Aku lantas menghabiskan sarapan pagiku.Hari ini aku bersarapan seorang diri kerana zafran sudah bertolak awal ke Sibu.Aku sedikit sedih kerana sejak semalam dia langsung tidak menyapaku.Dia hanya mengatakan kepadaku bahawa pemandu syarikat yang akan menjemput dan menghantar ku ke tempat kerja sepanjang ketiadaannya.Pagi tadi,aku sempat menyediakannya sarapan pagi namun Zafran langsung tidak menyentuhnya sedikit pun.Hatiku sedikit hiba.
"Dia benar-benar marahkan aku.Apa harus aku lakukan",bisikku perlahan.
Berkali-kali aku memarahi diriku sendiri kerana telah menimbulkan kemarahan di hati Zafran.
"Aku akan memujuknya nanti.Aku kena gerak dulu ke tempat kerja",bisikku lagi.
Aku segera keluar apabila bunyi hon kereta bergema di perkarangan rumahku.
"Maaf lambat sedikit",ucapku sebaik melabuhkan punggung ke dalam kereta.
Pak man yang berkerja sebagai pemandu syarikat hanya tersenyum memandangku.
"Tak masalah puan,tak lewat mana pun",jawab Pak man.
Sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu.Fikiranku masih terarah kepada Zafran.Baru sahaja berpisah pagi itu,rasa rindu mula mencengkam kalbu.Telefon ku belek berkali-kali melihat andai Zafran mengirim pesan.Namun hampa.Pak man yang sesekali memandang aku dari arah cermin mula menyedari keresahan ku itu.
"Puan tak apa-apa ke?".Aku tengok macam ada masalah je?",tegur Pak man.
Aku memandang Pak Man di balik cermin kereta.
"Tak ada apa Pak cik",jawabku perlahan.
"Kalau ada apa-apa,jangan malu untuk beritahu pak cik Yee,kalau pak cik boleh tolong, insyaallah pak cik sedia membantu",kata Pak man.
"Ye pak cik",jawabku ringkas.
"Oh ya pak cik,sekitar jam 9 ni,pak cik senang tak?",tanyaku.
Pak Man memandangku dari cermin sekilas.
"Ada apa puan?",tanya pak man.
"Nanti jam 9,Zara nak pak cik hantar Zara ke kilang.Ada sedikit urusan kat kilang",jawabku.
"Wahh beruntungnya tuan Zafran dapat isteri macam puan ni,yalah,baru je kahwin tapi dah belajar nak uruskan perniagaan suami.Tak semua isteri seperti puan ni",puji Pak man.
Aku tersenyum mendengar pujian dari Pak Man itu.Hatiku sedikit terhibur.
"Pak Cik ni,puji zara lebih-lebih lah.Banyak lagi yang lebih baik dari Zara",jawabku merendah diri.
"Pak cik tengok,puan baru je mula bergiat dalam bidang perniagaan ni,tapi Puan dah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pengurusan.Sebelum ni,puan memang ambil bidang Perniagaan ke?",tanya Pak Man.
"Tak payahlah pak cik panggil puan.Panggil Zara je",tegur ku lembut.
Zara sebenarnya rasa segan di panggil seperti itu.Zara lebih suka dipanggil dengan namaku.
Pak Man terus tersenyum memandang aku tanpa berkata apa.
"Zara sebenarnya tak ambil bidang perniagaan dulu,Zara ambil sains biologi.Nak jadi doctor,tapi tak taulah pak cik,tercapai ke tak cita-cita Zara tu.Yelah,Zara kan kena belajar dalam perniagaan pula",jelasku.
"Wahh,kenapa tak jadi doktor je,boleh bantu banyak orang",tanya Pak Man.
Dia sememangnya agak terkejut mendengar bidang yang aku ambil dalam pendidikan.
"Zara belum konvokesyen lagi pak cik.Lagi dua bulan.Tapi tak tau lah.Mungkin terkubur je harapan ni nak jadi doktor",jawabku.
Aku menarik nafas panjang.
Melihat wajahku yang sedikit sedih Pak Man cuba memujuk hatiku.
"Tak pelah Zara.Tak semua orang akan dapat kerja yang dia impikan sebelum ini.Mungkin bukan rezeki Zara.Lagi satu,bidang perniagaan ni pun satu kerja yang menguntungkan juga.Apalagi macam Zara ni,dapat suami yang memang dah berpengalaman dalam bidang perniagaan.Senang je nak buat perniagaan sendiri", jelas Pak Man.
Aku hanya memandang Pak Man.
Asyik berbual dengan Pak Man,aku tidak menyedari kereta sudah sampai di perkarangan syarikat.Pak man menghentikan keretanya tepat di hadapan Syarikat Fashion International.
Aku lantas keluar.
"Terima kasih Pak cik.Jangan lupa jam 9 ye",kataku mengingatkan Pak man semula.
"Baik Zara",jawab Pak Man.
Setelah itu,aku berlalu masuk ke pejabat.
*********
Sofia dan Datin Aida sibuk memilih beberapa pasang kasut berjenama keluaran baru kedai itu.Semuanya cantik-cantik dan berjenama.Harganya sahaja memang berpatutan.Jika bukan dari keluarga yang kaya raya,sememangnya tidak mampu memiliki walau sepasang pun kasut dari kedai itu.Kasut import dari Italy sememangnya amat berkualiti tinggi.Kedai itu memang menjadi pilihan Datin Aida sedari dahulu lagi.Datin Aida memang obses pada high heels.Bila ada sahaja keluaran baharu,dia tidak pernah ketinggalan untuk memilikinya.
"Cantiknya",puji Datin Aida apabila memandang sepasang high heels di dalam sebuah peti kaca.Berwarna merah terang.Tumitnya sekitar 3 inci.
"Cantik betul lah mami.Mami beli lah.Murah je harganya",kata Sofia cuba menarik minat Datin Aida.
Sebenarnya Sofia juga teringin sangat untuk memilikinya namun di terpaksa menelan air liurnya sahaja melihat kasut itu apabila terfikir dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar harga high heels tersebut.
"Sofia nak tak?",tanya Datin Aida apabila melihat keterujaan Sofia terhadap high heels itu.
Wajah Sofia sedikit pucat.Dia takut andai rahsianya terbongkar.Dia cuba mengukir sebuah senyuman manis.
"Nak,tapi biar mami je yang memiliki high heels ni.Mami memang sesuai dengan high heels ni.Mami je yang beli.Lagi pun,dah terlalu banyak high heels yang Sofia ada.Dah tak muat dalam almari Sofia",tolak Sofia.
Datin Aida memandang pelik wajah Sofia.
Sebelum ini,sikap sofia sama dengan dirinya,pantang nampak high heels keluaran baru.Tapi hari ini Sofia berkelakuan pelik.Tak seperti selalunya.Namun di abaikan sahaja.
"Okay lah kalau macam tu.Mami je yang beli",kata Datin Aida tersenyum.Dia lantas memanggil pekerja itu untuk mengeluarkan high heels tersebut dari peti kaca itu.
"Berapa harga semuanya",tanya Datin Aida ingin membayar harga untuk dua pasang high heels yang dipilihnya tadi.
"Rm5800"jawab pekerja tersebut.
Datin Aida menghulur sebuah kad kredit miliknya kepada pekerja tersebut.Terpancar riak wajahnya yang angkuh dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya.Kalau setakat harga begitu,bagi Datin Aida hanya jumlah yang sedikit sahaja.
Sementara menunggu urusan pembayaran,datin Aida berbual dengan Sofia.
"Ermmm, maafkan aku puan,sepertinya kad ini dah tak boleh digunakan lagi",terang pekerja kedai itu.
Datin Aida dan Sofia agak terkejut mendengar kata-kata pekerja kaunter itu.
"Mustahil!.Ini kad aku lah.Kemarin okay je aku guna.Cuba cek semula,mungkin kau dah silap",marah Datin Aida.
Wajahnya merah menahan malu.
Pekerja tersebut cuba berulang kali kad tersebut namun tetap juga sama.Sudah tidak boleh digunakan lagi.
"Maaf sekali lagi puan,tapi memang kad ini dah tak boleh digunakan.Aku dah cuba berulang kali tapi memang tak boleh.Maaf sekali lagi.Boleh puan bayar secara tunai ke?",tanya pekerja tersebut.
Datin Aida merampas kad tersebut dari tangan pekerja kaunter itu.Dia berjalan ke arah mesin ATM di luar kedai kasut tersebut dan mencubanya.Namun memang sudah tidak boleh digunakan lagi.Wajah datin Aida menjadi pucat.
"Apa kau dah buat ni Mazlan!!",bentak Datin Aida dalam hati.
Dia melangkah masuk ke dalam kedai semula.
"Aku tersilap bawa kad lah Sofia.Boleh tak tolong mami bayar dulu.Sampai rumah mami bayar",kata Datin Aida separuh berbisik.
Takut di dengar oleh pekerja kaunter tersebut.
Sofia menelan air liurnya.Perutnya terasa kecut.
"Matilah aku.Aku harus mencari jalan ni",kata Sofia.
"Lah ye ke, kesiannya mami.Jap ye mami",kata Sofia sambil berpura-pura mencari mengambil dompetnya dalam beg tangan.Dia mencari-cari kad banknya berlagak yang dia ikhlas menolong.Namun di cari-cari nya,tiada.
"Alamak mami,kad tertinggal lah kat umah.Aku lupa,semalam aku letak atas meja bilik.Pagi tadi lupa nak ambil balik.Bodohnya aku!!",kata Sofia sambil memukul-mukul kepalanya agar lakonannya benar-benar tidak diketahui oleh Datin Aida.
"Alamak,bagaimana lah ni",kata Datin Aida bingung.
"Maaf puan,boleh tak bayar dengan tunai?",tanya pekerja kaunter itu semula apabila melihat dua orang wanita itu seperti kebingungan.
Datin Aida memandang pekerja itu.Wajahnya agak pucat.
"Maaf,boleh tak simpan balik high heels ni,kad ni tertukar kat rumah semalam.Lagipun aku tak bawa wang tunai",jawab Datin Aida.
Dia merasakan wajahnya tebal menahan malu.
"Baiklah.Terima kasih sudi datang kedai kami",jawab pekerja itu sopan.
Dia lantas menyuruh pekerja bahagian penyusunan kasut mengambil semula high heels tersebut dan meletakkan semula ke dalam peti kaca.
Datin Aida melihat beberapa pekerja berbisik-bisik dan ketawa memandang mereka.Hatinya sangat geram.Dia juga malu.
Sebaik keluar dari kedai itu,Datin Aida lantas menelefon Dato' Mazlan berkali-kali namun tidak berjawab.
"Bodoh kau Mazlan",bentak Datin Aida.
Dia lantas menyimpan telefonnya semula dan meninggalkan kedai kasut tersebut bersama Sofia.
"Maafkan mami Sofia,Hari ni mami tak dapat temankan Sofia jalan-jalan,mami tak berapa sihat",kata Datin Aida cuba berbohong.
Dia sebenarnya ingin cepat bertemu suaminya untuk menyelesaikan hal berkaitan kad tersebut.
"Tak pe mami,Sofia faham",jawab Sofia.
Dia sebenarnya dapat mengagak kegusaran di hati Datin Aida ketika itu.
"Esok kita bertemu lagi"kata Datin Aida cuba menyenangkan hati Sofia.
"Yee mami.Maafkan Sofia juga sebab tak dapat tolong mami tadi",ucap sofia sayu namun dia bersyukur kerana penipuannya tidak di ketahui oleh Datin Aida.
"Tak pe,setiap manusia ada kesilapan.Macam mami juga hari ini,tersalah bawa kad,Sofia pula lupa bawa.Kira samalah kita tu",jawab Datin Aida cuba menutup malunya itu.
Dia hanya mampu memberi alasan tertukar kad bank kerana malu apabila diketahui oleh Sofia yang dia kad kreditnya sudah di sekat oleh suaminya itu.
"Okaylah mami,Sofia pergi dulu.Nak tolong mama kat butik tu",kata Sofia.
"Yela, hati-hati",kata Datin Aida.
Apabila kelibat Sofia menghilang dari pandangan,barulah Datin Aida berangkat pulang.
Dia ingin secepatnya bertemu dengan suaminya itu.
*******
Aku menjinjing sebuah beg berwarna hitam berisi beberapa keping fail yang diperlukan untuk urusanku hari ini.Shima yang ada di hadapanku menjadi penunjuk arah kerana aku belum tahu selok belok kilang tersebut.
"Besarnya kilang ini kan Shima",kataku memuji.
"Kilang ini terbahagi kepada beberapa bahagian Zara,Ia di bahagi dalam 3 ketegori iaitu spinning,dyeing dan knitting.Tulah sebabnya kilang ni begitu luas"terang Shima.
"Mesti banyak pekerja dalam kilang ni kan?",tanyaku lagi.
"Dah tentu Zara,sebabnya kilang kita ni pengeluar utama pakaian.Dari luar negara juga sering mengimport pakaian dari kilang kita ni.Tulah ada beberapa rakan kongsi dari negara luar yang berkerjasama dengan syarikat kita.Salah satunya dari korea",jelas Shima lagi.
Aku sememangnya kagum dengan keupayaan syarikat milik keluarga Zafran yang sememangnya berpengaruh di beberapa buah negara yang lain.Apa tidaknya,semua bahan-bahan yang digunakan dalam proses penghasilan pakaian adalah yang berkualiti dan bermutu tinggi.
"Untungnya keluarga tuan Zafran kan Zara.Dahlah ada beberapa kilang di seluruh Malaysia ni,di luar negara juga ada.Bukan hanya kilang pakaian je yang ada,malah hotel, restaurant juga ada",jelas Shima lagi.
"Owh ye ke,yang aku tau,syarikat perusahaan Fashion ni je yang ada.Aku tak tahu pula kalau ada juga restaurant dan hotel milik keluarga bos kita tu",kataku.
"Memanglah Zara tak tau,Zara kan baru lagi.Lagipun,semua kilang-kilang penghasilan pakaian tu di bawah bidang kuasa syarikat perusahaan Fashion International.Untuk hotel pula di bawah kuasa syarikat perhotelan International,Dan untuk restaurant pula,di bawah kuasa syarikat menu food internasional.Semua syarikat tu milik keluarga tuan Zafran.Cuma,setiap syarikat,ada orang kepercayaan yang menguruskannya",terang Shima.
Mulutku terlopong mendengar kata-kata Shima.Aku tidak menyangkakan keluarga Zafran mempunyai aset sebanyak itu.
Masih banyak lagi yang ingin aku tanya namun tidak mempunyai masa yang mencukupi kerana aku dan Shima suda sampai di pejabat dalam kilang itu.
"Morning,ada apa yang boleh saya bantu",tanya Zira,kerani kilang tersebut apabila sahaja melihat aku dan Shima.
"Aku Zara,setiausaha Tuan Zafran.Pengarah ada tak?",tanyaku sopan.
"Owh ini puan Zara ke,isterinya tuan Zafran.Mari saya tunjukkan bilik pengarah",kata Zira.
Zira melangkah ke bilik pengarah kilang.
Di ketuknya pintu perlahan.Seketika aku mendengar suara menyuruh masuk.
"Morning En.mark,Puan Zara dari syarikat datang,dia ingin menemui En.mark",katanya memberi makluman.
"Suruh dia masuk",pelawa En.mark.
Zira keluar dan menyuruh kami untuk masuk.
Aku dan Shima lantas masuk ke dalam bilik pengarah itu.
"Hello hai,puan Zara right?",tanya En.mark.
"Yes,i'm Zara and this is Shima,My work mate",jawabku perlahan.
"Silakan duduk"pelawa Encik Mark.
Aku dan Shima duduk di kerusi yang berhadapan dengan Encik Mark.Sebelum memulakan perbincangan,Ku lihat Encik Mark menekan butang merah di atas meja.
"Zira,please make 3 cup coffee and sent to my office immediately".
Setelah menyuruh keraninya membancu kopi,barulah dia memulai perbincangan.
"Boleh kita mulai sekarang",tanyaku sambil memandang Encik Mark.
Encik Mark mengangguk kan kepalanya tanda setuju.Aku mengeluarkan beberapa fail dari beg yang ku bawa.
"Ini adalah rekaan terbaru syarikat yang dah dipersetujui oleh tuan Zafran.Dia minta untuk Encik Mark menguruskan pengeluaran baju ini secepatnya",jelasku sambil menghulurkan sebuah fail berwarna merah kepadanya.
Encik Mark menerima fail tersebut dan menyemak satu persatu.
"Owh ya,stok untuk size XL bagi rekaan ini cuba tambahkan,Sebab ada beberapa pelanggan yang memberikan komen tentang Size untuk baju jenama ini",kataku sambil memberikannya lagi satu fail berwarna hitam
Encik Mark mengalihkan perhatiannya semula kepada fail hitam yang aku berikan itu.
Di selaknya satu persatu lembaran kertas yang ada dalam fail itu.
"Ye,Siza XL untuk rekaan ini memang kurang pengeluarannya dahulu kerana kita kehabisan stok.Tak pelah,nanti sy uruskan semuanya",kata Encik Mark.
Tok! Tok!
Pintu bilik Encik Mark diketuk perlahan.
Zira masuk membawa tiga cawan kopi yang di minta oleh pengarahnya itu.Perbincangan kami terhenti seketika.
Setelah meletakkan Cawan yang berisi kopi itu di atas meja,Zira keluar semula untuk menyambung pekerjaannya.
"Jemput minum",pelawa Encik Mark.
Aku dan Shima mengangguk kepala setuju.
Sebelum menyambung semula perbincangan itu,aku menghirup sedikit kopi panas yang dihidangkan itu.
"Ini adalah senarai tempahan yang telah diterima oleh syarikat beberapa hari lepas dari pelanggan.Nanti Encik Mark boleh semak semuanya.Semuanya dah tersenarai dalam fail ini",kataku sambil menghulurkan lagi sebuah fail berwarna putih.
Setelah meneliti senarai order pelanggan,Encik marak memandang aku semula.
"Stok untuk baju Kot,kilang dah kehabisan stok.Mungkin mengambil masa seminggu untuk menyiapkannya.Nanti,untuk mana-mana pelanggan yang membuat tempahan,tolong maklumkan kepada mereka untuk menunggu dalam masa seminggu",terang Encik Mark.
Shima di sebelahku tidak menganggu perbualan antara aku dan Encik Mark.Dia hanya menyalin beberapa nota penting dalam perbualan kami untuk bahan rujukan syarikat nanti.
"Shima,tolong aku tag nama-nama pelanggan yang menempah baju Kot ya.Nanti serahkan senarai kepada kak Ani agar dia senang untuk memaklumkan",perintah ku.
"Baiklah",jawab Shima.Dia lantas menyemak satu persatu nama yang sudah membuat tempahan dan mencatatnya dalam sebuah buku.
Hampir 2 jam barulah perbincangan kami tamat.Sebelum pulang ke syarikat,Encik Mark membawa kami berjalan-jalan ke seluruh ruangan kilang itu.Dia memberi maklumat kepada kami tentang cara-cara dalam memproses pakaian.Aku sangat gembira apabila mendapat sedikit pengetahuan tentang cara-cara memproses pakaian.
Share this novel