BAB34

Romance Series 57282

"Lama sangat Zara tak balik kan bang.Rindu pula rasanya",luah Ibuku.Ayahku hanya memandang wajah ibuku itu.
"Awak dah call dia ke.Tanya bila balik kampung",tanya ayahku itu.
'Tak call lagi.Last call seminggu lepas.Si Zarul tu pun dah banyak kali tanya pasal kakaknya tu",luah ibuku
"Apa kata hujung minggu ni kita datang sana.Buat suprise,mesti dia happy"kata ibuku memberi pendapat.
"Boleh juga.Lagipun aku ada urusan sikit kat bandar.Nak urus KWSP aku tu.Dah dapat surat untuk urus",jelas ayahku.
Ibuku menarik nafas dalam.Hatinya sedikit gembira mendengar kata-kata ayahku itu.
"Boleh la jumpa anak gadis aku tu.Lama tak datang jenguk aku.Rindu pula rasanya.Pasti Zarul gembira boleh jumpa kakaknya itu",bisik ibu di dalam hati.
"Yang menung lama-lama tu kenapa.Pergi buatkan aku kopi.Lepas tu masak.Kejap lagi aku nak ambil Zarul di sekolah",tegur ayahku
Ibu tersipu-sipu malu mendengar teguran dari ayah.
"Yela",jawab ibu ringkas.

Dengan langkah perlahan ibu berlalu ke dapur untuk membancuh kopi buat ayah.Sementara menunggu air mendidih,ibu mengeluarkan beberapa ekor ikan dari peti Ais untuk dilembutkan.Seikat sayur juga dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.Sekejap lagi dia akan memasak untuk makan tengahari.Setelah air mendidih barulah ibu membancuh kopi untuk ayahku dan menghantarnya di ruang tamu di mana ayahku sedang duduk membaca suratkhabar.

*********

Setelah dua minggu berada di luar negara,barulah hari ini Dato' Mazlan menjejakkan kakinya ke tanah air semula.Dato Mazlan menarik nafas lega sebaik sampai di KLIA.Rindunya terhadap tanah airnya kini terubat.Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu ahli keluarganya.Dato Mazlan mencari-cari kelibat Zafran.Dia sudah memaklumkan kepada anaknya itu untuk mengambilnya di Airport.
Dia melihat sekeliling untuk mencari Zafran.

"Asalamualaikum daddy",kata Zafran sambil menepuk perlahan bahu ayahnya itu.
"Astaghfirullahalazim.Kau ni Zaf,terkejut daddy",kata Dato' Mazlan seraya mengurut-ngurut dadanya itu.
"Ala..maafkan Zaf daddy.Ingatkan daddy nampak Zaf tadi.Sorry sangat-sangat ",ucap Zafran.
Dia berulang kali memohon kemaafan kerana telah mengejutkan Ayahnya itu.
Dato' Mazlan tersenyum memandang Zafran
"Tak mengapa.Zaf apa khabar?",tanya Dato' Mazlan.
"Sihat daddy.Daddy balik dari Korea ni nampak berseri je.Dah jumpa mami baru buat Zaf ke?", usik Zafran.
Dato' Mazlan ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata dari Zafran.
"Nak cari mami baru tu senang je.Tapi hati ni tak boleh terima.Sebab cinta daddy buat mami Zaf je",jawab Dato' Mazlan sambil tersenyum.
"Wahhh untungnya mami dapat suami macam daddy ni.Setia sangat.Im pround of you dad",puji Zafran.
"Kau ni ada-ada je lah Zaf",kata Dato' Mazlan.
Dia melihat sekelilingnya.
"Zara tak ikut sama ke?",tanya Dato' Mazlan apabila tidak melihat kelibat ku di sana.
"Awalnya dia kata nak ikut sekali.Tapi last minit tak jadi.Dia kata ada urgent matter yang tak boleh di elakkan.Zara pesan,nanti malam daddy dan mami datanglah kat umah,dia masak special buat daddy",kata Zafran.
"Wahhh tak sabar rasanya nak makan masakan menantu daddy tu.Dah lama tak makanasakan dia.Rindu pula",kata Dato' Mazlan sambil tersenyum.
"Kalau tak sabar,pastikan malam ni datang Yee",kata Zafran.
"Pasti datang la.Owh ye,mami tau ke daddy datang hari ni?",tanya Dato' Mazlan.
"Dia tak tau.Nanti daddy je bagi mami suprise",terang Zafran.
Dato' Mazlan hanya tersenyum.Tidak menjawab kata-kata anaknya itu.
"Jomlah daddy.Nanti lewat pula",kata Zafran mengajak Dato' Mazlan berangkat pulang.
Zafran takut andai terlambat,jalan akan jem.
Dato' Mazlan mengikuti Zafran ke kereta.Hatinya sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.Banyak perkara yang hendak dia ceritakan kepada isterinya itu.

******

Datin Aida tersenyum puas memandang cek bernilai 50ribu di tangannya.Cek itu diberikan oleh Zafran ketika dia bertandang ke rumahnya semalam.
"Zaf, Zaf.Senang betul nak bodek kau ni.Alasan macam tu pun kau nak percaya.Tapi tak pe,asal aku dapat duit dah cukup",kata Datin Sofia sambil menepuk-nepuk cek itu di tangannya.
Tawanya bergema memenuhi ruangan kamarnya.

"Kau ingat aku betul ke nak dermakan semua duit ni untuk pusat kebajikan.Buat pe nak bazir duit derma itu ini sedangkan aku ni pun takde duit langsung.Ni semua gara-gara daddy kau tu la.Tapi tak pe,aku tak perlu terperap dalam rumah ni lagi.Aku dah boleh shopping",luah Datin Aida senang.
Datin Aida sudah mengatur rancangannya sendiri.Esok dia akan membawa Sofia untuk keluar berjalan-jalan.Dia mahu bakal menantunya itu menghirup udara yang segar agar cepat sembuh.Dia mahu agar Sofia sihat dan boleh menemaninya ke majlis syarikat yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Harap-harap rancangan kali ini berjaya.Aku akan pastikan,Zara tak datang majlis itu.Dan aku nak pastikan,Sofia yang akan gantikan Zara malam tu nanti",bisik Datin Aida di hati.
Senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

Dato' Mazlan menjinjing beg pakaiannya menaiki tangga ke kamarnya sebaik sampai ke rumah banglo miliknya itu.Zafran yang menghantarnya sebentar tadi sudah berangkat ke pejabat semula kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat penting jam 3 petang nanti.Sebaik sampai di depan pintu kamarnya, Dato' Mazlan lantas memulas tombol pintu namun pintu di kunci dari dalam.Dia tahu Datin Aida ada di dalam.Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Tok! Tok!

"Asalamualaikum",ucap Dato' Mazlan sambil mengetuk pintu bilik.
Datin Aida terkejut mendengar suara Dato' Mazlan.Dengan pantas dia menyimpan cek yang diberi Zafran ke dalam beg tangannya.Dia takut andai Dato' Mazlan tahu akan kehadiran cek itu.Setelah menyimpan cek tersebut dia lantas membuka pintu bilik.

"Walaikumsalam",jawab Datin Aida sebaik pintu di buka.
Dato' Mazlan tersenyum memandangnya.Rindunya terhadap Datin Aida sedikit terubat.
"Awak dah balik.Maafkan aku.Aku tahu,aku dah banyak buat salah kat awak",kata Datin Aida.
Dia lantas mencapai jari jemari Dato' Mazlan dan menciumnya.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Aku sangat rindukan awak.Aku fikir,awak dah tak nak balik lagi.Aku fikir awak dah lupakan aku",luah Datin Aida.
Airmatanya mengalir.
Dato' Mazlan lantas menyeka airmata di pipi isterinya itu.Senyuman manis terukir di bibirnya.Dia tahu kalau isterinya itu sudah berubah.Zafran selalu bercerita kepadanya tentang perubahan Datin Aida yang sudah mampu menerima Zara sebagai menantunya.Malahan Datin Aida sudah kerap kali datang bertandang ke rumah Zafran untuk merapatkan diri kepada menantunya.Kata Zafran lagi,ibunya sering masak bersama-sama dengan Zara dan mereka sudah boleh berbual mesra bersama.Perubahan itu sangat mengembirakan Dato' Mazlan.

"Dah jangan menangis lagi.Aku dah pulang kan.Mana mungkin aku lupakan isteri aku sendiri",pujuk Dato' Mazlan.Dia cuba menenangkan Datin Aida yang sedang teresak-esak menangis.
Dato' Mazlan lantas menarik Datin Aida ke pelukannya.
"Maafkan aku",ucap Dato' Mazlan.
Datin Aida tersenyum sinis.
"Permainan aku dah bermula.Tak sia-sia aku berlakon selama ini Sikit masa lagi Aida.Sekejap lagi, Perempuan kampung tu akan keluar dari kehidupan kau",kata Datin Aida di dalam hati.
Hatinya puas.
"Awak janji tak tinggalkan aku lagi",kata Datin Aida berpura-pura sayu.Sisa-sisa tangisannya masih ada.Dato Mazlan meleraikan pelukannya.Dia memandang Datin Aida lembut
"Aku janji tak akan tinggalkan awak dah",ucap Dato' Mazlan.
"Terima kasih",jawab Datin Aida.
Digenggamnya tangan Dato' Mazlan erat.

*******

"Kau bagitau betul-betul siapa yang dah mengandungkan kau!?",marah Datin Ain.
Sofia diam tidak terkata-kata.Dia tidak mahu memberitahu kenyataannya.Dia tidak mahu andai ibunya mahu ayah kepada bayi dalam kandungannya bertanggungjawab.

"Sekarang kau dah sihat.Mama tak nak berlembut lagi.Sekarang beritahu siapa.Mama tak mau keluarga kita jadi malu dengan kehadiran anak di luar nikah ni.Sebelum perut kau memboyot,lebih baik terus terang siapa bapa anak dalam perut kau tu",kata Datin Ain.
Dia terus-terusan mendesak Sofia agar memberitahunya.
"Aku tak akan beritahu mama.Berkali-kali mama nak desak Sofia agar beritahu semuanya tapi Sofia tetap tak akan beritahu.Sofia ada alasan Sofia sendiri",jelas Sofia.
Matanya tajam memandang Datin Ain.
"Alasan apa Sofia,kau nak tunggu perut kau memboyot baru kau nak bagitahu?",marah Datin Ain.
Hatinya sangat tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya itu.
"Tolong lah mama!.Jangan desak Sofia.Sofia stress tau tak!",bentak Sofia keras.
"Owh kau tau stress.Habis tu mama tak stress ke tengok anak mama mengandung anak luar nikah hah!",marah Datin Ain.
Matanya merah menahan marah.Dia tidak kira,dia tetap mahu mengetahui bapa kepada kandungan anaknya itu.
"Please lah mama.Jangan desak Sofia boleh tak.Sofia beritahu pun,apa yang Sofia boleh dapat.Pokoknya,Sofia nak kahwin dengan Zafran.Bukan bapa pada bayi ini!",bentak Sofia.
Datin Ain ketawa terbahak-bahak memandang Sofia.Hatinya sakit.
"Kau ingat Zafran nak ke jadi pak sanggup Sofia.Kalau dia tau kau mengandung,lagi la dia tak nak kau",sindir Datin Ain.
"Aku tak kisah.Aku dah ada plan sendiri.Dan tak perlu mama masuk campur urusan Sofia.Sofia tahu apa yang Sofia lakukan",jawab Sofia.
"Kau tau apa yang kau lakukan.Tapi kenapa tak fikir kesan dari sikap kau ini.Kalau kau tak nak beritahu siapa bapa anak dalam kandungan kau tu,gugurkan anak dalam perut kau tu.Aku tak nak menanggung malu",kata Datin Ain memberi amaran.
Sofia tersentak mendengar kata-kata ibunya itu.
"Kenapa aku tak fikir sebelum ni Yee.Betul juga apa kata mama ni.Kalau gugur,aku dah boleh ke disco lagi",bisik Sofia.
"Tapi ini je cara aku nak perangkap Zafran.Bagaimana ni",fikir Sofia.
Fikiran Sofia bercelaru.
"Tak perlu nak fikir banyak-banyak,kau pilihlah yang mana satu,nak bapa pada anak dalam perut kau tu ataupun nak gugurkan saja",kata Datin Ain memberi pilihan.
Sofia tidak menjawab kata-kata ibunya itu.Kedua-duanya rumit bagi Sofia.Dia menghela nafas panjang.Berat sekali untuk memilih.
"Beri Sofia masa untuk fikirkan.Sekurang-kurangnya selepas Sofia selesaikan rancangan Sofia",kata Sofia.
Dia masih ingin rancangannya berjaya.
Datin Ain menghela nafas berat.
"Sampai bila Sofia.Sampai perut tu memboyot dulu ke?",tanya Datin Ain geram.
"Kau jangan nak malukan aku depan kawan-kawan mama.Baik gugurkan kandungan tu Sofia", bentak Datin Ain.
Hatinya benar-benar geram dengan kedegilan anaknya itu.
"Eh!.Dah la mama.Malas nak bertekak ngan mama.Wat sakit hati Sofia je",kata Sofia.
Dia lantas mencapai begnya dan keluar dari rumah itu.
"Kau nak ke mana Sofia?.Mama belum habis cakap lagi ni!",marah Datin Ain.
Namun tidak di endahkan oleh Sofia.Dia langsung tidak memandang Datin Ain yang memanggil-manggil dirinya.
"Lebih baik keluar dari terus dengar mama membebel.Wat kepala otak aku serabut je!",bentak Sofia.
Dia lantas menghidupkan enjin kereta dan bergegas pergi.

******

"Sedapnya bau.Pandai juga rupanya isteri aku ni masak.Ingatkan masak makanan kampung je tau.Tapi tak sangka pandai masak makanan barat juga Yee",puji Zafran.
"Ingat orang bandar je ke pandai masak makanan sedap.Orang kampung lagi cun bab masak memasak ni.Apa makanan pun,masak guna hujung jari je",kataku sedikit membangga diri.
Zafran mencebik bibirnya memandang aku.
"Alah,orang bandar apa kurang nya.Masak apa je pun boleh",jawab Zafran tidak mengalah.
"Okay,cuba masak kangkung masak belacan,atau pun masak ikan patin tempoyak.Orang bandar tau masak ke?.Rasanya tak kot,sebab orang bandar tak makan benda-benda cam tu",sindir ku.
Zafran menarik muka masam memandang aku.
"Hah!.Kalah la tu.Tengok muka tu,masam mencuka tengok aku",usikku sambil ketawa.
Telinga Zafran menjadi kemerahan.
"Masak banyak-banyak Macam ni,sape yang habiskan nanti?",tanya Zafran mengubah topik perbualan antara kami.
"Alah,kalau tak habis pun,Bungkus suruh mami dan daddy bawa.Boleh beri pembantu rumah makan",jawabku.
Aku menyenduk udang masak butter asam pedas ke dalam sebuah mangkuk.Wanginya menyengat hidungku.Perutku jadi lapar.Aku menelan air liur.
Zafran di sebelahku juga menelan air liurnya.
"Sedapnya,tak sabar nak makan.Laparlah yunk",ucap Zafran manja.
Meremang bulu roma ku mendengar Zafran memanggil ku seperti itu.
"Awak ni, sabarlah dulu.Awak pergilah ruang tamu.Tengok kalau-kalau mami dan daddy dah sampai.Ni asyik nak ganggu aku je nak masak",leter ku.
Zafran tersengih memandang aku.Dia tidak mengendahkan kata-kataku,malah makin rancak mengusik ku.
"Alah,baru nak manja sikit dah melenting.Tak best la macam ni.Alah,nak manja-manja juga",rengek Zafran.Berlagak seperti budak kecil yang ingin di manja.
Aku ketawa terbahak-bahak memandang kelakuan Zafran.Lucu benar di pandangan mataku.
"Awak ni,tak habis-habis nak buat aku geram ye,dah!,tak payah nak berlagak manja la,baik awak ke ruang tamu, tengokkan mami dan daddy.Manalah tau mereka dah sampai.Nanti kalau mereka sampai,nampak awak buat macam ni,tak ke malu jadinya",kataku menasihati Zafran.
"Biarlah mereka nampak pun.Nak kisah apa,kita kan suami isteri.Suami isteri kalau manja-manja macam ni dapat pahala tau",terang Zafran.
Aku mengetip gigiku geram.
"Tak makan saman betullah mamat ni",bisikku.
Aku tersenyum sendiri.Timbul perasaan ingin mengenakannya.
"Kalau macam tu,apa kata abang tolong sayang susun makanan ni atas meja",kataku berlagak manja.
Aku tahu Zafran paling malas jika di suruh membuat kerja dapur.Aku lihat reaksi wajah Zafran sedikit berubah.Aku tersenyum memandangnya.
"Baiklah sayang.Asalkan sayang janji lepas ni kita manja-manja boleh?",usik Zafran.
Dia tahu jika aku ingin mengenakannya.
Aku terkaku mendengar kata-kata Zafran.Aku yang nak kenakan Zafran tapi akulah yang terkena semula.
"Eh!!Awak ni gatal betul lah!",marahku.
Zafran sudah ketawa terbahak-bahak memandang aku.
"Alah,tak salah pun nak manja-manja.Bukannya minta lebih-lebih pun.Manja-manja sikit je pun",terang Zafran.
Masih ingin menyakatku.
"Tak payah tolong pun tak pe.Aku boleh buat sendiri",kataku mengalah.
Kalau berdebat dengan Zafran hal-hal seperti itu,akulah yang akan dulu mengalah.Kalau terus berbahas dengannya,makin banyak idea gatal yang dia akan keluarkan.Akulah yang tidak mampu untuk meneruskan kata-kata ku.Dan jalan terbaik adalah mengalah dan menukar topik perbualan.
"Yela,yela aku tolong.Tapi imbalannya tetap ada nanti",jelas Zafran sambil menolongku mengangkat makanan yang sudah siap di masak di atas meja makan.
Aku memandang zafran.Seakan tidak percaya dengan kata-kata yang baru diucapkannya itu.Aku tahu,andai Zafran sudah mengatakan sebegitu,dia pasti akan lakukannya.Aku menelan air liur ku.Perasaan laparku hilang serta-merta mengingatkan perkara yang akan dilakukan oleh Zafran nanti.Aku tahu dia nekad.Aku diam tidak menjawab kata-kata nya.Aku malas melayan karenah Zafran.


Zafran berlari-lari anak menuju ke pintu hadapan rumah apabila mendengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah.Setelah pintu dibuka,Datin Aida dan Dato' Mazlan sudah keluar dari kereta menuju ke rumah.

"Asalamualaikum Zaf",ucap Dato' Mazlan dan Datin Aida serentak sebaik melihat Zafran di depan pintu.
"Walaikumsalam mami,daddy,masuklah",pelawa Zafran ramah.
Datin Aida menghulur dua buah kotak berwarna pink dan merah kepada Zafran sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Apa ni?",tanya Zafran hairan.
Dato' Mazlan tersenyum memandang Zafran.
"Tu hadiah dari daddy buat Zaf dan Zara.Pink tu Zara punya",jelas Datin Aida.
Zafran menyambut huluran tersebut dan meletakkannya di atas meja.
"Terima kasih",ucap Zafran.

Aku yang baru sahaja menapak ke ruang tamu segera bersalaman dengan ibu dan bapa mertuaku.
"Maaf ada kat dapur tadi.Baru siap menghidangkan makanan",kata ku lembut.
Dato' Mazlan dan datin Aida hanya tersenyum memandangku.
"Tak pe Zara.Zara sihat ke?",tanya Dato' Mazlan.
"Alhamdulillah sihat daddy.Daddy pula sihat ke?.lama benar tak jumpa daddy",kataku.
Aku melirik ke arah Datin Aida.Dia tersenyum memandang aku.Hatiku gembira.Datin Aida kini boleh menerima aku sebagai menantunya.
"Daddy sihat.Ada urusan kat luar negara Zara.Urusan yang tak boleh di elakkan",jawab Dato' Mazlan.
Dia dan Zafran berpandangan antara satu sama lain.Hanya mereka berdua yang mengetahuinya.Biarlah menjadi rahsia antara mereka.
"Eh jomlah makan.Sejuk nanti makanan tu.Hari ini Zara masak special buat daddy dan mami",kataku .
"Aah lah.Jom mami daddy.Penat tau Zara berjuang kat dapur nak masak.Baunya pun,Fuhhh wangi sangat.Sampai tak sabar nak makan",puji Zafran.
"Yelah,jom",jawab Dato' Mazlan.
Kami beredar ke dapur untuk makan malam.Sepanjang waktu makan,banyak benda yang kami ceritakan.Aku berdoa di hati agar saat-saat seperti itu akan berkekalan untuk selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience