BAB47

Romance Series 57282

Deringan telefonku mengejutkan ku dari lenaku malam itu.
"Siapalah ganggu aku malam-malam buta macam ni?",rungutku di dalam hati.
Dengan mata masih tertutup,aku lantas mencapai telefon dan melihat pemanggil yang baru sahaja menganggu lenaku itu.
Mataku terbungkam memandang nama pemanggil di screen telefonku.

Datin Aida.

"Apa dia nak malam-malam buta ni?",fikirku.
Aku lantas menjawabnya.
"Asalamualaikum mami.Ada apa-apa tak.Npe call Zara malam-malam ni?",tanyaku hairan.
"Zara,mami nak minta maaf kat Zara atas segala pe yang mami dah lakukan pada Zara dan juga pada rumahtangga Zara dan zaf",kata Datin Aida tanpa menjawab soalanku dahulu.
Aku hairan.Menganggu tidurku hanya ingin meminta maaf.
"Dah buang tabiat ke mami ni?",bisikku perlahan.
"Laaa,apasal call malam-malam nii semata-mata nak minta maaf mami.Esok kan ada",jawabku sedikit tidak senang.
"Maafkan mami Zara sebab ganggu Zara malam-malam nii.Tapi mami ikhlas nak minta maaf kat Zara",luah Datin Aida.
"Zara dah lama maafkan mami.Jangan la risau"terangku.
"Mami nak minta Zara sesuatu.Boleh tak Zara.Untuk kali ni je.Pleasee.Untuk kebaikan zafran",rayu Datin Aida.
Aku tersentak mendengar kata-kata Datin Aida.Hatiku sedikit gelisah.Pelbagai andaian menerjah kotak fikiranku.
"Zaf okay tak mami?",kataku lantas bertanya.
"Zaf okay Zara.Cuma Zaf teringin sangat berjumpa dengan Zara.Please Zara.Untuk kali ini je.Tolong tunaikan permintaan mami",pujuk Datin Aida.
Hatiku berbelah-bagi.Aku sebenarnya belum bersedia untuk berjumpa Zafran saat ini.Apatah lagi mengingatkan perbualanku dengan Chak tengahari tadi.Jujur di hatiku masih terkesan dengan perkara yang berlaku tiga tahun yang lalu.Kenangan pahit yang masih tidak mampu aku lupakan.Bagaimana harus aku berdepan dengan zafran.Sebelum ini aku melihat Zafran yang hanya berbaring lesu di atas katil pesakit.Hanya yang ada rasa simpati yang menggunung di hatiku.Namun,apakah aku mampu berhadapan dengannya setelah lelaki itu sedar dari komanya.Persoalan demi persoalan terus menerjah fikiranku.Mata ku tutup rapat.
"Zara,"panggil Datin Aida lembut apabila tiada jawaban yang aku berikan seketika.
"Boleh ke Zara minta sedikit masa untuk berfikir?",tanyaku.
"Zara,semua ni salah mami.Mami dan Sofia yang rancang semuanya.Tapi,mami dah sangat menyesal sekarang Zara.Tolong maafkan mami.Kalau pun Zara tak nak maafkan mami, sekurang-kurangnya jumpalah Zaf walau sekali",rayu Datin Aida.
Aku tersentap mendengar pengakuan Datin Aida.Aku benar-benar tidak menyangka sejauh itu tindakan Datin Aida untuk memisahkan aku dan Zafran.Hatiku tiba-tiba terasa sebak.Air mata mengalir di pipiku.Rupanya selama ini,Datin Aida lah dalang semuanya.Aku benar-benar kecewa.
"Maafkan mami Zara.Mami tau Zara terluka.Zara boleh hukum mami.Tapi tolonglah jumpa Zaf sekali Zara.Mami mohon",rayu Datin Aida.Airmatanya mengalir deras di pipinya.
"Beri Zara ruang untuk befikir mami",kataku lembut.
Sangat sukar untuk menerima kenyataan yang baru sahaja aku dengari dari mulut datin Aida sendiri,namun masih ada rasa hormat di hatiku terhadap wanita itu.
"Baiklah Zara,mami faham situasi Zara sekarang.Mami tak paksa Zara untuk tunaikan permintaan mami,tapi Zara fikirlah untuk kebaikan Zafran.Lagi pun,Zara masih sah bergelar isteri kepada Zafran.Syurga Zara masih di bawah telapak kaki Zafran.Ingat itu",pesan Datin Aida sebelum mematikan panggilannya.
Tanpa aku sempat berkata-kata,panggilan sudah ditamatkan.Aku menarik nafas berat.
"Marahkan mami pada aku?",fikirku sendiri.
Setelah meletakkan telefon bimbitku ke atas meja,aku berbaring semula.Cuba memikirkan permintaan Datin Aida sebentar tadi.Namun fikiranku bercampur baur dengan perasaan simpati dan perasaan sakit hatiku terhadap Datin Aida.
Barulah kini aku mengetahui kenyataan sebenar yang telah berlaku.Zafran menjadi mangsa.Terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh perempuan yang sangat licik bernama Sofia dan dibantu oleh ibunya sendiri.
"Kasihan awak Zaf.Lebih kasihan pada diriku sendiri.Apatah lagi terpaksa membesarkan Misya sendirian.Sakitnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya",bisikku perlahan.
Airmata perlahan-lahan menitis di pipiku.Sakit yang aku rasakan membuatku teresak-esak.Cinta yang selama ini mekar di hati bersama Zafran terkubur sepi kerana rancangan Sofia dan Datin Aida.
"Bagaimana harus aku terima kenyataan ini Zaf.Selamanya mami awak tak akan perna terima aku sebagai menantunya",bisikku perlahan.
Ku sekah air mata di pipiku.
"Aku akan buktikan pada mami Zaf,aku akan buktikan kepadanya aku mampu berdiri sendiri tanpa awak di sisi.Aku nak mami rasa menyesal atas semua tindakannya memisahkan kita",azamku di dalam hati.
"Yes.I will do it!",ucapku penuh semangat.
Airmata ku sekah sehingga kering.
"Awak bukan wanita lemah Zara.Awak harus kuat untuk menghadapi segalanya.Awak ada Misya yang selalu menjadi kekuatan awak.So,jangan berputus asa",ucapku sendiri memujuk hati.
Aku cuba melupakan segala gundah di hatiku saat itu.Aku cuba melelapkan mataku.Mengharap ada sinar bahagia yang mampu aku kecapi hari-hari yang bakal mendatang nanti.Berharap agar semuanya akan berakhir dengan penuh kebahagian walaupun pernah ada luka yang bersarang di hatiku ini.

******

Chak menyelak langsir yang menutupi tingkap wad Zafran.Dibukannya perlahan tingkap agar udara pagi memasuki ruangan tersebut.Bagi Chak,udara segar penting untuk kesihatan setiap individu.Zafran yang masih tertidur lena lantas terjaga apabila mendengar bunyi tingkap di buka.Dengan perlahan dia membuka kelopak matanya dan memandang sekeliling.Melihat sosok tubuh Chak yang berdiri menghadapnya membuatkan Zafran cuba untuk bangkit namun lantas di cegah oleh Doktor muda itu.
"Good morning zaf.Baring je.Tak perlu bangun",ucap Chak sambil tersenyum.
Zafran tidak jadi meneruskan pergerakannya.
"Apa khabar kamu hari ni?",tanya Chak perlahan.
Dia lantas menarik kerusi pelawat berhampiran dengan katil Zafran dan duduk.
"Alhamdulillah,dah semakin baik doc.Mana ibu aku?",tanya Zafran apabila melihat Datin Aida tiada di sekitar bilik tersebut.
"Owh,ibu awak balik sebentar untuk membersihkan diri dan akan balik sekejap lagi",jawab Chak.
Hari ini Chak datang awal untuk memeriksa keadaan Zafran.Dia mahu melihat perkembangan kesihatan Zafran terkini.
"Doc,bila aku boleh discharge.Boring rasanya duduk terperap dalam bilik ni",luah zafran.
Chak tersenyum memandang Zafran.
Dengan perlahan mencek nadi dan tekanan darah Zafran.
"Awak larat ke bangun dengan keadaan seperti ni?",tanya Chak.
Zafran terdiam.
"Kalau rasanya tak larat lagi.So jangan fikir nak keluar awal dari wad.Awak perlu rawatan lagi zaf.Awak nak ke lumpuh sepanjang hidup awak",tanya Chak.
Zafran menarik nafas panjang.
"Relax la Zaf.Lama-lama awak boleh biasakan diri dalam wad ni.Awak masih perlu lakukan pembedahan tulang belakang awak tu.So,memang lama lagi la untuk awak terus berada di sini",terang Chak.
"Bila aku boleh lakukan pembedahan tu?",tanya Zafran ingin tahu.
Di hatinya benar-benar ingin mempercepatkan proses pembedahan itu agar dirinya pulih seperti sediakala.
"Relax la Zaf.Bawa bersabar dulu.Kami kena pantau kesihatan awak sepenuhnya untuk melakukan pembedahan tulang belakang awak tu.So awak kena benar-benar sihat.Inshaallah semuanya akan berjalan dengan lancar",pujuk Chak lembut.
"Terima kasih doc",ucap Zafran.
Chak tersenyum memandang Zafran.
"Panggil Chak je",kata Chak.
Kali ini giliran Zafran tersenyum.Dia tidak menyangka,Chak seorang doktor yang sangat peramah dan sopan.Dia bersyukur kerana Chak adalah doktor yang merawatnya.
"Makan ubat dengan teratur.Ikuti rawatan fisioterapi agar cepat proses penyembuhan nanti",nasihat Chak sebelum beredar keluar dari wad Zafran.
"Thanks Chak",jawab Zafran.

*******

Natasha menyemak satu persatu fail yang bertimbun di atas mejanya.Dia harus menyelesaikan semuanya sebelum hujung bulan kerana, setiausahanya akan mengupdate semua dokumen-dokumen yang telah siap disemak.
Bagi Natasha,dia tidak mahu ada sebarang kesilapan dalam penyemakannya,terutama dalam urusan keluar masuk kewangan syarikat.Sedang leka menyemak satu oy dokumen tersebut, tiba-tiba fikirannya melayang pada pertemuan pertamanya bersama Chak.Doktor muda yang merawat Zafran iaitu pengarah besar syarikat Fashion International,rakan kongsi syarikat milik ayahnya.Kerjanya terhenti seketika.Senyuman terukir di bibirnya.
"Kacak!",puji Natasha tiba-tiba.
Pertemuan yang tidak disangkakan dan juga pertemuan yang agak memalukan Natasha sendiri.
"Untungnya insan yang menghuni hati lelaki itu",puji Natasha.
Hatinya tiba-tiba diselubungi rasa cemburu.
Entah mengapa, perasaannya ingin sekali mengenali doktor muda itu.
Natasha mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Jauhnya pemikiran awak Natasha",bisik Natasha sendiri.
"Tapi,why not aku cuba mengorat dia.Lagipun,lihat dari gayanya,dia belum pun berumah tangga.Dan kalau pun dah ada kekasih,belum tentu bersama dengannya.Jodoh tu,tuhan yang tentukan",fikir Natasha.
Natasha menumbuk perlahan kepalanya.
"Aku dah gila agaknya", rungut Natasha.
Dia mengeleng-gelengkan kepalanya sambil menyambung kerjanya semula.
Pintu dikuak perlahan.Natasha menoleh.Milah setiausahanya sedang berdiri memandangnya.
"Amboiii cik manis seorang ni.Senyum sendiri sampai tak dengar aku ketuk",usik Milah setiausaha Natasha.
Natasha tersengih memandang Milah di muka pintu bilik pejabatnya itu.
"Masuklah",pelawa Natasha.
Pen diletakkan di atas mejanya.Milah berjalan perlahan mendekati Natasha dan menarik kerusi di hadapan meja Natasha.
"Dari tadi aku lihat senyuman mekar di bibir tu,ada apa-apa ke yang kak Milah tak tau?.Cubalah kongsi sedikit",kata Milah ingin tahu.
"Tak de apa lah kak Milah.Saja je senyum",kata Natasha cuba menyembunyikan apa yang ada di dalam fikirannya itu.Senyuman masih terukir di bibirnya.
"Alah cik Natasha, mustahil lah seorang gadis,senyum sendiri-sendiri tak de apa-apa.Adalah tu yang sedang difikirkan.Meh lah kongsi kegembiraan tu Ngan kak Milah",kata Milah lagi.
"Betullah kak Milah.Memang tak de apa pun.Syah cuma terkenangkan zaman dulu-dulu.Tulah sebab Syah senyum dari tadi",terang Natasha.
"Owh.Ni mesti ingatkan ex boyfriend Natasha kan.Yela,cinta zaman remaja,apa orang kata tu,cinta monyet.Ah!.cinta monyet",kata Milah cuba bergurau.
Natasha tertawa lucu mendengar kata-kata dari setiausahanya itu.
"Tak de cinta monyet la kak Milah.Syah tak perna bercinta la zaman-zaman remaja dulu.Siapalah yang nak kan Syah ni kak.Dah la tak cantik,perangai ala-ala tomboy dulu.Siapa yang nak",kata Natasha merendah diri.
"Ehhh!!!,siapa kata Natasha tak cantik.Cantik lah,kulit putih bak salju,rambut perang,anak mata berwarna biru, jarang jumpa tau gadis melayu bermata biru.Satu dalam berjuta",puji Milah.
Natasha ketawa terbahak-bahak.
"Apalah kak Milah ni.Syah kan anak kacukan.Of course la mata ikut sebelah ayah.Kalau kak Milah anak kacukan juga,kak Milah pasti miliki warna mata yang berbeza dengan gadis melayu yang lainnya",terang Natasha.
"Owh ye,kak Milah lupa pula",kata Milah sambil menggaru-garu kulit kepalanya yang dilitupi tudung itu.
"Dah!Tak payah nak puji Syah bagai nak rak.Ni kak Milah datang ni sebab pe.Nak tolong Syah semak dokumen-dokumen ni ke",kata Natasha sambil menunjuk ke arah timbunan fail di atas mejanya.
"Owh!No,no.Tu bukan bidang kerja kak Milah.Ni kak Milah nak tambahkan lagi kerja Natasha",kata Milah sambil menghulurkan sebuah fail berwarna hitam kepada Natasha.
"Adoiiii!!ada lagi ke.Emmm,ni pun belum siap lagi.Dah bertambah satu kerja lagi",rungut Natasha.
Dia tidak menyangka,tugas pengarah syarikat benar-benar sesulit itu.Hatinya sedikit kagum dengan keupayaan ayahnya yang telah lama menerajui syarikat tersebut.
"Syah saja hampir tak mampu nak selesaikan semua tugasan ni.Tak tau,daddy Syah guna ilmu apa sampai mampu menguruskan semuanya.Dah la bukan hanya syarikat ni je daddy uruskan.Syah ni,baru syarikat ni je,kepala otak Syah ni bagaikan nak pecah lagaknya memikirkan kerja bertimbun ni",rungut Natasha lagi.
Milah ketawa memandang Natasha.
"Alah Natasha,Natasha kan baru je nak berkecimpung dalam industri perniagaan ni,memanglah sukar bagi Natasha untuk membiasakan diri.Kak Milah pun macam Natasha juga sebelum ni.Langsung tak de pengalaman dalam menguruskan hal-hal syarikat.Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar daddy Syah,kak Milah mampu menangani semuanya.Jangan lah Natasha berputus asa, lama-lama Natasha pasti boleh.Kak Mila percaya Ngan keupayaan Natasha",kata Milah cuba memberikan semangat kepada Natasha.
"Terima kasih kak milah Sebab sudi beri semangat kat Syah ni.Insyaallah dalam sikit waktu lagi,Syah pasti mampu menguruskan semuanya seperti daddy Syah",kata Natasha.
Milah tersenyum memandang Natasha.Bangga dengan semangat yang ada pada gadis cantik di hadapannya itu.
"Usaha tangga kejayaan Natasha.Ingat tu.Kalau tak de apa-apa lagi,kak Milah nak keluar dulu.Nak sambung kerja kak Milah yang masih bertimbun tu",kata Milah meminta diri.
"Yelah,thanks tau kak sebab sudi beri Syah nasihat.Semua ni Syah akan tanamkan di dalam diri Syah untuk jadi yang terbaik",luah Natasha.
"Good!.Good luck Natasha.Natasha pasti boleh",kata Milah sebelum keluar meninggalkan Natasha di dalam pejabatnya.
Langkah Milah diekori dengan pandangan mata Natasha,sehinggalah bayangan Milah menghilang di sebalik pintu masuk bilik pejabatnya.
"You can do it Syah!",bisik Natasha.
Dia lantas menyambung kerjanya semula.

*******

Aku menarik nafas panjang sebelum mengetuk perlahan pintu wad Zafran.Semalaman aku telah berfikir.Menunaikan hasrat Datin Aida untuk berjumpa dengan Zafran adalah jalan terbaik ku.Tindakan yang ku ambil hanyalah untuk melihat kesembuhan Zafran.Aku tidak ingin dikatakan menantu tidak mengenang budi.Walaupun mungkin Zafran sudah lama melupakanku,namun aku akan tetap berbuat kebaikan sebelum mengambil tindakan selanjutnyaselepas ini.Tujuanku hanya satu,selepas Zafran pulih seperti sediakala,aku akan memohon surat cerai untuk mengakhiri hubungan yang tergantung selama ini.Aku tidak mahu hidupku dibayangi dengan perasaan bersalah seumur hidupku.Biarlah ada pengakhiran yang terbaik di antara aku dan juga Zafran.Sekurangnya,selepas bercerai aku bebas untuk meneruskan kehidupanku selepas ini.

Tok! Tok!

Aku mengetuk perlahan pintu wad Zafran.Selang beberapa detik,pintu bilik di buka oleh Datin Aida.
"Zara",ucap Datin Aida sedikit terharu melihat kehadiranku tengahari itu.
Aku tersenyum memandangnya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
"Asalamualaikum mami.Sorry,Zara lambat sampai.Zara banyak kerja tadi",ucapku lembut.
"It's okay Zara.Yang penting Zara datang.Zafran pasti gembira apabila melihat zara,"jelas Datin Aida.
Aku hanya tersenyum tawar memandang Datin Aida.
"Tak apa-apa ke Zara datang.Tak de yang marah ke nanti?",tanyaku sedikit ragu.
Datin Aida memandangku hairan.
"Siapa yang nak marah Zara.Mami yang nak Zara datang berjumpa dengan Zaf kan.Takde yang nak marah lah",terang Datin Aida.
"Tapi...",luahku sedikit ragu.
"Owh!,pasti Zara fikirkan Sofia kan.Sofia takde kat sini Zara.Zaf tak kahwin pun dengan Sofia.Zara janganlah risau.Zaf masih tetap hak milik Zara seorang",terang Datin Aida.
Hatiku sedikit lega mendengar penjelasan dari Datin Aida,namun hatiku masih tertanya-tanya tentang apa yang dah berlaku antara Zafran dan Sofia sehingga tak jadi bernikah.Namun aku batalkan niat untuk bertanya.
"Jom Zara masuk.Pasti Zaf gembira",ajak Datin Aida sambil menarik perlahan tanganku memasuki bilik tersebut.
Aku hanya menurut.Aku berdiri di belakang Datin Aida.Debaran jantungku mula terasa cepat.Untuk sekian lamanya tidak bersua muka dengan lelaki itu,baru kali inilah aku berjumpa dengannya dengan keadaan Zafran yang sudah sedar dari komanya.Ku lihat Zafran sedang duduk bersandar di katilnya sedang bersembang dengan Dato Mazlan.Menyedari kehadiran ku dan Datin Aida,Zafran Dan Dato' Mazlan memandang ke arah kami berdua.
"Siapa yang datang tu?",tanya Dato' Mazlan kepada Datin Aida.Datin Aida tersenyum memandang Zafran dan Dato' Mazlan.
"Ni hah,mami nak berikan Zaf surprise.Macam yang mami cakap semalam tu",terang Datin Aida gembira.
Zafran memandang Datin Aida seakan tidak mempercayainya.
"Zaf,ini Zara.Isteri kamu.Isteri yang dah lama Zaf cari",kata Datin Aida.
Datin Aida menarik tanganku mendekati Zafran.
Zafran memandangku tidak berkelip.Mulutnya seakan terkunci apabila memandang seraut wajah yang amat dirinduinya itu.Air matanya mengalir tiba-tiba.
"Zara,abg rindu sayang",kata Zafran perlahan.
Aku menundukkan pandanganku.Tidak berani memandang Zafran.Mulutku seakan terkunci mendengar luahan hati Zafran.
"Zara datanglah dekat Zaf.Zaf rindukan Zara",bisik Datin Aida perlahan.
Aku mengangguk perlahan dan mendekati Zafran.
Sebuah senyuman manis ku ukir untuk dirinya.
Dato' Mazlan tersenyum memandangku.Dia juga sebenarnya tidak menyangka akan bertemu denganku saat itu.Aku mencapai tangan Zafran walaupun tangannya masih dibaluti semen,aku tetap menciumnya.
"Zara",panggil Zafran lembut.
Aku memandangnya dengan sebuah senyuman manis.
"sayang ke mana selama ini.Puas abg cari sayang.Kenapa menghilang tanpa berita.Sayang nak lupakan abg ke?. Abg minta maaf,abg tak sengaja lukai hati sayang,abg...",.
"Dah,jangan terlalu fikir hal-hal yang dah lepas",potongku.
Kata-kata Zafran terhenti.Masih banyak yang ingin dia katakan kepadaku,namun ayatnya terhenti.
"Bendah dah lepas,jangan di ingat lagi.Apa yang penting sekarang ni,awak jaga kesihatan awak.Ikuti prosedur rawatan yang dah di sediakan.Awak kena kuat agar awak pulih sepenuhnya",nasihatku.
Zafran terdiam.
Datin Aida memberi isyarat kepada Dato' Mazlan agar keluar bersamanya dan meninggalkan aku dan Zafran bersendirian di dalam bilik tersebut.Mereka mahu memberikan ruang kepada aku dan Zafran untuk berbual.
"Zaf dan Zara sembang lah dulu,mami dan daddy keluar sebentar",kata Datin Aida meminta diri.Setelah itu mereka meninggalkan aku dan Zafran sendirian.
"Sayang tak rindukan abg ke?"tanya Zafran lagi.
Dipandangnya wajahku lama.
Aku tak menjawab pertanyaan Zafran.Aku hanya diam sambil memandangnya.Aku sebenarnya agak kekok berduaan dengan Zafran setelah sekian lama tak bertemu dengannya.
"Pasal hal tu,awak sembuh baru kita bincangkan Yee.Buat masa ini,aku nak awak fokus pada rawatan awak dulu Yee.Aku akan selalu mendoakan agar awak segerah pulih seperti sedia kala",nasihatku.
Zafran menarik nafas panjang.Ternyata Zara yang dikenalinya selama ini sudah jauh berubah.Tidak seperti Zara yang dikenalinya sebelum ini.Gadis di hadapannya kini sudah agak matang berbanding sebelumnya.
"Baiklah sayang,Abg janji akan ikuti semua prosedur rawatan yang diberikan.Tapi sayang kena janji,akan selalu datang menjenguk abg kat sini"kata Zafran inginkan kesepakatan.Dia akan cuba sedaya upayanya untuk menawan semula hati gadis dihadapannya itu.
"In Sha Allah aku akan selalu datang.Lagi satu,aku kerja di hospital ni juga.Cuma berbeza bangunan je.Senanglah aku datang melawat nanti",jelasku.
Zafran sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru aku berikan kepadanya.Barulah dia menyedari pakaian yang aku kenakan berwarna putih sama seperti doctor lain yang berkerja di dalam hospital tersebut.Melihat tanda nama yang tergantung di leher ku,barulah dia menyedari bahawa aku merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak.Zafran tersenyum.
"Sayang dah berjaya sekarang.Abg bangga dengan sayang",kata Zafran.
Dia lantas menarik tubuhku perlahan dan cuba memelukku.Aku yang tidak sempat menepisnya lantas tersandar di dada bidang milik Zafran.Pintu dikuak dengan tiba-tiba.Aku lantas mengubah posisi tubuhku untuk duduk semula apabila melihat Chak terkaku melihat aksiku dan Zafran di ruangan tersebut.Chak tergamam,tiada satu ayat pun yang keluar dari bibirnya.Hatinya diselubungi perasaan cemburu.Aku tahu Chak terluka.Tanpa membuang waktu,Chak keluar dan lantas beredar meninggalkan aku dan Zafran.
"Maafkan aku.Aku kena berangkat sekarang.Aku akan datang lagi",kataku meminta diri.
Tanpa menunggu jawaban dari Zafran,aku lantas berlari keluar dan cuba mengejar Chak.Aku ingin terangkan segalanya kepadanya.Aku tidak mahu Chak salah sangka terhadap diriku.
"Chak,tunggu aku",panggilku apabila Chak terus berjalan.
Langkahnya dipercepatkan.Dia tidak ingin aku melihat reaksi wajahnya ketika itu.
"Please chak,dengarlah penjelasan aku dulu"rayuku tidak berputus asa mengejarnya.
Chak sampai tepat di hadapan pintu biliknya.
"Chak,please,dengarkan apa yang akan aku katakan.Semua tu bukan seperti yang awak sangkakan"terangku.
Chak menoleh memandang aku.
"Masuk!',arah Chak sedikit tegas.
Tanpa membuang masa,aku lantas masuk ke dalam bilik Chak.Chak mengikuti ku di belakang.
"Okay,jelaskan semuanya",arah Chak.
Aku menelan air liur ku.
"Semua tu bukan atas kehendak aku Chak.Tolonglah jangan salah sangka.Aku tak sangka Zaf akan tarik tangan aku dan secara tak sengaja aku memeluknya",terangku.
"Awak masih sayangkan dia kan Zara?",tanya Chak sedikit kecewa.
"Chak,boleh tak jangan tanya pasal perkara ni.Awak juga yang nak aku jelaskan semuanya kepada Zafran kan.Awak tak nak aku rahsiakan kepada Zaf.Tapi kenapa sekarang ni,awak tak mampu bendung perasaan cemburu tu",luahku.
Aku sememangnya tidak memahami sikap Chak yang sudah mula mempamerkan perasaan cemburunya.
"Awak tahu kan Zara,aku sangat menyayangi awak dan Misya.Malah aku dah anggap Misya sebagai anak kandung aku.Awak juga tahu,aku tak mampu kehilangan awak dalam hidupku",terang Chak.
Dia bersandar di balik pintu biliknya.Wajahnya menunjukkan perasaan tertekan.Aku menunduk memandang lantai.
"Chak,aku tahu semua tu.Tapi awak kena sedar,aku masih status isteri orang.Aku tak nak awak terlalu memberi harapan yang sangat tinggi terhadap aku",luahku.
"Aku mengaku,aku juga sayangkan awak.Tapi sayang aku tu tak lebih dari sebatas teman.Tapi,sekiranya Allah takdirkan jodoh tu milik aku dan awak,aku tak akan perna menolaknya Chak",jelasku.
Chak tersenyum tawar memandangku.
"Rupanya selama ini,aku hanya bertepuk sebelah tangan Zara.Hanya akulah yang sangat mencintai awak",luah Chak kecewa.
"Chak..",.

"Dah lah Zara.Sekarang aku dah faham semuanya.Terima kasih kerana sudi menyayangi aku",ucap Chak.
Matanya mula berkaca.Ada air mata bertakung di tubir matanya.
"Chak,kita tetap kawan okay.Lagi satu,jangan libatkan peribadi dengan pekerjaan awak.Aku mohon,walaupun awak terluka dengan keadaan sebenarnya,tapi,tolonglah merawat Zafran dengan baik.Aku doakan,ada takdir yang lebih indah untuk aku,awak dan Zafran kelak",pujukku.
"Tak perlu ingatkan aku tentang semua tu.Aku tahu tugasku sebagai seorang doktor.Dah habis waktu rehat.Awak kembalilah ke tempat kerja awak",kata Chak.
Aku mengangguk perlahan.
Tanpa berkata apa-apa,aku berlalu meninggalkannya.Aku tahu,Chak inginkan ruang ketika itu untuk menenangkan fikirannya.
"Semoga satu saat nanti,ada jalan yang lebih baik antara kita semua Chak.Maafkan aku,walaupun di hatiku sebenarnya menyayangi awak,dah rasa cinta itu sebenarnya dah lama hadir,namun aku harus menafikannya saat ini Aku sedar status diriku tika ini.Andai sahaja aku bukan perempuan berstatus isteri orang,aku dah lama menerima lamaran awak Chak.Maafkan aku kerana dah melukai hati awak",bisikku perlahan.
Dengan langkah longlai,aku meneruskan langkahku untuk ke tempat kerjaku semula.
"Tenang Zara.Pasti akan ada keindahan buat dirimu satu saat nanti",pujukku sendiri.

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-12 01:33:02 

update setiap hr pleas..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience