BAB37

Romance Series 57282

Hujan dan guruh berdentum malam itu.Bekalan elektrik juga turut terputus.Aku yang sedang tidur terjaga apabila mendengar bunyi guruh di langit.Bekalan elektrik yang terputus juga benar-benar membuat aku takut.Aku segera meraba-raba Zafran di sebelahku.Namun kosong.
"Zafran belum balik ke?",bisikku perlahan.
Hujan di luar masih sangat deras.Perasaan takut menyelubungi diriku.
"Kenapa tak balik lagi?.Dah la mama dan papa dah balik kampung pagi tadi.Ni jumpa client pun lama sangat",rungutku.
Aku lantas mencapai telefon ku.Melihat jam.
Jam menunjukkan jam 10 malam.Aku segera memasang lampu dari telefonku.Dengan perlahan aku cubaem ari sebatang lilin di dalam laci almari kiranya ada.Petir yang kuat membuatku terkejut.Aku lantas terduduk dan memeluk lutut ku.Hatiku jadi resah.Air mata mula berlinangan.Sebelum ini,aku tak pernah ditinggalkan seorang diri dalam cuaca buruk.Suara esakan mula kedengaran.Aku benar-benar takut.
"Zara"panggil Zafran lembut setelah pintu bilik dikuak.
Aku memandang zafran yang sedang berdiri di muka pintu.Aku lantas berlari memeluknya.Zafran hampir terjatuh apabila tubuhku mendakapnya erat.Tangisan ku mula menjadi-jadi.Semakin lama semakin kuat.Aku benar-benar takut.
"Kenapa ni?",tanya Zafran hairan.
Dia juga memelukku erat.
"Aku takut.Kenapa balik lambat?"tanyaku dalam tangis.
"Aku dah balik dari tadi sayang.Ni turun ke dapur ambil lilin",terang Zafran.
"Tapi,aku cari tadi tiada",luahku.Perasaanku sedikit tenang apabila berada di pelukan Zafran.
"Sayang,tadi aku balik,awak sedang tidur.Tak sampai hati nak kejut.Lepas mandi tadi,lampu mati.Tulah turun ambil lilin",terang Zafran.
Aku hanya diam mendengar kata-katanya.
"Maaf sayang",kata Zafran.
Dia mencium lembut di ubun-ubunku.Aku hanya membiarkannya.Tidak menolak.Zafran memelukku erat.Zafran seakan terbuai apabila tubuhku dengan dirinya begitu dekat.Hatinya membara.
"I love you sayang",bisik Zafran lembut menyapa telingaku.
"Love you too sayang",jawabku.
Aku juga tidak mengerti,mengapa aku harus menjawab kata-kata Zafran.Aku tidak pernah merasai perasaan seperti saat itu.Mendambakan dirinya.Wangian dari minyak wangi Zafran benar-benar membuai perasaanku.Zafran juga sama berkeadaan seperti diriku.Dia mula mencium pipiku perlahan.Aku juga tidak menolaknya.Yang aku tahu,saat itu juga,aku ingin dia membelaiku,menyayangiku.Hujan yang lebat di luar seperti memahami perasaan aku dan Zafran saat itu.Malam semakin sepi,yang ada hanya rasa cinta yang sedang membara di antara aku dan Zafran.Malam itu,menyaksikan penyatuan aku dan Zafran dalam erti kata yang sebenar.Belaian dari Zafran benar-benar membuat aku terbuai sehinggalah aku sendiri tidak menyedari bila saatnya aku terlelap.

Sinaran mentari pagi menganggu tidurku.Aku membuka mataku perlahan-lahan.Silauan dari cahaya matahari sangat menyilaukan mata.Dengan perlahan aku meraba-raba Zafran di sebelahku.Namun kosong.Aku lantas bangun,melihat sekeliling.Aku segera mencapai telefon bimbitku melihat jam.
"Oh my god.Dah jam 9 pagi!.Dah lewat nak masuk kerja", bisikku.
"Zafran pun satu,tak bangunkan aku pagi tadi",rungutku di dalam hati.
Aku lantas bangun untuk membersihkan diri namun belum sempat aku berdiri,telefon bimbitku berdering.Aku lantas mencapai telefonku dan melihat nama Zafran terpapar di screen telefonku.

"Morning sayang",ucap Zafran sebaik aku menjawab panggilannya.
"Morning too.Napa tak kejut aku pagi tadi.Tengok dah lewat bangun",rungutku.
Dengan perlahan aku mengutip baju tidurku di atas lantai dan meletakkan di atas katil.
"Tak sampai hati kejut.Lena betul aku tengok.Lagipun,biar sayang rehat je hari ni",terang Zafran.
"Kalau pun bagi cuti,kejutkan lah,boleh aku sediakan sarapan",luahku sambil mencapai tuala di tepi katil dan menutup tubuhku yang terdedah.
"Tak pe,aku tau sayang penat.Pa pun thanks sayang",ucap Zafran.
"For what?",tanyaku hairan.
"For the night.Sayang begitu cantik semalam", usik Zafran.
Secara tak sengaja aku dirundung malu mendengar usikan Zafran.
"Ishhh awak ni.Tak payahlah nak cakap pasal semalam",kataku.
Aku tidak ingin Zafran mengingatkan ku tentang apa yang sudah terjadi antara aku dan dia semalam.
"Nak malu apa,aku kan suami sayang.Lagi pun wajarlah untuk itu.Boleh la lepas ni kita ada baby",usik Zafran lagi.
Aku mengetip bibirku geram.
"Stop it Zaf.Awak kerja lah dulu.Nanti tengahari balik makan Yee.Aku masak",kataku mengubah topik perbualan.
Terdengar Zafran ketawa di balik telefon.Aku menjadi lebih geram mendengarnya.
"Yela sayang.Sayang rest banyak-banyak pagi ni.Nanti malam ni sayang penat lagi",usik Zafran lagi.
"Apa awak cakap ni.Ehh dah la,jangan cakap lagi.Kalau orang dengar macam mana.Malu nanti",marahku.
"Nak malu apa sayang.Itu kan wajib ada di antara pasangan suami isteri.Dorang yang sibuk ambil tau hal rumahtangga orang lain tu cemburu namanya", balas Zafran tidak mau mengalah.
"Yela,yela awak menang.Aku nak mandi.Nanti jangan lupa tengahari nanti balik teman aku makan",kataku cuba mengingatkannya.
"Ye tengahari nanti aku balik teman sayang makan.Tapi sayang kena janji",usik Zafran lagi.
"Janji apa?",tanyaku hairan.
"Janji tengahari nanti sayang kena cantik-cantik,lepastu aku nak sekali lagi boleh?",tanya Zafran masih mengusik ku.
"Awak ni kan.Mengarut je.Boleh tak serius sikit.Jangan la main-main.Dah la,aku nak mandi",kataku.
"Yela-yela.Jangan lah marah.Nanti tengahari,aku balik teman sayang makan okay",pujuk Zafran.
Aku tersenyum mendengarnya.
"Aku tunggu awak.Bye",ucapku dan lantas mematikan panggilan.
Aku malas untuk mendengar Zafran mengada-ngada dalam telefon.Kalau dilayan karenah Zafran,mungkin sampai ke petang perbualan tak akan terhenti.Aku lantas meletakkan telefonku ke atas meja dan berlalu untuk membersihkan diri.

********

Sudah semalaman Zamri berusaha menelefon Natasha.Entah sudah keberapa kalinya panggilannya tidak pernah dapat.Yang ada hanya peti simpanan suara.Zamri hairan.Sebelum ini,gadis itu tidak pernah untuk menolak panggilannya.Zamri mengeluh perlahan.Perkenalannya dengan Natasha hampir 2 bulan berlalu.Sepanjang tempo berkenalan,Zamri sudah mengenali sedikit sebanyak tentang gadis itu.Natasha memang seorang gadis yang baik.Tidak perna menyombong diri.Walaupun sikapnya agak keras seperti tomboy,namun Zamri senang.Dalam kerasnya,masih jelas terlihat lembut.Sikap manja Natasha sememangnya amat menghiburkan Zamri.Jika dibandingkan dengan Sofia,Natasha lebih ikhlas mempamerkan sebuah perhubungan.Sofia pula,walaupun sudah lama mengenalinya,malah mempunyai rasa cinta terhadap gadis itu,namun dia tidak pernah menatap matanya dengan tatapan cinta.Malah,Zamri tau,Sofia sememangnya tidak pernah mempunyai perasaan sedikit pun terhadap dirinya.Dia hanya memerlukan Zamri ketika dirinya terasa sepi.Kadangkala,Zamri sendiri rasa bodoh bila bersama dengan sofia.Malah Zamri sedar andai selama ini,dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.Oleh kerana buta akan cintanya terhadap Sofia,dia cuba membuang jauh perasaan sakit bila terkadang Sofia bercerita tentang lelaki lain dihadapannya.Prinsip Zamri,selagi Sofia tidak bernikah dengan lelaki itu,dia masih berpeluang untuk memilikinya,sehinggakan Zamri sanggup untuk melakukan perkara yang sepatutnya tidak dia lakukan semata-mata untuk memiliki gadis itu.Namun,bagaimana pun cara yang dilakukannya itu tidak pernah membuahkan hasil.Sofia masih tetap memburu jejaka idamannya itu.Setelah mengenali Natasha,Zamri sudah mampu untuk melupakan Sofia.Namun,dia juga tidak menafikan,kadang kala perasaan rindu sesekali menyelubungi jiwanya.Hanya natashalah tempat dia melepaskan kesepian jiwanya.Namun entah mengapa,sejak semalaman gadis itu menyepi.Zamri berusaha memerah otaknya memikirkan apa kesilapan yang sudah dia lakukan.Namum rasanya tiada.Akhirnya Zamri menghela nafas berat.Di simpannya semula telefon ke poket belakang seluarnya.
"Napa ni bos.Gelisah je?",tegur Joe pekerja Zamri apabila melihat bosnya itu asyik membelek-belek telefonnya sahaja.
Zamri memandang Joe sekilas.
"Tak tau la Joe.Natasha ni.Aku pening betul la,tak de angin,tak de ribut,tetiba je tak boleh dihubungi dari semalam lagi.Nak kata aku ada buat salah,rasanya takde kot",jelas Zamri sambil menggaru-garu kepalanya bingung.
Zamri menghela nafas berat.
"Cuba bos fikir betul-betul,manalah tau bos ada buat dia tersinggung tanpa bos sedari",kata Joe memberi pendapat.
Zamri mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Memang tak de.Petang kemarin okay je.Siap ajak aku ke parti hari jadinya lagi",terang Zamri.
"Ntah lah bos.Biasalah orang perempuan ni,suka sangat merajuk",kata Joe.
"Nak merajuk apa pula.Bukannya aku ada sakitkan hati dia pun",kata Zamri membela dirinya.
"Apa kata bos jumpa dia.Tanya dia betul-betul,apa masalahnya.Selesai masalah",kata Joe memberi pendapat lagi.
"Ye,tu je jalannya.Tapi nak jumpa kat mana.Rumah dia pun aku tak tau",kata Zamri bingung.
'Laa ye ke.Pe la bos ni,rumah awek sendiri pun tak tau.Adoiiii", sindir Joe.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Bukan awek la.Kawan",kata Zamri memberi penerangan.
"Laa,ingatkan awek tadi.Ni duk gelisah semacam je aku tengok.Ingatkan buah hati yang merajuk,rupanya kawan je",usik Joe.
Zamri tersenyum tawar memandang pekerjanya itu.
"Tapi kan bos,aku hairan lah Ngan budak Natasha tu.Pompuan tapi style lelaki je aku tengok.Tak pernah tengok dia lepas snow cap dia tu.Aku pun teringin juga tengok dia macam mana.Mesti cantik.Dah la kulit ala-ala orang putih"Puji Joe.
Zamri hanya tersenyum.Sebenarnya dia juga teringin sangat melihat wajah asli Natasha.Namun gadis itu sentiasa memberi alasan kepadanya apabila sahaja dia menyuarakan hasratnya untuk melihat dirinya tanpa snow cap.
"Entahlah Joe,Natasha ni misteri betul.Dia selalu kata,dia malu.Lagi satu dia kata,dia takut apabila nanti aku melihatnya,aku berkemungkinan akan tinggalkan dirinya.Aku bingung betul lah dengan dia ni',kata Zamri menyuarakan rasa hatinya.
"Mungkin dia berpenyakit kot.Ataupun kepala dia botak.Tak boleh tumbuh rambut",teka Joe.
Zamri memandang Joe agak tajam.Tidak menyukai kata-kata yang baru di dengarinya sebentar tadi.
"Awak ni,tak boleh la cakap macam tu.Kita tak boleh nilai seseorang dari sudut luarannya je tau.Dia buat macam tu pasti bersebab.Lagibpun,dia pernalah juga cerita kat say dulu,dia cakap,kerana kekurangannya,dia menjadi bahan ejekan di sekolah.Tiada siapa yang nak berteman dengannya.Tu lah dia jadi macam tu",terang Zamri.
Joe hanya menganggukkan kepalanya faham.
"Gadis tu kaya ke.Aku tengok,biasa je.Tapi,boleh pakai kereta mewah,Dah tu,siap bodyguard lagi.Aku tertanya-tanya siapa gadis ni sebenarnya",luah Joe.
"Iss awak ni Joe.Suka sangat ambil tau pasal orang lain.Tak baik tau.Dah!,lebih baik awak sambung kerja awak tu,aku nak keluar.Nak beli barang",kata Zamri.
Joe hanya menurut.Tidak menjawab kata-kata Zamri lagi.Takut tersalah kata,jadi marah bosnya nanti.

*******

"Mami tengok,Sofia agak berisi sekarang,makin tembam",puji Datin Aida sambil memandang Sofia yang sedang menikmati makanan di hadapannya itu.
Seketika wajah Sofia bertukar menjadi kemerahan apabila di tegur seperti itu.
"Laa ye ke.Mungkin sebab Sofia sekarang ni kuat makan kot",kata Sofia cuba menyembunyikan kenyataan sebenar.
Dia juga mengakui kalau,selera makannya kebelakangan ini amat kuat berbanding sebelumnya.Berat badannya juga senang bertambah.
"Yee,Makin cantik mami tengok.Sofia makan vitamin ke sekarang ni?",tanya Datin Aida.
Dia benar-benar hairan melihat badan Sofia yang semakin berisi.
"Tak juga mami.Tapi, akhir-akhir ni,Sofia memang kuat makan.Pe lagi nampak makanan pedas-pedas",jelas Sofia.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Tapi,jangan lah terlalu gemuk nanti.Mami kira nak suruh Zafran pilih Sofia jadi model baju untuk program yang akan dilaksanakan nanti",kata Datin Aida.
Tangan Sofia yang lincah menyenduk makanan di pinggannya lantas terhenti.Dia memandang Datin Aida ingin kepastian.
"Betul ke mami.Mami tak tipu kan?",tanya Sofia.
Hatinya melonjak gembira.Datin Aida tersenyum memandang menantu pilihannya itu.
"Mami nak tipu buat pe.Mami nak Sofia ada waktu program tu.Masa tu lah kita jayakan rancangan kita.Lagi pun,mami dah penat sangat berpura-pura depan Zara tu.Naik muak mami rasa",luah Datin Aida.
Sofia tersenyum bahagia.Dia lantas mengenggam jari jemari Datin Aida.
"Thanks mami.Love you so much.Sofia tak tahu nak kata apa.Tapi,Sofia akan buat yang terbaik demi rancangan kita",kata Sofia penuh azam.
"Do the best sayang"ucap Datin Aida.
Matanya dan Sofia saling berpandangan.
"Yes mami.I will do the best sampai Sofia mampu singkirkan perempuan kampung tu dari hidup Zafran",kata Sofia.
"Nanti,masa tu,mami akan buat supaya Zara tak hadir masa program tu berlangsung okay.Selebihnya,Sofia kena uruskan sendiri",terang Datin Aida.
"Beres mami",kata Sofia.
Sebuah senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
"Dah,habiskan makanan tu, nanti mami nak bawa Sofia pergi spa.Hari ini mami nak sponsor bakal menantu mami ni",kata Datin Aida.
Sofia bersorak gembira.
Dia lantas menghabiskan makanannya.

Share this novel

Angah Ajalah
2020-03-26 13:14:08 

bila nak update ni..pleas..tak kan ct juga..haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience