BAB 15

Romance Series 57282

"Aku cuti beberapa hari ni.Kaki aku terseliuh"


-zafran-

Joe membaca mesej yang baru saja di hantar oleh Zafran.Dia ketawa sendiri.
"Padan muka kau Zafran.Tula lain hari minum banyak-banyak lagi.Lepas ni tak tau apa lagi yang patah"omel Zafran sendirian.
Bila mengingatkan reaksi Zafran saat mabuk semalam.Dia lucu sendiri.Bayangan kisah semalam mula menerjah fikirannya semula.

"Aku terkilan Joe.Mami aku tu buat aku sakit hati sangat.Dah la dulu dia paksa aku kawin dengan Zara,sekarang dia suruh aku nak kawin dengan minah gedik tu",luah Zafran.
Zafran meneguk setin bir lagi entah tin yang keberapa.
"Dah la Zaf,dah cukup minum.Kau dah mabuk sangat.Jom aku hantar kau balik",pujuk Joe bila melihat Zafran sudah terhuyung-hayang akibat terlalu banyak minum.

"Ahh!Biarkan aku.Aku nak hilangkan stress aku ni",bentak Zafran.
Joe mengeleng-gelengkan kepalanya.Tidak menjawab kata-kata Zafran.
"Aku hantar kau balik.Pasti isteri kau dah risau tunggu kau kat rumah",pujuk Joe lagi.
"Isteri,aku tak ada isteri lah.Zara tu pembantu aku je.Kau nak,kau ambillah",kata Zafran.
Joe ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Zafran.
"Kau tak menyesal ke aku ambil Zara.Dah la cantik,baik pula tu.Jangan pula nanti Zara dah jadi milik aku,kau nak rampas balik",gurau Joe.
"Kau bodoh ke Joe.Banyak-banyak gadis kat Malaysia ni,Kau nak janda aku juga ke",tanya Zafran sudah terlalu mabuk.
"Tak pe janda,asal hati baik.Kau kawin la dengan Sofia tu.Dia kan test kau",gurau Joe lagi.Dia sengaja menguji hati temannya itu.
"Jangan sebut nama tu.Aku benci",kata Zafran sebelum rebah tak sedarkan diri.

"Amboi-amboi Joe,dah sampai mana lamunan kau tu",tanya Ani mematikan lamunan Joe.
"Apa yang lucu sangat sampai kau tersengih-sengih seorang diri",tanya Ani.
Dia hairan melihat Joe yang sedang mengelamun tapi senyuman tak lekang dari bibirnya .
"Tak delah Ani.Fikir zaman kanak-kanak",bohong Joe tidak mau menceritakan kisah sebenar.
"Ye ke fikir zaman kanak-kanak.ke fikirkan awek ni",teka Ani cuba mengorek rahsia dari Joe.
Joe tersengih-sengih memandang Ani.
"Tak la.Abaikan je.Tak penting", kata Joe.Dia berlalu meninggalkan Ani yang cuba mengorek rahsia darinya itu.

Dato' Mazlan dan Datin Aida bertandang ke rumah setelah mendapat panggilan dariku.
"Bagaimana boleh terseliuh",tanya Dato' Mazlan kepadaku.
Aku ingin menjawab yang jujur namun dari awal sudah Zafran beri amaran agar tidak memberitahu kalau semalam dia mabuk teruk.
"Jatuh d bilik air daddy",jawabku ringkas.
Datin Aida yang sedang mengupas kulit apple untuk Zafran tiba-tiba menyampuk.
"Bagaimana boleh jatuh.Mesti kau tak cuci dengan bersih lantai bilik air",tuduh Datin Aida memandangku.
Zafran hanya memandangku tanpa membela ku sedangkan itu salahnya sendiri.
Kata-kata Datin Aida tidak mampu aku jawab kerana untuk mengatakan yang sebenarnya saja aku tidak berani.
"Tulah Zaf,kalau Sofia jadi isteri Zaf,tak la Zaf jadi seperti ini.Pasti dia jaga Zaf sepenuh hati dia.Tak macam Zara ni,tak ada tanggungjawab langsung.mungkin Zara sengaja nak sakitkan zafran.Tak tau la apa akan terjadi pada anak i selepas ni",kata Datin Aida menyalahkan aku.
"Apa la awak ni Aida.Kenapa tuduh Zara yang bukan-bukan.Ini kecuaian Zafran sendiri.Jangan persalahkan orang lain",kata Dato' Mazlan membela ku.
Dia tau aku tidak bersalah atas apa yang telah berlaku ke atas Zafran.Kerana itu dia cuba membelaku.
"Abang apa tau,bukannya abg boleh baca isi hati dia tu.Mungkin dia nak cuba buat Zafran lumpuh.Bolehlah dia guna duit Zafran untuk bersenam lenang.Lepastu bolehlah dia berikan pada keluarganya kat kampung supaya mereka boleh jadi kaya.Lepastu kalau terjadi apa-apa kat Zafran dia lah yang akan dapat semua harta warisan milik zafran",kata Datin Aida lagi sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah aku.
Aku terdiam.Tidak memandang Datin Aida.Sebenarnya aku takut untuk melawan memandangkan Datin Aida merupakan mertua perempuan ku.
"Astaghfirullahalazim Aida.Bawa mengucap.Itu fitnah namanya", Nasihat Dato' Mazlan setelah mendengar tomahan dari isterinya itu.Kata-kata isterinya yang langsung tak berasas.
Zafran yang sedari tadi duduk diam mula menyampuk apabila mendengar setiap tuduhan yang di lemparkan oleh ibunya terhadap aku.
Mulanya dia hanya nak membalas dendam terhadap aku kerana menyakitkan hatinya,namun apabila mendengar ibunya sudah melebihi batas dan juga mengaitkan nama Sofia yang tidak disukainya itu,dia jadi tidak senang.
"Tak perlu mami cakap Zara seperti itu,Zaf yang salah sebenarnya.Zaf yang cuai",kata Zafran memberi penjelasan agar ibunya berhenti dari terus memarahi ku.
Hatiku dirundung hiba mendengar tuduhan tak berasas dari Datin Aida.Aku sedar,aku bernikah dengan Zafran hanya kerana wasiat datuknya.Tapi untuk mendapatkan harta warisan dari keluarga itu tidak pernah aku fikirkan.
"Zara turun buatkan air dulu",kataku meminta diri.
Aku tidak mampu berlama-lamaan di sana.Apatah lagi mendengar setiap tuduhan yang dilemparkan kepada aku.Air mataku terus mengalir.
"Aku harus secepatnya mengakhiri hubungan ini.Aku sudah tak sanggup menghadapi tekanan dari keluarga Zafran",bisikku perlahan.

Setelah ibu dan ayah Zafran berangkat pulang,aku segera mencuci pinggan mangkuk yang di gunakan untuk makan tengahari tadi.Setelah siap mengemas,aku lantas ke bilik Zafran menghantar air di dalam jag agar mudah untuk Zafran mengambil air minum apabila dahaga.Ku lihat Zafran sedang bersandar di katil sambil membaca buku.
"Ini air untuk memudahkan kau minum bila dahaga",kataku sambil meletakkan jag berisi air putih di atas meja bersebelahan katil Zafran.
Zafran memandangku.Dirinya sedikit kesal atas tindakannya berdiam diri melihat aku dimarahi ibunya tengahari tadi.
"Zara",panggilanya lembut.
Aku memandang zafran.Namun tidak menjawabnya.Aku masih terasa hati dengan dirinya mengenai kejadian tengahari tadi.Kalau bukan kerana Zafran mengugutnya,sudah lama dia menceritakan segalanya kepada orang tuanya.
"Maafkan mami sebab tuduh Zara macam tu",katanya kesal.
Aku tersenyum tawar.
"Tak pe,aku tak kisah.Lagipun memang pun pandangan orang kaya macam Korang terhadap orang miskin seperti kami memang macam tu pun",kataku.
Zafran tersentak mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari bibirku.Hatinya membara tiba-tiba.
"Kau ni.Orang dah lembut nak minta maaf dengan kau pun kau tak berterima kasih lagi ke.Ataupun apa yang mami katakan tu semuanya benar.Kau masuk dalam keluarga ni hanya untuk dapatkan harta",tengkingnya kepada aku.
"Dengar sini Zafran,aku tak hairanlah dengan harta kekayaan kau.Terpulang la kepada kau nak anggap aku apa,aku tak akan kisah",jawabku keras.
Kesabaran ku sudah tidak mampu aku kawal.Aku sudah bosan di perlekehkan.Aku juga punya harga diri yang perlu mereka hormati.
"Lagi satu,aku tak nak sesen pun duit dari kau.Aku berjanji,setelah aku keluar dari rumah ini,aku akan kembalikan semuanya pada keluarga kau.Kerana itulah alasan kau dan keluarga kau menghina aku,mencaci aku,melayani aku dengan kasar.Atas sebab aku mempunyai share dalam syer harta keluarga kau. Kau ambil je semuanya.Aku rela,asalkan semua penderitaan yang aku hadapi sekarang berakhir dengan cepat",kataku lantas keluar dari bilik Zafran.Pintu aku tutup dengan kasar.Hatiku benar-benar sakit Zafran yang ada di dalam bilik terdiam.Dia langsung tak mampu berkata apa-apa setelah mendengar kata-kata ku tadi.Dia tak menyangkakan aku Semarah itu pada dirinya dan keluarganya.Hati Zafran tiba-tiba menjadi sayu.Rasa penyesalan menyelubungi dirinya.Setiap perkataan yang aku lemparkan menusuk tepat di hatinya.Dadanya tiba-tiba terasa amat sakit.
"Apa selama ini aku salah menilai dirinya",tanya Zafran pada dirinya sendiri.
"Selama ini,dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap keluargaku,termasuk aku",katanya lagi.
"Dia juga tak pernah berkasar kepadaku.Malah menjaga makan pakaian ku sepanjang tinggal bersama ku,tanpa merungut"tambah Zafran lagi.
Segala kelakuan kasar,hukuman yang pernah dia berikan kepada aku menjelma di fikiran Zafran.Dia benar-benar menyesal.

Vila Angsana

"Kenapa tuduh Zara macam tu?",tanya Dato' Mazlan sesampainya mereka di Vila Angsana.
Datin Aida hanya memekakkan telinganya tanpa menjawab pertanyaan suaminya.
Bagi dirinya,Zara lah punca keluarganya kicau bilau.
"Kenapa awak benci sangat dengan Zara.Apa salah Zara sampai awak malukan dia di depan Zafran.Awak tak fikir ke perasaan Zara bila mendengar hinaan yang kau lemparkan padanya",marah Dato' Mazlan.
Kesabarannya terhadap sikap isterinya itu benar-benar sudah sampai kemuncaknya.
Datin Aida mengetip giginya geram.
"Ye aku memang benci dengan Zara.Kerana perempuan tu,Zafran tak dapat bernikah dengan Sofia.Kerana perempuan itu juga separuh harta kekayaan kita terbahagi kepada dia.Kerana perempuan itu juga,Zafran dah tak nak dengar kata aku dan kerana perempuan itu juga awak selalu Marahkan aku",teriak Datin Aida memenuhi ruangan banglo tersebut.

"Pap!!!!

Satu tamparan singgah di pipi kiri Datin Aida.
Datin Aida lantas memegang pipinya yang pedih akibat dari tamparan itu.

"Awak memang keterlaluan Aida!!"tengking Dato' Mazlan.
Datin Aida tidak menjawab kata-kata Dato' Zafran.Matanya yang merah menikam tepat anak mata Dato' Mazlan.Tanpa berkata apa-apa dia lantas berlalu meninggalkan suaminya naik ke kamar.Air mata berlinangan di pipinya.Hatinya benar-benar pedih.Inilah kali pertama dia di tampar oleh suaminya sendiri.

"Ini semua kerana kau Zara.Perempuan kampung tak sedar diri.Kau tunggu pembalasan dari aku",katanya penuh dendam.

Dato' Mazlan yang menyedari keterlanjurannya menampar wajah isterinya itu bersandar di sofa di ruang utama rumah itu.Sedikit penyesalan menyelubungi jiwanya.Dia tidak seharusnya mengasari isterinya seperti itu.Namun sikap isterinya itu sudah melampau.
"Dia harus di beri pengajaran",pujuk Dato' Mazlan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience