"Adoiiiii siapalah yang sibuk buat panggilan tengah malam ni"bentakku apabilah tidurku terganggu oleh bunyi deringan telefonku berkali-kali.
Aku tidak mengendahkan panggilan tersebut namun bunyi deringan asyik berulang.
"Geram betul lah aku ni.Napalah aku lupa nak tukar mod senyap sebelum tidur tadi",marahku di dalam hati.
Aku lantas duduk dan mencapai telefonku.Dengan mata yang masih separuh tertutup,aku cuba melihat screen dan lihat siapa gerangan yang telah menganggu tidurku itu.
Terbuntang mataku melihat nama Zafran muncul di screen telefon ku itu.
"Tak de masa lain ke nak call ni.Alahai Encik suami,apahal la call malam-malam buta ni.Tak boleh call ke pagi nanti",bisikku perlahan.
Dengan perasaan malas aku menyambut panggilan tersebut.
"Awak ni,tak boleh ke call pagi nanti",marahku sebaik menjawab panggilan.
"Aku kat bawah ni.Kunci rumah lupa bawah sebelum jalan hari tu",kata zafran.
"Whats!!! Awak dah balik!.Jap aku turun",kataku teruja.
Sebelum sempat aku mematikan panggilan,aku lantas berlari keluar untuk membuka pintu.Aku benar-benar tidak menyangka Zafran akan balik hari ini.Hatiku melonjak gembira.Aku lantas membuka pintu sebaik sahaja sampai di tingkat bawah rumah milik aku dan Zafran itu.Pintu aku buka luas-luas.Aku pandang wajah Zafran yang terlihat agak letih itu.
"Kenapa tak call awal-awal bagitau nak balik.Tak juga awak menunggu lama tunggu kat luar",kataku sambil membantu Zafran mengangkat begnya itu.
"Saja nak bagi surprise,tapi aku pula yang tersurprise sebab lupa bawa kunci rumah",jawab Zafran sambil tersenyum
dan menggaru-garu kepalanya perlahan.
"Surprise lah sangat.Tengok awak juga yang susah,terpaksa menunggu lama.Kalau aku ubah mod senyap telefon aku bagaimana.Ni nasib baiklah lupa tukar semalam",rungutku.
Zafran ketawa memandang reaksi wajahku itu.
"Okay,sorry,sorry.Lain hari tak buat dah",jawab Zafran seraya menutup pintu rumah dan menguncinya.
Zafran mengekori ku dari belakang ke ruang tamu.Pandangan matanya tak lepas dari memandang aku.
"Awak?",panggil Zafran perlahan.
Aku yang membelakanginya lantas menoleh sebaik meletakkan beg Zafran ke lantai.
"Ye,awak nak apa-apa ke?",tanyaku sambil memandangnya.
"Ye ada.Aku memang nak sangat",jawab Zafran.
"nak pe?",tanyaku hairan dengan sikapnya.
"Nak awaklah",jawab Zafran perlahan sambil mendekati ku.
"Apa awak merepak ni?",marahku.
Jantungku berdegup kencang melihat Zafran yang sudah dekat menghampiri ku.
"Siapa suruh pakai seksi-seksi di depan aku",kata Zafran mengusik ku.
Aku agak tersentak mendengar kata-kata Zafran.Aku lantas memandang diriku.
"Oh my god!".
Barulah aku menyedari keadaanku saat itu.Berseluar pendek separas peha dan berbaju singlet berwarna putih.Terserlah kulitku yang sememangnya berwarna putih bersih.
Tak mengendahkan Zafran yang mendekati aku,aku lantas berlari ke kamar untuk menukar pakaian ku.Zafran yang hanya melihatku pergi ketawa terbahak-bahak mengekori langkahku.
"Apasal boleh terlupa tukar tadi!. Ishhhhh pe lah kau ni Zara!!!.Buat malu je!",marahku sendiri sebaik menutup pintu kamar ku itu.
Rasa malu menyelubungi hatiku tiba-tiba.
"Awak ni Zara,tak fikir keselamatan diri langsung!",kataku lagi.
Perasaan geram dengan keterlanjuranku tadi masih tersisa di hati.Setelah memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhku,aku lantas keluar semula ke bawah.
Aku lihat Zafran duduk tersandar di atas sofa.
Rasa malu menyerbu wajahku semula.Dengan perlahan menghampirinya.
"Maaf pasal tadi.Aku terlalu over sampai lupa diri",kataku perlahan.
Zafran yang sedang menutup matanya membuka kelopak matanya perlahan.
"Tak pe,aku suka sebenarnya.Lagu pun nak malu apa.Aku kan suami awak.Tak haram pun tengok",usik Zafran.
Wajahku terasa panas menahan malu.
"Nak air tak,aku ambilkan air suam untuk awak"kataku cuba mengalihkan topik perbualan.
Aku tak nak Zafran terus berbual tentang diriku itu.
"Pandai juga awak tukar topik kan.Malu la tu",usik zafran masih belum puas mengusik aku.
"Awak nak ke tak.kalau tak,aku naik tidur",jawabku geram dengan Zafran.
"Aku nak,nak awak",usik Zafran lagi.
Gigi aku ketip tanda geram.
"Awak ni tak reti bahasa Yee,tak pe,terus cakap g,baik aku naik",bisikku dalam hati.
Aku lantas berlalu meninggalkan Zafran.Namun Zafran lebih pantas menarik tanganku itu.
"Okay, okay,aku gurau je.Aku nak air.Tekak rasa haus",kata Zafran sambil memegang tekaknya.
Aku tersenyum memandang Zafran.
"Tau takut,teruslah sembang perkara-perkara cam tu.Aku naik tidur terus",kataku cuba mengugut Zafran.
Zafran tersengih memandangku.Tanpa membuang waktu,aku lantas berlalu ke dapur untuk mengambil air suam buat Zafran.
"Ni air awak,minumlah",pelawa ku sambil meletakkan segelas air suam di hadapannya.
"Thanks sayang",jawab Zafran ringkas.
Zafran lantas mencapai gelas yang berisi air suam itu dan meminumnya.
"Dah lewat sangat ni.Aku dah nak tidur.Esok nak bangun awal",kataku perlahan sambil memandang Zafran.
"Esok cuti boleh?.Temankan aku kat rumah.Lagi pun penatlah sayang.Boleh lah",pujuk Zafran.
Aku memandang Zafran sekilas.
"Mana boleh cuti sembarangan.Nanti apa pekerja lain cakap",jawabku.
"Peduli la apa orang nak cakap.Aku ni bos kat syarikat.Awak tu isteri aku.Aku nak suruh cuti tu hak aku.Bukan gaji mereka aku potong pun",terang Zafran.
"Tapi".
"Ah!.tak de tapi,tapi,esok awak cuti.Tak de bantahan",kata Zafran mula mengeluarkan kuasa vetonya itu.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku melihat sikap Zafran.
"Yela.Tapi,aku kena tidur lah sekarang,mata ni dah ngantok sangat",rungutku.
Zafran tersengih memandang aku.Ikutkan kata hati,dia belum puas untuk menatap aku,namun dia tahu kalau aku mengantuk.
"Okaylah,aku pun nak naik ni.Nak mandi.Badan pun melekit dah.Siap urusan terus balik,tak sempat nak mandi",luah Zafran.
"Okaylah,jumpa esok pagi Yee.Aku naik dulu",kataku sambil berdiri dan meninggalkannya.
Zafran memandang aku tak berkelip.
"Amboiii,laju je jalan.Tak tunggu aku langsung",tegur Zafran.
Senyuman terukir di bibirnya.
Aku tak mempedulikan kata-kata Zafran.Aku hanya berlalu menaiki tangga menuju ke kamar ku.Melihat aku tidak menjawabnya,Zafran juga berlalu menuju ke kamarnya.
********
Sudah tiga hari Dato' Mazlan ke luar bermakna sudah tiga hari juga Datin Aida terpuruk di dalam banglo besar itu.Tiga hari juga dia sering memberi alasan kepada Sofia dan beberapa temannya untuk tidak keluar bersama dengan mereka.Datin Aida sebenarnya ingin sahaja keluar namun dia tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk berbelanja dan membeli minyak kereta.Keadaan itu membuatkan Datin Aida benar-benar tertekan.Sepanjang hari duduk di dalam rumah bagaikan setahun lamanya dirasakan oleh Datin Aida.Sudah ratusan kali dia cuba menelefon suaminya namun,hanya peti suara yang menjawabnya.Fikirannya benar-benar buntuh.
"Bagaimana aku harus mendapatkan duit ni",fikirnya.
Kakinya melangkah ke sana ke mari cuba memerah otak mencari jalan keluar.
Dia melihat di atas meja,beberapa barang kemas yang dibongkarnya berselerak di atas meja.Barang kemas miliknya jika dihitung nilainya mungkin mencecah berjuta ringgit.
Pagi tadi dia sudah mengeluarkan kesemua barang berharga miliknya kerana dalam fikiran Datin Aida,dia ingin mengadaikan beberapa barang kemas miliknya untuk mendapatkan duit,kerana hanya itulah sahaja jalan yang dia ada untuk mendapatkan duit.
"Tapi,kalau nak gadai sayang pula emas-emas aku ni.Beli berpuluh ribu ringgit,takkan nak gadai pula",fikir Datin Aida.
"Dah la kebanyakan barang kemas ni aku import.Aduhhh sayangnya",bisiknya lagi.
"Aduhhhhhh,matilah aku macam ni",marah Datin Aida.
Tangannya memukul-mukul kepalanya perlahan.
"Tapi,kalau aku tak ada duit,bagaimana aku nak keluar,nak pergi berbelanja.Lagi pun,duduk terpuruk dalam rumah ni buat aku stress je",rungut Datin Aida.
Datin Aida melangkah perlahan ke atas katilnya.
Punggung di laburkan di atas tilam empuk miliknya dan Dato' Mazlan.
"Kalau aku gadai pula,malu lah aku kalau ada kawan-kawan aku nampak.Tak pasal-pasal jadi bualan hangat mereka.Kalau kena wartawan yang terserempak dengan aku saat nak gadaikan perhiasan aku ni,tak pasal-pasal keluar muka depan majalah harian.Isteri seorang ahli perniagaan berjaya mengadaikan barang perhiasannya.Mesti jadi spekulasi nanti",kata Datin Aida lagi.
"Ahhh!!!!Sakit kepala aku nak fikir!",bentak Datin Aida kuat.
Sebuah pasu bunga hancur di hempas oleh datin Aida ke atas lantai kerana terlalu geram.
"Ni semua orang tua tak berhati perut tu punya pasal.Kalau nak pergi bercuti pun,tak payahlah sekat semua kad kredit aku!",marah Datin Aida.
Dia masih tidak menyedari bahawa semua itu sudah dirancang oleh suaminya itu.
Beberapa ketika, Datin Aida terus memerah otaknya mencari cara untuk mendapatkan duit.Sebuah senyuman manis tiba-tiba terukir di bibirnya.
"Kenapa aku tak fikir dari awal lagi Yee.Zafran kan masih ada di sini.Kenapa aku tak minta padanya sahaja",bisik Datin Aida.
Sebuah senyuman senget terukir di bibirnya.
Hatinya berbunga riang setelah mendapat jalan terbaik untuk mendapatkan wang.
Datin Aida lantas bangun dan menyimpan semula barang-barang kemasnya ke dalam kotak yang telah dia khaskan untuk menyimpan semua barang kemas miliknya itu.
"Selamat barang kemas aku",bisik Datin Aida.
Senyuman di bibirnya semakin lebar.
*******
"Awak memang tak de kerja ke?.Dah beberapa hari ni awak ke sini je?",tanya Zamri apabila melihat Natasha yang sedang memandangnya membaiki kereta milik Natasha itu.
"Tak kerja,kenapa?.Awak tak suka aku datang sini ke?",tanya Natasha sedikit terasa dengan pertanyaan lelaki itu.
Wajahnya sedikit masam.
"Tak,bukan macam tu,tapi aku cuma hairan je.Yalah,awak kan muda lagi,takkan tak kerja,tak sekolah g", terang Zafran.
Dia cuba menenangkan hati gadis itu agar tidak marah dengan kata-katanya itu.
Natasha mendengus perlahan.
"Kalau awak tak suka aku datang sini tak pelah.Aku tak datang lagi.Ke awak takut girlfriend awak hari tu marah?",teka Natasha.Nadanya sedikit cemburu.
"Tak lah,bukan macam tu.Aku tanya je.Janganlah marah",pujuk Zamri perlahan.
Zamri cuba memujuk Natasha.Takut andainya tersalah kata dan gadis itu marah,pastinya dia akan cari jalan untuk musnahkan kerjayanya itu memandangkan keluarga gadis itu berada dalam golongan orang-orang yang pengaruhnya sangat besar dalam dunia perniagaan.Perkara itulah yang paling ditakuti oleh Zamri.
Natasha tidak berkata apa-apa setelah mendengar kata-kata dari Zamri.Dia tahu,Zamri sememangnya tidak menyenangi kehadirannya di sana.Dia juga dapat membaca reaksi wajah Zamri setiap kali dia datang bertandang ke tempat kerjanya.Oleh kerana keterujaannya untuk mengenali lelaki itu,dia cuba mengabaikan penerimaan lelaki itu terhadapnya.
"Hai zam",sapa Sofia sebaik sampai ke bengkel milik lelaki itu.
Zamri,Natasha dan beberapa pekerja yang lain terkejut dengan sapaan Sofia yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.Zamri seakan tidak percaya dengan kehadiran Sofia ke bengkel itu.
"Kenapa pandang Sofia macam tu?",tanya Sofia apabila melihat Zamri yang tidak berkelip merenung dirinya.
Menyedari keterlanjurannya,Zamri lantas mengalihkan pandangannya memandang Natasha.Natasha tidak senang dengan kehadiran Sofia di sana.Hatinya sedikit gelisah.Apatah lagi gadis di hadapanya itu merupakan kekasih Zamri.
"Tak!.Aku cuma hairan awak datang ke sini.Rasanya last awak datang kat sini beberapa minggu lepas.Tak Sangka pula awak datang hari ni",terang Zamri
Sofia tersenyum manis memandang Zamri.
Pandangan matanya terarah ke arah gadis di sebelah Zamri
sebelum mengarahkan pandangannya semula ke arah Zamri.
"Laa nak hairan apa.Tak salah kan aku nak jumpa kekasih aku kat sini.By the way,siapa perempuan ni?",tanya sofia.
Hatinya tertanya-tanya siapa gadis di samping Zamri itu.Hatinya sedikit cemburu.Walaupun kenyataannya tidak mencintai Zamri,namun dia juga berperasaan cemburu jika ada perempuan lain yang cuba mendekati lelaki di hadapannya itu.
"Owh,kenalkan ini Natasha,customer kat sini.Ni kereta dialah yang tengah buat sekarang",terang zamri sambil menunjukkan kereta mewah di hadapannya itu.
Sofia memandang Natasha dari bawah ke atas.
"Tengok cara pemakaian dia,tak nampak macam orang berada.Tapi pakai kereta mewah.Siapa perempuan ni Yee?",fikir Sofia.
Matanya terus meneliti setiap inci penampilan Natasha.
"Owh,customer sini ke?.Memangnya dia mampu bayar ke semua kalau dah siap.Jangan pula hutang nanti",sindir sofia.
Sofia tersenyum agak menyindir.Dia merapatkan dirinya ke arah Zamri sambil tangannya memeluk leher Zamri manja.Sofia cuba menunjukkan kepada Natasha bahawa mereka adalah pasang kekasih yang romantik.
Natasha menjeling Sofia tajam.Dia benci dengan sifat Sofia yang agak keterlaluan itu.
"Aku dapat bayar ke,tak dapat bayar ke,suka hati akulah.Aku tak dapat bayar kau nak tolong bayar ke?",sindir Natasha.
Wajahnya masam memandang Sofia.
Sofia agak tercabar dengan sikap Natasha itu.Giginya diketipkan menahan marah.Namun dia cuba bersikap biasa walaupun hatinya saat itu sedang membara.
"Alah,kalau setakat 10k nak bayar kerosakan kereta ni,macam kacang je.10 kereta pun boleh.Tapi tu lah,buat apa aku nak buang duit untuk orang yang aku tak kenali.Lagi pun,tak setaraf,kan sayang",kata Sofia lagi cuba menyakitkan hati gadis itu.
Dia benci andainya ada gadis lain yang ingin mendekati lelaki itu kerana takut andai lelaki itu tak akan melayannya lagi kelak.
"Kau ni apa hal.Tetiba nak cari pasal dengan aku.Aku lapor ngan bos bengkel ni padan muka awak?",marah Natasha.
"Awak relax,relax,tak payah nak besarkan hal ini.Maafkan sikap Sofia tu Yee.Aku minta maaf bagi pihak dia",pujuk Zamri.
Sofia mencebik bibirnya memandang Natasha.
"Yang awak bela sangat pompuan ni nape?.Aku tau lah pompuan ni awek kau.Tapi awak tak boleh lah tak ajar dia cara bersopan dengan pelanggan.Ke awak nak aku lingkup kan bengkel ni?",kata Natasha memberi amaran.
"Buatlah kalau awak berani.Awak ingat awak ada kelayakan ke nak buat macam tu.Awak tau ke bengkel ni milik siapa?",marah Sofia tidak mahu mengalah.
"Stop it Sofia.Jangan buat kacau kat sini.Awak tau tak,Natasha ni pelanggan kat sini.Awak nak jatuhkan nama bengkel ni ke?",marah Zamri apabila melihat kedegilan Sofia.
"No,bukan macam tu lah sayang.Aku cuma tak nak awak rugi.Yalah,datang sini nak minta free services buat pe.Rugi company nanti",terang Sofia lagi tidak ingin mengalah.
"Company rugi ke untung ke,awak nak sibuk apasal.Ni urusan kerja,bukan urusan peribadi.Awak faham tak.Awak datang sini semata-mata nak cari pasal dengan pelanggan untuk apa?.Aku tengok Natasha tak buat apa-apa yang salah pun.Yang awak tiba-tiba nak menyindir Natasha tu buat pe?",marah Zamri lagi.
"Of course lah aku marah.Dia datang sini,duduk dekat kekasih aku.Lepastu tergedik-gedik dekat kekasih aku,siapa tak marah?",jelas Sofia sambil memandang Natasha tajam.
"Owh,kes cemburu rupanya.Kalau beribu perempuan datang bengkel ni untuk repair kereta alamat rugilah company awak.Kesiannya awak Zamri,dapat kekasih macam ni.Campur adukan hal keje dengan personal matter.Sampai bila nak maju?",sindir Natasha.
Zamri tak terkata apa-apa mendengar kata-kata dari Natasha itu.Sememangnya benar apa yang dikatakan oleh gadis itu.
"Kereta aku ni dah tak payah nak sambung repair.Nanti aku call mekanik lain tarik Keta aku Yee.maafkan aku,ni gaji awak selama repair kereta aku",kata Natasha sambil mengeluarkan sekeping cek.Sofia lantas menulis rm sepuluh ribu dalam cek itu dan menyerahkan kepada Zamri.
Terlopong melihat angka yang tertulis di atas cek,Sofia hampir tidak berkata-kata.
"Aku tak boleh terima cek ini Syah.Ini dah terlebih untuk 3 hari kerja membaiki kereta awak ni Lagipun,tak siap lagi",kata Zamri cuba mengembalikan cek tersebut ke tangan Natasha tetapi di rampas oleh Sofia pantas.
"Are you crazy Zam.Dia dah bagi ambil lah.Nak pulangkan balik buat pe.Alah,belum tentu cek ni berisi.Entah-entah cek kosong kot.Saja je dia nak kelabui mata kita.Tunjuk kaya katakan",sindir Sofia.
Natasha tersenyum sinis.
"Dasar perempuan berlagak.Ketara sangat gila harta.Kesian you Zamri.Dapat perempuan berdahi licin.Papa kedana la kau nanti",sindir Natasha sebelum melangkah pergi.
Sofia geram mendengar tuduhan dari Natasha.Dia cuba menarik Natasha untuk menamparnya namun segera di halang oleh Zamri.
"Stop it Sofia.Jangan masuk campur urusan aku.Dan satu lagi,jangan perna cari aku lagi selepas ni.Keluar kau dari bengkel ini",halau Zamri kasar.
Dia sudah tidak sanggup untuk menghadapi gadis di hadapannya itu.
Bukannya dia tidak mencintai Sofia,namun dia juga punya hati dan perasaan.Bagi Zamri, Sofia tidak pernah menghargai setiap detik kebersamaan mereka.Malahan Sofia tidak perna menganggapnya sebagai kekasih.Dia tahu,Sofia juga berlagak menjadi kekasihnya sahaja di hadapan Natasha kerana takut jika perhatian Zamri akan berubah kelak.
"Jangan menyesal Zam.Kerana perempuan itu,awak sanggup halau aku.Aku tak akan maafkan kau",bentak Sofia.
"I Don't care Sofia.Aku sedar aku siapa.So,bagi aku,awak tak ada pun tak rugi hidup aku.Lagi pun,selama ini pun,awak tak perna anggap aku kekasih kau.Kenapa depan orang lain kau berlagak jadi kekasih aku.Atau awak ada motif nak jatuhkan aku?.Dan jika itu betul,awak jangan perna bermimpi pun nak jatuhkan aku,kerana awak tak akan perna berjaya",kata zamri.
Perasaan menyesal menyelubungi hatinya.Menyesal mengenali dan mencintai gadis seperti Sofia.
Sofia lantas pergi meninggalkan Zamri.Perasaan marahnya menebal di kalbu.
"Tunggulah nanti Zam.Kau dah malukan aku.Kau terima pembalasannya",bisik Sofia.
Setelah Sofia dan Natasha menghilang dari bengkel itu,Zamri duduk di atas kerusi plastik yang terletak bersebelahan dengan kereta milik Natasha.
"Stop buat kereta ini Bob.Buat kerja lain",perintah Zamri sebelum masuk ke bilik khas untuknya dalam bengkel itu.
********
Share this novel