BAB 66

Romance Series 57282

Natasha membaling telefon bimbitnya ke atas meja dengan geram.Berita yang disampaikan oleh ibunya sebentar tadi benar-benar membuatnya berang.
"Until when daddy will manage my life?.Boringlah macam ni.Hari tu dah janji tak akan paksa-paksa Syah lagi.But now?",kata Natasha geram.
"Mummy ni pun satu.Tak back up aku langsung.Asyik mengiakan kata-kata daddy je.Tak perna fikir perasaan Syah langsung",marah Natasha berbaur geram.
Natasha menarik kasar kerusi yang sudah sebulan lamanya menjadi tempat duduknya dalam syarikat milik ayahnya itu dan duduk.
Dilihatnya fail-fail dihadapannya dengan pandangan kosong.Semangat kerja yang selama ini membara di hatinya kini hilang.Semenjak ayahnya jatuh sakit,Natasha berusaha semampunya demi menggantikan posisi ayahnya sementara.Dia juga rela mengorbankan tenaga dan masanya untuk melaksanakan semuanya.Malahan dia berusaha untuk menguruskan dua syarikat sekaligus memandangkan syarikat yang diuruskan oleh natasha di Malaysia juga memerlukan dirinya.
Natasha menarik nafas berat.Hatinya benar-benar kecewa saat itu.Segala cita-cita yang diimpikan olehnya selama ini pastinya akan menemui kegagalan.
"why the destiny of my life is like this. Why other people are able to determine their own happiness without being regulated by anyone.Why me ?. Why do I have to go through all this?",luah Natasha hiba.
Air mata hampir menitis dipipinya bila mengenangkan nasib dirinya.
Jodoh yang di atur oleh keluarga adalah perkara yang paling tidak disukai oleh Natasha.Ini kerana, kebahagiaan tidak menjamin kehidupan seperti itu.Apa yang Natasha impikan adalah,pasangan hidup yang saling mencintai antara satu sama yang lain.Dan bukannya kerana terpaksa.
Natasha menutup matanya perlahan.Cuba mencari ketenangan agar mampu melupakan perkara yang menganggu fikirannya saat itu.Namun,semakin dia cuba melupakan,semakin kuat perkara itu membelenggu fikirannya.
"Arghhhhh!!!.Bencilah macam ni.Hidup terkongkong.Aku nak bebas.Bebas macam orang lain.Bebas menentukan pilihan hidup sendiri.Bebas mencari kebahagian sendiri",kata Natasha tiba-tiba.
"Aku harus cari jalan keluar dari semua masalah ini.Yahhh!!!.Aku mesti lakukan sesuatu.Aku akan menolak sehabis yang mungkin.Kali ini aku tak akan mengalah lagi.Aku tak nak terus dibelenggu dengan perkara-perkara yang tak aku inginkan.Aku punya hak.Aku juga berhak bahagia sama seperti orang lain!",kata Natasha cuba memberi semangat pada dirinya sendiri.
Natasha membetulkan posisi duduknya sambil menarik nafas dan menghembuskanya semula dengan perlahan-lahan.Dilakukannya beberapa kali sehinggakan terasa sedikit ketenangan dan keyakinan di hatinya.
"Baiklah Syah.Fighting!.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Tiada perkara yang tak mampu diselesaikan selagi usaha tu ada.Jangan berputus asa dalam satu perkara.Inshaallah,ada jalan terbaik yang akan ditemui kelak",kata Natasha penuh semangat.
"Sekarang ni,fokus pada kerja dulu.Habis kerja,barulah fikir semua ni.Yang pastinya kena plan dari awal.Biar semuanya berjalan lancar",kata Natasha lagi.
Tanpa membuang masa,Natasha lantas menyambung semula kerjanya.

*******

"Mommy,papa",panggil Misya gembira.
Dia berlari-lari anak menghampiri aku dan Zafran sambil memegang beberapa hadiah ditangannya.
"Jangan lari sayang.Nanti jatuh"pesanku dari kejauhan.
Namun Misya tidak mengendahkan kata-kata ku.Dia tetap berlari-lari dan semakin menghampiri kami.Di wajahnya jelas mempamerkan wajah yang sangat gembira.
"Misya menang mommy,papa.Happy sangat!",luah Misya sebaik sahaja tiba di hadapan aku dan Zafran.
Di tangannya memegang dua buah piala kemenangan dan lantas menghulurkan piala itu pada aku dan Zafran.
"Wahhh,anak mommy menang apa ni?",tanyaku gembira sambil menyambut pialah tersebut.
Zafran lantas mengangkat tubuh kecil milik Misya ke pangkuannya.
Misya memandang aku dan Zafran silih berganti sebelum menjawab pertanyaanku.
"Misya menang pertandingan bercerita dan juga melukis",terang Misya.
Dia benar-benar gembira saat.Sememangnya jelas terpancar di wajahnya kegembiraan itu.
"Wahhhh, tahniah sayang.Bijak anak papa.Papa dan mommy gembira sangat",ucap Zafran sambil mencium lembut pipi gebu milik Misya.
Misya memeluk leher Zafran erat.
"Misya juga sayang papa dan mommy.Dan juga daddy",tambah Misya lagi.
Aku dan Zafran saling berpandangan sebelum ketawa bersama-sama.
"Tak lupa daddy juga eaa?",usikku.
"Mana boleh lupa daddy.Daddy kan daddy Misya juga",jelas Misya.
Zafran hanya tersenyum.
"Papa,can i borrow you phone?"tanya Misya tiba-tiba.
Zafran memandangnya hairan.
"Phone?.For what?",tanya Zafran hairan.
Aku juga turut hairan.
"I want to call daddy. I promise to call him if I win. Can I?",tanya Misya.
"Owhh,,Nak call daddy rupanya.Okay-okay.Kita masuk kereta dulu.Baru call daddy ye",kata Zafran sambil tersenyum.
"Yeyyyy!!.I love you papa.So much!",ucap Misya sambil mencium pipi Zafran bertubi-tubi.Zafran tertawa senang.
"Laa,takkan papa je Misya sayang?.Mommy tak sayang ke?",usikku berpura-pura merajuk.
Misya lantas memandangku.
"Alololo.Mommy dah merajuk.Tak pe,mommy mari sini",kata Misya sambil mendepakan tangannya sebagai tanda ingin memelukku.Aku lantas mendekatkan diriku pada Misya dan satu pelukan hangat diberikan oleh Misya padaku.
"Misya also love you mommy.So much.More then anything",ucap Misya memujuk ku.
Aku tersenyum begitu juga Zafran.Terasa sangat bahagia saat itu.
"Jom lah,nanti jem pula jalan nanti",ajakku.
Tanpa membuang masa,Zafran lantas membuka pintu dan meletakkan Misya di kerusi penumpang.Tali pinggang keselamatan dipasang sebelum menutup pintu.Setelah itu,aku dan Zafran juga turut sama masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.
Di dalam perjalanan,seperti yang Zafran janjikan pada Misya,Zafran membuat panggilan video pada Chak dan membiarkan Misya berbual dengannya.Dari cermin pandang belakang,aku melihat Misya yang begitu gembira sedang sibuk berbual dan menceritakan kemenangannya pada Chak.Aku dan Zafran hanya membiarkan sahaja Misya dalam dunianya saat itu.Apa yang penting adalah,kebahagian Misya.Zafran juga telah berjanji pada dirinya sendiri untuk memberi sepenuh kebahagiaan pada misya kerana kebahagiaan Misya adalah segala-galanya.Misya gembira dan bahagia,Zafran juga bahagia.Begitu juga pada aku.Di hatiku hanya berdoa agar kebahagiaan ini berkekalan sehinggak ke akhir nafasku.

*******

"Mama,hari ni Sofia nak ikut mama ke butik.Boleh kan ma?",kata Sofia pagi itu.
Datin Ain yang sedang menyiapkan sarapan pagi lantas memandang anak gadisnya itu.Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Sofia.
"Ye ke nak ikut ni?.Bukannya Sofia kata kat butik tu boring?",tanya Datin Ain.
"Ala mama ni,tu kan dulu.Sekarang lain.Lagi pun,sofia boring la asyik terperap kat rumah ni.Sesekali datang kacau mama kat butik tu,apa salahnya kan",jawab Sofia.
Dia lantas memeluk ibunya dari belakang.
Datin Ain tersenyum.Sudah banyak perubahan pada Sofia.Kalau dulu anak tunggalnya itu bersikap kasar,namun sekarang,dia semakin manja.Malahan,Sofia kini sudah pandai membantunya mengemas di dalam rumah walaupun masih berjalan dengan bantuan tongkat.Di hati datin Ain memanjatkan kesyukuran.Doa yang tidak pernah putus akhirnya dimakbulkan Allah.Sofia banyak berubah selepas kemalangan itu.Mungkin itulah jalan yang Allah takdirkan untuk mengubah kekerasan hati Sofia sebelum ini.Malahan Sofia juga tidak pernah merungut ataupun menyalahkan takdir di atas apa yang telah terjadi kepadanya.Bagi Sofia,itu adalah pengajaran buat dirinya agar insaf dan lebih mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepadanya.
"Mama fikir pe?",tanya Sofia hairan apabila melihat ibunya diam tidak berkata apa-apa pun.Hanya tangannya sahaja yang begitu lincah membancuh teh panas untuk sarapan mereka berdua.
"Tiada apa yang mama fikirkan syg.Mama hanya gembira melihat perubahan pada Sofia sekarang.Semua ini benar-benar menggembirakan hati mama.Allah dah kembalikan anak mama seperti dulu lagi.Mama benar-benar bersyukur",jawab Datin Ain.
Sofia mengeratkan lagi pelukannya di tubuh ibunya.
"Maafkan Sofia ma.Sofia dah banyak kali lukai hati mama.Sofia terlalu ikutkan perasaan tamak sofia sehinggakan melukai banyak orang.Malahan Sofia mengasari mama,meninggikan suara pada mama.Sofia benar-benar menyesal atas apa yang dah Sofia lakukan ma.Sofia berharap agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang Sofia telah lakukan sepanjang hidup Sofia ni",luah Sofia.
Hatinya hiba bila mengingat akan dosa-dosa yang telah dia lakukan.
Datin Ain meleraikan pelukan sofia.Dipandangnya wajah anak gadis kesayangannya itu.
"Sayang,Allah maha pengampun.Sebesar manapun dosa kita di dunia,asalkan kita bertaubat dan kembali mengingati Allah, insyaallah semuanya akan diampunkan oleh Allah dengan izinnya.Yang penting,hati tu ikhlas untuk bertaubat",nasihat Datin Ain sambil mengusap perlahan pipi Sofia.
Sofia hanya mengangguk perlahan.
"Tapi,Sofia kenalah meminta maaf pada orang-orang yang telah Sofia lukai.Kerana dosa kita sesama manusia tidak akan Allah ampunkan melainkan orang yang telah Sofia sakiti sendiri yang memaafkan Sofia.So,Sofia kenalah jumpa siapa-siapa yang pernah Sofia lukai perasaannya",nasihat Datin Ain lagi.
"Sofia malu mama.Banyak sangat hati yang Sofia sakiti.Tambahan lagi Zafran dan Zara.Sofia dah lakukan kesalahan yang sangat berat pada keluarga mereka.Sofia dah cuba runtuhkan masjid yang telah dibina indah oleh mereka.Sofia malu untuk bertemu mereka",jelas Sofia hiba.
Datin Ain menggenggam erat jari jemari Sofia.
"Perasaan itulah yang membutakan hati kita sayang.Sebesar manapun malu kita pada orang itu,kita kena hadapinya juga sayang.Asalkan kita tak dihantui oleh dosa-dosa silam yang telah kita lakukan pada mereka",jelas Datin Ain.
"Tapi,mampu ke mereka maafkan Sofia mama?. Lagi-lagi Zafran dan Zara.Sofia takut mereka tak mahu bertemu Sofia,apatah lagi nak maafkan Sofia",jawab Sofia.
"Sayang,Zafran itu baik orangnya.Dulu mama juga tebalkan muka mama ni datang memohon kemaafan dari Zafran.Alhamdulillah,zafran menerimanya dengan hati yang terbuka.Insyaallah,Sofia juga sama.Apa yang penting,berfikiran positif dan jangan ada rasa malu untuk meminta maaf.Andai kata Zafran tak menerima untuk memaafkan Sofia,biarlah jadi urusan antara Zaf dan Allah.Yang penting,hati tu benar-benar ikhlas memohon maaf",jelas Datin Ain lagi.
"Baiklah mama.Sofia akan datang bertemu dengan Zafran bila ada waktu terluang.Yang penting sekarang ni,Sofia nak bermanja dengan mama.Dah lama rasanya tak bermanja dengan mama kesayangan Sofia ni",kata Sofia.
Datin Ain tertawa melihat tingkah Sofia.Begitu manja namun amat disenangi oleh datin Ain.
"Dah,Dah.Pergi duduk.Biar mama hidangkan sarapan pagi ni.Kita sarapan bersama.Kan,hari ni Sofia nak temankan mama kat butik tu",kata Datin Ain mengarahkan Sofia.
Sofia hanya menurut sahaja
Ditariknya kerusi di hadapan ibunya dan lantas duduk.
"Kaki tu masih sakit lagi tak?",tanya Datin Ain sambil tangannya sibuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja.Dua buah cawan turut disediakan berserta pinggan.
"Alhamdulillah dah semakin okay ni mama.Sekarang ni rasanya dah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat.Bukan macam awal- awal dulu.Tapi tu lah,masih tak boleh berjalan jauh dan berdiri lama-lama.Harap-harap cepatlah sembuh.Sofia dah lama sangat terperap kat rumah ni.Dah lah seorang diri.Tak de kawan.Kenapalah mama tak beranak banyak-banyak.Tak lah hidup kita berdua ni sunyi sangat.Dah lah papa pun tinggalkan kita.Lagi lah sunyi",luah Sofia.
"Laaa,nak buat macam mana lagi.Hanya Sofia je rezeki anak yang Allah beri pada mama.Tu pun mama dah bersyukur sangat tau.Sekurangnya ada juga anak yang lahir dari rahim ibu ni.Sofia lah yang beranak banyak-banyak nanti.Biar mama ada anak seorang,tapi cucu banyak.Riuh rendah suara budak-budak kat rumah ni nanti.Mesti best.Tak lah sesunyi sekarang ni",kata Datin Ain.
"Ishh mama ni.Sofia belum kawin lagi dah sampai ke situ fikirannya.Lama lagi lah Sofia nak kawin mama.Lagi satu,siapalah lagi yang nakkan Sofia ni.Dah tak ada serinya lagi",jawab Sofia kesal.
Nafas di tarik dalam-dalam.Penyesalan timbul di hatinya.
"InshaAllah akan ada lelaki yang mampu terima Sofia apa adanya.Ajal maut,jodoh pertemuan,tu semua Allah dah aturkan dari awal lagi.Yang penting,Sofia ubah sikap Sofia tu,jadi yang lebih baik lepas ni.Apa yang dah terjadi tu jadikan pengajaran.Buang yang keruh,ambil yang jernih",nasihat Datin Ain.
"Tapi kan mama,Sofia nak hidup sendiri je lepas ni.Lebih bahagia.Sofia dah tak nak bercinta lagi.Sofia takut,Sofia malu pada diri Sofia sendiri.Apa yang Sofia inginkan sekarang ni,Sofia nak belajar ilmu akhirat.Tak nak dah mengejar duniawi",jelas Sofia.
"Itu jalan terbaik yang Sofia ambil.Tapi,jangan menolak pada jodoh andainya Allah takdirkan seseorang untuk Sofia nanti",kata Datin Ain.
"Entah lah mama.Sofia malas fikirkan semua tu sekarang ni.Dah lah,tak perlu kita bahas tentang jodoh tu.Inshaallah,kalau ada jodoh Sofia,adalah tu.Sekarang nii,Sofia nak sarapan dulu.Nak ikut mama ke butik.Tu lebih baik dari fikirkan soal jodoh ",kata Sofia sambil tersenyum.
"Yela,yela.Jom sarapan dulu.Lambat pula nanti",ajak datin Ain.
Dia lantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan dan menghulurkan pada Sofia.
Sofia menyambutnya dengan senyuman.
"Thanks mama",ucap Sofia.
"you welcome dear",jawab Datin Ain.
Pagi itu,mereka bersarapan bersama-sama sebelum bertolak ke butik.

*******

"Where are you Syah?.Dah sebulan awak menghilang.Tak chat,tak call.Menghilang macam tu je tanpa khabar berita.Awak ke mana sebenarnya?",bisikku perlahan.
Sudah sebulan lamanya Natasha menghilang.Hatiku tertanya-tanya.Pelbagai andaian memenuhi ruangan fikiranku.
Di hatiku turut bimbang.Bimbang sesuatu yang buruk menimpanya dan aku tak mengetahuinya.
"Ke Natasha di culik?.Ya Allah,apa benar apa yang ada di fikiranku saat ini.Dah lah banyak sangat kes penculikan sekarang ni.Risau pula,bisikku lagi.
Hatiku seakan tidak tenang.Apatahlagi bila memikirkan kes penculikan yang kerap kali keluar di media sosial.
"Harap-harap tiada perkara buruk menimpa awak Syah.Please call me,beritahu aku awak ke mana.Sekurangnya kebimbangan aku ni tak sampai ke tahap maksima",kataku perlahan.
"Heiii!!",serkah Zafran tiba-tiba dibelakangku.
Jantungku seakan tercabut saat itu kerana terperanjat.
"Abg!!!!!.Suka sangat buat syg terkejut kan.Nak je syg cepat mati.Yela,kalau syg dah mati,abg boleh je cari perempuan lain",marahku.
"Ya Allah,apa yang syg merepek ni.Mana adalah abg nak isteri kesayangan abg ni mati.Meranalah abg nanti",jawab Zafran sambil menarik kerusi mendekati aku.
"Habis tu yang selalu datang kejutkan syg ni apasal.Kalau syg ada penyakit jantung,dah lama mati depan abg terkena serangan jantung tau",marahku.
Geram dengan sikapnya yang selalu datang tanpa aku sedari.
"Laaa,bukannya niat abg nak kejutkan syg tadi.Tapi syg tu je yang tak perasan abg sampai.Dah banyak kali abg ucap salam pun,tetap syg tak dengar",jelas Zafran.
"Kalau pun syg tak perasan abg datang tadi.Tak perlu lah serkah syg.Buat syg terkejut je",marah ku lagi.
"Okay,okay.Abg minta maaf.Lepas ni tak buat lagi",ucap Zafran.
Aku tak menjawab Zafran lagi.Hanya wajah berkerut aku pamerkan.Masih marah dengan kelakuan Zafran sebentar tadi.
"Laa,jangan lah marah lagi.Tak baik tau marah-marah.Nanti cepat je dahi tu berkedut nanti",usik Zafran.
Hatiku bertambah geram.
Satu cubitan pedas singgah di lengan Zafran.
"Aduhhh!,Sakitlah syg!",adu Zafran namun senyumannya masih tetap terukir.
"Padan muka.Tu balasan untuk abg sebab selalu datang kejutkan syg",jawabku geram.
"Okay-okay,kira satu sama lah ni kan",kata Zafran masih mengusikku.
"Dah lah.Abg jangan lah ganggu syg lagi",kataku.
"Laaa,baru nak manja-manja dengan syg.Merajuk lah kalau macam ni",kata Zafran.Dia berpura-pura memalingkan wajahnya tanda merajuk.
"Ishhh abg ni.Merajuk pula.Jangan lah macam tu.Banyak yang syg fikirkan sekarang ni.Janganlah serabutkan lagi fikiran syg ",jawabku geram.
"Hah!.Apa yang buat fikiran syg serabut ni.Cuba ceritakan pada abg.Abg nak tau juga.Manalah tau abg boleh bantu beri idea-idea untuk selesaikannya",kata Zafran ingin membantuku.
"Ishhh,tak ada apa lah.Bukannya penting sangat pun",tolakku.
"Habis tu kenapa sampai termenung je.Dah beberapa hari syg asyik termenung je.Nak tegur takut syg terasa hati.Dah terlanjur abg bertanya hari ni,baik syg beritahu.Dalam agama pun,amat digalakkan suami isteri itu berkongsi masalah bersama agar saling membantu mencari jalan penyelesaian",nasihat Zafran.
Aku terdiam seketika.
"Patut ke aku ceritakan semuanya pada Zafran?",bisikku dalam hati.
"Syg ada masalah kat tempat kerja ke?. Atau ada orang usik isteri tersayang abg ni?.Kalau ada cepat beritahu abg.Biar abg datang face to face dengan dia.Berani-beraninya dia kacau isteri aku ni",kata Zafran tiba-tiba.
Aku lantas memandang Zafran.Tidak percaya sejauh itu fikiran Zafran terhadap masalah yang menganggu fikiranku saat itu.Aku ingin ketawa namun ku pendamkan sahaja.
"Apalah abg ni.Ke situ pula fikiran abg.Orang fikir benda lain,dia pun fikir benda lain juga.Haishhhh"kataku sambil menggeleng-gelengkan kepala.Senyuman terukir di bibirku.Rasa lucu dengan andaian Zafran.
"Habis tu,syg sebenarnya fikir pe?.Cuba terus terang kat abg",kata Zafran.
Hatinya benar-benar ingin tahu.
Aku menarik nafas panjang.
"Sebenarnya syg fikir pasal Natasha.Dah sebulan rasanya dia tak menghubungi syg.Tak tau apa masalahnya.Nak kata dia marah kat syg pun,syg rasa tak adalah syg sakitkan hati dia.Yang paling menghairankan syg,wa dia tak pernah aktif,call biasa pun asyik voicemail je.Syg sebenarnya takut andai terjadi sesuatu yang tak diingini.Dah lah sekarang ni,kes penculikan banyak sangat berlaku.Risau betul hati syg ni",luahku.
Zafran tidak menjawab ku.Aku lantas memandangnya.Ku lihat Zafran sedang memikirkan sesuatu.
"Owh ye,Natasha tu rakan kongsi Abg kan?.Abg mesti tahu Natasha kat mana?",tanyaku.
Barulah aku mengingati bahawa Zafran dan Natasha merupakan rakan kongsi dalam perniagaan.
"Haah.Laa,lupa abg nak beritahu syg pasal ni.Dah sebulan kot perkara ni.Tapi asyik lupa je bagitahu kat syg",jawab Zafran.
"Hah!.Apa dia.Pasal Syah ke",tanyaku tidak sabar.
"Aah,pasal Syah tu.Syah sebenarnya dah balik London sebulan yang lalu.Itu pun secretary dia yang bagi info kat abg hari tu.Kata secretary dia lagi,Natasha balik London sebab ada hal emergency kat family dia.Pe yang berlaku tu pun abg tak tahu pula.Tak bertanya lebih-lebih,takut lain pula di fikiran secretary dia tu nanti",terang Zafran.
Aku terdiam seketika memikirkan sesuatu.
"Tapi betul ke hal keluarga buat Natasha balik London secara mendadak.Ke,gaduh dengan Chak?.Lepas tu merajuk dan jadikan alasan ke London sebab hal family dia?",kataku perlahan namun masih didengari oleh Zafran.
"Eh,kejap-kejap",kata Zafran sebaik mendengar kata-kata ku sebentar tadi.
Aku lantas memandangnya.
"Tadi syg cakap pasal Chak kan",tanya Zafran inginkan kepastian.
"Haah.Kenapa dengan Chak?",tanyaku hairan.
"Apa maksud syg Natasha gaduh dengan Chak.Apa sebenarnya hubungan Natasha dengan si Chak tu?",tanya Zafran ingin tahu.
"Owh, ingatkan apa tadi.Buat syg terkejut je.Sebenarnya Natasha sukakan Chak tu.Tapi Chak ni asyik jual mahal je.Dah banyak sangat inisiatif si Syah tu nak menawan hati Chak tapi keras sangat hati Chak.Masih tak menerima Natasha dalam hidup dia.Tulah syg terfikir tadi tu.Manalah tau Natasha membawa diri balik ke London sebab penolakan Chak terhadap cinta dia",terangku.
"Ohhhhhh!!. Maksudnya,Syah yang Chak beritahu kat abg hari tu adalah Natasha lah ye",kata Zafran.
Senyuman terukir di bibirnya.Aku hanya memandang hairan.
"Kenapa abg tak tahu eaa kalau perempuan yang Chak katakan hari tu adalah Syah.Kalau tau,abg dah beritahu pada dia yang Syah sekarang ni ada kat London.Manalah tau dia kejar Syah sampai ke London demi menyatakan hasrat hatinya tu",jelas Zafran lagi.
"Jadi Chak ada cerita kat abg pasal Syah lah ni?.Chak cakap apa kat abg?",tanya ku sangat ingin tahu.
"Chak kata hari tu,masa jumpa dengan abg,dia menyesal sebab sia-siakan peluang yang ada untuk bersama dengan Natasha.Bila Natasha dah menghilang barulah dia sedar yang dia sangat cintakan Natasha tu.Chak pun dah sebulan mencari jejak Natasha.Sama macam syg juga.Tapi tak berjaya.Kalau lah Abg tau perempuan yang dimaksudkan oleh Chak hari tu adalah Natasha,abg dah beritahu dah Syah ada kat mana sekarang.Sekurangnya dia boleh mencari Natasha.Jangan macam abg ni,menyesal kerana telah sia-siakan 4 tahun tanpa syg di sisi.Sebab tu lah,tak ada usaha nak mencari syg",terang Zafran.
"Tulah lelaki ni.Bila perempuan tu ada depan mata,tak hargai.Bila dah hilang,barulah terhegeh-hegeh nak cari balik.Menyesal pun dah xada gunanya lagi.Kan senang kalau ego tu rendahkan sikit.Biar tiada hati yang terluka",jawabku geram.
Geram dengan sikap Chak yang telah mensia-siakan peluang yang ada untuk memiliki hati Natasha.
"Yela,lelaki semuanya salah",jawab Zafran perlahan.Sedar akan sikapnya yang turut memperlakukanku sedemikian.
"Tapi betulkan apa syg cakap.Ni syg tak tujukan pada abg je tau.Tapi pada Chak dan lelaki-lelaki di luar sana yang tak reti menghargai kehadiran seorang perempuan yang benar-benar ikhlas menyayangi mereka.Lepastu,bila dah kehilangan,barulah sibuk nak mencari.Heii!!",kataku geram.
"Dah!Dah.Jangan bahas tentang ni dah.Kang tak pasal-pasal gaduh pula kita berdua.Abg tak nak perkara tu berlaku.Abg dah menyesal sekarang ni.Abg tak nak syg fikirkan hal tu lagi.Apa yang dah berlaku tu,biar kita jadikan pengajaran je.Pasal Chak tu,nanti abg beritahu dia pasal Syah tu.Suruh dia cari Syah sampai dapat",pujuk Zafran.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Yela",jawabku mengalah.
"Macam ni lah baru isteri kesayangan abg.I love u syg",ucap Zafran sambil mencuit lembut pipiku.
Aku tersenyum.
"Jom lah masuk.Sejuk pula kat luar ni",ajakku apabila kesejukan mula terasa hingga ke tulang.
"Tu yang lebih baik sekarang syg.Masuk dalam,kitaa tidur.Dah lewat sangat ni.Esok nak kerja.Lagi satu,kat luar ni sejuk.Risau syg selesma nanti",kata Zafran begitu mengambil berat.
"Jomlah",jawabku.
Aku dan Zafran seiringan masuk ke dalam rumah.Kini hatiku agak lega bila mengetahui Natasha berada di pangkuan keluarganya saat ini.Sekurang-kurangnya persoalan yang menghantui fikiranku beberapa hari ini sudah terjawab.Di hatiku berdoa agar Natasha berada dalam keadaan yang baik di sisi keluarganya saat ini.

********

Sudah seminggu hubungan Azman dan isterinya renggang.Seminggu jugalah Azman langsung tidak bertegur sapa dengan isterinya itu.Di fikiran Azman hanya memikirkan Sofia sahaja.Entah mengapa, semenjak berterus terang dengan isterinya seminggu yang lalu perihal Sofia,hati Azman semakin memudar pada isterinya.Apa yang ada di fikirannya hanyalah kehangatan cinta nya pada Sofia.Malahan Azman juga mula menyesal kerana berkahwin dengan Ida.
"Mengapa aku tak jumpa awk dulu Sofia sebelum bertemu dengan Ida.Andaikan awk yang pertama aku jumpa,awaklah yang menjadi suri di hati aku sekarang ni",bisik Azman perlahan.
Direnungnya siling bilik yang berwarna putih.
"Andai kita dah bersama sejak dahulu lagi,sudah pasti rumah ni riuh dengan anak-anak kita.Tapi mengapa Ida yang jadi isteri aku?.Dah lah bertahun berkahwin,satu zuriat pun tak mampu berikan pada aku",bisik Azman lagi.
Penyesalan mula menyelubungi hatinya.
"Mengapa aku jatuh cinta pada ida dulu.Mengapa aku berkahwin dengannya.Kalau lah aku tahu dia tidak mampu melahirkan anak untuk aku,sudah pastinya aku tak menikahinya",kata Azman kesal.
Rungutan demi rungutan keluar dari mulut Azman saat itu.Hatinya benar-benar sunyi.Sudah beberapa tahun melayari alam rumah tangga dengan Ida,mereka masih tidak dikurniakan anak,itu membuatkan mahligai yang di bina oleh mereka begitu suram.Malahan hidup mereka berdua begitu sunyi sehinggalah Azman bertemu dengan Sofia.Setelah berkenalan dengan Sofia,barulah hidup Azman kembali mekar.Malahan setiap belaian yang Sofia berikan,tidak sama seperti yang Ida berikan kepadanya.Hubungan asmaranya bersama Ida seakan tiada seri buatnya berbanding dengan Sofia.Sofia lebih banyak memanjakannya di atas ranjang.Malah apa yang dimahukan oleh Azman semua diturutinya sehinggakan Azman merasakan kehangatan cintanya pada Sofia lebih besar berbanding isterinya itu.
"Kenapa perempuan begitu cepat berubah ea?.Ida pada awalnya mampu membuatku bahagia,namun semakin lama layanannya terhadap aku semakin membosankan.Kenapa bila bersama Sofia,aku lebih bahagia?",tanya Azman pada dirinya sendiri.
"Ahhhh!!.Aku rindu awk Sofia.Aku inginkan awak saat ini.Tapi mengapa sekarang ni,awak semakin menjauh dariku?.Awak dah semakin berubah sekarang.Apa awak dah bertemu dengan lelaki yang jauh lebih kaya dari aku?.Ahhh!! Dasar perempuan mata duitan!",marah Azman tiba-tiba.
Hatinya begitu sakit apabila mengingatkan sikap Sofia yang hanya menginginkan dirinya saat inginkan sesuatu.
"Di saat aku benar-benar mencintai awak Sofia,dan merelakan kehilangan isteri aku sendiri,kau pula menjauhi aku,melupakan aku.Sia-sia sahaja pengorbanan aku selama ini.Membelanjakan wang beratus ribu ringgit semata-mata untuk membahagiakan awak,tapi sekarang ni,bila peluang untuk bersama semakin cerah,awak mulai berubah",luah Azman.
Perasaan sakit mencengkam jiwanya saat itu.
Dia seakan-akan ingin menangis namun ditahannya sahaja.Namun jauh di sudut hatinya berkata,dia akan tetap berusaha untuk memiliki gadis itu.

Pintu bilik dikuak perlahan.Azman lantas menoleh. Ida masuk perlahan-lahan dan menutup pintu bilik semula.Dilihatnya mata Ida yang bengkak akibat terlalu banyak menangis.Timbul rasa simpati di hati Azman,namun di cepat-cepat menepisnya.Bimbang andai Ida tidak mampu menerima Sofia didalam kehidupan mereka berdua kelak seandainya dia melayan Ida dengan baik.Bagi Azman,biarlah hubungan mereka renggang saat ini,asalkan sahaja dia boleh bersama Sofia nanti.
"Abg kenapa tak turun makan.Lama Ida tunggu abg kat bawah tadi",kata Ida lembut.
Azman tidak menjawabnya.Malahan dia lantas menarik bantal peluk dan membelakangi isterinya itu.
Melihat kelakuan suaminya,air mata mengalir di pipi Ida semula.Terasa dirinya benar-benar tidak diperlukan oleh suaminya itu lagi.Malahan di mata suaminya kini,dia sudah tidak berharga lagi.
Air mata dilap dengan hujung bajunya.
"Nampaknya abg dah tak perlukan Ida lagi dalam hidup abg.Tiada gunanya Ida ada di sini lagi",luah Ida.
Suaranya tersekat-sekat menahan getar tangisannya.
"Tak perlu banyak cakap lah.Memeningkan kepala aku ni je.Lebih baik awak tidur",jawab Azman kasar.
Ida menarik nafas dalam-dalam.Hatinya sudah tidak mampu bertahan menghadapi situasi itu lagi.Bagi Ida,biarlah kali ini,ada kata putus dari suaminya itu walaupun keputusannya nanti akan melukai hatinya sendiri.Namun dia juga tidak mampu untuk terus berkeadaan seperti itu.Apa yang dirasakan oleh Ida kini,syurga yang didiaminya seakan neraka baginya juga.Walaupun Azman tidak menyiksanya secara fizikal,namun hakikatnya,luka di hatinya lebih dalam lagi.Andai Azman memukulnya,berkemungkinan Ida masih mampu bertahan,namun penyiksaan Azman pada hatinya lebih sakit daripada segalanya.
Air mata terus menerus membasahi pipinya.
"Andai sudah tidak kesefahaman antara abg dan Ida,abg lepaskan lah Ida.Tapi,lepaskan Ida secara baik-baik.Abg sunting Ida jadi suri abg secara baik dari keluarga Ida dulu,begitulah abg pulangkan ida secara baik pada keluarga Ida juga"kata Ida sambil teresak-esak.
"Walaupun saat ini sakit yang Ida alami begitu perih,begitu pedih,tapi lebih sakit bila abg buang Ida,layan Ida seperti ini.Abg buat Ida seperti tidak wujud di depan abg.Hati Ida sakit bang.Sakit sangat.Ida tak tahu,apa sebenarnya salah Ida pada abg sehinggakan abg sanggup duakan Ida,lukakan perasaan ida",luah Ida.
Dadanya terasa sesak.Azman jadi geram tiba-tiba.Dia lantas bangun dan memandang isterinya.
"Yang awak bising sangat malam-malam ni kenapa?.Aku dah kata aku nak tidur kan.Yang terus membebel itu ini,meluahkan perasaan sakit apa Sume tu kenapa?.Aku bosan lah dengan kau ni!",marah Azman.Nadanya agak tinggi dan kasar.Jelas sekali dia sedang marah.
Ida teresak-esak di hujung katil.Tidak perna selama ini Azman meninggikan suara padanya.Namun kali ini,Azman dah berani menengkingnya.
"Abg dah jauh berubah sekarang ni.Apa kehebatan Sofia sehinggakan abg dah mula berubah.Apa kurangnya Ida dari Sofia bang?",tanya Ida tidak berpuas hati.
Namun nadanya masih terus dilembutkan.Dia begitu takut untuk meninggikan suaranya lebih dari suaminya itu.
Azman ketawa mendengar pertanyaan dari isterinya itu.
"Awak tanya apa kurangnya awak dari Sofia kan?.Yes!!awak dan Sofia bagai langit dan bumi bezanya.Sofia jauh lebih menarik dari awak.Dia mampu mencairkann hati aku ni,melayan aku dengan baik.Kau?",kata Azman sambil melihat dari atas hujung rambut ke hujung kaki Ida.
"Kau cermin lah diri kau tu sendiri.Selekeh,wajah pucat,tak berseri langsung.Kau ingat,aku tertarik ke dengan penampilan kau ni.Membosankan suami adalah.Lagi satu kekurangan yang kau ada,kau tak mampu berikan aku walau satu zuriat pun Ida.Kalau kau boleh beranak,boleh lahirkan anak untuk aku,mungkin masih ada secubit perasaan simpati aku pada kau,dan mungkin masih ada penyeri pada rumahtangga kita ni,tapi, kenyataan awak tu mandul.Tak mampu beri aku zuriat!",tengking Azman.
Air mata Ida terus mengalir.Terasa kekurangan yang ada pada dirinya saat itu.Terasa hina di depan mata Suaminya itu.
"Ida tak mandul abg.Cuma rezeki anak belum Allah berikan pada kita.Kenapa menghukum ida hanya kerana rezeki anak belum sampai untuk kita?.Kalau pun Ida tak mampu berikan abg zuriat,Ida tak kisah walaupun abg nak madukan Ida.Tapi jangan layan Ida seperti ini",luah Ida sayu.
"Ahhh!,malas aku layan karena kau Ida.Menyemak fikiran aku je!",kata Azman kasar.
Dia lantas mencapai kunci kereta serta dompetnya di atas meja dan lantas keluar dari bilik.Pintu bilik dihempas kuat.
Ida terdiam tanpa berkata apa-apa.Hanya air mata yang mengalir di pipinya saat itu.
"Lepaskan lah Ida andai itu jalan terbaik buat kita abg.Andai sudah tiada perasaan abg pada Ida sekalipun,jangan layan Ida seperti ini.Ida sakit",bisik Ida perlahan.
Dadanya terasa sesak.Air mata sudah tidak mampu dibendung lagi.Ida lantas berdiri dan menarik beg di atas almari.Dia menyusun pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg tersebut.
"Andai ini penghujungnya jalan cinta kita abg,Ida rela pergi.Ida undur diri dari kehidupan abg.Maafkan Ida",kata Ida.
Setelah barangnya siap di susun.Ida mencapai sebuah kertas dan pen.Dia menulis sesuatu di atas kerja dan air mata terus menitis setitis demi setitis di atas kertas tersebut.Setelah itu,Ida menjinjing begnya dan meninggalkan rumah milik dia dan suaminya itu.Sebelum melangkah keluar,ditenungnya seluruh pelusuk rumah itu.Begitu kemas.Parabotnya tersusun rapi.
"Selamat tinggal abg.Semoga insan yang menggantikan tempat Ida,mampu menjaga rumah ini sama seperti yang Ida lakukan sepanjang hidup bersama abg.Ida akan pergi jauh dari kehidupan abg.Apa yang abg harus tahu,tak pernah sedetik pun perasaan Ida pada abg berkurang.Ida akan tetap mencintai abg sehingga ke pengakhir nafas Ida",bisik Ida perlahan.
Dengan langkah longlai,Ida meninggalkan rumah dengan perasaan hiba.Hanya air mata yang mengalir mengenainya sepanjang perjalanannya.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-11 16:50:46 

hi hi hi

YAZNI-ERNIE
2020-11-11 01:32:35 

morning dear. tqvm. lama i"m waiting tau. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience