"Asalamualaikum Razak,long time no see.How are you now?",tanya Dato' Mazlan sebaik sahaja sampai di tempat yang dijanjikanya bersama teman baiknya itu.
"Walaikumsalam Mazlan.Im fine.wahhh!!makin sihat aku tengok kau.Tak berubah dari dulu.Tetap tampan walaupun umur dah meningkat",puji Dato' Razak.
Dato' Mazlan tersenyum mendengar pujian dari teman baiknya itu.
"Kau ni kan,dari dulu tak ubah-ubah perangai tu.Asyik puji melulu je",kata Dato' Mazlan.
Dia lantas duduk berhadapan dengan temannya itu.
Dato' Razak tersenyum memandang Dato' Mazlan.
"Bagaimana perniagaan kau sekarang.Okay ke?",tanya Dato' Razak.
Dia sememangnya tahu akan kebolehan temannya itu dalam bidang perniagaan.Banyak syarikat besar yang meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap syarikat milik keluarga Dato' Mazlan.Termasuklah syarikat miliknya.
"Alhamdulillah,semuanya okay.Zafran lah yang uruskan segalanya.Aku dah tua,dah tak larat nak ke hulu ke hilir nak buat kerja.Sekarang lah masanya nak latih anak sendiri untuk menerajui perniagaan",jelas Dato' Mazlan.
Dia sangat berbangga punya anak seperti Zafran.Dia bijak dalam perniagaan.
"Aku bangga ada anak seperti Zafran.Kalau lah anak aku tu perangai Macam si Zafran.Akulah bapa paling bahagia di dunia ini.Tapi nak buat macam mana lagi,dah anak aku tu memilih untuk berkerja sendiri.Katanya tak nak pening kepala uruskan syarikat.Terpaksa aku turutkan je",kata Dato' Razak.
Wajahnya agak sedih bila mengingatkan sikap satu-satunya anak lelakinya itu yang tidak mahu menggantikan dirinya menguruskan syarikat keluarga.
"Dah pilihan dia,ikut je lah.Lagi pun,anak perempuan kau pun apa kurangnya.Hebat dalam mengurus kerja.Kalaulah aku ada banyak anak lelaki,dah lama aku jodohkan dengan anak perempuan kau tu",usik Dato' Mazlan.
Kata-kata Dato' Mazlan mengundang tawa mereka berdua.Banyak hal yang mereka ceritakan.Kisah-kisah dulu juga menjadi topik perbualan mereka sehinggalah tidak sedar matahari kian tenggelam di ufuk barat.
******
Hari ini Zamri tidak ke mana-mana.Dia sebenarnya agak malas untuk keluar.Dia masih agak penat setelah sepanjang hari membantu para pekerjanya di salah satu bengkel kereta miliknya.Dari dulu minatnya terhadap kereta amat besar sehinggakan dia memilih untuk melanjutkan pelajarannya ke Jepun dalam bidang mekanikal.Setelah mendapat sarjana dalam bidang mekanikal,dia berusaha untuk membeli sebuah bengkel untuk memulakan perniagaannya.Walaupun pada awalnya bengkel yang dibukanya tidak terlalu mendapat perhatian dari masyarakat.Namun dia tidak pernah kenal erti berputus asa.Pelbagai inisiatif dia lakukan sehinggalah satu saat dia berjaya.Dan kini dia sudah mempunyai beberapa cabang bengkel di Malaysia.Walaupun namanya tidak berapa popular seperti nama-nama usahawan yang lain,namun dia tidak pernah kisah hal itu kerana dia berjaya atas titik peluhnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain.Semenjak Ibunya meninggal dunia,ayahnya bernikah dengan seorang gadis yang berasal dari negara England.Sejak saat itu,ayahnya jarang bertemu dengan dirinya kerana ayahnya kini sudah menetap di sana.Hanya kadang kala dia dapat berjumpa dengan ayahnya saat ayahnya kembali ke Malaysia untuk bertemu anak-anaknya.Walaupun ayahnya sudah berumah tangga semula,namun dia tidak pernah melupakan anak-anaknya sendiri.Malah dia tetap saling berhubung dengan dirinya dan juga adiknya yang lain.
Zamri mengelus rambutnya perlahan.Mengingatkan zaman remajanya dulu dia rasa menyesal.Menjadi anak paling degil antara 3 adik beradik sering mengundang kemarahan ibu bapanya.Sikapnya yang suka berdikari dan tidak suka diperintah menjadikan dirinya sering di marahi oleh kedua orang tuanya malahan dia juga di usir dari rumah kerana tidak mahu menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan.Sejak dari itu,Zamri hidup sendiri.Walaupun ayahnya sering mengirimkan sejumlah wang kepadanya tiap bulan,namun dia selalu berjimat cermat dalam penggunaan wangnya.Ini kerana,dia tahu ayahnya berkerja keras untuk mencari duit.Walaupun dia sudah di usir dari rumah,dia tahu kalau ayahnya tidak pernah mengabaikannya.Itu menjadikan Zamri lebih cekal dan berusaha keras untuk memajukan dirinya.Dia ingin membuktikan kepada keluarganya bahawa bidang yang dipilihnya juga mampu memajukan dirinya satu saat nanti.Seperti sekarang.
Zamri tersedar apabila mendengar bunyi perutnya sendiri.Barulah dia sedar bahawa dia belum makan malam lagi.
"Apalah aku ini,boleh pula fikir sampai zaman batu lagi",bisiknya perlahan.
Satu senyuman terukir di bibirnya.
"Mandi,lepastu keluar makan,siap makan balik terus tidur.Tak payah nak fikir benda lain.Merosakkan fikiran je".Zamri berkata kepada dirinya sendiri.
Dia cuba mengingatkan dirinya agar tidak selalu buang waktu malam untuk mengunjungi tempat-tempat tak berfaedah seperti kebiasaanya yang dia lakukan.Sebenarnya dia sudah malas untuk ke disco.Tapi atas rasa cintanya terhadap Sofia,dia rela meluangkan masa bersama gadis itu.Rasa cinta yang hadir untuk gadis itu benar-benar membuatkan dirinya gila.Dia belajar untuk menjadi orang lain hanya kerana ingin menawan hati Sofia.Namun setelah sekian lama,barulah dia sedar bahawa,Sofia tidak pernah memandangnya.Dia hanya inginkan lelaki kaya raya yang mampu membelikannya apa-apa sahaja.Bukan seperti dirinya.Dia sedar,dia tidak sekaya lelaki yang menjadi idaman Sofia.Oleh itu,dia cuba menjarakkan dirinya dari Sofia.Dia ingin memadam rasa cinta yang ada di hatinya buat Sofia.Dan itulah azamnya kini.Dia berharap agar suatu saat nanti,dia bertemu insan yang benar-benar menghargai dirinya.Menerima dirinya seadanya dan mencintai dirinya apa adanya.
"Lupakan Sofia,lupakan segala-galanya",bisik Zamri perlahan.
Dia melangkah malas ke kamarnya untuk membersihkan diri.
********
"Damm it!!".
Datin Aida membentak kuat.
"Sabar mami.I know you hurt much,but it know,all this will came back to normal again.Please be patient",pujuk Sofia lembut sambil mengusap-usap belakang Datin Aida.
"You know Sofia,i never unexpected that he will do it towards me",luah Datin Aida sayu.
Air matanya berlinangan di pipi.
"Zafran will regret for everything he has done",jawab Sofia.
"Sure Sofia,he will regret it!.I will make jom really-really regret it",kata Datin Aida.
Hatinya benar-benar geram.
"It's okay mami.Mami balik dulu,tenangkan hati.Esok kita cari jalan untuk membalas semuanya.Dah malam ni.Nanti Dato' risau pula dengan mami",pujuk Sofia.
Datin Aida mengangguk kepalanya setuju.Dia melihat jam di tangannya,sudah jam 8 malam.Pasti suaminya sudah la menunggu di rumah.
"Okay lah Sofia,mami balik dulu.Dah lewat sangat ni.Esok mami jumpa Sofia okay",kata Datin Aida meminta diri untuk pulang.
"Drive slowly mami.Be carefully.Call me when reach there.Love you mami",ucap Sofia.
Satu kucupan dia hadiahkan di dahi Datin Aida.
"Thanks syg",jawab Datin Aida.
Dia lantas memandu untuk pulang ke rumah.
********
"Okay lah Zaf, daddy faham.Mungkin mami dalam perjalanan balik sekarang",kata Dato' Mazlan.
Dato' Mazlan segera mematikan telefonnya.
Kepala digelengkan.Dia tidak menyangkakan kalau isterinya itu sanggup melakukan perkara yang baginya sangat memalukan keluarganya di dalam syarikat.Seumur hidupnya,belum pernah Datin Aida datang ke pejabat untuk membuat kekecohan.
"Kerana hasutan Sofia kau sanggup rendahkan maruah kau Aida.Namun kau tak sedar,sikap kau seperti itu memalukan keluarga kita.Its unexpected Aida.Aida yang aku kenal dulu tak sama macam Aida sekarang.Its different",luah Dato' Mazlan perlahan.
"Kau dah keterlaluan Aida.Aku akan berikan pengajaran yang setimpal dengan apa yang sudah kau lakukan.Kau terlalu bangga dengan kekayaan kau.Lihatlah apa yang akan aku lakukan",ucap Dato' Mazlan.
Dia sudah siap dengan rancangannya tersendiri.
******** Datin Aida yang baru sahaja sampai ke rumahnya duduk di atas sofa di ruang utama rumahnya.Satu keluhan berat keluar dari mulutnya.
"Letihnya,kepala pun sakit",bisiknya sambil memicit-micit kepalanya yang agak sakit.
Dia juga menyandarkan badannya di atas sofa.Sambil memicit-micit kepalanya,matanya dipejamkan untuk menikmati urutan lembut di kepalanya itu.Kepalanya terasa agak ringan sedikit namun dia masih menyambung mengurut kepalanya.
"Wahh bukan main relax lagi awak Yee.Balik pun malam.Awak ke mana?",tanya Dato' Mazlan yang sudah turun sebaik sahaja mendengar bunyi kereta isterinya memasuki perkarangan rumah.
Datin Aida membuka matanya perlahan.Dia berhenti memicit-micit kepalanya dan memandang Dato' Mazlan.
"Kalau awak nak cari gaduh dengan aku saat ini,anggap kau dah menang lah.Aku malas bertekak dengan kau.Kepala aku sakit!",marah Datin Aida.
Dia lantas bangun dan mencapai beg tanganya.Dengan langkah malas cuba meninggalkan suaminya yang sedang berdiri di hadapannya itu.
"Owh,sejak bila Datin Aida pandai malas nak bertekak.Bukan itu memang sikap awak eaa?"sindir Dato' Mazlan.
Langkah Datin Aida terhenti mendengar sindiran dari suaminya itu.
Dia memalingkan badannya menghadap Dato' Mazlan.Pandanganya tajam menentang mata Dato' Mazlan.
"Kau nak apa sebenarnya Mazlan.Kau nak cari gaduh dengan aku ke?"marah Datin Aida.
Nadanya agak kasar.
"Ye,memang aku nak bergaduh dengan kau pun.Aku dah tak tahan dengan sikap kau terlalu ego,angkuh dan sombong",terang Dato' Mazlan.
"Owh,jadi sekarang kau nak beritahu aku yang kau dah menyesal sekarang la sebab berkahwin dengan aku?",tanya Datin Aida.
Matanya merah memandang suaminya itu.
"Kau yang hadirkan perasaan itu di hati aku Aida.Kau tak sama seperti Aida yang aku kenal dulu.Aida dahulu penuh dengan kesopanan,penuh dengan rasa hormat pada suaminya sendiri.Tapi sekarang,kau dah berani meninggikan suara kau terhadap aku.Sekarang kau sudah pandai bermegah-megah di hadapan orang lain",marah Dato' Mazlan.
Datin Aida tersengih menyindir Dato' Mazlan.
"Hanya kerana satu hal kecil sahaja,itu sudah mampu membuatkan kau berubah Aida.Apalagi kalau kita jadi miskin.Mungkin kau juga akan mengabaikan aku dan anak kau tu",teka Dato' Mazlan.
"Ye memang aku akan tinggalkan kau kalau kau dah jadi miskin.Untuk apa hidup kalau duit tiada",kata Datin Aida angkuh.
Dato' Mazlan ketawa mendengar kata-kata isterinya itu.Dia memang sudah menjangkakan itulah jawaban yang akan terkeluar dari mulut isterinya itu.
"Bermakna kau terima aku dalam hidup kau semata-mata kerana duit lah ye,kerana aku dari keluarga kaya raya?",soal Dato' Mazlan.
Hatinya sangat geram.Kalaulah dari dahulu sahaja dia tahu akan sikap sebenar isterinya itu,sudah lama ditinggalkannya.Namun menyesal akhirnya tiada gunanya lagi.Hanya kerana cinta,kini isterinya itu sudah naik kepala dan sewenang-wenangnya mula menentang segala katanya itu.
"Sedar sikit diri kau tu Aida.Sedar kau siapa sebelum ini.Kau juga berasal dari keluarga miskin.Dan kerana akulah kau mampu hidup senang.Kau tak tahu rasa bersyukur ke.Atau kau nak aku tarik balik semua kekayaan yang kau miliki?",tanya Dato' Mazlan.
Datin Aida tergamam mendengar kata-kata suaminya itu.
"Aku malas nak gaduh dengan kau.Aku nak tidur",kata Datin Aida.
Dia lantas meninggalkan Dato' Mazlan bersendirian di ruang utama itu.Semakin banyak kata yang dia keluarkan,lebih banyak sakit yang dia rasai.
Dato' Mazlan hanya melihat isterinya itu meninggalkannya sendirian.
"Okay Aida.Kita tunggu dan lihat sama ada kau akan masih angkuh,sombong lagi nanti atau pun kau akan menyesali segalanya",bisik Dato' Mazlan.
Dia tersenyum sendiri.Otaknya sudah ada rancangan yang amat sesuai untuk isterinya itu.
Share this novel