BAB21

Romance Series 57282

Awal pagi lagi Zafran sudah bangun dan siap berkemas.Hari ini dia akan berangkat pulang ke rumahnya setelah hampir seminggu bercuti.Ikutkan hati,Zafran belum puas bercuti,namun dia sedar akan tanggungjawabnya terhadap syarikat.

"Betul ke Zaf nak balik hari ni?",tanya ayah kepada Zafran sebaik sahaja Zafran keluar dari kamar pagi itu.Hatinya berat melepaskan Zafran pergi.Namun dia tahu Zafran juga punyai pekerjaan yang lebih penting untuk Zafran urusi.

"Berat hati nak lepaskan Zaf,tapi nak buat macam mana.Nanti datanglah selalu.Rumah ni sentiasa terbuka buat Zaf",kata ayah cuba memujuk hatinya itu.

"Insyaallah pa,Zaf akan selalu datang sini",jawab Zafran hiba.Hatinya sedikit sayu kerana dia sendiri tidak pasti dia masih boleh kembali ke rumah itu lagi atau tidak apatah lagi mengingatkan pergaduhan yang terjadi semalam.

"Zara mana?",tanya ayah tiba-tiba.

"Zara masih ada dalam bilik pa.kejap lagi keluarlah tu",jawab Zafran.

"Ada apa pa?,"tanyaku apabila mendengar namaku disebut ayahku sebaik keluar dari bilik.
Ayah memandangku dengan pandangan pelik.

"Papa lihat apa?.Ada sesuatu ke dekat wajah Zara?",tanyaku sambil meraba-raba wajahku.

"Yang kau tak siap lagi ni kenapa?",tanya ayah hairan melihatku.

Aku tersentak mendengar pertanyaan dari ayahku.Zafran juga sama.Pandanganku dan Zafran bertaut.

"Emmm..Zara.Zara sebenarnya tak ikut Zafran balik",jawabku tersekat-sekat.
Aku memandang Zafran,berharap dia boleh memberikan ayahku alasan untuk aku tidak mengikutinya.

"Kau dah buang tabiat ke Zara.Syurga tu di bawah telapak kakinya suami kamu.Ke mana suami pergi, disitulah tempat seorang isteri",nasihat ayah.Sedikit memarahi ku.

Aku tundukkan pandangan ku ke lantai.Tidak berani menentang mata ayah.
Ku kerling Zafran di sisiku,dia juga tidak berani bersuara.

"Dah,kau pergi bersiap sekarang",perintah ayah.

Aku lantas berlalu ke kamar ku untuk berkemas.Aku sebenarnya tidak berani menentang perintah ayahku kerana ayah paling pantang apabila arahannya tak dituruti.

Zafran yang ada di hadapan ayah juga menunduk memandang lantai.Dia hanya berdiam diri takut untuk bersuara.

"Kau ni pun satu Zaf,jangan terlalu ikutkan hati Zara tu.Suami harus agak berkeras dengan isteri kerana suamilah yang akan membentuk akhlak seorang isteri",nasihat ayah.

"Ya pa",jawab Zafran ringkas.

"Kamu tu baru berkahwin,sepatutnya masa-masa inilah kamu harus ambil masa berdua.Masa ini lah kamu harus mengenali antara satu sama lain,memahami antara satu sama lain.Esok-esok dah ada anak,dah saling memahami,dah tau tanggungjawab masing-masing",nasihat ayah lagi.

"Ye pa,Zaf minta maaf",jawab Zafran.

Ikutkan hatinya,dia sebenarnya ingin mengajakku pulang bersamanya semalam,oleh kerana insiden semalam, Zafran membatalkan niatnya untuk mengajakku.Namun dia juga gembira apabila ayahku telah membuka jalan untuk aku pulang bersamanya hari ini.Senyuman terukir di bibir Zafran.

"Aku akan menambat hati kau Zara!"kata Zafran penuh azam.

Aku keluar setelah siap berkemas.Sebuah beg aku bawa dipenuhi barang-barang milikku sendiri.

"Zara dah siap",kataku.

Zafran memandangku sekilas.Begitu juga ayah.

"Baguslah kalau dah siap.Tunggu sampai mama kamu kembali dari pasar barulah kamu bertolak"kata ayahku.

"Ye papa", jawabku dan Zafran serentak.

Sementara menunggu mama pulang,aku memasukkan beg ku dan beg Zafran ke dalam kereta.Sementara itu,Zafran dan ayahku sibuk bercerita di perkarangan rumah.Sesekali aku melirik ke arah Zafran dan ayah yang sedang berbual.Senyuman Zafran,caranya berbicara semuanya aku lihat.Sangat menawan hatiku.

"Patutlah Sofia tergila-gilakan kau zafran,",pujiku perlahan.

Merasa seperti diperhati,Zafran memandangku.Aku lantas melarikan pandangan mataku agar Zafran tidak menyedari kelakuanku itu.Aku malu andai Zafran menyedarinya,takut di sangka jatuh cinta dengannya.Namun kebenarannya,aku memang dah jatuh hati dengannya tanpa aku sedari.

"Amboi amboi Zara.Tak puas lagi ke renung Zafran tu",tegur ibu tiba-tiba.Aku tidak menyedari kehadiran ibu di sisiku.
Wajahku bertukar kemerah-merahan mendengar teguran ibuku.
"Mama bila sampai?", tanya ku cuba menukar topik perbualan.
"Mama dah lama sampai.Dari Zara merenung Zafran lagi"kata ibu menyakatku.
"Ishhh mama ni.Mana ada Zara pandang Zafran.Tak de lah",dalihku.
Wajahku seperti di simbah minyak panas.Terasa panas menahan malu.
Ibu ketawa memandang aku.
"Alah,macam la mama tak tau perasaan anak mama ni.Mama kenal la Zara ni.Dah jatuh cinta,terus terang lah kat Zafran",nasihat ibu.
Aku semakin malu mendengar kata-kata ibuku.
"Tak la mama,Zara tak jatuh cinta lah.Ishhh",kataku cuba berdalih lagi.

Zafran dan ayah mendekati aku dan mama.

"Yang bisik-bisik tu cerita apa?"tanya ayahku ingin tahu.
Ibu ketawa terbahak-bahak memandang aku.
Aku besarkan mataku memberi isyarat agar ibuku tidak menceritakan semuanya kepada ayahku.
"Tadi tu,Zara"

Belum sempat ibu melanjutkan percakapannya,aku sudah menutup mulut ibuku dengan tanganku.
"Tak ada apa papa",jawabku.
Aku masih menutup mulut ibuku dengan jari tanganku.Aku sungguh takut andai ibu membongkarkan rahsiaku itu.

"Dah,dah.Kamu ni,tak malu betul depan menantu.Perangai macam budak-budak",kata ayah memperli aku dan ibuku.
Aku segera melepaskan tanganku.
Ibu masih tersenyum-senyum memandangku.

"Yela,papa mama,kami gerak dulu.Dah lewat ni.Nanti jem pula jalan nanti"kata Zafran meminta diri.

"Hati-hati memandu Zafran.Jaga Zara baik-baik.Zara pun,jangan sesekali berkasar dengan suami kamu ni.Ingat seperkara,selagi suami tak redha dengan kamu,kamu tak akan hidu bau syurga",kata ayahku memberi peringatan kepadaku dan Zafran.

"Ye papa.Kami berangkat pergi dulu mama,papa",kataku meminta diri.
"Kirim salam kat adik,pesan pada adik belajar rajin-rajin.Ada masa Zara balik lagi",kataku sayu.Hatiku hiba tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada adikku kerana pemergianku tidak dirancang dari awal.

"Ye,nanti mama sampaikan.Jaga diri Zara baik-baik.Kirim salam dekat besan",pesan ibu sebelum kami bertolak pergi.

*******

Sofia berbaring lemah di atas katilnya.Dari pagi tadi dia ulang alik ke bilik air untuk muntah.Dia sudah tidak berdaya untuk bangun kerana perutnya dari pagi asyik memulas.Habis semua makanan yang dimakan olehnya dimuntahkan.

"Adoiii kenapalah aku hari ini.Perut asyik memulas je.Aku makan apa sampai muntah-muntah macam ni",tanya Sofia pada dirinya.Dia cuba mengingati kembali makanan yang dimakan olehnya semalam.
"Ahh!buat pening kepala je fikir semua tu",kata sofia.
Sofia cuba memejamkan matanya untuk melupakan keperihan yang dia alaminya saat itu.
Namun tidak sampai seminit,Sofia sudah berlari semula memasuki bilik air untuk muntah.

"Sofia,Sofia",panggil Datin Ain.
Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik Sofia apabila mendengar suara Sofia yang sedang muntah.
"Sofia awak okey tak?",tanya Datin Ain lagi apabila panggilannya langsung tidak di jawab oleh Sofia.

"I'm okay mama.Don't worry",jawab Sofia agak lemah.Dia tidak larat untuk menjawab kuat kerana tenaganya sudah tiada lagi.
"Mama dengar Sofia muntah-muntah.Sofia tak sihat ke?",tanya Datin Ain lagi.
"Sofia okay mama,salah makan je.Don't worry.",jawab Sofia lagi.
Dia tidak mahu melihat ibunya risau melihat keadaannya.
"Are you sure Sofia?",tanya Datin Ain lagi.Dirinya benar-benar risau.
"Sure ma,i'm okay",jawab Sofia.
"Okay,mama kena ke butik sekarang.Dah lama mama tak datang butik.So,if you need something just call mama okay",kata Datin Ain memberi pesanan sebelum berangkat pergi.
"okay ma,take Care",pesan Sofia.

Sofia berbaring lagi setelah beberapa kali keluar masuk bilik air.Sedang Sofia terbaring lesu, tiba-tiba Sofia bangun secara mengejut.Dia terfikirkan sesuatu.Dia lantas bangun dan berlari menuju laci meja soleknya dan mencari sesuatu.
Sebuah kalendar berada di tangannya.Dia melihat-lihat tanda yang di loreknya di dalam kalender itu.

"Ya Allah.Apakah aku?".
"No,no,it's impossible.Please tell me i'm wrong"kata sofia.Dia mengulang semula perkiraan hari yang sudah di loreknya itu.
"oh my god.Oh no!",laung Sofia.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.Sudah dua minggu tarikh haidnya terlepas.
"Matilah aku.Apa harus aku buat",tanya Sofia sendiri.
Dia mencampakkan kalender itu ke lantai.
"I hate you Zam.I can't forgive you ever!",teriak Sofia.
"Aku harus berjumpa dengan Zamri",bisik Sofia.
Dia lantas berdiri dan mencapai telefonnya di atas meja solek.Dia segera mencari no telefon Zamri.Sofia berhenti seketika.Sepertinya di mempunyai idea yang lebih baik daripada menelefon Zamri.

"Aku akan perangkap Zafran,aku nak dia mengaku bahawa anak dalam rahim aku ni anak dia",ucap Sofia.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"No! Zamri tak boleh tahu kalau aku mengandungkan anak dia.Hanya Zafran yang berhak menjadi ayah kepada baby dalam kandungan ku ini"kata Sofia lagi sambil mengusap-usap perutnya yang masih kecil.
"Sayang, sekejap lagi,sayang akan dapat bapa yang kaya raya,nanti hidup kita akan senang",bisik Sofia.Dia masih mengusap perutnya itu.
Sofia tertawa bahagia.Dia sudah tidak sabar untuk meneruskan rancangannya itu.

******

Datin Aida berlegar-legar di sepanjang biliknya itu.Sudah berapa lama dia berpura-pura sakit untuk menunggu kepulangan anaknya itu namun Zafran tidak pernah muncul.Sudah penat rasanya dirinya berpura-pura mengigil dan berselimut tebal apabila Dato' Mazlan ada bersamanya.Kali ini Datin Aida boleh bernafas lega kerana Dato' Mazlan keluar berjumpa teman lamanya.Oleh itu dia tidak perlu untuk terus berbungkus dengan selimut sepanjang hari itu.

"Datin,ini just epal segar buat Datin",kata mak Tam sebaik saja masuk ke kamar Datin Aida.
"Letakkan di atas meja.Dan i nak bagi kau amaran,jangan sesekali beritahu Dato' kebenarannya",kata Datin Aida memberi amaran pada pembantu rumahnya itu.
"Iya datin.Ada apa-apa lagi ke datin nak pesan,kalau tiada,saya sambung semula kerja saya di bawah",kata Mak Tam meminta diri.
"Keluar lah.Kalau Dato' datang, cepat-cepat naik beritahu i ye",kata Datin Aida.
"Iya Datin",jawab mak Tam laju.Setelah itu dia Mak Tam segera keluar dari kamar besar itu.

Setelah Mak Tam keluar,Datin Aida lantas meminum jus yang sudah di sediakan oleh pembantunya itu.

"Segarnya.Dah lama teringin meminum jus ini",bisik Datin Aida.
Dia lantas menghabiskan jus kegemarannya itu.

Setelah selesai,Datin Aida berlalu ke beranda kamarnya itu untuk menghirup udara yang nyaman.

"Ringgggg"

Tiba-tiba handphonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.
Datin Aida berlari-lari anak masuk ke kamar untuk menyambut telefonnya itu.
Senyuman manisnya terukir saat melihat nama yang tertera di screen handphonnya itu.Dia segera menjawab.

"Halooo baby.How are you?",tanya Datin Aida manja.
"Haloo mami,i'm fine.Mami kat mana tu?", tanya Sofia.
"Thanks god Sofia sihat.Mami ada kat rumah.Nape,nak jumpa ke?",tanya Datin Aida.
"No mami.Sofia just nak tanya khabar je.Lagi satu Sofia busy tolong mama kat butik tu.Next time kita jumpa yee.Banyak yang nak Sofia cerita",ucap Sofia.
Dia sebenarnya ingin bertemu dengan Datin Aida,namun melihat keadaannya dia batalkan niatnya itu.
"Emm bertuah lah dapat menantukan Sofia ni,dah la cantik,rajin lagi tu",puji Datin Aida.
Sofia tersenyum manis mendengar pujian dari bakal ibu mertuanya itu.
"Yang bertuahnya tu Zafran la mami",kata sofia.
"Ermm",kata Datin Aida perlahan.
Dia malas bila saja nama anaknya itu disebut.
"Kenapa ni mami.Macam ada masalah je?",tanya Sofia.
"Zafran tu lah,dah hampir seminggu tak balik.Dah lah tak call mami apalagi datang jenguk mami kat umah",keluh Datin Aida.
"Laa ye ke.Ni mesti pompuan tu tak bagi Zafran balik kan mami.Mesti dia dah bagi Zafran makan sesuatu",terang Sofia,cuba menghasut pemikiran Datin Aida.
"Aah lah.Kan dia orang kampung,mesti dia dah ilmu-ilmukan Zafran tu.Tak tau la ilmu apa perempuan tu guna",kata Datin Aida.
"Mami mesti siasat perkara ni.Lagi pun,mami nak ke anak mami tu tinggalkan mami.Dahla seorang tu je anak mami",hasut Sofia lagi.
Dia ingin terus menghasut Datin Aida agar terus membenci menantunya itu.
Datin Aida terdiam sejenak memikirkan kebenaran dari kata-kata Sofia itu.
"Ye,mami akan siasat hal ini.Patutlah mami suruh Dato' call Zafran hari tu suruh balik tapi sampai sekarang batang hidung pun takde!",marah Datin Aida.
Sofia tersenyum senang.Rancangannya kali ini pasti berjaya.
"Okay la mami,Sofia ada kerja sikit.Nanti Sofia call balik",kata Sofia meminta diri.
Dia sebenarnya malas untuk berlama-lamaan berbual dengan Datin Aida kerana badannya masih agak lemah.Lagipun dia nak Datin Aida merenung semula kata-kata yang baru di ucapkannya tadi.
"Yela,jaga diri Sofia.See you next time",ucap Datin Aida sebelum menamatkan panggilan.

Datin Aida duduk di birai katilnya selepas berbual dengan sofia.Hatinya gelisah.Di fikirannya masih memikirkan semua kata-kata Sofia.

"Ada benarnya juga apa yang Sofia katakan.Aku mesti cari tau"bisik Datin Aida.

"Ya!aku mesti cari tau",ucap Datin Aida berkali-kali.

*******

"Zara bangun",panggil Zafran sambil menepuk-nepuk pipiku perlahan.
Aku membuka perlahan kelopak mataku.Cahaya terang sangat menyilau mataku.
Zafran masih menepuk-nepuk pipiku lembut.
"Bangunlah,kita dah sampai",katanya.
Apabila mendengar kata-kata Zafran,aku lantas membuka mataku luas-luas.
Aku tersentak melihat wajah Zafran begitu dekat dengan wajahku.

Dupp!!

Seperti hendak gugur jantungku terkejut melihat Zafran.Aku lantas menolak wajahnya menjauhi ku.

"Awak buat apa?",tanyaku.
Jantungku berdegup kencang.
"Dah awak tidur lena.Berkali-kali panggil pun awak tak sedar,jadi aku kejutkan la.Takkan aku biarkan awak tidur dalam kereta pula",jawab Zafran.
Zafran lantas membuka pintu dan keluar.
"Jom la masuk"ajak Zafran.
Aku masih tidak berganjak dari tempat dudukku.
"Awak tak nak turun ke?.Atau nak saya angkat keluar?",tanya Zafran bergurau.
Dia berpura-pura melangkah ke arah pintu kereta penumpang.Melihat Zafran mendekati aku.Aku lantas membuka pintu dan keluar.
"Aku keluar sendiri",jawabku pantas.
Zafran memtertawakan ku.
"Tau takut!",ucap zafran lantas meninggalkan aku memasuki rumah.
"Ishhh.Apalah angin mamat seorang ni hari ini.Semalam bukan main g merajuk Ngan saya.Pagi tadi juga dingin je.Sekarang,happy pula",bisikku perlahan.
Aku pelik dengan sikap Zafran yang sukar untuk di ramal.

"Malam ni kita keluar dinner.Tak payah masak kat umah,"kata Zafran sebelum aku melangkah memasuki kamar ku.
"kenapa tak masak kat umah je?",tanyaku.
Aku sebenarnya malas hendak keluar.Apalagi berdua dengan Zafran.
"Sekali sekala keluar makan bersama apa salahnya.selama tempoh kita bernikah,kita tak pernah keluar makan bersama",jawab Zafran.
Matanya merenung aku.Melihat renungan Zafran,aku jadi tidak keruan.Pandangan mata yang boleh mencairkan mana-mana gadis yang memandangnya.Termasuk aku.
"Tapi awak tak malu ke kalau terserempak dengan teman-teman awak nanti.Yalah,nanti dorg cakap pe pla",kataku cuba memberi alasan agar dia tidak jadi mengajakku.
"Nak malu buat apa.Bukannya aku buat maksiat pun.Aku keluar dengan isteri aku lah",jawab Zafran selamba.
Aku terkesima mendengar kata-kata Zafran.
Selama ini dia tidak pernah untuk mengakui aku sebagai isterinya.Dia juga selalu menganggap aku orang gajinya.Tapi entah mengapa hari ini dia mengakui kalau aku isterinya.
"Apa Zafran sudah menerimaku sebagai isterinya?",bisikku perlahan.
Aku merenung wajah Zafran lama.
"Kenapa pandang aku seperti itu.Atau awak pun dah jatuh cinta dengan aku?",tanya Zafran.
Dia tersenyum manis memandang aku.

"Mana ada.Perasan betul la awak ni.Aku tak pandang kau la",sahutku pantas.
Aku malu apabila Zafran menegurku seperti itu.
"Apalah kau ni Zara,yang kau p merenung wajah mamat ni kenapa.Kang kantoi ditangkap basah oleh Zafran sendiri",gummaku di dalam hati.

"Tadi tu yang asyik pandang wajah aku sambil tersenyum tu kenapa?",perli Zafran.
"Aku..aku tak pandang la.Ishhh!",kata ku geram.
Zafran ketawa geli hati melihat reaksi diriku.
"Malu lah tu di tangkap basah",perli Zafran lagi apabila melihat wajahku yang sudah kemerah-merahan menahan malu.
"Alah,terus terang sajalah dah mula sayangkan aku",perli Zafran lagi.
Hatiku geram mendengar kata-kata bdari Zafran.Ingin sahaja aku mencubit telinganya itu.
"Dah la.Aku nak masuk",kataku
Aku lantas mengangkat beg pakaian ku dan lantas masuk ke kamar.Aku segera menutup pintu dan bersandar di balik pintu itu sambil mengurut-ngurut dadaku yang bergetar hebat sewaktu berhadapan dengan Zafran sebentar tadi.Aku juga bingung mengapa aku bersikap sedemikian rupa sedangkan aku sudah berazam untuk tidak membuka pintu hatiku untuknya.
"Zara,kau kena sedar,antara kau dengan Zafran itu berbeza.Ingat itu".
Aku berkata-kata sendiri cuba menenangkan hatiku saat itu.Aku hairan dengan hatiku sendiri.Semakin aku cuba untuk menjaga jarak antara kami agar tiada rasa cinta yang hadir,namun semakin aku menghindari, perasaan itu semakin kuat di hatiku.Aku juga tidak mengerti,mengapa mulut aku berkata tidak untuk mencintainya tapi hatiku meronta-ronta ingin katakan aku cinta kepada dirinya.Aku menutup mataku perlahan.
"Ya Allah,tunjukkan aku jalan terbaik untuk perhubungan ini",doaku di dalam hati.

**********

Aku memilih long dress berwarna merah hati untuk dipakai keluar makan malam bersama Zafran.Rambut ku biarkan terhurai kemas menyerlahkan lagi keayuan wajahku itu.Setelah berpuas hati dengan penampilan ku,aku segera turun memandangkan Zafran sudah lama menunggu ku di ruang utama.
Zafran yang sedang berdiri menunggu ku terpaku seketika melihat aku.Matanya tidak berkelip.

"Maaf buat awak menunggu lama"kataku sebaik sahaja bersua dengan Zafran.
"You look beautiful tonight",puji Zafran perlahan di telingaku.
Wajahku terasa panas mendengar pujian dari Zafran.
"Aku tak sangka awak secantik ini Zara",pujinya lagi.
Aku cuba berlagak biasa mendengar pujiannya.
Tapi hakikatnya hatiku berdebar-debar.Apatah lagi Zafran berdiri sangat dekat denganku.
"Tak perlu puji lebih-lebih.Aku tak cair dengan ayat-ayat manis awak tu",kataku perlahan.
Aku segan bila Zafran tidak henti-henti memujiku.
Zafran tersenyum manis memandangku.
"Aku tak bermulut manis zara,aku beritahu yang benar sahaja",jawab Zafran.
"Stop it Zafran.Awak nak kita berangkat sekarang ataupun kita makan kat umah je",kataku menyuruh Zafran membuat pilihan.
"Okay,okay kita berangkat sekarang",jawab Zafran pantas.
Aku tersenyum melihat gelagat Zafran.
"Jom",ajak Zafran sambil mengenggam tanganku dan menarikku mengikutinya.
Aku agak tersentak dengan tindakan Zafran yang secara tiba-tiba itu.Malu dengan keadaan itu,aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya.
"Awak buat pe ni.Lepaskan tangan aku",kataku berusaha melepaskan tanganku dari terus di genggam erat oleh Zafran.Walau berkali-kali aku cuba meleraikan gengaman tangannya,namun gagal.Gengamannya terlalu erat.Akhirnya aku membiarkan sahaja pegangan tangannya itu.Zafran tersenyum bahagia.
"Jangan angkuh sangat Zara dengan keegoan di hati kau tu.Aku tau,kau juga memiliki perasaan yang sama denganku.Tapi aku tau kau malu untuk mengakuinya",bisik Zafran dalam hati.
"Aku akan pastikan,satu saat nanti kau akan menerima aku dalam hati kau tu",tambah Zafran lagi.

"Di persilakan masuk puan Zara",kata Zafran setelah membuka pintu kereta buatku.
Badannya di tundukkan sedikit seperti seorang pengawal peribadi mengiringi tuannya masuk kereta.
Aku ketawa memandang Zafran.Kelakuannya menggelikan hatiku.
"Awak ni dah kenapa Zafran.Dah buang tabiat ke?",perliku.
Senyuman masih terukir di bibir.
"Ye,memang aku dah buang tabiat pun.Dari awal lagi aku dah buang tabiat.Kenapa awak tak suka ke?",tanya Zafran sebaik saja aku masuk ke dalam kereta.
Aku memandang Zafran pelik.
"Bukan tak suka,tapi aku rasa pelik lah.Sekejap awak jadi singa,sekejap jadi rimau,sekejap lagi jadi Prince charming.Macam sekarang",terangku.
Zafran ketawa terbahak-bahak mendengar ucapanku itu.
Aku memandangnya hairan.
"Apa yang lucu?",soalku.
"Yela,dah samakan aku dengan binatang",jawab Zafran.
"Itu perumpamaan lah!,"kata ku geram.
"Cepatlah,jam berapa kita sampai kalau asyik dengan ayat gurauan awak tu",marahku.
"Okay okay",sahut Zafran lantas berlari anak ke kerusi pemandu.
Aku menggelengkan kepalaku lucu dengan sikap Zafran.
Dengan penuh berhati-hati Zafran memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah menuju jalan utama.Sepanjang perjalanan aku melihat keindahan sekeliling yang tidak pernah aku lihat ketika matahari terbenam.Baru kali inilah aku berpeluang melihatnya.Di sepanjang jalan diterangi dengan lampu-lampu yang menerangi jalan.Di penghadang jalan juga di hiasi dengan lampu berkelip-kelip berwarna merah dan hijau.Bunga-bungaan yang di tanam sepanjang penghadang jalan berwarna warni diterangi lampu menjadikan suasana jalan agak menarik.Hatiku agak tenang memandangnya.
Zafran yang sedang fokus memandu memandangku sekilas.
"Fikir apa?"tanya Zafran setelah sekian lama menyepi.
Aku lantas menoleh memandang Zafran apabila mendengar pertanyaan darinya itu.
"Tak fikir apa,cuma menikmati keindahan malam",jawabku perlahan.
"Ada masa aku bawa kau ke satu tempat yang indah"kata Zafran.
"Ehhh tak payahlah",tolakku.
Zafran memandangku.Dahinya berkerut.
"Kenapa pula?"soal Zafran.
"Aku tak nak membazir waktu awak.Lagi pun tak tau kalau kita masih punya waktu bersama.Yela,awak pun tau kan,hubungan kita ni seperti apa",jawabku perlahan.
Aku membuang pandang ke luar jendela semula.
Zafran terdiam mendengar kata-kata dariku.Wajahnya yang ceria bertukar muram.
"Aku tak akan lepaskan awak Zara.Tak akan pernah.Itu janjiku",jelas Zafran.
Aku tidak menjawab kata-katanya.Aku hanya diam.

*******
Setengah jam perjalanan akhirnya kami sampai di sebuah restoren mewah di sebuah hotel bertaraf 5 bintang.Mulutku ternganga saat melihat tempat secantik itu.Aku memandang Zafran seakan tak percaya.
"Kita dinner kat sini ke?,"tanyaku seakan tidak percaya.
Zafran senyum memandang aku.
"Ye,kenapa.Tak boleh ke?",tanya Zafran apabila melihat reaksi wajahku.
"Bukan begitulah,tapi tak ke terlebih sangat.Kita bukannya keluar dating ataupun hadiri jamuan makan malam pun.Kita kan cuma nak makan malam je",jelasku.
"Anggaplah kita keluar dating,"kata Zafran ringkas.
Aku terkesima mendengar kata-kata Zafran.
"Tapi,kenapa tak makan tempat yang biasa-biasa je",tanyaku.
Hatiku berat untuk makan di tempat seperti itu.Selain itu,aku juga tidak pernah memasuki tempat mewah seperti itu.
"Jom je lah.Jangan banyak komen.Ikut je",kata Zafran lantas mengengam tanganku dan membawaku masuk ke dalam restaurant tersebut.
Aku merasa sangat segan.Beberapa pandangan mata memandang kami.Malah ada yang tersenyum memandang kami.
"Awak tak perlu mengelabah sangat la Zara.Buat biasa je",kata Zafran perlahan.
Zafran tahu kalau aku sedang resah saat itu,tanganku yang agak dingin digenggam erat, seperti ingin menyalurkan sedikit keberanian kepadaku.
Zafran memilih sebuah meja di hujung restaurant tersebut.
"Jemput duduk Zara",pelawa Zafran dan menarik keluar sedikit kerusi untuk memudahkan aku duduk.
Aku agak tersentak melihat perlakuan Zafran.Aku tidak menjangkakan Zafran akan melayani ku sebegitu rupa ketika ini.
"Terima kasih",sahutku lantas melabuhkan punggungku ke kerusi.
Setelah itu,Zafran juga duduk berhadapan denganku.
Zafran mencapai buku menu di tepi meja dan menghulurkan satu untukku.
"Ini senarai menu makanan kat sini.Carilah mana yang awak nak pesan nanti",kata Zafran.
Aku menyambut huluran tersebut dan melihat senarai menu.
Mataku hampir terbeliak saat melihat harga-harga setiap makanan tersebut.
"Mahalnya",rungutku di dalam hati.
Aku membaca satu persatu menu yang ada.Kebanyakan makanan ala-ala barat.
Aku mengeluh perlahan.Tidak tahu nak makan apa.Zafran memandangku
"Tak pilih lagi ke?",tanya Zafran apabila melihatku seperti kebingungan hendak memilih apa.
Aku meletakkan buku menu ke atas meja.
"Aku tak tau nak makan apa.Aku tak berapa suka makanan barat.Lagi pun selama ini aku tak makan makanan seperti ini",keluhku perlahan.
Zafran ketawa melihat aku.
"Ala,awak kena biasakan diri dengan makanan seperti ini.Dah jadi isteri aku,awak kenalah belajar makan makanan ala-ala barat ni.Nanti kalau awak ikut aku hadiri majlis makan malam nanti bagaimana?Apalagi kalau makan bersama rakan kongsi dari negara luar",terang Zafran.
Aku menyandar di kerusi setelah mendengar kata-kata Zafran.
"Aku lebih rela duduk kat umah dari ikut awak menghadiri jamuan makan malam dengan partner awak tu",kataku cuba membela diri.
"Aikkk.Takkan lah semua orang datang bawa bini masing-masing,aku pula duduk sendiri tanpa teman.Atau awak nak aku bawa perempuan lain temankan aku?",duga Zafran.
Aku sedikit tersentak mendengar kata-kata dari Zafran itu namun aku tidak tunjukkan reaksi ku.Aku takut Zafran berfikir aku cemburu.
"Suka hati awak la nak bawa siapa pun.Aku tak kisah",jawabku ringkas.Namun jauh di sudut hatiku,ada sedikit rasa sakit hati mendengar kata-kata Zafran tadi.
Zafran terdiam sejenak.Wajahnya sedikit tersinggung.
"Emm,tak apalah.Lupakan semua tu.Waitress",panggil zafran memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu setelah menghantar pesanan pelanggan lain.Pelayan tersebut mendekati kami.
"Dua spaghetti bolognese dan dua fruit tea",pesan Zafran sendiri memilih menu untukku.
"Baik tuan", jawab pelayan tersebut dan terus berlalu menyiapkan order.
Sementara menunggu pesanan,Zafran membaca sebuah majalah yang tersedia di atas meja khas untuk setiap pelanggan.Aku juga turut membaca majalah tersebut untuk menghilangkan kebosanan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience