Seperti biasa aku akan menghantar Misya ke pusat jagaan setiap pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.Setelah memastikan Misya sudah masuk ke dalam kelasnya,barulah aku akan berangkat pergi.Hari ini genap seminggu Misya di pusat jagaan itu,dan seminggu jugalah aku berkerja.Aku bersyukur kerana semuanya berjalan sesuai keinginan ku setakat ini.Misya juga senang membiasakan dirinya bersama kawan-kawan barunya.
"Awal sampai",tegur Chak sebaik sahaja aku menapak keluar dari kereta ku.
Chak yang baru sahaja sampai menunggu ku bersama untuk masuk ke dalam hospital.
"Awak pun apa kurangnya.Awal je datang Boleh jadi doktor contoh ni", pujiku
Chak tersengih.
"Perli nampak",kata Chak.
"Mana ada perli.Aku jujur okay",jawabku.
Aku sememangnya amat mengagumi lelaki itu.Dia seorang yang sangat teliti dalam semua perkara.Dia juga amat menghargai masa.Bagi Chak,masa itu mendisiplinkan diri.Malah bagi Chak,orang yang suka membazirkan masa adalah orang yang sangat rugi.
"Thanks sudi puji.By the way,anak aku tu apa khabar.Lama tak dengar khabar.Mentang-mentang dah banyak kawan.Dah lupa sama daddy sendiri",kata Chak sedih.
Aku tertawa perlahan mendengar luahan Chak.Aku tahu dia sangat menyayangi Misya.Dan aku sebenarnya gembira kerana semua orang menyayanginya.
"Misya okay.Dia dah pandai sikit-sikit nak cakap melayu.Tapi tu la.Sikap cerewetnya makin bertambah.Nantilah aku bawa Misya jumpa awak",kataku.
"Promise?",jawab Chak gembira.
"Promise",jawabku ringkas.
Aku dan Chak membawa haluan masing-masing setelah itu.Chak ke unit kecemasan aku pula ke bahagian kanak-kanak.
"Good morning miss beauty",tegur cinta.Cinta adalah jururawat yang membantuku di dalam bilik pemeriksaan.Gadis cantik kelahiran Sabah.Kehadirannya sangat disenangi ramai kerana tingkahnya yang sangat lembut dan sopan santun.Berkulit putih dan bermata besar.Sememangnya gadis itu sangat cantik.
"Morning too cinta.Sihat ke?",tanyaku sambil meletakkan beg di atas meja.
"Alhamdulillah sihat doc.Wahh doc,cinta tengok,sweet je dengan doctor Chak tadi.Ada apa-apa ke?",tanya Cinta ingin tahu.
Dia sememangnya selalu sahaja melihat aku dan Chak rehat bersama.Perkara itu menjadi tanda tanya di hati cinta.
"Hahahahha.Awak tanya la Chak sendiri.Apa pun,untuk jawaban pertanyaan awak tu,no komen",jawabku sambil tertawa.
"Laaa berahsia sangat la Doc ni.Tak pe,satu saat nanti,cinta pasti akan tau",jawab Cinta.
Kata-kata cinta hanya diiringi tawaku.
"Okay la cinta, abaikan cerita tu,sekarang dah jam 8,time to do work.So,please ambilkan kad-kad pesakit tu",arahku.
"Okay",jawab cinta dengan senang hati.
Aku tersenyum memandangnya.
*******
"Abg,dah lama rasanya tak jumpa Zara.Rindu pula rasanya.Bila agaknya Zara dan Misya akan pulang.Dah lama tak tengok Misya.Last jumpa masa balik dari luar negara je ari tu.Dah la tak call",luah ibuku perlahan.
"Zara sibuk la tu rasanya.Yela,awak pun tau kan,dia kerja,kena uruskan anak lagi.Manalah masa nak call.Bila dia tak sibuk,dia call la tu",pujuk ayah.
Ibu hanya menarik nafas berat.
"Tulah!,hari tu saya suruh tinggalkan Misya kat sini.Biar kita je yang jaga.Tapi degil betul.Nak juga bawa Misya sekali.Tengok tu,nak call pun susah sangat",kata ibu geram.
Ayah hanya memandang ibu sekilas.Lucu melihat sikap isterinya yang sedang merajuk.
"Awak ni.Cubalah fikir sikit,Zara tu hanya ada Misya seorang je.Kalau dia tinggalkan Misya kat sini,tiadalah sandaran hati dia kat sana.Kalau Misya ada, sekurang-kurangnya boleh bermanja sikit",jelas ayah lagi.
"Tapi,saya rindu dengan Zara bang.Kalau dulu,masa Zara study lagi,cuti semester je dia balik.Tapi sekarang,susah sangat nak balik bang",luah ibu sayu.
Ayah yang sedang membaca suratkhabar memandang ibu.Surat khabar di tangannya dilipat perlahan dan di letakkan di atas meja.
"Awak ni,Zara dah besar la.Dah kahwin malah dah ada anak pun.Dulu dan sekarang dah berbeza.Sekarang Zara dah berkerja.Mestilah masa untuk bersama keluarga akan berkurangan.Awak janganlah fikir banyak sangat",nasihat ayah.
"Bang,apa kata kita lawat Zara",kata ibu memberi pendapat.
Ayah berfikir agak lama sebelum memberi jawaban.
"Emmm,nantila abg fikir macam mana.Insyaallah ada masa,kita jenguk Zara dan Misya ye",kata ayah.
Ibu tersenyum gembira mendengar jawaban dari ayah.
"Terima kasih bang",ucap ibu lembut.
"Sama-sama.Dah!.Tak payah sedih-sedih lagi.Daripada awak serabutkan fikiran tu,lebih baik buatkan abg kopi kegemaran abg.Ada juga faedahnya.Dapatlah juga awak pahala",usik ayah.
"Yela tu",jawab ibu ringkas sebelum bangun menuju ke dapur.
Ayah mengeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawaban dari ibu.Senyuman terukir di bibirnya.
*******
Sofia mencalit gincu berwarna merah terang di bibirnya.Setelah puas dengan solekannya,dia segera keluar dari bilik air disko tersebut.Hari ini Sofia tidak kisah,walau apa yang terjadi,dia harus menemukan seorang lelaki kaya untuk mengikis hartanya.Sofia sudah sangat bosan dengan kehidupannya sekarang.Dia perlukan banyak duit untuk belanjanya shopping.Walaupun dia sering meminta ibunya duit,namun ianya tidak mencukupi.Apatah lagi,penghasilan daripada butik ibunya tidaklah begitu memberansangkan.Namun dia tahu,ibunya bertungkus lumus mencari rezki untuk mereka berdua.Dan hanya butik itu satu-satunya penghasilan ibunya kerana,restoren, kedai-kedai milik keluarganya satu masa dahulu sudah habis dijual untuk membayar segala hutang keluarga mereka.Ayahnya pula menghilang tanpa berita.Sebaik sahaja bercerai dengan ibunya,ayahnya langsung tidak perna muncul selepas itu.Sofia melabuhkan punggunya di kerusi berhadapan dengan kaunter menjual minuman keras.
"Beri aku sebotol bir",kata Sofia kepada pelayan di hadapannya.
Sebotol bir diletakkan di hadapan Sofia bersama sebuah gelas.Sofia lantas membuka penutup bir tersebut dan menuangkan ke dalam gelasnya.Dengan perlahan-lahan Sofia meminum arak tersebut sedikit demi sedikit.Suasana dalam disko riuh rendah dengan muzik DJ yang di pasang oleh DJ disko tersebut.Sofia melihat sekelilingnya.Ada yang sedang menari,ada yang sedang berbual sambil meminum arak dan pelbagai lagi gelagat-gelagat orang-orang yang mengunjungi pusat hiburan tersebut.Pandangan Sofia jatuh ke arah seorang lelaki berusia sekitar 50an.Lelaki itu juga sedang memerhatikan Sofia dari kejauhan.Sofia tersenyum manis memandangnya.
"Good.Tepat pada masanya",fikir Sofia.
Sofia cuba mencuri perhatian lelaki tersebut.Dia berdiri dan berjalan ke arah sekelompok pasangan yang sedang menari-nari mengikut rentak muzik yang di mainkan.Sofia turut sama menari-nari mengikut rentak irama.Terliuk-liuk tubuhnya menari untuk menarik perhatian lelaki tersebut.Skirt mininya yang separas peha sengaja di naikkan lagi agar lebih sexy dan lebih mengoda.Sofia memang sudah menjangkakan bahawa lelaki itu pasti akan datang ke tempatnya.Siapa tidak tergoda dengan tubuh sexy Sofia.Kecantikannya juga mampu membuat siapa-siapa lelaki cair kepadanya.
Lelaki separuh abad itu menari-nari menghampiri Sofia.
"Haii you,sendiri ke?.I Azman.Boleh i temankan ke?',tanya Azman agak kuat agar suaranya didengari oleh Sofia.
"Owh hai.I Sofia.Boleh je",jawab Sofia sambil tersenyum manis.
Hatinya melonjak girang.Jeratnya mengena.
"Can we?',tanya Azman sambil menghulurkan tangannya.Berniat untuk menari bersama.Dengan penuh semangat Sofia menyambut huluran tersebut.
"Yes,can",jawab Sofia tersenyum manis.
Sofia dan Azman menari.Dengan masa yang singkat sahaja,Sofia dan Azman sudah serasi bersama.Azman memeluk erat tubuh langsing milik sofia sambil menari mengikut rentak irama lagu Oh my love nyanyian Jhon Lennon.Seketika Sofia dan Azman terbuai bersama.Lagu dan tarian yang mampu mengetarkan jiwa mereka.Sofia dengan keinginannya untuk mengikis harta lelaki itu,Azman dengan perasaan ingin menakluki Sofia saat itu.Keduanya saling teruja.
"Jom keluar",bisik Azman penuh mengoda di cuping telinga Sofia.
Wangian dari Sofia mengetarkan jiwanya.Ingin sahaja mencium lembut gadis itu namun melihat suasana dan tempat yang tidak sesuai,Azman mencari cara mengajaknya keluar.Sofia tersenyum manja.
"Keluar ke mana?",tanya Sofia ingin kepastian.
"Mana-mana je,asalkan u dan i dapat bersama dengan tenang tanpa gangguan",bisik Azman perlahan.
"Apa jaminan u untuk bawa i keluar dari sini?",tanya Sofia penuh harapan.
"Well,apa je u minta,i akan tunaikan,Asalkan u tunaikan permintaan i juga",bisik Azman membuat perhitungan.
"Okay,but u promise,apa je i minta,u tunaikan",kata Sofia berbisik di telinga Azman.
"I will honey",jawab Azman.
"Okay,lets go",ajak Sofia.
Azman dan Sofia keluar dari pusat hiburan tersebut untuk mencari tempat yang sesuai untuk mereka.
********
"Thanks sudi bawa Misya keluar jumpa aku malam ni"Ucap Chak sambil memandang Misya yang sudah tertidur di kerusi penumpang.
Aku tersenyum memandang Chak.
"Sama-sama.Untuk kebahagian Misya,aku akan buat apa sahaja Chak.Dia adalah buah hati aku yang paling utama",jawabku sambil kandang Chak.
"Buah hati aku juga",kata Chak sambil tersengih.
"Well,thanks Chak,awak dah buat hidup Misya sempurna.Tanpa awak,mungkin Misya tak akan perna merasa kasih sayang seorang ayah", luahku sayu.
Ku pandang wajah tenang milik misya.Perasaan sayu menyelubungi diriku.Dia tidak perna mengenali ayahnya apatah lagi menatap wajah ayah kandungnya sendiri.
"Apakah Misya akan kecewa dengan diriku apabila mengetahui tentang kenyataan yang sebenar?", bisikku perlahan.
"Zara",panggil Chak perlahan.
Aku memandang wajah Chak.Matanya aku tatap.
"Awak tau tak,aku sangat menyayangi Misya.Bagi aku,Misya anak kandung aku.Aku sangat beruntung memiliki Misya dalam hidupku.Dan aku janji,selagi aku masih bernyawa,tidak akan ada siapa yang mampu menyakiti Misya",ucap Chak cuba memberi keyakinan kepadaku.
"Terima kasih Chak.Aku tak tahu bagaimana membalas jasa baik awak ni",ucapku perlahan.
"No Zara.Jangan cakap macam tu.Aku ikhlas.Aku cuma berharap agar,satu saat nanti,awak mampu memberi aku peluang untuk menjaga awak dan Misya.Aku berharap agar satu saat nanti juga,awak mampu membuka hati awak untuk menerima cintaku",luah Chak.
Aku terharu mendengar luahan Chak.
"Andai jodoh milik kita, Insyaallah kita pasti akan bersama Chak.Aku juga tak akan mampu menolak takdir Tuhan andai kita ditakdirkan untuk bersama",ucapku.
Bukannya aku tidak mempunyai perasaan terhadap Chak.Namun,aku tahu,lelaki itu terlalu baik untukku.Malah aku rasakan,aku tidak sepadan dengannya.Dia cukup sempurna di pandangan mataku sehinggakan aku tidak mampu untuk melukai hatinya.Aku hanya berharap agar,satu saat nanti,Chak bertemu gadis yang jauh lebih baik daripada aku.
"Zara,aku akan tetap tunggu sampai saatnya hati awak terbuka untuk menerima aku dalam hidupmu.Aku akan selalu berdoa agar jodoh itu milik kita berdua",luah Chak.
Aku tersenyum memandang Chak.
"Aminn".
Aku mengaminkan doa Chak.Aku juga berharap agar ada jalan terbaik yang akan aku temui kelak.Jalan yang tidak akan melukai mana-mana pihak.Aku tidak akan perna berputus asa untuk berdoa,meminta kepada tuhan untuk sebuah pengakhiran yang indah.Aku juga berharap agar ada Takdir Terindah yang menunggu ku di masa hadapan.
Share this novel
geram pula dgn cetita ni..lambat sangat dia jumpa zaf..