BAB31

Romance Series 57282

"Asalamualaikum Zaf",ucap Datin Aida lembut sebaik sampai di depan pintu rumah zafran.
Zafran yang sedang duduk di taman di perkarangan rumah segera menoleh apabila mendengar suara orang memberi salam.

"Walaikumsalam.Eh!.Mami buat pe kat sini?",tanya Zafran hairan.
Wajahnya sedikit terkejut dengan kehadiran ibunya itu.
"Mami rindu Zaf",kata Datin Aida.
Wajahnya agak sayu memandang anak kesayangannya itu.

"Kalau mami just datang sini nak hina Zara,atau nak sakitkan hati Zara,lebih baik mami pergi je.Zaf tak undang mami ke sini",jawab Zafran.
Hatinya masih marah dengan sikap ibunya beberapa hari yang lepas.

"No,no Zaf,mami datang sini nak minta maaf.Mami menyesal sikap mami tu.Mami dah insaf",kata Datin Aida lembut.
Namun jauh di sudut hatinya penuh dengan rasa benci.Dia harus berpura-pura menyesal dan berlagak seperti menerima menantunya itu agar rancangannya berjaya.Dia harus berlakon dengan baik agar lakonannya tidak di hidu oleh anaknya itu.
Zafran menarik nafas panjang.Dia sebenarnya masih bingung untuk mempercayai kata-kata ibunya itu.
Datin Aida lantas memeluk anaknya itu dan berpura-pura mengalirkan air mata.
"Mami tau,Zaf takkan percaya kata-kata mami.Tapi percayalah Zaf,mami betul-betul menyesal.Mami tahu mami silap menilai Zara dengan baik.Mami malu dengan sikap mami ni",luah Datin Aida.Bibirnya dijuihkan apabila membelakangi Zafran.
Zafran meleraikan pelukan ibunya itu.
"Okay,kalau mami betul-betul menyesal dengan apa yang dah mami lakukan.Zaf nak mami minta maaf dengan Zara.Boleh tak?",tanya Zafran sambil memandang ke wajah ibunya itu.
Datin Aida menelan air liurnya.Berat rasanya untuk meminta maaf dengan menantunya itu namun,untuk menjayakan rancangannya dia harus lakukan.

"Iya,mami akan minta maaf dengan Zara.Zara ada di mana.Mami nak peluk dia,nak cium dia.Mami nak nak pohon sejuta kemaafan atas semua tindakan yang telah mami lakukan terhadap Zara",jelas Datin Aida.

Zafran tersenyum memandang Datin Aida.Hatinya tenang mendengar kenyataan dari ibunya itu.Bagi Zafran,hubungan ibunya dengan isterinya amat penting dalam kehidupannya.

"Sekejap lagi Zara datang la tu.Dia buatkan kopi.Mami duduklah dulu.Lama tak duduk dengan mami.Rindu pula rasanya",luah Zafran.
Datin Aida tersenyum lantas melabuhkan punggunya di atas kerusi kayu yang di bina di taman rumahnya Zafran.

"Daddy tak datang sekali ke?",tanya Zafran.
Dia ingin melihat reaksi ibunya itu soal ayahnya.Sebenarnya dari awal Zafran sudah mengetahui tentang percutian ayahnya ke Korea namun atas permintaan ayahnya,Zafran tidak memberitahu ibunya.Zafran juga tahu kalau percutian ayahnya itu adalah salah satu rancangan ayahnya untuk memberi sedikit kesedaran kepada ibunya itu.Melihat kedatangan ibunya ke rumah,itu menunjukkan rancangan ayahnya sedikit berjaya.Hati Zafran melonjak gembira.Dia tidak sabar memaklumkan berita gembira itu kepada ayahnya nanti.

"Daddy tak cakap Zaf ke yang daddy pergi bercuti?",tanya Datin Aida.
Dia cuba mencari tahu di mana suaminya itu bercuti.
"Owh daddy bercuti ke?.Laa kenapa tak bawa mami sekali.Sekaligus boleh honeymoon kedua kali",usik Zafran.
Dia berlagak seperti tidak mengetahui tentang percutian ayahnya itu.
Datin Aida menunjukkan wajah sayu di hadapan Zafran.
"Daddy Zaf tu kejam tau tak.Dah la pergi tak beritahu mami.Lepastu tak bagitahu anak sendiri juga.Tak tau lah apa dalam fikiran daddy kamu tu.Mami pun tak faham",jawab Datin Aida.
"Sabarlah mami.Mami pun kenal daddy tu macam mana kan.Suka bagi surprise.Mungkin ada urusan penting kot.Tulah tak sempat beritahu kita",pujuk Zafran.
"Entahlah Zaf,mami pun bingung dengan sikap daddy Zaf tu",jelas Datin Aida.

Aku agak tersentak apabilah melihat ibu mertuaku yang sedang duduk berbual dengan Zafran.Hatiku tiba-tiba rasa gelisah.Pelbagai tanggapan hadir di benakku.
"Kenapa dia datang ke sini.Dia datang nak hina aku lagi ke?",bisikku perlahan.

Aku memandang jag berisi kopi yang sudah siap aku bancuh sebentar tadi.Hatiku berbelah bagi.Nak hantarkan kopi itu,aku agak segan.Takut dengan pandangan mata Datin Aida.Tak hantar,nanti apa pula kata Zafran nanti.Aku cuba memerah otakku untuk mencari jalan,namun hanya jalan buntu yang aku temui.Dengan langkah terpaksa,aku melangkah perlahan menuju ke arah Zafran dan Datin Aida.Hanya itulah jalan terbaik buatku.Aku tidak mahu Zafran salah sangka dengan ku apabila tidak menghantar minuman yang dipesannya sebentar tadi.

"Asalamualaikum",ucapku perlahan.
Dulang yang berisi sejag kopi dan dua gelas cawan aku letakkan di atas meja.

"Walaikumsalam",jawab zafran dan Datin Aida serentak seraya memandang aku.
Aku cuba mengukir senyuman manis di hadapan mereka.

Aku menuang kopi ke dalam cawan dan menghulurkan kepada Zafran dan Datin Aida.

"Jemput minum Zaf,mami.Maaflah tak sedar kedatangan mami tadi",kataku cuba berlagak tenang di hadapan mereka.
Aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Datin Aida.Aku sudah mempersiapkan diriku untuk menahan malu di hadapan Zafran jika huluran tanganku tidak disambut oleh ibunya seperti selalu yang ku lakukan apabila bertemu dengannya.

Aku memandang Datin Aida apabila huluran tanganku disambut perlahan oleh Datin Aida.Aku seakan tidak mempercayainya.

"Kenapa dengan mami hari ni.Selalunya dia tidak menyambut pun huluran tangan ku.Tapi hari ini kenapa dia berubah sangat.Apa motif dia sebenarnya?",fikirku.

Aku memandang Datin Aida perlahan.Senyuman di bibirnya jelas terukir.Hatiku tiba-tiba menjadi resah.

"Kenapa aku rasa mami pelik hari ini.Dia ikhlas ataupun ada motif di sebalik kebaikan dia sekarang?",bisikku di dalam hati.

"Maafkan mami Zara.Mami datang hari ni sebenarnya nak minta maaf dengan Zara dan Zaf.Mami sedar,selama ini mami dah banyak buat salah kepada kamu.Terutamanya terhadap Zara.Mami dah menyesal",luah Datin Aida.
Air mata mengalir di pipi Datin Aida.Dia cuba menjadikan lakonannya benar-benar menjadi.

Aku tersentak dengan penjelasan Datin Aida.
Melihat air matanya,aku tau dia ikhlas meminta maaf.Aku mengukir senyuman manis untuk Datin Aida.Dengan perlahan aku mengesat air mata di pipinya itu.

"Mami janganlah nangis.Zara dah lama maafkan mami.Zara pun nak minta maaf juga.Zara tau,Zara dah banyak buat salah kat mami",luahku.

Datin Aida menarikku ke dalam pelukannya.Dia menangis di bahuku.Perlahan aku mengusap-usap belakang Datin Aida untuk menenangkannya.
"Dah la mami.Jangan nangis lagi.Yang dah berlalu tu,biarkan berlalu.Lepas ni kita lupakan semua yang telah terjadi Yee",pujuk ku perlahan.
Datin Aida tersenyum sinis.

"Mantap lakonan kau Aida.Kasihannya kau perempuan kampung.Kau tengoklah apa yang akan aku lakukan selepas ini",kata Datin Aida di dalam hati.Dia gembira dan mentertawakanku di dalam hatinya.

"Terima kasih Zara.Terima kasih sudi maafkan mami.Mami sayang Zara",luah Datin Aida.

Zafran yang asyik melihat drama antara aku dan ibunya hanya tersenyum bahagia.

"Dah la,tak usah sedih-sedih.Jom minum,dah sejuk tak sedap pula kopi ni nanti.Jemputlah minum mami.Sedap tau Zara buat kopi ni",pelawa Zafran sambil memujiku.
Aku dan Datin Aida tersenyum memandang Zafran.
"Jemputlah minum mami",pelawa ku sambil duduk di sebelah Datin Aida dan Zafran.

Banyak cerita yang kami ceritakan petang itu.Aku tak menyangka Datin Aida sudi menerimaku dalam keluarga itu.Aku benar-benar bahagia.Dan aku harapkan kebahagian itu akan berkekalan selamanya.

*******

Senyuman Dato' Mazlan terukir kemas di bibirnya.Panggilan dari Zafran sebentar tadi amat mengembirakan hatinya.Selama tiga hari meninggalkan isterinya membuahkan hasil yang sememangnya amat diharapkan oleh Dato' Mazlan.Ingin sahaja dia menempah tiket untuk kembali ke malaysia saat itu juga namun dia masih mempunyai beberapa perkara untuk di uruskan di sana.

"Terima kasih Ya Allah sudah memakbulkan doaku.Semoga isteriku benar-benar menyesali kelakuannya selama ini.Semoga kebahagian menjadi milik keluargaku di dunia serta di akhirat",doa Dato' Mazlan.

Senyuman di bibir masih terus terukir.Ingin sahaja dia berteriak untuk memberitahu pada dunia bahawa dialah insan paling gembira dan bahagia saat itu.Namun dia batalkan sahaja niatnya kerana,dia sedar dirinya ada di negara orang lain.
Dato' Mazlan segera melihat jam di tangannya.Sejam lagi dia akan bertemu dengan sahabat yang baru dikenalinya itu.Mr.Lee Joong Ki.Berasal dari Korea yang mempunyai minat yang sama dengan dirinya.Petang nanti Dato' Mazlan akan bertemu dengannya untuk membuat satu perjanjian kerjasama dengannya.

"Thanks Mr.Lee Joong Ki, Cita-cita ku selama ini akhirnya akan tercapai juga.Inilah yang aku harapkan selama ini",bisik Dato' Mazlan.
Hatinya berbunga riang.Pertemuan yang tak dijangka.Bertemu dengan seorang penggiat seni sepertinya.Memiliki sebuah syarikat bernama Lee Art Company.Mempunyai beberapa cawangan di beberapa buah negara.Syarikatnya menjual berbagai lukisan-lukisan yang di import di luar negara dan juga dalam negara Korea.Dia amat memuji hasil lukisan Dato' Mazlan apabila tidak sengaja melihat lukisan yang di lukis oleh Dato' Mazlan sendiri ketika mengunjungi pulau Jeju.Lukisan yang mengambarkan pulau Jeju amat menarik di pandangan matanya.Tatkala melihat lukisan itu,Mr.Lee Joong Ki ingin membeli lukisan tersebut namun Dato' Mazlan menolak kerana baginya, lukisan itu amat berharga untuknya.Oleh yang demikian,Mr.Lee Joong Ki ingin berkerjasama dengan Dato Mazlan.Dia ingin membeli setiap karya Dato' Mazlan dan ingin menjadikan Dato' Mazlan sebagai salah satu rakan kongsinya.Peluang itu tak akan di sia-siakan oleh Dato' Mazlan memandangkan dia juga sudah tidak berkerja lagi.

"Aku nak bersiap dulu.Dah lewat sangat ni.Lambat pula nanti untuk bertemu Mr.Lee Joong Ki",bisik Dato' Mazlan perlahan.
Dia lantas bersiap.

*****

Natasha merenung siling di kamarnya.Entah mengapa malam itu sangat sulit untuk dia melelapka mata.Sudah berkali-kali dia cuba memejamkan matanya namun hampa.Fikiranya runsing.Hatinya agak gelisah.Bayangan kejadian bertikam lidah dengan Sofia benar-benar mengganggunya.Hatinya masih terasa perih dengan sikap sombong Sofia.Natasha juga amat kesal dengan zamri yang langsung tidak membelanya saat itu.Hatinya terasa sakit.

"Kenapalah aku bertemu lelaki macam kau Zam.Kenapa bukan aku yang dulu hadir di hidup kau.Kenapa mesti perempuan tu",bisik Natasha.

Natasha tidak mengerti mengapa dia tidak mampu melupuskan bayangan Zamri.Natasha akui,inilah kali pertama dia bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar melayannya dengan baik sekali.Pertemuan pertamanya dengan lelaki itu di Pub membuatkan Natasha jatuh cinta pandang pertama dengannya.Tapi malangnya lelaki yang sudah menarik perhatiannya memiliki perempuan lain di hatinya itu.

"Kenapalah nasib aku seperti ini.Semua lelaki yang hadir dalam hidupku tidak pernah menghargai kehadiran ku.Papa,insan pertama yang aku kenal sebaik membuka mata di dunia ini.Insan yang mengajar ku tentang cinta satu saat dulu kini selalu meninggalkanku,mengabaikan ku.Sekarang,cinta pertamaku juga mempunyai insan lain di hatinya.Malangnya nasibku",kata Natasha.

Natasha menutup matanya perlahan dan menarik nafas berat.

"Lebih baik jadi orang yang tidak mempunyai perasaan.Lagi aman",fikir Natasha.

"Tak pe Syah,esok mulakan hari baru.Lupakam semuanya.Tidurlah",pujuk Natasha sendiri.

Dia cuba melupakan semuanya.Mencuba untuk melelapkan mata dan berharap agar hari esok akan jadi lebih indah dari sebelumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience