BAB62

Romance Series 57282

"Atok,nenek",panggil Misya sambil berlari ke arah datuk dan neneknya sebaik sahaja sampai ke kampung tengahari itu.
Dengan perasaan yang sangat gembira,Misya lantas memeluk erat tubuh nenek kesayangannya itu.
"Cucu nenek dah balik.Rindunya.Lama tak balik kampung",kata ibu sambil mencium pipi Misya berulang kali.
Aku hanya memandang mereka dengan senyuman.Ku jeling Zafran yang begitu sibuk mengeluarkan barang-barang di bonet kereta.Aku hanya biarkan Zafran bersendirian menguruskan barang-barang tersebut.
"Beria-ia sangat nak ikut.Biar awak saja yang keluarkan barang-barang tu",bisikku di dalam hati.
Aku bukannya tidak mahu membantu,namun barang-barang yang dibawa tidaklah begitu banyak kerana cuti tidaklah begitu panjang.Oleh itu hanya barangan penting sahaja yang aku bawa bersama.
"Tolong la Zaf tu Zara.Tak baik biarkan suami kamu tu angkat barang seorang diri",tegur ayah.
Aku sedikit tercengang.
"Alahai,baru plan tak nak bantu,dah kena suruh tolong pula",bisikku sendiri.
"Tak perlu pa,sikit je barang ni.Zaf sendiri je pun mampu je buat",kata Zafran menolak sebelum sempat aku menjawab kata-kata ayahku itu.
Aku yang sedikit malu mendengar teguran ayah sebentar tadi.Aku tersenyum memandang wajah ayah.
"Sikit pun, seorang isteri tu kena tolong.Tu tugas seorang isteri.Tak perlu mengada-ngada sangat.Tolong Zaf angkat barang-barang tu",perintah ayah.
Aku memandang wajah Zafran sekilas.Dia hampir tersenyum memandangku namun ditahannya sahaja.Dia takut andai tindakannya nanti mengundang marah di hatiku.Aku tak berkata apa-apa.Langkah aku atur menghampirinya.Walaupun agak terpaksa untuk membantu Zafran,namun perintah ayah tiada siapa mampu membantah.Aku mengangkat beberapa plastik barang makanan yang dibeli ketika singgah di supermarket sebelum bertolak petang tadi.Zafran tidak berkata-kata.Takut benar dia untuk mengeluarkan suara saat itu.Dia hanya memandang aku yang mendahuluinya memasuki rumah.
"Kak Zara,rindunya",ucap Zarul sebaik sahaja keluar dari bilik tidurnya.
Dia lantas menyalami tanganku dan menciumnya.
"Akak pun rindu adik sangat.Adik sihat ke?",tanyaku sambil mengusap perlahan pipi miliknya.
"Alhamdulillah adik sihat.Sorry lah tak sempat jemput akak kat luar tadi.Adik tengah solat magribh tadi.Tulah tak sedar akak sampai",ucap Zarul penuh sopan.
"Tak pe.Akak faham",jawabku sambil tersenyum.
"Uncle Zarul",panggil Misya lembut.
Zarul lantas menoleh.
"Laaa,anak buah kesayangan uncle ada kat sana rupanya.Uncle tak nampak tadi.Comelnya,dah besar anak buah uncle ni kan",kata Zarul sambil mengusap perlahan rambut milik Misya.
"Uncle Zarul apa khabar.Lama tak jumpa uncle,hari tu balik kampung,uncle tak ada.Uncle ke mana?",tanya Misya.
"Laa,uncle ada kat asrama.Uncle belajar.Tak boleh balik lagi.Tapi tak pe,sekarang uncle dah ada kan",kata Zarul.Tangannya masih mengusap perlahan rambut milik Misya.
Aku meninggalkan mereka untuk ke dapur untuk menyimpan barang-barang yang dibeli.Ku lihat Zafran juga turut serta bersembang dengan mereka.Aku tersenyum dari kejauhan.
Teringat saat-saat seperti itu satu masa dahulu.
"Rindunya",bisikku perlahan.

******

Natasha mencapai kalendar di atas meja bersebelahan katilnya.Dilihatnya beberapa tanda yang sering dia lorekan.
"Hanya berbaki seminggu.Aku dah semakin gagal",bisik Natasha di dalam hati.
Satu tarikh lagi diloreknya.
Natasha menarik nafas dalam-dalam.
"Dah banyak usaha yang aku lakukan untuk menawan hati awak Chak,namun semuanya sia-sia.Sekarang aku dah sedar,tiada siapa mampu gantikan tempat kak Zara kat hati tu",kata Natasha perlahan.
Natasha meletakkan kalendar itu semula di atas meja.
Hari ini,Natasha sengaja menolak pelawaan Chak untuk menemuinya.Pelbagai alasan yang diciptanya sendiri untuk menolak pelawaannya kali ini.

"Beepp"

Bunyi beritahuan whatsapp kedengaran.
Dengan perasaan malas,Natasha lantas mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan segera melihatnya.
"Panjang umur awak Chak",kata Natasha tersenyum.
Dia lantas membaca mesej yang dikirim oleh Chak.

"Dah tidur?"


-chak-

Natasha lantas membalasnya.

"Kejap lagi tidurlah.Awak kenapa tak tidur lagi.Esok kan kerja.Dah lewat sangat ni?"


-Natasha-

Natasha lantas menekan tombol sent.
Tidak sampai 10 detik pun,Chak sudah menjawab mesejnya itu.

"Tak mampu lelap.Aku rindukan seseorang"


-Chak-

Natasha menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja selesai membaca mesej balasan dari Chak.Perasaan cemburu menyelubungi hatinya.
"Dia pasti rindukan kak Zara.Untungnya kak Zara",kata Natasha perlahan.

"Kalau rindu,call la dia.Tak pun chat dia.Luahkan rasa rindu tu.Tak baik pendamkan je.Takut jadi penyakit nanti"


-natasha-

Sebaik membalas chat Chak,Natasha lantas meletakkan semula telefonnya ke atas meja.Bantal peluk dicapainya dan dipeluknya erat.
"Malang betullah nasib kau Syah.Semua lelaki yang kau sayang,kau cintai tu,milik orang lain.Ermmmm,mungkin kau tak ditakdirkan untuk bersama siapa-siapa pun",bisik Natasha merendah diri dan berputus asa.

Telefon Natasha kembali berdering menandakan mesej tiba.Natasha mengabaikan seketika.
Semakin dia melayan Chak,semakin dia berharap.
"Aku seharusnya menjarakkan diri dari dia mulai saat ini.Hanya berbaki seminggu lagi.Rasanya tak perlu genapkan tempoh itu untuk menjauhkan diri.Lebih awal move on,lebih cepat aku lupakan dirinya",kata Natasha cuba menanam azam di hatinya.
Dicapai telefon bimbitnya semula dan membuka mesej daripada Chak.

"Sedang chat"

-Chak-

"Tapi lambat sangat balasan.Dia dah nak tidur kot"


-Chak-

"Rupanya dia sedang chat Kak Zara juga.Aku je jadi penganggu antara mereka",kata Natasha.
Mesej tidak dibalasnya lagi.Dia tidak mahu menganggu mereka saat itu.Natasha cuba melelapkan matanya.Cuba melupakan kesedihan di hatinya saat itu.Namun bunyi mesej kembali mengganggunya.Dia mencapai telefonnya semula.

"Bluetick?.Busy ke?


-Chak-

"Tak pelah kalau dah nak tidur.Sweetdream baby"


-Chak-

"Ni mesti salah sent chat nii.Siap berbaby-baby lagi.Sweetnya mereka",kata Natasha lagi.
Dicampaknya telefonnya ke tepi tilamnya dan lantas menarik selimut menutupi dirinya.

"Jelousnya!",kata Natasha.

********

"Asalamualaikum mak cik,boleh saya masuk?"tanya syam penuh sopan meminta kebenaran kepada Datin Ain untuk masuk ke dalam wad Sofia.
"Walaikumsalam.Masukalah nak syam",jemput datin Ain sambil tersenyum.
Di tariknya perlahan selimut yang menyelimuti tubuh milik Sofia hingga ke dada.
"Maaflah syam.Sofia baru sahaja tidur.Duduklah",pelawa datin Ain.
Syam duduk di kerusi yang telah disediakan untuk para pelawat.
"Tak mengapa mak cik.Syam pun baru balik dari balai polis.Uruskan saman dan soal selidik tentang kes ni",jawab syam.
"So,semuanya dah selesai ke?",tanya Datin Ain.
"Alhamdulillah semuanya dah selesai.Semuanya berjalan dengan lancar.Syam datang ni nak minta maaf kat mak cik dan anak mak cik sebenarnya.Kalau tak syam yang langgar anak mak cik,anak mak cik tak kan jadi macam ni",jelas syam sayu.
Matanya tak lepas memandang Sofia yang terlantar di atas katil.
Datin Ain mendekati anak muda di hadapannya.Dia begitu terharu dengan keikhlasan dan keperihatinan anak muda itu terhadap keluarganya saat itu.Dia menepuk perlahan bahu syam sambil tersenyum.
"Benda dah jadi syam.Nak buat macam mana lagi.Semua ni dah ditentukan oleh Allah.Bukannya kita semua nak benda ni terjadi pun.Mak cik bersyukur sebab tak ada kejadian serius pun yang terjadi.Harap-harap lepas ni anak makcik ni boleh sedar dan keluar dari kesilapannya",kata Datin Ain.
Dia menarik nafas dalam-dalam.Melepaskan semua tekanan yang membelenggu hatinya selama ini dengan sikap Sofia itu.
Syam mengerutkan keningnya tak faham.
"Apa yang cuba di sampaikan oleh mak cik ni?",bisik syam perlahan.
Timbul keinginannya untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai keluarga itu terutamanya gadis itu.
"Kenapa dengan anak mak cik?.Kalau tak keberatan boleh tak nak cik ceritakan pada syam?",tanya Syam memberanikan dirinya.
Datin Ain menarik nafas dalam-dalam untuk yang kesekian kalinya.
Dipandangnya wajah tenang syam.
"Panjang ceritanya syam.Tak tau nak mula dari mana.Banyaj yang mak cik pendam selama ini dengan sikap anak mak cik ni.Mak cik berharap satu masa nanti anak mak cik ni boleh berubah.Jadi anak yang baik",luah Datin Ain.
Hati syam makin ingin tahu.
"Ceritalah mak cik,kalau ada yang boleh syam bantu, insyaallah syam bantu.Mak cik jangan malu atau segan dengan syam.Anggap syam macam family mak cik sendiri",terang Syam.
"Sofia anak tunggal mak cik.Hidup dalam serba mewah.Tapi kemewahan itu sedikit demi sedikit merosakkan hidupnya.Sama satu masa perniagaan keluarga mak cik bankrap,Ayah Sofia tinggalkan mak cik dan Sofia dalam kehidupan yang susah.Masa itulah Sofia tak mampu terima kenyataan,dia mencari jalan singkat dengan menggoda lelaki kaya untuk mendapatkan duit.Mak cik yang merasa susah pada masa itu juga membantu Sofia.Mak cik tak fikir apa yang mak cik buat tu salah dan merosakkan anak mak cik juga.Hingga satu saat,Allah uji mak cik dan semua itu buat mak cik sedar apa yang mak cik buat tu salah.Tapi semakin hari anak mak cik ni semakin terjebak.Sampaikan semua nasihat mak cik dia tak dengari.Kerap kali dia menengking mak cik dan melawan semua kata-kata mak cik.Mak cik tak tau nak berbuat apa-apa lagi.Mak cik harap lepas kejadian ni,Sofia akan berubah.Mka cik harap sangat-sangat",luah Datin Ain sayu.
Syam yang begitu fokus mendengar cerita Datin Ain turut bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.
"Mak cik kena sabar.Semua ini dah ditentukan oleh Allah.Kita sama-sama doakan agar anak mak cik ni akan berubah jadi yang lebih baik selepas insiden ni.Apa yang mampu syam bantu,syam akan bantu.Mak cik janganlah segan untuk meminta bantuan dari syam.Kalau mak cik ada masalah,atau perlukan apa-apa,mak cik call je syam, insyaallah syam akan datang tolong",kata Syam ikhlas.
"Terima kasih syam.Mak cik tak tau nak balas kebaikan syam ni.Hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan yang syam lakukan untuk family mak cik",jawab Datin Ain.
"Sepatutnya syam yang kena berterima kasih pada mak cik.Kerana mak cik tak menghukum syam dengan kesalahan yang syam dah lakukan pada anak mak cik.Syam janji,syam akan bantu mak cik.Jangan mak cik risau mahupun segan dengan syam.Syam ikhlas membantu mak cik",jelas syam sambil tersenyum.
"Terima kasih syam.Semoga Allah sentiasa berkati syam dan keluarga syam",doa Datin Ain.
"Begitu juga mak cik sekeluarga.Semoga sentiasa di berkati oleh Allah dan selalu di bawa lindungan allah.",doa syam juga.
"Aamin",balas Datin Ain penuh kesyukuran.
"Syam kena gerak dulu mak cik.Syam kena kembali ke tempat kerja sekarang.Apa-apa yang mak cik perlu,call syam je.Insyaallah syam datang membantu",kata syam meminta diri.
"Baiklah syam.Hati-hati dalam perjalanan",kata Datin Ain.
"Baiklah mak cik.Terima kasih.Syam pergi dulu",kata Syam.
Dia lantas berlalu meninggalkan datin Ain dan Sofia di dalam wad.
Datin Ain hanya memerhatikan sahaja langkah anak muda itu sehinggalah hilang dari pandangan matanya.Di hatinya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana menemukan dia pada anak muda sebaik syam.Di hatinya berdoa agar anak muda itu sentiasa diberkati oleh Allah.Tanpa disedarinya,senyuman terukir kemas di bibir.

******

Langkah kaki Chak terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang begitu dikenalinya melangkah keluar dari ruangan wad wanita.
"Syam?",panggil Chak apabila pasti lelaki yang baru sahaja dilihatnya itu adalah syam.
Langkah kaki syam terhenti apabila menyedari namanya dipanggil seseorang.Dia lantas menoleh.
"Chak!",kata Syam dengan kuat.
Ditekupnya perlahan mulutnya apabila menyedari betapa lantangnya suaranya sebentar tadi.Dilihatnya kiri dan kanan melihat sekelilingnya.
"Fuhhh,nasib baik tak ada orang",bisiknya perlahan.
Chak ketawa terbahak-bahak melihat gelagat sahabatnya itu.
"Weiiii,lama sangat tak jumpa awak.Ingatkan hilang ke mana.How are you?",tanya syam sambil memeluk erat tubuh teman baiknya itu.
"Aku baik je.Awak pula bagaimana?",tanya Chak membalas pelukan temannya itu.
"Syukurl alhamdulillah,aku okay je.Lama betul tak jumpa awak.Rupanya awak kerja kat sini ye.Tak sangka betul boleh jumpa awak kat sini",kata Syam gembira.
Chak tersenyum memandangnya.
"Jom lah ke bilik aku.Kita sembang.Banyak sangat benda aku nak cerita kat awak ni",ajak Chak.
Syam memandang jam ditangannya.Sudah begitu lewat untuk ke tempat kerjanya.
"Next time kot.Aku dah lewat ni.Apa kata malam ni kita keluar kat kedai mamak.Cerita panjang-panjang.Banyak benda yang nak diceritakan pada awak ni,tapi masa tak mengizinkan.Meh no telefon awak.Boleh calling-calling nanti",kata Syam.
Chak lantas mengeluarkan sebuah kad namanya dan no telefonnya kepada Syam.
Syam menyambut kad itu dan melihatnya.
"Doktor Chak.Wahhh,tercapai juga cita-cita awak nak jadi doktor pakar tulang.Tahniah",ucap Syam bangga dengan kawan baiknya itu.
Chak tertawa.
"Puji lebih-lebih.Awak pun apa kurangnya.Ahli perniagaan ternama",puji Chak pula.
"Mula la tu.Tak nak lah jadi ahli perniagaan.Nak jadi macam awak.Tapi tulah.Family punya problems,tak jadilah"luah syam sayu.
Chak menepuk perlahan belakang Syam.
"Sabarlah.Tak semua apa yang kita cita-citakan akan tercapai.Yang pastinya awak pun berjaya juga dalam kehidupan awak kan.Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya",pujuk Chak perlahan.
Syam tersenyum tawar.
"Tak mo la sedih-sedih.Call aku nanti ye.Kita sembang.Banyak benda aku nak korek dari awak ni",kata Chak cuba mengalihkan perhatian temannya itu.
Syam tersenyum.
"Baiklah.Aku pun nak kena gerak dulu ni.Nak kena jumpa client.Dah lewat sangat",jawab Syam.
"Hati-hati tau.Bawa kereta elok-elok',pesan Chak sebelum Syam berlalu pergi.
"Thanks",jawab syam.

******

"Rindunya suasana sungai ni.Teringat saat-saat dulu masa kita ke sini beberapa tahun yang lalu.Masa tu kita belum ada Misya.Sekarang ni,keadaan bertambah sempurna dengan kehadiran Misya.Makin banyak memory yang akan terukir kat sini",kata Zafran.
Matanya tak lepas memandang Zarul dan Misya yang sibuk bermain dengan air sungai.
Aku di sebelah Zafran hanya turut memandang sama.
"Dah lama tak datang sini kan.Hari ni,abg nak mandi lama-lama kat sini.Nak main dengan Misya.Dia pasti gembira",kata Zafran lagi.
"Tak takut ke?",tanya ku sambil memandang Zafran.
Zafran memandangku dengan wajah berkerut.
"Tak takut?.Apa maksud syg ni?",tanya Zafran hairan.
"Eh, pura-pura lupa pula.Cuba awak recall balik fikiran awak ke memory beberapa tahun dulu.Saat tu jadi apa",kata ku mengingatkan Zafran.
Tawaku hampir terurai saat itu.
Zafran memandangku dengan wajah yang kemerah-merahan.Aku tahu dia malu.
"Ingat tak?",tanyaku sambil memandang kedua matanya.
"Perli Yee",kata Zafran geram.
Saat itulah tawaku terurai.Aku tertawa terbahak-bahak di hadapannya.
Wajah Zafran serius tanpa senyuman dihadapan ku.
"Awak kata nak mandi lama-lama.Sedangakn tak sampai 10 minit kaki awak kejang sebab terlalu sejuk.Tak payah bermimpi lah En.Zafran nak mandi lama-lama.Tak pasal-pasal,riuh sekampung nanti",perliku tanpa mempedulikan perasaanya saat itu.
Aku tau dia geram melihat aku.Apatah lagi mengingatkan kejadian beberapa tahun yang lalu.Di tempat yang sama.
Satu cubitan singgah di pipiku saat itu.
"Sakitlah!",marahku seraya memegang pipiku yang terasa agak sakit setelah dicubit Zafran.
"Tulah perli lagi.Tu sebagai hukumannya",jawab Zafran.
Aku kembali ketawa memandangnya.Perasaan sakit itu sekejap sahaja menghilang.Namun tawaku semakin menjadi-jadi memerlinya.
Zafran semakin geram.
"Tunggu pembalasan dari aku",bisik Zafran di dalam hati.
Tanpa aku sempat mengelak,tubuhku diangkat oleh Zafran dengan kuat,Aku cuba meronta-ronta namun tidak diendahkan oleh Zafran sehinggalah tubuhku dihumban ke dalam sungai bersama dirinya.
Kini giliran Zafran mentertawakan ku.Dengan nafas tercungap-cungap,aku lantas menyapu air yang membasahi wajahku.Pakaianku habis basah terkena air.
"Jahatnya!",marahku geram.
"Tulah,perli lagi.Suka lah tu tengok abg malu kan",kata Zafran sambil memandangku.
Aku membalas pandangannya.Matanya yang begitu megoda mendebarkan hatiku saat itu.Aku lantas mengalihkan pandanganku ke arah lain.
"Tak lah,bukan perli,tapi sekadar mengingatkan",jawabku.
Senyuman terukir di bibirku.
"Ye ke mengingatkan.Tu yang dok tersengih-sengih tu,mesti masih fikir kejadian tu kan",teka Zafran.
Aku tertawa.
"Sorry lah.Bukannya nak perli Tapi rasa lucu.Masa tu,aku dan adik hampir tak keruan lihat situasi awak.Dah lah tak tau awak tak boleh terkena sejuk lama.Last-last jadi macam tu.Kacau bilau jadinya",kataku.
Senyuman masih terukir di bibirku mengingatkan kejadian itu satu saat dahulu.Saat-saat genting tapi agak melucukan apabila difikirkan semula.
"Sebab masa tu nak ambil hati syg kan.Mestilah nak buat apa saja.Tak kira perkara itu membahayakan pada diri atau tak.Yang pastinya,abg akan tetap lakukan apa sahaja untuk menawan hati isteri kesayangan abg ni"terang Zafran.
Aku memandangnya semula.Hatiku sedikit terasa teruja.
Jari jemari ku digenggam perlahan oleh Zafran.
"Maafkan abg syg.Abg nak syg terima abg semula.Abg nak hidup bahagia bersama syg seperti satu masa dahulu.Abg nak sangat syg terima abg semula.please?",kata Zafran begitu mengharap.
Hatiku sedikit sayu.Zafran begitu ikhlas dipandangan mataku saat itu.
"Abg rela lakukan apa sahaja untuk menebus semua kesalahan yang telah abg lakukan asalkan syg maafkan abg dan terima abg semula.Mintalah apa sahaja,asalkan syg nak bersama dengan abg.Asalkan syg terima abg semula di hidup syg.Insyaallah abg akan tunaikan walaupun melibatkan nyawa abg sekali pun.Abg pasti akan lakukan",jelas Zafran lagi.
Dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku agar menerimanya semula.
"Habis tu kalau melibatkan nyawa awk,habis tu kalau terjadi apa-apa.Bagaimana dengan aku dan misya.Tak pasal-pasal jadi janda muda pula aku nanti",kataku bergurau.
Senyuman terukir di bibirku.
"Ish,pe la syg cakap macam tu.Tak baik tau!",kata Zafran.
"Abis tu,cakap sanggup bergadai nyawa segala tu pe?",tanyaku.
"Tu perumpamaan lah syg.Bukannya nak mati pun",terang Zafran.
"Habis tu,tak ikhlas la kata nak bergadai nyawa demi aku tadi?",soalku.
Zafran membesarkan matanya memandangku.
"Ikhlaslah.Abg akan lakukan apa sahaja demi syg,walaupun melibatkan nyawa abg sekalipun.Tapi abg akan pastikan abg selamat dan dapat bersama-sama syg semula.Tu maksud abg",terang Zafran cuba memuaskan hatiku.
"Yela tu",kataku.
Aku lantas memercik kan air ke wajah Zafran sebelum melarikan diri dari Zafran dan lantas keluar dari air sungai.
Zafran tersenyum memandang aku yang begitu pantas meninggalkan dirinya yang masih ada di dalam sungai.Tubuhnya direbahkan ke dalam air.Ada sedikit sinar harapan di hatinya.
"Moga hatimu benar-benar terbuka untuk diri abg syg",doa Zafran di dalam hati.
Setelah menyalin pakaian ku,aku lantas menyediakan makanan yang telah aku bawa sebelum ke sungai pagi tadi.
Mataku tak lepas memandang Zafran Misya dan Zarul yang bermain-main di tepi sungai itu.
"Dah lah tu,mari makan dulu.Tak baik lama-lama dalam air tu.Bawa Misya sekali.Nanti Selesma pula.Dah la sejuk.Cepat ganti pakaian tu",arahku pada mereka.
Dah lama mereka bermain di dalam air.Hatiku agak risau.Risau andai Misya terkena selesma apabila bermain terlalu lama di dalam air.
"Okay",jawab Zafran.
Dia mengangkat tubuh kecil milik Misya.
"Zarul,jom.Nanti mengamuk pula kak Zara awk tu kalau lambat.Dia dah bagi hint nak marah tu",usik Zafran.
"Yela,jom.Tak pasal-pasal singa mengamuk",jawab Zarul.
Mereka tertawa bersama-sama.
Aku yang sedang sibuk mengeluarkan makanan dari raga tidak mengendahkan mereka.Aku hanya sibuk dengan kerjaku sahaja.

********

Zafran mengurut perlahan pinggangnya yang terasa sedikit sakit.Sebaik sahaja selesai makan malam,dia lantas meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.Dia kata badannya tidak berapa selesa.
Aku juga lantas mengikutnya apabila ibu asyik menyuruhku untuk melihat keadaan Zafran.
Aku lantas masuk ke dalam bilik dan melihat Zafran duduk di atas katil sambil mengurut perlahan pinggangnya.
Aku lantas mendekatinya.
"Sakit ke?",tanyaku.
"Pinggang dan belakang ni,terasa agak sakit dan kebas selepas balik dari sungai petang tadi.Ada ubat gosok tak?",tanya Zafran.
Aku lantas melangkah ke meja dan mencapai ubat gosok.
Aku menyerahkan kepada Zafran ubat tersebut.
Zafran menerimanya dan lantas menggosok perlahan pinggangnya.Aku hanya memerhatikannya.Perasaan simpati menerpa di hatiku.
"Sini aku tolong",kataku apabila melihat Zafran cuba menggosok belakangnya sendiri namun tak sampai.
"Boleh ke?",tanya Zafran.
"Aku masih tetap isteri awak.So aku masih bertanggungjawab untuk merawat awak",jawabku selamba.
Gosok bertukar tangan.
Aku lantas menyuruh Zafran membelakangiku untuk memudahkan ku menyapu minyak panas di bahagian yang sakit.Zafran hanya menurut sahaja.
Aku menyapu perlahan minyak panas ke belakangnya.Dengan perlahan-lahan aku mengurut belakangnya.
"Terima kasih syg,tolong abg.Maafkan abg dah menyusahkan syg",luah Zafran perlahan.
"Tak mengapa.Jaga kesihatan tu.Lain hari jangan angkat beban yang berat lagi.Jangan mandi sejuk terlalu lama.Tengok dah sakit",nasihatmu lembut.
Aku tahu,Zafran sakit belakang kerana mengangkatku di sungai tengahari tadi.Dia sepatutnya masih tidak boleh mengangkat beban yang berat kerana ia masih tak pulih sepenuhnya lagi.
"Maafkan abg.Lain hari Abg tak buat lagi",ucap Zafran mengakui kesilapannya.
Aku hanya tersenyum dan meneruskan urutan perlahan di belakangnya.
"Misya tak tidur lagi?",tanya Zafran apabila menyedari anak gadisnya tidak masuk bersamaku sebentar tadi.
"Dia berkeras nak tidur dengan nenek dan atoknya",jawabku.
"Dia terlalu manja dengan mak ayah.Mereka pun manjakan dia sangat",kata Zafran.
"Tak pelah,bukan selalu pun.Puaskan hati Misya nak tidur dengan mak ayah hari ni",balasku.
"Mm".
Hanya itu jawaban yang Zafran berikan.
Selesai sahaja mengurut belakang Zafran,aku lantas ke bilik air untuk mencuci tanganku agar aroma gosok itu hilang dari tanganku.
"Rehatlah.Aku nak ke dapur sekejap.Nak ambil air dan ubat tahan sakit.Biar awak tak rasa sakit sangat",kataku.
Zafran hanya tersenyum memandang aku.Aku lantas meninggalkannya.
Sebaik tiba di ruang tamu.Aku lihat ibu dan ayah masih duduk menonton televisyen.Misya ada di riba ayah.Sudah terlelap.
"Bagaimana dengan Zafran?",tanya Ayah sebaik sahaja melihat aku.
"Pinggangnya dan belakang terasa sakit.Zara dah sapu minyak panas tadi.Ni nak ambil air dan ubat tahan sakit nak beri pada Zafran.Biar sakit tak terasa sangat",jelas ku.
"Okay lah tu.Tapi sebelum tu,duduk dulu.Ada hal yang papa nak katakan pada Zara dulu",kata ayah.
Aku lantas mendekati mereka dan duduk di sebelah ibu.
"Ada apa papa,macam urgent je",kataku tertanya-tanya.
Aku memandang ibu di sisiku sebelum memandang ayah di hadapanku.
"Papa bukannya nak kata pe,cuma papa tengok,cara Zara layan suami Zara tu agak kasar.Tak baik buat macam tu.Dia masih suami Zara.Dia berhak mendapat layanan yang baik dari seorang isteri.Papa tahu,Zara terluka sebelum ni.Tapi,Zara sendiri pun tahu kan,Zafran tak salah dalam hal ni.Zara tak boleh menghukum Zafran atas kesalahan yang tak dilakukannya.Berilah peluang pada zafran.Tak pun fikirlah masa depan Misya tu",kata ayah.
Aku terdiam.Tak mampu berkata apa-apa.
"Tak baik berkasar dengan suami.Apa yang dah jadi sebelum ni,anggap itu satu pengajaran dalam sebuah hubungan,sebagai pengerat lagi rumahtangga zara.Setiap yang berlaku tu,ada sebabnya.Mungkin itu adalah salah satu ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran Zara dan Zafran dalam mempertahankan rumahtangga korang.Berbincanglah secara baik.Cuba untuk terus bertahan.Satu pesan dari ayah,jangan sesekali keluar dari mulut zara untuk tuntut penceraian.Kerana berdosa seorang isteri meminta cerai tanpa alasan yang munasabah",nasihat ayah lagi.
Aku hanya mengangguk tanda faham.Aku sedar keegoan ku selama ini.Aku mementingkan diriku sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain.Aku tahu,aku berdosa pada Zafran.
"Dah,hanya itu yang papa nak katakan.Pergilah layan suami kamu tu.Ingat pesan ayah,redha suami tu kunci segala-galanya.Jangan sesekali mempertikaikan hak Zafran ke atas Zara",pesan ayah lagi.
"Baiklah pa,Zara akan ikut semua kata-kata ayah.Zara akan cuba perbaiki semuanya",jawabku lembut.
Ayah tersenyum memandangku.
"Zara nak ambil air dan ubat dulu.Kalau Misya terjaga,dan cari Zara.Kejutkan Zara je.Insyaallah Zara akan terjaga",pesanmu sebelum berlalu pergi.
"Insyaallah",jawab ibu setelah sekian lama tidak bersuara.
Dia hanya menjadi pendengar setia kata-kata ayah seperti diriku.
"Zara pergi dulu",kataku meminta diri.
"Ye la",jawab ayah dan ibu serentak.
Aku lantas berlalu.

Nasihat ayah masih terngiang-ngiang di telingaku .
"Jangan nafikan hak Zafran sebagai suami Zara",

Kata-kata itulah yang terus mengangguku saat itu.
Zafran yang sedang memandang aku hairan.
"Awas,jaga jatuh gelas tu.Nak mengelamun,letak dulu gelas berisi air tu di atas meja.Kang tak pasal-pasal jatuh,pecah pula gelas tu nanti.Syg juga yang susah nak kutip nanti",usik Zafran.
Wajahku seperti disimbah minyak panas apabila Zafran menegurku seperti itu.
"Mana ada mengelamun",jawabku cuba berlagak biasa.
Aku lantas meletakkan gelas berisi air ke atas meja.
"Habis tu fikir apa tadi?.Monyok je",tanya Zafran ingin tahu.
"Tak ada apa.Hal kerja je.Oh ye,ni ubat awak.Makanlah,biar reda sikit sakit tu",kataku lantas menghulurkan ubat tahan sakit kepada Zafran.
Zafran lantas menyambutnya tanpa banyak kata.Aku juga menghulur gelas berisi air kepadanya.
Setelah selesai memakan ubat itu,dia menghulurkan semula gelas kosong kepadaku.
"Terima kasih syg",ucap Zafran.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Rehatlah.Esok kan nak bangun awal.Kita kan nak balik esok pagi.Nanti mengantuk pula kalau tak cukup rehat",kataku.
"Boleh,tapi syg kena tidur di sisi abg malam ni.Boleh tak?",tanya Zafran sambil memandang aku.
Aku memandangnya.
"Abg janji tak buat apa-apa pun.Abg janji.Abg cuma nak syg tidur di samping abg.Abg rindukan isteri abg",luah Zafran agak sayu.
Aku tak mampu menjawab kata-kata Zafran saat itu.Hatiku berbelah bahagi tika itu.Menolak beerti aku telah menderhakai suamiku,menurut, sebenar nya aku masih segan dan rasa janggal bersamanya.
"Please syg.Abg tak akan buat apa pada syg pun.Tu janji abg.Percayalah pada abg",kata Zafran bersungguh-sungguh meyakinkanku apabila melihat aku masih teragak-agak untuk memberikan jawaban.
"Buang ego kat hati tu Zara.Beri peluang pada Zafran.Dia tetap suami awak",kataku di dalam hati.
Aku menarik nafas perlahan.
"Ini lah masanya untuk awak perbaiki semula hubungan antara awak dan Zafran Zara.Buanglah rasa segan tu.Perbaiki hubungan yang sudah lama tak ada serinya Kembalikan semula hubungan seperti dahulu semula.Itu lebih baik.Demi Misya,demi masa depan kamu berdua",pujuk Zara pada dirinya sendiri.
Aku lantas melangkah perlahan ke atas katil dan berbaring di sisi Zafran.
Zafran tersenyum memandang aku.Dia tahu,hatiku tak lah sekeras mana pun.Kerana Zafran tahu,Luaran ku sahaja nampak agak keras,namun di hatiku sangat lembut.
Zafran menarikku agar lebih rapat ke arahnya.Aku hanya menurut sahaja,tanpa menolaknya.
Kepalaku berada di atas bahunya saat itu.Zafran meletakkan tanganku melingkari pinggangnya.Begitu juga tanggam Zafran.Di memeluk tubuhku erat.
"Terima kasih syg.Abg sayang syg sangat-sangat",bisik Zafran perlahan.
Satu kecupan singgah di ubun-ubunku.
Aku menutup mataku perlahan.
"Tidurlah.Selamat malam syg.Mimpi indah",ucap Zafran apabila melihat aku terdi seribu bahasa.
"Sweet dream too",jawabku.
Zafran tersenyum.
"Terima kasih ya Allah.Kau telah makbulkan doaku selama ini.Aku berjanji,aku tak akan lepaskan peluang ini untuk perbaiki hubungan antara aku dan isteriku ya Allah.Aku bersyukur ya Allah",ucap Zafran penuh kesyukuran.
Dia juga lantas melelapkan matanya.Begitu juga aku.Dan dalam beberapa tahun yang sudah berlalu,malam ini adalah malam yang benar-benar membuatku lena.Hatiku berbunga-bunga tidur dalam pelukan suami yang amat aku cintai selama ini.Aku berdoa agar, selepas ini,hubunganku dengan dirinya akan semakin akrab.Sekurang-kurangnya aku dah buang segala egoku untuk menyatukan semula rumahtangga kami berdua.Aku terasa sangat bahagia saat itu.Biarlah kebahagiaan antara aku dan dia akan kekal hingga ke nafas yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience