.Badan Sofia masih lemah.Jangan banyak gerak dulu",kata Datin Aida.
Sofia berbaring semula.Dia lantas mengenggam jari jemari Datin Aida lembut.
"Sofia rindu mami.Lama tak jumpa mami.Sofia juga rindu Zafran.Tapi Zafran tak suka Sofia",luah Sofia sayu.Hatinya hiba.
Datin Aida tersenyum manis memandang Sofia.
"Kalau rindu mami,rindu Zaf,Sofia kena cepat-cepat sembuh.Barulah boleh jumpa mami dan Zaf.Sofia tau tak,nanti syarikat Zaf akan buat program makan malam bersama pelanggan.Mami datang nak jemput Sofia.Masa tu la nanti peluang Sofia nak dekati Zafran.Mami dah plan.Mami akan buat agar Zara tidak hadir program tu.Biar Sofia dapat peluang temankan Zafran",kata Datin Aida.
Dia sudah membuat satu rancangan untuk mengenakan menantunya itu.Dia berharap agar rancangannya kali ini berjaya.
"Ye ke mami.Bila tu?",tanya Sofia tidak sabar.
"Nanti mami bagitahu masanya.Zaf belum beritahu mami lagi tarikh program tu.Tapi kata Zafran semalam,hari ni Dorang mesyuarat pasal program tu",jelas Datin Aida.
"Kali ini,Sofia janji akan buat rancangan mami berjaya okay.Kita buat sampai Zara sendiri keluar dari rumah tu",kata Sofia penuh semangat.
"Makanya Sofia kena cepat-cepat sembuh okay.Janji dengan mami,lepas ni sofia kena jaga kesihatan tu.Jangan tak makan.Tengok dah kena gastrik",nasihat Datin Aida.
Sofia memeluk tubuh Datin Aida erat sambil menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Sofia sayang mami",ucap Sofia sambil mengeratkan pelukannya.
"Mami juga sayang Sofia.Mami dah tak sabar nak Sofia jadi menantu mami",luah Datin Aida.
Sofia tersenyum bahagia.
********
Petang itu aku sendirian ke supermarket membeli barang dapur.Zafran hanya menghantarku kerana dia harus bertemu dengan client.Dia mengajakku selepas waktu kerja namun aku menolak kerana petang itu aku sudah merancang untuk keluar membeli barang keperluan di dapur.
Aku menarik sebuah troli barang yang sudah siap tersusun di luar supermarket itu.Dengan langkah perlahan aku memilih beberapa barang yang aku rasakan perlu untuk dibeli dan di masukkan ke dalam troli.Aku juga memilih beberapa barangan untuk diriku sendiri.Aku menarik keluar syampoo Pantene bersaiz besar dan sebotol pelembab.Sebelum memilih,selalunya aku melihat labelnya dahulu kerana ada sesetengah kedai yang menjual barangan yang sudah sampai tarik luputnya.Sedang aku membelek-belek syampoo di tanganku,Begku ditarik kuat sehinggakan aku jatuh terjelepuk di atas lantai kedai itu.Aku melihat seorang lelaki berlari membawa beg tanganku.Mulutku sepertinya terkunci kaku kerana masih terkejut dengan kejadian yang tidak aku sangkakan.
"Tolong aku,lelaki tu curi beg aku",laungku setelah menyedari kejadian sebenar.
Beberapa orang yang mendengar suaraku lantas mengejar lelaki itu.Beberapa orang perempuan juga datang membantu aku.
"Cik tak apa-apa?",tanya seorang perempuan kira-kira sebaya umur ibuku.Dia membantu aku untuk berdiri.
"Terima kasih mak cik.Aku tak apa-apa,cuma kaki aku sakit sedikit",luahku sambil menggerak-gerakkan kaki kanan ku yang sedikit terasa sakit.
"Harap-harap peragut tu dapat di tangkap.Berani betul meragut di kawasan ini",marah perempuan itu.
"Tak tau lah mak cik.Zaman sekarang ni banyak sangat kes-kes macam ni terjadi",kataku.
"Tak tau la apa nak jadi dengan anak muda sekarang ni.Menganggur,tak cuba cari kerja.Last-last perlu duit guna cara haram.Meragutlah,merompak lah.Heyy!!tak tau la nak kata apa",rungut perempuan itu.
"Harap-harap peragut tu boleh berubah",jawabku.
Aku melihat seseorang masuk ke dalam kedai membawa beg tanganku.Hatiku sedikit gembira.Ternyata peragut yang meragut beg tanganku tadi berjaya di tangkap.
"Beg tangan akak ke?',tanya gadis bersnow cap hitam itu.
Aku tersenyum memandang gadis di hadapanku itu.
"Ye beg akak.Terima kasih adik.Siapa nama adik?",tanyaku lembut.
Aku memandang wajahnya sekilas.
"Cantik adik ni.Cuma kalau dia tak bermekap seperti ini,tentu terserlah kecantikannya",pujiku di dalam hati.
"Aku natasha.panggil Syah je",jawab Natasha.
Pandangan matanya di tundukkan.
Aku tersenyum memandangnya.
"Adik ke yang tangkap peragut tu?",tanyaku.
Aku sedikit hairan andainya dia yang menangkap peragut itu.Melihat badannya yang agak kecil,amat mustahil aku rasakan.
"Tak,penjaga aku yang tangkap",jawabnya ringkas.
Dia takut andai dia memberi tahu bahawa bodyguardnya lah yang menangkap peragut itu,mesti dia akan ditertawakan.
"Owh.Adik tunggu sini kejap Yee.Akak bayar harga barang ni dulu.Nanti kita berbual",kataku.
Natasha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya setuju.
Setelah selesai membayar harga barang itu,aku lantas kembali ke tempat Natasha.Natasha sedang berdiri di luar pintu supermarket itu begitu setia menunggu ku.
"Maaf agak lambat.Jom akak belanja adik minum.Tu sebagai tanda terima kasih akak dengan adik",pelawa ku.
"Tak payah kak.Aku ikhlas tolong.Tapi kalau akak nak belanja juga,belanja penjaga Syah tu",kata Natasha sambil menunjukkan kepadanya 5 orang lelaki berbaju hitam.Badannya besar dan tegap.
Aku agak terkejut memandangnya.
"Itu penjaga adik ke?.Biar betul?",tanyaku ragu-ragu.Aku sepertinya tidak mempercayainya.
Lelaki-lelaki itu tidak seperti penjaga yang di maksudkan oleh Natasha.Lebih mirip geng-geng kongsi gelap.
Aku sedikit takut.
"Jangan takutlah kak,tu bodyguard Syah.Papa yang suruh dorang jaga Syah.Syah pun sebenarnya malas asyik kena jaga 24 jam.Tapi nak buat macam mana lagi",terang Natasha sayu.
Mendengar penjelasan dari Natasha itu,hatiku sedikit lega.Sekurangnya Natasha berkata jujur.
"Kalau macam tu,panggil sekali mereka datang sini.Akak belanja"pelawa ku.
Natasha memberi isyarat kepada 5 bodyguardnya itu supaya datang menghampiri kami.
"Ada masalah ke cik?",tanya salah seorang bodyguard Natasha itu.
"Akak ni nak ucapkan terima kasih sebab tolong dia tadi",jawab Natasha.
"Sama-sama,Yang penting beg cik selamat",jawab lelaki itu.
Aku senyum memandang bodyguard Natasha itu.
"Luarannya je nampak macam orang jahat.Tapi hakikatnya mereka semua baik",bisik hatiku.
"Apa kata kalau akak belanja adik dan bodyguard adik ni?",kataku lagi.
"Tak perlu susah-susah cik.Kami ikhlas tolong",jawab bodyguard itu lagi.
Aku sedikit kecewa dengan penolakan mereka.
"Kalau macam tu,apa kata adik bagi no phone adik.Nanti ada masa,akak call belanja makan",kataku lagi.
"Okay,tapi,akak janganlah panggil Syah adik.Panggil Natasha atau Syah je.Lagi pun segan la kak.Kita nampak macam satu umur je",kata Natasha sambil tersenyum.
Hatinya sedikit riang kerana dia boleh berbual dengan seseorang.Itulah harapannya yang sebenar.Mempunyai teman.
Aku tersenyum mendengar kata-kata Natasha.Walaupun dia seperti lelaki pada luarannya,namun dia adalah seorang gadis yang lemah lembut.Benarlah kata orang,jangan menilai seseorang dari paras rupa sahaja.Tapi nilailah dari dalamanya.
"Baiklah Natasha,kalau itu yang Natasha nak.Jom jadi teman",ajakku.
Natasha tersenyum gembira.
"Betul ke nak jadikan aku teman?",tanya natasha.
Dia seolah-olah tidak mempercayainya.
Aku agak bingung dengan pertanyaannya.
"Betul lah.Tapi,akak nak tanya sikit boleh?",kata ku ingin tahu.
"Boleh je.Tanyalah",kata Natasha gembira.
"Kenapa Natasha macam happy je bila akak kata kita jadi kawan?",tanyaku.
Natasha ketawa.
"Sebab akak je kawan Natasha.Natasha tak punya kawan pun kat dunia ni.Yang Natasha ada cuma mama,papa dan bodyguard ni.Tu je.Yang lain tak de",terang Natasha.
Aku tersentak mendengar penjelasan dari gadis itu.Aku tak menyangka,gadis sebaik itu tidak mempunyai teman.
"Tapi kenapa tak de teman?",soalku lagi.Masih tidak mempercayai kata-katanya.
"Long story kak.If i want to tell you everything,i think One days is not enough",terang Natasha.Aku diam,Tidak tahu hendak menjawab apa.
"But,i promise,One days,i will tell you everything about me",janji Natasha.
"Okay,akak tunggu ",kataku.
Aku melihat Zafran sedang berjalan mendekati ku dan Natasha.Sebuah senyuman terukir di bibirnya.
"Maaf lambat sikit.Jalan jem tadi"kata Zafran sebaik sampai di hadapan aku.
Wajahnya sedikit hairan melihat Natasha dan beberapa lelaki berbadan tegap berdiri di sebelahku.
"Who this guys?",tanya Zafran hairan.
"Owh,lets me introduce,this is my new friends,Natasha and this is her bodyguard.Natasha,this is Zafran,my Lovelyn husband",kataku memperkenalkan mereka.
Natasha sedikit tersentak mendengar kata-kata ku.
"Owh,you already married?,But you look young.I really cant believe that you already married",terang Natasha.
Aku hanya tersenyum memandang Natasha.Zafran sepertinya masih tidak memahami situasi ketika itu.Dia tidak pernah melihat Natasha sebelum ini.Aku memandang Zafran sekilas.Aku tahu apa yang sedang bermain difikirannya.
"Tadi aku kena ragut masa membeli barang.Nasib baiklah Bodyguard Natasha dapat tolong.Kalau tak,tak tau lah apa jadi.Dah lah handphone pun dalam beg.Dompet,kad pengenalan semua dalam beg ni",terangku.
Aku takut Zafran jika Zafran berfikiran lain tentang Natasha.
Setelah mendengar penjelasan dariku,barulah Zafran faham.
"Thanks both of you",ucap Zafran.
Natasha hanya tersenyum namun tidak berkata apa-apa.
"Kami berangkat pergi dulu.Apa-apa just call me right",kataku meminta diri.
"Okay.Be carefully anda thanks accept me as you friend.Im really happy",luah Natasha.
"You welcome Natasha.Jumpa lagi nanti",kataku meminta diri.
Natasha melambai-lambaikan tangannya.Aku juga membalasnya sebelum pergi.Aku berharap agar perkenalan itu akan terus mekar selamanya.
Share this novel