BAB 2

Romance Series 57282

Tok! Tok!
Ketukan bertalu-talu di pintu kamarku mengejutkanku dari lenaku.
"Zara bangunlah.Suda lewat ni.sekejap lagi Zafran datang menjemput Zara",panggil ibu.Aku bangun perlahan-lahan.Tidak menjawab ibu walau sepatah kata pun.Aku bersandar di tepi katilku.Mataku masih terpejam.Mataku terasa perih.Semalam aku baru sampai.Perjalanan dari Airport ke rumahku membuatkan aku sangat letih.
"Ah!letihnya",gummaku dalam hati.Terasa malas untuk bangun.Namun aku tetap gagahi.Aku melangkah malas menuju bilik air.Perlahan-lahan memusingkan tombol paip.Aku membiarkan air membasahi diriku.Dingin tapi mampu menenangkan hatiku kala itu.setengah jam aku sudah siap mandi.Badan terasa sangat segar.Aku mengeringkan rambut ku yang basah.bersolek ala kadar sahaja.
"Zara,dah siap ke.Turun kita sarapan sama-sama",panggil ibu dengan lembut.
"Iya ibu,Zara dah hampir siap",jawabku perlahan.Aku lantas berdiri menuju ke almari bajuku untuk memilih baju.Aku memilih seluar jeans berwarna biru tua dipasangkan dengan baju T-shirt berwarna putih.Simple tapi agak kemas.Aku membelek-belek diriku di hadapan cermin berulang kali.Melihat jika ada kurang di penampilanku.
"Ah!,lantaklah mamat tu nak tengok aku berpakaian seperti ini", gummaku di dalam hati.Aku melihat lagi di depan cermin.membiarkan rambut ku terurai kemas separas bahu.
"Okay!done",kataku berkata sendiri.Aku melangkah keluar dari kamarku.Menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur.Ku lihat Ibu Ayah dan adik bongsuku Zarul sedang duduk di meja makan menunggu kedatangan ku.
"Moning kak Zara",ucap Zarul dengan senyuman manis terukir indah d bibirnya.
"Moning too",jawabku sambil mengusap lembut rambut adikku sebelum duduk di sebelahnya.Adik kesayangan aku yang mampu membuat aku tenang walaupun saat hatiku sarat duka.Ku pandang wajah ayahku sekilas.Terlihat kedutan sudah terlihat jelas di wajahnya.Namun wajah itu tetap tampan.Ketegasan masih tetap terlihat dari riak wajahnya.Ku pandang wajah ibuku pula.Wajah ayu yang selalu lembut.memiliki seraut wajah yang sangat manis.Lesung pipit yang terletak di sebelah menyebelah pipinya menjadikan ibuku cukup cantik.Pandanganku jatuh tepat ke sebentuk bibir cantik ibuku.Bibir itu tidak pernah lekang dari senyuman.Ku pandang wajah ibuku sejenak.Penuh dengan kelembutan.Dengan penuh tertib,ibu menyenduk nasi lemak ke pinggan untuk kami sekeluarga.Aku terkedu.Aku akan pergi meninggalkan keluarga ini setelah bernikah dengan Zafran Zayyan.Lelaki yang tidak pernah ku kenali selama ini.Yang aku tau,Wasiat datuknya menyuruh agar Zafran Zayyan mengahwini ku untuk membalas jasa atukku terhadap keluarganya.Dan dengan hanya cara itu harta warisan akan menjadi milik Zafran Zayyan.
"Zara,"panggil ibu lembut.Panggilan itu mengejutkan aku dari lamunan panjang ku.Aku memandang wajah ibu lembut.
"Zara fikir apa tu.Makanla,nasi tu dah sejuk",ucap ibu.Aku hanya tersenyum memandang ibu.Senyuman terpaksa yang aku ukirkan agar keluargaku tidak mengetahui isi hatiku.Perlahan-lahan aku mengambil sudu dan menguak nasi di pingganku.Bila memikirkan tentang pernikahan ku,selera ku hilang.Nasi yang ku suap ke mulut terasa pahit.Namun tetapku gagahi untuk menelan.

Di Villa Angsana...
"Abg dah gila ke!",teriak Datin Aida kuat kepada suaminya Dato Mazlan.
"Abg nak anak kita kawin dengan perempuan kampung tu ke?.Abg nak malukan keluarga kita ke?,"kata Datin Aida mengajukan soalan betubi-tubi kepada suaminya.
"Awak ni,Zara tu pun manusia biasa juga.Nak buat macam mana lagi kalau ayah dah tulis wasiat seperti itu",jawab Dato Mazlan.
"Pokoknya saya tidak merestui perkahwinan ini!" tegas Datin Aida kasar.
"Baiklah!,kalau awak tak nak,kita biarkan harta ayah jatuh ke badan kebajikan saja",kata Dato' Mazlan bersahaja.Datin Aida terkedu.Tidak dapat menjawab kata-kata suaminya itu.Dato Mazlan menyambung semula membaca suratkhabar setelah diganggu oleh kata-kata isterinya.Dia tidak mengendahkan rungutan isterinya di sebelahnya.Perasaan Datin Aida berbolak balik.Menerima Zara sebagai menantunya amat sukar untuk dirinya.
"Perempuan kampung itu tidak layak menjadi sebahagian keluarga ini.Sofia menantu pilihanku,tapiiii",gumma Datin Aida.
"Jika Zafran tidak bernikah dengan perempuan itu,harta jatuh ke tangan kebajikan",omel Datin Aida sendiri.
"Ahhhhhh!!Serabut otak I ni!",bentak Datin Aida.Terkejut Dato' Mazlan dengan bentakkan isterinya itu.
"Awak ni dah kenapa?,"tanya Dato' Mazlan.Datin Aida menjeling ke arah suaminya dengan pandangan mata yang tajam.
"I hate all about this weeding!!menyerabutkan fikiran i je!,"marah Datin Aida.Dato Mazlan hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat tingkah isterinya.Dia hanya membisu malas bertengkar dengan isterinya.Dia sudah masak dengan perangai isterinya itu yang kuat membebel.Lebih baik berdiam dari menjawab semua kata-kata isterinya.Kalau menjawab merajuk panjang pula isterinya nanti.
"Dah dah la tu Datin Aida oii.Lebih baik awak masuk bilik ambil wuduk dan istighfar banyak-banyak.kita ni dah tua..kejap lagi dah sampai masanya kita akan di panggil menghadapnya.Lebih baik perbanyakkan amal daripada fikirkan kekayaan,harta bendah,dan kedudukan awak tu.Tak boleh di bawa masuk kubur pun",nasihat Dato' Mazlan panjang lebar kepada isterinya.Muak bila asyik dengar pasal kedudukan,harta kekayaan yang sering di banggakan oleh isterinya.Dato Mazlan lantas melipat suratkhabar dan meletakkannya atas meja.Berlalu meninggalkan Datin Aida yang masih tidak puas hati dengan kata-kata suaminya itu.Datin Aida mencebik bibir memandang suaminya yg sudah berlalu.
"Tunggu dan lihat saja nanti perempuan kampung.. terimalah pembalasan dari aku!!",kata Datin Aida sambil mengenggam jari jemari nya keras.

Di Perusahaan Syarikat Fashion International

Zafran melirik jam di tangannya.Sudah dekat jam 11 pagi.Fikirannya bercelaru.Hendak menjemput Zara ke butik menempah baju pengantin membuatnya tertekan.Perkahwinan yang tidak diingininya itu membuatnya sangat-sangat tertekan.Perasaanmya itu menimbulkan kebenciannya terhadap gadis bernama Zara Zya.
"Tergamak engkau menerima perkahwinan ini Yee.Siapla kau nanti!!",bentak Zafran dalam hati.Dengan hati yang berat.Zafran melangkah keluar dari pejabatnya untuk menjemput bakal isteri tak relanya itu.
"Joe,aku nak keluar,maybe aku tak masuk ofis lagi hari ini.So ingatkan Ani agar cancelkan semua meeting untuk hari ini.I have to go",kata Zafran kepada Joe.Teman baiknya merangkap PA nya di syarikat.
"Awak nak ke mana?"tanya Joe selambah.
"Nanti awak tau la.Not now.Im not in good mood",jawab Zafran.Terus meninggalkan Joe yang masih tertanya-tanya.Joe menghampiri setiausaha bosnya itu.
"Ani,batalkan semua temujanji bos hari ini.Dia keluar.Esok baru bos masuk ofis lagi",kata Joe.
"Baik",jawaban ringkas dari Ani.Malas bertanya langsung.Dia sudah faham benar dengan perangai bosnya itu.
Pelik!!

Tit!!

Bunyi automatik kunci kereta Mercedes hitam milik Zafran berbunyi.Zafran melangkah longlai menuju keretanya.Membuka pintu bahagian pemandu dengan perlahan-lahan sebelum masuk ke keretanya itu.
"sayang",panggilan manja dari Sofia menganggu Zafran seketika.zafran tidak jadi masuk dalam keretanya.Dia lantas memandang Sofia dengan pandangan dingin.
"why',pertanyaan ringkas dari Zafran.sofia dengan manjanya memeluk pergelangan tangan Zafran.Mengoda Zafran dengan keseksian pakaiannya.
"I Don't have time for you.And One more..stay away from me!!",kasar bahasa Zafran memberi amaran kepada Sofia.meluat melihat sikap Sofia yang terlentik lentuk memaut tangannya.
"Temankan i lunch syg.I miss u",kata Sofia menggoda.Tidak menghiraukan amaran Zafran terhadap dirinya.Zafran tidak mengendahkan kata-kata Sofia.Dia melepaskan tangan Sofia dengan kasar dan masuk ke dalam keretanya.menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi tanpa memandang Sofia pun.Sofia mendengus kuat.Kakinya di hentakan.Hatinya sakit.Dia mencari telefon bimbitnya dan mendail no HP Datin Aida.
"Haii syg",manja suara Datin Aida menjawab panggilan dari menantu pilihannya itu.
"Mami..i'm so Sad,"renggek Sofia dengan manjanya meminta simpati dari ibu Zafran.
"why syg,Siapa yang dah menyakiti hati menantu kesayangan mami ni",pujuk Datin Aida lembut.
"Zafran mami.Sofia cuma nak ajak lunch,tapi Zafran tak nak.Malah meninggalkan Sofia Macam tu saja",kata Sofia mengadu kepada Datin Aida.Datin Aida terdiam sejenak.Teringat penerimaan Zafran terhadap Sofia pilihan hatinya amat dingin.Zafran tidak menyukai Sofia.Apatah lagi melihat kegedikan Sofia.Tapi bagi Datin Aida menganggap perangai Sofia itu manja dan sesuai untuk di jadikan calon isteri buat putera tunggalnya itu.
"mami,,are u still there?,"pertanyaan Sofia mengejutkan Datin Aida yang jauh mengelamun.
"Oh oh..yess syg,mami ada di sini",jawab Datin Aida tersekat-sekat.
"It's okay syg..nanti mami pujuk Zafran Yee syg.jangan sedih.Nanti muka tu dah tak cantik lagi tau,"lembut Datin Aida memujuk Sofia.Setelah berbual dengan Datin Aida beberapa ketika,setelah meluahkan perasaan kecewannya Sofia memutuskan talian.Dia menggenggam telefonnya dengan erat.
"Tunggu kau Zafran.Aku akan tetap memilikimu!",kata Sofia penuh keazaman.Dia melangkah pergi dengan lenggang lenggoknya memasuki sebuah cafe.

Di perkarangan rumah Zara zya

Sebuah kereta Marcedes hitam berhenti tepat di perkarangan rumah En.Hamdan.En.Hamdan sudah menunggu di pintu masuk rumahnya dengan senyuman.Zafran turun dari kereta dan berjalan ke arah bakal mentuanya itu.
"Asalamualaikum pak cik",lembut suara Zafran menyapa.
"Walaikumsalam nak.Jemput masuk",kata En.hamdan mempelawa Zafran masuk ke dalam rumahnya.
"Eh!,tak mengapa pakcik,saya dah lewat ni.Zara di mana",tanya Zafran Lembut.Walaupun pernikahan itu tidak dipersetujui oleh Zafran tapi dia masih menghormati orang yang lebih tua darinya.
"Zara, keluarlah,Zafran dah sampai",panggil En.Hamdan lembut.Aku keluar dengan perasaan yang berdebar-debar.Untuk pertama kalinya bersua muka dengan bakal suami yang aku tak kenali.Aku hanya menunduk memandang tanah.Tidak berani memandang wajah Zafran.
"Kami pergi dulu pakcik",kata Zafran meminta diri.Malas berlama-lamaan di sana.
"Zara pergi dulu ayah",kataku meminta kebenaran dari ayah.Aku mencium tangan ayah dan berlalu pergi.
"Hati-hati dalam perjalanan.Zafran,jaga Zara baik-baik",itulah pesan ayah mengiringi perjalanan kami tengahari itu.Sepanjang perjalanan itu,Aku hanya duduk diam membisu seribu bahasa.Begitu juga Zafran.Tiada satu patah perkataan pun yang terucap dari bibirnya.Hanya reaksi wajah yang muram.Tidak sama saat berbual dengan ayahku tadi.Aku mencuri pandang muka Zafran.Hidungnya mancung.Alis matanya melentik,Bibirnya merah.Memang segak dan tampan pujiku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience