Hati Natasha agak gementar sebaik sahaja tiba di rumah Jhon.Natasha memandang seluruh kawasan rumah agam di hadapannya itu.
"Cantik!",puji Natasha di dalam hati.
"Lets go",ajak Jhon sebaik sahaja turun dari keretanya.
Natasha mengangguk perlahan namun tidak menjawabnya.Natasha berlari-lari anak mengejar Jhon yang sudah jauh meninggalkannya.
"Jhon",panggil Natasha.
Langkah Jhon terhenti serta-merta.Dia lantas memandang Gadis dibelakangnya itu.
"Yes",jawab Jhon.
Ditunggunya Natasha menghampiri dirinya.
"Is this your house ?. Very beautiful",kata Natasha sebaik sahaja menghampiri Jhon.
"Thanks you",jawab Jhon.
Senyuman manis terukir dibibir Jhon.
"In fact, I am very nervous. I am afraid that your family will be angry to me",luah Natasha.
"You told me not to think negatively. Why are you starting to think like that now?",tanya Jhon.Natasha terdiam.Sedar akan kesilapannya.Dia tidak sepatutnya berfikiran seperti itu kerana Jhon juga pasti berperasaan seperti itu.
"I'm sorry",jawab Natasha.
"It's okay.But, you have to be brave. You are brave, I mean the same. We must defend our right to freedom. Now we are already in front of my house. And there is no reason for us to turn back. This is the only opportunity we have to finish everything. Maybe we don't have this opportunity anymore. So, strengthen your spirit",nasihat Jhon.
Natasha mengangguk faham.
Jhon menekan kod keselamatan bagi membuka pintu rumahnya itu.Sebaik sahaja pintu dibuka,Natasha tergamam.Di luar rumah Jhon bukan sahaja cantik.Malahan didalamnya juga layaknya seperti istana.Rumah Jhon begitu besar.Perabot disusun begitu teratur dan kemas.
"Kaya juga eaa family Jhon ni",bisik hati Natasha.
Natasha melangkah setapak demi setapak memasuki ruangan besar rumah itu.
"You sit down first. I called my mom and dad",kata Jhon menjemput Natasha duduk.
"Okay,thank you",ucap Natasha.
Matanya masih terus memandang setiap inci rumah itu.Natasha begitu kagum.Dia belum pernah melihat rumah secantik itu.Inilah kali pertama dia melihatnya.Rumahnya sahaja tidak secantik rumah itu.Natasha merasakan dia seolah-olah berada di dalam fantasi.Seperti dalam cerita fairy tale.
"Hai sweety",sapa lembut Mariah,ibu Jhon.
Natasha agak tersentak mendengar sapaan dari ibu Jhon.
"Owh,hai auntie",jawab Natasha lantas berdiri memeluk ibunya Jhon.Diciumnya kedua belah pipi puan Mariah seperti selalunya yang dilakukan oleh orang-orang barat untuk bersalaman.
Natasha melihat ayah Jhon mr.Alex dan juga Jhon juga turut ada.Mereka hanya tersenyum memandang Natasha.Debaran di hati Natasha semakin kencang.
"Sit down honey.Thank you so much willing to come and visit",ucap puan Mariah ramah.
"Thanks you so much madam Alex",kata Natasha.
Dia lantas duduk.Begitu juga Jhon dan ayahnya.
"Forgive us for not preparing to welcome you to come. John did not tell us he invited you here this time. If we only knew, we would have made preparations",kata Puan Mariah lembut.
"It's okay. After all, I invited jhon to come today. There are things I have to explain",jelas Natasha.
"owh. What do you want to convey. It seems so important?",tanya Puan Mariah.
"This is about the wedding plan between me and Jhon",jawabku berterus terang.
Puan Mariah dan encik Alex agak terkejut.Jelas sekali wajah mereka penuh dengan tanda tanya.
"Is there any problem ?",tanya Encik Alex menyampuk perbualan antara aku dan puan Mariah tiba-tiba.
Ku lihat Jhon hanya diam dan menunduk.Dia seakan-akan tidak berani untuk mengeluarkan suara.
"Before that, I want to apologize to Mrs. Mariah and Mr. Alex. The main purpose of my coming this time is actually to be honest with you. I do not agree with the wedding plan. There are many reasons for me to reject the plan"jelas Natasha memberanikan dirinya.
Mereka agak terkejut dengan kenyataan yang Natasha berikan sebentar tadi.Namun mereka tidak menunjukkannya.
"But, your mom and dad have agreed. Why didn't they explain this to us?",tanya Puan Mariah ingin tahu.
"Yes, they do agree with this marriage. But I really do not agree. They never ask my opinion whether I agree or not. Actually, I already have my own choice. So does jhon. He also does not want this wedding plan",jelas Natasha.
Perkara itu benar-benar membuatkan mereka tersentak.Encik Alex mengalihkan pandangannya pada Jhon.Dia seakan-akan tidak mempercayai apa yang sudah Natasha katakan.
"Is true what natasha said jhon ?. You also do not agree with this wedding plan ?. Why do you never be honest with us?.why did you say all this time that you agreed ?. You also never told us about the existence of your lover?",tanya Encik Alex.
Dia tidak menyangka selama ini anak lelakinya itu menipu dirinya.
"I'm sorry dad. I do not intend to deceive you and mom, but the opportunity for me to speak is not there. I want to argue but I do not dare",,jelas Jhon.
Suaranya agak perlahan.Jelas sekali dia agak takut untuk bersuara.
"I am disappointed with you jhon. Disappointed for cheating on me all this time. you are my only son. You should be honest with what you said",jelas Encik Alex menyuarakan kekesalannya terhadap Jhon.
"I'm sorry dad. I do not intend to deceive dad. I just want t dad and mom happy. But this wedding plan I really do not agree with. For a long time I wanted to explain to dad and mom, but I did not dare, until Natasha also admitted disagree this plan",jawab Jhon.
Encik Alex mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia sememangnya tidak menyangka anak lelakinya itu sanggup menipunya selama ini.
Natasha hanya berdiam diri.Dia sendiri takut untuk menyampuk perbualan antara Jhon dan ayahnya.Begitu juga puan Mariah.Wajahnya agak sedih namun dia tidak mampu menyatakannya.
Jhon terdiam.Tidak tahu apa yang harus diucapkannya lagi.
Encik Alex memandang Natasha.Natasha menunduk ke arah lantai.Dia tidak berani menentang mata encik Alex.
"You mother and father know all these things ?",tanya Encik Alex.
"I told them everything. And they agreed as long as I explained everything to Mr. Alex. And I begged Mr. Alex not to scold them. If Mr. Alex is angry, be angry me. Do not involve them. I beg. I object to all this plansa and I have the right to be scolded. Please do not hate them, please don't cancel the business contract with them",rayu Natasha bersungguh-sungguh.
Encik Alex diam.Berfikir seketika.
"My mother and father are not guilty in this matter. I am willing to be punished as long as it does not involve them and cooperation between Mr. Alex's company and my father's company. I will be responsible for what I have done",rayu Natasha lagi.
"I and jhon have the right to be happy. If it forces us to be together, it does not guarantee happiness between the two of us. I have a choice, jhon also has. If this marriage continues, our family is not necessarily happy. without mutual love is miserable. the main thing in the permanence of a household is love. And me and jhon do not have that feeling. I do not want the relationship that will be built will affect our family later",jelas Natasha lagi.
"Natasha is right dad. The relationship without love will not last long. The relationship will definitely be broken. Forgive me dad. I love others and want to be with him. Please bless the relationship between me and my lover",kata Jhon menyokong kata-kata Natasha.
Encik Alex menarik nafas panjang.Setelah berfikir panjang akhirnya dia bersuara.
"Well, if that is the decision you gave, I agree. And I will not affect the cooperation between my company and your father's company. But, I have a condition that you both must follow. And if you do not agree, you both must get married",kata Encik Alex tegas.
Natasha dan Jhon saling berpandangan.Dan seketika memandang Encik Alex semula.
"What are the conditions?",tanya Natasha dan Jhon serentak.
"You two should get married together. In the same day and at the same time. Introduce me to your lover as soon as possible jhon. And you natasha, tell your family about the conditions I have given as a punishment for rejecting this wedding plan. Here you two are getting married together",jelas Encik Alex tegas.
Aku terdiam.Begitu juga Jhon.
"Do you object to my decision?",tanya Encik Alex apabila melihat Natasha dan Jhon diam tidak berkata apa-apa.
"No !. We agree!",jawab Natasha dan Jhon serentak.
Mereka saling berpandangan.
"okay. Make sure everything goes smoothly. You two can go now",arah Encik Alex.
Natasha dan Jhon lantas berdiri dengan tergesa-gesa.Tanpa banyak kata,Natasha lantas memeluk Puan Mariah sebagai tanda penghormatan sebelum beredar.Setelah itu,Natasha dan Jhon lantas keluar meninggalkan rumah agam yang indah itu.
***********
Aku berbaring di atas katil sebaik sahaja selesai makan malam bersama keluarga.Hari yang sungguh memenatkan.Seharian berada di tepi sungai benar-benar membuatku letih.Namun begitu,aku sangat gembira melihat kemesraan yang terjalin antara keluargaku dan juga keluarga Zafran.Tidak seperti sebelum ini.Datin Aida juga sudah banyak berubah.Dia sudah tidak merungut dengan suasana kampung lagi.Malahan melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajahnya saat mandi manda dan melakukan barbeku di tepi sungai membuatkan hatiku lega.Dato Mazlan dan ayah juga tak kurang gembiranya juga.Mereka sepanjang waktu melakukan aktiviti bersama.Zafran dan adikku Zarul juga sibuk menyediakan khemah dan juga mencari kayu api untuk digunakan memasak.Aku lah yang paling sibuk saat itu.Menyediakan alatan memasak dan juga memasak makanan untuk kami sekeluarga.Misya juga tak kurang gembiranya.Bermain dengan Zarul ditepi sungai sungguh memuaskan hatinya.Seharian penuh dengan gelak dan tawa.Aku benar-benar bersyukur.Kini keluarga Zafran dan keluargaku sudah menerima antara satu sama yang lain.Aku lihat pada awalnya ibu begitu kekok untuk berbual dengan ibu mertuaku,namun keadaan itu hanya mengambil masa singkat sahaja apabila ibu mertuaku mula menyapanya dengan ramah dan mesra.Setelah itu,mereka sepertinya menjadi teman baik walaupun baru sahaja menjalinkan hubungan dengan mesra.Berbeza halnya dengan ayah mertuaku Dato' Mazlan.Dia dari awal sudah menerima keluargaku dengan ikhlas dan beliau tiada masalah untuk berbual dengan ayahku.
"Letihnya",kata Zafran.
Dia lantas berbaring disebelahku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik malam itu.Aku memandangnya.
"Misya mana?",tanyaku apabila Misya tidak turut serta dengannya masuk ke dalam bilik.
"Syg kan tau perangai Misya tu bagaimana.Kalau dah balik kampung,manalah dia nak tidur dengan kita.Dia pasti akan tidur dengan neneknya tu",jelas Zafran sambil tersenyum.
Aku membalas senyuman Zafran.
"Misya ni,perangai dia dari Sulu sampai sekarang tak berubah.Asyik berkepit dengan neneknya je.Asal balik kampung je,pasti lupakan kita berdua",rungutku.
"Laa,biarkan lah dia.Cuti je lah dia dapat bermanja dengan nenek dan atoknya tu.Syg janganlah jelous.Kan ada abg disisi syg",usik Zafran.
"Bukan merajuk lah Abg.Tapi,takut menganggu keselesaan mama dan papa tu",jelas ku.
"Laa,mereka fahamlah tu.Janganlah risau",pujuk Zafran.
"Yela.Owh ye,mami dan daddy dah tidur ke?",tanyaku.
"Awal lagi mereka dah tidur.Penat lah tu seharian duduk tepi sungai.Tapi,bestlah tengok mami dan daddy tu.Gembira sangat abg tengok.Tak perna segembira itu",jelas Zafran.
"Aah,syg pun tengok mereka gembira sangat.Tak lekang ketawa dari mulut mereka.Syg gembira sangat.Terima kasih abg,kalau bukan abg yang jayakan rancangan picnic ni,tak mungkin dapat eratkan silaturrahim antara keluarga syg dan keluarga abg",ucapku.
Zafran menarikku ke dalam pelukannya.
"Tak perlu ucapkan terima kasih syg.Itu semua tugas abg.Hanya itulah cara yang lebih baik untuk mansuhkan tembok antara keluarga syg dan keluarga abg.Abg tak nak keluarga syg rasa ada jurang diantara kedua buah keluarga ini.Jurang yang mami telah cipta satu masa dulu.Dan Alhamdulillah sekarang ni,semuanya dah pulih.Hubungan antara keduanya semakin baik.Kita sama-sama doakan agar selamanya akan tetap seperti ini",terang Zafran.
"InshaAllah,aaminn abg",doaku.
"Dah lah,jomlah rehat.Pasti hari ni syg penat sangat.Abg tengok,syg lah yang paling sibuk hari ni.So,sebagai gantinya,malam ni,syg rehat",jelas Zafran.
"Terima kasih abg,sudi memahami.Abh pun rehatlah.Abg juga penat.Esok kita kena bertolak balik ke Kuala Lumpur.So abg pun rehatlah.Biar esok tak keletihan",jelas ku.
"Baik syg.Selamat malam.Mimpi indah"ucap Zafran.
Satu kecupan singgah di keningku.
Aku tersenyum.
"Selamat malam juga abg.Mimpi indah",jawabku.
Aku lantas mematikan lampu dan memasang lampu tidur.Setelah membaca doa tidur,aku lantas melelapkan mataku,sama seperti Zafran.Malam itu, terasa sangat mudah aku melelapkan mataku.
*******
"Eh tak payah cuci pinggan tu.Biar Sofia je cucukan.Ida rehat je.Lagi satu,keadaan sini licin.Takut Ida jatuh dan membahayakan kandungan Ida tu.Ida pergi rehat je.Biar Sofia yang bersihkan",kata Sofia apabila melihat Ida bertungkus Lumus mengangkat dan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan ketika makan malam.
"Eh tak pe.Ida dah biasa buat semua kerja ni",tolak Ida.
"Tak pe,tak pe.Biar Sofia je lakukan",kata Sofia.
Dia lantas menggantikan Ida mencuci pinggan itu.Ida lantas menghentikan kerjanya apabila Sofia menghalangnya membuat pekerjaan.Dia duduk di atas kerusi sambil memandang Sofia.
"Baik juga Sofia ni.Patutlah Azman tergoda dengannya",bisik Ida di dalam hati.
"Boleh tak Ida tanya sesuatu?",tanya Ida tiba-tiba.
"Boleh je.Apa dia?",tanya Sofia sambil mencuci pinggan di atas sinki.
"Bagaimana boleh kenal dengan Azman?",tanya Ida.
Sofia terhenti seketika.Dia tidak menyangka,Ida akan bertanya tentang Azman padanya.Sofia tersenyum.Dia tahu,apabila dia menceritakan semuanya pada gadis itu,sudah pasti dia akan bertambah benci padanya.Namun,lebih baik Sofia berterus terang daripada terus merahsiakan segalanya pada Ida.
"Panjang ceritanya.Tapi tak mengapa.Biar Sofia ceritakan pada Ida.Tapi,Ida janganlah pula simpan kat hati ye.Sofia dah insaf dan menyesal atas semua perbuatan Sofia tu",jelas Sofia.
Dia menyambung kerjanya semula.
"Ida tak akan marah ataupun terasa hati.Ida cuma nak tahu je",jawab ida.
"Sebenarnya begini.Sofia berkenalan dengan Azman disebuah kelab malam.Bermula hari itu,Sofia dan Azman kerap kali berhubung.Sofia tak tahu pun kalau Azman tu dah beristeri.Dan pada akhirnya Azman mengakui semuanya.Pada masa yang sama,Sofia hanya mendekati Azman kerana Azman seorang lelaki yang kaya.Apa yang Sofia inginkan hanyalah duit dari Azman.Akibat tamak dengan duit,Sofia butakan semuanya,tak kisah andainya Azman sudah berumahtangga asalkan Sofia terima banyak duit dari Azman.Kerana perasaan tamak sofia, perasaan ingin memiliki Azman sepenuhnya mula timbul dihati,dan pada masa yang sama,Sofia tak fikirkan rumahtangga Azman akan hancur hanya kerana Sofia.Namun perasaan menyesal lama kelamaan mula hadir di diri Sofia sehinggalah terjadinya kemalangan itu.Dan saat Sofia sedar dari kemalangan itu,Sofia gembira kerana Allah masih beri Sofia waktu untuk berubah.Sofia sangat menyesal atas apa yang telah Sofia lakukan.Apa yang paling Sofia tak sangkah,Sofia akan bertemu dengan isteri Azman secara nyata.Tapi apa yang paling Sofia sesali,bertemu dengan Ida dengan keadaan rumahtangga Ida yang kucar kacir.Sofia sangat menyesal",jelas Sofia.
Ida hanya diam mendengar cerita dari Sofia.
Hatinya hiba namun,dia juga tak menyalahkan Sofia.Semua itu atas kehendak Allah.Apa yang terjadi merupakan takdir Allah.Dan sudah pasti ada hikmah disebalik yang telah terjadi.
"Ida marah kat Sofia ke?",tanya Sofia apabila melihat kebisuan Ida.
Sofia menghampiri Ida sebaik sahaja selesai mencuci semua pinggan mangkuk yang telah digunakan.Dia lantas duduk disisi Ida.Digengamnya erat jari jemari Ida.
"Maafkan aku Ida.Aku dah banyak buat salah pada Ida",ucap Sofia sayu.
Ida memandang Sofia sambil tersenyum.
"Semuanya atas kehendak Allah.Apa yang berlaku ada hikmahnya.Ida tak marah pada Sofia.Semua tu salah Azman kerana tak menjaga pandangannya.Ida dah lama maafkan Sofia.Ida juga punya kesilapan",jawab Ida lembut.
"Sofia akan perbetulkan semua kesilapan ini.Sofia berjanji akan kembalikan semuanya seperti pada awalnya.Sofia berjanji",kata Sofia bersungguh-sungguh.
"Tak pe Sofia.Biar masa tentukan segalanya.Andai jodoh itu milik Ida dan Azman,sejauh manapun kami terpisah,hubungan ini pasti kekal dan akan bersama jua akhirnya.Dan andai kata jodoh antara Ida dan Azman sampai disini sahaja,Ida redha.Akan ada bahagia juga akhirnya.Sofia,andai Allah takdirkan jodoh Sofia dan Azman,Sofia terimalah.Azman sebenarnya lelaki yang sangat baik.Mungkin Ida bukanlah pasangan yang terbaik buat Azman,dan sebab itulah Allah pertemukan Sofia dan dia.Semua ini sudah ditulis dari awal lagi",jelas Ida lembut.
"No Ida.Sofia tak ada perasaan pada Azman.Apa yang dah berlaku tu,semuanya kesilapan.Bukan jodoh.Sofia ada pilihan hati Sofia sendiri.Insyaallah,Azman akan kembali pada Ida lagi.Sofia janji.Sofia akan kembalikan semuanya seperti sedia kala",kata Sofia bersungguh-sungguh.
"Tak mengapa Sofia.Ida bahagia sekarang.Memiliki Sofia dan ibu Sofia sebagai ahli keluarga Ida.Itu dah mencukupi buat Ida dan akan Ida kenangi sampai ke akhir hayat Ida",jelas Ida lagi.
Senyuman dibibirnya masih tetap terukir,walaupun hakikatnya masih tersimpan luka yang amat dalam dan pedih.
Ida tahu,semuanya akan sembuh seiring waktu berjalan.
"Okaylah Sofia,Ida masuk tidur dulu.Nak rest awal.Esok Ida masih ada review kat klinik.Nanti,bolehlah Sofia temankan Ida",kata Ida.
"InshaAllah boleh.Takpelah,Ida pergilah rehat.Rehatvyang cukup tau.Biar baby kat perut tu sihat,ibunya juga sihat",jelas Sofia.
Ida tersenyum.
"InshaAllah.Ida pergi dulu ye",kata Ida meminta diri.
"Baiklah, hati-hati naik tangga tu.Takut jatuh",pesan Sofia.
"Terima kasih Sofia.Selamat malam",ucap Ida.
Dia lantas meninggalkan Sofia yang masih duduk di kerusi meja makan itu.
********
Chak menarik nafas lega sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang Heathrow London.Kali kedua menjejakkan kaki ke kota itu.Senyumannya terukir walaupun badan terasa letih setelah berjam-jam berada di dalam kapal terbang.
"Welcome back Chak.Tapi kali ini bukan untuk sambung belajar,tapi untuk mengejar cinta awak"bisik Chak perlahan.
"Tunggu aku Syah,tunggu aku untuk meluahkan perasaan cinta aku ni pada awak di kota ini.Biarlah tanah London jadi saksi cinta aku pada awak syah.Akan aku jejaki walau dimana pun awak berada.Asalkan aku memiliki dirimu Syah",kata Chak lagi,penuh semangat.
Dilihat jam ditangannya.Sudah hampir subuh.
"Aku kena cari hotel yang berhampiran.Aku kena rehat yang cukup agar pencarianku ini berjalan dengan lancar",bisik Chak lagi.
Dia menari bagasinya dan mencari teksi.Dihatinya saat ini hanyalah mencari hotel dan melelapkan mata walau sekejap.Chak mengatur langkah ke arah barisan teksi sewaan untuk disewanya mencari hotel yang berhampiran.
*********
Awal pagi lagi,Natasha sudah bangun.Entah mengapa hari ini,Natasha berasa sangat segar.Semangatnya yang dahulu pudar kini kembali bersinar.Semalam dia sudah menceritakan segalanya pada ibu dan ayahnya.Dan dia juga sebenarnya tidak menyangka penerimaan keluarga Jhon terhadap bantahannya mengenai rancangan pernikahan mereka diterima baik oleh mereka walaupun syarat yang diberikan oleh mereka agak sukar untuk ditunaikan oleh Natasha.Waktu yang diberi begitu singkat,namun Natasha sudah memasang cara untuk menjayakan rancangannya itu.
"Aku akan berbincang dengan Chak perkara ini.Aku berharap agar Chak menyetujuinya walaupun terpaksa menandatangani kontrak pernikahan dengan Chak.Dan aku amat berharap agar Chak menyetujuinya",bisik Natasha perlahan.Natasha menyisir perlahan rambutnya.Direnung wajahnya dibalik cermin.Wajahnya beberapa hari sebelumnya tampak tidak bermaya,kini Natasha mula merasakan wajahnya pagi itu agak berseri-seri.
"Dah lama kau tak tersenyum manis seperti ini Syah.Dan inilah saatnya untuk mengembalik keserian wajah yang selama ini hilang.Awak pasti mampu hadapi apa jua rintangan yang akan kau lalui lepas ni",kata Natasha memberi semangat pada dirinya sendiri.
"Aku berharap kau tidak menukar no phone awak Chak.Please,bantu aku untuk keluar dari masalah yang aku hadapi saat ini.Hanya kaulah satu-satunya harapan yang aku ada saat ini.Dan aku berharap kau menerimanya walaupun dihati kau sedikit pun tiada perasaan untuk aku.Dan aku berjanji,semuanya akan berakhir jua sehinggalah segalanya selesai.Setelah itu,awak bebas untuk tinggalkan aku.Aku berjanji tak akan halang kau untuk terus berada disisi aku.Apa yang penting bagi aku, pernikahan aku dan Jhon tak akan berlaku",kata Natasha lagi.
Dia memperkemaskan rambutnya sebelum turun untuk bersarapan pagi bersama keluarganya.
*******
Share this novel
hi dear. tqvm update