BAB42

Romance Series 57282

Natasha menghentikan keretanya di pinggir jalan.Dia lantas turun dari kereta.
"Oh my god!.Kereta pancit pula.Adoiiii",bentak Natasha geram.
"Kereta ni buat masalah pula.Baru nak happy,nak enjoy.Ahhhh!,spoil betul",marah Natasha.
Dia lantas mencapai telefon bimbitnya di dalam kereta untuk menghubungi Mat.Namun signal telefonnya langsung tidak membantunya saat itu.
"Ah!.Mengapalah nasib aku hari ni malang betul!"ucap Natasha.Dia lantas mencampakkan telefon bimbitnya ke dalam kereta semula.
"Bagaimana ni.Dah la signal takde.Spare tayar ada tapi siapa yang nak tolong pasangkan.Adoii serabut betul",gumma Natasha.
Di tenungnya tayar belakang keretanya yang lembik.
"Apa harus aku lakukan ni.Dah la kereta dari tadi satu pun tak de yang nak lalu.Nak call pun signal tak de.Habislah aku!",bentak Natasha geram sambil menggaru perlahan kulit kepalanya yang tidak gatal.
Natasha melabuhkan punggungnya di atas tanah.Badannya pula di sandarkan di pintu keretanya sambil mengenakan nasib malang dirinya saat itu.Cuaca panas yang membahang menyinari kulit putihnya langsung tidak diendahkannya.Yang diharapkan oleh Natasha hanyalah ada kereta yang akan lalu dan membantunya.natasha menarik nafas berat.Di lihatnya jam di tangan sudah hampir setengah jam Natasha duduk.Menunggu andai ada kereta yang berhenti dan membantunya.Namun dirinya hampa.Belum ada satu kereta pun yang lalu.Rasa penyesalan mengebu di hatinya.Andai sahaja dia tidak memilih jalan pintas untuk ke tempat yang ingin ditujunya,pasti sahaja perkara itu tidak terjadi.Dan sudah semestinya dia tidak terkandas di tepi jalan seperti sekarang.Natasha lantas berdiri.Dalam fikirannya,dia hendak berteduh di dalam kereta sambil menunggu kalau-kalau ada orang yang akan lalu dan membantunya.Berada di luar cahaya matahari begitu terik.Malah peluh sudah mengalir di wajahnya.Baru sahaja Natasha ingin membuka pintu keretanya,sebuah kereta Navara berwarna hitam berhenti tepat di belakangnya.Natasha lantas menoleh.Wajahnya yang hampa sebentar kelihatan berseri.
Zamri lantas keluar sebaik sahaja keretanya parking kan di pinggir jalan di hadapan kereta Natasha.Dia menghampiri Natasha namun tidak mengenalinya.
"Thanks god.Terima kasih awak kerana...",.
Natasha tidak jadi meneruskan kata-katanya sebaik melihat wajah lelaki di hadapanya itu.Dia sungguh tidak menyangka lelaki di hadapannya sekarang adalah Zamri.Lelaki yang satu saat dulu sangat dicintainya.
Zamri memandang wajah Natasha pelik.
"Terima kasih apa?",tanya Zamri.
Dia hairan kerana gadis cantik di hadapannya tidak menghabiskan kata-katanya.
"Owh,terima kasih sebab,sebab..Sebab awak datang bantu", kata Natasha tersekat-sekat.
Dia hairan kerana Lelaki itu tidak mengenalinya.
Zamri tersenyum memandang Natasha.
"Cantik!",puji Zamri di dalam hati.
Senyuman terukir di bibirnya.Dia tidak menyangka di boleh bertemu seorang gadis yang sangat cantik di jalanan yang jarang orang akan lalui.
"Sama-sama.Kenapa dengan kereta awak ni?",tanya Zamri.
Natasha tersenyum.
"Tayar Kereta ni tetiba pancit",luah Natasha.
Riak wajahnya jelas menunjukkan rasa kecewa.
"Owh.Ada spare tayar tak?",tanya Zamri sambil memicit tayar kereta Natasha.
"Ada.Tapi tulah.Nama je ada Keta.Tapi pasal kerosakan kereta,nak fix memang tak berpengalaman",jawab natasha perlahan.
Zamri tertawa perlahan.
"Biasalah namanya juga perempuan kan",kata Zamri.
"Boleh tolong buka bonet belakang tak.Saya nak ambil spare tayar",Kata Zamri menyuruh Natasha lembut sambil senyum memandangnya.
Natasha hanya tersenyum.Hatinya sedikit bergetar apabila melihat senyuman lelaki itu.Senyuman itulah yang membuatkan Natasha jatuh cinta pada dirinya.Senyuman itu jugalah yang membuatkan dirinya tidak mampu memadam memori bersama lelaki itu.Jujur sahaja,Natasha masih menyimpan perasaan kepada dirinya.Dia juga tidak mampu memadamkan perasaan cintanya terhadap lelaki itu.
"Awak okay tak?",tanya Zamri apabila melihat gadis cantik itu memandang terus ke wajahnya.Malah memandangnya tanpa berkelip.
"Owh!.Tak de apa.Maaf",ucap Natasha malu.
Wajahnya menjadi kemerah-merahan apabila Zamri menegurnya seperti itu.
"Awak cakap pe tadi.Kurang jelas",kata Natasha cuba menghilangkan rasa malu di hatinya.
"Nak ambil spare tayar.Tapi macam mana nak ambil kalau awak tak buka bonet tu",jelas Zamri.
Natasha tersipu-sipu malu.Dia lantas menarik tombol kunci bonet keretanya.
"Dah",kata Natasha.
Zamri lantas membuka pintu bonet dan mengangkat sebuah tayar keluar.Natasha hanya memandang tanpa berkata apa-apa.
"Awak dah tak mengenali aku lagi Zamri.Nak kenal buat pe juga.Dia sekarang dah bahagia dengan Sofia pun",bisik hati Natasha.
Dia memandang Zamri yang sedang sibuk menukar tayar kereta miliknya.
Natasha duduk di sebelah Zamri sambil memerhatikannya.
"Hebat juga awak kan.Sekejap je awak dah boleh tukar tayar kereta ni",puji Natasha sebaik sahaja Zamri selesai menukarkan tayar keretanya itu.
"Dah biasa pun.By the way,saya Zamri dan awak pula?",tanya Zamri lembut.
Natasha tertawa memandang Zamri.
"I know you Zamri.Aku takkan lupa",jawab Natasha.
Zamri merenungnya hairan.
"But the way,saya Natasha",kata Natasha memperkenalkan dirinya.
Zamri terlopong mendengar kata-kata Natasha.Dia hampir tidak mempercayai bahawa gadis cantik itu adalah Natasha.
"Syah ke?",tanya Zamri
Hatinya melonjak riang.
"Ye,saya Syah.Dah tak kenal ke?",tanya Natasha.
"Awak dah berubah sangat Syah.Zam dah tak cam awak pun.Atau sebab mungkin,dulu awak selalu pakai snowcap.Tak sangka awak sangat cantik Natasha",puji Zamri.
"Tak de maknanya cantik ke tak cantik.Biasa je.So,awak pe khabar?",tanya natasha.
"Baik alhamdulillah.Cuma rindu Ngan Syah je.Sampai hati Syah tinggalkan Zam.Menghilang begitu je.Tanpa beritahu,tanpa alasan,tanpa khabar berita.Sampai hati Syah",luah Zamri sedikit sedih.
"Bukan tak nak bagitau.Tapi tak sempat.Pergi pun tergesa-gesa",kata Natasha memberi alasan.
"Tak boleh call ke bagitahu.Puas Zam cari Syah.Rasanya dah satu Malaysia Zam cari Syah.Tapi tak jumpa-jumpa.Tiga tahun tau Syah menghilangkan diri.Syah ke mana?",tanya zamri.Dia benar-benar ingin tahu,di mana gadis itu menghilang selama ini.
Natasha tersenyum.
"Syah ada je.Cuma mungkin bukan jodoh kita untuk bertemu.Lagi pun Zam dah ada kehidupan Zam sendiri.Begitu juga Syah",terang Natasha cuba menyembunyikan hakikat sebenar.
Zamri ingin bertanya lagi.Namun dengan pantas Natasha memintasnya.
"Syah kena cepat ni.Ni upah awak sebab tolong Syah hati ni",kata Natasha sambil mengeluarkan beberapa keping Seratus ringgit dari dompetnya.
"Eh!tak payahlah.Zam ikhlas bantu.Lagipun kerja senang je ni",kata Zamri menolak pemberian gadis itu.
"Laa,ambillah.Saya dah susahkan awak",jawab Natasha sambil cuba meletakkan duit tersebut ke tangan Zamri.
Namun Zamri masih tetap menolak.Akhirnya natasha mengalah.
"Yela.Kalau macam tu,bagaimana Syah harus balas balik kebaikan zam ni?",tanya Natasha.
"Okay,macam ni je lah.Apa kata,Syah belanja Zam minum",kata zamri memberi pendapat.
Natasha terdiam tidak terkata.Hatinya sebenarnya gembira dengan cadangan Zamri.Namun,dia takut andai ada yang melihatnya.Terutamanya Sofia.Andai ketahuan,sudah pastilah dia akan di anggap menganggu rumahtangga Zamri.
"Laa lamanya fikir.Emm tak mengapalah andai Syah tak sudi.Zam tak paksa pun",kata Zamri sedikit kecewa.
Di hati sebenarnya,dia amat berharap agar Natasha sudi.Dia sememangnya sangat merindui gadis itu.Banyak sekali perkara yang ingin dia luahkan terhadap gadis itu.
"Yela,yela.Syah terima.Jumpa di restoran tempat kita lepak sebelum ni",kata Natasha menerima pelawaan tersebut.
Hati Zamri melonjak riang.
"Okay,jumm",ajak Zamri gembira.
Natasha tersenyum memandang Zamri.
"Jumm",kata Natasha.
Mereka berdua lantas masuk ke dalam kereta masing-masing untuk bertolak ke restoran kegemaran mereka berdua suatu masa dahulu.

*******

Zafran berjalan menuju tingkap kamarnya.Di bukanya luas agar dia mampu melihat pemandangan di luar kawasan rumahnya itu.Kedinginan angin malam menyentuh perlahan wajah tampan milik Zafran.Zafran menutup matanya perlahan sambil menarik nafasnya dalam-dalam.Dengan perlahan dia menghembuskan nafasnya semula.Hatinya sedikit tenang.Beberapa hari ini,dirinya cukup tertekan.Dengan kerjanya yang bertimbun ditambah lagi dengan tekanan-tekanan yang diberikan oleh ibunya terhadapnya.Hari ini sudah masuk hari ke lima Zafran tidak ke rumah ibunya setelah pertengkaran yang berlaku antara dia dan ibunya.Malah,dia juga tidak mengendahkan panggilan daripada ibunya sejak dari itu.Malah panggilan daripada ibunya juga langsung tidak dijawab.Berpuluh-puluh pesanan juga tidak pernah di bacanya.Malah dia juga menukarkan telefonnya ke mood senyap agar tidak menganggu dirinya.Zafran membuka perlahan kelopak matanya.Dilihatnya di langit.Berjuta bintang menghiasi angkasa.Cahaya bulan juga mengindahkan lagi suasana malam itu.Perasaanya tiba-tiba diselubungi kerinduan yang teramat sangat.Di tempat inilah Zafran dan aku selalu meluangkan masa bersama.Kenangan saat-saat indah bersama menerjah fikirannya.
"Awak boleh janji sesuatu ke?",tanyaku perlahan.
Zafran mengeratkan lagi pelukannya ditubuhku.
Dagunya sengaja disandarkan di bahuku.
"Janji apa sayang?",tanya Zafran lembut.
Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan perkataan.
"Janji jangan pernah tinggalkan saya.Awak janji akan sayang saya sampai akhir hayat awak",kataku.
Zafran tersenyum.Dia meleraikan pelukannya dan menarik perlahan tanganku untuk berdepan dengannya.Jari jemari ku di genggam erat.
"Aku janji,aku tidak akan tinggalkan sayang.Tidak akan ada yang mampu pisahkan kita melainkan ajal dan maut",janji Zafran.
Aku memandang wajah Zafran.
"Saya sayang awak",ucapku perlahan.
Zafran tersenyum memandangku.
"Apa buktinya sayang?Cuba buktikan",kata Zafran.
"Awak dengar baik-baik Yee",kataku.
Zafran mengangguk perlahan dan hanya memerhatikan ku.
"Bersaksikan bulan dan bintang,aku Zara Zya,sangat mencintai dan menyayangi Zafran Zayyan",teriak ku kuat dengan sepenuh hatiku.
Zafran ketawa melihat reaksi ku.
"Dengar sini Yee,Aku Zafran Zayyan,berjanji yang akan menyayangi,mencintai dan setia dengan Zara Zya sehingga akhir nafasku.Bersaksikan bulan dan bintang,aku tidak akan pernah mengkhianati Zara Zya",teriak Zafran kuat memecah kesunyian malam itu.
Pandangan mataku dan Zafran bertaut.
"Terima kasih sayang",ucapku sambil memeluk tubuh sasa milik Zafran.
"Sama-sama sayang",jawab Zafran sambil mencium lembut ubun-ubunku.
Zafran tersedar dari lamunannya apabila merasakan air mata mengalir di pipinya.
"Sayang maafkan aku.Aku dah mungkiri janji aku tu",tangis Zafran.
Airmatanya deras membasahi pipinya.
Dadanya terasa sesak.Kaki Zafran terasa lemah.Dia terduduk di atas lantai.Sambil memegang dadanya,Zafran menangis.

*******

"Mommy, mommy wake up",kata Misya sambil menggerak-gerakkan tubuhku.
Aku lantas terjaga.Wajah Misya aku pandang.
"Why mommy crying?",tanya Misya.
Aku menyeka airmata yang mengalir di pipiku.
Mimpi yang benar-benar membuatkan aku menangis.
"I'm sorry sayang.Mommy dah buat sayang terkejut.I had a nightmare",jelasku.
"It's okay mommy.What you dream?",tanya Misya ingin tahu.
"I dream of horor.So,mommy cant tell you.So,please sleep back sayang",bohongku.
Aku sengaja membohongi Misya.Bukannya aku sengaja,namun dia masih sangat kecil untuk mendengar segala luahan hatiku.
"Okay mommy.Mommy also sleep.But,mommy go to bathroom first,wash you face and pray before sleep okay",arah Misya.
Aku tersenyum memandangnya.Anak yang sangat bijak.Aku lantas mencium pipinya dan ubun-ubunnya.
"Thanks sayang Sleep well",ucapku sebelum berlalu ke bilik air.
Misya menyambung tidurnya semula setelah tidur lenanya terganggu.Aku lantas ke bilik air mencuci wajahku.Ku lihat wajahku di dalam cermin sebaik sahaja membasahkan wajahku dengan air dingin.
"Apa maksud mimpi aku tu?",fikirku.
Aku cuba mengingati semula mimpiku.Setelah sekian lama aku tidak pernah bermimpikan tentang lelaki itu,baru kali ini aku mimpikan dirinya kembali.Namun di dalam mimpiku itu,aku melihat Zafran menangis.Dia cuba mencapai tanganku namun tangannya tidak sampai.Aku juga sama,berusaha untuk mencapai tangannya namun setiap kali aku melangkah menghampirinya,Zafran semakin menjauh.Dari kejauhan,aku melihat Zafran memegang dadanya sambil memanggil-manggil namaku.Suaranya seperti menahan kesakitan yang teramat sangat sehingga aku juga turut menangis.Suara Zafran yang semakin jauh menghilang membuatkan aku tercari-cari akan dirinya.Di saat itulah tangisan ku mula menjadi-jadi.Semakin lama semakin kuat.Aku juga cuba memanggil-manggil namanya mengikuti arah suara Zafran yang sayup-sayup kedengaran.Dan di saat itulah juga Misya mengejutkan ku dari tidurku.Aku cuba mencari makna mimpiku itu,namun aku tidak mampu menafsirkannya.
"Mengapa setelah aku mampu melupakannya,kini aku mimpi akan dirinya semula.Apa maknanya mimpi ini?",bisikku perlahan.
Hatiku tiba-tiba dirundung resah.
"Apakah Zafran sedang sakit?.Atau dia mempunyai masalah.Apakah dia tidak bahagia?",fikirku lagi.
Namun aku segera membuang perasaan risau itu kerana aku tahu,Zafran sudah mempunyai Sofia dalam hidupnya.Dia pasti sedang berbahagia sekarang.Jika tidak,kenapa dalam tempoh tiga tahun dia tidak pernah sekalipun mencariku.
"Ah!.Nak fikir banyak pun tak ada gunanya.Lebih baik aku tidur",bisikku cuba memujuk hatiku sendiri.
Dengan perlahan,aku membadahkan semula wajahku agar lebih dingin.Setelah itu,aku lantas keluar dan tidur semula di sisi Misya.
Sebelum tidur aku berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja.

********

Share this novel

Angah Ajalah
2020-04-17 23:56:17 

update lg pleas...haha tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience