Telefon rumah berdering beberapa waktu.Mak Tam yang sedang menyapu di halaman rumah tergesa-gesa berlari ke dalam untuk menyambut telefon.
"Hello",jawab Mak Tam sebaik mengangkat telefon.
"Hello,ini dari unit kecemasan Hospital besar Kuala Lumpur.Boleh saya bercakap dengan keluarga En.Zafran?".
"Okay,tunggu sekejap ye cik",jawab Mak Tam.
Mak Tam meletakkan gagang telefon di sudut meja sebelum bergegas menaiki tangga ke tingkat atas.Namun sebelum sempat menaiki tangga,Datin Aida dan Dato' Mazlan sudah ada di hadapannya.
"Kenapa mak Tam.Tergesa-gesa ni nak pergi mana?",tanya Datin Aida hairan.
Dato' Mazlan tidak mengendahkan Datin Aida dan Mak Tam,dia lantas berlalu dan duduk di sofa dan memasang televisyen.
"Ada panggilan dari hospital.Katanya nak bercakap dengan keluarga En.Zafran",jawab Mak Tam.
"Dari Hospital?.Emmm tak pelah.Biar aku jawab.Kau pergi sambung kerja kau balik",arah Datin Aida sambil berlalu untuk mengangkat telefon.
"Hello,saya Datin Aida ibu kepada En.Zafran.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?",tanya Datin Aida.
"Owh hello Datin Aida.Saya jururawat yang diarahkan untuk menelefon no ni.Saya nak maklumkan bahawa anak Datin,En,Zafran terlibat dalam satu kemalangan sebentar tadi.Dan sekarang,anak puan masih dalam ICU.Boleh Datin datang ke hospital sekarang untuk tandatangan borang persetujuan untuk pembedahan?",kata Jururawat tersebut.
"Astaghfirullah haladzim.Anak aku kemalangan.Baikalah,saya datang sekarang",jawab Datin Aida.
Dia lantas meletakkan ganggang dan berlari menemui Suaminya.
"Awak.Zaf",kata Datin Aida.
Dia memegang dadanya.Airmata mengalir deras di pipinya.Dato Mazlan yang sedang menonton televisyen lantas berdiri menghampiri isterinya.
"Kenapa nI?.Kenapa dengan Zaf?",tanya Dato' Mazlan.
Dilihatnya wajah pucat isterinya.Hatinya tiba-tiba resah.
"Zaf,Zaf kemalangan",tangis Datin Aida.
"Astaghfirullahhaladzim.Bila?.",tanya Dato' Mazlan bimbang.
"Baru tadi awak.Zaf ada dalam ICU sekarang",kata Datin Aida.
Esakan tangisnya semakin kedengaran.
"Cepat bersiap.Kita berangkat ke hospital sekarang",gesa Dato' Mazlan.
Datin Aida berlari ke ke tingkat atas untuk mengambil beg tangannya.Dato Mazlan pula lantas keluar menghidupkan enjin keretanya.
Mak Tam yang baru sedang membersihkan halaman hairan memandang Dato' Mazlan yang tergesa-gesa berlari ke arah keretanya.
"Dato',ada apa ni.Kenapa nampak tergesa-gesa?",tanya Mak Tam hairan.
"Zaf kemalangan tadi.Baru sahaja dapat panggilan dari pihak hospital.Ni kami dah nak berangkat ke hospital ni.Mak Tam jaga rumah Yee",pesan Dato' Mazlan sebelum menaiki kereta.
"Baiklah Dato'.Semoga semuanya baik-baik sahaja",doa Mak Tam.
"Amin.Terima kasih Mak Tam", ucap Dato' Mazlan.
Datin Aida yang tergesa-gesa keluar dari rumah lantas berlari-lari anak ke kereta suaminya.Sebaik masuk ke dalam kereta, Dato' Mazlan lantas memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah untuk ke hospital.
******
Chak keluar dari bilik pembedahan sebaik sahaja selesai melakukan pembedahan terhadap mangsa.Datin Aida dan Dato' Mazlan lantas berlari mendapatkan Chak untuk mengetahui perkembangan keadaan Zafran.
"Doctor,bagaimana dengan keadaan anak saya?",tanya Datin Aida.
"Anak puan sekarang dalam keadaan yang stabil.Namun,tulang belakang anak puan patah.Ia disebabkan oleh hentakan yang agak kuat.Kami akan melakukan pembedahan.Namun kami ingin meminta keputusan dari pihak keluarga untuk memilih kaedah rawatan untuk anak puan tu",jawab Chak.
"Astaghfirullahalazim.Anak aku",tangis Datin Aida.Dato Mazlan lantas memeluk tubuh Datin Aida.
"Doctor,masih ada ke peluang untuk anak kami pulih seperti biasa?",tanya Dato' Mazlan.
Wajahnya penuh pengharapan.
"Peluang tu sentiasa ada.Mari kita bincang di dalam bilik saya.Saya akan tunjukkan senarai rawatan yang sesuai",kata Chak mengajak Dato' Mazlan dan datin Aida.
Dato' Mazlan dan Datin Aida lantas mengekori Chak masuk ke dalam bilik khas untuk Chak.
"Duduklah",pelawa Chak.
Dato' Mazlan menarik keluar sedikit kerusi berhadapan dengan Doctor muda di hadapannya untuk memudahkan isterinya duduk.Setelah itu,dia juga duduk di sisi isterinya.
Chak memberi sebuah risalah mengenai tulang kepada Datin Aida dan juga Dato' Mazlan.
"Kecederaan tulang yang memerlukan pembedahan sebenarnya terdiri daripada dua kategori iaitu luka patah tulang terbuka atau nama saintifiknya adalah OPEN FRACTURE dan juga luka patah tulang tertutup iaitu CLOSED FRACTURE.Jika kecederaan tulang ini berlaku,kami akan melakukan beberapa siri saringan termasuklah XRAY untuk memastikan tahap serius kecederaan",terang Chak.
Dato' Mazlan dan Datin Aida hanya mendengar penerangan daripada Doctor muda itu.
"Terdapat dua cara untuk menyambung semula tulang yang dah patah ni iaitu dengan kaedah menyambung terus tulang yang dah patah tu dengan skru ataupun plat di dalam tulang tersebut.Daru lagi dengan kaedah pemasangan kerangka besi ataupun EXTERNAL FIXATOR di luar anggota tersebut",jelas Chak lagi.
"Doc,apa kaedah terbaik untuk anak kami?",tanya Dato' Mazlan meminta pendapat.
Chak tersenyum memandang Dato' Mazlan.Dia faham kebimbangan di hati lelaki itu.Dari riak wajahnya sahaja sudah mampu mengambarkan kebimbangan di hatinya.
"Kaedah yang sering digunakan adalah dengan memasang implan penyambung pada tulang iaitu implan besi.Kaedah ini biasanya mempunyai kesan penyembuhan tulang yang lebih baik",jawab Chak.
"Ada tak apa-apa kesan atau komplikasi pada pesakit?",tanya Dato' Mazlan ingin tahu.
"Sebenarnya terdapat juga kebimbangan pada kaedah ini,iaitu jangkitan kuman terhadap pesakit.Jangkitan kuman yang dipanggil OSTEOMYELITIS.Ia boleh berlaku pada kes yang mempunyai tulang patah terbuka yang mana tulang patah tersebut terdedah pada persekitaran.Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh jangkitan pada implan yang digunakan",terang Chak.
"Tapi,ia mengikut cara kita menjaga luka dengan baik.Andai luka itu dijaga,risiko untuk mendapat jangkitan kuman akan berkurangan",tambah Chak lagi.
Dato' Mazlan dan Datin Aida mengangguk tanda faham.
"Doc,berapa lama tempoh pemulihan tulang ni?",tanya Datin Aida pula.
"Pesakit yang masih muda ,kadar penyembuhan lebih cepat berbanding pesakit yang sudah berusia.Ia juga bergantung pada anggota terbabit sama ada di bawah ataupun di atas pinggul pesakit.Tulang yang patah di bahagian atas lebih cepat sembuh berbanding tulang di bawah pinggul kita kerana ia tidak membawa beban tubuh"kata Chak.
"Tapi syukurlah,tulang belakang anak tuan dan puan patah di bahagian atas pinggul.Oleh itu,kemungkinan akan subuh cepat adalah besar.Yamg penting anak tuan dan puan harus memberi komitmen yang baik dan menjalani rawatan termasuk menghadiri sesi fisioterapi",terang Chak lagi.
Dato' Mazlan memandang isterinya dengan pandangan agak bersemangat setelah mendengar penjelasan dari Chak.
"Kalau begitu,kami pilih kaedah pemasangan implan besi untuk anak kami.Tolong la doctor,berilah rawatan terbaik untuk anak kami.Berapa sahaja kos rawatan akan kami bayar,Asalkan anak kami kembali normal seperti biasa",rayu Dato' Mazlan.
Chak tersenyumandang Dato' Mazlan.
"Insyaallah tuan,puan,pihak hospital akan berusaha semampu yang boleh untuk menyembuhkan anak tuan.Tapi buat masa ini,kami masih menjalankan beberapa rawatan khas untuk memastikan pesakit benar-benar sihat untuk melakukan pembedahan tulang",terang Chak.
"Kami berharap agar pembedahan cepat dilaksanakan.Kami nak anak kami sihat seperti sediakala",jawab Datin Aida.
"Kita doakan yang baik-baik untuk anak tuan puan.Saya turut bersimpati.Tapi nasihat saya,kuatkan semangat,kuatkan hati,tabah untuk lalui saat-saat sukar ini.Allah pasti beri jalan yang terbaik untuk keluarga tuan dan puan",kata Chak memberi kata-kata semangat.
"Terima kasih Doctor.Kalau macam tu,kami boleh ke melawat anak kami?",tanya Dato' Mazlan.
"Yes,sure.Tuan dan puan boleh melawat pesakit sekarang",kata Chak memberi kebenaran.
Dato' Mazlan dan Datin Aida lantas berdiri dan berjalan keluar dari bilik Chak ke arah wad di mana Zafran diletakkan.
*******
Natasha tersenyum membaca pesanan dari Zamri.Selepas kembali dari restoran beberapa hari yang lepas,Zamri kerap kali menghantar pesanan kepadanya.Hampir setiap hari,ada saja kata-kata yang dihantarkan kepadanya.Malah,Zamri juga kerap kali menghubungi dirinya.
"Zam,Zam, how can i forget about you.Dah la hari-hari hantar mesej, hari-hari make call.Macam mana la nak lupakan awak ni?",kata Natasha perlahan sambil menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal.
"Tak pasal-pasal bini awak mengamuk kalau dapat tau",kata Natasha.
Dia lantas meletakkan telefonnya di atas meja.Malas untuk membalas mesej tersebut.Bagi Natasha sekarang,dia hanya ingin fokus pada perniagaan ayahnya sahaja.Soal kekasih,dia sudah malas untuk memikirkannya.Dia takut andai sejarah lalu berulang sekali lagi.Perkara itu adalah yang paling tidak diingininya.Melupakan adalah perkara tersakit yang pernah dirasai oleh Natasha.Selama 3 tahun Natasha belajar untuk move on.Sukar namun kini,Natasha kini sudah mampu bernafas lega.Dia sudah mampu menerima kenyataan Zamri bukan miliknya.Zamri juga hanya menganggapnya tidak lebih daripada seorang adik.Kini Natasha bebas.Bebas untuk menikmati kehidupannya.
Tok! Tok!
Pintu diketuk perlahan.
"Masuk",panggil Natasha agak kuat agar suaranya dapat didengari.
Pintu dikuak perlahan.Milah, setiausaha daddynya sebelum ini masuk.
"Cik Natasha, mesyuarat hari ini ditangguh.Pengarah syarikat Fashion International terlibat kemalangan.Pembantunya beri makluman sebentar tadi.Nanti, tarikh mesyuarat akan di maklumkan dalam masa terdekat ni",jelas Milah.
"Laa ye ke.Bagaimana keadaan En.Zafran sekarang?",tanya Natasha sedikit terkejut.
"Tak tau la cik,tapi yang saya tau,agak teruk jugalah.Cik nak datang melawat tak?",tanya Milah.
Natasha berfikir sejenak.Setelah beberapa detik berlalu barulah dia memberi jawaban.
"Okay,petang ni rasanya aku tak berapa sibuk.Apa kata awak teman kan aku melawat En.Zafran.Tak elok juga andai tak datang menziarahi rakan kongsi terbesar kita",terang Natasha.
"Baiklah Cik,petang nanti kita datang melawat",jawab Milah.
Setelah selesai,Mila lantas keluar dari pejabat Natasha untuk menyambung semula kerjanya.
Natasha pula menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
*******
"Sibuk sangat ke hari ni?",tanya ku sebaik sahaja Chak melabuhkan punggunya di kerusi berhadapan dengan ku.
"Agak sibuk Zara.Hari ni ada kes kemalangan berlaku.Mangsa cedera teruk.Nasib baiklah segera di hantar ke hospital.Kalau tidak,belum tentu selamat",kata Chak.
Cerita Chak menimbulkan sedikit minatku untuk mendengar.Entah mengapa,aku teringin mengetahui lebih lanjut tentang kejadian tersebut.
"Laa ye ke?.So,pembedahan berjalan lancar ke?",tanyaku lagi.
"Alhamdulillah berjalan dengan lancar.Cuma,masih nak buat pembedahan implan besi,nak tukar tulang belakang mangsa yang patah",terang Chak.
"Owh.Teruk juga Yee kecederaan yang di alaminya.Harap-harap cepat sembuh.Kesian Ngan family dia.Pe lagi kalau mangsa tu dah kahwin,punya anak.Pasti sangat kasihan",luahku bersimpati.
"Memang sangat kasihan.Tadi sahaja,aku jumpa Ngan mak ayah dia.Menangis pilu mak dia tu.Mereka harap sangat-sangat agar anak mereka cepat pulih.Tapi yela,dah nak macam mana lagi kan.Allah dah tentukan semuanya.Ada hikmah disebaliknya",jawab Chak.
"Siapa nama mangsa tu?",tanyaku ingin tahu.
Chak memandangku sekilas.
"Beri aku 5 minit untuk buat pesanan makanan sayang.Lapar ni",kata Chak.
Aku ketawa mendengar kata-kata Chak.
"Oh ye.Maaf-maaf.Pesan la dulu makanan",jawabku sambil ketawa.
Chak memanggil pelayan yang berkerja di kantin tersebut.Setelah membuat pesanan makanan,Chak menyambung semula ceritanya.
"Kalau tak silap aku,namanya Zafran bin",kata Chak cuba mengingati nama ayah zafran.
Namun Chak tidak mampu mengingatinya.
Jantungku seakan terhenti saat mendengar nama tersebut.Aku memandang Chak inginkan kepastian.
"Lupa pula nama ayahnya.Tapi pembantu aku kata,dia anak Dato.Anak orang yang berpangkat tinggi",terang Chak lagi.
Hatiku berdebar kencang.
"Takkan zafran.Tidak!.aku pasti bukan dia!",bentak hatiku.
"Apa nama ayahnya Dato' Mazlan?",tanyaku serius.
Chak memandangku hairan.
"Ahh.Baru aku ingat.Tulah nama ayahnya.Kenapa ni.Awak kenal Zafran ke?",tanya Chak pelik.
Memandang wajahku yang pucat,Chak segera berdiri mendekati ku.
"Kenapa Zara.Awak ada masalah ke?",tanya Chak bimbang.
Aku lantas mencapai gelas ku yang masih dipenuhi air oren yang telah ku pesan.Aku lantas meneguknya.
"Maafkan aku Chak.Aku kena pergi",kataku sebaik menghabiskan minumanku.
Aku ingin bertemu dengan Zafran.Aku ingin melihat keadaannya.Tanpa mempedulikan Chak,aku lantas berdiri dan berlari meninggalkannya.Chak terpinga-pinga melihat aku berlari meninggalkannya.Beberapa mata juga yang memandang aku,langsung ku tak pedulikannya.Tujuanku hanya satu,ingin memastikan,lelaki itu adalah Zafran yang aku kenali ataupun hanya sama pada nama.Tapi aku sepertinya amat yakin,lelaki itu adalah Zafran.Chak juga tidak berdiam diri.Dia mengekori ku dari belakang.Dia hendak tahu mengapa aku meninggalkan dirinya dengan terburu-buru selepas mendengar nama tersebut.
"Apakah lelaki itu suaminya?",fikir Chak.
Hatinya tiba-tiba dirundung pilu.Dengan langkah longlai,Chak terus melangkah mengikuti ku sehinggalah tiba ke bilik yang dikhaskan untuk Zafran.Chak menghentikan langkahnya dan memerhatikan ku.
"Astaghfirullahalazim Zaf",kataku sebaik melihat tubuh Zafran yang terbaring lesu di atas katil.
Oksigen masih bersambung di mulutnya.Tangan dan kakinya juga dibalut.Aku hampir terjatuh melihat keadaannya saat itu.Airmataku mengalir deras di pipiku.Aku lantas menghampirinya.
Datin Aida yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat aku.
"Zara",panggil Datin Aida lembut.
Aku menoleh memandang Datin Aida.
"Mami",kataku lantas berlari memeluk tubuhnya.
Datin Aida lantas memelukku erat.
"Maafkan Zara mami.Zara dah tinggalkan Zaf begitu lama.Zara tak tahu kalau Zaf kemalangan",esakku.
Datin Aida mengusap perlahan belakangku.Airmatanya turut mengalir sama.
"Dah la tu Zara.Semua dah jadi.Tak perlu nak fikirkan lagi.Sepatutnya mami yang kena minta maaf sebab dah pisahkan Zaf dengan Zara",tangis Datin Aida.
"Mami,bagaimana keadaan Zaf.Semuanya akan baik-baik kan",kataku.
Airmata masih mengalir di pipiku.
"Kita doakan yang terbaik buat Zaf.Sekarang mami dah redha dengan apa yang dah terjadi.Mami harap,Zara pun mampu lakukan benda yang sama",pujuk Datin Aida.
Aku meleraikan pelukan ku dan memandang Datin Aida.
"Daddy mana?",tanyaku apabila menyedari Dato' Mazlan tidak bersama di ruangan tersebut.
"Daddy balik sekejap untuk ambilkan mami baju.Malam ni,mami yang akan jaga Zaf",jelas Datin Aida.
Aku hanya mengangguk faham.
"Zara kerja ke?",tanya Datin Aida apabila melihat uniform yang aku gunakan.
"Ye mami.Zara kerja dekat hospital kanak-kanak.Doktor pakar kanak-kanak",jawabku perlahan.
"Zara dah berjaya sekarang.Tahniah Zara",ucap Datin Aida bangga.
Seketika dia lupa akan kesedihan yang sedang melanda hatinya saat itu.
"Thanks mami",ucapku.
Aku melangkah mendekati Zafran.Jari jemarinya aku genggam erat.Datin Aida hanya memandang.
"Maafkan aku Zaf.Aku tak sangka,aku bertemu dengan awak dalam keadaan awak macam ni.Aku doakan agar awak cepat pulih",bisikku di dalam hati.Air mata masih terus mengalir di pipiku.Tanpa aku sedari,sepasang mata juga memandangku di balik cermin bilik tersebut.
Chak bersandar di balik pintu bilik tersebut.Sebelum ini dia tidak pernah melihat aku sebimbang itu.Baru kali inilah dia melihatnya.
"Sangat besar cinta awak pada lelaki itu Zara",bisik hati Chak.
Dadanya tiba-tiba terasa sesak.Hatinya bagai ditusuk sembilu berbisa.Dengan langkah longlai,Chak berlalu meninggalkan ruangan tersebut.
******
Share this novel