Aku lantas ke unit kecemasan apabila mendapat panggilan emergency dari unit itu.Dengan langkah tergesa-gesa aku berlari-lari anak menuju ke unit kecemasan.
Sebaik sahaja sampai di sana,aku lantas menemui doktor Imran yang bertugas di unit kecemasan ketika itu.
"Nama pesakit Norida binti Abdul.Menurut keputusan urine yang diambil,pesakit ini pregnant.Namun keadaan pesakit agak lemah.Berkemungkinan pesakit ini mengalami tekanan",kata Doktor imran.
"Okay-okay faham.Nanti aku akan cek lebih terperinci lagi",jawabku.
Doktor Imran hanya mengangguk perlahan.Sementara itu,aku lantas memasuki bilik yang menempatkan Pesakit yang bernama noraida itu.
"Selamat tengahari puan",ucapku lembut.
Ida yang sedang terbaring lesu mengukir senyum walaupun keadaannya masih kelihatan agak lemah.
"Apa yang puan rasakan saat ini.Maksud aku,ada rasa sakit tak kat mana-mana?",tanyaku.
"Tak rasa sakit kat mana-mana,cuma kepala saya rasa sakit sangat kebelakangan ni.Selera makan pun agak kurang.Semua makanan terasa pahit",jawab Ida lemah.
"Adakah kebelakangan ni,puan stress?.Atau sering berfikir banyak",tanyaku lagi.
Ku lihat gadis dihadapanku itu menarik nafas berat
"Banyak masalah yang saya hadapi kebelakangan ni doktor.Tapi,boleh ke saya tahu,apa masalah saya yang sebenarnya doktor.Boleh tak jelaskannya?",tanya Ida.
Aku tersenyum memandangnya.
"Rupanya dia belum tahu kalau dia sedang mengandung",bisikku dihati.
"Sebelum aku beritahu masalah yang awak hadapi sekarang ni.Saya nak tanya sesuatu.Suami awak tau ke awak masuk hospital?",tanyaku.
Ida mengeleng perlahan.Wajahnya tampak sayu.
"Kenapa tak call dia?. Sebenarnya saya nak beritahu berita ni pada awak dan suami awak sekali",jelasku sambil tersenyum.
Bagiku,mengandung adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri.Dan semestinya berita gembira itu haruslah dikongsi bersama.
"Nanti je lah doktor.Suami saya tak ada di sini.Dia outstation",kata Ida cuba memberi alasan.
"Owhhh,kesian awak.But it's okay.After this,u can tell him",jawabku.
"Doktor,beritahulah saya,apa masalah saya yang sebenarnya",tanya Ida tak sabar.
Namun dihatinya juga agak resah andainya dia memiliki penyakit yang serius.
"Sebenarnya awak mengandung",jawabku.
Ida agak terkejut mendengar berita yang baru sahaja didengarnya itu.Dia sepertinya tidak mempercayainya.
"Betul ke doktor?.Betul ke saya mengandung?",tanya Ida ingin kepastian.
"Yes puan.Awak mengandung.Its been a month",jawabku.
Namun entah mengapa,aku rasakan gadis itu tidak segembira seperti kebanyakan ibu-ibu yang mendengar khabar kehamilan mereka.Hatiku agak hairan.Melihat reaksinya,dia seperti sedang menghadapi masalah.
"Alhamdulillah",ucap Ida perlahan.
Senyuman terukir dibibir pucatnya.
"By the way, tahniah puan.Anak ke berapa?",tanyaku lagi.
"Anak pertama.Dah bertahun lamanya tunggu saat-saat ini.Tapi,",kata Ida tidak menghabiskan ayatnya.
Aku hairan.Mataku tidak lepas daripada terus memandang wajahnya.Ingin tahu apa kesudahan dari ayatnya yang tergantung.
"Tapi,saya pun tak tahu.Sekarang ni saya harus gembira ataupun bersedih",kata Ida menghabiskan ayatnya.
"Puan ada masalah ke?",tanyaku lagi.
"Banyak sangat masalah yang saya hadapi sekarang ni doktor.Tapi,tulah,nak buat macam mana lagi.Baby ni pun dah ada.So,saya kena jaganya sebaik yang mungkin",jawab Ida.Dia mengusap perlahan perutnya dengan sepenuh rasa sayang.Ida sedar,ada nyawa yang sedang tumbuh membesar dirahimnya kini.
Aku sepertinya dapat menebak apa sebenarnya terjadi pada gadis di hadapanku itu.
"Tak pe lah puan.Apa pun masalah yang puan hadapi,puan kena kuatkan semangat tu demi anak dalam kandungan puan tu.Tapi,andainya puan ada masalah,puan kena luahkan pada orang yang puan percayai.Ataupun puan boleh minta khidmat kaunseling.Dalam keadaan sekarang ni,puan tak boleh stress,tak boleh kusutkan pemikiran tu,kerana ia membahayakan kesihatan dan kandungan puan.Puan kena banyak rehat",nasihatku.
Aku sudah temui banyak kes seperti yang sedang dihadapi oleh Ida.Dan perkara itulah yang selalu aku usulkan pada mereka.
"Ye, InshaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk jaga kesihatan saya doktor",jawab Ida.
"Baiklah kalau macam tu.Awak restlah dulu.Saya akan sediakan semua dokumen untuk awak berdaftar dengan klinik kat sini.Pastikan,ikuti temujanji yang ditetapkan.Mungkin awak akan ditahan sampai keadaan awak benar-benar stabil.Buat masa ni,awak rehatlah dulu",kataku memberikan nasihat padanya.
Ida hanya mengangguk tanda faham.
Aku lantas keluar dari bilik pemeriksaan.Meninggalkan Ida sendirian untuk berehat.Sebaik sahaja aku keluar.Datin Ain dan Sofia lantas mendekati aku.
"Doktor bagaimana dengan keadaan Ida?",tanya Datin Ain.
Melihat aku di hadapann mereka,wajah datin Ain dan Sofia agak berubah.Mereka tidak menyangka akan bertemu denganku di ruangan itu.
"Zara",panggil Datin Ain.
Aku tersenyum memandangnya.
"Hai datin.Maaf bertanya.Kenal ke dengan pesakit di dalam tu?",tanya ku formal.
"Owh,Namanya Ida.Pekerja di butik auntie.Zara tak perlulah panggil auntie ni datin.Panggil auntie je",kata Datin Ain.
"Baiklah auntie.Boleh tak Zara bertanya sikit.Ini tentang Ida",tanyaku meminta kebenaran.
"Boleh je.Inshaallah apa yang auntie tau,auntie jawab"jawab Datin Ain ramah.
Ku kerling Sofia disebelah datin Ain.Dia hanya diam tanpa berkata apa-apa.Aku agak hairan.Sikapnya agak berlainan berbanding dengan sikapnya sebelum ini.Namun ku abaikan sahaja.
"Ida ada cerita ke apa-apa pada Auntie tentang suaminya?",tanyaku.
Datin Ain agak terperanjat dengan soalanku.
"Ida dah kahwin ke?.Auntie tak pernah tau pasal hal ni.Lagipun Ida baru je kerja kat butik auntie tu.Tapi apa yang auntie nampak tu,Ida sepertinya menghadapi masalah.Tapi dia tak pernah ceritakan pada siapa-siapa.Dia lebih memilih memendamkan perasaannya",jawab Datin Ain.
"Owh.So,dia tak pernah ceritalah sebelum ni?",tanya ku tidak berpuas hati.
"Ye,Ida memang tak pernah cerita apa pun kat auntie.Ermm,,Zara,boleh tak auntie nak tau apa sebenarnya masalah Ida tu?.Bukan auntie nak masuk campur urusan kehidupannya,tapi,Ida tu kan pekerja auntie.Segala masalah yang dia hadapi auntie kena tau.Andainya dia perlukan pertolongan,InshaAllah auntie akan sedaya upaya membantunya",jawab Datin Ain ikhlas.
"Sebenarnya Ida mengandung.Dah sebulan.Apa yang Zara lihat,Ida sepertinya tertekan.Banyak masalah yang dia pendam.Auntie pun tahu kan situasi yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung ni.Tak boleh stress sangat.Kalau boleh,Zara nak minta tolong kat auntie,berikan semangat pada Ida.Kalau Auntie kenal suami dia,please inform kat dia tentang hal ni",kataku cuba meminta pertolongan pada Datin Ain mengenai masalah yang dihadapi oleh Ida.
"InshaAllah Zara.Auntie akan usahakan.Terima kasih sangat-sangat Zara beritahu auntie hal ini",ucap Datin Ain ramah.
"Sama-sama.Kalau tiada apa-apa lagi.Zara minta diri dulu Auntie,sofia",kataku lembut dan penuh sopan.
"Yela, hati-hati kerja tu.Oh ye,boleh tak auntie lawat Ida sekarang ni?",tanya Datin Ain.
"Boleh-boleh.Dipersilakan",jawabku.
Setelah itu aku meninggalkan Datin Ain dan Sofia.Namun belum jauh aku melangkah,Sofia memanggil ku.
"Zara".
Langkahku terhenti.Aku lantas berpaling memandang ke arah Sofia semula.
Kelibat Datin Ain sudah tiada Kerna datin Ain sudah masuk ke dalam bilik rawatan Ida.Hanya yang tinggal adalah Sofia yang sedang melangkah mendekati ku dengan tongkatnya.
"Apa yang Sofia inginkan dari aku ni.Nak tanya pasal Ida,rasanya semuanya sudah aku jelaskan", bisikku didalam hati.
Aku hanya diam namun tidak terus melangkah.Aku hanya menunggu Sofia yang sudah semakin menghampiri aku.
"Ada apa yang boleh Zara bantu?",tanyaku sebaik sahaja Sofia berada dihadapanku.
"Boleh kita berbual seketika?",tanya Sofia lembut.
Aku memandang jam ditangan ku.Sudah menghampiri waktu rehat.
"Owh.Boleh-boleh.Mari duduk kat kerusi tu",ajakku sambil menuding ke arah kerusi yang tidak jauh dari tempat aku dan Sofia berdiri ketika ini.
Sofia tersenyum dan mengangguk perlahan.
Aku dan Sofia beriringan ke arah kerusi yang aku maksudkan.
Sebaik tiba,aku melabuhkan punggungku di atas kerusi,begitu juga Sofia.
"Maaflah ganggu waktu kerja Zara",kata Sofia.
"Eh tak pe.Lagipun waktu rehat dah hampir tiba.Hanya berbaki dua minit lagi.Apa yang awak nak bicarakan",tanyaku lembut.
"Sebenarnya dah lama aku nak bertemu dengan awak Zara.Tapi belum berpeluang bertemu dengan awak.Hari ini peluang jumpa awak tu ada,so,lebih baik aku teruskan je niat nak sembang sekejap",jawab Sofia.
Wajahnya agak malu-malu namun tidak ditunjukkan oleh Sofia.
"Owh!.Apa yang penting sangat awak nak bertemu dengan aku ni?",tanyaku hairan.Aku juga sebenarnya hairan dengan sikap Sofia.Selalunya Sofia akan bersikap dingin bila sahaja bertemu denganku.Tapi kali ini,dia tidak seperti itu.Sofia hanya berdiam diri ketika aku dan ibunya berbual sebentar tadi.
"Aku sebenarnya nak minta maaf kat awak Zara.Aku banyak buat salah,buat silap kat awak selama ini.Aku menyesal dengan sikap aku pada kau.Aku tau,sukar untuk awak memaafkan aku,tapi aku ikhlas untuk meminta maaf.Aku banyak dosa kat awak Zara.Aku benar-benar minta maaf",kata Sofia.
Dia lantas menggengam jari jemari ku dengan erat.
Aku memandang Sofia dengan pandangan tidak percaya.
"Sejak bila dia berubah ni?.Selalunya ada je kata hinaan,cacian yang dia lemparkan pada aku",bisikku di hati.
"Awak sudi ke memaafkan insan yang pernah cuba menghancurkan rumahtangga awak ni Zara?",tanya Sofia meminta simpati.
Aku tersenyum memandangnya.
"Kita hanya insan biasa Sofia.Insan yang tak lepas dari kesilapan.Aku dah lama maafkan awak.Aku tak perna simpan rasa dendam.Malahan aku bersyukur andainya awak dah sedar akan kesilapan yang pernah awak lakukan.Sedangkan Allah je maafkan umatnya yang penuh dengan dosa apa lagi kita sesama manusia.Aku tak berhak menghukum awak atas kesalahan yang awak lakukan pada aku dan keluarga aku.Aku maafkan semuanya.Selebihnya kita serahkan pada Allah je",jawabku ikhlas.
"Terima kasih Zara.Sesungguhnya awak seorang yang baik hati.Zafran sungguh beruntung memiliki isteri seperti awak.Sejujurnya aku amat iri pada awak.Awak begitu sempurna",puji Sofia.
"Tiada manusia yang sempurna Sofia.Aku juga sama seperti awak,mempunyai kesilapan,banyak buat salah.Apa yang penting,azamkan kat hati tu untuk berubah",jawabku.
"Aku sebenarnya Malu dengan awak Zara.Malu bertemu dengan awak.Malu dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan",luah Sofia hiba.
Aku menepuk perlahan belakang Sofia.Cuba memujuknya.
"Malu tak membawa sebarang erti pada kehidupan kita Sofia.Malahan malu hanya memberi kita kerugian yang besar pada hidup kita.Aku sebenarnya bangga akan awak,awak mampu menepis perasaan malu awak itu untuk datang berjumpa dengan aku memohon kemaafan.Itu menunjukkan awak ikhlas dalam perbuatan awak ni",jelasku.
"Betul ke awak ikhlas maafkan aku?",tanya Sofia mengulangi pertanyaannya lagi.
"Aku ikhlas maafkan awak Sofia.Buang yang keruh ambil yang jernih",jawabku jujur.
"Terima kasih Zara.Thank you so much.Boleh tak lepas ni kita jadi kawan?",tanya Sofia gembira.
"Boleh je.Mulai hari ni kita jadi kawan.Tak nak bermusuhan lagi.Awak boleh je datang bertemu dengan aku bila-bila masa je",kataku mempelawanya.
Jawabanku membuatkan hati Sofia lega.
"Terima kasih Zara.Owh ye,sampaikan salam kemaafan aku pada Zaf.Katakan pada dia,aku benar-benar inginkan kemaafan dari dia.Aku dah menyesal.Tolong sampaikan pada Zaf ye",kata Sofia lagi.
"InshaAllah nanti aku sampaikan.Awak jangan fikirkan hal ni lagi.Apa yang penting sekarang ni,mulakan kehidupan yang baru.Kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.Yang penting,sentiasa ingat pada Allah.Inshaallah,semuanya akan dipermudahkan oleh Allah urusan kita didunia serta diakhirat",pesanku.
"InshaAllah,Aaminn",kata Sofia.
"Okay lah Sofia,aku kena gerak dulu.Masa rehat dah hampir habis.Ada masa,kita jumpa lagi.Aku minta diri dulu",kataku.
Aku lantas berdiri.
"Baiklah Zara.Terima kasih sudi luangkan masa bersama aku.Hati-hati kerja tu.Aku pun nak join mama dulu kat dalam tu.Hendak berbual dengan Ida sebentar",kata Sofia.
Aku hanya mengangguk faham.
Setelah bersalaman dengan Sofia.kami berlalu menuju haluan masing-masing.
*******
"Cuba teka syg jumpa siapa tengahari tadi?",tanyaku pada Zafran.
Senyumanku terukir memandang Zafran.
Zafran yang sedang menyandar sambil membaca suratkhabar disebelahku memandang aku.
"Manalah abg tau kalau syg tak bagitahu.But!,jangan kata pada abg,syg jumpa doktor yang hensem dari abg?",kata Zafran tiba-tiba.
Mataku besar memandang Zafran.
"Apalah abg ni!.Ke situ pula fikiran abg",jawabku geram.
"Habis tu,syg jumpa siapa kat hospital tadi kalau bukan pesakit dan juga doktor-doktor kat sana?",tanya Zafran.
"Syg jumpa sofia abg.Jumpa Sofia!",ulangku.
Kali ini giliran Zafran terkejut.
"Owh ye ke?.Kenapa boleh berjumpa dengan dia pula.Jangan kata dia mengandung?",kata Zafran cuba menduga.
"Ishh abg ni Selalu berfikir negetif.Tak baik tau",marahku.
"Habis tu,dia jumpa sayang kat hospital tu buat apa.Bukan ke orang yang jumpa Syg tu selalunya ibu mengandung dan ibu yang ada anak kecil tu?",tanya Zafran.
"Abg,abg.Sofia datang bukan sebab dia mengandung ke,ada anak.Jumpa secara kebetulan je lah",jawabku geram.
"Owh, bagitau lah awal-awal.Tengok tu,dah jauh melahu fikiran abg",kata Zafran sambil ketawa.
"Hah!.Tulah abg.Suka sangat fikir bukan-bukan.Dosa tau.Tak baik buat begitu",nasihatku.
"Yela,yela.Abg salah.Nii,dia jumpa syg buat pe.Dia serang syg ke?.Marah syg ke?",tanya Zafran bertubi-tubi.
"Adoiii abg ni.Tak serik-serik dengan andaian pelik abg tu.Dia datang dengan mak dia.Hantar pekerja yang jatuh pingsan masa berkeja.Bukannya datang serang syg.Kolot betulah fikiran abg ni",marahku lagi.
"Abg bukan apa.Tapi dah masak dengan sikap Sofia tu.Asyik cari gaduh je.Tambahan pula dengan syg abg ni.Semua tu tak padam kat kepala otak abg ni tau.Masih jelas kat ingatan Abg ni segala perbuatan dia yang keji tu",,jawab Zafran geram.
"Tak baik bersangka buruk pada orang abg.Tak semestinya orang yang pernah berbuat salah tu akan selamanya akan buat kesalahan.Ada ketikanya mereka akan sedar dari kesilapan yang pernah mereka lakukan.Macam tu juga dengan Sofia",jelasku.
"Tapi,mampu ke Sofia berubah.Abg tengok,macam mustahil sangat untuk dia berubah.Hati dia tu dah macam batu tau.Sukar untuk berubah",jelas Zafran tidak mengalah.
Dia sebenarnya masih sukar untuk memadamkan kisah yang pernah Sofia lakukan pada dirinya dan juga pada rumahtangganya dulu.
"Abg,jangan menilai seseorang pada luarannya je.Luarannya tak mungkin sama pada dalamanya.Sedangakan terumbu karang boleh je pecah terkena pukulan ombak,apatah lagi hati manusia.Luaran Sofia tu nampak je keras,Tapi kenyataan dia juga memiliki hati yang agak lembut",jelasku.
"Ye ke macam tu.Macam mna syg tau?",tanya Zafran masih tidak berpuas hati.
"contohnya je tengahari tadi.Dia datang jumpa syg,minta maaf atas semua kesilapan yang pernah dia lakukan.Bersungguh-sungguh dia memohon kemaafan dari syg.Dan juga pada abg.Dia dah menyesal atas semua kesilapannya",jelasku.
"Syg tau ke dia ikhlas untuk memohon keampunan.Manalah tau dia hanya berpura-pura je.Cuba mengaburi mata syg atas kebaikan yang dia lakukan",terang Zafran.
"Abg ni,cubalah berfikir positif sikit.Jangan buat andaian pada sesuatu yang kita tak tahu.Itu berdosa.Asalkan dia dah datang minta maaf.Itu dah memadai .Ikhlas ke tak ikhlas ke,itu urusan dia Ngan Allah.Siapa kita untuk menentukan keikhlasan dia",jawabku lagi.
Kali ini Zafran tidak berkata apa-apa lagi.Dia sedar, kata-kataku semuanya benar.
"Yela,abg salah.Habis tu,syg maafkan dia ke atas kesilapan yang dia dah lakukan pada syg.Rasabya besar sangat salah dia pada syg.Syg pun tahu kan, rumahtangga kita hampir goyah hanya kerana dia",kata Zafran.
Aku memandang Zafran.
"Abg.Allah je maha pengampun.Sebesar mana pun dosa umatnya,Allah pasti memberi keampunan asalkan sahaja umatnya kembali bersujud pada Allah.Inikan pula kita manusia biasa,yang penuh dengan dosa.Takkan tak memberi maaf.Siapa kita untuk tak memaafkan dosa sesama manusia?.Syg maafkan semua kesalahan yang pernah dia lakukan pada syg.Itu yang seharusnya syg lakukan kan?.Selebihnya biar Allah tentukan",jelasku.
"Betul tu.Abg setuju.Syg tau tak.Abg bangga sangat miliki syg sebagai suri dihati abg.Syg bukan je baik hati,malahan syg memiliki hati yang suci.Tak semua orang mampu miliki keperibadian seperti syg",puji Zafran.
Aku tersenyum memandangnya.
"Kalau macam tu,abg kena contohi syg lah.Memaafkan semua kesalahan yang Sofia lakukan.Tapi ingat,memaafkan seseorang tu biarlah dengan hati yang terbuka.Dan yang paling penting,niat memaafkan tu ikhlas",jelasku lagi.
"Ye,abg faham.Abg pun sebenarnya dah lama maafkan dia.Dari dahulu lagi abg dah maafkan.Mak dia pun dari awal lagi dah datang minta maaf kat abg.Syg je tak tau",jelas Zafran.
"Ye ke?. Alhamdulillah kalau macam tu.Apa pun,kita doakan yang terbaik buat mereka je.Semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah",kataku sambil menadah tangan untuk berdoa.
"Aaminn".
Zafran pula mengaminkan doaku.
Aku dan Zafran saling berpandangan.Senyuman tetap terukir di bibir.
******
"Betul ke mak Ngan ayah Zaf tu nak datang bercuti kat sini?",tanya Ibu pada ayah malam itu.
Ayah yang sedang membersihkan cermin matanya hanya fokus pada kerjanya sahaja.
"Tak tau lah.Tapi itu yang Zara beritahu kat abg pagi tadi",jawab ayah.
Matanya tetap fokus pada kaca matanya itu.
"Sebenarnya saya risau bang",jawab ibu meluahkan kebimbangannya.
"Laa,nak risau sebab apa pula.Kan elok mereka datang.Boleh lah merasa suasana kampung ni",jawab Ayah.
Dia menyarungkan cermin matanya semula sebaik sahaja selesai membersihkannya.
"Sebab suasana kampung lah saya risau bang.Abg ingat tak tingkah laku mak mertua Zara tu dulu,semasa majlis Zara tu.macam cacing kepanasan",jelas Ibu.
"Eh,eh awak ni.Benda yang lepas jangan dikenang.Sekarang ni kan,mereka sendiri yang nak datang sini.Bukannya kita jemput pun.Kalau rasa tak selesa,itu hal Dorang je.Kita tak perlu masuk campur pun.Biar Zara Ngan Zafran tu je yang uruskan",jawab Ayah.
"Sebenarnya,saya malu la bang.Awak tengoklah sendiri perbezaan rumah kita dengan rumah banglo milik keluarga Zafran tu.Bagaikan langit dan bumi bezanya.Segan sangat aku ni",luah ibu lagi.
"Nak segankan apa,di mata Allah kita semua sama je.Yang membezakan kita tu amalan kita.Bukannya pada harta kekayaan yang hanya sementara tu.Walaupun kaya didunia,tak semestinya kaya pada pandangan mata Allah.Dan yang miskin ni,tak semestinya miskin pada pandangan Allah.Kadangkala,yang miskin harta tu lah yang kaya di mata Allah.Dan jika kaya di dunia,kaya juga di akhirat,itu yang lebih baik",nasihat Ayah pada ibu.
Ibu menunduk memandang lantai.Kata-kata Ayah sememangnya benar belaka.
"Maafkan aku bang.Tak sepatutnya saya berfikiran sejauh tu.Apa yang ada pada kita sekarang ni,dah bersyukur sangat.Walaupun tak kaya pada harta, sekurangnya kaya pada budi bahasa",jelas ibu.
"Hah!.Tau pun.Dah,sekarang ni,tak perlu serabutkan fikiran tu dengan fikiran yang tak berguna.Lebih baik awak tidur,fikirkan apa yang harus awak lakukan esok.Fikir apa yang perlu awak sediakan untuk menyambut besan awak tu",nasihat Ayah.
"Yela.Abg pun janganlah tidur lewat sangat.Tak baik untuk kesihatan abg tu.Owh ye,lupa nak beritahu abg,Zarul ada call pagi tadi.Jumaat ni,Zarul balik.Dia nak abg jemput dia.Katanya dia sampai kat Airport tu sekitar jam 1 tengahari.Abg datang awal sikit ye",pesan Ibu.
"Nanti,pagi jumaat tu,ingatkan abg lagi.Takut lupa pula.Yela,abg ni kan dah semakin tua,ingatan pun tak kuat lagi.Kena selalu diingatkan supaya tak lupa",jelas Ayah.
"Nanti,pagi jumaat saya ingatkan abg lagi.Okaylah,saya dah nak tidur ni.Abg pun tidur lah.Jangan lupa tutup lampu tu sebelum tidur",pesan ibu lagi.
"Yela,yela.Awak tidurlah dulu.Kejap lagi abg tidur.Nak ambil wuduk kejap.Awak tidurlah dulu",kata ayah.
Dia lantas bangun keluar dari bilik untuk mengambil air sembahyang.
******
Azman duduk di sebuah kerusi berhadapan meja kaunter di kelab malam itu.Sudah beberapa hari dia keluar masuk di berlainan pun untuk mencari Sofia.Kerinduannya pada Sofia sudah tidak mampu dibendung lagi.Sudah berminggu-minggu lamanya Azman tidak dapat menghubungi Sofia.Dan sudah dua minggu dia tidak kembali ke rumahnya.Malahan dia tidak ambil peduli tentang isterinya yang ditinggalkan dua minggu yang lalu.Malahan dia juga tidak pernah cuba menghubungi Ida.Bertanya khabar pun dia tidak pernah.Difikirannya hanyalah Ida baik-baik sahaja walaupun dia tidak kembali kerana wang yang dibelanjakan olehnya pada ida sudah banyak.Malahan jika dihitung,tak akan habis jumlah itu walaupun berbelanja setahun lamanya.
Matanya meliar memandang sekeliling pun itu.Dia berharap agar dia bertemu dengan Sofia di sana.Namun sekali lagi dia hampa.Hampa seperti malam-malam sebelumnya.Kelibat Sofia langsung tiada.
"Awak dah ke mana syg.Tak rindu pada aku ke?",bisik Azman di hati.
Dia benar-benar kecewa saat itu.
Azman mencapai Gelas kaca berisi arak dan lantas meneguknya.
"Mengapa saat aku perlukan diri awak syg,awak tiada.Syg tau tak,betapa hati ini mendambahkan syg setiap saat.Kembalilah pada aku syg.Aku janji,apa pun yang syg inginkan,aku akan tunaikan",kata Azman perlahan.
Muzik yang begitu kuat memenuhi seluruh kelab itu langsung tidak diendahkan olehnya.Apa yang ada difikirannya hanyalah Sofia,Sofia dan Sofia.Sedetikpun fikirannya pada isterinya sudah tiada lagi.Dia sudah benar-benar mabuk akan cintanya pada Sofia.
"Ahhh!.Bosannya!",rungut Azman.
Dia lantas berdiri dan mengeluarkan beberapa keping duit rm50 dari Dompetnya dan membayar harga minuman yang diminumnya sepanjang berada di kelab itu.
Bagi Azman,dia benar-benar bosan saat itu.Mood untuk berseronok hilang.Kecewanya pada Sofia melebihi segalanya.
Dengan langkah perlahan,Azman keluar meninggalkan kelab malam itu.
"Sofia,walau di mana pun awak berada sekarang ni,aku harap awak tak lupakan aku.Andai satu saat nanti,awak perlukan aku,kembalilah pada aku.Aku akan menerimamu",bisik Azman sambil melangkah ke arah keretanya.
Sebaik sahaja sampai ke kereta,Azman lantas masuk dan mengunci keretanya dari dalam.Dia menyandar lama dikerusi dan berfikir.
Kenangan bersama Sofia bertandang memenuhi kotak fikirannya.
Tiba-tiba Azman menjadi marah.Hatinya geram.
"Dasar perempuan murahan!.Datang bila perlu.Bila dah hidup senang mula lah tunjuk taring.Mula dah lupa diri.Dasar tak tahu malu!",hentak Azman geram.
Di hentaknya stering keretanya kuat.
"Perempuan mata duitan.Nampak betul belang awak tu Sofia.Datang merayu,mengoda semata-mata nak kikis harta aku.Bila dah dapat duit banyak,jumpa lelaki yang lebih kaya,mula lah sombong.Tak pedulikan aku.Bodoh.Sial!",bentak Azman lagi.
Dia benar-benar marah.Api kebenciaannya pada Sofia meluap-luap di hatinya ketika itu.
"Aku akan cari kau sampai lubang cacing Sofia.Tunggu aku!",kata Azman lagi.
Dia lantas menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan kelab malam itu.
********
Awal pagi lagi,Sofia dan ibunya datang melawat Ida di hospital.Sofia tidak sempat berbual dengan Ida kelmarin kerana sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang ditempatkan untuk Ida,Ida sudah tertidur.Ibunya juga turut menghalangnya untuk mengejutkan Ida kerana Ida perlukan rehat yang secukupnya.
"Asalamualaikum Ida.Bagaimana keadaan awak hari ni?",tanya Datin Ain sebaik sahaja punggung dilabuhkan di atas kerusi tetamu bersebelahan dengan katil Ida.
"Walaikumsalam puan.Dah semakin baik",jawab Ida.
Wajah cengkung Ida dipandangnya penuh simpati.Ditatapnya mata Ida yang bengkak seperti baru sahaja berhenti menangis.
"Ida,Ida menangis ke?.Kenapa mata tu bengkak je?",tanya Datin Ain.
Sofia yang berdiri disebelah ibunya turut memandang Ida simpati.
Air mata Ida kembali mengalir.Entah mengapa sejak kebelakangan ini,mudah sangat untuk dia mengalirkan air matanya.Hatinya mudah tersentuh.Ida tidak menjawab pertanyaan datin Ain.Tangannya sahaja yang mengusap perlahan perutnya yang masih tidak kelihatan.
"Ida tak boleh sedih nak.Kesian kat baby dalam perut tu",nasihat Datin Ain.
"Bagaimana Ida tak sedih puan.Hidup Ida terasa kosong.Bagaimana untuk Ida teruskan hidup Ida dengan anak ini kelak.Suami Ida dah tinggalkan Ida",jawab Ida hiba.
Air matanya mengalir deras dipipinya.
"Ida janganlah risau.Aku dan Sofia boleh jaga Ida",pujuk Datin Ain.
Sofia di sebelahnya mengangguk sama.
"Ida sedih sangat.Puan tau tak,selama ini,suami Ida inginkan cahaya mata.Tapi entah mengapa Allah tak berikan Ida redzki anak saat suami Ida masih disisi Ida.Tapi mengapa,setelah suami Ida tinggalkan Ida,abaikan Ida sendirian,barulah Allah beri anak ini pada Ida.Apa salah Ida sebenarnya?",tanya Ida.
Air matanya tetap sahaja mengalir di pipinya.
"Sebenarnya suami Ida ada kat mana sekarang.Biar Sofia datang bertemu dengan dia.Bertanya langsung pada dia mengapa Teganya dia meninggalkan ida?".
Kali ini giliran Sofia bersuara.
Hatinya tiba-tiba geram memikirkan lelaki itu yang tidak bertanggungjawab pada isterinya.Apatahlagi dengan keadaan Ida yang sedang mengandung.
Ida memandang Sofia dengan pandangan mata yang sayu.
"Bagaimana aku hendak beritahu awk Sofia,sedangkan awak adalah punca keretakan rumahtangga aku dan Azman?.Bagaimana harus aku mengatakannya",bisik Ida di hati.
"Betul kata Sofia tu Ida.Ida beritahulah di mana suami Ida sekarang ni.Inshaallah,aku dan Sofia akan berusaha menghubunginya",kata datin Ain menyokong kata-kata Sofia.
Ida mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak mungkin puan.Suami Ida tak mungkin akan kembali pada Ida lagi.Hati dia bukan untuk Ida lagi.Hati dia milik orang lain"jawab Ida sayu.
"Hah!.Maksudnya suami Ida ada perempuan lain?",tanya Sofia seakan tidak percaya.
Ida tidak menjawab kata-kata Sofia.
Hatinya bertambah sakit dengan ucapan Sofia itu.
"Lelaki tak guna.Kalau Sofia tahu siapa perempuan itu,Sofia pasti akan marah dia habis-habisan",jawab Sofia tiba-tiba.
Entah mengapa Sofia sangat beremosi dengan cerita yang baru didengarinya itu.
Datin Ain menggenggam jari jemari Ida erat.
"Sabarlah Ida.Ada hikmah di balik semua ni.Pasti akan ada sinar kebahagiaan buat Ida kelak",pujuk Datin Ain.
Ida mengangguk perlahan.
Sofia terdiam sejenak.Entah mengapa dirinya merasakan Ida sepertinya tidak ingin berbual dengannya.Apa yang keluar dari mulutnya,langsung tidak diendahkan oleh Ida.Hanyalah kata-kata ibunya yang dijawab oleh Ida.Hatinya tiba-tiba terasa.
"Ida,mengapa aku rasakan,awk sepertinya tak ingin berbual dengan aku?. Sebenarnya ada apa?.Awak kenal ke aku?",tanya Sofia tiba-tiba.
Pertanyaan Sofia mengundang rasa geram dihati Ida.
"Aku memang tak ingin berbual dengan awak sebenarnya",jawab Ida agak kasar.
Jawaban Ida benar-benar buat Sofia dan datin Ain terpegun.Jawaban yang berani Sofia rasakan.
"Tapi kenapa?.Apa salah aku?",tanya Sofia ingin tahu.
Begitu juga dengan Datin Ain.Hatinya juga turut sama tertanya-tanya,mengapa Ida berkata seperti itu pada Sofia.
"Kerana awaklah yang merampas kebahagian aku",jawab Ida dengan beraninya.
Dia sudah tidak mahu memendam apa-apa dihatinya lagi.Selagi perkara itu dirahsiakan oleh Ida,selagi itu lah hatinya tidak tenang.
Air mata Ida laju membasahi pipinya.
Lutut Sofia seakan tak bermaya sebaik sahaja mendengar jawaban dari Ida.
Hampir sahaja Sofia jatuh namun dengan pantasnya datin Ain menyambutnya.
Dia membantu Sofia duduk di kerusi dengan perlahan-lahan.
"Apa maksud Ida?",tanya Datin Ain hairan.
"Maafkan aku puan.Biarlah aku berterus terang.Aku isteri pada Azman.Dan Sofia pasti sangat kenal pada dia.Pada awalnya,hubungan aku dan Azman bahagia.Tapi sejak hadirnya Sofia di hidup Azman, segala-galanya berubah.Kasih sayang Azman pada aku sudah tiada lagi.Janjinya pada aku,semuanya sia-sia,hanya kerana anak puan ni",jelas Ida hiba.
"Betul ke apa yang Ida katakan ni Sofia?.Betul ke?",tanya Datin Ain.
Hatinya benar-benar tidak menyangka bahawa anaknya lah punca semuanya.
"Maafkan Sofia Ida,Sofia yang bersalah",kata Sofia mula teresak-esak.
"Jadi betullah?",ulang Datin Ain lagi.
Sofia menganggukkan kepalanya.
"Astaghfirullahalazim Sofia.Sampai hati Sofia buat begitu.Sofia tengoklah apa dah jadi sekarang ni.Orang yang tak bersalah menjadi mangsa kerakusan Sofia",kata Datin Ain geram.
"Itu dulu mama.Masa itu,Sofia khilaf.Sofia dibutakan dengan ketamakan Sofia.Sekarang ni Sofia benar-benar dah insaf.Sofia dah menyesal.Mama sendiri nampak kan,balasan yang Sofia terima.Kemalangan,patah tulang kaki.Ini semua pembalasan atas dosa yang Sofia lakukan.Sofia minta maaf sangat-sangat Ida.Ampunkan Sofia",ucap Sofia sambil menggenggam erat tangan Ida.Diciumnya berkali-kali tangan lembut itu sambil merayu-rayu meminta maaf.
Air mata Ida masih terus mengalir.Walaupun hatinya sakit pada perbuatan gadis itu,namun dia juga simpati.Kerana dialah,Sofia jadi seperti itu.
"Ida dah maafkan awak Sofia.Ida juga minta maaf",ucap Ida.
Dia tidak sampai hati melihat Sofia menangis merayu memohon kemaafan darinya.
"Awak tak salah apa-apa Ida.Akulah yang bersalah.Aku cuba merampas Azman dari awak.Aku jahat.Aku sebenarnya tak layak untuk terima kemaafan dari awak",ucap Sofia dalam esoknya.
"Aku juga bersalah Sofia.Akulah penyebab kemalangan yang berlaku.Aku upah orang untuk culik awak masa itu.Tapi jujur,aku tak berniat untuk melukai awak.Aku cuma ingin mencari tahu hubungan awak dan Azman.Itu je.Aku tak berniat nak sakiti awak.Apatahlagi merancang kemalangan itu",jelas Ida.
Datin Ain menarik nafas dalam-dalam.Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.Cerita diantara Sofia dan Ida begitu membingungkannya.
"Aku tak kisah hal kemalangan tu Ida.Kemalangan tu tak disengajakan.Tapi,aku lah punca keretakan rumahtangga awak.Aku berjanji akan kembalikan semuanya seperti dahulu lagi.Aku minta maaf",ucap Sofia dan benar-benar berjanji pada Ida.
Ida mengukir senyuman walaupun hatinya saat itu sakit.
"Sudah tiada gunanya lagi.Aku hanya menunggu lafaz talak dari Azman.Sofia,andainya Sofia tidak keberatan,terimalah Azman sebagai suami Sofia.Itu adalah keinginan yang Azman idamkan.Aku sudah berjanji pada Azman untuk satukan awak dan dia",kata Ida.
Digenggamnya erat tangan Sofia.
Berharap agar Sofia menerima permintaannya.
"Aku tak boleh Ida.Aku tak miliki apa-apa perasaan pada Azman.Hati aku pada orang lain",jawab Sofia berterus terang.
Ida terdiam.
"Fikirlah demi kebahagiaan Azman sofia.please",pinta Ida.
Air mata Sofia mengalir laju dipipi.
"Mengapa aku tak sedar kesilapan aku dari dahulu lagi.Tergamaknya aku melukai hati insan yang benar-benar baik.Aku berjanji,aku akan satukan awak dan Azman kembali Ida.Aku berjanji",bisik Sofia di dalam hati.
Share this novel
hi dear
dear..bila nk update lg ni
dear...sedih jgk chapter ni..pg pg lak tu...hu hu hu