BAB56

Romance Series 57282

Entah mengapa malam ini amat sukar untuk aku lelapkan mataku.Misya pula sudah lama di buai mimpi indah.Hanya akulah sahaja yang masih berjaga saat itu.Aku tak tahu mengapa kata-kata Zafran petang tadi sangat menganggu fikiranku.Hatiku sayu saat melihat wajah polos milik Misya sebentar tadi.Aku seakan-akan tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar kepadanya.Aku sangat takut andai keceriaan yang terpamer di wajahnya berganti duka.Namun aku sedar,aku harus memberitahu segalanya padanya kerana itu adalah kewajipanku.Aku tidak seharusnya merahsiakan kepada misya kerana aku tahu,satu saat nanti Misya memerlukan ayah kandungnya juga.Aku meraup wajahku berulang kali.Otakku ligat mencari jalan penyelesaian.
"Apakah aku harus meminta pertolongan pada Chak untuk memberi penerangan pada Misya nanti?.Tapi,apakah Chak akan membantuku?.Apa pula perasaannya nanti?.Kecewakah Chak?",bisikku perlahan.
"Tapi,Chak perna menyuruh aku untuk menjelaskan semuanya pada Zafran dan Misya.Mustahil untuk dia menolak",pujukku di dalam hati.
Hatiku buntuh.
Mengingatkan pada Chak,aku benar-benar rasa bersalah.Harapannya untuk bersamaku amat mengunung.Sudah berulang kali Chak meluahkan perasaanya kepadaku.Dia benar-benar ikhlas untuk menyuntingku menjadi suri hidupnya,namun apakan daya,diriku masih menjadi bunga di taman Zafran.Jujur aku tidak menolak andainya Allah takdirkan jodohku bersama dengan dirinya.Namun aku tahu,amat mustahil untuk aku bersama dengan dirinya.Apatah lagi aku masih sah bergelar isteri orang.Aku tidak boleh mementingkan diriku sendiri.Aku harus menyelesaikan segalanya.Chak berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.
Aku memejamkan mataku perlahan.Cuba melupakan sebentar masalah yang sedang aku hadapi.
"Ya Allah,apa yang harus aku lakukan saat ini.Kau berikanlah aku petunjuk untuk menyelesaikan segalanya", doaku perlahan.
Tiba-tiba wajah ibu menjelma di fikiranku.
Aku lantas bangun.
"Sudah lama aku tak berbual dengan ibu.Rindu rasanya",bisikku di hati.
Aku lantas mencapai telefon bimbitku dan lantas mendail nombor telefon ibu.Aku berharap selepas berbual dengan ibu,aku mampu melelapkan mataku.
"Asalamualaikum Zara",ucap ibu sebaik sahaja panggilan ku di terima.
"Walaikumsalam mama.mama apa khabar?", tanyaku.
Bahagia rasanya saat mendengar suara lembut ibu.
"mama sihat.Ada apa call mama malam-malam ni?.Kenapa tak tidur lagi?.Zara ada masalah ke?",tanya ibu.
"Zara rindu mama",luahku cuba menyembunyikan masalahku.
"mama kenal dengan anak mama.Zara tak akan call mama larut malam macam ni kalau Zara tak ada masalah.Cuba cerita,mana tau mama dapat membantu",kata ibu.
Aku menarik nafas panjang.Aku tahu ibu mampu membaca fikiranku saat itu.
"Tak tau la mama,tapi ada perkara yang membuatkan Zara runsing dan tak tahu nak buat pe",jelasku.
"Cuba ceritakan pada mama.Biar mama dengar dulu,kalau mama mampu bantu, InshaAllah mama bantu", jawab ibu lembut.
"Hari ni,Zafran ekori Zara ke sekolah Misya.Zara tak tahu dari mana Zafran dapat tahu tentang Misya.Apa yang Zara tahu,sekarang Zaf nak menuntut haknya terhadap misya.Zaf tanya Zara tentang Misya,Zaf ugut zara,dia kata akan ambil tindakan andai Zara tak berterus terang.Zara terpaksa beritahu segalanya pada Zafran",luahku.Ayatku terhenti saat itu.
Hatiku sebak.
"Zafran nak Zara dan Misya kembali ke pangkuan dia.Masalahnya sekarang,Zara tak ready lagi nak beritahu pada Misya.Zara takut Misya tak boleh terima kenyataan",luahku.
Aku dengar nafas ibu di hujung talian.Aku tahu,ibu juga berfikir saat itu.Seketika suasana menjadi sepi.Tiada kata yang keluar dari mulutku mahupun ibuku.
"Zara tak tahu nak buat apa sekarang ni?",luahku perlahan.
"Zara,pada pendapat mama,sudah sampai masanya Zara kena beritahu Misya hakikatnya yang sebenar.Misya masih kecil lagi,mudah sangat untuk dia terima.Tapi mama rasa,Misya mampu terima",kata ibu cuba meyakinkan diriku.
"Tapi ma,Zafran nak Zara dan Misya tinggal bersama.Tu Zara tak mampu terima lagi",luahku.
"Zara,syurga tu terletak di bawah tapak kaki suami tau.Cara Zara sekarang ni salah.Sebesar apa pun kesilapan yang pernah Zafran lakukan,Zara kena beri dia peluang untuk menebusnya.Zara sendiri tahu Zafran tak salah sama sekali.Dia jadi mangsa keadaan,Zara tak berhak menghukum Zafran seperti yang Zara lakukan sekarang ni",nasihat ibu.
Aku terdiam.Kata-kata ibu ada benarnya.Hanya akulah sahaja yang masih belum mampu menerima hakikat atas apa yang telah terjadi sebelumnya.
"Entah lah ma,banyak yang dah Zara lalui sebelum ini.4 tahun berpisah dengan zafran,dah banyak sangat yang berubah.Entah mengapa Zara lebih selesa hidup berdua bersama Misya.Zara dah buktikan Zara mampu walaupun tanpa Zafran disisi",jawabku.
"Zara tak boleh pentingkan diri Zara je.Fikirlah masa depan Misya.Dia memerlukan ayah dia.Zara nak ke anak Zara tu langsung tak mengenali ayah kandungnya sendiri.Bila sampai masa Misya berumah tangga kelak,apa Zara kan jawab pada misya?",tanya ibu.
Ibu sepertinya tak berpuas hati dengan jawaban yang aku berikan padanya.
"Zara tau tak,apa yang Zara buat ni sebenarnya salah?.Zara hanya fikir situasi yang akan terjadi sekarang,tapi Zara tak fikirkan kesannya yang mendatang.Dah lah Zara,buang perasaan sakit hati tu,selagi Zara teruskan,selagi itu lebih ramai hati yang akan terluka.Dan yang paling menerima kesannya adalah anak Zara sendiri.Buanglah ego tu sedikit",nasihat ibu lagi.
Aku menarik nafas berat.Semua yang dikatakan oleh ibuku semuanya benar belaka.
"Beri peluang pada Zafran Zara.Ibu tahu perasaan Zara saat ini.Ibu tahu,sebenarnya Zara bimbang kan?.Menerima Zafran bererti Zara akan melukai hati Chak?",duga ibuku.
Aku agak tersentak.Aku hairan mengapa ibu mampu membaca apa yang ada di hatiku sebenarnya.
"Zara,Zafran itu ayah kandung Misya,manakala Chak hanyalah insan yang memberi Misya kasih sayang seorang ayah selama ini.Namun yang lebih berhak pada Misya adalah zafran.zara tak boleh nafikannya.Andai Zara ingin bersama Chak,jujurlah pada Zafran,namun jangan pernah menghalangnya untuk mengenali Misya",tegur ibu.
"Zara dan Chak hanya kawan ibu.Tak lebih dari itu.Cuma kadang kala,perasaan bersalah pada Chak bersarang di hati ini.Chak lelaki yang cukup baik di hidup Zara.Namun itu tak bermakna zara mencintai Chak.Namun,Misya sangat sayangkan Chak.Itulah yang membimbangkan hati Zara sebenarnya",terangku.
Ibu tertawa tiba-tiba.
"Zara,Zara.Menerima Zafran tidak memutuskan hubungan antara Chak dan Misya.Begitu juga andainya Zara memilih Chak.Hubungan itu tidak akan jua terputus.Malah Misya sebenarnya amat bertuah kerana memiliki dua orang ayah yang sangat menyayangi dirinya.Walaupun Chak bukan ayah kandungnya, tapi dia yang dahulunya memberi kasih sayang seorang ayah pada Misya",terang ibu.
Dia cuba menyenangkan perasaan ku saat itu.
"Terima kasih mama.Zara akan cuba cari jalan yang terbaik antara kami semua.Zara janji akan selesaikan semuanya",jawabku.
Hatiku sedikit terasa lega setelah mendengar sedikit nasihat dan pendapat daripada ibuku sebentar tadi.
"Itu adalah jalan terbaik untuk Zara.Apa jua keputusan Zara,ibu akan sokong zara.Fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan",pesan ibuku lagi.
"Ye mama.Okay lah mama,dah lewat sangat ni.Zara kena bangun awal esok.Sorry lah ganggu mama malam-malam ni",ucapku.
Ibu tersenyum.
"Tak mengapa.Mama sebenarnya gembira sangat bila Zara call mama.Sekurang-kurangnya mama tahu perkembangan Zara dan Misya.Sampaikan salam mama pada Misya Yee.Cuti nanti bawalah Misya balik kampung.Rindu sangat mama dengan cucu mama seorang tu",kata ibuku.
"InshaAllah mama.Zara dan Misya pasti akan balik juga",jawabku.
"Dah,pergilah tidur.Nanti lewat pula bangun esok".
"Baiklah mama.Asalamualaikum.Kirim salam pada ayah dan adik",kataku memberi pesan sebelum menamatkan panggilan.
Setelah ibu menjawab salam,panggilan lantas diakhiri.Aku lantas menyimpan telefon bimbitku di atas meja dan bersiap untuk tidur.

*****

Natasha memutar-mutarkan pen di atas mejanya.Fail-fail dihadapannya yang bertimbun langsung tidak diusiknya.Mood untuk menyemak semua fail tersebut langsung tiada.Sudah beberapa hari perasaan bersalah meruntun di hatinya.Perkara itu benar-benar menganggu fikirannya.Entah mengapa tindakannya menceritakan perihal Misya pada Zafran merupakan tindakan yang tak sepatutnya dilakukannya.Natasha merasakan dirinya telah mengkhianati persahabatan yang terjalin antara dirinya dengan Zara.
"Maafkan aku kak Zara.Aku tak berniat untuk menceritakan semuanya pada Zafran.Namun entah mengapa,masa itu aku sangat terdesak untuk mengetahui siapa sebenarnya Misya pada awak dan Chak.Aku tak tahu mengapa perasaan cemburu hadir di hatiku saat melihat kemesraan yang terjalin antara awk,Chak dan Misya",bisik hati kecil Natasha.
"Aku tahu lepas ni pasti awak akan membenci aku Chak.Tapi,ketahuilah Chak,aku sangat mencintai awak.Aku tak mampu kehilangan awak meskipun belum pasti awak juga punyai perasaan yang sama pada aku",luah Natasha.
Dadanya benar-benar terasa sesak.
"Sakitnya untuk mencintai seseorang.Apatah lagi seperti aku yang hanya bertepuk sebelah tangan.Tapi,aku memang bodoh,mengapa aku tak luahkan sahaja isi hatiku pada Chak?.Bagaimana harus aku tahu sama ada Chak juga memiliki perasaan yang sama pada aku andai aku tak pernah bertanya?",bisik Natasha lagi.
"Ahhhh!.mengapa perlu fikir semua ini.Memeningkan kepala aku je",rungut Natasha.
Matanya beralih ke arah fail-fail yang bertimbun di hadapannya.
"Lebih baik fokus pada pekerjaan daripada fikir benda lain.Lebih banyak faedah yang aku dapat.Fikirkan hal percintaan hanya membuatkan aku gila",kata Natasha perlahan.
Dia lantas menarik satu fail dan meletakkan di hadapannya.Dia cuba mengalihkan fikirannya pada kerja saat ini.Natasha tidak mahu hanya kerana hal perasaan,kerjanya terbengkalai begitu sahaja.
"Okay la Syah.Fighting!",ucap Natasha cuba memberi semangat pada dirinya sendiri.
Diselaknya fail dihadapannya dan mula menyemak satu persatu.

*******

"Awak dah fikir masak-masak ke?",tanya Chak padaku apabila bertemu denganku di kantin Hospital tengahari itu.
Aku menarik nafas perlahan.
"Hanya itulah cara terbaik untuk aku sekarang ni",jawabku.
Aku membancu perlahan minumanku menggunakan straw yang tersedia.
"Bagaimana dengan kita nanti?.Apakah awak tak perna terfikir untuk menerima aku di hidup awak?",tanya Chak sayu.
Matanya memandang tepat ke wajahku.
Aku lantas menundukkan wajahku.
"Maafkan aku Chak.Aku tahu awak terluka dengan keputusan yang telah aku buat.Tapi percayalah,satu saat nanti akan ada gadis lain yang lebih sesuai untuk awak",pujukku perlahan.
Chak mengeleng-gelengkan kepalanya.
Tidak bersetuju dengan kata-kataku.
"Awak lah gadis itu Zara.Kenapa awak tak cuba faham perasaan aku pada awak.Aku sayang awak,sayang juga pada Misya.Aku ingin hidup bersama awak dan Misya.Seperti ketika bersama di London dulu",luah Chak.
Chak menghela nafas berat.Dadanya terasa sebak.
"Chak,mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bersama.Kita mungkin lebih sesuai untuk jadi kawan baik sepanjang hidup kita.Aku sayang awak Chak.Tapi sayang itu hanya sebagai sahabat je.Aku tak mahu kehilangan sahabat seperti awak.Andai kita ditakdirkan bersama,belum pasti kita akan kekal bersama.Malahan perhubungan itu akan terputus andainya tiada kesefahaman antara kita.Tapi,andai hanya hubungan persahabatan yang ada di antara kita,aku yakin,hubungan itu akan kekal selamanya",jelasku panjang lebar.
Aku berharap agar Chak memahami point utama yang ingin aku ungkapkan.
"Kita boleh mencuba kan.Kita tak akan tahu andai kita tak mencubanya dahulu",jelas Chak lagi.
Dia masih mengharapkan agar aku memberinya peluang sekali untuk bersamaku.
"Maafkan aku Chak.Aku tak mampu mencintai awak.Awak tahu kan,Cinta aku hanya pada Zafran seorang.Dan perasaan itu amat sukar untuk aku kikis dalam hati ini.Walaupun saat ini,keinginan untuk bersamanya semula sudah tiada lagi,namun cinta itu tetap ada,tetap bersarang di hati ini",jelasku lagi.
Chak menutup matanya perlahan.Jujurnya dia begitu kecewa dengan keputusanku.
"Aku lakukan semua ini bukanlah kerana aku ingin bersamanya semula,namun ini adalah untuk kebaikan Misya.Misya perlukan kasih sayang ayah kandungnya",kataku lagi.
Chak memandangku.
"Apakah selama ini kasih sayang aku beri pada Misya masih kurang?,Aku juga mampu memberikan Misya kasih sayang sebagai ayahnya.Malah lebih dari ayahnya sendiri",jelas Chak tidak berpuas hati.
"Aku tahu Chak.Semua tu aku tahu.Awak mampu memberikan kasih sayang pada Misya.Tapi itu semua masih tak mencukupi Chak.Zafran itu ayah kandungnya Misya,macam yang awak beritahu dulu,Misya akan jadi dewasa,dia tetap perlukan Zafran dalam hidupnya",kataku cuba menjelaskan lagi pada Chak.
Chak tidak menjawab kata-kataku lagi.Hanya wajahnya sahaja mempamerkan reaksi wajah yang begitu sayu.
"Maafkan aku Chak.Aku tak nak semua ini bakal memutuskan tali persahabatan kita.Aku nak kita tetap jadi seperti yang dahulu",luahku.
"Zara,bolehkah awak fikirkan lagi keputusan awak tu.Aku tak kisah andai awak nak Zafran bersama Misya,namun berikan aku peluang untuk bersama awak dan Misya.Aku janji,aku tak akan perna menghalang Zafran bertemu dengan Misya walaupun nanti awak sudah menjadi milikku"pujuk Chak lagi.
Aku menghela nafas perlahan.Rasa bersalah menyerbu di hatiku.Simpati pada Chak juga mengunung.
"Awak tetap kawan baik aku dunia dan akhirat Chak",jawabku.
Aku tidak mahu memperpanjangkan lagi perbahasan antara aku dan Chak.Semakin lama aku di hadapannya,semakin kukuh hatiku memandangnya.
"Aku pergi dulu Chak.Asalamualaikum",ucapku.
Aku lantas mengatur langkah meninggalkan Chak yang masih termangu menahan perasaan kecewanya.
"Zara",panggil Chak perlahan.
Aku masih mampu mendengar panggilan Chak namun langkah tetap aku teruskan.Aku tak mahu Chak melihat airmataku jatuh di pipi.Aku tak mahu Chak terus-menerus mengharapkan segunung pengharapan padaku dalam perhubungan di antara aku dan dirinya.
"Maafkan aku Chak",bisikku di dalam hati.
Hanya itulah kata-kata yang mampu aku luahkan saat itu.

******
Malam itu,Zafran menjemput aku dan Misya untuk ke rumah ibu Zafran.Sementara menunggu aku bersiap,Misya dan Zafran duduk di ruang tamu sambil menunggu ku.Suasana sepi seketika apabila Misya dan Zafran sama-sama berdiam diri.
"Misya",panggil Zafran cuba memecah kesunyian diantara mereka.
Misya yang duduk berhadapan dengan Zafran hanya menoleh memandangnya.
"Sekejap lagi Misya akan jumpa atok dan nenek.Misya happy tak?",tanya Zafran cuba memulakan perbualan.
"Happy",jawab Misya ringkas.
Misya masih belum mampu membiasakan dirinya pada Zafran.Namun Zafran tetap berasa gembira.Sekurang-kurangnya anak kecil itu mampu menerima dirinya.Zafran faham andai Misya masih menganggapnya sebagai orang asing di dalam hidupnya.Namun Zafran berjanji,dia akan terus berusaha untuk menjadi seorang ayah yang perihatin pada anaknya itu.Dia mahu menebus semula masa-masa yang terbuang suatu empat tahun yang lalu.Sudah banyak rancangan yang di aturkan oleh Zafran untuk dirinya,aku dan juga Misya.Namun Zafran akan merahsiakan segalanya.Biarlah hanya dia yang mengetahuinya agar rancangannya berjalan dengan lancar.Zafran tahu,aku akanemberikan seribu banyak alasan andainya dia memberitahuku tentang rancangannya.Oleh itu Zafran haruslah berhati-hati dalam setiap langkahnya demi mencapai kejayaannya.
"Misya suka teddy bear tak?",tanya Zafran.
"Suka".
Hanya itulah jawaban yang diberikan oleh Misya kepada Zafran.
"Papa dah beli banyak hadiah untuk Misya.Begitu juga atok dan nenek,ada banyak hadiah yang akan Misya terima apabila ke rumah nenek sebentar nanti",jelas Zafran
Dia cuba menyenangkan hati anak kecil itu agar Misya berasa gembira dan menyukai dirinya kelak.
"Mommy",panggil Misya sambil berlari anak mendekati ku yang baru sahaja turun dari kamar ku tanpa mempedulikan kata-kata Zafran sebentar tadi.Tanganku dipaut lembut oleh Misya.
"Kenapa anak mommy ni?",tanyaku.
Rambutnya aku belai dengan penuh kasih sayang.
Misya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa.
Namun aku mampu membaca apa yang ada difikirkan Misya saat itu.
"Takut dengan papa ke?",dugaku.
Misya tidak berdalih.Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Laa,kenapa pula nak takut.Dia papa Misya lah",pujukku.
Aku lantas memandang zafran.Aku takut andainya Zafran berkecil hati apabila mengetahuinya.Zafran memberi isyarat padaku agar tidak terus mendesak Misya.Dia faham dengan situasi yang sedang dialami oleh Misya saat ini.
"Jangan tanya pada Misya lagi.Awal-awal memang dia punya perasaan takut, lama-lama okay lah tu.Perlahan-lahan dia akan mampu terima semuanya",terang Zafran.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Okaylah,jom bertolak sekarang.Dah banyak kali mami call tanya kita dah ada kat mana sekarang nii.Dorang dah tak sabar nak bertemu cucu",jelas Zafran.Nadanya agak gembira.Reaksi wajahnya juga jelas mengambarkan kegembiraan yang teramat sangat.
"Yelah,jom.Tak baik biar mereka tertunggu-tunggu"Ajakku.
Aku memimpin tangan Misya mengikuti ku Walaupun wajah Misya tidak seceria seperti sebelumnya,namun aku tahu,dia mampu membiasakan dirinya satu saat nanti walaupun mengambil masa yang agak lama.Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik dan selamat,kami lantas berangkat pergi.

*****

"Are you okay?",tanya Natasha apabila melihat Chak termenung panjang.
Dia sedikit hairan dengan sikap Chak saat itu.Sebelum ini,apabila keluar makan bersamanya,dia tidak pernah bersikap sedemikian.Namun entah mengapa kali ini,dia merasakan sesuatu yang berbeza pada lelaki itu.
"Chak,do you hear me?",tanya Natasha lagi.
Kali ini berserta dengan tangannya melambai perlahan berhampiran wajah Chak.
Menyedari kelakuannya,Chak lantas mengalihkan pandangannya ke arah natasha.
"Owh,maaf,awak cakap pe tadi.Tak dengar lah",kata Chak sambil tersipu-sipu malu.Segan apabila menungnya disedari oleh Natasha.
"Termenung panjang je.Awak fikir apa?.Awak ada masalah ke?",tanya Natasha hairan.
"Eh!.Tak delah.Mana ada masalah.Aku okay je",dalih Chak.
"Habis tu,yang dok termenung je sejak habis makan tadi tu apa?.Awak sebenarnya fikir pe?",tanya Natasha ingin tahu.
"Tak fikir apa pun.Cuma penat sikit hari ni"kata Chak cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar saat itu.
"Awak,kalau awak ada masalah,kongsilah dengan Syah.Manalah tahu Syah boleh bantu.Awak tak boleh la pendamkan masalah awk tu seorang diri.Takut jadi penyakit nanti",nasihat Natasha.
"Alah,masalah kerja je.Yela,awak pun tahu kan,kerja seorang doktor ni macam mana.Sibuk memanjang nak selamatkan nyawa pesakit.Nak cuba bantu menyembuhkan pesakit.Tambah lagi kena layan karena para pesakit yang berbagai tu.Pening sangat kepala ni nak fikir",jelas Chak panjang lebar.
"Fikir kerja tu biar waktu kerja je lah awak.Habis kerja janganlah fikir lagi.Masa rehat tu la awak kena tenangkan fikiran awak tu dari serabut pasal kerja.Awak janganlah fikir hal kerja je.Fikirlah diri awak pula", Nasihat Natasha lagi.
Dia benar-benar bimbang dengan Chak.Takut kesihatannya terganggu apabila terlalu banyak memikirkan hal kerja nya.
"Macam mana tak fikir Syah.Benda tu dah sebati dengan diri aku.Nak cuba lupakan cam tak mampu",jelas Chak.
"Makanya awak kena kawin Chak",jelas Natasha.
Natasha lantas menekup mulut menggunakan jarinya.
"Upssss!.Apahal aku terlepas cakap pula ni.Ishhh",bisik Natasha.
Perasaan malu tiba-tiba menerpa hatinya.
Chak yang mendengar kata-kata Natasha terlopong tidak percaya.
"Kenapa perlu kawin pula.Apa kena mengena dengan kerja dengan kawin ni?",tanya Chak hairan.
"Tak.Maksud aku,kalau awak dah kahwin kan,lepas kerja awak akan lebih fokus pada keluarga awak.Sedikit sebanyak,boleh lupakan hal kerja awak tu",kata Natasha cuba menjelaskannya.
Dia bimbang andai lelaki itu salah sangka terhadap dirinya.
Chak menarik nafas berat.Kata-kata Natasha sebenarnya ada betulnya.Adaikan dirinya sudah berumah tangga saat ini,sudah pasti masa-masa sekarang dia sudah meluangkan masa dengan keluarganya.Pastilah hal kerja akan dilupakan seketika.
"Nak kahwin dengan siapa.Calon pun tak ada",kata Chak.
Nadanya sedikit kecewa.
"Alah awak carilah calonnya.Ada banyak perempuan kat luar sana yang nak kat awak tau",kata Natasha cuba memancing perasaan Chak.Dia ingin tahu jika hati Chak sudah dimiliki oleh seseorang ataupun belum.Andainya belum,masih besar peluangnya untuk menawan hatinya.
"Entahlah awak.Masih belum bertemu jodoh yang sesuai.Dah jumpa tapi bukan milik aku",jawab Chak sayu.
Nafas dihela.Ada nada kecewa pada kata-katanya.
"Maksud awak?",tanya Natasha ingin tahu.
"Tak ada apa.Dah,lupakan hal tu.Malas nak fikir buat masa ini.Ni,lepas ni apa kata awk teman aku jalan-jalan.Nak realese tension jap.Awak tahu tak tempat yang boleh tenangkan fikiran?",tanya Chak mengubah topik perbualan antara dirinya dan juga Natasha.
"Okay,apa kata kita pergi karaoke.Kalau nak hilangkan tekanan tu,lebih baik kita teriak kuat-kuat.Kalau pergi karaoke tak de yang boleh dengar kita.Nyanyi sesuka hati",ajak Natasha.
Chak berfikir sejenak.
"Baiklah.Asalkan boleh hilangkan tekanan ni",kata Chak sambil tersenyum.
"Okay",kata Natasha.
Hatinya cukup gembira.Kali ini masanya bersama Chak agak panjang.Bukan seperti selalu,lepas makan je,pasti terus pulang.Bibirnya mengukir senyuman manis.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience