BAB 7

Romance Series 57282

Beep!! Beep!!

Bunyi dari handphone ku kedengaran menandahkan ada mesej datang.Ku kerling sekilas telefon bimbit ku.Mesej dari Dina.Teman baikku.Aku lantas mencapai handphone ku dan membuka mesej yang dikirim.

"Hang bila balik.Next week final exam".

Aku menarik nafas panjang membaca pesanan dari Dina sebentar tadi.Beberepa hari ini memang fikiranku serabut sekali sehinggakan aku lupa sebentar tentang final exam yang akan berlangsung tak lama lagi.Aku merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Biologi di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.Tahun ini merupakan tahun akhirku di Universiti sebelum mendapatkan Ijazah sarjana muda.Namun hatiku sangat resah.Aku belum benar-benar siap untuk menghadapi final Exam apatahlagi bila terfikir tentang pernikahan ku beberapa hari yang sudah berlalu.Fikiranku buntuh.Aku harus kembali ke Universiti untuk mengikuti peperiksaan terakhirku.Namun bagaimana untuk aku memberitahu Ibu dan Ayahku terutamanya Zafran suamiku.Aku menggaru-garu kulit kepalaku yang tidak gatal.Aku buntuh.

"Aku harus berani meminta kebenaran dari Zafran",kataku perlahan.

"Sat malam aku bagitau hang".Ringkas mesej yang ku hantar ke Dina.Aku lantas berdiri dan mencari Zafran.Aku berharap agar dia memberiku kebenaran untuk mengambil last exam.Kerana itulah cita-cita ku selama ini.Mengenggam segulung ijazah.Itulah impianku.Aku melangkah keluar rumah.Mencari kelibat Zafran.Aku berpusing-pusing di kawasan rumah mencari Zafran namun tiada.Hanya ada ibuku yang sibuk menyiram bunga di taman mininya.Aku tersenyum sendiri melihat ibuku.Sedari dahulu hobinya menanam bunga tidak pernah di lupakan.Aku mendekati ibu dengan perlahan-lahan dan memeluknya dari belakang.

"Hai cik bunga,boleh kah en.kumbang memetik bunga di taman larangan",gurauku.Aku mengeratkan pelukannya di pinggang ibu.Ibu tersenyum manis.
"Yela tu.Ni manja-manja mesti ada apa-apa ni",teka ibuku.Aku hanya tersenyum manis.Aku memusingkan tubuh ibu menghadapku.Ku genggam erat jari jemarinya yang runcing.Ku pandang mata ibu sedalam-dalamnya.

"Mama".

Ibu memandangku dengan pandangan mata yang indah.

"Napa ni syg",kata ibu lembut.Aku menarik nafas perlahan.Mencari keberanian untuk memberitahu ibu tentang apa yang aku fikirkan saat ini.

"Zara nak ke Universiti esok.Exam minggu depan," akhirnya aku meluahkan apa yang tersirat di hatiku.Aku memandang ibu untuk kesekian kalinya.Berharap ibu mengerti.

"Minta kebenaran dengan Zafran sayang.Dia kan suami Zara.Apa-apa masalah,kena bincang dengan suami Zara",lembut suara ibu.
"Kalau dia tak bagi bagaimana?,"tanyaku.
"Zafran pasti faham",kata ibu.
"Tapi Zara tak nampak Zafran dari pagi.Dia ke mana?,"tanyaku lagi.Ibu memandangku hairan.
"Dia keluar pagi tadi.Dia tak bagitau Zara ke",soal ibu.Aku hanya menggeleng-geleng kan kepala tanda tiada.
"Mungkin dia lupa kot",jawab ibu lembut.
"Tak mengapalah,dia balik nanti Zara minta kebenaran dengan Zafran okay syg",kata ibu lagi.Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Papa ke mana",tanyaku lagi bila teringatkan kelibat ayah juga yang tidak kelihatan.
"Papa keluar beli barang sebentar",
"Oh!",ringkas aku menjawab kata-kata ibuku.
"Dah terlanjur Zara di sini.Apa kata Zara tolong ibu potong daun bunga yang dah tinggi tu",kata ibu sambil menunjukkan bunga kertas yang dah tinggi melangit di sebelah pintu pagar rumah ku.
"Baik cik bunga",gurau ku sambil mengangkat tangan ala-ala askar yang sedang menghadap ketuanya.Ibu ketawa terbahak-bahak melihat perilaku ku.
"Kamu ni ada-ada saja la Zara",tungkasnya.Aku hanya mampu ketawa.Kekusutan fikiranku seakan-akan aku lupakan saat itu.Aku lantas mencapai gunting bunga dan berjalan menuju bunga kertas itu dan memotongnya seperti arahan ibuku.Ibu hanya memandang ku sambil tersenyum.

Telefon bimbit Zafran sedari tadi asyik berbunyi.Zafran hanya memandang nama yang terukir indah di screen handphonnya itu

"Sofia"

Zafran hanya memandang sahaja.Tidak berniat untuk menyambutnya walau sudah berpuluh panggilan terlepas.

"Apalah minah ni nak.Ah!!lantaklah.Malas nak layan",kata Zafran malas.Dia hanya memberi fokus kepada pemanduannya sahaja.Setengah jam memandu akhirnya Zafran sampai di tempat yang ingin ditujunya.Memarkingkan kereta di tempat parking yang tersedia,Zafran lantas turun dari kereta dan menuju Cafe yang sering dia dan Joe kunjungi.Matanya meliar melihat kelibat temannya itu namun tiada.
"Lom sampai agaknya",bisik Zafran sendiri.Dia memilih tempat duduk di penghujung Cafe itu sambil menunggu kedatangan Joe.
"Coffee satu",order Zafran apabila seorang pelayan datang bertanya menu.Pelayan itu hanya mengangguk perlahan dan berlalu meninggalkan Zafran setelah menulis sesuatu di kertas kecil miliknya.Sambil menunggu kehadiran Joe,Zafran mencapai telefon bimbitnya dan membukanya.99 panggilan terlepas.Zafran menggelengkan kepalanya.

"Apalah minah tak betul ni nak.sampai misscall sebanyak ini",kata Zafran sambil tersenyum sinis.Di bukannya peti masuk mesej.Ada beberapa mesej yang di hantar.Ditutupnya semula telefon bimbitnya apabila melihat kelibat Joe datang.Mesej dari Sofia dibiarkan tak berbalas.

"Apa khabar pengantin baru?", soalan pertama yang di tanyakan Joe kepada Zafran setelah duduk.Zafran memandang Joe yang sedang tersengih-sengih seolah-olah memperlinya dengan geram.
"Awak ni.tak de soalan lain ke nak tanya kat aku",serkah Zafran geram.Joe sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah temannya itu yang mula merah.Joelah teman Zafran dari zaman sekolah sampailah melanjutkan pelajaran di luar negara sehinggalah sekarang.Hanya dia yang ada saat Zafran mengalami kesusahan.Pahit manis kehidupan Zafran Joe sudah fahami.Hanya dialah tempat meluahkan kekecewaannya terhadap Monalisa suatu ketika dulu.Dia sangat menghormati Zafran dan begitu juga sebaliknya.
"Cantik tak bini kau",tanya Joe selamba.
"Cantik ke tak cantik ke aku tak kisah.Aku juga tak berminat", jawab Zafran sekilas.
"So,Joe about you FIRST NIGHT",tanya Joe.Sengaja menekankan perkataan "FIRST NIGHT" ITU.Zafran memandang Joe sambil membesarkan matanya
"Kau dah gila ke pe.Aku dah kata aku tak berminat kan.Nape tak faham lagi!",marah Zafran.
"Okey okay.Aku tak tanya lagi",jawab Joe sambil ketawa terbahak-bahak.Zafran hanya memandang wajah Joe yang masih ketawa.setelah beberapa ketika akhirnya Zafran mula berbicara.
"Dah puas gelakkan aku?,"tanya Zafran sedikit marah.Joe lantas menutup mulutnya dengan kedua-dua jari tangganya.
"Okay sory-sory,"kata Joe.Sisa tawanya masih terukir di bibirnya.
"How's company",tanya Zafran serius.Dia sebenarnya risau dengan keadaan syarikat milik ayahnya kerana beberapa waktu berlalu dia tidak masuk berkerja.Dia hanya mendengar perkembangan syarikat melalui temannya itu.
"Semuanya berjalan lancar.Results kerjasama dari syarikat Korea Fashion akan kita ketahui bila En.Jong min datang melawat ke sini.Tarikhnya akan di maklumkan petang nanti",panjang lebar Joe memberikan penerangannya.
"Bagaimana dengan sambutan kedatangan beliau",soal Zafran lagi.Wajahnya semakin serius.Bab kerja memang Zafran melakukannya dengan serius.Dia tidak suka sikap kerja sambil lewa.Baginya sikap itu sangat-sangat merugikan.
"Pagi tadi dah meeting.Tula call kau nak jumpa sebab nak bagitau kau semua pelan-pelan yang dah saya dan staf yang lain bincangkan.",kata Joe.Sebenarnya pagi tadi dialah yang menghubungi Zafran untuk bertemu kerana ingin membincangkan tentang perkara itu.
"So?,tungkas Zafran.
"So,mungkin nak buat Fashion show masa tu.Nak tunjukkan rekaan terbaru baju yang kita hasilkan.Itupun kalau kau setuju",kata Joe.Zafran berfikir panjang.Meneliti sama ada rancangan Joe itu berguna atau tidak untuk menguatkan lagi keinginan Syarikat dari Negara Korea itu bersetuju untuk berkerjasama dengan syarikat milik keluarganya itu.
"Okay,aku setuju",akhirnya Zafran setuju setelah sekian lama berfikir.Setelah beberapa waktu perbincangan Zafran dengan Joe,akhirnya Joe meminta diri untuk kembali ke syarikat untuk memaklumkan tentang persetujuan yang telah termetrai dari bosnya itu.

BUTIK AWAN NANO

"Hai datin,lama tak datang butik.Datin apa khabar,"tanya Liza pekerja butik itu.Datin Aida tersenyum sambil membelek-belek susunan baju yang tergantung rapi di sebelahnya.Kilauan dari manik-manik yang menghiasi baju-baju itu menambahkan lagi kecantikan dan keunikan baju itu.
"Keluaran baru ke?",tanya Datin Aida berminat
"Ya Datin.Baju ni baru je dalam pasaran.Untung Datin sampai awal sebab stok baju ni terhad",kata Liza cuba menarik minat Datin Aida.Dia faham benar dengan perangai Datin Aida.Pantang ada baju keluaran baru.Semahal mana pun dia pasti mahu membelinya untuk memuaskan hatinya.Datin Aida menarik sehelai Jubah berwarna kuning keemasan.Sangat cantik.Fesyen zaman moden.Baju jubah mengikut bentuk badan.Dihiasi dengan manik-manik di sekitar tangan dan leher yang berwarna putih kekuningan.Liza hanya memerhati tingkahlaku Datin Aida yang tersenyum-senyum melihat Jubah tersebut.
"Jubah ni memang sesuai dengan Datin,"ujar Liza.
"Ye ke?,"ringkas jawaban Datin Aida.
"Memang amat sesuai.Kalau Datin pakai terserlah kejelitaan Datin.Apatah lagi kulit Datin yang putih gebu,potongan badan,fuhhhh!,"puji Liza lagi.Kembang kempis hidung Datin Aida dipuji oleh pekerja butik tersebut.
"Kalau Datin pakai baju ni,Dato' pun pasti tergamam tau",kata Liza lagi.
"Awak ni Liza,suka puji i lebih-lebih tau",kata Datin Aida.
"Betul Datin.Memang kalau Datin pakai baju ni,sesuai sangat",tambah Liza lagi cuba terus menerus memujuk Datin Aida agar membeli baju tersebut.
"Kalau macam tu,i nak baju ni",kata Datin Aida sambil menghulurkan Jubah itu kepada Liza.
Lagu dari Celine Dion berkumandang dari telefon bimbitnya Datin Aida.Datin Aida segera mencapai telefon bimbitnya dan melihat nama yang tertera di screen.Dia segera menjawab panggilan tersebut
"Haloo Datin Mira,i tunggu you kat cafe sebelah Butik tempat selalu Yee",kata Datin Aida penuh gaya.
"Okay Datin.kejap lagi i sampai.Jalan jem.Tunggu tau.Ada benda i nak beri you tengok",kata Datin Mira.
"Orite dear.see u".Datin Aida menamatkan panggilan dan segera membayar harga baju yang dibelinya sebentar tadi.Setelah selesai,Datin Aida lantas keluar dan memasuki cafe yang berdekatan.

"Awak",panggil ku perlahan.Zafran tidak menjawab panggilanku.Aku menelan air liur beberapa kali sebelum meneruskan kata-kata.
"Boleh tak esok saya nak balik ke peneng.Exam minggu depan",kataku dengan penuh berani dan cukup ringkas.Aku berharap dia boleh memahami isi hatiku.
"Suka hati kau lah.Aku tak kisah",jawab Zafran selamba.Hatiku melonjak gembira.Namun di sudut hatiku juga tersinggung sedikit melihat cara Zafran melayani ku.Sudah hampir seminggu pernikahan kami namun sehingga kini dia mempamerkan wajah yang hambar.Setiap perlakuanku juga dia tidak pernah ambil peduli seolah-olah tidak punyai apa-apa hubungan denganku.Aku pernah sempat berniat untuk mengenali Zafran dengan lebih dalam lagi,tapi setiap kali melihat kebisuannya niatku itu semakin memudar.Aku sedar dia juga seperti aku.Terpaksa menerima sebuah pernikahan yang tak pernah di inginkan di hati.Sebelum bergelar isteri nya,aku suda memasang azam untuk menjadi isteri yang baik buatnya walaupun pada hakikatnya tiada cinta di antara kami.Kadang aku merasa seolah-olah aku seperti apa yang diceritakan oleh penulis-penulis di dalam novel.Namun apakah pengakhiran kisah hidupku,kisah cintaku juga bahagia seperti watak-watak yang diceritakan dalam sebuah novel cinta.Aku sendiri tidak tahu.Yang aku tau,aku hanyalah insan biasa yang menerima pernikahan ini setulus hatiku.Walau hakikatnya hatiku juga terluka.Namun ini adalah takdir yang sudah tertulis buatku.Aku hanya mampu menjalaninya sahaja.Dan selebihnya aku serahkan kepada Allah S.w.t kerana dialah yang menentukan segalanya.Tanpa menjawabnya aku melangkah perlahan-lahan ke arah almari pakaian ku.Aku mengemasi sedikit barang untuk aku bawa pergi.Ku kerling Zafran yang sudah berbaring di atas katil.Ku kerling lagi sofa berdekatan tingkapku.Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan.Selama beberapa hari ini di sanalah tempat aku tidur.Sebenarnya badanku agak sakit namun untuk tidur atas lantai lagilah aku tak mampu.Sejuk sangat.Nak tidur di bilik adik,apa pula ayah dan ibuku katakan nanti.Aku tidak ingin mereka tahu hubungan aku dengan Zafran seperti apa.Apalagi mengingatkan renungan mata ayah.Sememangnya aku sangat takut.Hanya itu saja satu-satunya cara untuk aku tidur dengan selesa.
"Tak kisahlah",rungutku di dalam hati.Aku menyambung kerjaku semula.

Di Vila Angsana

"Abg dah call Zafran ke",tanya Datin Aida sambil menyenduk ayam masak merah ke dalam pinggannya.
"Dah pagi tadi.Dia kata esok dia balik",jawab Dato' Mazlan.Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Zara ikut ke",
"Zara tak ikut sekali.Esok Zara bertolak ke Penang.Nak habiskan Exam dia",kata Dato' Mazlan.
"Syukurlah dia tak ikut sekali.Sakit mata i tengok dia",kata Datin Aida.Senyuman bahagia terukir di bibirnya.Dato Mazlan merenung wajah polos milik isterinya
"Awak ni.Zara itu menantu kita.Dia juga ada hak tinggal dalam rumah ni",katanya.
"Yang awak bahagia sangat tu kenapa?.Awak kena sedar,Zara tu dah jadi sebahagian dari keluarga kita.Dia pasti akan balik di sini akhirnya.Tak sekarang, tapi akan datang dia tetap akan balik kat sini",sambung Dato' Mazlan lagi.Dia mengeleng-gelengkan kepala tidak suka dengan sikap isterinya itu.Dato Mazlan tidak menghabiskan nasi di pinggannya itu.Mendengar kata-kata isterinya seleranya hilang.Dia lantas berdiri dan lantas meninggalkan isterinya yang sedang menyiapkan nasi di mulutnya.
"Abg dah nak ke mana.Nasi tu tak habis lagi",kata Datin Aida apabila melihat suaminya itu berlalu pergi.
"Aku tak selera makan lagi.Perut dah kenyang",kata Dato' Mazlan dingin.Dia benci dengan sikap isterinya seperti itu.Ditinggalkan Datin Aida yang terpinga-pinga mendengar kata-katanya sebentar tadi.Datin Aida terus makan tanpa mempedulikan suaminya itu.
"Baguslah esok Zaf dah balik.Boleh la mami bawa Sofia ke rumah,"kata Datin Aida dalam hati.Dia suda memasang niat.Senyuman penuh makna terukir di bibirnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience