"Maaf agak lambat sikit sampai,jalan jem tadi",kata Chak.
"It's okay,aku pun baru je sampai",jawab Zafran ramah.
"Duduk lah",pelawa Zafran pada Chak.
Chak dengan perlahan menarik kerusi berhadapan dengan zafran.
"Misya mana?",tanya Chak.
Hatinya saat itu agak gementar.Mendapat panggilan dari Zafran tengahari tadi benar-benar membuatkan dirinya kecut perut apatahlagi mengingatkan pandangan Zafran padanya ketika bertemu beberapa minggu yang lalu.
"Dia dengan Zara kat rumah.Nak ajak tadi,tapi Misya kata dia letih sangat.Seharian sibuk kat sekolah dia.Biasalah musim sukan",jawab Zafran.
"Owh.Mesti dia letih.Tak pe,sampaikan salam aku padanya",kata Chak cuba menenangkan rasa gementar di hatinya saat itu.
Sejujurnya dia agak kekok saat bertemu dengan Zafran.Situasi yang berbeza ketika Zafran menjadi pesakitnya beberapa bulan yang lalu.
"Doktor apa khabar?",tanya Zafran formal.
Chak tertawa.
"Laa,tak perlulah panggil aku doktor.Kat sini bukannya hospital,lagi pula sekarang di luar waktu kerja.So,tak perlu panggil doktor dah.Panggil Chak je",jawab Chak.
Wajahnya agak merah menahan segan di hatinya.
"Owh,maaf,maaf",jawab Zafran.
Dia juga tersenyum.
Di hatinya sebenarnya tidak menyangka,Chak seorang lelaki yang agak sopan.Dia juga tak seperti orang lain yang bangga dengan status dan kedudukan.Zafran mencapai buku menu di hadapannya dan menyerahkan pada Chak satu.
"Order makanan dulu",kata Zafran.
Chak menyambut buku menu itu dan melihatnya.Zafran melambai-lambaikan tangannya pada seorang pelayan.Seketika pelayan itu datang dengan buku kecil di tangannya.
"Nak order apa encik?",tanya pelayan itu pada Zafran dan Chak.
"Beri aku jus apple dan nasi goreng kampung",kata Zafran.
Matanya beralih pada Chak.
"Aku nak fresh orange dengan Nasi ayam",kata Chak pula.
"Tunggu sekejap ye encik.Sekejap lagi,pesanan encik akan sampai",kata pelayan itu penuh sopan.
Zafran dan Chak mengangguk bersama.Pelayan itu lantas meninggalkan Zafran dan Chak untuk menyiapkan pesanan mereka.
"Ni,bawa jumpa ada apa ye?",tanya Chak terus ke tujuan utama perjumpaan mereka malam itu.
Persoalan itulah yang menjadi tanda tanya di fikirannya sebaik menerima panggilan daripada Zafran untuk berjumpa dengannya tengahari tadi.
Dia sudah tidak sabar untuk mengetahuinya.Andai sahaja saat itu Zafran ingin memarahinya,dia akan terima semuanya.Namun melihat pada reaksi wajah dan tingkah laku Zafran,tiada tanda-tanda dia datang untuk memarahinya ataupun memberinya amaran.Ini kerana lelaki itu melayannya dengan baik dan sangat ramah.Perkara itu lebih membuatkan perasaan Chak bersungguh-sungguh untuk tahu tujuan Zafran menemuinya saat itu.
"Aku datang ni sebenarnya ingin meminta maaf kat awak chak",jelas Zafran.
Chak agak tersentak.Dia tidak menyangka,lelaki dihadapannya itu datang bertemu dengannya untuk memohon kemaafan darinya.
Chak tersenyum.
"Sepatutnya aku yang kena memohon maaf pada awak kerana hadir di hidup Zara dan Misya walaupun aku tahu,Zara tu isteri awak.Aku tak sengaja sebenarnya.Aku buat semua tu kerana aku sayangkan Misya.Aku nak Misya hidup sama seperti teman-temannya di London dulu",terang Chak.
"Tak,tak.Aku yang sepatutnya minta maaf kat awak.Yela,aku dah buat andaian negetif kat awak.Salah sangka kat awak sehinggakan menimbulkan kemarahan aku kat awak.Aku tak berfikir panjang saat itu.Aku hanya fikirkan perasaan aku je,tak fikir kesilapan aku sendiri", kata Zafran.
Dia terdiam seketika.
"Aku sepatutnya berterima kasih pada awak kerana jaga Zara dan Misya sepanjang ketiadaan aku.Awak dah berikan kasih sayang pada Misya.Kasih sayang yang seharusnya aku salurkan pada dirinya.Tanggunjawab yang telah aku abaikan sepanjang 4 tahun yang lalu.Aku sangat menyesal sebenarnya",luah Zafran.
"Benda yang lepas,jangan fikirkan lagi.Jadikan itu sebagai pengajaran untuk lebih matang dalam meniti alam rumahtangga kelak.Semua tu sebenarnya aturan dari Allah.Dia pisahkan awak dan Misya sepanjang 4 tahun,dan hadirkan aku sebagai pengganti awk untuk menyayanginya.Sekurangnya Misya tak pernah merasa tersisih dan masih merasa kasih sayang seorang ayah,walaupun aku ni bukanlah ayah kandungnya.Dan sekarang lah masanya untuk awak buktikan dan berikan Misya kasih sayang yang sebenar",pujuk Chak.
Zafran menunduk memandang lantai.Kata-kata Chak semuanya benar.Perancangan Allah itu tiada siapa yang mampu mengubahnya.Malah,jika dihayati semula,semua yang berlaku ada hikmahnya.
"Awak tau tak Zaf,aku pernah terfikir untuk memiliki Misya dalam hidup aku.Itu semua kerana aku sangat menyayanginya.Dan awak sebenarnya amat bertuah.Memiliki seorang isteri yang begitu setia walaupun di hatinya tersimpan seribu duka.Dia tak pernah memburukkan awk pada siapa pun,walaupun dengan aku sekalipun",jelas Chak.
Zafran menganggukan kepalanya faham.
"Aku tahu Chak.Aku tahu semua tu",jawab Zafran hiba.
"Dia sangat menyayangi awk Zaf.Sehinggakan tiada siapa mampu memiliki sekeping hati milik Zara melainkan awak.Jujur,aku juga menyayangi Zara.Tipulah andai aku tak simpan perasaan sikit pun pada Zara.Namun,janganlah salah ertikan kejujuran aku pada awak.Aku hanya nak awak tau hakikat sebenarnya",jelas Chak.
Zafran mengangguk perlahan.
"Aku sebenarnya berdosa kerana menyimpan perasaan pada isteri orang.Namun lama kelamaan aku sedar,memiliki perasaan pada isteri orang hanya akan melukai diriku sendiri,apatah lagi Zara begitu setia pada awak.Setelah aku bertemu dengan awak,aku sedar,mengapa Zara begitu setia dan menyayangi awak.Awak lelaki yang sangat baik.Dan tiada satu insan pun dapat menggantikan tempat awak di hati Zara.Awalnya aku mencemburui awak,namun sekarang,semua tu dah tiada lagi.Siapalah aku di mata Zara berbanding dengan awak",jelas Chak lagi.
Biarlah kali ini Chak luahkan semuanya pada Zafran.Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa pada lelaki itu lagi.Biar tiada salah faham lagi yang akan berlaku selepas ini.Sekurangnya,dia tidak mahu lelaki itu bersangka buruk padanya lagi.
"Awak juga lelaki yang baik Chak.Beruntung bakal suri di hati awak kelak.Memiliki seorang suami seperti awak",jelas Zafran cuba memberikan semangat pada Chak.
Dia tidak mahu Chak membandingkan dirinya dan juga diri Chak sendiri.
"Setiap orang pasti ada kelemahan dan juga kelebihannya.Ini kerana tiada siapa yang sempurna melainkan Allah je.So,kita harus bersyukur apa yang Allah berikan pada kita semua",jelas Zafran lagi.
Chak tersenyum memandang Zafran.
"Aku tahu Zaf.Dan terima kasih atas nasihat yang awk berikan.Aku sangat hargainya.Tapi,tak tahulah ada ke tak orang yang sudi terima Chak ni.Yela,gadis yang diidami pun dah hilang dari pandangan mata ni",luah Chak perlahan.
Zafran tersentak.Matanya besar memandang Chak.
"Opsss,sorry-sorry.Awak jangan salah sangka pula.Bukan Zara yang aku maksudkan.Tapi orang lain",kata Chak cuba membetulkan keadaan.Takut kata-katanya menjadi kesangsian dan salah faham di hati Zafran.
"Habis tu siapa?.Ke dah ada yang bertakhta kat hati tu?",duga Zafran.
Chak tertawa.Wajahnya kemerahan menahan malu.
"Namanya Natasha.Tapi tulah.Salah aku.semuanya silap aku.Tidak menghargai kehadiran seseorang yang benar-benar ikhlas dan tulus mencintai aku.Aku mengejar seseorang yang tidak mungkin aku miliki dan mengabaikan seseorang yang tulus pada aku.Bodohnya aku kan",luah Chak.
Hatinya hiba.
Mulut Zafran terlopong mendengar pengakuan Chak.Dia tidak menyangka,lelaki itu juga melalui sebuah kisah yang pahit pada dirinya.
"Habis tu,gadis tu dah kat mana?",tanya Zafran penuh minat.
"Aku pun tak tahu Zaf.Setelah dia menghilang dari hidup Chak.Barulah aku sedar yang aku sebenarnya sangat mencintainya.Tapi semuanya dah terlambat.Dia dah menghilangkan dan tak tinggalkan sebarang jejak pun.Hidup aku ni penuh dengan penyesalan",terang Chak.
"Kisah kita ni hampir sama Chak.Tapi,awak masih banyak peluang untuk menjejakinya.Cari tahu di mana dia berada.Jangan jadi sama seperti aku dulu.Mencari tapi hanya separuh jalan.Yang akhirnya membuahkan penyesalan yang besar dalam kehidupan aku ni.Sebelum terlambat,baik awak usaha untuk mencarinya dan luahkan semua perasaan awak padanya", nasihat Zafran.
Dia turut bersimpati pada Chak.
"Terima kasih Zaf.Sudi menasihati aku.Aku akan cuba menjejakinya.Dan bila aku bertemu dengannya,aku akan terus melamarnya.Biar dia tahu betapa aku memcintainya",kata Chak penuh semangat.
Zafran tersenyum memandang Chak.
"Bagus!.Itulah sangat yang harus ada pada lelaki macam kita ni.Berusaha sampai dapat apa yang kita inginkan.Tapi,jangan salah faham pula.Maksud aku berusaha tu,hanya untuk kebaikan bersama dan bukannya usaha yang akan melukai salah satu antara kita.Tu je",kata Zafran cuba bergurau,namun gurauan yang penuh makna.
Chak mengangguk faham.
"Chak,lepas ni,aku benarkan awak bertemu Misya.Dan aku janji,tak akan pisahkan Misya dari awak.Aku nak,Misya merasa kasih sayang aku dan juga kasih sayang awak.Lagipun,Misya begitu menyayangi awak.Aku tak nak,hanya kerana aku je,Misya sakit hati kerana tak dapat bertemu dengan awak.Misya anak yang sangat beruntung",jelas Zafran.
"Beruntung kerana miliki dua orang ayah yang sangat mencintainya",jawab Chak.
Mereka sama-sama tertawa.
"Terima kasih Zaf.Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menyayangi Misya.Aku bersyukur kerana mengenali Misya dalam hidup aku.Aku tak akan sia-siakan peluang yang ada ini.Dan aku janji,aku tak akan musnahkan peluang yang awak berikan pada aku.Terima kasih sekali lagi",ucap Chak.
Hatinya berbelah bahagia saat itu.Chak tidak menyangka,peluang untuk bertemu anak kesayangannya itu terbuka luas.Dihatinya mengucap kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah memberi nikmat yang begitu besar padanya.
"Lepas ni kita jadi kawan.You can call me if you need something or need helps from me.Aku akan sentiasa ada buat awak",kata Zafran.
"Thank you so much Zaf.We will be a good friend.Thanks sekali lagi",ucap Chak.
Zaf tersenyum.
"Dah lah tu,stop to discuss about this.Now,kita makan.Lapar ni",kata Zafran sambil memandang makanan di hadapannya itu.
"Okay.Lets eat",ajak Chak pula.
Mereka lantas menjamu selera memandangkan perut sudah menyanyi-nyanyi minta di isi.
********
"Ida".
Azman memanggil isterinya perlahan.Ida yang sedang sibuk mengosok pakaian suaminya untuk dipakai esok hari memandangnya.
"Ada apa bang?",tanya Ida lembut.
"Abg nak tanya sesuatu ni?",kata Azman.
Ida terdiam.Dia yang begitu sibuk dengan kerjanya terhenti seketika.Hatinya berdebar kencang.Dia sepertinya tahu apa yang akan suaminya perkatakan kepadanya sebentar lagi.
"Cakaplah",kata Ida menyambung semula kerjanya itu.
Dia sudah tidak kisah lagi.Apa yang akan dikatakan suaminya nanti diterimanya dengan redha.Dia suda tidak mampu untuk menahan rasa luka di hatinya lagi.Biarlah malam itu jadi sejarah dalam hidupnya nanti.
"Ida ada kaitan dengan kemalangan Sofia kan?",kata Azman dengan berani.
Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa lagi pada isterinya lagi.
Biarlah semuanya di jelaskan.
Ida terdiam.
"Kenapa diam?.Betul kan?",tanya Azman lagi apabila melihat kebisuan isterinya itu.
Setelah sekian lama barulah Ida menjawab.
"Yes.Memang Ida terlibat dalam kemalangan tu.Ida mengaku,Ida yang menyuruh dua lelaki itu mengejar Sofia.Tapi,bukan untuk mengapa-apakan dia.Ida cuma mahu bertemu dengan dia untuk kepastian perhubungan di antara abg dengan dia.Salah ke Ida?",tanya Ida perlahan.
Air mata mula bertakung di tubir matanya.
"Kenapa Ida tak pernah berbincang dengan abg.Tak perna tanya pada abg semua ni.Kenapa buat keputusan sendiri?",tanya Azman tidak berpuas hati.
"Perna ke abg cuba berterus terang pada Ida tentang Sofia?.Perna ke terlintas kat hati abg apa yang akan Ida rasa bila tahu kecurangan abg pada Ida?",tanya Ida sayu.
Walaupun hatinya marah saat itu,hatinya juga terluka,namun suaranya masih diperlahankan.Dia tidak mampu untuk meninggikan suara pada suami tercintanya itu.
Azman terdiam.
"Salah ke tindakan Ida tu.salah ke Ida nak tahu semua tu?",tanya Ida lagi.
"Salah Ida.Ida dah buat satu jenayah.Ida tak fikir ke risiko yang terjadi dengan tindakan Ida ni?.Kenapa tak datang jumpa terus dengan Sofia?.Kenapa perlu upah orang untuk takut-takutkan Sofia dan cuba menculiknya?.Kalau Ida tak buat semua tu,pasti Sofia tak kemalangan",jawab Azman kesal.
Air mata Ida menitis satu demi satu.Namun tangannya masih lincah menyiapkan tugasnya.
"Habis tu,abg salahkan Ida ke?.Abg anggap idah penyebab kemalangan tu?",tanya Ida tidak berpuas hati.
"Bukan hanya menganggap ida.Tapi itu kenyataannya.Kenyataan yang Ida punca kemalangan itu.Syukurlah tiada kematian berlaku.Kalau ada,dah lama Ida meringkuk kat penjara tu",jelas Azman lagi.
Suaranya agak keras.
Ida menarik nafas perlahan.
"memang Ida yang bersalah Abg.Salah Ida kerana cemburu kat abg.Tapi,tiada perempuan kat sini ini mampu menerima kecurangan dari suaminya.Begitu juga dengan Ida.Ida juga berhak untuk bahagia.Tapi kenapa abg khianati Ida.Apa salah Ida.Tak cukup ke kasih sayang yang Ida curahkan pada abg selama ini sehinggakan abg memutuskan untuk curang dengan ida.",luah Ida sayu.
"Memang Ida bersalah dalam hal ini.Ida dah buat sesuatu di luar batas Ida.Namun tak perna berniat nak mengapa-apakan Sofia.Ida cuma ingin tahu keadaan sebenarnya.Namun semuanya berlaku tanpa di sengaja kan.Dan sekarang abg salahkan Ida di atas apa yang dah berlaku.Tak mengapa abg.Andai ada berita mengenai kes ini,Ida sanggup menyerah diri pada polis andai itu mampu menebus kesilapan yang Ida lakukan",jelas Ida.
Hatinya benar-benar sakit.Suaminya lebih mengambil berat tentang Sofia berbanding perasaanya.Suami yang disayanginya benar-benar sudah berubah.
"Ida cakap senang je kan.Ida tau tak abg risau andai terjadi sesuatu kat Ida tentang kes ini.Abg nak Ida jumpa Sofia nak meminta maaf padanya.Berterus terang pada Sofia tentang apa yang dah terjadi",kata Azman tegas.
"Baiklah abg.Ida turuti permintaan abg.Ida akan jumpa Sofia sendiri.Apa yang abg mahukan semuanya Ida turuti.Jika abg ingin Sofia jadi suri di hati abg pengganti Ida,Ida juga akan tolong pinangkan dia buat abg",jawab Ida.
Air mata mula deras membasahi pipinya.
Hatinya yang sudah begitu terluka semakin terluka.Bukan pujukan yang di terima,malahan dipersalahkan.
"Ida cakap apa ni?",tanya Azman tidak senang.
"Apa yang buat abg bahagia, Ida akan tunaikan.Ang bahagia,Ida juga bahagia walaupun Ida akan terluka.Ada masa Ida akan terangkan semuanya pada Sofia.Abg call Sofia dan beritahu,aku akan bertemunya.Beritahu bila masanya,Ida akan datang",ucap Ida.
Dia lantas meninggalkan Azman yang kaku tidak berkata apa-apa di dalam bilik.
Ida keluar dengan hati yang sarat luka.Namun tetap digagahi walaupun kecewa melanda hatinya.
Benarlah selama ini sangkaannya.Suaminya benar-benar sudah duakan dirinya.
******
Sofia memandang screen telefonnya.Sudah berpuluh-puluh misscall dari Azman.malahan sejak Sofia keluar dari hospital.Azman sudah kerap kali menelefonnya.Namun entah mengapa,mood Sofia untuk melayan Azman sudah tiada lagi.Kemalangan yang berlaku benar-benar membuatkannya insaf.Malah dia bersyukur kerana Allah masih memberikannya bernafas di muka bumi itu.Dengan itu,dia masih berpeluang untuk menebus segalah kesilapan yang dilakukannya di masa silamnya.Dia juga banyak berbuat salah pada banyak insan.Semua itu menjadi satu penyesalan bagi diri Sofia.Malahan ketika kemalangan itu berlaku,Sofia sudah seringkali dihantui mimpi ngeri.Mimpi di mana dia melihat tubuhnya disiksa.Namun pada masa itu,dia tidak mempedulikan mimpinya itu.Dia hanya menganggap semua itu hanya mainan tidur semata.Malahan sebelum sedar selepas pembedahan itu dilakukan,dia sempat bermimpi mimpi yang sama.Setelah sedar,barulah Sofia berasa takut.Malahan ketika sedar dari tidurnya,Sofia berpeluh dengan banyak sekali.Mimpi itu seakan-akan benar-benar berlaku.Dia disiksa dengan siksaan yang begitu perih sekali.Perkara itulah yang membuatkan Sofia sedar akan dosa-dosa yang sudah dilakukan sepanjang hidupnya itu.Semenjak itu,Sofia berazam akan jadi yang lebih baik.Dia akan berusaha untuk berubah,apatah lagi dengan kehadiran syam disisinya.Bagi Sofia,syam seperti malaikat yang dihantar oleh allah kepadanya untuk membimbing dirinya ke arah kebaikan.Selama mengenali syam,hati Sofia seakan-akan tenang.Dia tidak pernah merasakan setenang itu.Malahan ibunya datin Ain juga banyak memberikannya kata-kata semangat.
Sofia menarik nafas perlahan.
Dilihatnya lagi telefon bimbitnya.Azman masih terus berusaha untuk menghubunginya.Malah berpuluh-puluh pesanan sudah dikirimkan oleh Azman padanya dan satu pun tak pernah dibaca oleh Sofia.Hatinya benar-benar sudah tertutup buat Azman.Namun Sofia lega, sekurang-kurangnya dia sedar lebih awal akan kesilapannya.Berhubungan dengan Azman umpama meruntuhkan sebuah masjid yang dibina oleh Azman dan isterinya.Sofia tidak mahu menambahkan lagi dosa yang sudah sedia ada.Sofia sudah berazam akan menjadi yang lebih baik selepas itu.Dia tidak mahu terus terusan berkecimpung dalam kemaksiatan.
"Maafkan aku Azman.Sudah tiba masanya untuk mengakhiri hubungan terlarang ini.Awak milik orang lain dan aku tak nak jadi orang ketiga.Biarlah apa yang terjadi antara aku dan kau akan jadi iktibar pada aku untuk menjadi insan yang lebih baik.Aku nak akhiri semua zaman gelap yang pernah aku lalui.Semoga Allah menerima taubat aku dan aku berharap Allah masih membuka pintu taubat padaku.Aku benar-benar takut .Takut akan azab yang Allah akan berikan pada aku.Aku bersyukur kerana masih ada peluang untuk memperbaiki diriku ini.Maafkan aku sekali lagi Azman",bisik Sofia perlahan.
Di abaikan panggilan dari Azman dan dengan langkah yang masih terhenjut-henjut,Sofia dengan bantuan tongkat berjalan menuju ke ruang tamu.Dia ingin menghabiskan waktu bersama ibu kesayangannya itu.Hanya ibunya lah yang banyak memberikan nasihat dan kata-kata semangat pada dirinya.Memberikan Sofia keyakinan untuk terus melangkah ke hadapan dan menjadi insan yang lebih berguna kelak.
******
"Cis!.Tergamak awak buat aku macam ni Sofia.Setelah berpuluhan ribu aku belanjakan pada awk dan sekarang awk cuba menghindar dari aku.Setelah hubungan kita sudah diketahui isteri aku,barulah awk nak mengelak dari aku",kata Azman geram.
Di cengkamnya geram telefon bimbitnya.
Hatinya benar-benar panas.Panas dengan sikap Sofia yang seakan-akan menghindar darinya.
"Bukan ke awak yang nak sangat berkahwin dengan aku sofia?.Sekarang isteri aku dah bagi green light pada hubungan kita,kini awk dah tak layan aku dah?",kata Azman lagi.
Dia lantas masuk ke dalam keretanya dan menghempas pintu dengan kuat.
Azman sememangnya sangat geram saat itu.Dia kini benar-benar kemaruk dengan cintanya pada Sofia.Walaupun pada awalnya dia hanya menjadikan Sofia sebagai alat pemuas nafsu syahwatnya sahaja,namun lama kelamaan dia mula jatuh cinta pada sofia sehinggakan perasaan cinta dan sayangnya pada isterinya sendiri semakin hari semakin memudar.Siapa yang tak akan jatuh cinta pada kecantikan Sofia.Tubuhnya yang langsing,dan kulit yang putih benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya cair.Termasuklah Azman.Malahan cara Sofia melayannya di atas ranjang juga cukup membuatkan dirinya puas sehinggakan layanan isterinya sendiri sudah tidak cukup buatnya.Dia tidak pernah merasakan percintaan yang begitu hangat bersama dengan isterinya.Hanya dengan Sofia lah yang mampu membuatkannya benar-benar puas dan menjadikan dirinya ketagihan.Malahan,semenjak mengenali Sofia,Azman seakan-akan lupa akan nafkah batin yang harus dia berikan pada sang isterinya.Malahan dia kerap kali mengabaikan permintaan isterinya itu.Dia juga sering menipu Ida untuk bertemu dengan Sofia.Beberapa minggu tidak berhubungan dengan Sofia benar-benar membuatkan Azman seperti cacing kepanasan.Kerinduannya pada tiap sentuhan Sofia benar-benar membuatnya tidak keruan.Dia amat merindukan saat-saat bersamanya.Dan kali ini,dia nekad untuk memiliki Sofia walau apa jua yang akan berlaku termasuklah kehilangan isterinya itu.
"Tak pe Sofia,aku akan tetap berusaha untuk memiliki awak.walau serumit mana pun,aku akan tetap pastikan yang awak akan jadi hak milik aku",kata Azman penuh yakin.
Dia lantas berlalu pergi untuk pulang ke rumahnya.Dia berazam akan mencari Sofia pada keesokan harinya.
********
"Ni senyum sorang-sorang ni,kenapa.Fikir pe tu?",tanyaku apabila melihat Zafran yang sedang duduk di taman kawasan rumah.
Dua cawan kopi yang sudah siap aku bancuh ku letakkan di atas meja di dan duduk di sampingnya.
Zafran yang menyedari kehadiranku memandangku dengan pandangan mata lembut.
"Tak ada apa lah.Fikir pasal Chak je.Lucu pun ada,simpati juga ada",jawab Zafran.
Hatiku terdetik ingin tahu.
"Laa ye ke?.Kenapa dengan Chak?.Apa yang lucu dan apa pula yang membuatkan Abg simpati pada dia?",tanya ku.
"Syg tak tahu ke?",tanya Zafran hairan.
"Sebab syg tak tahulah Syg tanya.Kalau syg dah tahu,syg tak akan tanya pada abg", jawabku.
"Bukan ke syg ni kawan baik Chak.Mustahilah Chak tak cerita apa-apa pada syg.Kan syg kerap kali keluar lunch dengan dia",kata Zafran lagi.
"Ingat kawan baik je dia akan ceritakan semuanya ke syg ke?Chak tu,nama je kawan baik syg tau.Tapi dia sembunyikan banyak rahsia dari syg.Apa lagi hal-hal peribadi ni.Memanglah dia tak nak kongsi",jawabku.
Zafran ketawa terbahak-bahak memandang aku.Rasa lucu dengan reaksiku itu.
"Betul ke syg nak tahu?",tanya Zafran
",yela.Memang syg nak tahu.cepatlah beritahu.Tak sabar nak tahu ni", jawabku.
Perasaan ingin tahu membuak-buak di hati.
"Boleh je,Tapi syg kena janji dengan abg satu perkara",kata Zafran.
Senyuman terukir di bibirnya.Senyuman yang tiada siapa mampu menafsirkannya.Aku mengerutkan dahiku.Tidak berpuas hati.
"Laa,dengan syg pun kena ada syarat juga ke?",tanya ku tidak berpuas hati.
"Ehh,kenalah.Tu sudah semestinya lah.Syarat tu wajib ada andai nak tahu sesuatu.Sebab perkara ni terlalu sensitif bagi orang lelaki.So,kenalah ada syarat",jawab Zafran mengusikku.
"alah..ceritalah.Syg nak tau sangat",jawabku manja.
"Janji dulu pada abg,tunaikan permintaan abg.Itu je syaratnya",jawab Zafran.
Senyuman masih terukir di bibirnya.Demi mengetahui perihal Chak,aku lantas menyetujuinya.
"Baiklah,syg setuju.Apa syaratnya?",tanyaku ingin tahu.
"Syaratnya,syg kena layan Abg malam ni.Dah lama syg tak layan Abg.Abg rindu",kata Zafran berterus terang.
Wajahku seperti disimbah minyak panas.Terasa panas menahan malu.
"Ishh abg ni.Ke situ pula.Dah lah cakap kuat-kuat.Tak malu ke nanti orang dengar?",kata ku geram.mataku meliar melihat sekeliling.Melihat andai ada siapa-siapa yang mendengarinya.Untunglah tiada siapa di sana selain aku dan Zafran.Andai ada orang lain,sudah pastinya aku malu.Sudahlah permintaan Zafran begitu sensitif.Jika di dengar oleh siapa-siapa,pasti aku malu saat itu.
Zafran ketawa terbahak-bahak memandang aku.
"Nak malu apa syg.Kita kan suami isteri yang sah.Biasalah kalau sembang hal tu.Bahagia kot.Bukannya kita buat dosa.Kita buat pahala adalah",jelas Zafran.
Kata-kata itu membuatkan aku lebih malu.
"Dah,dah.Tak payah nak sembang hal itu.Sekarang cepatlah beritahu.Tak sabar rasanya nak tahu",jawabku tidak sabar.
"Syg tak janji lagi pada abg untuk tunaikan permintaan abg tu"kata Zafran.
"Yela,syg janji.Ishhh!!.Mengada sangatlah abg ni", kataku geram.
Satu cubitan manja singgah di tangan Zafran.
"Yes!",ucap Zafran gembira.Tangannya di genggam tanda gembira.
"I love you sayang.Jangan tak tunaikan tau.Malam ni abg nak peluk sayang puas-puas.Yelah,dah lama sangat keinginan abg ni tergendala tau.Nasib baik masih tahan hati ni.Kalau tak?".
Kata-kata Zafran tidak habis apabila aku menarik telinganya.
"Kalau tak apa?",tanyaku sambil menarik agak kuat telinga Zafran.
"Aduh syg,sakitlah.Abg gurau je lah",kata Zafran tertawa.
Aku melepaskan telinganya.
Hatiku geram.Perasaan cemburu mula hadir di hatiku.
Aku sedikit merajuk dengan Zafran.
"Kalau tak,mesti abg dah cari perempuan lain kan nak lepaskan nafsu tu",kataku dengan nada merajuk.
"Ishh,abg gurau jelah syg.Abg main-main jelah.Saja usik syg.Janganlah marah",pujuk Zafran.
"Mesti abg perna buat tu dengan perempuan lain kan sepanjang ketiadaan syg.Hmmmm",jawabku merajuk.
Aku lantas berdiri.Bayangan Zafran memeluk perempuan lain mula membayangi fikiranku.Perasaan cemburu mula menguasai perasaanku.Aku mula mengatur langkah meninggalkan Zafran.Mood untuk tahu hilang begitu sahaja.Namun belum sempat aku melangkahkan kaki,Zafran menarik aku ke pelukannya.
"Syg janganlah marah.Abg gurau je.Demi Allah,abg tak pernah sentuh orang lain sepanjang ketiadaan syg.Abg tak sejahat yang syg fikirkan tu.Abg milik syg seorang je.Tiada orang lain lagi.Perempuan lain tak mampu goda abg.Hanya sayang je mampu.Kalau abg mampu tergoda dengan perempuan lain,xkan lah abg bertahan sampai sekarang ni.Takkan abg minta hak abg pada syg malam ni",kata Zafran berkata jujur.
Pelukannya dieratkan.Tubuh Zafran benar-benar bersatu dengan tubuhku saat itu.Jantungku berdebar kencang.Begitulah perasaan ku saat pertama kali bersamanya.Perasaan yang begitu aku rindukan saat-saat berjauhan dengannya.
"Abg syg syg seorang sahaja dalam hidup ini selain mami.Abg dah tak ada hati pada perempuan lain .Abg cintakan syg sangat-sangat",kata Zafran separuh berbisik.Di selaknya rambut ku yang menutupi sebahagian wajahku.Dengan perlahan Zafran menyentuh bibir pink milikku itu dengan lembut.
"Abg rindukan syg.I love you syg",ucap zafran.Kata-kata Zafran benar-benar membuatku hanyut dalam duniaku saat itu.Mata ku pejam rapat.Tidak mampu menentang mata indah milik Zafran.Zafran merapatkan bibirnya ke bibirku dan mengucupnya lembut dan perlahan.Dan saat itu,aku dan Zafran benar-benar hanyut dalam dunia kami berdua.Debaran di dada semakin lama semakin berdebar kencang.Zafran mula agresif.Sentuhan yang mulanya tadi begitu lembut kini semakin kuat menyentuh tubuhku.Nafasnya semakin laju seiring dengan debaran di dada.Tangannya mula menyentuh ke bahagian-bahagian sensitif yang aku rasakan.Zafran bijak mengetahui kelemahan ku sehinggakan membuatku hanyut.
Namun aku lantas menepisnya.
"Abg,not here.Kita kat luarlah",kataku perlahan.
Zafran juga baru menyedarinya.
"Syg,kita masuk bilik please.Abg rindu",goda Zafran.
Belum sempat aku menjawabnya.Dia sudah mengangkat tubuhku dan membawa aku ke kamar milik kami berdua.Malam itu,begitu indah buat aku dan Zafran.Setelah sekian lama berpisah,malam itu seakan malam pertama yang kami lalui semula.Zafran banyak membisikkan aku kata-kata cinta.Belaian dari Zafran benar-benar buat aku hanyut dalam pelukannya.Malam yang begitu bermakna buat aku dan Zafran.Zafran memanjakan aku sepanjang malam.Sehingglah aku dan dirinya benar-benar letih dan selepas itu aku sudah tak sedarkan diri lagi.Hanya mimpi indah yang hadir dalam tidur ku.
Share this novel
hi hi dear
hi dear. update plzzz
oooo. tqvm dear