BAB 61

Romance Series 57282

Sofia berlari pantas keluar dari kelab malam apabila dua orang lelaki berpakaian hitam mengejarnya.Langkah kaki Sofia semakin laju cuba menyelamatkan dirinya daripada dua lelaki tak dikenalinya itu.Kegelapan malam tidak diendahkannya saat itu.Apa yang ada difikirannya adalah cuba berlari sepantas yang boleh agar dua lelaki itu tidak dapat mengejarnya.Sofia cuba melintas jalan raya untuk memudahkannya ke kawasan kedai-kedai berhampiran kerana di kawasan itu,masih banyak orang keluar membeli-belah.Sekurang-kurangnya apabila berada di sana,dia boleh menjerit untuk meminta pertolongan.Namun Malang tidak berbau apabila sebuah kereta berjenama Toyota Vios merempuh tubuh langsing milik Sofia sehinggakan sekujur tubuh tak berdaya itu terbaring tidak berdaya di atas jalan raya.Dua lelaki yang mengejarnya lantas berpatah balik apabila melihat kejadian itu.Bunyi break mengejut daripada pemandu kereta tersebut mengundang perhatian daripada orang-orang di sekitar kawasan jalan raya itu Tidak sampai seminit pun,sudah ramai orang datang melihat apa yang terjadi.Pemandu kereta Vios tersebut yang masih terkejut lantas keluar melihat insan yang dilanggarnya sebentar tadi.Melihat tubuh gadis di hadapannya membuatkan jantungnya hampir gugur.Beberapa pasang mata memandang tajam ke arahnya.
"Anak muda,awak dah langgar orang.Awk kena bertanggungjawab sekarang.Jangan terfikir untuk melarikan diri dari tanggungjawab awak tu",tengking seorang lelaki bertubuh sasa sambil menunding jari ya ke arah pemuda tersebut.Debgan wajah yang pucat,pemuda itu lantas merangkul tubuh Sofia dan mengangkatnya ke dalam keretanya.Tanpa berkata apa-apa,dia lantas berlalu untuk menghantar Sofia ke hospital.Hanya beberapa minit sahaja,pemandu tersebut sudah sampai ke perkarangan emergency hospital.Dia lantas turun dan segera mengangkat tubuh Sofia yang sudah tidak bermaya itu Darah masih mengalir di tubuhnya.
"Tolong doc, selamatkan gadis ini",teriak syam pantas.
Dengan tergesa-gesa,beberapa nurse dan doktor berlari-lari mendekati syam.Tubuh Sofia dibaringkan ke atas katil dan beberapa pembantu perubatan segera memasukkan Sofia ke rawatan kecemasan ICU.Syam juga mengikuti para nurse dan pembantu perubatan sehinggalah ke pintu ICU namun segera dihalang oleh seorang nurse.
"Encik tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini.Sila tunggu di luar",tegur jururawat tersebut.
Langkah syam terhenti.
Debaran jantungnya masih berdetak laju.Perasaan takut dan rasa bersalah menyelubungi jiwanya.Syam lantas keluar.Beberapa anggota polis yang baru sahaja datang ke kawasan hospital langsung masuk dan bertanya kepada jururawat yang bertugas mengenai mangsa kemalangan tersebut.Syam hanya mampu memandang.Jururawat tersebut menunding jari kearah syam.Syam tahu andai polis tersebut sememangnya mencari dirinya.Lima anggota polis lantas mendekati syam.
"Awak ke yang langgar mangsa?",tanya salah satu anggota polis tersebut.
"Ye,saya yang melanggar dia.Apa harus saya lakukan sekarang",jawab syam sambil mengangguk kepalanya.
Dia redha,Dia akan terima apa jua hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya kerana dia tahu itu kesalahannya.
"Ikuti kami ke balai polis sekarang juga untuk membantu soal siasat",jawab Polis tersebut.
"Baiklah",jawab syam akur.
Dia lantas mengikuti anggota polis itu dan masuk ke dalam kereta.Sepanjang perjalanan ke balai polis,tidak henti-henti doa di hatinya agar semuanya dipermudahkan.Sebaik sahaja tiba di balai polis,syam di soal pelbagai soalan dan di jawab jujur oleh syam.
"Bagaimana boleh melanggar mangsa?"tanya seorang polis yang bertugas ke atas kes tersebut.
"Maafkan saya tuan.Saya tak sengaja melanggar mangsa.Mangsa melintas jalan dengan tiba-tiba.Oleh kerana itu,saya break secara mengejut mengakibatkan kereta melanggar mangsa tanpa sempat untuk saya elakkan",jawab syam jujur.
"Apa awak memandu dalam keadaan mabuk ataupun di bawa pengaruh dadah?",tanya polis itu lagi.
"Saya bersumpah tuan,saya tidak memandu dalam keadaan mabuk atau di bawa pengaruh dadah.Keadaan itu begitu megejut.Mangsa melintas tanpa saya duga",jawab syam lagi.
"Awak tau kan,kawasan itu tidak dibenarkan untuk membawa kereta secara laju",kata polis itu lagi.
"Tuan,saya memandu mengikut peraturan.Saya hanya memandu 30meter perjam.Mengikut apa yang sudah ditulis di papan tanda.Saya tahu semua peraturan pemanduan tuan.Tapi seperti yang saya beritahu,mangsa berlari melintas jalan tanpa mempedulikan kereta yang datang.Lagi satu,mangsa muncul secara tiba-tiba tanpa saya sedari",jawab syam lagi.
Polis tersebut menulis sesuatu di atas kertas laporan dihadapannya.
"Saya rela dihukum atas kesalahan yang telah saya lakukan tuan",jawab syam redha.
Beberapa minit berlalu,selesai sahaja perbincangan antara mereka,barulah polis tersebut bersuara.
"Buat sementara waktu ini,lesen awak akan digantung sehinggalah kes ini selesai.Kami harus memastikan keadaan mangsa dan selepas itu barulah kes ini akan dibicarakan semula",kata polis itu.
Syam mengangguk tanda faham.
Sebaik sahaja semuanya selesai,syam lantas menelefon sepupunya untuk menjemput dirinya di balai polis memandangkan keretanya saat itu berada di kawasan hospital.

*********

Syam masih menunggu di ruang menunggu di depan pintu bilik pembedahan.Sepupunya lie menemaninya selepas sahaja menghantar syam balik untuk menukar pakaiannya yang berlumuran darah.Setelah itu mereka berdua kembali semula ke hospital untuk mengetahui keadaan mangsa tersebut.
Datin Ain yang baru sahaja mendapat panggilan kecemasan tersebut bergegas ke hospital.Sebaik sahaja sampai,dia lantas bertanya pada jururawat yang bertugas keadaan anaknya sofia.Air mata masih mengalir di pipinya.Berita tersebut benar-benar membuat jantungnya berdegup kencang.Walaupuan Sofia seringkali menentang setiap kata-katanya, perasaan syg masih tetap ada untuk anak tunggalnya itu.
"Bagaimana keadaan anak saya doktor",tanya Datin Ain terketar-ketar.
"Anak puan masih berada di bilik pembedahan.Doktor belum beri apa-apa maklumat kerana mereka masih bertungkus Lumus menguruskan pembedahan.Puan boleh menunggu di ruangan menunggu",jawab jururawat tersebut dengan nada yang sangat lembut.
"Terima kasih nurse",jawab Datin Ain dan melangkah ke ruangan menunggu.
Syam dan Lie yang mendengar perbualan mereka lantas mendekati datin Ain.
Datin Ain tidak terus duduk,tapi berlegar-legar di hadapan pintu bilik pembedahan.
"Asalamualaikum puan.Puan ibu mangsa ke?"tanya syam.
Dia cuba memberanikan diri untuk berbual kepada ibu mangsa tersebut.Dia mahu menerangkan semuanya.
"Ye saya.Ada apa ye,dan siapa kamu berdua?",tanya Datin Ain hairan.
Sepertinya dia belum pernah melihat dua lelaki itu apatah lagi mengenalinya.
"Saya syam dan ini sepupu saya lie.Maafkan saya mak cik,saya yang melanggar anak puan.Tapu saya tak sengaja puan.Anak puan muncul tiba-tiba di hadapan kereta saya",terang syam bersungguh-sungguh.
Datin Ain tersentak.
"Jadi awak lah yang langgar anak mak cik tu?.Kenapa tak berhati-hati.Awak tau tak,Sofia satu-satunya anak yang saya ada.Kalau ada apa-apa terjadi pada anak saya,awak yang bertanggungjawab!",marah Datin Ain.
Dia masih tidak mampu menerima kenyataan saat itu.
"Maafkan saya mak cik.Saya faham perasaan mak cik.Tapi semua ini tak di sengaja kan.Dan saya berjanji saya akan tanggung semua kos rawatan anak puan",jelas syam bersungguh-sungguh.
Datin Ain tidak menjawab.Habya air mata yang mengalir di pipinya saat itu.
"Dah la tu bro.Biarkan mak cik ni dulu.Dia masih terkejut dengan berita ini.Berilah dia ruang untuk menenangkan fikirannya dulu",pujuk lie sambil mengusap perlahan belakang sepupunya itu.
Rasa simpati hadir di hatinya melihat keadaan sepupunya itu.
Setelah beberapa minit berlalu,pintu bilik pembedahan dibuka.Dua orang jururawat dan seorang doktor keluar.
Datin Ain dan syam bergegas mendekati mereka.
"Doktor,bagaimana keadaan anak saya?",tanya Datin Ain tidak sabar.
Syam tidak berkata-kata,dia hanya menunggu jawaban yang akan diberikan oleh doktor muda di hadapannya itu.
"Anak puan selamat",jawab doktor tersebut.
"Alhamdulillah ya Allah.Tiada apa-apa yang serius ke?",tanya Datin Ain lagi.
"Keadaan anak puan stabil.Tiada perkara serius yang berlaku.Cuma luka di bahagian tangan dan kakinya agak dalam.Tulang peha sebelah kanan retak.Ini mungkin disebabkan oleh perlanggaran itu.Tapi semuanya agak baik.Anak puan mungkin berlari dalam keadaan mabuk.Sebab melalui sampel yang kami dapat,anak puan dalam pengaruh alkohol.Buat masa ini,anak puan akan tinggal di wad untuk pemeriksaan seterusnya",jelas doktor itu panjang lebar.
Syam yang mendengar penjelasan itu menghela nafas lega.Begitu juga Datin Ain.Namun ada sedikit perasaan malu pada anak muda di hadapannya itu.
"Apa yang dikatakan oleh pemuda itu benar.Mustahil untuk pemuda itu melanggar Sofia dengan sengaja.Dalam keadaan mabuk,pasti Sofia tidak sedarkan bahaya di hadapannya ketika itu.Ya Allah Sofia,apa yang sudah Sofia lakukan.Semua ini hanya merugikan diri Sofia sendiri", rintih Datin Ain.
"Puan,saya bersyukur kerana anak puan selamat.Saya juga memohon seribu kemaafan pada mak cik kerana telah melanggar mangsa",ucap syam.
Datin Ain tersenyum melihat keikhlasan anak muda di hadapannya itu.
"Awak tak bersalah anak muda.Anak makcik yang bersalah sebenarnya.Dia lalai.Mabuk.Mak cik tak menyangka dia akan minum arak sampai tidak sedarkan diri",luah Datin Ain.
"Apa pun anak muda.Terima kasih kerana sudi hantar dan bertanggungjawab pada anak mak cik.Mak cik bersyukur kerana,awak tak larikan diri saat kejadian itu berlaku",terang Datin Ain.
Syam tersenyum.
"Saya ada hati dan perasaan simpati puan.Saya yang melanggar anak mak cik.Tak kan saya tinggalkan dia begitu sahaja.Lagi besar kesalahan yang akan saya terima",jawab syam.
Lie di sebelahnya hanya mendengar sahaja.Tidak mahu menyampuk perbualan mereka.
"Mak cik,izinkan saya untuk terus datang melawat anak makcik.Tugas saya untuk melihat perkembangan kesihatannya.Mak cik jangan risau,segala kos rawatan akan saya tanggung sepenuhnya.Mak cik jangan risau",kata Syam lagi.
"Terima kasih nak.Mak cik izinkan",jawab Datin Ain.
"Kalau macam tu,saya dan sepupu saya balik dulu.Esok saya akan datang lagi sebaik sahaja urusan di balai polis selesai",kata syam.
"Baiklah nak.Terima kasih sekali lagi",ucap Datin Ain lagi.
"Sama-sama makcik.Saya doakan anak mak cik akan segera sembuh dan pulih seperti sediakala",doa syam.
"Amin",kata Datin Ain lagi.
Selepas itu, syam dan Lie meminta diri untuk pulang ke rumah.

********

"Sofia kemalangan?",tanya Zafran semula.
Dua seakan tidak percaya berita yang baru di dengarnya dari ibunya sebentar tadi.
Aku di hadapan Zafran hanya memandang zafran.Aku juga agak terkejut.
"Ye Zaf.Awal pagi tadi,mami terserempak dengan datin Ain di supermarket.Dia beli buah untuk di bawa ke hospital.Masa tulah sembang dengan dia sekejap.Datin Ain lah yang beritahu mama",jelas Datin Aida.
"Habis tu,keadaan Sofia macam mana?",tanya Zafran lagi.
"Tak lah teruk sangat.Cuma peha sebelah kaki kanan retak.Ada lah juga luka yang dalam.Kecederaan yang serius alhamdulillah tiada",jelas Datin Aida.
"Syukurlah macam tu.Habis tu,Sofia ditahan di hospital la sekarang ni?",tanya Zafran lagi.
"Aah Zaf.Sampai semuanya pulih.Lagi satu kan zaf.Doktor dapati,Sofia dalam pengaruh alkohol semalam.Tulah dia tak sedarkan diri",jelas Datin Aida lagi.
"Laa ye ke.Hurmmm.Tak serik-serik lagi Sofia tu ye.Ingatkab dah berubah selepas kejadian tu.Rupanya makin teruk adalah.Okay lah tu Allah uji dia macam tu.Manalah tau dia boleh berubah",kata Zafran.
"Ishh,apa la Zaf cakap macam tu.Tak baik tau",tegur datin Aida.
"Betullah apa yang Zaf katakan ni.Selama ini dia sibuk mengejar duniawi.Tengoklah bila dah jadi macam tu,dia boleh berubah ke tak.Kalau tak,Zaf tak tau nak kata pe dah",jelas Zafran.
"Okaylah Zaf,mami ada urusan yang perlu mami selesaikan.Nanti ada masa mami dan daddy datang jenguk Misya nanti.Sampaikan salam mami dengan Misya dan Zara",kata Datin Aida.
"Yela,nanti Zaf sampaikan",jawab Zafran.
"Okay.Asalamualaikum"ucap datin Aida sebelum menamatkan panggilan.
"Walaikumsalam",jawab Zafran.
Setelah itu,telefon di simpan semula ke dalam beg.
"Kenapa dengan Sofia?",tanyaku ingin tahu.
Dari tadi saja,aku cuba mencuri dengar perbualan antara Zafran dan ibunya.
"Sofia kemalangan semalam",jawab Zafran ringkas.
"Astaghfirullahhaladzim.Betul ke.Habis tu bagaimana keadaannya sekarang?",tanyaku agak terkejut.
"Dia stabil.Kata mami,tulang peha dia retak je.Tapi taklah serius sangat.Padanlah muka sofia.Banyak sudah dosa yang dia lakukan.Harap-harap lepas ni dia insaf lah.Kalau tak,ermmm,tak tau lah",luah Zafran.
Zafran menghirup kopi kegemarannya.
"Tak baik awak cakap macam tu.Walau banyak mana pun kesalahan yang Sofia dah lakukan.Tak semestinya dia tak berubah kan.Awak tak boleh lah cakap perihal dosa pahala seseorang.Itu urusan dia dengan tuhan je.Kita sesama manusia tak perlu ambil tahu.Kita hanya boleh menasihati,memperingati sesama insan.Tak perlulah kaitkan dengan dosa-dosa yang dia lakukan pula",tegurku.
"Abg tau.Tapi tu kenyataan nya kan",jawab Zafran.
"Awk bukan tuhan nak tentukan dosa pahala sesorang.Dia buat begitu mungkin bersebab",jawabku agak geram.
"Dah,Dah!.Abaikan cerita Sofia.Tak pasal-pasal abg pula yang syg marah nanti",kata Zafran mengalah.
Aku tidak meneruskan kata-kata ku lagi.Aku juga tidak mahu bertekak dengan Zafran saat itu.Apatah lagi aku sibuk menguruskan Misya untuk ke sekolah.Aku juga harus cepat siap untuk bertolak ke tempat kerja.
Aku lantas menghabiskan sarapanku.Begitu juga Zafran.Misya yang sedari tadi hanya mendengar perbualanku dengan Zafran hanya meneruskan sarapannya itu.
Setelah semuanya selesai,kami lantas berangkat ke tempat kerja masing-masing sebaik sahaja menghantar Misya ke sekolahnya.

*******

Chak melihat gambar-gambar dirinya dan Natasha ketika bercuti ke pulau Langkawi minggu lalu.Gambar yang dikirim oleh Natasha menggunakan whatsapp sebentar tadi.Senyuman terukir di bibirnya.Terbayang semula saat-saat kebersamaan hujung minggu lalu.

"Tok!Tok!".

Pintu bilik kerjanya di ketuk bertalu-talu.Banyangan di pulau Langkawi hilang serta merta.Chak lantas meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja.

"Masuk",pelawa Chak sambil mengemaskan cara duduknya.
Aku memulas tombol pintu sebaik sahaja mendengar suara Chak menjemputku masuk.
"Owh awak rupanya.Duduklah",ajak Chak ramah.
"Thanks Chak",ucapku seraya menarik kerusi di hadapannya.
"Ada apa yang boleh aku bantu puan Zara",ucap Chak sambil tersenyum.
"Elleh,formal pula.Buat macam biasa je lah.Awak ni.Bukannya tak biasa dengan aku pun",tegurku.
Chak ketawa memandang aku di hadapannya.
"Alah,gurau sikit pun marah.Dah lah lupakan aku sebaik sahaja berbaik semula dengan zafran.Sedih hati ini tau",usik Zafran.
"Mana ada lupa.Cuma busy sikit je",jawabku.
"Busy sikit ke.Awak tau tak,dah hampir dua minggu awk langsung tak hubungi aku,jumpa aku tau.Yela,dah bahagia sekarang mana la nak ingat kat aku nii",sindir Chak.
"Kenapa cakap macam tu.Awak kan kawan baik aku.Mana boleh lupa.Cuma kebelakangan nii aku memang sibuk sangat",jelas ku bersungguh.
"Habis tu,takkan keluar makan tengahari dengan aku pun tak sempat",luah Chak.
"Hello!.Cuba awak fikir betul-betul.Siapa yang tak sempat keluar makan dengan aku ni.Hari-hari aku tunggu kat kantin ni tau.Tapi hampa.Batang hidung awak pun aku tak nampak tau",kataku geram.
Chak terdiam.Cuba berfikir kebenaran kata-kata ku itu.Setelah beberapa detik,Chak tiba-tiba mengeleng-gelengkan kepalanya.Senyuman di bibir terukir.
"Aah lah.Macam mana boleh lupa ni",kata Chak sedikit malu.
"Tulah,suka sangat tuduh aku,sendiri yang salah.Aku tau lah sekarang nii dah ada buah hati.Tapi jangan risau,aku faham.Biasalah tu,orang tengah hangat bercinta.Semua boleh lupa",usikku.
"Mana ada.Aku tak ada siapapun.Aku hanya ada awak je dalam hati ni.Tapi tu lah,aku dah terlambat untuk tawan hati awak tu.Dah jadi milik orang pun",jelas Chak.
"Elleh,macam lah aku tak tau"kata ku lagi.
"Tau apa?",duga Chak.
"Biarlah rahsia", jawabku sambil tersenyum.
"Rahsia lah sangat.Ni datang jumpa aku mesti ada masalah nii kan",tanya Chak.
"Tak,aku cuma nak tanya awk sesuatu ni",kataku.
"Tanya pe,,macam penting je.Selalunya awk kalau ada masalah awak akan call aku dulu.Tapi hari ni awk datang terus.Mesti urgent sangat ni kan",duga Chak.
"Aku cuma nak tanya je perihal mangsa kemalangan semalam.Teruk sangat ke?",tanyaku ingin tahu.
"Owh,pasal tu rupanya.Ingatkan urgent sangat.Mangsa tu tak serius pun.Retak tulang peha je.Macam Zafran dulu.Tapi Zafran lebih teruk.Dia tak lah teruk mana pun.Tak seperti kes langgar sebelum-sebelum ni.Banyak sangat kes serius sebelum ni.Tapi yang ni mungkin pemandu tak cukup laju dan sempat break dengan cepat.Lagi satu,mangsa tu sedang dalam keadaan mabuk",jelas Chak panjang lebar.
Aku tersentak.
"Mabuk?",ulangku seakan tidak percaya.
"Ye,mabuk.Dari sampel darah dah tahu",jawab Chak.
"Hmmm.tak sangka lah pula", bisikku dalam hati.
"Hah,tu yang ingin tahu sangat pasal perempuan tu kenapa?.Aku hairan lah.Siapa sebenarnya dia tu?",tanya Chak sedikit pelik melihat tingkahku.
"Eh !.tak delah.Aku tanya je.Aku dah lewat ni.Nanti kita sembang lagi ye",kataku sambil melihat jam di tanganku.
Aku lantas berdiri dan meminta diri.Tanpa ada jawaban dari Chak aku lantas keluar.Aku sedar dengan kelakuan ku itu,namun apa yang paling aku takuti adalah pertanyaan demi pertanyaan dari Chak.Aku cuba mengelak agar rahsia ku tidak terbongkar.
Chak hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkahku.Hairan dengan sikap aku yang agak pelik dirasakan oleh chak.
"Apa sebenarnya hubungan Zara dengan gadis tu?.Pelik je tengok.Ni mesti ada apa-apa ni",duga Chak di dalam hati.
Namun fikirannya tidak terus fokus pada perkara itu apabila telefon bimbitnya berdering.Persoalan yang bermain di mindanya sebentar tadi hilang serta merta.Senyuman terukir di bibirnya saat melihat nama yang tertera di screen telefon bimbitnya.Tanpa membuang waktu,Chak lantas menjawab panggilan tersebut.

*********

"Mama",panggil Sofia perlahan.
Suaranya agak perlahan.Mungkin disebabkan kondisi tubuh badannya yang masih agak lemah.
Datin Ain yang setia menunggu anak tunggalnya itu sedar lantas mendekatinya.
"Sofia dah sedar.Alhamdulillah ya Allah.Terima kasih kerana memakbulkan doaku",bisik Datin Ain.
"Ye nak.Mama ada di sini",jawab Datin Ain.
Dia lantas menggenggam jari jemari runcing milik anak gadisnya itu.
Sofia membuka matanya perlahan-lahan.Dilihatnya sekeliling.Suasana begitu berbeza.Tidak seperti kebiasaannya.
"Sofia kat mana ni mama?",tanya Sofia hairan.
Dia lantas menutup matanya semula kerana bebola matanya terasa agak panas.Kepalanya juga terasa berat, ditambahkan lagi dengan sakit di anggota badannya.
"Sofia di hospital sayang.Semalam Sofia terlibat dalam kemalangan.Tapi Alhamdulillah,semuanya baik-baik sahaja.Cuma tulang peha Sofia retak je.Tapu Sofia jangan risau,semuanya akan pulih seperti biasa",pujuk datin Ain.
Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata doktor muda itu pagi tadi.Doktor itu memberi peringatan agar terus memberi sokongan kepada sofia agar Sofia lebih kuat menghadapi semua nya.Ini kerana,setiap mangsa kemalangan akan trauma dengan kejadian yang menimpa diri mereka.Sokongan dari ahli keluarga amat penting buat mangsa.Itu salah satu inisiatif untuk merangsang dan memulihkan semangat mereka semula.
Sofia menarik nafas dalam-dalam.Ingatanya kembali pada kejadian yang berlaku sebelum kemalangan itu berlaku.

KELAB MALAM

"Awak Sofia ke?",tanya dua orang lelaki berbadan sasa.
Sofia meneguk arak di gelasnya sebelum memandang gerangan orang itu.
Dua Lelaki berbaju hitam dengan wajah bengis memandangnya tajam.
Dengan hati yang berdebar-debar,Sofia mengangguk perlahan.Perutnya kecut.
"Ye,ye,aku Sofia.Ada apa ya?",tanya sofia tersekat-sekat.
Hatinya berdebar kencang.
"Jadi awaklah skandal tuan Azman ye?!",tengking lelaki bertubuh sasa itu lagi.
Wajah Sofia serta merta bertukar pucat.
Tiada jawaban yang di berikannya.Dia hanya berdiam diri.Takut andai tersalah jawab,padah yang akan diterimanya kelak.
"Kenapa diam.Awak bodoh ke?!"tengking lelaki itu lagi.
Sofia melihat sekelilingnya.Tiada siapa pun yang peduli dengan situasi yang dihadapinya saat itu.Semua orang sibuk dengan hal masing-masing.
Tangan Sofia direntap keras.
"Auch!.Sakitlah!",jawab Sofia keras.
"Owh,tau sakit.Tapi tak tau kesakitan yang dirasai oleh orang lain kan.Beraninya awak mendekati tuan Azman.Awak tau kan,tuan Azman miliki seorang isteri yang sangat baik.Awak nak jadi perampas?.Beraninya awak ye.Sekarang aku nak,awak ikut kami.Puan nak jumpa awak",jawab lelaki itu.
Nadanya agak keras sehingga menakutkan Sofia.
Sofia tidak berani berkata apa-apa.Di hatinya cuba mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
Tubuh Sofia di tarik kuat untuk mengikuti mereka.Sofia cuba meronta-ronta namun dengan keadaan dirinya yang mabuk dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Tubuhnya di tarik begitu kuat sehingga tumit highheel miliknya patah.Sofia dibawa keluar dari pusat hiburan menuju ke sebuah kereta milik mereka.
Dengan perasaan takut,Sofia cuba mencari jalan untuk melepaskan dirinya.
"Tolong polis,tangkap lelaki ini.Mereka mahu menculik aku",teriak Sofia tiba-tiba.
Dengan serta merta cengkaman lelaki tersebut terlerai.Dengan keadaan yang huru hara,dua lelaki itu melihat ke kiri dan ke kanan untuk melihat polis yang dimaksudkan oleh gadis itu.Kesempatan itu di ambil oleh Sofia untuk melarikan diri.Dia lantas berlari sekuat hatinya walaupun keadaannya agak mabuk ketika itu.Namun semua itu tidak dihiraukan olehnya.Apa yang ada di fikirannya saat itu hanyalah melarikan diri sekuat yang mampu.Matanya terarah ke kawasan yang masih sesak dengan orang ramai.Dengan tidak membuang masa,langkah diatur untuk menyeberangi jalan raya tersebut untuk ke kawasan itu.Dua lelaki yang merasa diri mereka tertipu lantas berlari mengejar Sofia.Sofia sempat melihat kereta yang sudah dekat menghampirinya saat itu.Namun kerana terpaksa dan juga melihat dua lelaki yang mengejarnya sudah hampir mendekatinya,Sofia mengambil keputusan untuk terus melangkah kehadapan jua.Selepas itu,Sofia tidak sedarkan diri.Apabila sahaja membuka matanya,Sofia sudah terlantar di katil hospital.Sofia menarik nafasnya lagi.
"Sofia okay tak ni?.Kalau tak okay,mami panggil doktor?",tanya Datin Ain apabila melihat Sofia diam tanpa berkata apa-apa.
Hatinya agak risau.
"Tak perlu mama.Sofia okay.Cuma sakit sikit je",jawab Sofia.
Matanya masih terpejam rapat.
"Betul ke okay ni?",tanya Datin Ain lagi ingin kepastian.
Hatinya begitu risau melihat anaknya itu berdiam diri.Dia takut andai Sofia merasa sangat sakit.
"Sofia okay.Sofia nak berehat je.Penat",jawab Sofia masih agak lemah.
Dia tidak mahu ibunya risau melihat dirinya.Apatah lagi mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.
"Kalau okay, Alhamdulillah.Sofia rest lah dulu.Rehatkan badan,rehatkan minda tu.Jangan fikir banyak-banyak.Inshaallah semuanya akan baik-baik sahaja",kata Datin Ain begitu lembut.
Sofia hanya mengangguk perlahan.
"Kalau Sofia rasa sakit sangat,panggil mama.Nanti mama panggilan doktor secepat yang boleh.Mama ada je kat sisi Sofia,sampai Sofia sembuh",kata Datin Ain lagi.
Diusapnya perlahan rambut anak gadisnya penuh kasih sayang.
"Baik mama",jawab Sofia perlahan.
Hatinya hiba tiba-tiba.
Melihat kesungguhan dan juga kesabaran ibunya membuatkan hati Sofia agak hiba.Terbayang-bayang layanan yang diberikan oleh Sofia pada ibunya selama ini.Penyesalan di hatinya kian menebal.
"Maafkan Sofia mama",bisik Sofia perlahan.
Airmatanya mengalir perlahan membasahi pipinya saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience