BAB67

Romance Series 57282

"Dear,turunlah, kawan-kawan daddy dah sampai tu",panggil Puan Sally.
Natasha hanya berdiam diri.Dia sebenarnya malas untuk turut serta dalam majlis makan malam yang dirancang oleh ayahnya itu.Direnungnya dress berwarna merah yang dipilih oleh ibunya tersangkut kemas di tepi almarinya itu.Sangat cantik namun tidak menarik minatnya.
"Kalau sahaja pertemuan ini antara aku dan kau Chak,pasti aku teringin menyarungkan dress itu di tubuhku ini",bisik Natasha di dalam hati.
Natasha melangkah mendekati baju pilihan ibunya itu.Disentuh lembut.
"Sayangnya aku tak teringin nak memakainya",bisik Natasha lagi.
Sedang Natasha membelek-belek dress berwarna merah itu,pintu biliknya dikuak.
"why not ready yet?.Tetamu dah sampai kat bawah",tegur puan Sally.
"Lazy mom, I'm actually very lazy with tonight's event. Why does dad always make decisions without talking to me first?",jawab Natasha geram.
Dia melangkah menuju ke katilnya dan duduk.
"Dad did all this for the good of you dear. Dad wants you to be happy",jelas Puan Sally.
Natasha memandang ibunya.
'For my happiness ?. This is not the way mom. If dad want me to be happy, let me determine my own life, I do not like the match determined by the family",kata Natasha geram.
Puan Sally mendekati Natasha dan duduk di sampingnya.
"Sayang,sometimes family choice is best for a child. Believe me",pujuk Puan Sally.
Natasha mengeleng-gelengkan kepalanya tidak setuju.
"Now is not the time of siti nurbaya mom, the time where mates are arranged by the family. Now the times are advanced, happiness is determined by yourself. Please mom, give me a chance to find my own happiness"rayu Natasha.
Dia benar-benar mengharapkan simpati dari ibunya itu.
Puan Sally sebenarnya simpati dengan anaknya itu,namun dia juga tidak mampu menghalang kemahuan suaminya.
"Mummy dah cuba syg.Cuba nasihati daddy kamu tu,tapi mummy sendiri pun tak mampu membantah kata-kata daddy.Macam ni je lah,Syah bersiap je,jumpa teman-teman daddy Syah tu.Nanti mummy usaha pujuk daddy lagi",pujuk puan Sally.
Natasha lantas memeluk tubuh ibunya itu.Terasa ada sinar harapan buatnya.
"Thank you so much mom.Tolonglah pujuk daddy.Hanya mummy je harapan Syah sekarang",kata Natasha sangat berharap.
"Ye,ye.Mummy akan usahakan.Dah,tak perlu sedih-sedih lagi.Sekarang ni,Syah pergi bersiap,kita turun sama-sama.Tak baik biar tetamu menunggu.Walaupun Syah tak inginkan ini semua, sekurangnya kita kena hormat tetamu daddy.Jaga air muka daddy.Mereka semua tu rakan kongsi daddy Syah.So kita kena bersopan dengan mereka",nasihat Puan Sally.
Natasha hanya mengangguk perlahan.Dengan langkah terpaksa,Natasha mendekati dress berwarna merah itu dan lantas memakainya.Puan Sally hanya memandang tanpa menganggu Natasha.Natasha mencalit gincu nipis di bibirnya,rambut dikemaskan.
"Siap",kata Natasha sambil memandang puan Sally.
Puan Sally memandang Natasha tidak berkelip.Di pandangannya Natasha dari atas sampai ke bawah.Sangat kagum.
"You,look so beautiful syg.Mummy tak sangka,mommy ada anak secantik Syah"puji puan Sally.
Sebelum ini,dia tidak pernah melihat Natasha berpakaian seperti itu.Dengan dress merah,memperlihatkan bentuk tubuh langsing milik Natasha,tubuh ideal yang menjadi idaman para gadis zaman sekarang.
"Mummy tak silap memilih dress.Dress ini memang sangat bersesuaian dengan bentuk tubuh dan warna kulit syg.You look so gorgeous dear",puji puan Sally.
Natasha hanya tersenyum.Namun senyuman yang terpaksa di ukirnya.
"Alangkah indahnya andai Chak yang akan memandangku saat ini",bisik Natasha.
"Okay lah.Lets go,daddy pun dah balik-balik panggil tu",ajak puan Sally.
Dengan langkah perlahan Natasha membuntuti langkah ibunya keluar dari biliknya untuk bertemu dengan teman-teman ayahnya itu.

********

"Asalamualaikum",ucap syam sebaik tiba di butik milik Datin Ain.
Datin Ain dan Sofia lantas memandang ke arah syam.
"Walaikumsalam,eh syam,bila sampai?",tanya Datin Ain.
Sofia yang sedang duduk diatas sofa,hanya memandang sambil tersenyum.
"Baru je sampai mak cik.Mak cik apa khabar?",tanya Syam.
Matanya melirik Sofia sebelum memandang Datin Ain semula.
"Alhamdulillah,mak cik sihat.Syam datang ni nak beli baju ke?.Atau nak tempah baju kahwin?",tanya Datin Ain.
Dia hairan sebenarnya dengan kehadiran syam ke butiknya.Selalunya pelanggan yang datang kebanyakanya perempuan,lelaki juga ada itupun hanya kerana menempah baju pengantin.
Syam ketawa dengan pertanyaan dari datin Ain.
"Tak de lah mak cik.Syam saja je datang.Lama tak jumpa mak cik dan Sofia",jawab Syam.
"Owh,ingatkan nak tempah baju pengantin.Tulah hairan dengan kehadiran syam tadi.Selalunya lelaki yang akan datang ke butik mak cik ni hanyalah dengan pasangannya untuk menempah baju pengantin",jawab Datin Ain.
"Laa,ye ke",kata Syam sambil tertawa.
"Haah",jawab Datin Ain turut tertawa.
"Tak ada calon yang sesuai lagi mak cik.Ni tengah cari lah ni",kata Syam.
"Okay lah tu syam.Harap-harap jumpa pasangan yang terbaik.Kalau nak kahwin tu,jangan lupa jemput mak cik dan Sofia.Boleh tempah baju kat butik mak cik ni.Jangan risaukan,mak cik bagi discount buat syam",kata Datin Ain memberi offer pada syam.
Syam tambah ketawa.
"InshaAllah mak cik",jawab Syam.
"Syam sembanglah dengan Sofia dulu,mak cik ada kerja sikit ni.Nak uruskan tempahan pelanggan",kata Datin Ain.
Syam memandang ke arah Sofia yang sibuk membaca majalah di atas sofa.
"Baiklah mak cik.Terima kasih",jawab Syam.
Syam lantas mendekati Sofia.
"Asalamualaikum awak",ucap Syam.
Sofia meletakkan majalah tersebut ke atas meja sebelum menjawab salam syam.
"Walaikumsalam",jawab Sofia agak malu-malu.
"Boleh aku duduk?",tanya Syam agak sopan.
"Duduklah",pelawa Sofia.
Syam melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Sofia.
"Aku ganggu awak ke?",tanya syam apabila melihat Sofia sepertinya agak kaku di hadapannya.
"Eh!!,Tak adalah.Aku okay je",jawab Sofia.
Wajahnya agak kemerahan kerana segan.
"Awak sihat ke.Kaki awak dah okay?",tanya Syam.
"Alhamdulillah aku dah okay.Kaki dah semakin sembuh.Awk pula,sihat ke?",tanya Sofia cuba beranikan diri berbual dengan syam.
"Alhamdulillah aku sihat.Lama tak jumpa awak dan mak cik.Rindu pula.Nasib baiklah masih ingat alamat butik yang mak cik berikan tempo hari",kata Syam.
"Owh ye ke.Wah,kuat juga eaa ingatan awak ni.Haah kan,lama tak jumpa.Awak busy ke?",tanya Sofia semakin ada keberanian untuk berbual.
"Tak lah busy sangat.Tapi ni baru je balik dari oversea,ada kerja sikit kat sana.Tulah awak keluar dari hospital hari tu tak sempat jemput dan juga tak sempat datang melawat.Kemarin baru balik,hari nii masih cuti,so aku ambil la masa untuk datang ",terang syam.
Risau andai Sofia menganggapnya melupakan mereka sebaik sahaja urusan tentang kemalangan itu selesai.
"Owh,patutlah tak nampak awak masa tu.Mama ada lah tertanya-tanya tentang keberadaan awak,nak bagitau yang hari tu dah discarj dari wad.Takut awak terlanjur datang ke wad.Tapi tulah,no phone awk pun mama tak tahu.Nasib baiklah awak kat oversea masa tu",jelas Sofia.
"Laa,ye ke.Aku minta maaf sangat-sangat tau.Tak sempat bagitahu.Tak pe,sekarang ni dah ada depan awak dan mak awak kan.So tak perlu risau lagi",jawab Syam.
Sofia hanya tersenyum.
"Nak kopi tak,biar aku bancuhkan?",tanya Sofia.
"Eh tak pe, takpe.Menyusahkan awak je.Dah lah kaki tu tak sembuh lagi.Tak payah bergerak banyak pun",tolak Syam.
"Eh,tak pe.Dah okay ni.Lagi pun,doktor cakap hari tu banyakkan bergerak supaya lebih cepat proses penyembuhan.Bergerak tu kira fisioterapi untuk kaki ni",jelas Sofia.
"Owh ye ke.Kalau macam tu,boleh lah",jawab Syam mengalah.
Sofia tersenyum.
"Okay,tunggu sekejap ye.Jangan pergi mana-mana pula.Tunggu aku je",kata Sofia.
"Jangan risau,aku akan tunggu awak sampai bila-bila pun",jawab syam mengusik Sofia.
Sofia jadi malu.Hatinya tiba-tiba bergetar kencang.Tak sangka lelaki itu akan menjawabnya seperti itu.
Dengan bantuan tongkat,Sofia berjalan menuju ke pantri butik itu.Dia memegang dadanya dengan tangan kanannya.
Berdebar.
"Kenapalah hati aku ni berdebar dengar kata-kata syam tadi tu.Ishhhh,apa lah aku ni.Berperasaan semacam je",kata Sofia geram.
Dibancuhnya secawan kopi.
"Jangan terlalu perasaan Sofia.Syam tu hanya simpati dengan awak je.Tulah dia baik dan ambil berat tentang awak",bisik Sofia di dalam hati.Cuba menenangkan hatinya saat itu.
"Okay,relax Sofia.Anggap itu hanya gurauan semata je",kata Sofia memberi ingatan pada dirinya sendiri.
Di capainya cawan berisi kopi dan perlahan-lahan keluar ke tempat syam semula.
Dilihatnya syam sedang menunggunya dan membaca majalah yang dibaca oleh Sofia sebentar tadi.Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum menegurnya.
"Coffee dah siap",jawab Sofia ramah sambil meletakkan cawan itu ke atas meja.
Syam lantas berpaling dan meletakkan majalah itu ke atas meja.
"Wahh,,thanks tau.Susahkan awak je",kata Syam.
"Tak susah lah.Letak gula, serbuk kopi dan tuang air panas je.Siap",kata Sofia cuba bergurau dengan Syam.
"Uii,senang juga eaa",jawab Syam sambil tertawa.
"Senang je.Minum lah.Tak tau kalau rasa coffee tu sesuai dengan citarasa awak",kata Sofia.
"Kalau di lihat dari warna kopi ni je pun,nampak dah sedap.Jap,biar aku test dulu",kata Syam sambil menghirup air kopi tersebut.s
Syam menutup matanya berlagak seperti seorang perasa makanan.
Sofia ehanya memandangnya sambil tertawa.Senang dengan cara Syam yang begitu menghiburkan diri Sofia.
"Bagaimana?",tanya Sofia tidak sabar.
"Rasanya manis,semanis orangnya,lagi satu rasa pahit tu seimbang dengan rasa manis.Cukup rasa dan sangat sedap.Memang sangat sedap",puji Syam.
Sofia tertawa.
"Terima kasih puji kopi buatan aku tu.Tak perna orang puji kopi aku seperti awak puji sekarang ni",kata Sofia.
"Kira aku orang pertama lah ye yang puji kopi awak sedap.Beruntung lah aku ni,jadi orang pertama.Dan bagi aku pula,awak lah orang pertama yang buatkan kopi paling sedap pernah aku rasa",puji Syam lagi.
Sofia tertawa.
"So,aku pun beruntung lah ni.Mampu buat kopi sesuai dengan citarasa awak ni.Kalau macam tu,awak datang lah sini hari-hari.Boleh rasa kopi buatan aku",kata Sofia cuba mengusik.
"Tak perlu offer aku untuk datang pun, hari-hari aku datang tau",kata syam lagi.
Jawaban dari syam makin membuatkan Sofia ketawa.
Datin Ain memandang Sofia dan syam dari kejauhan.Saling mengusik dan bergurau senda.Diiringi juga dengan gelak dan tawa.Dia tidak pernah melihat Sofia segembira itu.Hatinya bersyukur kerana,lelaki itu mampu membuatkan Sofia seceria itu.Dia juga berharap andai Allah mempertemukan jodoh antara Sofia dan juga syam.Bagi Datin Ain,syam adalah lelaki yang dirasakan sesuai untuk membimbing Sofia ke arah yang lebih baik.
Datin Ain tersenyum.
"Semoga ada sinar bahagia buat awak Sofia",doa Datin Ain.
Dia lantas menyambung kerjanya semula dan membiarkan Sofia dan syam dalam dunia mereka sendiri.

******

"selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 30 tahun sayang",ucap Dato' Mazlan pada isteri tersayangnya Datin Aida.
Sebuah kotak hadiah di berikan kepada Datin Aida.
"Terima kasih bang.Tak sangka dah 30 tahun usia perkahwinan kita kan.Sekejap je masa berlalu.Aida bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang begitu setia dan menyayangi aida.Terima kasih sekali lagi abg",ucap Datin Aida sambil menyambut kotak hadiah dari suaminya itu.
"Sama-sama syg.Terima kasih juga sebab terus setia di sisi abg selama ini.Sanggup mengharungi suka duka kehidupan bersama abg",jawab Dato' Mazlan pula.
"Aida pun ada hadiah buat abg",kata Datin Aida sambil mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam.
"Wahhh,terima kasih syg beri abg hadiah ni.Boleh abg buka?",tanya Dato' Mazlan.
"Bukalah,,hadiah Aida tak mahal abg.Yang penting,hadiah tu bermakna dan boleh di kenang sampai akhir nafas kita",terang Datin Aida.
Dato' Mazlan membuka balutan kotak hitam it.Seutas jam tangan berjenama Mad Paris edisi terhad ketika itu.
Senyuman terukir di bibir Dato' Mazlan.Jam tangan yang sudah lama diidaminya itu.
"Terima kasih syg",ucap Dato' Mazlan.
"You welcome",jawab Dato' Mazlan.
"Sunyi pula sambutan ulangtahun kita tahun ni bang,selalunya Zafran pasti akan datang meraikan bersama kita di rumah ni kan.Sekaranh dah tak lagi.Zaf dah ada keluarganya sendiri,dah ada life sendiri",luah Datin Aida sayu.
Dato' Mazlan tersenyum memandang wajah isteri kesayangannya itu.
"Jangan sedih syg.Walaupun tanpa Zafran mahupun Zara dan Misya,kita boleh raikannya sendiri.Sebenarnya abg ada kejutan buat Aida",kata Dato' Mazlan.
"Kejutan?.Kejutan apa tu.Tak sabar nak tahu",kata Datin Aida gembira.
"Cepat bersiap.Kita bertolak sekarang",kata Dato' Mazlan.
"Abg tunggu kat bawah",kata Dato' Mazlan lantas keluar dari bilik tidur mereka.
Datin Aida lantas bersiap.Setelah menukar pakaiannya,mengambil beg tangannya dia lantas turun menemui suaminya.
"Dah siap",kata Datin Aida.
Senyuman terukir dibibirnya.
"Cepat juga",kata Dato' Mazlan membalas senyuman Datin Aida.
"Tak sabar nak tahu kejutan tu.Itulah sebabnya",jawab Datin Aida.
"Okay lah.Jom bertolak sekarang.Lewat pula nanti",ajak Dato' Mazlan.
Mereka berdua lantas meninggalkan rumah.

Sepanjang perjalanan,Dato' Mazlan dan Datin Aida lebih banyak berdiam diri.Di hati Datin Aida berdebar kencang menanti kejutan dari suaminya itu.Datin Aida memandang sekeliling.Jalan itu begitu familiar di matanya.Dia hairan.
"Bukan ke ini jalan ke rumah Zafran?",tanya Datin Aida.
Dato' Mazlan tersenyum.
"Betullah.Ni jalan ke rumah anak kita.Kenapa?",tanya Dato' Mazlan.
"Tapi,bukan ke abg kata tadi nak bagi Aida kejutan.Takkan di rumah Zafran pula?",tanya Datin Aida.
"Laa,,kita ajaklah Zafran Zara dan Misya untuk meraikannya.Ajak mereka sekali ke tempat kejutan yang abg sediakan", terang Dato' Mazlan.
"Owh macam tu.Barulah Aida faham.Kalau macam tu,bestlah,dapat raikan bersama anak menantu dan cucu sekali",jawab Datin Aida.
Dato' Mazlan hanya tersenyum.Begitu juga datin Aida.

Setibanya mereka di perkarangan rumah Zafran,dato Mazlan memparkingkan keretanya bersebelahan kereta Zafran.
Datin Aida memandang sekeliling.Rumah Zafran begitu gelap.
"Bang, rasanya mereka dah tidur lah.Ataupun mereka tak ada kat rumah.Gelap je",kata Datin Aida.
"Tak pe,kita kejutkan mereka",jawab Dato' Mazlan.
Baru sahaja Dato' Mazlan bergerak untuk keluar dari kereta,Datin Aida lantas menghalangnya.
"Tak payahlah bang.Tak baik ganggu mereka.Dah malam ni.Mereka dah tidur lah.Lagi satu,Misya pasti dah tidur nyenyak sekarang ni.Takkan lah kejutkan dia pula",jelas Datin Aida.
"Laa,kita cuba dulu,manalah tau mereka masih terjaga.Manalah tau rumah mereka terputus sambungan elektrik ke.Kita mana tau.Jangan risaulah,kalau mereka tak terjaga,barulah kita bertolak",jelas Dato' Mazlan.
"Yela,yela.Jom"ajak Datin Aida mengalah.
Mereka berdua keluar dari kereta dan menuju ke rumah.
Dato' Mazlan menekan loceng di luar pintu rumah milik Zafran.Setelah beberapa kali ditekan,pintu rumah masih tidak dibuka.
"Bang,mereka dah tidur lah.Jomlah balik.Tak baik ganggu mereka tidur",kata Datin Aida.
"Sabarlah sekejap",pujuk Dato' Mazlan.
Selang dua minit,pintu rumah terbuka.
Senyuman terukir di bibir Dato' Mazlan.
"Mami daddy,kenapa datang malam-malam ni?",tanya Zafran apabila melihat ibu dan ayahnya di luar rumahnya saat itu.
"Sorry Zaf,mami dah halang daddy kejutkan Zaf,tapi daddy degil juga.Katanya nak ajak Zaf dan keluarga nak raikan hari ulangtahun Mami dan daddy"jelas Datin Aida.
Hatinya sedikit hiba apabila Zafran tidak mengingati hari yang selama ini sering mereka raikan bersama.
"Laa,lupa pula.Hari ni hari ulang tahun perkahwinan mami dan daddy.Selamat ulangtahun perkahwinan mami dan daddy ye.Maaflah,lambat wish",ucap Zafran.
Datin Aida tersenyum.Walaupun agak hiba,namun dia bersyukur,Zafran tetap mengucapkannya.
"Masuklah dulu mami daddy.Maaflah, blackout kat rumah Zaf ni.Zara dan Misya ada kat atas.Masuklah dulu.Nanti Zaf kejutkan mereka",kata Zafran menjemput ibu ayahnya masuk.
"Ehh,tak payah kejutkan mereka Zaf.Dah lewat sangat ni", tolak Dato' Mazlan.
"Okay,tak pe.Mami daddy masuklah dulu.Zaf pasang lilin dulu",ajak Zafran.
Dato' Mazlan dan Datin Aida lantas masuk ke dalam rumah.
Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah,lampu dipasang.Suasana menjadi terang benderang.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 30 mami daddy",ucap Zafran dan Zara bersama.Misya di sisi Zafran melompat gembira.
Datin Aida terpegun.Dilihatnya Susana rumah yang dihias cantik untuk meraikan mereka.Datin Aida seakan-akan tidak percaya apa yang ada di depan matanya saat itu.Dia benar-benar terharu.Dia tidak menyangka,suaminya dan anaknya merancang kejutan yang benar-benar mengejutkan dirinya saat itu.Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya saat itu.Hanya air mata yang sedikit masa lagi bakal mengalir di pipinya.
"Aida?",panggil Dato' Mazlan perlahan.
Datin Aida menoleh.
"Kenapa ni?.Tak suka ke dengan kejutan ni?.Penat abg,zaf,Zara dan Misya rancang semua ni tau demi menjayakan majlis hari ni.Aida tak suka ke?"tanya Dato' Mazlan.
Datin Aida masih tidak menjawab.Di hatinya benar-benar sangat terharu.Tiada kata yang mampu terucap saat itu.
"Kenapa ni mami?.Mami okay tak?",tanya Zafran.
Setelah beberapa ketika datin Aida terdiam.Barulah dia mula berkata-kata.
"Mami terharu sangat Zaf.Bukannya mami tak suka.Kejutan ini benar-benar buat mami tak mampu berkata-kata.Mami sangat gembira.Gembira kerana Zaf masih ingat hari ulangtahun Mami dan daddy",kata Datin Aida.
Zafran memeluk erat tubuh ibunya itu.
"Zaf tak akan perna lupa lah mami.Takkan lah Zaf lupa pula.Hari yang kita raikan setahun sekali.Of course lah Zaf ingat.Dah,dah tak payahlah sedih-sedih.Sekarang ni mami harus gembira.Kan Zaf ada,Zara dan Misya pun ada sekali.Tahun ni tahun istemewa,sebabnya ulangtahun perkahwinan mami dan daddy diraikam bersama menantu dan cucu kesayangan mami",terang Zafran.
Datin Aida memandang Misya.Misya tersenyum dan lantas meluru memeluk Datin Aida.Satu pelukan hangat diberikannya.
"Happy wedding anniversary nenek",ucap Misya.Satu kucupan singgah di pipi datin Aida.
"Thank you so much misya.love you",jawab Datin Aida.
"You welcome nek.This is a gift for grandma",kata Misya sambil menghulur kotak berbalut hello Kitty kepada neneknya.
"Wahh,thanks you so much sweetheart",kata Datin Aida sambil menyambut hadiah tersebut.
"And,this is my gift for my dear grandpa,love you",ucap Misya sambil menghulurkan kotak hadiah buat Datuknya juga.
"Thank you Misya sayang",ucap Dato' Mazlan.
Diusap lembut rambut milik cucunya itu.
Aku turut memberikan kedua mentuaku hadiah.
"Thanks Zara dah bersusah payah aturkan majlis ini",ucap Datin Aida.
"Tak apa mami.Asalkan mami dan daddy happy,Zara akan lakukan apa sahaja buat mami dan daddy.Eh,, jemputlah duduk mami,daddy.Takkan berdiri saja.Biar Zara hidangkan makanan.Semua makanan fav mami tau",kataku.
"Wahhhh,ni yang buat mami tak sabar nak makan ni.Dah lah tak makan malam ",kata Datin Aida sambil tersenyum.
"Kalau macam tu,mami daddy duduk dulu.Biar zara hidangkan makanan",kataku.
Tanpa membuang waktu,Dato' Mazlan dan Datin Aida lantas duduk dan sembang dengan Zafran.Aku pula lantas ke dapur membantu mak Kiah di dapur.Membantunya menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak.

********

Ida berjalan perlahan-lahan menyusuri deretan kedai sebaris dengan butik milik Datin Ain.Sudah seminggu Ida keluar dari rumah.Sudah seminggu jugalah dia tinggal di hotel berhampiran dengan butik Datin Ain.Dia sebenarnya tidak tahu harus tinggal di mana kerana dia tidak mempunyai saudara mara mahupun ahli keluarga.Ida merupakan anak yatim piatu,kedua orang tuanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika usianya tiga tahun.Sejak itu dia dijaga oleh neneknya sehinggalah berusia lima tahun.Neneknya juga meninggalkan ida di usia Ida lima tahun kerana sakit tua,oleh itu,jirannya lah yang bertanggungjawab menjaga Ida setelah kepergian neneknya itu. Ida dihantar ke rumah anak yatim sesuai kemahuan arwah neneknya.Bagi neneknya,Ida akan lebih terjaga di rumah anak-anak yatim.Kehidupan Ida pada awalnya di rumah anak yatim begitu sukar dirasakan oleh Ida,namun setelah berbulan lamanya dia mula terbiasa dan mempunyai ramai kawan.Ida menamatkan pengajiannya di universiti Malaysia dalam bidang perniagaan.Namun,jodohnya dengan Azman lebih awal sebelum Ida mendapatkan pekerjaan.Namun kini,Ida sepertinya tiada hala tujuan.Suami yang dicintainya juga meninggalkannya.Meninggalkannya seorang diri menghadapi arus kehidupan yang amat sukar bagi Ida hadapi.Namun begitu,Ida tidak berputus asa,kali ini biarlah dia berusaha mencari pekerjaan bagi menampung kehidupannya selepas Azman meninggalkannya.Walaupun duit simpanannya masih banyak di dalam account banknya,namun bagi Ida,duit itu pasti akan habis sekiranya dia tidak berkerja.Ida juga sangat bersyukur kerana duit yang diberikan oleh Azman setiap bulan dikumpulnya.Dia tidak seperti perempuan lain yang sibuk keluar membeli-belah sebaik sahaja mendapat duit dari suami.Bagi Ida,ada hikmah di sebalik apa yang dilakukannya itu.Seperti sekarang,Azman telah berpaling tadah dan meninggalkannya.Sekurangnya,duit simpanannya masih mencukupi sehinggalah dia mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Ida menarik nafas dalam-dalam apabila mengenangkan nasib dirinya.Kehidupannya tidak pernah bahagia.Ada sahaja luka yang bertandang di hidupnya.Dia juga tidak tahu bilakah akan ada sinar kebahagiaan yang akan menyinari kehidupannya itu.Hanya doa yang tidak pernah putus menjadi pengubat di hatinya.Walaupun bukan sekarang Allah mendengarkan doanya, sekurang-kurangnya satu saat nanti,doanya pasti akan terkabul.

Tanpa membuang waktu,Ida memasuki butik milik Datin Ain.Dia amat berharap agar ada kekosongan pekerjaan di butik itu.Sudah beberapa hari dia mencari pekerjaan,namun belum bertemu tempat kerja yang memerlukan khidmatnya.
"Asalamualaikum",ucap Ida sangat lembut.
Datin Ain yang sedang sibuk menjahit lantas menoleh.Dilihatnya seorang gadis sedang berdiri tidak jauh dari tempat datin Ain menjahit.
"Walaikumsalam,ye cik,ada apa yang boleh saya bantu",tanya Tasha.Tasha merupakan pekerja lama Datin Ain.
"Boleh tak saya bertemu dengan pemilik Butik ini?",tanya Ida sangat sopan.
"Boleh.Tunggu sekejap ye cik.Saya panggilan datin Ain sekejap.Cik duduklah dulu",pelawa Tasha begitu sopan.
Ida hanya mengangguk dan lantas duduk di kerusi khas para tetamu yang datang ke dalam butik itu.Dalam beberapa minit sahaja,Tasha datang dengan Datin Ain.
Ida lantas berdiri dan tersenyum memandang datin Ain.
"Datin,inilah cik yang Tasha maksudkan tadi.Dia datang bertemu dengan Datin",jelas Tasha lembut.
"Baiklah,Tasha pergi sambung kerja dulu.Biar aku berbual dengan cik ni",kata Datin Ain.
Tasha lantas meninggalkan mereka berdua.
"Cik cari saya ke?.Duduklah?",pelawa Datin Ain apabila melihat gadis itu masih berdiri.
Ida lantas duduk.
"Terima kasih puan",ucap Ida.
"Ida cari saya ada apa ye?.Ida nak tempah baju ke?",tanya Datin Ain.
"Eh,tak,tak.Sebenarnya macam ni.Saya perlukan pekerjaan.Dah beberapa hari saya berjalan ke beberapa tempat di kawasan ini,namun tiada satu pun yang menerima saya.Saya datang sini kali ni,nak bertanya andai ada peluang pekerjaan di butik puan ni",terang Ida lembut.
Datin Ain berfikir sejenak.Dia memang memerlukan seseorang untuk menjahit.Dia perna mengiklankan peluang pekerjaan itu,namun hanya beberapa sahaja yang berminat.Semenjak Datin Ain berkerjasama dengan syarikat Zafran,butiknya semakin mendapat perhatian,malahan sudah ada beberapa cawangan dibuka di pelbagai tempat.Oleh itu, sememangnya datin Ain memerlukan beberapa tenaga kerja untuk menyiapkan tempahan dari pelanggan.
"Awak pandai menjahit ke?",tanya Datin Ain.
"Nak kata pandai tu tak lah pandai sangat.Tapi saya jenis muda belajar.Dulu arwah mak saya pun menjahit juga.Inshaallah kalau belajar,saya pasti boleh",kata Ida berterus terang.
Datin Ain mengangguk perlahan.Bagi datin Ain,tiada siapa pun yang akan terus pandai dalam sesuatu perkara melainkan belajar dari awal.
"Okay tak pe,awak boleh kerja kat sini.Saya boleh ajar awak.Pastikan kerja tu bersungguh-sungguh,biar kualiti jahitan terjamin.Bila awak boleh masuk kerja?",tanya Datin Ain.
"Hari ni pun boleh puan.Saya memang perlukan pekerjaan ini",jelas Ida bersungguh-sungguh.
"Tak pe,tak pe.Esok je awk mula kerja.Masuk jam 8,balik jam 5 petang.Boleh kan?",tanya Datin Ain.
"Boleh sangat puan.Terima kasih",jawab Ida gembira.
Dia bersyukur kerana telah di terima berkerja di butik itu.Dia berjanji,akan berkerja bersungguh-sungguh selepas ini.
"Kalau macam tu,saya minta diri dulu puan.Esok sebelum jam 8 pagi,saya datang",kata Ida sebelum meminta diri.
"Baiklah.Hati-hati", pesan datin Ain sebelum Ida keluar dari butik itu.
Dia benar-benar bangga dengan semangat yang ada pada Gadis itu.Setelah bayangan Ida menghilang,barulah Datin Ain menyambung kerjanya semula.

*********

"Chak",panggilku agak kuat apabila panggilan pertamaku tidak didengarinya.Kali ini Chak dengar dan lantas menoleh.
"Tunggu aku",kataku lantas berlari-lari anak menghampirinya.
Chak yang berdiri tidak jauh dariku menunggu kedatanganku.
"Hati-hati,jaga jatuh.Tak ke malunya nanti orang nampak",tegur Chak sambil mengusik.
Beberapa pekerja hospital tersenyum-senyum sambil berbisik mendengar kata-kata Chak.
"Ishh,apa lah awak ni.Orang berhati-hati lah lari.Bukannya lari laju pun.Tak jatuh punya",jawabku sebaik sahaja sampai di dekat Chak.
"Nii cari aku mesti rindu kat aku ni kan?",usik Chak.
Dia ketawa.
"Ehh, perasaan betul lah!.Daripada aku rindukan awak,baik aku rindu kat suami aku tu",jawabku sambil ketawa.
"Yela,dia tu dah ada orang yang dirindui,tak macam aku ni,single lagi.Tak ada yang nak",jawab Chak pura-pura merajuk.
"Elleh,awak tu je jual mahal betul.Tengok sekarang apa dah jadi,hidup sunyi,seorang diri",sindirku.
"Mana ada jual mahal.Orang dah jual murah lah ni.Tetap tak ada yang nak",kata Chak.
Aku dan Chak bersama-sama melangkah ke parking kereta.
"Habis tu,Cerita Natasha bagaimana?.Dia nak je kan,awak tu je jual mahal",kataku geram.
Aku sengaja bertemu dengannya kali ini.Aku bersyukur kerana tepat waktu pulang berkerja,aku terserempak dengannya.
"Hmmmmm",.
Hanya itu yang keluar dari mulut Chak.
"Hmmmmm?.Aku ni sebenarnya geram sangat kat awak tu.Dah cukup baik Natasha tu tau.Ni,jual mahal betul.Tengok sekarang ni,apa dah jadi?.Natasha lari meninggalkan awak",marahku.
"Janganlah marah aku.Aku tau lah aku salah.Tapi semuanya dah terlambat.Dia dah menghilangkan diri.Dah cari dia,seluruh Kuala Lumpur ni aku tak jumpa",luah Chak.
Aku ketawa terbahak-bahak mendengar luahan Chak.
"Padan muka.Dulu masa Natasha ada depan mata tak hargai.Sekarang dah tiada,baru rasa menyesal",marahku lagi.
"Awak ni,asal jumpa aku mesti membebel kan?.Tak sah kalau sehari tak membebel.Macam mak cik mak cik pula aku tengok",usik Chak.
"Tu baru sikit Chak.Belum awak hidup dengan aku lagi.Kalau dah hidup dengan aku,lagi lah awak tak mampu bertahan"jawabku geram.
"Ya Allah,nasib baiklah aku tak kahwin dengan awak Zara.Takut pula aku kalau kau membebel dengan aku 24 jam",jawab Chak sambil ketawa.
Aku tau dia mengusik.Kerana itu,aku tak marah walaupun Chak berkata demikian.
"Ni,awak tak cuba cari Natasha ke?",tanya ku mula serius.
Chak menarik nafas berat.
"Bukan tak cari Zara.Tapi tak jumpa.Tak tahu dia di mana.Nak cari di pelusuk Malaysia pun belum pasti aku jumpa.Tak tau lah,dia merajuk sampai lari pergi mana.Samalah cerita dengan kawan baik dia ni.Merajuk je,larikan diri.Perempuan, perempuan.Tak sah kalau tak merajuk.Merajuk pun agak-agak lah.Nak larikan diri tu,kenapalah tak area Malaysia je.Ni nak lari ke luar negara.Ada berapa banyak negara-negara di dunia ni.Takkan aku nak cari di setiap negara kot.Sampai ke hari tua aku pun takkan jumpa ",luah Chak.
Aku ketawa mendengar luahan hati Chak saat itu.
"Dah tau perempuan ni macam mana kan?.Habis tu,kenapa gatal sangat nak biarkan perempuan merajuk?",kataku geram.
"Bukan sengaja pun,jawab Chak ringkas.
"Yela tu tak sengaja.Habis tu,apa usaha awak lepas ni?.Masih nak teruskan pencarian ke,ataupun biarkan saja?",tanyaku cuba mencari kepastian.
Lagi-lagi aku melihat Chak menarik dan menghembus nafas berat.
"Aku tak tau lah Zara.Aku dah puas nak cari.Hampir putus asa dah ni.Tak tau nak buat macam mana.Silap aku juga,tak reti hargai kehadiran seseorang yang benar-benar tulus sayangkan aku ni",luah Chak.
Hatinya sayu.
"Andainya awak tau dia di mana sekarang?,Awak nak tak ikut dia ke sana?.Pujuk dia?",tanya ku.
"Emangnya awak tau Natasha di mana?",tanya Chak meniru cara percakapan orang Indonesia.
Aku memukulnya menggunakan beg tanganku.
"Adoiii,sakitlah",kata Chak sambil ketawa.
"Padan muka.Orang serius dia main-main pula",marahku.
"Yela,yela Tuan puteri Zara Zya.Maafkan
patik tuanku,di atas kesalahan yang telah patik lakukan.Hukum lah patik sesuai dengan kesalahan yang telah patik lakukan.Asalkan jangan jatuhkan hukuman gantung sampai mati dah lah",gurau Chak lagi.
Kali ini,ketawanya hampir memenuhi ruangan parking di hospital itu.
"Tengok tu,masih juga buat.Geramnya aku",kataku geram.
"Ampun mbak,ampun",jawab Chak sambil merapatkan tangannya merayu pada aku.
Aku tertawa.
"Serius lah sikit.Ni demi masa depan awak",kataku
"Yela.Sebenarnya kalau aku tau Natasha kat mana,aku akan terbang malam ni juga ke tempat dia,dan langsung ajak dia nikah.Tak nak lama-lama lagi.Lagi satu,umur pun dah meningkat.Tak nak cinta cintun.Takut tak jadi lagi.Kalau nikah terus,lebih baik",terang Chak mula serius.
Hatiku gembira mendengar jawaban dari Chak.
"Sebenarnya,aku tau Natasha kat mana.Aku pun baru tau je sebenarnya.Zafran yang beritahu kat aku.Nak call beritahu awak,tapi aku rasa lebih baik datang bersemuka dengan awak",jelas ku.
Mata Chak besar memandang aku.Mulutnya ternganga.
"Kenapa tak bagitau aku awal-awal.Natasha ada kat mana sekarang?.Tolong lah zara,bawa aku berjumpa dengan Natasha.Banyak benda yang harus aku luahkan padanya",rayu Chak.
"Aku hanya tahu dia sekarang ada kat London.Tinggal bersama keluarganya.Tempat tu aku tak tahu lah.Nanti aku cuba suruh Zaf risik-risik kat setiausaha Natasha nanti.Awak sabarlah dulu.Bawa bertenang.Kalau dah ada alamat itu,nanti aku sent kat awak",jawabku.
"Yela,tolong aku ye.Aku harap sangat awak boleh bantu aku akan hal ni",kata Chak lagi.
"Ye,ye.Aku usahakan demi kawan baik aku ni.Okaylah aku gerak dulu.Dah lewat sangat ni.Jumpa esok"kataku meminta diri.
"Yela,jumpa esok.Thanks tau Zara sudi beritahu aku keberadaan Natasha.Senanglah sikit aku menjejakinya nanti",ucap Chak.
Aku hanya mengangguk.
"Okay,drive tu hati-hati.Ingatlah orang yang tersayang tu",pesanku sebelum meninggalkannya.
Chak melambai-lambaikan tangannya mengiringi keberangkatan ku.Dari cermin pandang belakang,aku melihat Chak memasuki keretanya.Senyuman terukir di bibirku.
"Semoga semuanya berjalan dengan lancar Chak.Semoga awak temui kebahagiaan buat awak",bisikku perlahan.

*******

Seperti biasa,Natasha sibuk menguruskan fail-fail di atas meja.Fail-fail yang harus disemaknya dengan teliti.Dengan begitu leka menyiapkan tugasnya,pintu bilik diketuk perlahan.

"Come in",kata Natasha.

Pintu dikuak, Jessica setiausaha Ayahnya masuk dengan senyuman yang manis.

"Miss Natasha,Sorry for bothering, someone wants to meet you.He outside now",kata Jessica.
"Owh,Tell him to come in",jawab Natasha.
"Okay",jawab Jessica lembut.Dia lantas beredar.
Aku menyandar di kerusi sambil menunggu orang yang dimaksudkan oleh Jessica itu.
"Siapa yang datang ea?.Apa urusan dia hendak bertemu dengan aku?",tanya Natasha pada dirinya sendiri.
Hatinya tertanya-tanya.Apabila pintu bilik dikuak,Natasha lantas melihat siapa gerangan yang datang.

"Jhon?",kataku apabila melihat jhonson berjalan perlahan mendekati mejaku.
Senyuman terukir dibibirnya.
Jhonson merupakan anak pada kenalan ayahnya Natasha.Dialah lelaki yang diperkenalkan oleh ayahnya kepada Natasha.Lelaki berkulit putih yang sememangnya sangat segak dan agak tampan.Jhonson adalah lelaki yang agak baik dan pasti menjadi rebutan para gadis-gadis.Walaupun Jhonson mempunyai perwatakan yang agak menarik di pandangan mata natasha namun Natasha tidak menginginkannya.Bagi Natasha,dia tidak akan perna bahagia andainya dia bersama dengan Jhon.Ini kerana,hati Natasha dimiliki oleh orang lain.
Natasha tetap mengukir senyuman manis buat Jhonson.
"Please sit down Jhon",pelawaku.
"Thank you natasha.I'm sorry if interrupted your work. But there are things I have to discuss with you.This is very important and I have to tell you before it's too late",ucap Jhon begitu serius.
Aku bingung dengan kata-kata Jhon.
"Apa yang hendak lelaki ini katakan?",bisik Natasha di dalam hati.
Natasha tertanya-tanya.
"what do you want to talk about jhon ?. It seems so serious.
Tell me and what do I need to do to help?,tanyaku.
Tanpa membuang waktu,Jhonson menceritakan segalanya pada Natasha.Aku hanya menjadi pendengar yang setia saat itu.Namun dalam masa yang sama,hatiku agak gembira dengan berita yang baru aku dengari dari Jhonson.
"Forgive me natasha. I should have told you all this from the beginning. But I don't have the courage. I can't accept the marriage that has been arranged between me and you. I already have a choice of my own heart",luah Jhonson.
Natasha tertawa lucu melihat wajah sayu Jhonson.
Reaksi wajahnya benar-benar membuatkan Natasha hendak ketawa.
"Why do you need to apologize to me. I am actually grateful because you already have your own choice of heart. So do I. Do you remember I also want this marriage to ?. In fact I do not like the planning from my father.I also already have a choice of my own heart",jawabku tenang.
Jhonson memandangku seakan tidak percaya.
"Really?",tanya Jhonson inginkan kepastian.
"Yes.Really",jawabku sambil tersenyum.
"Thank God. I think you like your family plan and my family. I do not think you really do not like it. Just like me",jelas Jhonson.
Hatinya kini berasa lebih lega.

Sudah beberapa hari sejak pertemuan itu,Jhonson tidak tenang.Hal penjodohan yang di atur oleh keluarganya dan juga keluarga Natasha membuatkannya tidak tenang.Jhonson sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri.Malahan dia dan kekasihnya sudah merancang untuk berkahwin.Keputusan ayahnya benar-benar membuatkan dirinya kecewa.Kali pertama bertemu dengan Natasha,Jhonson sedikit terpegun dengan kecantikan yang dimilikinya.Malahan Natasha jauh lebih cantik dari kekasihnya.Itu adalah kebenaran.Namun bagi Jhonson,kecantikan bukan ukuran pada sebuah perhubungan.Hati yang tulus,mampu menerima dirinya seadanya itulah yang diingini oleh Jhonson.Dan yang paling penting,cinta yang dijalinkan atas pilihan hatinya sendiri.Jhonson tidak mampu menerima hubungan yang ditentukan oleh keluarganya,ini adalah kerana,semua itu tidak menjamin kebahagiaannya.Begitu juga halnya dengan Natasha.

"Families are not supposed to arrange matchmaking for children. That is the fact. Children have the right to determine their own happiness.You and I have the same rights as other people too. Want happiness just like everyone else. We should deny this marriage.we have to be honest with our respective families with our current situation. I recommend you introduce your lover to your family. And so it is with me",kata Natasha memberi pendapat.

Jhonson menganggukkan kepalanya setuju dengan pendapat Natasha.

"Yes,we should tell to our family.I hope everything goes well and the family can accept the decisions we have made.Thank you so much Natasha.Im happy now.as long as I am not honest with you, as long as that is my heart will not feel relieved",luah Jhonson.

Natasha memandang Jhonson dengan sebuah senyuman.

"Me too.Thank you jhon for coming and being honest with me.I'm happy",ucap natasha

"You welcome Natasha.You are a good person.I will always pray for your happiness",ucap Jhonson.
"You too and i also pray for you happiness too",jawabku.
Kini hati natasha lega.Jhonson juga menolak cadangan keluarga mereka untuk jodohkannya dengan Natasha.

"I need to go now.Sorry disturb you today",kata Jhonson meminta diri.
"Ni problem.You can come whenever you want. I will always be there for you. We can be friends. If you have a problem, just come to my place. If I can give you an opinion, God willing I will help",jawab Natasha.
Jhonson mengangguk faham.
"Nice too meet you Natasha and have a nice day",ucap Jhonson sebelum berlalu pergi.
"You too Jhon.And Don't forget to introduce you girlfriend to me",pesan natasha sebelum Jhonson menghilang di balik pintu.
"I will.Sure",jawab jhonson.
Dia lantas pergi.

Setelah Jhonson pergi,Natasha menarik nafas lega.Kini Natasha benar-benar tenang.Satu perkara sudah selesai.Yang tinggal hanyalah menerangkan kepada ayahnya tentang situasi itu.Namun,Natasha harus mencari masa yang sesuai untuk berterus terang dengan keluarganya.

"Thanks god",ucap Natasha di dalam hati.

Dengan hati yang gembira,Natasha menyambung kerjanya semula.Kali ini lebih bersemangat.

?

?

?

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-19 01:02:04 

hi dear. tqvm. miss u so much

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 23:26:27 

hi

YAZNI-ERNIE
2020-11-15 23:10:52 

dear... maner nyrr update


NovelPlus Premium

The best ads free experience