Seperti yang di janjikan,Joe datang ke rumah Zafran untuk menjemput Zafran mencari rumah untuk di jual.Sebenarnya Joe punyai kenalan yang menjual sebuah rumah berhampiran dengan syarikat perusahaan Fashion International itu.Kerana itulah awal pagi lagi Joe sudah datang ke rumah Zafran untuk berbincang dengannya.
"Awal kau datang Joe.Ingatkan petang sikit,"kata Zafran setelah membuka pintu pagar rumahnya itu.
"Aku ada berita baik untuk kau.Tulah aku datang awal nak khabarkan pada kau",jawab Joe sambil tersengih.
"Okay,jomlah masuk.Kita cerita kat dalam rumah",ajak Zafran.
Mereka masuk seiringan ke dalam rumah.
"Duduklah dulu,Aku suruh Mak Tam bancuhan kopi buat kau.Ni mesti tak sarapan lagi ni",teka Zafran.
Joe tersenyum sumbing memandang Zafran.
"Macam tau-tau je kau kan",kata Joe.
Jawapan dari Joe mengundang tawa Zafran.
"Seronok tengok kau ketawa Bro,rasanya dah hampir 3 tahun aku tak nampak kau ketawa",kata Joe.
"Ye ke aku dah lama tak ketawa,rasanya tiap hari aku ketawa lah",kata Zafran.Senyuman masih terukir di bibirnya.
"Yela,jujur aku katakan,baru hari ni aku nampak kau ikhlas ketawa.Selama ini,aku rasa ketawa kau tu di buat secara paksa",kata Joe.
"Yela tu,dah tak payah nak bergurau dengan aku plak.Kau duduk diam je kat sana,sekejap lagi aku turun.Aku tak mandi lagi ni.Padan muka kau hidu liur basi dari aku.Sape suruh datang awal sangat",kata Zafran dengan nada bergurau.
Joe hanya tersenyum namun tidak menjawab kata-kata Zafran itu.Matanya hanya menyoroti langkah kaki Zafran menaiki tangga untuk ke kamarnya.
"Awal datang Joe",tegur Mak Tam Abil menghidangkan kopi yang sudah siap dibancuhnya sebentar tadi.
"Biasalah Mak Tam,namanya juga bujang.Nak duduk terperap dalam rumah hujung minggu ni nak buat pa juga.Boring giler aku",jawab Joe.
"Carilah pasangan hidup Joe.Umur kau tu pun tak muda lagi tau.Kalau kau dah kawin sekarang dah beranak pinak kau Joe",nasihat Mak Tam berseloroh.
Kata-kata Mak Tam mencuit hati Joe.Dia ketawa terbahak-bahak mendengar nasihat dari pembantu rumah keluarga Zafran itu.
"Tak de yang nak kan Joe ni Mak Tam.Mak Tam kenalkan lah aku dengan mana-mana gadis yang Mak Tam kenal",gurau Joe.
"Tak de yang nak ke atau Joe yang kuat memilih calon isteri ni",tanya Mak Tam memperli Joe yang sedang tertawa.
"Betullah tak de yang nak,Joe tak memilih sangat lah Mak Tam,gadis zaman sekarang je yang kuat memilih",kata Joe membela dirinya.
"Betul tu Joe"kata Datin Aida menyampuk perbualan antara mereka secara tiba-tiba.Aku yang turun bersama Datin Aida tadi terhenti.
Ku lihat Datin Aida menjeling ku sambil meneruskan perbualannya.
"Gadis zaman sekarang ni kuat memilih.Apa lagi kalau lelaki tu kaya raya,lepastu macho pula.Pasti terhegeh-hegeh nak cari jalan agar dapat menarik perhatian lelaki tu",sindir Datin Aida.
Aku yang masih berdiri di sisinya seperti patung tidak bergerak hanya mampu berdiam diri.Aku tau kata-kata itu semua ditujukan kepadaku.Mak Tam yang memahami situasi itu lantas berlalu pergi.Tidak tahan mendengar setiap sindiran yang sedang dilontarkan oleh Datin Aida kepadaku.Joe yang tidak memahami maksud di sebalik kata-kata Datin Aida itu hanya mengangguk setuju.
"Betul tu Datin,kalau macam Aku je Datin,pasti tak de siapa yang nak",gurau Joe.
"Ni i nak bagi kau nasihat",kata Datin Aida.Dia duduk di samping Joe.
Aku bergegas berlalu ke dapur untuk membantu Mak Tam menyediakan sarapan pagi.Sebenarnya aku cuba mengelakkan diri dari terus mendengar sindiran pedas dari Datin Aida.
"Kalau nak cari pasangan hidup,cari yang setaraf dengan diri kita,dan yang paling penting carilah yang benar-benar mencintai kita.Jangan pula cari perempuan yang hanya suka mengikis harta kita saja".Sengaja Datin Aida menguatkan volume suaranya agar aku boleh mendengarnya di sebalik dapur.
"Insyaallah Datin",jawab Joe mesra.
Dari jauh ku pandang Datin Aida tersenyum puas setelah menyindir aku.
"Bagaimana,puas hati tak dengan struktur rumah ni",tanya Joe kepada Zafran apabila selesai saja meninjau keadaan rumah yang di tunjukkan oleh Joe itu.
Zafran mengangguk kepalanya tanda sangat berpuas hati.
"Aku suka rumah ini.memang aku berpuas hati.Berapa harga teman kau jual rumah ni",tanya Zafran.
"Katanya dia nak jual rumah ni dengan harga Rm400,00 sahaja.Lagi satu,rumah ni dah siap dengan Parabot.Tulah agak mahal sedikit",kata Joe menjelaskan kepada Zafran.
"Okay aku setuju",pendek saja jawaban Zafran.
"Baiklah,esok aku aturkan pertemuan kau dengan empunya rumah ni Yee",kata Joe.
"Tak boleh jumpa sekarang ke",tanya Zafran seperti tidak sabar untuk memiliki rumah tersebut.
Joe mengerutkan dahinya.
"Cepatnya",kata Joe seakan tidak percaya.
"Yela,lagi cepat lebih baik.Nanti tak pasal-pasal ada yang beli rumah ni jauh lebih mahal dari harga asal.Melepas aku pula",terang Zafran.
Dia memang suka sangat dengan reka bentuk rumah tersebut.Sebuah rumah dua tingkat yang sangat cantik.Terletak di kaki bukit.Pemandangannya sangat indah.Jauh dari kesibukan kota raya.
"Sekejap aku cuba hubungi pemilik rumah ini",kata Joe.
Zafran hanya mengangguk setuju.Joe lantas menelefon pemilik rumah itu.Sementara Zafran berjalan mengelilingi kawasan rumah itu.Setelah selesai berbual di telefon,Joe mendekati Zafran yang sedang leka melihat keindahan pemandangan di hadapan rumah itu.
"Pemilik tu kata,jam 2 petang ni jumpa kat restoran Medan selera untuk rundingan dan persetujuan kedua belah pihak,"kata Joe.
"Baiklah,kita bertolak sekarang,dah hampir jam 2 ni",kata Zafran sambil melihat jam di tangannya.
Joe hanya menurut dan mengikuti Zafran ke kereta untuk bertolak tanpa berkata apa-apa.
Muzik It's My Life dari kumpulan Bon Jovi dimainkan oleh DJ di salah sebuah disco terkenal di pusat Bandaraya Kuching.Beberapa anak muda sedang menari mengikuti rentak muzik yang dipasangkan.Di celah-celah puluhan orang itu,Sofia sedang duduk bermesraan bersama seorang lelaki lebih kurang 5 tahun lebih tua dari dirinya.Berpakaiam segak dan macho.Minuman keras terhidang di depan meja.Sofia meneguk setin bir sambil duduk menari mengikut rentak muzik.
"Jomlah Zam kita menari",undang Sofia sambil menarik Zamri yang sedang duduk menghisap rokok.
Zamri yang sudah agak mabuk mematikan api rokoknya dan berdiri mengikuti Sofia menari.Terliuk-liuk tubuh Sofia yang seksi itu menari sudah lupa akan dunia.Dia hanya sibuk dengan dunianya sendiri ketika itu.Zamri yang terleka memegang kemas pinggang Sofia dan turut serta menari mengikut rentak muzik.Beberapa lagu silih berganti,Sofia dan Zamri tidak ketinggalan untuk menari bersama.
"Sayang,i penat lah,jom duduk",ajak Sofia setelah beberapa lama menari.Kepalanya agak pusing kerana sudah terlalu mabuk.Zamri yang masih memeluk pinggang Sofia berjalan mengiringi Sofia ke tempat duduk mereka sebentar tadi.
"Order lagi sayang,Hari ni kita enjoy bersama.Yelah dah lama tak keluar seperti ini"kata Zamri mengoda Sofia.
"Tak boleh la sayang,esok i ada kerja,apa kata malam esok kita bertemu lagi",pujuk Sofia.
Zamri mendengus hampa.Sebenarnya Sofia sudah berjanji dengan Datin Aida untuk keluar shopping esok.Kerana itulah dia tidak boleh lama-lama di disko malam ini seperti kebiasaannya.
"Alah,just for tonight dear",pujuk Zamri lagi.Sebenarnya dia tidak sanggup untuk melepaskan Sofia malam itu.Melihat keindahan tubuh Sofia yang sangat terdedah itu mengundang getar di jiwanya.
"Tak boleh sayang.I janji malam esok kita spent time lagi"jawab Sofia penuh lemah lembut.Di sentuhnya wajah tampan milik Zamri itu.Jari-jari runcing milik Sofia terhenti di bibir lelaki itu.Sofia terbuai.Ingin sekali mengucup bibir seksi milik lelaki itu.Zamri menutup matanya merasa setiap sentuhan dari jari-jemari milik Sofia.Tiba-tiba Sofia menarik semula jarinya.Dia lantas tersedar.
"Maafkan i",kata Sofia apabila menyedari ketarlanjurannya itu.
Zamri hanya memandang Sofia dengan rasa hampa.Di hati kecilnya dia sangat mendambakan setiap sentuhan dari gadis itu.Zamri hanya diam tidak berkata walau sepatah kata pun.Dia berusaha untuk menenangkan hatinya yang sedang bergelora.Sofia lantas berdiri Dia berniat untuk meninggalkan Zamri sendirian di sana.Kerana saat itu dia sedang memikirkan Zafran.Cintanya untuk Zafran melebihi segalanya.
"I'm sorry feat.I must go now.see u soon",kata Sofia meminta diri.Tanpa berfikir panjang,tanpa mendengarkan rayuan Zamri Sofia lantas pergi.
Di Vila Angsana
"Mami, daddy Zaf i have something to tell both of you",kata Zafran memecah keheningan malam.
Dato' Mazlan dan Datin Aida yang sedang leka menonton Buletin utama di TV3 sama -sama memandang anak tunggal mereka.
"What up dear,macam urgent je",tanya Dato' Mazlan penuh tanda tanya.
"I think i want move out from this house",kata Zafran.
Dato' Mazlan dan Datin Aida tercengang.Mereka saling berpandangan.
"Why?",soal Datin Aida penuh tanda tanya.
Wajahnya amat serius.Dia tidak menyangkakan anak tunggalnya itu ingin berpindah keluar dari rumah itu.Dato Mazlan juga amat terkejut dengan keputusan anaknya itu.
"This is my decision",ringkas saja jawaban Zafran.
Dia sebenarnya malas sangat mengulas penyebab dia ingin berpindah.
"Ni mesti Zara yang desak Zafran nak berpindah kan!.Betul-betulah Zara ni dah melampau sangat!",marah Datin Aida tanpa berfikir panjang.
Zafran dan Dato' Mazlan tercengang mendengar kata-kata Datin Aida.
"Apalah awak ni.Tiba-tiba nak kaitkan menantu awak tu kenapa.Awak tak boleh tuduh sembarangan",marah Dato' Mazlan sambil memandang isterinya itu.
"Yela,selama ini Zafran tak pernah kata pun nak keluar dari rumah ni.Dah bernikah nak pula pindah keluar.Tak tau la apa Zara dah bagi makan kat Zaf ni sampai Zafran ikut je kemahuan Zara tu",marah Datin Aida lagi.
"Astaghfirullahalazim,awak tu bawa mengucap sikit.Awak tak boleh tuduh Zara macam tu tau.Tu fitnah namanya.Bagila Zafran peluang menjelaskan semuanya dulu.Anak kita ni nak pindah,pastilah bersebab.Bukan nak tuduh sembarangan je",marah Dato' Mazlan.
Percakapan Datin Aida benar-benar mengundang kemarahan di hati Dato' Mazlan.Zafran yang dari tadi hanya memandang kedua orang tuanya saling berbahas terus menyampuk.Dia takut jika ibu dan ayahnya saling bergaduh.
"Stop it mami, daddy",kata Zafran dengan nada yang agak keras.
Dia memandang wajah kedua orang tuanya itu.
"I have My own reason to move out from here",jelas Zafran.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara.
"You all dah tau kan,Zaf sekarang dah ada family,dah beristeri.So Zaf nak ada privasi Zaf sendiri.Lagi satu,dah lama sebenarnya Zaf fikirkan benda ni,before take married lagi,Bukan sebab hasutan dari Zara ke,Zara bagi Zaf makan apa-apa ke,no!.Tu semua tak betul.Yang sebetulnya Zaf nak ada privasi sendiri,lagi satu Zaf penat sangat duduk ulang alik dari rumah ke tempat kerja Zaf,"terang Zafran panjang lebar.
Datin Aida hanya menunduk mendengar keterangan dari Zafran.
"So Zaf dah beli sebuah rumah berhampiran dengan syarikat.Zaf harap sangat mami dan daddy memahami keadaan Zaf,"jelas Zafran lagi.
"Dengar tu,kan baik awak tak menyampuk percakapan Zafran tadi.Free je awak buat dosa.Menuduh orang tanpa sebab,"perli Dato' Mazlan kepada isterinya.
Datin Aida memandang suaminya dengan pandangan mata yang tajam.
"Awak diam la!",marah Datin Aida apabila melihat suaminya itu tersenyum-senyum memerli dirinya.
Datin Aida memandang Zafran semula.Dia membuat muka sayu.
"Tak boleh ke tak pindah.Sunyi la mami nanti.Dah la Zaf satu-satunya anak mami.Pastu tinggalkan mami Ngan daddy je kat umah besar ni",kata Datin Aida sayu.
Zafran tersenyum memandang ibunya.Dia tau ibunya sedih bila berjauhan dengan dirinya.Tangan Datin Aida di genggam erat.
"Mami,Zaf tau mami tak boleh berjauhan dengan zaf dan Zaf pun tak boleh berpisah dengan mami.Tapi Zaf janji,Zaf akan balik jenguk mami bila ada masa lapang.Lagi satu,mami Ngan daddy boleh je datang rumah Zaf bila-bila masa je", pujuk Zafran kepada ibunya.
Air mata Datin Aida mengalir perlahan-lahan membasahi pipinya.Hatinya benar-benar hiba saat itu.Dia sememangnya tidak boleh berpisah dengan anak tunggal kesayangannya itu
"Janganlah nangis mami.Zaf janji akan selalu datang jenguk mami.Zaf janji",kata Zafran berulang kali.Cuba meyakinkan ibunya itu.
"Dah tu sayang Oii,Anak kita ni dah besar panjang.Dah ada isteri pun.Sekejap lagi dah ada anak juga.Berilah mereka peluang untuk hidup sendiri memandangkan anak kita ni dah ada tanggungjawabnya sendiri",pujuk Dato' Mazlan kepada isterinya itu.
Datin Aida mengesat air matanya.Dia mencuba untuk menerima hakikat berjauhan dengan anaknya nanti.
"Janji dengan mami selalu datang sini", akhirnya Datin Aida berbicara.
"Janji mami",jawab Zafran penuh semangat.
Dia memeluk Datin Aida seerat-eratnya.
Share this novel