"Sayang".
Aku membuka mataku perlahan-lahan apabila menyedari seseorang menyapaku lembut.Suara itu sepertinya begitu akrab dipendengaranku.Dengan mata yang masih berat,aku berusaha memandang raut wajah itu dibalik lampu bilik yang agak suram.
"Abg?"kataku perlahan.
Wajah tampan Zafran yang sedang tersenyum disisku ku pandang dengan mata yang masih separa tertutup.
"Abg dah balik syg",bisik Zafran lembut di telingaku.
Aku cuba mengamati wajah Zafran dengan jelas.Sepertinya aku masih tak mempercayai kedatangan Zafran.Semua itu seolah-olah seperti dalam mimpi bagiku.
"Bila abg sampai?"tanyaku.
"Dalam sejam yang lepas.Maaflah tak beritahu syg.Handphone abg lowbat",jelas Zafran.
Mendengar jawaban Zafran membuatku lega.
Aku tersenyum memandangnya.Aku bergerak mendekati Misya untuk memberi Zafran ruang untuk tidur disisiku,namun Zafran lantas menarikku ke pelukannya.
Aku sedikit terkejut dengan tindakannya,namun aku tidak menolak.Aku senang bila Zafran memelukmu erat.
"Syg",panggil Zafran lembut.
"Hurmm",jawabku ringkas.
"Abg rindu syg",luah Zafran.
Aku tersenyum dengan mata tertutup.
"Miss you too",jawabku.
Satu kecupan singgah di bibirku.Aku membuka mataku memandangnya.
"Abg!.Tak boleh lah buat macam tu.Misya ada kat sini",marahku manja.
Namun kata-kata ku tidak diendahkan oleh Zafran.
Dia masih terus mencium ku,cuba mengodaku saat itu.
"Abg".
Namun kata-kata ku terhenti saat itu juga.Entah mengapa aku juga terbuai sama.Aku tak menolak,malahan membalasnya kembali.
"Syg",kata Zafran lagi.
Kali ini suaranya benar-benar begitu mengoda dipendengaranku.Nafas Zafran juga sudah agak kedengaran menahan perasaannya saat itu.
"Hurmm".
Hanya itu mampu terluka dibibirku.
"Jom ke bilik kita",ajak Zafran.
Tanpa mendengar jawaban dariku,Zafran sudah mengangkatku dan membawa ku keluar ke bilik milik kami berdua.
Aku hanya mengikut apa kemahuan Zafran saat itu.Yang aku tahu, aku juga inginkan dirinya saat itu.
********
Awal pagi lagi,Ida sudah menyiapkan sarapan pagi.Begitulah setiap hari yang dia lakukan sepanjang menumpang di rumah Datin Ain.Walaupun sudah banyak kali dipesan oleh datin Ain agar tidak melakukan kerja-kerja dapur,apatahlagi dengan keadaan dirinya yang ketika itu masih diawal usia kandungannya,namun bagi Ida,itu adalah senaman dan tanggungjawab yang harus dilakukannya.Dia tidak boleh berdiam diri kerana sudah terbiasa dengan kerja-kerja itu sejak menjadi isteri pada Azman lagi.
Ida menyusun rapi makanan yang sudah siap dimasak diatas meja.Hari ini,Kuew teow menjadi menu utama sarapan pagi mereka.Ditambah dengan nescefe hangat.Ida tersenyum puas memandang hasil masakannya pagi ini.Hatinya benar-benar bahagia mampu berkhidmat untuk keluarga itu apatahlagi merekalah yang banyak menolong dirinya dikala susah.
"Akhirnya,siap juga",bisik Ida lembut.
Sementara menunggu kedatangan Sofia dan datin Ain,Ida mengemas alatan memasak yang digunakannya semasa memasak sebentar tadi.
"Morning Ida",ucap Sofia menyapa Ida dari belakang.
"Morning too.Duduklah,sarapan dah siap",pelawa Ida lembut.
Datin Ain pula menyusul selepas sahaja Sofia tiba.
"Morning girls",ucap Datin Ain pula.
"Morning too",jawab Ida dan Sofia serentak.
Datin Ain menarik kerusi bersebelahan dengan Sofia.Ida pula duduk menghadap mereka berdua.
"Wahhh,sedapnya.Bau je pun dah tau masakan Ida ni sedap",puji datin Ain.
Ida tersenyum sebaik sahaja mendengar pujian dari Datin Ain.
"Tak sedap mana pun.Biasa je.Jemputlah makan Puan,Sofia",pelawa Ida lembut.
"Ye,Ida pun jemputlah makan",kata Datin Ain pula.
"Baiklah.Terima kasih",jawab Ida sambil tersenyum.
Dengan gerak yang perlahan,Ida menyenduk Kueh teow yang dimasaknya sebentar tadi ke dalam piring.
Suasana menjadi senyap seketika.Yang kedengaran hanyalah bunyi garpu dan sudu.Masing-masing sibuk mengisi perut mereka pagi itu.
********
Aku membuka perlahan-lahan kelopak mataku.Walaupun mata masih terasa agak berat,namun terpaksa jua aku bangun apatahlagi aku harus ke tempat kerja seperti biasa.
Dengan mata yang masih sedikit tertutup,aku cuba mengejutkan Misya disebelahku.
"Misya,bangun sayang.Dah pagi ni",panggil ku sambil menarik selimut yang menutupi tubuh itu.Namun tiada tindak balas yang aku terima.Aku cuba mengejutkannya semula.
"Sayang,bangun nak.Mommy kejap lagi nak ke tempat kerja",kataku lagi tanpa menyedari Zafran lah yang ada disebelahku saat itu.
Pintu bilik dibuka tiba-tiba.
"Mommy!",panggil Misya sebaik sahaja masuk.
Aku tersentak.Aku lantas memandang dibelakangku.Zafran masih terbaring di tempat tidurnya.
Barulah aku perasan,aku kini berada dikamarku,bukanlah dikamar Misya.
Aku tersenyum sendiri dengan kealpaan ku saat itu.
"Sampai hati mommy tinggalkan Misya sendiri semalam",marah Misya.Mulutnya sengaja dimuncungkan tanda merajuk denganku.
"Aloloolo anak mommy ni dah merajuk.Maaflah.Mommy pun tak sedar bila mommy pindah tidur disini",pujukku.
Wajah Misya bertukar ceria sebaik sahaja melihat Zafran yang masih lelap disebelahku.
"Papa?",tanya Misya seakan tak percaya.
Aku tersenyum memandangnya.
"Papaaaaaa!!",jerit Misya lantas melompat ke arah Zafran.
Zafran yang masih lena,lantas terbangun apabila dikejutkan dengan suara Misya yang agak kuat.Misya memeluk erat leher ayahnya.
"Sayang papa dah bangun rupanya",jawab Zafran sambil mengusap lembut rambut anak kesayangannya itu.
"Bila papa sampai?.Kenapa tak bagitahu Misya,kenapa tak kejut Misya?",tanya Misya bertubi-tubi.Pelukan dileher Zafran makin dieratkan.
"Sorry lah syg.Semalam papa letih sangat.Lagipula,papa tengok anak papa ni lena betul,papa tak sampai hati nak kejut",jawab Zafran.
"Papa tau tak,Misya rindu sangat kat papa?",kata Misya lagi.
"Ye papa tau.Sebab papa pun rasa benda yang sama",jawab Zafran lagi.
Aku hanya tersenyum memandang dua anak beranak itu berbual.
Aku lantas meninggalkan mereka untuk membersihkan diri kerana aku harus ke tempat kerja pagi ini.
Zafran memeluk perlahan tubuh kecil milik Misya.Diciumnya pipi anak kesayangannya itu.
"Sepanjang papa tak ada,Misya ada susahkan mommy ke?",tanya Zafran.
Misya mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Baiknya anak papa ni",puji Zafran.
Misya hanya tersenyum.
"Anak papa dah sihat ke?",tanya Zafran lagi.
"Mommy Misya kan doctor,jadi papa tak perlu risau,sebabnya mommy jaga Misya sangat baik.Atok dan nenek pun jaga Misya dengan baik.Nenek selalu buatkan bubur kegemaran Misya,atok pula selalu ceritakan Misya kisah kancil yang bijak",jelas Misya.
"Wahhhh!,Baiknya atok dan nenek kan.Hurmmm,kelak,Misya kena balas kebaikan atok dan nenek ye",kata Zafran.
"Ye papa.Misya akan jaga atok dan nenek sama seperti mama dan papa jaga Misya.Misya sayang papa,mommy,atok dan nenek",ucap Misya.
Satu kecupan singgah di ubun-ubun misya.
"Semoga jadi anak yang berbakti bila dah besar nanti syg",bisik Zafran.
Zafran memanjatkan kesyukuran didalam hati kerana dikurniakan anak seperti Misya.
*********
Natasha dan Alice seiringan memasuki bilik persalinan di butik yang menjadi pilihan mereka untuk mencuba gaun pengantin.Chak dan Jhon hanya menunggu diluar.
"I can't wait to see Alice in her wedding dress",luah Jhon.
Hatinya berdebar-debar saat itu.Itulah saat-saat yang dinantikan oleh Jhon selama ini.
"She must be very beautiful",jawab Chak.
Di hati Chak juga sebenarnya begitu berdebar-debar.Dia juga sudah tidak sabar melihat Natasha mengenakan gaun pengantin.
"Natasha must also be very beautiful when wearing a wedding dress. This is because natasha is a beautiful girl",puji Jhon juga.
Chak tersenyum.
"I know it"balas Chak.
"Why do i feel time is passing so slowly.I can't wait to see them.They will definitely be the most beautiful bride this year",kata Jhon lagi.
"I feel that way too",jawab Chak.
Mereka tertawa bersama.
Natasha dan Alice memilih warna putih sebagai persalinan pertama.Gaun yang sangat cantik Kerna gaun itu merupakan gaun termahal dibutik tersebut.
"You look so beautiful Natasha",puji Alice.
Matanya tidak berkelip saat memandang Natasha.Raut wajah yang sangat cantik dimatanya.Apatahlagi dipadankan dengan gaun pengantin yang yang sedang dipakainya kini.Terserlah kejelitaan Natasha.Alice sangat kagum dengan kecantikannya.Dia tidak menyangka,Jhon tidak akan tertarik dengan kejelitaan yang dimiliki oleh Natasha.Dia lebih memilih Alice berbanding gadis cantik itu.Namun Alice bersyukur,itu menunjukkan Jhon lelaki yang sangat baik dan ikhlas mencintainya.
"You look beautiful too Alice.Jhon is very lucky to have you as his wife. You are so beautiful",puji Natasha juga.
Di hati Natasha juga mengagumi kecantikan Alice.
"The truth is, Jhon and Chak are men who are lucky,because they have both of us as wives. It's not easy to have a wife as beautiful as the two of us",kata Alice separuh bergurau.
"You right!",jawab Natasha.
Mereka tertawa bersama.
"Are you ready girls?",tanya pelayan butik tersebut yang sedari tadi hanya memandang mereka berdua sambil tersenyum.Senang melihat kedua bakal pengantin itu saling bergurau senda.
"Yes!,We are ready now!",jawab Natasha dan Alice serentak.
Mereka tertawa semula.
"Okay,lets go",kata pelayan tersebut.
Dia lantas membuka tirai bilik persalinan tersebut.
Natasha dan Alice melangkah perlahan menghampiri Chak dan Jhon yang berdiri menunggu ketibaan mereka berdua dengan senyuman penuh makna.
Chak memandang Natasha.Matanya tidak berkelip melihat Natasha begitu cantik dihadapannya.Natasha seperti bidadari yang tiba-tiba muncul dihadapan Chak saat itu.Kecantikan milik Natasha sememangnya diakui oleh Chak.Siapa-siapa yang memandangnya juga pasti merasakan hal yang sama dengan dirinya saat itu.
"You look so beautiful Syah",puji Chak sebaik sahaja Natasha mendekatinya.
Natasha tersipu malu apabila mendengar pujian dari Chak.
Thanks",jawab Natasha ringkas.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Terima kasih sudi berkahwin dengan Syah chak.Aku tak akan lupakan jasa awak.Aku akan membayarnya satu saat nanti",bisik Natasha perlahan.
"Shhhhhh.Jangan sebut perkara tu lagi.Sekarang ni,kita fokus pada majlis kita tu.Jangan fikirkan benda lain.Selesai majlis baru kita bincangkan semuanya",jelas Chak
Natasha mengangguk tanda faham.
Alice dan Jhon mendekati Natasha dan Chak.
"You too are perfect match Chak.Take good care of Natasha. Don't hurt her. She's like my sister too. I don't want you to hurt her feelings",Pesan Jhon sambil menepuk perlahan bahu Chak.
"InshaAllah, I will take care of her as best I can. I also wish you and alice will be happy forever",doa Chak.
"Amen",jawab Jhon.
Natasha dan Alice hanya tersenyum memandang mereka berdua.
********
Ida melangkah penuh berhati-hati keluar daripada klinik sebaik sahaja selesai mendapatkan rawatan di klinik tersebut.
Senyuman terukir dibibirnya saat itu.Terbayang semula saat doctor melakukan imbasan pada rahimnya.Jelas sekali janin yang sedang tumbuh membesar di rahimnya di pandangan mata ida.Saat itu,Ida tak mampu meluahkan rasa gembiranya.Hanya senyuman yang terukir dibibirnya saat mendengar degup jantung anaknya yang berdetak.Ida mengusap perlahan perutnya yang masih tidak kelihatan.
"Jadi anak yang baik syg.Ibu menunggu saat kelahiran syg.Sementara itu,membesarkan dengan sihat dalam rahim ibu.Ibu janji akan jaga syg sebaik yang mungkin",bisik Ida.
"Sayang!".
Satu suara yang begitu dikenali oleh ida kedengaran .
Langkah kaki Ida terhenti seketika.
Suara yang begitu dirinduinya.Suara lembut yang selalu memanggilnya satu masa yang dahulu.Ida menutup matanya perlahan.
"Kenapa aku masih mengingatinya,sehinggakan masih terngiang-ngiang di telingaku suara lembutnya menyapaku?",bisik Ida.
Ida menarik nafas panjang.
"Come on Ida.Dia dah tak inginkan kau lagi.Dia tak akan memanggil kau dengan lembut lagi.Lagipula,dia dah tinggalkan awak.So,jangan ingat dia lagi.Teruskan hidup bersama anak yang bakal lahir tidak lama lagi.Hanya itulah satu-satunya kenangan antara kau dan dia didunia ini",pujuk Ida pada dirinya sendiri.
Ida mengatur langkahnya semula.Dengan langkah perlahan,Ida menuju ke parking kereta kerana Sofia sedang menunggunya saat itu.
"Sayang!"
Suara itu bergema lagi.Kali ini agak kuat dan seakan-akan mendekati Ida.Langkah Ida terhenti lagi.
"Ini khayalan atau kenyataan?",bisik Ida.
Namun Ida yakin,kali ini,suara itu bukanlah hayalannya semata,tapi,suara itu benar-benar memanggilnya.
Ida menoleh ke belakang.Dia terpaku.Azman benar-benar berdiri dibelakangnya saat itu.Lidah Ida seakan-akan kaku ketika itu.Dia tidak menyangka akan bertemu Azman lagi.
Ida melihat Azman dari kepala hingga kaki Azman.Wajah yang tak bermaya,malahan pemakaiannya juga sudah tidak sekemas dulu.
"Apa dah jadi dengan Azman?",bisik Ida didalam hati.
Renungan Ida terhenti apabila Azman melangkah mendekatinya saat itu.
"Sayang,kenapa keluar rumah tanpa pengetahuan abg?.Syg tahu tak,betapa abg merindui Ida?",tanya Azman perlahan.Hatinya sebak.
Airmata Ida seakan-akan ingin menitis saat itu.Entah mengapa,dia begitu hiba saat melihat Azman di hadapanya saat itu.
"Kembalilah pada abg.Abg menyesal semuanya.Abg dah sedar,apa yang abg buat semuanya salah.Abg minta maaf,abg janji,Abg tak akan sia-siakan Ida lagi"janji Azman.
Dia menggenggam jari jemari Ida lembut.
Airmata ida mengalir perlahan.
"Abg yang dah tinggalkan Ida.Untuk apa Ida terus bertahan,untuk apa Ida terus tinggal di rumah itu sedangkan orang yang Ida syg sudah tidak menginginkan Ida lagi"jelas ida.
"No!,no syg.Ida jang cakap macam tu lagi.Abg sygkan Ida.Abg tak mampu kehilangan Ida.Abg sedar semua kesilapan abg.Abg minta maaf",ucap Azman lagi.
"Tak ada gunanya lagi bang.Hati abg bukan milik Ida lagi.Tapi milik orang lain.Ida redha bang.Redha dengan takdir yang Allah berikan pada Ida.Mungkin kebahagiaan abg bukan ada pada Ida,tapi pada orang lain",luah Ida lagi.
Hatinya saat itu bagai disiat-siat.Sakit yang sudah hampir dilupainya dirasai semula.
"Kebahagian abg hanya ada pada Ida.Abg menyesal.Selama ini Ida yang abg dambakan.Bukan orang lain.Abg bodoh Ida,abg dibutakan dengan nafsu abg sendiri.Abg terleka dengan duniawi,sehinggakan mengabaikan satu-satunya insan yang begitu ikhlas menerima abg dalam hidupnya.Abg sangat menyesal.Abg nak kita hidup seperti dulu lagi sayang.Abg nak kita mulakan semula hidup kita sebelum ini.Abg berjanji,abg akan bayar balik masa-masa yang telah abg abaikan bersama Ida.Abg janji.Kembalilah pada abg.Abg mohon",rayu Azman.
Ida terdiam seketika.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Hanya airmata yang mengalir saat itu.
"Janganlah diam syg.Abg rindukan syg.Abg sangat rindu.Terimalah abg semula"rayu Azman lagi.
Kali ini,Ida sudah teresak-esak.Dia tidak mampu untuk memberikan Azman jawaban.Dihatinya saat itu masih terasa sakit,namun jauh disudut hatinya juga merindui suami yang sangat dicintainya itu.Amat sukar untuk Ida memberikan jawaban.Hatinya menginginkan suaminya,disamping itu juga,dia masih tidak mempercayai suaminya.Dia takut andai itu hanyalah lakonan Azman semata-mata.Dia benar-benar takut.
Satu tepukan lembut menyapa bahu Ida.Ida tersentak.Dilihatnya Datin Ain dan Sofia ada dibelakangnya.Tersenyum manis sambil memandang Ida.
"Puan,Sofia"kata Ida.
Dia lantas mengesat airmata yang mengalir dipipinya saat itu.
"Ida,maafkanlah Azman.Dia dah benar-benar insaf.Dia dah ceritakan semuanya.Dia masih sayangkan Ida sama seperti dulu",jelas Datin Ain.
Cuba memberikan Ida keyakinan.
Ida tunduk,membisu.Dia
masih bingung untuk membuat keputusan ketika itu.
Sofia hanya mampu memandang,dia tidak tahun hendak berbuat apa, walaupun banyak yang ingin diperkatakan olehnya kepada Ida.Namun dirinya segan, apatahlagi dihatinya menggunung perasaan bersalah terhadap wanita dihadapannya itu.
"Ida,abg tau amat sukar untuk Ida maafkan abg,tapi abg mohon,maafkan lah abg.Abg menyesal",ucap Azman masih cuba membujuk isterinya itu.
"Ida pukul lah abg,marahlah Abg sepuas hati Ida,asalkan Ida sanggup terima abg semula dalam hidup abg.Abg cuma nak Ida je dalam hidup abg",pujuk Azman lagi.
"Ida,",panggil Sofia lembut.
Kali ini dia tidak mampu berdiam diri lagi.Semua yang terjadi berpunca dari dirinya.Oleh Kerna itu,dia harus lakukan sesuatu untuk memujuk Ida.
"Jangan salahkan Azman pada perkara ini.Dia tidak salah sebenarnya.Akulah yang bersalah.Aku yang dah jadi duri dalam hubungan diantara Ida dan Azman.Akulah perosak rumahtangga Ida.Marahlah aku,tapi jangan hukum Azman atas masalah ini.Akulah yang seharusnya dihukum.Ida,terimalah Azman semula.Azman lelaki yang baik.Cuma akulah yang dah menyesatkan hatinya sehinggakan dia berpaling padah",jelas Sofia.
Ida memandang Sofia.
"Abg Azman sayangkan Sofia.Tak salah andainya Ida mengalah.Semua ni demi kebahagiaan abg Azman",kata Ida.
Sofia dan Azman saling mengeleng-gelengkan kepala.Tidak menerima kata-kata yang baru diucapkan oleh Ida sebentar tadi.
"No syg,No!. Kebahagiaan abg ada pada Ida seorang.Dulu abg buta,buta menilai mana kaca mana permata syg.Please syg,maafkan abg",pinta Azman bersungguh-sungguh.
Aku airmatanya mula bertakung ditubir matanya kini.Kata-kata Ida benar-benar membuat hatinya hiba.
"Kebahagiaan Azman bukan pada aku Ida, kebahagiaan dia ada pada Ida seorang.Lagipun aku dah ada seseorang yang aku sayangi.Aku tak cintakan Azman Ida.Aku mendekati Azman semata-mata kerana duit yang dimilikinya.Bukan kerana aku cintakanya.Namun itu dulu,sekarang aku dah sedar,perbuatan aku itu hanya melukai perasaan banyak orang, terutamanya awak Ida",jelas Sofia lagi.
"Ida,aku bukan nak masuk campur urusan rumahtangga Ida,tapi aku nak nasihatkan Ida sebagai seorang yang lebih tua dan lebih berpengalaman.Buang ego dihati tu.Apa yang penting sekarang ni, kebahagiaan Ida juga anak dalam kandungan Ida tu.Terimalah Azman kembali,walaupun bukan kerana diri Ida, sekurang-kurangnya kerana anak Ida tu.Dia juga perlu kasih sayang seorang ayah.Ida patut bersyukur kerana anak Ida masih miliki seorang ayah.Berapa banyak anak-anak diluar sana yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.Ida tak akan faham perasaan mereka",nasihat Datin Ain panjang lebar.
Ida terdiam.
"Perna tak Ida fikir,apa perasaan anak Ida bila ditanya tentang ayahnya satu hari nanti.Apa yang akan dijawabnya.Pasti banyak yang akan meghinanya,memulaukannya,hanya kerana perkara ini.Perna tak Ida fikir,betapa sakit,betapa terlukanya anak Ida nanti?",kata Datin Ain lagi.
Airmata Ida mula mengalir.Dia tahu dia terlalu ego.Namun semua itu kerana luka yang bersarang dihatinya saat itu.
"Dah,dah.Jangan dipanjangkan cerita ini.Tengok orang sekeliling kita,banyak yang mencuri pandang pada kita.Buat malu je.Sekarang ni,Aku nak,Ida balik rumah suami Ida.Biar Azman yang akan akan jaga Ida lepas ni",kata Datin Ain memberi kata putus.
"Tapi"..kata Ida masih cuba membantah.
"No tapi,tapi Ida.Ini muktamad!.Kalau Ida sayangkan aku,sayangkan suami Ida,sayangkan anak dalam kandungan Ida tu,ikutlah suami Ida pulang.Semua ini demi kebaikan Ida dan juga anak dalam kandungan Ida tu",kata Datin Ain lagi.
Ida terdiam.Tiada kata-kata yang mampu dikatakannya lagi.Tiada pilihan lain yang mampu untuk dipilihnya.
"Baiklah!.Ida akan ikut abg pulang.Tapi satu yang abg harus tahu,Ida dah tak sama seperti dulu lagi.Hati Ida dah mati untuk abg.Ida buat semua ni hanya demi anak Ida ni dan tiada kena mengena dengan abg langsung.Jadi Ida harap,abg janganlah menaruh harapan yang tinggi pada Ida,kerana semua tu sia-sia je",jelas Ida.
Azman memandang Ida dengan gembira.
"Terima kasih syg.Abg janji tak akan sia-siakan kehadiran Ida lagi",kata Azman dengan penuh kesungguhan.
Dia cuba mencapai jari jemari isterinya itu namun lantas di tepis oleh Ida.
"Ingat apa yang Ida katakan tadi.Ida setuju kembali pada abg,tapi tak semestinya Ida dah maafkan abg",jawab Ida memberi amaran.
"Abg tau.Abg tak akan sakit hati.Abg terima semuanya dan anggap semua ni sebagai hukuman atas perbuatan abg pada Ida selama ini.Abg syg Ida,asalkan Ida ada di sisi abg,Ida ada di depan mata abg,semua tu dah memadai buat abg.Terima kasih syg sudi menerima abg semula",luah Azman.
Tanpa menjawab kata-kata Azman,Ida meninggalkan Azman menuju ke kereta.Bagi Ida,sudah tiada apa lagi yang harus diperkatakannya.Semuanya sudah Ida jelaskan dan dia hanya berharap agar Azman memahami kemahuannya.
Azman dan Datin Ain saling berpandangan.Datun Ain menepuk perlahan bahu Azman.
"Sabarlah dengan karenah Ida tu Azman.Biasalah pembawaan dia saat mengandung.Kejap lagi hilanglah tu.Apapun,Azman kena banyak bersabar.Andai Azman benar-benar ikhlas nak berubah, InshaAllah semuanya akan kembali pada asalnya.Yang penting Azman banyak bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah minta dipermudahkan semuanya",nasihat Datin Ain.
Azman tersenyum.
"InshaAllah Datin.Terima kasih kerana menjaga Ida sepanjangan Azman tak ada.Azman berjanji,Azman kan jaga Ida sebaik yang mungkin lepas ni",janji Azman.
Datin Ain tersenyum,dia tahu lelaki itu benar-benar ikhlas kali ini.
"Pergilah,Ida dah tunggu awk tu",,kata Datin Ain.
Azman mengangguk perlahan.
"Aku pergi dulu",kata Azman meminta diri sebelum melangkah pergi meninggalkan Datin Ain.Tanpa membuang waktu juga,Datin Ain turut melangkah mendekati Sofia yang sudah mendahuluinya ke dalam kereta.
Share this novel