Zafran membuka matanya perlahan.Kepalanya sedikit berat dan sedikit sakit.Dia berusaha mengimbas kembali apa yang terjadi semalam namun dia tidak mampu mengingati segalanya.Yang dia tahu,setelah meminum segelas jus,kepalanya tiba-tiba terasa berat.Selepas itu,dia sudah tidak mengingati apa-apa lagi.Suara esakan tangisan menganggu fikiran Zafran.Dia lantas bangun dan duduk sambil melihat sekelilingnya.Suasana yang berbeza dari sebelumnya.Menyedari keadaan dirinya yang tidak berbaju menyentak perasaannya.Dia lantas menarik selimut menutupi badannya yang terdedah.Telinganya menangkap suara tangisan semula.Zafran lantas mencari arah datangnya suara tersebut.Jantungnya seakan terhenti apabila melihat Sofia yang sedang duduk menangis di atas lantai sambil bersandar di dinding.Keadaan dirinya yang hanya ditutupi dengan tuala menghadirkan sedikit kebimbangan di hatinya.Zafran masih bingung,otaknya ligat memikirkan perkara yang berlaku semalam,namun dia tidak mampu mengingatinya.Tidak tersengaja mata Zafran melihat setompok darah di atas cadar tilam yang berwarna putih.
"Apakah aku!!.Ahhh!Tidakkkkk!.Mustahil.Aku tak akan lakukan perkara itu",fikir Zafran.
Zafran mencuba mencari kepastian.Dia lantas memakai pakaiannya dan menghampiri Sofia.
"Apa dah jadi Sofia?",tanya Zafran bingung.
"I hate you Zaf.I tak sangka awak sehina ini.Awak sanggup rogol i demi kepuasan awak.Aku tak akan maafkan awak!",tengking Sofia tiba-tiba.
Airmatanya mengalir deras.
"Aku tak tau,aku tak de niat nak buat awak macam ni",terang Zafran.
Sofia masih menangis teresak-esak.
"I malu,i tak tau nak buat macam mana lagi.Awak dah musnahkan keperawanan i.I tak tahu nak berhadapan dengan masyarakat selepas ni",luah Sofia hiba.
Zafran meraup mukanya berulang kali.Dia seakan tidak percaya dengan semua yang terjadi antara dirinya dengan Sofia.Hatinya benar-benar sakit.
"Apa harus aku beritahu dengan Zara.Pasti dia akan terluka",fikir Zafran.
"I nak awak bertanggungjawab.Kalau awak tak nak bertanggungjawab,i akan buat report polis yang awak dah rogol i!",tengking Sofia.
Matanya tajam memandang Zafran.
"Sabar Sofia,kita bincang baik-baik",kata Zafran cuba menenangkan Sofia.
"I beri u masa dua minggu untuk fikirkan hal ini.Kalau awak tak mampu beri keputusan,i akan bawa u ke mahkamah!",marah Sofia lagi.
"Get out from here jantan tak guna!",teriak Sofia lagi.
Zafran lantas mencapai telefon bimbitnya,dompet dan kunci kereta.Dia ingin cepat beredar dari tempat itu.Setelah kelibat Zafran menghilang, perlahan-lahan Sofia berdiri dan mencapai bajunya.Ketawanya bergema memenuhi ruangan bilik hotel tersebut.
"Padan muka u Zafran.Tak lama lagi u akan jadi milik i.Harta kekayaan u akan jatuh ke tangan i",teriak Sofia sambil ketawa Puas.
Dia tidak menyangka,rancangannya benar-benar berjaya.
Dia melihat tangannya yang luka akibat di hirisnya sendiri.Untuk menjadikan lakonannya benar-benar menjadi,dia tidak teragak-agak untuk melukakan dirinya sendiri.Darah yang keluar dari lukanya di letakkan di atas tilam menjadikan ia benar-benar seperti darah hasil dari keperawanannya yang di nodai.Sofia tersenyum puas.
"You dah kalah Zafran.Inilah akibatnya bila bermain api dengan i.I akan pastikan you melutut merayu aku nanti",kata Sofia.
Tawanya bergema.Dia lantas memegang perutnya dang mengusapnya perlahan.
"Sayang,kejap lagi papa akan datang.Kita akan bahagia.Kita akan jadi kaya raya",ucap Sofia gembira.
Dia terus mengusap-usap perlahan perutnya yang masih tidak kelihatan.Namun sudah ada sedikit benjolan di bawah pusatnya.Namun ianya masih belum sangat ketara.
"I nak raih kemenangan i ni.Welcome to New life Sofia",ucap Sofia bangga.
******
Zafran sampai di rumah tepat jam 7 pagi.Tanpa mengucapkan salam,Zafran lantas berlari menuju ke tingkat atas dan memasuki kamar milik kami berdua.Aku yang sedang menyusun baju-baju ke dalam beg tidak mengendahkannya.
"Sayang i'm sorry",ucap Zafran apabila melihat aku yang sedang menangis sambil memasukkan satu persatu pakaian ke dalam beg.Niatku hanya satu,pergi dari hidup Zafran buat selama-lamanya.Aku langsung tidak menjawabnya.Aku merasakan tiada gunanya untuk berbicara.Semuanya sudah terbukti jelas.
"Sayang nak tinggalkan aku ke?",tanya Zafran perlahan.
Dia lantas mencapai jari-jemari ku dan mengenggamnya erat.
"Dah tiada apa-apa untuk kita bicarakan lagi.Semuanya dah terbukti",kata ku hiba.
Zafran menarik nafas panjang.
"Awak tau tak,sakit sangat hati ni tengok gambar kamu berdua.Aku tak menyangka,awak akan curang di belakangku",jelasku lagi.
"Gambar apa?",tanya Zafran hairan.
Aku menatap mata zafran.
"Awak tanya gambar mana,Awak yang hantar semua gambar-gambar awak dan Sofia dalam bilik tu.Awak nak berdalih apa lagi.Sekarang aku benar-benar mengerti,akulah orang ketiga antara awak dan Sofia",tangis ku hiba.
Air mata yang sudah kering mengalir semula.Aku lantas menunjukkan Zafran semu gambar-gambar Zafran dan Sofia yang sedang berpelukan di atas katil tanpa berbaju.Zafran menghela nafas berat.Satu keluhan lahir di bibirnya.
"Maafkan aku sayang.Aku tak sedar.Aku tak sangka semua ni akan terjadi.Tapi sumpah sayang,aku memang tak tau apa-apa.Mungkin Sofia yang perangkap aku.Dia jugalah yang menghantar semua gambar-gambar ini",terang Zafran.
Namun,banyak mana pun alasan Zafran ketika itu,aku masih tidak mampu menerimanya.Hatiku lebih sakit daripada segalanya.
"Aku tak menyangka zaf,.Kebahagiaan yang baru mula bersemi antara kita berdua kini telah musnah.Dan paling aku tak menyangkakan,awaklah yang memusnahkan semuanya",luahku kesal.
Zafran tidak mampu berkata apa-apa lagi.Hatinya juga sangat sakit
Apatah lagi melihat orang yang sangat dia cintai menangis kecewa kerana dirinya.
"Maafkan aku sayang.Tolong jangan tinggalkan aku sayang.Aku mencintaimu",pujuk Zafran.
Namun pujukannya langsung tidak mampu membuatkan ku tersenyum.Hatiku sudah benar-benar hancur,seperti serpihan kaca yang retak beribu-ribu di atas lantai.
"Saya akan pergi jauh dari hidup awak.Saya harap,lepas ni awak jangan cari saya lagi.Lepaskan sy.Saya kan tunggu surat cerai dari awak",kataku perlahan.
Tanpa menunggu jawaban Zafran,aku lantas bangun dan menarik begku untuk keluar dari bilik itu.
Zafran mengejar ku dan menarikku ke dalam pelukannya.Aku menangis teresak-esak di dadanya namun tatkala menghidu wangian dari wanita lain yang menempel pada baju yang dipakainya membuatkan aku lantas meleraikan pelukannya.
"Maafkan aku,halalkan semua makan minum aku selama menjadi isteri awak.Aku doakan agar awak bahagia selama-lamanya",luahku lantas berlalu meninggalkannya.
"Please Zara,aku tak mampu kehilangan awak",luah Zafran perlahan.
Airmatanya mengalir deras di pipinya.
Penyesalan bertandang di hatinya.Andai saja waktu boleh diputar semula,Zafran tidak akan menghadirkan diri ke majlis itu semalam.
Dia tahu,sofialah yang merancang semuanya.Kalau tidak,dia tidak akan menghantar semua gambar-gambar mereka berdua ke telefon zara.
"Aku akan siasat perkara ini.Aku tak akan benarkan Zara pergi dari hidupku.Aku tak akan perna melepaskanmu Zara.Aku sangat mencintaimu",ucap Zafran.
Dadanya terasa sesak saat itu.Dia tidak mampu melakukan apa-apa tika itu.Yang dia tahu,hatinya sangat terluka.
*********
"Natasha tunggu dulu",panggil Zamri apabila ternampak Natasha yang baru sahaja keluar dari kedai menjual telefon bimbit.
Langkah kaki Natasha terhenti seketika apabila mendengar namanya di panggil.Sudah lama rasanya dia tidak mendengar suara lelaki itu.Rasanya sudah hampir dua minggu selepas menelefon Zamri bahawa majlis hari jadinya dibatalkan dua minggu yang lalu.Selepas itu Natasha tidak pernah menghubunginya lagi,malahan setiap panggilan dari Zamri lantas tidak dilayannya walaupun hatinya sangat merindui dirinya saat itu.
Zamri berjalan menghampiri gadis cantik di hadapannya itu.
"Kenapa seperti mengelak dari bertemu dengan aku Natasha.Kenapa seperti ingin menjauh dari aku.Apa salah aku sebenarnya?",tanya Zamri perlahan sebaik sahaja berhadapan dengan Natasha.
Natasha tidak menjawab semua pertanyaan dari Zamri.Malah dia juga tidak memandang Zamri seperti kebiasaan yang di lakukannya saat bertemu Zamri selalunya.
"Natasha cuba berterus terang dengan Zam.Zam salah apa?.Jangan buat Zam tertanya-tanya,awak tau tak aku merindukan dirimu?",luah zamri.
Dia cuba mencapai jari jemari Natasha namun Natasha cepat-cepat menarik tangannya.Zamri bingung.Selama ini,Natasha tidak pernah menolak apabila sahaja dia ingin mengengam jari jemari miliknya.Malah,setiap kali bertemu,Natasha selalu memegang tangannya ibarat sepasang kekasih.
"Maafkan aku,tapi aku buat macam ni pun ada sebabnya",terang Natasha.
Dia cuba mengelak dari terus berkata-kata.Dia takut andai Zamri tahu bahawa dirinya sangat terluka dengan kenyataan sebenar yang telah berlaku.
"Beritahu aku apa sebabnya Natasha.Jangan buat aku terus tertanya-tanya.Awak sekarang ni sedang menghindari aku kan?",tanya Zamri tetap berkeras ingin tahu perkara sebenarnya.
Natasha mengetip giginya geram.Kesabarannya sudah sampai ke penghujungnya.Hati ini dia akan mengatakan yang sebenarnya.Selagi tidak terluah isi hatinya,selagi itu dia akan terus terluka.Natasha sudah nekad,apa yang bakal berlaku,dia akan terima seadanya.Natasha membalas tatapan mata Zamri.
"Betul awak nak tahu kenapa Zam!.Awak nak tahu kenapa aku menghindar dari awak,okay aku akan katakan sekarang",kata Natasha.
Zamri hanya memandang Natasha dengan penuh perhatian.Dia ingin mendengar alasan dari gadis cantik di hadapannya itu.
"Aku cintakan kau Zam.Aku tak tahu sejak bila perasaan itu hadir.Yang pastinya aku amat mencintai kau",ucap Natasha.
Hatinya lega sebaik sahaja kata keramat itu terluah.Zamri terkaku seketika mendengar luahan hati Natasha.
"Kalau ye pun awak jatuh cinta dengan aku.Kenapa tak luahkan sahaja pada aku.Kenapa perlu melarikan diri?",tanya Zamri sayu.
Hatinya kesal dengan sikap Natasha yang cuba menyembunyikan perasaan hatinya terhadap dirinya itu.
"Awak nak tahu sebabnya,sebabnya aku sakit hati.Hatiku sangat terluka Zam.Awak tau kenapa?.Kerana Sofia mengandung anak kau!"marah Natasha.
Airmata nya perlahan mengalir setelah meluahkan segalanya yang bersarang di hatinya beberapa minggu yang lalu.Zamri terkejut mendengar berita itu.
"Sofia mengandung anak aku?.Kenapa aku tak pernah tahu?.Kenapa Sofia rahsiakan kepada aku?",tanya Zamri berulang kali.
Natasha tidak menjawab pertanyaan Zamri.Dia tahu,sekarang peluang untuk bersama lelaki yang dicintainya itu sudah tiada lagi.Apatah lagi,Sofia gadis yang dicintai oleh Zamri.
"Awak tak tipu kan Natasha?",tanya Zamri seakan tidak percaya.
"Untuk apa aku tipu kau.Sofia sendiri yang mengaku di depan aku",terang Natasha.
Zamri sedikit gembira mendengar berita tersebut.Peluang untuk memiliki Sofia semakin hampir.
"Maafkan aku Natasha.Aku tak tahu hal ini.Tapi jujur,aku juga sayangkan kau.Tapi sayang aku terhadap kau seperti sayang abang kepada adiknya.Aku akan bertanggungjawab terhadap Sofia.Aku akan berjumpa dengannya secepat mungkin",kata Zamri.
Air mata Natasha semakin deras mengalir di pipi.Fia tidak pernah menyangka bahawa selama ini,dia hanya bertepuk sebelah tangan terhadap lelaki itu.
"Terima kasih Zam,awak dah benar-benar hancurkan hati aku",ucap Natasha kecewa.
Zamri menarik nafas berat.
"Betul ke tindakan aku ini.Mengapa aku katakan aku sayang Natasha sebagai seorang adik.Tapi kenapa aku sepertinya tidak gembira saat mengucapkannya",bisik hati Zamri.
"Aku pergi dulu",kata Natasha meminta diri.
Dia sudah tidak mampu bertahan terlalu lama di hadapan lelaki itu.Suara tangisannya akan terburai sebentar lagi.Natasha terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari Zamri.Hatinya benar-benar terluka.Zamri ingin sahaja menghalang Natasha dari pergi,namun hanya itu lah jalan terbaik yang dia ada saat itu.Dia tidak mahu melukai hati gadis itu lagi kerana sekejap lagi dia akan bersama dengan Sofia.
"Maafkan aku Natasha.Aku juga sayang pada kau.Namun,aku tak mahu kau terluka lagi apabila melihat aku dan Sofia bersama",bisik hati Zamri.
Pandangan matanya mengekori langkah kaki Natasha yang semakin jauh meninggalkannya.
*********
Sofia dan Datin Ain memasuki sebuah klinik swasta.Hari ini Sofia sudah nekad,dia akan mengugurkan kandungannya.Dia tidak mahu dengan kehadiran anak itu,rancangannya untuk memiliki Zafran akan gagal.Segala usahanya selama ini akan jadi sia-sia sahaja.Oleh yang demikian,Sofia sudah benar-benar nekad untuk meneruskan rancangan ibunya itu.Dua minggu sudah mencukupi untuk dirinya benar-benar pulih selepas mengugurkan kandungannya kerana Zafran pasti akan mengahwini dirinya selepas itu.Sementara menunggu gilirannya di panggil,Sofia dan Datin Ain duduk di ruangan menunggu.Sofia bersyukur,hari ini tidak banyak pelanggan yang mengunjungi klinik itu.
"Sofia bin Dato' Kamal",panggil jururawat yang bertugas dengan lembut.
"Ye saya",jawab Sofia.
Hatinya sedikit terasa cemas.
"Cik Sofia boleh masuk sekarang",kata jururawat tersebut.
Sofia hanya mengangguk perlahan.
Datin Ain mengenggam tangan Sofia erat.Tangan Sofia terasa dingin.Datin Ain tau,Sofia agak gementar.
"Kuatkan hati tu.Fikir perkara positif je.Tak payah fikir banyak-banyak",pesan Datin Ain sebelum Sofia melangkah masuk ke bilik rawatan.
"Terima kasih",jawab Sofia.
Dia lantas berlalu meninggalkan ibunya di ruangan menunggu.
Sementara menunggu Sofia keluar dari bilik rawatan,Datin Ain mundar-mandir menghilangkan rasa cemasnya.Datin Ain tidak menafikan bahawa hatinya begitu gelisah.Dia juga sama seperti ibu-ibu yang lain yang begitu bimbangkan keadaan anaknya.Apatah lagi Sofia adalah satu-satunya anak yang dia ada.Sesekali Datin Ain melihat jam di tangannya.Sudah setengah jam Sofia berada di bilik rawatan.
"Kenapa lambat sangat ni.Harap-harap tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku",doa Datin Ain.
Datin Ain melabuhkan punggung nya di kerusi yang disediakan di ruangan menunggu.Selang beberapa minit,pintu bilik rawatan di buka.Seorang jururawat keluar.Datin Ain lantas berdiri dan berjalan ke arah jururawat tersebut.
"Bagaimana dengan keadaan anak saya nurse",tanya Datin Ain tidak sabar.
Jururawat tersebut tersenyum.
"Anak puan sudah dalam keadaan yang baik-baik sahaja.Puan dah boleh masuk sekarang dan ini adalah kos yang perlu puan selesaikan sebelum membawa anak puan pulang",kata Jururawat tersebut sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Datin Ain.
Datin Ain lantas menyambut kertas tersebut dan membaca segala isinya.
"Di mana harus saya membayar semua ni?",tanya Datin Ain.
"Puan boleh bayar di kaunter pendaftaran.Setelah selesai membayar,puan boleh bawa anak puan pulang.Nanti, ubat akan saya sediakan sebelum puan berangkat pulang",jelas jururawat tersebut.
"Terima kasih",ucap Datin Ain lembut.
"Sama-sama",jawab jururawat tersebut dan lantas meninggalkan Datin Ain untuk menyiapkan ubat-ubatan buat Sofia.
Datin Ain lantas memasuki ruangan khas yang disediakan untuk pesakit yang sudah di rawat.Sebaik masuk,Datin Ain melihat Sofia yang sedang duduk bersandar di atas katil.Matanya agak bengkak kerana menangis.
"Sofia okay tak ni?",Datin Ain sebaik melabuhkan punggungnya di atas katil di tepi kaki Sofia.
"Sakit mama.Sakit sangat",luah Sofia.Air mata yang sudah kering mengalir semula.
"Sabarlah,Sofia kena kuat.Sakit tu sekejap je.Janganlah risau.Sofia nak kahwin dengan Zafran kan",terang Datin Ain memujuk Sofia.
Sofia menganggukkan kepalanya.
"Kalau nak kahwin dengan Zafran,Sofia kena hadapi ini dengan kuat,dengan sabar yee.Jangan risau,mama akan jaga Sofia sampai Sofia sembuh sepenuhnya",ucap Datin Ain.
"Terima kasih mama",ucap Sofia.
Dr.Cun mendekati Sofia dan Datin Ain.
"Awak dah boleh pulang sekarang.Ini ubat untuk hilangkan rasa sakit.Pastikan jangan angkat benda berat selama dua minggu ini.Saya nasihatkan kamu agar tidak melakukan hubungan kelamin sebelum luka di rahim kamu sembuh sepenuhnya kerana ia memberi effect kepada rahim kamu",nasihat Dr.Cun.
"Baik doctor.Saya akan ikut nasihat doctor",ucap Sofia lemah.
"Ikuti temujanji yang di berikan.Dan jika ada pendarahan yang berlaku,segera ke hospital yang berdekatan",terang Dr.Cun lagi.
"Iya doctor",jawab Sofia lagi.
"Kamu dah boleh pulang sekarang",kata Dr.cun sebelum meninggalkan Datin Ain dan Sofia.
Datin Ain lantas membantu Sofia bangun dan turun dari katil.Dengan penuh berhati-hati,Sofia melangkah untuk keluar dari bilik tersebut.Setelah Datin Ain membayar segala kos untuk mengugurkan kandungan Sofia,dia lantas memapah Sofia keluar dari klinik tersebut.
Zamri yang kebetulan lalu di hadapan klinik tersebut terkejut melihat Sofia dan Datin Ain yang baru sahaja keluar dari klinik tersebut.
Sofia juga tercengang memandang Zamri.
"Awak buat apa di sini Sofia?",tanya zamri.
Hatinya tiba-tiba terasa gelisah.
Berulang kali Zamri membaca nama klinik tersebut.Zamri tahu kalau klinik itu terkenal kerana banyak orang yang datang ke klinik tersebut untuk mengugurkan kandungannya.
"Anak aku!",bisik Zamri.
"Apa awak buat Sofia.Awak gugurkan anak kita ke!",tengking Zamri.
Beberapa mata memandang mereka namun tidak diendahkan oleh Zamri.
"Sofia kenapa tak beritahu aku tentang kandungan ini.Kalau bukan Natasha yang beritahu,sampai aku mati pun mungkin aku tak akan tahu",balas Zamri tegas.
"Kau diam Zamri.Aku tak nak ada anak dengan kau!',marah Sofia.
Suaranya cukup perlahan untuk marah.
"Tapi anak itu anak kau dan aku Sofia.Aku janji aku akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kau",luah Zamri.
Sofia mengukir senyuman.Bibirnya yang pucat menjadikan senyumannya kelihatan agak tidak bermaya.
"Jangan bermimpi lah Zam.Aku dah gugurkan kandungan itu.Aku tak nak kahwin dengan kau",ucap Sofia ego.
Kata-kata Sofia menyentap jantung Zamri.Zamri rasakan jantungnya seperti di cucuk-cucuk.Terasa sakit apabila mendengar pengakuan dari Sofia.
"How dare you Sofia.Awak tau tak,apa yang awak dah buat ni dah melampaui batas.Awak aku tau tak,awak dah buat satu kesilapan besar",marah Zamri.
"Suka hati akulah.Untuk apa aku nak bersama kau.Apa yang kau boleh beri pada aku dan anak aku nanti.Kalau setakat pendapatan dari bengkel kecil awak tu,kau ingat kau mampu.Jangan bermimpi lah Zamri",sindir Sofia.
Zamri sangat geram melihat Sofia.
"Tak sangka Sofia yang aku kenal selama ini rupanya mata duitan.Aku menyesal mengenali kau Sofia.Aku tak akan perna memaafkan kau atas apa yang telah kau lakukan ini.Aku tak nak jumpa kau selamanya-lamanya",kata zamri kesal.
Dia lantas meninggalkan Sofia dan Datin Ain di hadapan pintu klinik tersebut.Setelah bayangan Zamri menghilang,barulah Datin Ain bersuara.
"Mama nak tanya boleh?",tanya Datin Ain perlahan.
Sofia memandang wajah ibunya.
"Kenapa tak bagitahu yang lelaki itu adalah bapa pada anak kau tu?",tanya Datin Ain.
"Untuk apa mama.Aku tak perna cintakan dia.Lagi pun,dia tak ada duit.Nak kahwin dengan dia apa yang aku akan dapat?",tanya Sofia angkuh.
"Lelaki tu baik.Lagi pun mama tengok,kemas je nampak.Tak pula kelihatan seperti orang miskin",kelas Datin Ain.
"Apa guna baik mama.Baik tu boleh ke sara hidup Sofia nanti.Sofia tak nak hidup susah.Sofia nak hidup kaya raya",kata Sofia.
"Untuk apa hidup dalam kekayaan kalau tiada kebahagian",balas Datin Ain.
"Dah la mama.Sekarang ni,Sofia nak fokus pada Zafran.Dan bukannya pada Zamri",kata Sofia.
Dia malas membahas tentang lelaki itu.
"Tapi kan Sofia,mama rasanya kenal dengan lelaki itu",kata Datin Ain perlahan.
Dari awal kedatangan Zamri, Datin Ain merasakan lelaki itu pernah dilihatnya sebelum ini.Tapi dia tidak mengingatinya.Namun dia cukup pasti,lelaki itu memang perna hadir bersama seorang Dato' kenamaan dalam suatu majlis yang pernah dia hadiri dahulu.
"Eh!.Dah la mama,dia tu seorang mekanik biasa.Tulah mama kenal dengan dia.Dah jom balik.Sakit sangat Sofia rasa sekarang ni",ajak Sofia.
"Yela.jom",kata Datin Ain sambil memapah Sofia perlahan menuju ke kereta.
********
Share this novel