"Daddy",panggil Misya sebaik sahaja melihat kelibat Chak.
"Misya?".
Chak lantas menoleh apabila sahaja mendengar suara yang begitu dirinduinya itu.
Dilihatnya Misya yang sedang berlari mendekatinya.
"Sayang",kata Chak lantas memeluk tubuh kecil milik Misya.
Zafran yang kebingungan melihat Misya terkaku seketika.
"Mengapa Misya mengelarkan Chak sebagai daddy?.Apa hubungan Misya dengan Chak?",bisik hati kecil Zafran.
Dia lantas melangkah mendekati Chak dan juga Misya.
Chak yang sedang memeluk Misya lantas melihat Zafran yang semakin menghampiri dirinya.Melihat reaksi wajah Zafran,Chak sepertinya mampu meneka apa yang sedang difikirannya saat itu.
"Daddy,this is my father",kata Misya memperkenalkan Chak pada Zafran.
Wajah Chak menjadi kemerah-merahan.
"Hai doktor Chak,kita bertemu lagi.Apa khabar?",tanya Zafran sambil menghulurkan tangannya bersalaman dengan Chak.
Dengan teragak-agak,Chak menyambut huluran tangan Zafran.
"Aku sihat.Awak bagaimana pula?.Ada rasa sakit lagi tak?",tanya Chak cuba mengawal getar di hatinya saat itu.
Renungan tajam Zafran jelas sekali mengambarkan isi hatinya saat itu.
"Alhamdulillah dah okay.Awak buat apa kat sini?",tanya Zafran.
"Beli barang",jawab Chak ringkas.
Misya disisinya dibelai perlahan.
Zafran hanya memerhatikan tingkah laku Chak.
Hatinya tertanya-tanya dengan situasi yang terjadi saat itu.
"Owh ye,awak jangan salah faham pula.Misya memang dari dahulu terbiasa memanggil aku Daddy.Awak pun tahu kan,aku dan Zara study di universiti yang sama.Dari kecil lagi,Misya dah mengenali aku dan terbiasa dengan aku.Itulah sebab dia memanggil aku daddy",jelas Chak.
Dia cuba merungkai persoalan yang bermain di minda Zafran saat itu.Dia sejujurnya agak bimbang andai lelaki di hadapannya itu menyalah ertikan panggilan Misya terhadap dirinya.
Zafran tersenyum.Namun di mata Chak ,senyuman itu tidak begitu ikhlas.
Chak tidak menyalahkan Zafran andai mempunyai rasa marah pada dirinya.Andaikan Chak berada di tempat Zafran saat itu,dan merasai situasi yang sama,dia juga pasti marah.Namun,Zafran juga tak seharusnya menyalahkan diri Chak kerana semua itu bukannya disengajakan.
"Tak mengapa.Aku faham",jawab Zafran.
Namun dihatinya masih ingin tahu segala-galanya.
"Come here Misya",kata Zafran memanggil Misya agar ke tempatnya.
Misya mengeleng-gelengkan kepalanya tidak mahu.
"Misya nak bersama daddy.Dah lama tak bertemu daddy.Misya rindu.Daddy tak rindu Misya ke?",tanya Misya sayu.
Chak tersenyum memandang anak kecil disisinya itu.Manja Misya pada dirinya masih sama seperti dahulu.Tak berubah.Hati Chak sayu.Diusapnya perlahan rambut Misya.
"Siapa kata daddy tak rindu Misya.Daddy rindu sangat-sangat.Daddy minta maaf sebab jarang bertemu Misya.Daddy sibuk.Tapi Misya janganlah sedih,sekarang ni,Misya dah ada papa.Papa lah yang berhak ke atas misya",kata Chak cuba menerangkan pada Misya.
Misya mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Misya nak daddy,nak papa juga.Misya nak dua-dua",protes Misya.
Zafran dan Chak saling berpandangan.
Chak memujuk Misya lembut.
"Daddy akan sentiasa ada.Tapi sekarang ni,Misya bersama papa Misya dahulu.Nanti kalau Misya rindu kat daddy,bawalah papa jumpa daddy.Boleh kan?",pujuk Chak.
"Baiklah,kalau macam tu,papa kena janji pada Misya,papa haruslah bawa Misya jumpa daddy selalu",kata Misya sambil memandang Zafran.
Dengan hati terpaksa,Zafran mengangguk.
"Ye,papa janji",kata Zafran sambil tersenyum.
"Yehhhhhhh",kata Misya gembira.
"Misya sayang papa.Sayang daddy juga",kata Misya.
Dia lantas mencium pipi Chak sebelum memeluk Zafran.
Chak tersenyum.Hatinya gembira saat itu.Bertemu dengan puteri kesayangannya benar-benar buat hatinya senang.Rindu yang sarat di hatinya kini terubat.
"Zara mana?",tanya Chak cuba menjernihkan keadaan saat itu.
"Dia ada kat dalam.Beli barang",kata Zafran ringkas.
Langkah kakiku terhenti sebaik sahaja melihat Chak Zafran dan Misya yang sedang berdiri di luar pasaraya itu.
Jantungku terasa berdegup kencang.
"Misya", bisik ku perlahan.
Aku lantas melangkah menghampiri mereka.
"Abg,Chak",panggil ku perlahan.
Mereka bertiga lantas memandangku.
"Sayang dah siap beli barang ke?",tanya Zafran.
"Yes,dah siap.Chak pun ada kat sini.Nak beli barang juga ke?"tanyaku berpura-pura.
"Aah,nak beli sedikit barang keperluan.Tak Sangka terserempak dengan Misya kat sini",jawab Chak.
Wajah masam Zafran aku pandang.Hatiku menjadi bimbang.
"Habislah aku kali ini",bisikku di hati.
"Jom lah balik.Dah lewat sangat ni",ajakku.
Aku tak mahu berlama-lamaan di sana.Aku sepertinya merasa bahang diantara Zafran dan Chak saat itu.Sebelum sesuatu perkara tak diingini berlaku,aku lantas mengajak Zafran beredar.
"No!.Nak jumpa daddy lagi.Misya rindu kat daddy",bantah Misya tiba-tiba.
Jantungku terasa terhenti seketika mendengar kata-kata Misya.
Aku memandang wajah Zafran.Begitu juga Chak.
Chak yang menyedari kehadirannya tidak diingini lantas memujuk Misya.
"Misya syg,daddy dah nak pergi.Ada masa kita jumpa lagi ye.Daddy nak beli barang sekejap.Misya balik dengan papa dan mommy dulu ye.Nanti ada masa lapang,daddy jumpa Misya lagi.Okay",pujuk Chak.
Dengan terpaksa Misya mengangguk faham.
"Kalau macam tu,aku masuk dulu ye.Nak beli barang",kata Chak meminta diri.
"Yela",jawabku ringkas.
Zafran disebelah ku tidak menjawab langsung.
Setelah Chak masuk ke dalam pasaraya tersebut.Tanpa banyak kata,Zafran melangkah meninggalkanku.Aku lantas mengikutinya dari belakang.
*******
Sepanjang perjalanan balik ke rumah,Zafran langsung tak berkata-kata.Aku disebelahnya juga hanya berdiam diri.Aku tahu,Zafran marah dengan perkara yang baru sahaja diketahuinya sebentar tadi.Timbul penyesalan di hatiku kerana tidak berterus terang tentang kehadiran Chak dihidupkan sebelum ini.Aku memarahi diriku sendiri di dalam hati.
"Bodohnya kau Zara.Kenapa tak terus terang saja dengan Zafran pasal Chak tu?.Dia berhak tahu.Selagi kau tak berterus terang,selagi itu Zafran akan salah faham",bisikku di dalam hati.
Aku memandang wajah serius Zafran disebelahku.
"Abg marah syg ke?"tanyaku cuba memberanikan diriku.
Aku tak mampu menghadapi situasi seperti itu lagi.Selagi Zafran tak berkata-kata,selagi itu hatiku tak tenang.Aku mahu menyelesaikan semua kesalah fahaman itu saat ini juga.Aku tak mahu membebankan fikiranku lagi dengan perkara-perkara yang menghantui fikiranku selama ini.Aku juga tak mahu hanya kerana perkara itu,hubungan yang telah terjalin akan retak semula.
Biarlah saat itu aku mengalah.Mengalah demi kebaikan keluarga kecilku yang sudah mula mekar seperti sebelumnya.
"Abg dengar tak sayang tanya ni?",ulangku semula apabila Zafran tidak menjawab pertanyaanku sebentar tadi.
Zafran menarik nafas perlahan.
"Ada yang syg nak jelaskan ke?",tanya Zafran.
Dia tidak mahu bertanya lebih banyak.Yang dia mahukan hanyalah penjelasan dari isterinya saat itu.Dia tahu,aku juga mampu membaca apa yang bermain di fikirannya saat itu.
Aku menarik nafas panjang dan menghembuskan ya perlahan-lahan.Cuba mengumpul kekuatan saat itu.Debaran dihatiku saat itu,hanya tuhan sahaja yang tahu.Aku melihat Misya di kerusi penumpang.Sudah lena.Melihat Misya yang sudah tertidur,barulah aku bersuara.
"Maafkan syg abg.Bukan syg nak sembunyikan apa-apa dari abg.Tapi".
Aku terdiam seketika.
"Tapi apa?.Kenapa tak pernah ceritakan pada abg tentang Chak?.Kenapa perlu abg tahu semua ni dari orang lain.Kenapa tak dari mulut syg sendiri?",tanya Zafran tidak berpuas hati.
Hatinya benar-benar sakit saat itu.Apatahlagi melihat kemesraan yang terjalin antara Misya dan Chak.Sejujurnya Zafran begitu cemburu.Cemburu sebaik sahaja Misya melangkah mendekati Chak dan memanggilnya daddy.Misya tak semesra itu dengannya dari mula.Walaupun sekarang Misya sudah mula menerimanya dalam kehidupan Misya,tapi entah mengapa,Zafran merasakan,Misya lebih mesra dan rapat dengan lelaki bernama Chak itu.Hatinya benar-benar sakit.
"Maafkan syg abg.Sebenarnya sudah lama syg nak ceritakan tentang Chak pada abg.Namun syg belum punya keberanian untuk ceritakan pada abg.Setiap kali syg hendak bersuara tentang hal ini,mulut syg seakan terkunci.Syg takut akan menimbulkan kemarahan abg",jawabku lembut.
"Habis tu sekarang bagaimana?.Senang hati dengan keadaan ini.Abg sememangnya kecewa dengan sikap syg.Syg seolah-olah tidak jujur pada abg.Perkara ini penting pada abg.Penting untuk kepercayaan abg pada syg.Tapi tengoklah sekarang apa dah jadi.Sakit hati abg tau",jawab zafran geram.
Airmataku seakan hendak menitis saat itu.Aku tak perna merasa bersalah seperti sekarang sebelum ini.Perasaan bersalah ini benar-benar membuat dadaku sesak.
"Maafkan syg abg.Syg minta maaf",jawabku hiba.
Air jernih mula menitis satu persatu di pipiku.Semakin lama semakin deras.Mulutku seakan terkunci saat itu.Tidak tahu apa harus aku katakan pada Zafran saat itu.Zafran yang masih fokus memandu menjeling kearah ku apabila melihat aku terdiam.Melihat aku menangis,dia terdiam.Rasa penyesalan timbul dihatinya kerana membuat aku menangis.Zafran bukannya sengaja untuk melukai hatiku saat itu,namun perasaan cemburu dihatinya memaksa Zafran berbuat demikian.Dia harus tahu hal sebenar.Selagi persoalan di benaknya belum terjawab,hatinya tak akan perna tenang.
Zafran menggenggam jari-jemariku erat.
"Maafkan abg syg.Maafkan abg andai abg lukai hati syg.Tapi abg nak syg ceritakan semuanya tanpa ada yang terselindung.Walaupun semua ni akan buat abg terluka, sekurang-kurangnya abg tahu cerita sebenar.Biar tak akan jadi salah faham diantara kita berdua.Please syg,beritahu abg semuanya",pujuk Zafran.
Sejujurnya dia tidak sanggup untuk melihat aku mengalirkan air mata lagi.Cukuplah airmata yang mengalir 4 tahun yang lalu.Dia tidak mahu aku menangis lagi.
Aku memandang Zafran.Dengan perlahan,aku mengelap airmata di pipiku.
"Chak.Chak lelaki pertama yang syg kenali ketika menyambung pelajaran diluar negara dahulu.Kami berdua dalam jurusan perubatan.Chak banyak membantu syg sepanjang berada di sana.Dia banyak menasihati syg, menegur kelemahan syg.Dikala syg jatuh,dia akan selalu ada di sisi untuk memberi syg kata-kata semangat.Sememangnya dia lelaki yang cukup baik.Dia tidak pernah mengambil kesempatan pada syg walaupun saat itu syg sangat susah.Apatah lagi dengan kehadiran Misya ketika itu"jelas ku menceritakan semuanya.
Aku terdiam seketika sebelum menyambung cerita semula.
Zafran disisiku hanya diam sambil mendengar.
"Misya membesar dengan kasih sayang Chak.Sehinggakan Misya menganggap Chak itu ayah kandungnya.Misya memanggilnya daddy kerana lelaki pertama yang dikenalinya dan menjaga Misya sepenuh perhatian itu adalah Chak.Aku tak menyalahkan Misya kerana menganggap Chak itu ayahnya.Ada satu ketika,Syg hantar Misya di pusat jagaan kanak-kanak, teman-teman Misya selalu menghinanya.Mereka menganggap Misya tak punya ayah kerana mereka tak pernah melihat ayahnya Misya.Misya selalu mengadu pada Chak.Kerana perkara itu,Chak bersimpati dengan Misya dan berjanji akan menjaga Misya sebaik mungkin.Demi menghentikan tomahan dan penganggapan mereka pada Misya,Chak hadir menjemput misya pulang dari pusat jagaan itu setiap hari.Dari saat itu,mereka tidak mencemuh ya lagi malahan menjadikan Misya kawan mereka.Sejak itu,Misya sangat menyayangi Chak",jelas ku dalam tangis.
Zafran terkedu.Penyesalan hadir di hatinya.Semua yang berlaku itu adalah salahnya.Salahnya kerana membiarkan Misya menanggung semua itu bersendirian.Zafran juga menyesal kerana mengabaikan tanggungjawabnya pada Misya dan juga aku.
"Maafkan abg syg.Abg yang salah sebenarnya.Abg yang dah abaikan syg dan Misya selama ini.Abg tak berhak menghukum Chak.Chak dah banyak berkorban demi Misya.Abg juga tak berhak menghalang misya menyayangi Chak.Maafkan abg",ucap Zafran sebaik sahaja menyedari kesilapannya.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku perlahan.
"Abg tak bersalah.Syg yang bersalah kerana membenarkan orang lain hadir di kehidupan Misya.Andainya dari awal syg menghalang Misya dari menganggap Chak sebagai ayahnya,pasti semua ini tak akan berlaku.Abg pun tak akan kecewa",jawabku.
"No syg.Abg tak pernah salahkan Syg.Tak salahkan Chak juga.Abg berjanji,abg tak akan halang Chak bertemu dengan Misya",kata Zafran bersungguh-sungguh.
Aku hanya diam.Hanya air mata yang masih mengalir di pipiku.
"Boleh abg bertanya sesuatu?",tanya Zafran.
Aku lantas memandangnya.
"Tanyalah",jawabku lembut.
"Syg tak cintakan Chak kan?",tanya Zafran.
Aku tersenyum walaupun masih menangis.Pertanyaan Zafran membuatku tersenyum.
"Abg cemburu ke?",tanyaku pula.
"Nak yang jujur ataupun sebaliknya?",tanya Zafran tidak menjawab pertanyaanku."Nak yang jujurlah.Tak nak tipu-tipu",jawabku.
"Tiada seorang suami di dunia ini yang tak punya perasaan cemburu syg.Yes!.Abg mengaku abg cemburu.Cemburu dengan Chak.Cemburu kerana Chak diantara lelaki yang pernah hadir di kehidupan syg.Tu yang sejujurnya",jelas Zafran.
Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Tipulah andai syg kata syg tak menyayangi Chak.Sesiapa pun akan syg pada seseorang yang pernah mengambil berat pada diri kita.Tapi sayang syg tu bertempat.Sayang seperti seorang kawan dan tak lebih dari itu.Syg masih berfikiran rasional dan masih tahu hak batas seorang isteri",jelas ku.
Zafran menarik nafas lega mendengar penjelasanku.
"Terima kasih syg.Terima kasih sebab terima abg walaupun banyak kekurangan yang abg miliki",kata Zafran.
"Terima kasih juga kerana menerima syg dalam hidup abg walaupun syg juga penuh dengan kekurangan",jawabku juga.
Kami saling berpandangan.
"Boleh tak lepas ni,kita jumpa Chak.Bawa Misya sekali?",tanya Zafran inginkan kebenaran dariku.
Aku merenungnya dengan dahi berkerut.
"Untuk apa?",tanyaku hairan.
"Janganlah pandang abg macam tu.Macam orang bersalah je Abg rasa",kata Zafran Abil mencuit perlahan batang hidungku.
Aku tertawa.
"Abg cuma nak minta maaf pada Chak atas apa yang terjadi tadi.Abg sedar,Chak rasa tidak selesa dengan kehadiran Ang dan juga situasi terjadi tadi tu.Dan yang paling penting,abg nak ucapkan terima kasih abg pada Chak kerana menjaga Misya dan saya sepanjang ketiadaan abg",jelas Zafran.
Jawab Zafran benar-benar membuatku lega.Kekusutan di fikiranku selama ini kembali tersimpul rapi.Kebimbangan yang kupendam menjadi lega.
"Baiklah.Syg bawa abg jumpa Chak.Nanti abg beritahu bila abg nak jumpa Chak.Syg akan beritahu dia nanti",kataku.
"Baiklah.Nanti abg beritahu bila masa yang sesuai",jawab Zafran.
Perbualan kami berakhir sebaik sahaja kereta memasuki kawasan rumah.
******
Natasha mengupas buah epal yang dibeli oleh ibunya pagi tadi.Ayahnya David sedang duduk bersandar di birai katil sambil memandang anak gadisnya.Puan Sally pula balik untuk menukar pakaian dan membersihkan diri.
Natasha menghulurkan buah epal yang sudah siap di kupas kepada ayahnya.
"Thank you",ucap David setelah mengambil buah epal itu dari tangan Natasha.
Hari ini,genap seminggu David ditahan di hospital setelah menjalani pembendahan seminggu yang lalu.
"How are you today?",tanya Natasha sambil memandang ayahnya.
"Dah semakin membaik",jawab David .
"Alhamdulillah.I can't wait to see my father healthy again",,kata Natasha sambil tersenyum.
"Me too.I can't wait to go home. Here is very boring,also,I have a lot more work to do in the office",kata David agak bimbang.
Natasha memandang ayahnya.Dia sebenarnya tidak menyangka,dalam keadaan sakit seperti itupun,ayahnya masih berfikir tentang kerjanya.
"Don't think of work now, daddy. Think of daddy health first. Dad is still not healthy anymore.Dad's employees can handle everything temporarily. Don't worry",nasihat Natasha.
Dia benar-benar risau dengan keadaan ayahnya saat itu.
" I know, but not all things they can handle.there are still many things they have not been able to handle",jawab David.
"Dad has a lot of experienced workers, it is impossible for them not to be able to manage. After all, dad assistant is there"kata Natasha masih tidak berpuas hati.
"I know. But daddy assistant is also busy managing daddy business in several places",jelas David.
Natasha menarik nafas perlahan.Ayahnya benar-benar degil.Sikapnya tidak pernah berubah.Di fikirannya hanya memikirkan soal perniagaannya sahaja.Natasha menarik nafas berat.Fikirannya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk perniagaan ayahnya dan juga kesihatan ayahnya saat itu.Setelah berfikir sejenak,barulah Natasha bersuara.
"How if syah changes dad place temporarily, until dad recovers?',kata Natasha memberi pendapat.
David memandang wajah anak gadisnya sejenak.
"After that, what about companies in Malaysia, who will manage?",tanya ayahnya lagi.
"Don't worry dad. Everything has been planned. Everything will be fine",jawab Natasha cuba menyenangkan hati ayahnya.
Namun jauh disudut hatinya juga berasa risau andainya dia tidak mampu menguruskan keduanya.Namun Natasha telah menanamkan azam di hatinya untuk melakukan yang terbaik demi perniagaan ayahnya.Dan yang paling penting,ayahnya tak akan kecewa dengan dirinya.
"Well then, I believe in your ability. I hope everything will pass quickly and I can work again",kata David memberi sepenuh kepercayaan pada kemampuan anak gadisnya itu.
Natasha hanya tersenyum.
"okay!. Now, forget about work. What is most important is dad health. I don't want daddy be sick anymore because I love you so much",kata Natasha.
Digenggamnya erat jari jemari ayahnya.
David mengangguk tanda faham.Hatinya saat itu kembali tenang.Hal kerja adalah yang paling dibimbanginya sepanjang berada di hospital.Kini David sudah mampu bernafas lega.Bantuan dari anaknya akan melancarkan perjalanan perniagaannya.Dikunya perlahan buah epal yang sedari tadi belum dijamahnya.Sambil merasakan keenakan epal itu,David dan Natasha terus berbual.Banyak perkara menjadi bualan mereka ketika itu.Natasha benar-benar bahagia.Semua masalah yang mengusutkan fikirannya dilupakan seketika.Berada disamping keluarganya benar-benar buat dia bahagia.
******
Azman tidak senang duduk ketika itu.Berita Sofia kemalangan benar-benar membuatnya terkejut.
"Patutlah sofia tiba-tiba menghilang,rupanya dia kemalangan.Kenapa aku tak dengar berita ini dari awal.Kenapa baru sekarang aku tahu",bisik Azman di hati.
Setelah mendapat info dari penyiasat upahannya,baru kali ini Azman mengetahui hal sebenar.Dia benar-benar tidak menyangka akan hal yang sudah terjadi.
Namun apa yang lebih memeranjatkan dirinya adalah,isterinya juga terlibat sama dalam kes itu.Isterinya lah yang mengupah orang untuk menangkap Sofia malam itu sehinggakan Sofia terlibat dalam kemalangan.Selama ini,dia berfikir isterinya tidak mengetahui tentang permainanya.Namun dia benar-benar tidak menyangka isterinya itu tahu namun berpura-pura tidak tahu saat dia ada di depannya.Malahan ketika balik ke rumah,isterinya melayannya seperti kebiasaan.Malahan dia tidak pernah curiga mahupun memperlihatkan kecemburuanya.Semua itu membuatkan diri Azman rasa semua kecurangannya tidak pernah dihidu oleh isterinya.Tapi saat itu,barulah dia menyedari,semuanya sudah diketahui oleh isterinya.Hatinya tiba-tiba resah.Dua perkara yang sangat ditakuti olehnya sudah pun berlaku.Namun apa yang sangat tidak mampu di terima adalah isterinya dalang disebalik kes kemalangan Sofia.Dia juga tidak menyangka bahawa di sebalik kelembutan isterinya,ada kekerasanya.
"Abg tak sangka Ida sanggup buat semua ini.Kalau ya pun cemburu,tapi janganlah sampai tahap nak tangkap Sofia.Kan lebih elok kalau bincang baik-baik ",rungut Azman.
Hatinya benar-benar geram dengan tindakan isterinya itu.
"Bodoh betul kau ni ida.Tak takut ke nanti jadi kes polis?",marah Azman di dalam hati.
"Tak pasal-pasal,malu keluarga kita nanti",kata Azman lagi.
Dia menghempas pen ditangannya di atas meja.Mood untuk berkerja hilang sebaik sahaja mendapat info daripada Penyiasat upahannya itu.Seharian Azman tidak tenang menyelesaikan kerja-kerjanya.Apa yang difikirkan olehnya hanyalah mencari cara untuk menjelaskan semuanya pada sang isterinya.Seharian mood Azman bagaikan puting beliung,serba tak kena.Semua pekerjanya dimarahi sehinggakan para pekerja hairan dengan mood bos mereka hari itu.Semua apa yang dilakukan oleh mereka sepertinya salah.Ada yang tidak berpuas hati dengan cara dan sikap bosnya yang berubah mendadak tiba-tiba.Namun mereka hanya berdiam diri.Mereka tidak berani membantah ataupun mengeluarkan suara kerana takut dipecat dan kehilangan pekerjaan mereka.
*******
Share this novel
hi dear. uodate plz...
ki ki ki...good luck
love u, my dear. best....