BAB 17

Romance Series 57282

Sofia membuka matanya perlahan apabila cahaya matahari menganggu tidurnya.Dia memegang kepalanya yang terasa sedikit sakit.Kesejukan menyelinap tubuhnya yang agak terdedah.Sofia menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya itu.Tiba-tiba dia tersedar.Dia lantas bangun apabila menyedari sesuatu yang berlainan.Dia memandang sekeliling tempat itu.Amat berbeza dari ruang biliknya.

"Di mana aku",bisik Sofia.
Dia cuba mengingati semula kejadian semalam.Dilihatnya sekeliling sekali lagi.Bajunya berselerak di atas lantai.

Dub!!!

Jantungnya seolah-olah terhenti seketika.Dia cuba mengimbau kembali kejadian semalam.Dirinya dalam keadaan sangat mabuk sehingga tidak sedarkan diri.Sedar sahaja dia sudah berada di dalam sebuah kamar yang asing baginya.Bunyi dari bilik air menandakan ada orang lain selain dia di ruangan tersebut.Jantung Sofia berdetak kencang.Dia melihat dirinya yang tidak berbaju.

"Apa yang dah aku lakukan",fikirnya.

Tiba-tiba pintu bilik air dibuka dari dalam.Zamri keluar dengan hanya bertuala menutupi bahagian bawahnya.Sofia semakin tersentak.

"Apa mungkin aku dan Zamri dah..",Sofia tidak jadi meneruskan kata-katanya.Baru dia tersedar sepanjang malam itu dia sedang bersama dengan lelaki itu.

"Tidakk!!!",teriak Sofia.
Dia lantas mengutip bajunya yang berselerak di atas lantai bilik itu.Zamri yang baru keluar terkejut mendengar teriakkan sofia itu.

"You dah bangun sayang",ucapannya dan menghampiri Sofia.senyuman manis terukir di bibirnya.
Fikirnya melayang mengingatkan kejadian semalam.Sofia memang seorang gadis yang sangat menawan.Badannya yang putih mulus sangat mengoda jiwanya.Tingkah laku Sofia yang asyik memeluknya ketika berada di disko itu membuatkan hatinya tidak mampu untuk menghilangkan keinginannya untuk menakluki gadis itu.

"Apa yang dah kau lakukan zam',tanya Sofia marah.
Dada Zamri dipukul bertalu-talu oleh Sofia.Zamri tidak memarahinya langsung.Dia tau,Sofia yang menggodanya dahulu.
"Kenapa kau buat aku seperti ini",tanya Sofia lagi.
"Kau yang mengodaku Sofia.Siapa yang tak tergoda dengan kecantikan kau ni",sindir Zamri bila melihat Sofia terus menerus memukul dadanya yang bidang itu.
"Aku benci kau Zam",kata Sofia.
Dia mula menangis.
"Tapi aku cintakan kau",ucap Zamri perlahan.
Dia cuba menenangkan Sofia namun Sofia tetap memberontak.
"Aku akan bertanggungjawab",ucap Zamri cuba memeluk Sofia yang sedang memukul dadanya itu.
Sofia meronta-ronta minta dilepaskan.
"Lepaskan aku jantan keparat.Jangan sentuh aku",marah Sofia.
Akhirnya setelah penat meronta-ronta,Sofia menangis semahunya di dalam pelukan Zamri.

Zafran turun ke dapur untuk bersarapan pagi.
Dia mencari-cari kelibat aku di dapur namun tiada.Di lihatnya meja,tiada sarapan yang disediakan.
"Zara merajuk dengan aku ku sampai sarapan pun tak disediakannya",bisik Zafran perlahan.
Dia berlalu mencari aku di seluruh ruangan itu namun tiada.
Zafran rasa pelik.
"Takkan masih tidur kot",bisik Zafran lagi.
Dia menaiki tangga menuju ke kamar ku.

Tok! Tok!

Zafran mengetuk berberapa kali di pintu bilik ku.Namun tiada jawaban.Dia memulas tombol pintu bilik.
"Tak berkunci",bisiknya.
Zafran masuk.Melihat seluruh ruangan bilik.Semuanya kemas.Dia melihat sekeping nota di atas meja solek.Dia segera mendekati meja dan mencapai nota tersebut yang aku tinggalkan.

- maafkan aku pergi tanpa memaklumkan kepada kau.Aku sudah berfikir semasak-masaknya,aku akan pergi.Tempat ini tidak ditakdirkan untukku.Selagi aku aku di sini,semakin menebal benci di hati kau Zafran.Dan semakin itulah aku akan terluka.Aku tak nak menjadi penyebab keretakan hubungan family kau.Kau pernah mengatakan padaku,aku menerima pernikahan ini kerana harta kekayaan keluarga kau.Tapi kau silap.Aku tidak menginginkan semua itu.Aku hanya ingin menumpang kasih setelah aku bergelar seorang isteri.Tapi semuanya sia-sia.Aku berjanji aku akan pulangkan semuanya semula.Hanya beritahu aku tempat dan masanya untuk menandatangani surat pindah milik syer syarikat kepada kau.Aku berharap setelah semuanya selesai,kita tidak punyai ikatan apa-apa lagi.Ceraikan aku secepatnya.


-zara zya-

Zafran meraup mukanya berulang kali.
"Apa yang dah aku lakukan ni",katanya selesai membaca nota yang aku tinggalkan.
Dadanya terasa sakit.Zafran memegang dadanya perlahan.
"Apa yang dah aku lakukan",katanya berulang kali.
"Aku harus mencarinya",kata Zafran.
Dia segera keluar menuju kereta,menghidupkan kereta dan pergi.
Sudah setengah jam Zafran mencari aku di setiap perhentian bas yang ada namun gagal.Dia berputus asa dan menghentikan pencariannya.Bila mengingatkan ada mesyuarat penting dengan client,dia berlalu menuju ke pejabat.

Tepat jam 10 pagi aku sudah sampai di perkarangan rumah menaiki teksi.Ibu yang sedang menyiram pokok bunga segera berlari ke arahku.
"Zara,kenapa tak telefon mama sebelum balik.Kalau mama tau,mami dah masakkan makanan kegemaran kau",kata ibu sambil memeluk ku erat.
"Maafkan Zara mama, Kepulangan Zara memang tak di rancang",jawabku dalam getar.
Ibu memandangku.
"Zafran mana?", tanyanya apabila melihat Zafran tiada bersama ku.
"Zafran tak de.zara balik pun tak maklumkan pada dia",akui ku.
Aku tidak mahu membohongi ibuku.
Ibu terkejut mendengar kenyataan yang aku berikan.
"Maafkan Zara mama,tapi Zara ada alasannya yang tersendiri",kataku sayu.
Ibu memandangku.Pandangan matanya terarah ke tepi bibirku yang kebiruan.
"Zafran?",kata ibu sambil menyentuh tepi bibirku.
Aku faham maksud ibu.Aku lantas menerangkan kepadanya.
"No mama.Zafran tak pukul Zara"terangku cuba meyakinkan ibuku.
Ibu mengerutkan keningnya.
"Habis tu ni?,"soal ibu lagi.
Dia ingin mengetahui hal sebenar.
"Zara,em,,Zara terjatuh",kata ku cuba berbohong kepada ibuku.
Aku tidak berani menceritakan hal sebenar.Aku tak mau keluargaku berselisih faham dan menyebabkan pergaduhan.
"Zara cuba cerita yang sebenarnya.Jangan buat mama risau",kata ibu lagi.
Aku memeluk ibu erat.
"Mama,Zara jatuh ketika membersihkan rumah.Jangan lah risau",kataku cuba meyakinkan ibu.
"Habis tu yang keluar rumah tanpa kebenaran kenapa",tanya ibu lagi.
Aku menggaru-garu kulit kepalaku yang tidak gatal.
"Sebenarnya ada salah faham antara Zara dan Zafran.Zara ambil hati dan pergi tanpa kebenaran.Tapi mama jangan risau,sebelum ni Zara dah minta kebenaran dari Zafran.Zafran juga setuju"kataku.
Ibu percaya kepada kata-kata ku.
"Okaylah kalau macam tu.Jom la masuk,mama masakkan makanan kegemaran Zara.Mesti adik sangat gembira berjumpa kamu",kata ibu dengan gembira.
Ibu menolong ku mengangkat barang ku masuk ke dalam rumah.

"Asalamualaikum",ucap ayahku.
Dia baru sahaja sampai dari bengkel motor menukar break motornya yang dah rosak.

"Walaikumsalam",jawab aku dan ibuku serentak.
"Bila Zara sampai?,"tanya ayah sebaik sahaja melihatku bersama ibu.
Aku lantas menyalami tangan ayah dan menciumnya.Ayah membelai-belai rambutku sebaik saja bibirku menyentuh tangannya.
"Baru sampai papa",jawabku lembut.
"Zafran tak ikut sekali ke?,"tanyanya apabila tidak melihat kelibat Zafran di sekeliling.
"Tak papa,Zafran agak sibuk.Nanti dah tak sibuk,balik la dia tu",jawabku.
Pandangan mataku dan ibu bertemu.
Ibu tau aku berbohong kepada ayah.Namun dia mengerti apa yang ada di fikiranku.
"Zara dan papa sembang la dulu.mama ke dapur nak masak",kata ibuku meminta diri.
Aku hanya mengangguk perlahan.Ayah mengajakku duduk di kerusi yang tersusun kemas di ruang tamu.
"Zara sihat ke?,"tanya ayah.
"Alhamdulillah Zara sihat.Papa pula",tanyaku kepada ayahku.
"Papa sihat.Alhamdulillah kalau Zara sihat.Bagaimana keluarga Zafran di sana.Apa mereka melayani anak gadis papa ni dengan baik?,"tanya ayah ingin tahu.
Aku tersenyum pahit.
"Mereka melayan Zara baik ayah",jawabku perlahan.Aku tidak mahu keluargaku mengetahui hal sebenar.Aku takut andai ayah terluka mendengar kenyataannya disebabkan dia lah yang telah mengatur pernikahan ini bersama keluarga Zafran.Hampir setengah hari aku dah ayahku berbual.Sehinggalah ayah meminta diri untuk menjemput adikku balik dari sekolah.Aku pula terus ke dapur membantu ibuku memasak.

Syarikat perusahaan Fashion International

Fikiran Zafran melayang.Semua kata-kata dari Encik Kamarul langsung tiada satu pun yang masuk dalam fikirannya.
"Zafran,Zafran", panggil Encik Kamarul berulang kali apabila melihat Zafran sedang termenung.
Joe di sebelah Zafran menyiku Zafran.
"Kau dengar tak Encik Kamarul panggil kau tu",tanya Joe.Zafran tersentak.
"Maafkan saya Encik Kamarul,cuba terangkan semula kepada saya",kata Zafran meminta maaf atas kesilapannya itu.
Encik Kamarul tersenyum memandang Zafran.
"Zafran ada masalah tak,Nampak macam ada masalah je?",tanya Encik Kamarul apabila melihat Zafran tidak fokus pada penerangannya terhadap tapak pembinaan yang akan mereka usahakan bersama tidak lama lagi.
Zafran agak malu di tegur rakan bisnesnya itu.
"Maaf sekali lagi Encik Kamarul,sebenarnya aku punya sedikit masalah hari ini.Apa boleh kita bincangkan mengenai projek ni lain masa?,"tanya Zafran penuh hormat.
"Tak de masalah Zafran.Nanti pagi Rabu kita bertemu semula.Aku harap masalah Zafran akan selesai dengan segera",kata Encik Kamarul cuba memahami keadaan zafran.
Setelah Encik Kamarul mengemas fail-fail yang terletak di atas meja.Dia meminta diri untuk pergi.

"Kau ni dah kenapa Zaf",tanya Joe hairan.
Dia pelik dengan kelakuan Zafran pada hari ini.
Selalunya dia tidak akan termenung jika bertemu dengan client.Tapi hari ini dia sangat berubah.
"Tak tau la Joe.Fikiran aku kusut sangat hari ini",luah Zafran.
Wajahnya murung sepertinya menghadapi masalah yang sukar untuk dia selesaikan.
"Cuba cerita kat aku",kata Joe.
"Manalah tau,aku boleh bantu kau sikit.Atau Pun aku boleh beri jalan penyelesaian",tambah Joe lagi.
Zafran menggaru-garu kulit kepalanya yang tak gatal.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berbicara.
"Zara dah lari Joe",luah Zafran.
Nadanya agak kesal.
"What, seriously?,"tanya Joe seakan-akan tidak percaya.Mulutnya terlopong.
"Betul Joe.Aku tak tipu.Zara dah lari pagi tadi.Tula aku bingung sekarang ni",kata Zafran cuba meyakinkan temannya itu.
"Kau buat apa sampai Zara lari?.Ni mesti kau dah buat apa-apa kat dia kan.Cepat beritahu!",marah Joe.
"Aku tak buat apa-apa kat dia la.Cuma aku terlepas cakap kat dia",kata Zafran.
Dia sangat menyesal.Zafran meraup mukanya berulang kali.Dia bingung hendak berbuat apa.
"Cuba cerita baik-baik",perintah Joe.
"Aku tak sengaja.Aku dalam keadaan marah.Kau taula sikap Zara tu macam mana,asyik sakitkan hati aku je.Lepastu petang kelmarin mami call.Dia kata Zara hina dia,apa tak aku meradang kat Zara",terang Zafran.
Dia menarik nafas lagi sebelum menyambung kata-katanya.Joe tidak menyampuk perkataan Zafran.Dia hanya mendengar.
"Aku kata la kat dia,aku kata dia kawin dengan aku sebab nak kekayaan aku je.Pastu dia meradang.Tak nak bercakap dengan aku.Tup yup pagi ni dia dah tak de.Aku dah cari merata tempat tapi dia tak de",luah Zafran.
"Patutlah Zara lari.Tu salah kau.Yang kau tuduh dia sampai macam tu sekali tu kenapa.Andai aku jadi Zara pun,aku pun buat benda yang sama seperti yang Zara dah buat tau",marah Joe.
Dia tidak menyangkakan temannya itu akan berbuat seperti itu.
"Aku bingung Joe,aku tak tau siapa benar siapa salah,"kata Zafran lagi cuba membela diri.
"Lain kali siasat dulu baru cakap.Ni main hentam je.Siapa susah,kau juga kan",kata Joe lagi.
Asyik mempersalahkan Zafran.
"Aku tau,aku dah menyesal.Tapi benda dah jadi.Aku nak buat cam mana lagi",ungkap Zafran sayu.
"Kau kena pujuk Zara.Kalau dia benar-benar pergi tinggalkan kau bagaimana.Sejarah mungkin berulang kembali",kata Joe cuba mengingatkan Zafran tentang masa silamnya itu.
"Yee aku tau.Tapi aku nak cari kat mana.Takkan aku call mak bapa dia.Nanti dorang kata pe nanti", tungkas Zafran lagi.
"Ya Allah teman aku ni,kau call la zara.minta maaf kat dia.Yang kau nak call mak bapa dia tu buat pe.Tak pasal-pasal baru 3 bulan nikah dah kena paksa bercerai",kata Joe.
Zafran terdiam.Dia sudah tidak mampu berkata apa lagi.Joe menepuk-nepuk bahu Zafran.Cuba memberi kekuatan kepadanya.
"Kalau kau dah balik rumah karang,kau cuba tanya pada hati kau tu apa Zara penting dalam hidup kau.Apa Zara mampu buat kau bahagia.Andai mampu,kau pujuk la dia untuk kembali.Andai tidak,belum terlambat untuk kau lepaskan dia.Tapi ingat seperkara,kau ambil Zara dulu dengan cara yang baik,kembalikan dia juga dengan cara yang sama",nasihat Joe sebelum keluar meninggalkan Zafran sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience