"Zara pergi dulu mama papa,".
Aku meminta diri seperti kebiasaan yang aku lakukan setiap kali hendak bertolak pergi.Tapi kali ini tak seperti kebiasaanya.Kalau sebelumnya aku di temani ayah dan ibuku di Airport,namun kali ini aku akan di temani oleh Zafran.Hatiku hiba sebenarnya untuk meninggalkan mereka.Seperti sebelum ini airmataku akan tetap menitis saat meninggalkan ibu dan ayahku.Kali ini pun sama.Aku tidak mampu membendung air mata ini daripada terus menitis.
"Dah la.Macam budak kecil nak nangis",lembut ibu bicara sambil mengesat air mata di pipiku.
Aku memandang wajah manis ibu.Aku tau ibu juga sedih melepaskanku namun dia mampu mengawal emosinya.Ibu tau,aku pergi untuk cita-cita ku dan juga harapan mereka kepadaku.Aku memeluk kemas tubuh ibu.Setelah beberapa detik aku melepaskan pelukan ku dan memeluk adikku Zarul.Adik kesayanganku Zarul tersenyum manja.
"Kaka belajar baik-baik Yee.Dah ada kerja nanti boleh hantar adik belajar di luar negara",pesanZarul.
Itulah kata-kata adikku setiap kali aku akan bertolak.Dia selalu menyuarakan hasratnya kepadaku untuk menyambung pelajarannya di luar negara.Dan kerana itulah aku bertekad untuk berusaha sehingga menerima segulung ijazah dan mencapai cita-cita ku menjadi seorang Doktor kelak.
"Adik jangan risau okay,Kaka akan berusaha sekuat yang mampu untuk tunaikan hasrat adik",kataku sambil melepaskan pelukan ku.Aku segera menyalami tangan ayah.
"Zara pergi dulu",kataku meminta diri apabila melihat Zafran yang sudah beberapa kali melihat jam di tangannya.Ayah memandang Zafran .
"Zafran balik la sekali sekala kat sini.Nanti kalau Zara dah habis Exam nanti tolong ambilkan Zara di Airport.Sekarang papa serahkan segala tanggungjawab kepada Zafran memandangkan Zara dah sah jadi isteri kamu",pesan ayah.
Zafran hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
"Jaga Zara baik-baik.Bimbing dia jadi seorang isteri yang baik untuk Zafran",pesan ayah lagi
" Baik pa",ringkas saja jawaban Zafran.
Aku memandang wajah Zafran sekilas.Aku tau dia tidak ikhlas.Dari reaksi wajahnya saja aku suda mampu menebak isi hatinya.Namun aku hanya berdiam diri.Setelah bersalaman aku dan zafran meminta diri untuk bertolak.Sepanjang jalan menuju ke Airport begitu membosankan.Yang kedengaran hanya lagu-lagu yang berkumandang di corong radio yang di pasang Zafran.Aku sebenarnya ingin berbual dengan Zafran tapi aku tidak mempunyai keberanian untuk memulakan bicara.Melihat wajah dingin itu mematikan keinginan ku untuk berbicara.Sepanjang jalan aku hanya membisu.Perjalanan menuju Airport selama 3 jam memang sangat membosankan.
"Tak perlu menelefon aku selama kau ada di sana.Anggap tiada apa pernah berlaku antara kita!,"Zafran memulakan bicara setelah sampai di Airport.
Aku tersentak.Lidahku terasa kaku untuk membalas kata-katanya.Seperti pisau tajam menusuk hatiku.Aku tak menyangkakan itu la kata-kata pertama yang lahir dari bibir manisnya itu.
"Kau boleh menelefon aku saat kau dah nak balik.Aku akan jemput kau d sini nanti".
Hanya itulah yang dikatakan Zafran kepada aku sebelum aku keluar dari kereta miliknya itu.Tanpa berkata sepatah kata pun,aku keluar dan mengambil bagasi ku dan berlalu pergi.Hatiku sakit sebenarnya.
"Kau".
Panggilan Zafran mematikan langkahku.Aku tidak menoleh ke arahnya.Hanya menunggu beberapa ketika untuk mendengar apa yang hendak dikatakan olehnya.Yang aku dengar hanya bunyi tapak kaki melangkah mendekati ku.Zafran berdiri tepat di hadapanku.Dia mengeluarkan sesuatu dari dompetnya.Dia mengeluarkan beberapa keping note 100 ringgit dan sebuah kad kredit.Dia mencapai jari jemari ku dan meletakkan wang dan kad tersebut di jariku.
"Ini kad kredit.No pinnya aku akan sent ke kau sekejap lagi.Ini duit seribu ringgit buat kau.Ni yang kau nak kan sebenarnya menerima pernikahan ini,agar kau boleh hidup senang!,".
Panas telinga ku mendengar setiap bait perkataan yang terlahir dari bibirnya itu.Hatiku membara.Aku merenyuk duit yang diberikan oleh Zafran sebentar tadi.Aku memandang tajam anak mata Zafran.Tidak tahu dari mana datangnya kekuatan ku untuk menatap mata indah milik Zafran.Airmata hampir menitis namun aku berusaha membendungnya.
"Ingat kata-kata aku Zafran.Aku tak hairan lah dengan duit kau.Aku pun memang tak inginkan pernikahan ini terjadi sebenarnya.Dan tunggulah sehingga aku aku balik nanti.Kita akhiri semuanya.Nah!!Ambik balik duit kau ni!".
Aku lantas membaling semua duit beserta kad kredit di tanganku ke muka Zafran. Tanpa memandang Zafran aku aturkan langkah meninggalkannya
tanpa menoleh walau sekilas pandang pun ke arah lelaki itu..Muka Zafran sudah merah padam menahan marah.Dia mengutip duit dan kad yang berselerak di atas lantai lantas berlalu pergi.Aku mendengar pintu kereta di tutup kuat oleh Zafran,namun aku tak kisah.Aku harus memberikannya pengajaran.Dia tidak punya hak menghinaku seperti itu.Aku tau dia marah.Aku tak pedulikan nya.Sepanjang menunggu waktu berlepas,airmataku tak henti-henti mengalir.Beberapa pandangan mata yang melihatku sudah aku tidak pedulikan.Perasaan malu suda tidak aku rasai.Yang aku rasa hanya kepedihan hati yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.Hatiku benar-benar sakit.Bila mengingatkan kata-kata Zafran sebentar tadi,hatiku bertambah-tambah sakit.
"Kurang Ajar!!".
Zafran menghentak stereng keretanya kuat.Kata-kataku masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Kau ingat kau tu siapa hah!,"teriak Zafran tidak puas hati.
"Ikutkan hati aku,dah aku koyakkan mulut busuk kau tu",tambah Zafran lagi.
Sememangnya dia begitu sakit hati.Zafran meraup rambutnya yang tebal.Mukanya merah menahan marah.Peluh dingin mengalir di dahi.Hatinya sangat resah.Baru saat ini dia merasakan seorang perempuan yang mampu menatap matanya dengan tajam dan penuh benci.Baru saat ini dia merasakan ada orang yang tidak menghormatinya.Dihentaknya beberapa kali stereng keretanya.
"Aku harus jumpa Joe",bisiknya perlahan.
Dia segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail no handphonnya Joe.Hanya Joe yang mampu mendengar setiap masalah yang di hadapinya.Setelah sekian lama menanti panggilanya di angkat akhirnya Joe menyapa di balik corong handphonnya.
"Yess boss",
"Kau kat mana.Aku nak jumpa kau.urgent",kata Zafran seperti tertekan.
"Aku ada kat opis ni.Baru habis meeting.Whats up", tanya Joe.Dia sepertinya boleh merasakan teman baiknya itu dalam masalah besar.
"Jumpa aku di tempat biasa",itu saja yang mampu Zafran katakan dalam situasi dirinya yang marah.
"Okay.10 minit aku sampai".
Joe mengakhiri perbualan.Zafran lantas menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.
Sesampainya di Cafe,Zafran melihat Joe sudah menunggunya.Dua coffee panas sudah siap terhidang di atas meja.Joe senyum memandang Zafran.
"Dah lama sampai",tanya Zafran.
"Tak!,baru je.Duduklah",pelawa Joe masih memandang Zafran.
Dia cuba membaca riak wajah tampan di hadapannya itu.Zafran menarik keluar kerusi di hadapan teman baiknya itu dan duduk.
"Are u okay?,sapanya lembut.
Zafran memandang Joe lama.
"Kau tengok aku okay tak?.
Zafran menunjukkan wajahnya di hadapan Joe dengan lebih dekat.Joe memandang wajah Zafran lama.Akhirnya dia mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Kawan aku ni tak okay.Ada masalah otak sikit",gurau Joe sambil ketawa.
Satu tepukan pedas singgah di kepala Joe.
"Kau fikir aku main-main ke!".
Zafran menarik muka masam.Joe masih ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajah temannya itu.Dia tahu temannya itu dalam keadaan marah.Dia cuba berjenaka untuk menghiburkan hati Zafran yang tengah membara.
"Okay,cuba cerita apa yang dah membuatkan temanku ini bengang",tanya Joe mulai serius setelah beberapa ketika cuba menghiburkan hati Zafran.Zafran mendengus geram.
"Perempuan tu!".
Hanya itu yang terkeluar daripada mulut Zafran.Joe mengerutkan dahinya sambil memandang Zafran.Dia bingung.
"Siapa perempuan tu.Kenapa dengan perempuan tu?,soal Joe bertubi-tubi.
"Zara".
"Cuba jangan buat ayat tergantung.Street to the point",kata Joe tidak sabar.
Zafran menghela nafas berat sebelum mula berbicara.Dia mengenggam jar jemarinya sambil acah-acah menumbuk meja.Joe hanya memerhatikan gelagat temannya itu.
"Awak tau kan,aku paling tak suka bila perempuan menatap muka aku dengan pandangan mata yang tajam",terang Zafran.
"Teruskan",kata Joe tidak sabar.
"Tapi perempuan tak sedar diri tu dah la pandang muka aku dengan tajam,buang duit kat muka aku yang kacak ni lagi.Apa tak aku naik angin satu badan,"kata Zafran meradang.
Apabila mengingatkan semula kata-kata ku ketika dia menghantar aku di Airport pagi tadi Zafran semakin membara.
"Setahu aku,perempuan ni tak akan marah tanpa alasan yang pasti",ulas Joe.
"Pasti kau tercakap benda yang tak sepatutnya kau cakap kan",tambah Joe lagi.
Zafran menunduk mengingatkan kata-kata yang dilontarkannya kepadaku di Airport tadi.Dia menghela nafas lagi sebelum memulai perbicaraan semula.Joe masih setia menunggu kesinambungan cerita Zafran tadi.
"Aku cuma berkata benar ke Zara.Memangpun dia menerima pernikahan ini atas sebab duit kan.Jadi apa salahnya aku beri dia duit.Tapi dia tak tau bersyukur,dia lontar semua duit tu ke muka aku!",luah Zafran dengan nada sedikit geram.
Joe cuba menilai kata-kata Zafran tadi sambil berfikir
"Sebelum kau beri dia duit tu,kau cakap apa?,"tanya Joe seperti Polis yang sedang menyiasat penjenayah di hadapannya.
"Aku cuma cakap kat dia,ni duit ngan kad bank.Guna la sepuas hati kau.Sebab itu tujuan kau terima pernikahan ini.Itu je aku cakap kat dia",ulas Zafran seperti orang yang tidak bersalah lagaknya.
Joe ketawa lagi mendengar penjelasan temannya itu.
"Dah kau kata macam tu kat Zara,mestilah dia marah kat kau.Kalau aku di posisi Zara,aku juga buat benda yang sama", kata Joe.
Zafran terdiam.
"Apalah kau ini.Langsung tak back up aku.Sia-sia je aku meluahkan segala kegeraman yang melanda hati ku saat ini.Boleh pula kau kata cam tu kat aku",marah Zafran.
Dia benar-benar tidak menyangkakan temannya itu akan berkata-kata seperti itu terhadapnya.Namun di dalam hatinya mengakui kebenaran di setiap kata-kata temannya itu.Zafran sedar akan kesilapannya namun dia hanya ingin meluahkan kemarahannya itu.
"Dah la!,aku malas dah nak cerita".
Zafran malas memanjangkan ceritanya.Berbahas dengan temannya itu hanya menambahkan kemarahannya di hati sahaja.Zafran mencapai coffee di dalam cawan dan menghirupnya sedikit demi sedikit.
"Minum coffee lebih tenang dari dengar kata-kata kau",kata Zafran menyindir temannya itu.Joe hanya tersengih melihat Zafran di hadapannya.Dia tau,kemarahan di hati Zafran sudah beransur pulih.Jadi dia tidak menyambung cerita lagi.
"Lepas ni kau nak ke mana lagi",tanya Joe setelah sekian lama menyepi.
'Aku nak balik rumah",jawab Zafran ringkas.
"So,esok masuk ofis ke?,"tanya Joe lagi.
"mmm",jawab Zafran.Malas memanjangkan perbualan.
Di Vila Angsana
Sofia sibuk membantu Datin Aida di dapur.Semalam Datin Aida sudah menelefonnya untuk datang ke rumah kerana Zafran akan pulang ke rumah hari ini.Oleh kerana itu awal pagi lagi Sofia sudah datang untuk menemani bakal mentuanya membeli barangan untuk masak makanan kegemaran zafran.
"Mami,Sofia dah siap potong bawang ni",kata Sofia.
"Sofia tolong blander bawang tu.Blander ada kat almari tu",kata Datin Aida lembut sambil jari telunjuk menunjuk ke arah almari barang.
Sofia hanya menurut.Datin Aida mengerling jam di tangannya.
"Dah dekat jam 4",katanya dalam hati.Senyuman terukir di bibirnya.
Sekejap lagi anak kesayangannya akan sampai.Dia harus cepat siap memasak.Hari ini Datin Aida memasak sendiri.Sengaja dia membawa Sofia untuk menemaninya memasak kerana dia punya agenda sendiri.Dia ingin membuka mata Zafran agar nampak kebaikan yang ada pada Sofia dan mengubah pandanganya terhadap Sofia selama ini.Bagi Zafran Sofia hanyalah seorang gadis yang hanya tahu menghabiskan duit keluarganya untuk kepentingan sendiri.Gadis metropolitan yang suka mengikis harta orang lain.Oleh kerana itu Zafran langsung tidak tertarik kepadanya.Hari ini Datin Aida ingin membuktikan bahawa Sofia juga seperti gadis yang lain yang penuh dengan kesopanan dan juga pandai menguruskan keluarga bila sudah bergelar isteri.Datin Aida memang berkenaan sangat untuk jadikan Sofia sebagai menantu.Bukan hanya kerana Sofia berasal dari keluarga yang kaya raya dan setaraf dengan kedudukan keluarganya.Sofia juga sangat sopan,lemah lembut,cantik dan amat sepadan dengan ketampanan anaknya itu.Itulah penyebab utama Datin Aida memilih Sofia sebagai pendamping anaknya itu.Namun bila mengingatkan anaknya itu sudah berumah tangga,hati Datin Aida seperti dicucuk belati tajam.Dia tidak pernah merestui pernikahan anaknya itu.Oleh itu dia sudah membuat plan untuk memisahkan mereka.Datin Aida tersenyum sendiri.Senyuman misteri yang tiada siapa mampu menguraikan apa yang tersirat di sebalik senyuman nya itu.
"mami,mami",panggil Sofia berulang kali.Datin Aida tersedar dari lamunannya.Dia memandang Sofia dan tersenyum penuh makna.
"Mami fikir apa.Jauhnya mengelamun",tegur Sofia apabila melihat Datin Aida yang sedang termenung dan tersenyum sendiri.
Datin Aida tersipu-sipu malu.
"Tiada apa-apa Sofia.Mami cuma terfikir sesuatu tadi",terang Datin Aida.
"Fikir pe mami.Cubalah kongsi dengan Sofia sikit",lembut suara Sofia bertanya.Dia ingin mengetahui apa yang sedang Datin Aida fikirkan.
"Lupakan pasal tu.Jom kita masak cepat.Kejap lagi Zafran dah nak sampai",ajak Datin Aida.Sofia hanya mengangguk-angguk kan kepala tanda setuju.Dia juga sudah tidak sabar untuk menyiapkan semuanya kerana dia sudah tidak mampu untuk bertahan lama di dapur.Dia penat dan merasa sangat boring.Dia ingin semuanya siap dengan cepat.Beberapa ketika suasana dalam dapur agak sepi sedikit.Hanya kedengaran bunyi masakan.Setelah Sejam setengah berlalu,makanan sudah siap terhidang di atas meja.Zafran yang sudah datang setengah jam yang lalu sudah pun siap membersihkan diri.Zafran turun untuk bersama keluarganya makan malam.
"Zaf dah turun.Jom makan sama-sama",pelawa Sofia lembut saat melihat kelibat Zafran yang turun dari tingkat atas menuju ke dapur untuk makan.zafran tidak menjawab pelawaan Sofia.Dia hanya berlalu dan segera duduk untuk menikmati hidangan makan malam mereka.sofia hanya mengekori Zafran dari belakang.Dia juga duduk bersebelahan dengan Datin Aida.Mencapai pinggan dan menyenduk makanan buat Zafran.
"Zaf makanlah,ni Sofia yang masak tau",kata Datin Aida cuba mengambil hati Zafran.Datin Aida mengenyit mata ke arah Sofia untuk back up semua kata-katanya.Sofia tersenyum memandang Datin Aida.
"Ye Zaf,i masak sedap tau.Special buat Zaf,"kata Sofia dengan lagak manjanya.
Zafran tidak mempedulikan semua kata-kata Sofia dan ibunya.Dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada makanan yang terhidang.
"Mana daddy?,"tanya Zafran cuba mengubah topik perbualan mereka.
"Daddy balik lewat sikit hari ni.Ada meeting dengan client",jawab Datin Aida.
"Owh okay",ringkas jawaban Zafran.Zafran menyambung makan semula.
Suasana sepi seketika.Masing-masing menjamu selera sendiri.Sofia juga tidak menyambung perbualan tadi kerana di sambut dingin oleh Zafran.Dia juga menumpukan perhatian kepada makanan sahaja tanpa berkata apa-apa lagi.
Rumah Sewa Dina dan Zara
"Jam berapa hang sampai tadi",tanya Dina melihat aku yang sedang duduk di ruang tamu menghadap televisyen.Dina baru sampai dari supermarket membeli beberapa barangan dapur.
"Tengahari tadi",jawabku ringkas.Dina duduk di sebelahku setelah menghantar barang yang baru dibelinya ke dapur.Dina memandangku sambil tersenyum.
"Napa ni,monyok je.Tak de mood ke,"tanya Dina.
"Susah nak Cite Dina.Otak aku ni cam serabut sangat",luahku.Dina masih tersenyum memandangku.
"Aku faham situasi hang sekarang Zara.Hang kena kuat.Jangan dok fikir sangat.Nanti hang sakit cam ne nak hadapi Exam nanti", nasihat Dina kepadaku.Aku memandang wajah polos Dina di hadapanku.Dina teman baikku.Dia berasal dari negeri kedah.persahabatan kami bermula dari tahun pertama aku masuk ke Universiti sains Malaysia hingga kini.Dia dan aku dalam jurusan yang sama.Segala suka dan duka kami kongsi bersama.Aku dan Dina ibarat ombak dan pantai yang tidak boleh dipisahkan.Kekuatan persahabatan kami amat kuat. Dalam masa tiga tahun kami bersama,mengharungi liku-liku kehidupan menjadi pelajar di jurusan sains biologi,kami sudah saling memahami antara satu sama lain.Dina mengambil berat tentang ku begitu juga sebaliknya.Melihat aku yang sedang mengalami masalah,Dina sangat bersimpati
"Awak tau tak Dina,lelaki tu fikir aku terima pernikahan ini kerana hartanya.Hati aku sangat sakit",luahku.Airmataku mula mengalir membasahi pipiku.
Dina memelukmu.Dia mengusap perlahan belakangku.Cuba memberi kekuatan kepadaku.
"Hang dok sabar yee Zara.Semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya,"kata Dina cuba memberikan aku semangat Aku mengangguk perlahan.Dina meleraikan pelukannya dan memandangku sambil tersenyum.
"Dah dah.Lap air mata hang tu.Dah tak cantik kalau nangis",kata Dina sambil mengesat airmata di pipiku.
Aku tersenyum memandangnya.
"Thanks Dina.Awak teman terbaik aku.Aku tak akan lupakan awak seumur hidup aku",kataku.Aku bahagia ada Dina di sisiku sekurang-kurang aku boleh meluahkan perasaanku kepadanya.Segala tekanan yang aku hadapi berkurang sedikit.
"Okay hang duduk sini.Aku nak mandi dulu.Hari ini aku masak khas untuk hang okay.Duduk saja tak payah fikir banyak.Sekarang ni kita fokus final Exam kita yee",kata Dina separuh memujuk aku.Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju.
"Tunggu sat Yee",kata Dina.
Dina segera berlalu ke kamar untuk membersihkan diri.Aku menarik nafas dalam dalam dan hembuskan perlahan.Hatiku sedikit lega bila semua yang aku pendamkan terluah.
"Relax kau Zara,fokus untuk final Exam kau,lupakan semua masalah".Aku memujuk diriku sendiri.Aku senyum dan mencapai remote televisyen.Menonton televisyen sementara menunggu Dina turun
Share this novel