BAB49

Romance Series 57282

Datin Aida mundar-mandir di hadapan dewan bedah.Telefon di tangannya sudah beberapa kali dilihatnya.
"Awak tu,duduklah.Tak penat ke dari tadi mundar-mandir je?",tegur Dato' Mazlan apabila melihat isterinya tidak senang duduk semenjak Zafran berangkat masuk ke dewan pembedahan.
"Aku risaulah abg.Dah hampir sejam lebih Zaf duduk dalam tu.Kenapa doktor masih tak keluar lagi?",terang Datin Aida.
Hatinya benar-benar risau.
"Kalau ye pun risau sangat,duduk lah,Zikir banyak-banyak.Ni,kalau ulang alik ke sana ke mari,awak dapat apa.Makin resah adalah.Cuba tenangkan perasaan tu.Doa banyak-banyak agar pembedahan cepat selesai dan anak kita selamat",kata Dato' Mazlan.
Pening kepalanya melihat isterinya tidak duduk diam.Dia yang hanya duduk bertambah risau melihat isterinya seperti itu.
"Perasaan abg tak sama dengan perasaan aku lah.Aku kan ibunya Zaf.Aku yang mengandungkan dia 9 bulan 10 hari dalam perut ni tau.Aku yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang.Beza sangat dengan perasaan yang abg ada",jawab Datin Aida geram.Datin Aida mencebik bibirnya memandang Dato' Mazlan.Geram betul dia memandang wajah suaminya yang tidak mampu memahami perasaannya saat itu.
"Abg faham.Betul-betul faham.Tapi,sikap awak tu tak membantu langsung lah.Buat awak letih adalah.Lagi satu,tak lenguh ke kaki awak tu nanti asyik jalan ke hulu ke hilir dengan kasut tumit tinggi awak tu",perli Dato' Mazlan.
Dia sebenarnya ingin mengalihkan perhatian Datin Aida daripada terus memikirkan pembedahan Zafran ketika itu.Dia ingin,datin Aida tetap tenang untuk menghadapi segalanya.Datin Aida mendengus perlahan sambil memandang suaminya.Dengan perasaan geram,dia duduk di samping suaminya.
"Kan elok macam ni.Tenang sikit pandangan abg.Ni asyik tengok awak mundar mandir di hadapan abg,pening kepala abg tau",kata Dato' Mazlan.
"Owh!.Kalau aku yang mundar-mandir di hadapan abg,abg sakit kepala lah,mungkin kalau gadis cantik yang mundar-mandir di hadapan abg,abg lagi suka kot",marah Datin Aida tiba-tiba.
Senyuman Dato' Mazlan terhenti.Dipandangnya wajah Datin Aida.Dia ketawa tiba-tiba.Lucu mendengar kata-kata Datin Aida sebentar tadi.Datin Aida memandangnya tajam.Satu cubitan singgah di lengan kanan Dato' Mazlan.
"Gelak lagi.Suka la tu kalau sembang bab-bab perempuan lain ye",marah Datin Aida.
Dato' Mazlan masih lagi tertawa.
"Kenapalah fikir sejauh itu awak.Tak perna terlintas sedikit pun hal ini di fikiran abg.Awak ni marah tak bertempat lah",kata Dato' Mazlan setelah tawanya reda.
"Abis tu,tadi cakap pening kepala lah tengok aku mundar-mandir depan awak!",kata Datin Aida.
"Yela,memang abg cakap macam tu pun.Tapi tak semestinya abg suka perempuan lain mundar-mandir di hadapan abg.Come on lah syg.Kita ni dah tua.Fikirlah benda berfaedah sikit.Fikir macam tu,awak sendiri yang sakit.Contohnya,sekarang ni lah,sakit hati tak pasal-pasal.Sebab,andaian awak yang tak betul",nasihat Dato' Mazlan.
Datin Aida menundukkan pandangannya ke lantai.
"Jujur,abg pun risau pasal anak kita tu.Hati orang tua mana yang tak risaukan tentang anak sendiri.Apatah lagi melibatkan nyawa anak sendiri.Sakit tu terasa kat sini",terang Dato' Mazlan sambil memegang dadanya.
Datin Aida hanya memandang Dato' Mazlan sayu.
"Cuma,abg tak nak awak terlalu memikirkan sangat.Abg nak,awak kuat menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.Apa yang penting sekarang ni,kita doa banyak- banyak untuk keselamatan anak kita tu.In Sha Allah,semuanya akan baik-baik sahaja",jelas Dato' Mazlan cuba menenangkan isterinya itu.
Jari jemari Datin Aida di genggam erat.
"Maafkan aku abg sebab berprasangka buruk pada abg.Terima kasih kerana selalu ada untuk memberi aku kekuatan",ucap Datin Aida.
Kepalanya disandarkan di atas bahu Dato mazlan.Dia hanya ingin bersandar seketika untuk mencari kekuatan dirinya.
"Dah,jangan fikir banyak-banyak lagi.Doa banyak-banyak",pujuk Dato' Mazlan sambil mengelus perlahan bahu datin Aida.

*****
Natasha memasuki sebuah kedai menjual telefon bimbit.Dia berhasrat untuk membeli sebuah telefon bimbit untuk menggantikan telefon Chak yang pecah.
"Selamat tengahari cik.Ada apa yang boleh saya bantu?",tanya salah satu pekerja kedai tersebut dengan penuh ramah mesra.Senyuman di bibirnya sentiasa terukir manis.Natasha membalas senyuman pekerja tersebut.
"Aku nak beli sebuah telefon bimbit.Jenama apa yang sedang trend di pasaran sekarang ni?",tanya Natasha ingin tahu.
"Cik boleh lihat jenama kesukaan cik di sini.Tapi,untuk jenama trend sekarang,sy syorkan,cik pilih huawei Y9s,"kata pekerja tersebut sambil mengeluarkan sebuah telefon bimbit berwarna biru laut dan menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada natasha.
"Apa kelebihan telefon ni?",tanya Natasha ingin tahu.
Hatinya sedikit tertawan dengan warna telefon bimbit itu.
"Kelebihan telefon ni banyak cik,Screen penuh bersaiz 6.59 inci dengan resolusi 1080×2340 pixel.Kamera hadapannya menggunakan mekanisme pop up dengan lensa 16 megapixel.Kamera utama pula menampilkan tiga sensor dengan lensa utama 48 Megapixel, lensa sudut lebar 8 Megapixel dan lensa portrait 2 Megapixel.Peranti ini dijana dengan pemproses Hisilicon Kirin 710F, 6GB RAM serta 128GB memori dalaman. Slot tambahan microSD juga disediakan yang boleh di isi sehingga 512 GB",terang pekerja tersebut panjang lebar.
Natasha tergamam mendengar penerangan tersebut.Dia tidak menyangka pekerja tersebut mampu menerangkan kelebihan telefon tersebut dengan begitu baik sekali.
"Wow,hebat juga telefon jenama Huawei Y9s ni ye",puji Natasha.
"Ye,memang hebat.Sebenarnya tak rugi beli telefon jenama ni.Banyak orang yang dah beli.Stok tinggal sikit untuk jenama ni.Untung cik datang dulu",ucap Pekerja itu lagi.
"Good.Kalau macam tu,Aku pilih yang ini je",kata Natasha tanpa membuang masa.
"Sebentar ye cik.Saya tuliskan warranty dulu.Cik boleh duduk dulu",kata pekerja tersebut dengan ramah.
Natasha hanya menganggukkan kepalanya dan terus menunggu.
Setelah,semuanya siap di masukkan ke dalam bakul,Natasha lantas membayar harga telefon tersebut dan lantas keluar dari kedai tersebut.
Hatinya seakan tidak sabar untuk bertemu dengan Chak.Dia ingin memberikan Chak kejutan.
"Harap-harap awak suka telefon bimbit ni.Semoga saja awak tak menolaknya",doa Natasha di dalam hati.
Natasha mengatur langkah menuju ke keretanya.Tangannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang.Natasha terkejut lantas menoleh kearah orang yang menarik tangannya itu.
Zamri tersenyum memandangnya.
"Zam!.Awak buat aku terkejut lah.Ingatkan siapa tadi.Nasib baik tak kena penumbuk tunggal aku ni",kata Natasha sambil mengepal penumbuknya di hadapan Zamri.
Zamri tersenyum memandang gadis di hadapannya itu.Sedikit kasar tetapi comel.
"Kenapa tak sambut call Zam.Chat pun awak tak replay?",tanya Zamri.
"Alah sorry sangat-sangat Zam.Aku sibuk kebelakangan ni.Tak sempat lah nak jawab dan replay chat awak tu.Kerja pejabat,bertimbun sangat.Balik rumah,hanya fikir nak tidur je.Sorry sangat-sangat Yee",ucap Natasha.
"Kenapa Zam rasa,Syah macam nak menghindar dari Zam.Zam ada buat silap ke Syah?",tanya Zamri sedikit tertekan.
Natasha tersenyum tawar.
"Ehhh!,mana ada.Siapa kata cam tu.Tak lah Zam,wat pe Syah dang menghindar dari Zam.Zam kan sahabat Syah.Lagipula,Syah dah anggap Zam sebagai ABANG Syah dah",terang Natasha.
Dia sengaja menekankan perkataan abang itu agar Zamri tidak terlalu berharap padanya.Bagi Natasha,cintanya terhadap Zamri sudah terkubur tiga tahun yang lalu.Zamri sudah menjadi kenangan masa lalunya.Kenangan yang agak sukar untuk Natasha lupuskan di dalam kotak ingatannya.
Zamri menarik nafas dalam-dalam.Entah mengapa terasa begitu sakit di dadanya saat Natasha mengungkapkan dirinya sudah di anggap abang bagi Natasha.
"Syah,tak boleh ke kita mulakan semula dari awal lagi.Macam dulu-dulu",tanya Zamri masih terus berharap.
Sejujurnya Zamri terlalu mengharapkan peluang untuk bersama gadis itu semula.Dia ingin memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukannya satu masa dulu.Walaupun sebenarnya harapan itu amat tipis,lebih tipis daripada selembar kertas,namun dia masih ingin mencuba sedaya upayanya untuk memujuk gadis itu.
"Zam,past is past.Syah dah lupakan semuanya.Sekarang Syah dah ada kehidupan Syah sendiri,begitu juga Zam.Bukan senang untuk move on Zam.Ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Syah dah serik.Sekarang ni,Syah nak fokus pada kerja Syah je.Syah tak nak serabutkan fikiran Syah lagi",terang Natasha.
"Syah,Zam menyesal sia-siakan Syah dulu.Zam buta menilai yang mana satu kaca,dan yang mana permata.Hakikatnya,Zam memilih kaca pada masa itu.Itu adalah penyesalan terbesar Zam Syah.Zam cuma nak bahagiakan Syah je",kata Zamri masih cuba membujuk.
Natasha tersenyum memandang Zamri.
"Kalau benar Zam nak Syah bahagia.Tolong jangan berharap lagi pada Syah.Biarkan Syah hidup bebas dengan cara Syah sendiri.Syah nak,Zam pun move on dari terus mengejar cinta yang belum tentu Zam mampu milikinya lagi",jelas Natasha.
Zamri hanya diam.Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi.
"Zam tetap sahabat Syah dunia akhirat.Awak tau kan,Syah sayangkan awak.Sayang sebagai abg.Dan sayang sebagai seorang sahabat.Hubungan ini akan lebih kekal andai hubungan kita hanya sebatas teman",terang Natasha lagi.
"Syah tak nak,hanya kerana perasaan cinta yang tak kesampaian,akan meretakkan hubungan persahabatan kita.Syah mampu lakukan,kenapa Zam tak?.Syah tau,Zam pasti boleh",kata Natasha lagi.
Zamri memandang wajah Natasha perlahan.Ditenungnya lama wajah cantik milik gadis itu.Hatinya sangat kecewa,namun, kata-kata Natasha juga ada benarnya.
"Baiklah Syah.Zam akan cuba lakukan pe yang Syah inginkan.Andai satu saat nanti,Syah mampu memberi peluang untuk Zam mendampingi Syah,Zam akan bahagia.Andai takdir hanya tertulis untuk kita bersahabat sahaja,Zam akan terima",luah Zamri.
Natasha tersenyum senang mendengar kata-kata Zamri.
"Thanks Zam.Okay lah,Syah dah lewat ni.Ada masa,kita borak lagi ye.Syah kena pergi dulu",kata Natasha meminta diri.
"Yela,apa pun,jaga diri Syah baik-baik ",ucap Zamri.
Natasha menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Bye Zam.Jumpa lagi",ucap Natasha.
Natasha lantas menaiki keretanya.Menghidupkan enjin dan lantas berlalu pergi tanpa memandang Zamri lagi.Zamri hanya memandang kepergian Natasha dengan ekoran matanya sahaja.
"Zam doakan agar Syah bahagia",ucap Zamri sebelum berlalu pergi.

*****

Aku mempercepatkan langkah kakiku untuk ke dewan pembedahan.Setelah menerima panggilan daripada Datin Aida,aku bergegas ke hospital.Aku bersyukur kerana,ibuku datang menziarahi aku dan Misya ketika ini.Sekurang-kurangnya,ibu ada untuk menjaga Misya saat aku keluar.Sebaik tiba di hadapan bilik bedah,aku lihat Datin Aida dan Dato' Mazlan sedang duduk menunggu dengan sabar.
"Asalamualaikum mami,daddy.Maaf sebab agak lambat.Jalan jem tadi",Ucapku.
"Walaikumsalam Zara.Tak mengapa.Zara duduklah dulu",jawab Dato' Mazlan lembut.
Aku melabuhkan punggungku bersebelahan dengan Datin Aida.
"Belum ada berita terkini ke tentang keadaan zaf?",tanyaku.
"Belum ada lagi Zara.Ni dah hampir dua jam menunggu.Tak ada lagi doktor ataupun jururawat yang keluar dari dewan bedah",jawab Dato' Mazlan.
Wajahnya tenang namun aku masih mampu menebak perasaan Dato' Mazlan ketika itu.
Aku cuba berusaha sedaya-upayaku untuk terus tersenyum agar tetap tenang di pandangan mata Dato' Mazlan dan datin Aida.Sejujurnya,aku agak resah sebenarnya.Bohong saja andai aku tidak memiliki perasaan gelisah.Lelaki itu adalah suamiku yang sah.Walaupun sudah la tak bersama namun perasaan mengambil berat tetap ada di hatiku.
"Zara,boleh tak janji dengan mami,andai Zaf selamat.Temanilah dia sehingga Zaf pulih sepenuhnya.Selepas itu,terpulang pada Zara nak buat pe.Mami tak akan menyusahkan Zara lagi selepas itu.Tapi kali ini,berjanjilah akan selalu ada menemani Zaf di kala waktu sukarnya",kata Datin Aida penuh pengharapan.
Aku terdi seketika.Bingung untuk menjawab.Permintaan yang amat sulit untuk aku tunaikan kerana ia melibatkan masa ku.Aku seorang ibu,malah seorang doktor.Masaku sepenuhnya pada pekerjaanku.Masa untuk puteri kecilku sahaja,sudah sangat kurang, apatahlagi di tambah dengan Zafran.Aku sememangnya kehabisan kata-kata untuk menjawabnya.
"Pleasee Zara.Tunaikanlah permintaan mami ni.Mami tau,mami dah banyak menyusahkan Zara,dari dulu hingga kini, tapi,mami merayu sangat-sangat kat Zara.Ini semua demi kesihatan Zafran",terang Datin Aida.
Belum sempat aku menjawab kata-kata Datin Aida.Pintu bilik bedah dikuak.Semua mata tertumpu kearah pintu tersebut dengan perasaan berdebar-debar,perasaan ingin tahu sejauh mana keberjayaan barisan doktor melakukan pembedahan.Chak adalah insan pertama yang keluar dari bilik bedah dan diikuti oleh beberapa pakar yang lain.Aku,datin Aida dan Dato' Mazlan lantas mendekati Chak.
"Doc,bagaimana keadaan anak aku doc?",tanya Datin Aida tidak sabar.
Aku dan Dato' Mazlan juga memandang Chak dan memasang telinga ingin mendengar ulasan terhadap pembedahan tersebut.
Chak memandangku perlahan.Seketika aku dan dirinya saling memandang.Menyedari akan hal itu,aku lantas menundukkan pandangan mataku.
"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar.Pembedahan memasang implan berjaya,Zafran juga selamat",terang Chak.
"Syukur alhamdulillah",ucap Dato' Mazlan dan Datin Aida serentak.Dato Mazlan lantas memeluk tubuh Datin Aida yang sedang menangis kegembiraan.
"Alhamdulillah",ucapku di dalam hati.
Tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan tika itu .Aku tumpang gembira mendengar berita gembira tersebut.
"Doc,bila kami boleh melawat anak kami?",tanya Datin Aida dengan gembira.
"Pesakit masih dalam keadaan lemah dan perlukan banyak rehat.Oleh itu,dia masih direhatkan dalam dewan pembedahan.Apabila semuanya sudah selesai,kami akan menghantarnya semula ke wad",terang Chak.
"Terima kasih doc.Terima kasih kerana berusaha untuk menyelamatkan anak kami.Kami tak tahu nak balas kebaikan doktor",ucap Dato' Mazlan sambil menepuk perlahan bahu Chak.
Chak tersenyum memandang Dato' Mazlan.
"Ini sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai doktor untuk berusaha sedaya upaya kami untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Kami akan cuba buat yang terbaik untuk membantu para pesakit agar kembali sihat seperti sedia kala.Apa yang paling penting adalah doa.In Sha Allah segala urusan akan berjalan lancar sesuai keinginan kita",jawab Chak.
Dato' Mazlan memandang doktor muda dihadapannya dengan penuh perasaan bangga.
"Terima kasih sekali lagi doctor",ucap Dato' Mazlan lagi.
"Sama-sama.Kalau sudah tiada apa-apa lagi,saya minta diri dulu Dato',datin.Kalau ada apa-apa pertanyaan lagi selepas ni,datang je kat bilik saya Yee.In Sha Allah saya akan cuba menjawab segala pertanyaan,segala kemusykilan di hati Dato' ataupun datin",kata Chak.
"Baiklah Doctor",jawab Dato' Mazlan.
Tanpa membuang masa,Chak lantas mengatur langkah meninggalkan kami bertiga.Chak sempat memandangku sekilas namun langsung tidak menegurku.Aku menarik nafas panjang.Aku tahu Chak masih sakit hati terhadap aku.Aku hanya mengekori langkah Chak dengan pandangan mataku sehinggalah bayangan Chak menghilang.
Aku sebenarnya ingin bertegur sapa dengan Chak seperti sebelumnya.Namun Chak sepertinya tidak ingin berbual denganku.Dari mula Chak keluar dari dewan bedah,Chak menganggap ku seperti tidak wujud di pandangan matanya.Hatiku sedikit sakit,namun aku berusaha untuk berfikiran positif.Aku tahu,Chak tidak akan mencampur adukkan soal kerja dengan soal peribadinya.Aku tahu,Chak masih berjauh hati denganku,aku ingin memujuknya namun tidak tahu caranya.Jujur,aku merindukan canda tawanya,gurau sendanya dan semua usikan-usikannya terhadap aku.Namun,aku tahu,Chak masih merajuk denganku.
"Zara,are you okay?",tanya Datin Aida apabila melihat aku termenung seketika.
"Owhh,Zara okay mami.Jangan risau",jawabku cuba berlagak seperti biasa.
Aku tersenyum tawar memandang Datin Aida.
"Mami,daddy,rasanya Zara kena balik dulu lah.Zara nak singgah supermarket lagi.Nak beli barang-barang",kata ku cuba meminta kebenaran untuk pulang.
Datin Aida memandangku.
"Zara tak nak jumpa Zaf dulu ke?.Zara janganlah dulu pulang.Kesian kat Zaf.Dia pasti akan tercari-cari Zara bila dia sedar nanti",jelas Datin Aida cuba menghalang ku.
Otakku ligat mencari alasan.Aku harus pulang ke rumah ketika ini.Apatah lagi ibuku baru sahaja sampai dari kampung untuk menziarahi aku dan Misya.Rinduku masih belum terubat lagi dengan ibuku kerana,aku bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Datin Aida tengahari tadi.
"Macam ni jela mami.Malam nanti,Zara datang lagi.Zara janji akan datang.Zara kena balik dulu.Banyak bendah Zara nak selesaikan kat rumah.Lagi satu,Zara kena beli barang-barang kat supermarket lagi",terangku.
Entah mengapa,aku sangat terbeban dengan permintaan Datin Aida.Dia begitu mendesakku melakukan banyak perkara yang masih belum mampu aku tunaikan sebenarnya.Kadang kala perasaan meluat hadir di hatiku.Namun aku terpaksa menuruti permintaan Datin Aida.Aku tidak mahu datin Aida menganggap ku lupa daratan Kerna aku sudah berjaya ketika ini.Aku terpaksa menjadi seperti kerbau dicucuk hidung mengikut segala permintaannya.Aku ingin menolak,namun aku masih memikirkan perasaan Dato' Mazlan dan Datin Aida sendiri.
"Baiklah Zara.Zara janji datang malam nanti ye.Pasti Zaf tertunggu-tunggu kehadiran Zara nanti",jawab Datin Aida.
Aku hanya mengangguk lemah.
"Zara pergi dulu ye mami,daddy.Jumpa malam nanti",kataku sebelum berangkat pulang.
"Yela Zara.Hati-hati memandu nanti",jawab Dato' Mazlan setelah sekian lama berdiam diri mendengar perbualan antara aku dan datin Aida.
"Terima kasih daddy.Zara pasti berhati-hati.Zara minta diri dulu",kataku sambil bersalaman dengan mereka.
Setelah itu,aku berlalu pergi meninggalkan Dato' Mazlan dan Datin Aida.

*******

Sofia terus ke dapur sebaik sahaja selesai membersihkan dirinya.Dia melihat ibunya datin Ain sedang sibuk memotong sayur di atas meja.
"Sofia dari mana tadi?", tanya Datin Ain sebaik melihat Sofia.
Sofia tidak menjawab pertanyaan ibunya.Dia berjalan perlahan ke peti sejuk untuk mengambil air.Setelah menuangkan air ke dalam gelasnya,dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan ibunya.
"Keluar dengan teman.Kenapa?",tanya Sofia selamba.
Datin Ain memandang Sofia seketika.Tangannya yang sibuk memotong sayur dihentikan seketika.
"Sofia,kalau boleh,sekali sekala tu,datanglah ke butik.Tolong mama.Lagipun Sofia tak de kerja sekarang ni kan",jawab Datin Ain.
"Malas lah ma,lagi pun,Sofia bukannya tahu pun kerja-kerja kat butik tu.Sofia takde pengalaman",jawab Sofia.
"Alah,mama dulupun tak tau Sofia.Tapi mama belajar.Alhamdulillah,hasil kerja keras mama,sekejap je mama dah pandai",terang Datin Ain cuba memberi keyakinan kepada Sofia.
"Malas lah mama.Lagi pun,Sofia tak suka lah kerja-kerja macam tu.Tak padan dengan level Sofia.Bagi sofia,budak kampung je layak kerja macam tu",kata Sofia .
Di teguknya air di dalam gelasnya.
"Mama tak selamanya larat untuk terus berkerja Sofia.Sekurang- kurangnya,bila Sofia belajar nanti,Sofia boleh gantikan mama untuk jaga butik tu.Bagaimana kita nak dapatkan duit nanti kalau mama tak mampu kerja lagi?",tanya Datin Ain.
"Alah,susah sangat,upahlah beberapa pekerja lagi untuk membantu mama mengendalikan butik tu.Setakat 3 4 pekerja,takkan mama kedekut sangat nak upah",jelas sofia.
Datin Ain mengeleng-gelengkan kepalanya.Tidak senang dengan sikap malas anaknya itu.
"Dari mana mama nak cari duit bayar upah pekerja yang banyak Sofia.Dua pekerja mama tu je pon dah hampir mama tak mampu bayar gaji mereka.Inikan pula nak tambah 3 4 pekerja lagi",terang Datin Ain.Apabila mengingatkan penghasilan butiknya yang tidak menentu,Datin Ain rasa gelisah.Kerja butik memang sangat bertimbun.Tempahan dari pelanggan-pelanggannya kadangkala tidak mampu datin Ain siapkan kerana kekurangan pekerja.Banyak pelanggan yang membatalkan semula tempahannya apabila datin Ain tidak mampu menyiapkan tempahan tepat pada waktu yang dijanjikan oleh Datin Ain.Datin Ain juga kerapkali berjaga waktu malam untuk menyiapkan baju yang sudah di tempah khas,namun masih tidak mampu menyiapkan semuanya.Mengharap pada dua pekerjaannya juga,masih tidak mampu membantunya menyiapkan semua tempahan.Oleh itu,Dia cuba memujuk anaknya Sofia untuk membantunya di butik,apatahlagi melihat Sofia keluar tanpa hala tujuannya.
"Apa yang Sofia boleh buat kat butik tu.Cuba mama bagitau sofia.Sofia bukannya pandai menjahit,memotong kain.Semuanya Sofia tak tahu.Bagaimana nak bantu mama pula?",jelas Sofia.
"Boleh belajar sayang.Sementara belajar,Sofia bolehlah tolong mami terima tempahan,atau melayan pelanggan yang datang kat butik kita untuk membeli.Sekurang-kurangnya,mama boleh luangkan sepenuh masa mama untuk siapkan tempahan tu nanti",terang Datin Ain penuh pengharapan.
"Mama nak suruh Sofia kerja layan orang ke?.Macam kerja-kerja restoren.Pelanggan nak itu,Sofia tolong ambilkan.Pastu nak ini pula,Sofia tolong bawakan.Owh!please la mama.Not my taste.Sofia bukan kuli okay!",bentak Sofia geram.
Datin Ain memandang Sofia hairan.
"Siapa kata Sofia kuli?.Sofia berkerja,semua orang faham.Bukan mereka anggap Sofia kuli",terang Datin Ain.
"Cuba mama fikir baik-baik.Bukan kuli ke layan permintaan orang.Sepatutnya,kerja Sofia tu menyuruh orang buat kerja untuk Sofia.Bukannya Sofia yang kena buatkan kerja untuk dorang", jawab Sofia tidak berpuas hati dengan kerja yang disuruh oleh ibunya itu.
"Tak boleh ke Sofia berfikiran matang sedikit.Sampai bila hidup Sofia akan maju bila Sofia tak pernah luaskan pemikiran Sofia tu.Jangan terlalu berfikir sempit.Jangan pandang rendah pada suatu pekerjaan",nasihat Datin Ain.
"Tiada kerja yang mudah Sofia.Bukan senang nak dapat duit dari sumber yang halal.Kita Kena korbankan tenaga kita,masa kita,air muka kita untuk mendapatkan rezki.Jangan pandang rendah pada orang-orang yang berkerja sebagai pelayan restoran sahaja,ataupun pada orang yang menjual makanan tepi jalan.Mungkin mereka lebih kaya daripada orang-orang yang berkereta mewah,berumah banglo",terang Datin Ain panjang lebar.
Sofia hanya mencebik bibirnya mendengar kata-kata dari ibunya itu.Meluat sangat mendengar tiap bait kata-kata yang terkeluar dari mulut ibunya itu.
"Boleh tak mama jangan paksa Sofia untuk buat perkara yang memang Sofia tak mampu lakukan.Sofia tak nak malukan diri Sofia di hadapan teman-teman Sofia.Apa pandangan mereka apabila melihat Sofia berkerja nanti?.Pasti Dorang fikir Sofia dah takde duit nak keluar shopping.Lepas tu terdesak nak kerja untuk mendapatkan duit",kata Sofia membuat andaian.
"Astaghfirullahalazim.Jauh sangat pemikiran Sofia.Sofia tau tak,pemikiran Sofia nii macam budak darjah satu lagi tau.Yang masih belum tahu bezakan yang mana betul yang mana salah.Sofia dah 27 tahun sekarang tau.Bukan 7 tahun",tegur Datin Ain.
Sofia tidak menjawab kata-kata ibunya.Dia hanya berdiam diri.
Datin Ain menyambung semula kerjanya memotong sayur.
"Lebih memalukan bila teman-teman Sofia nampak Sofia berkeliaran tanpa tujuan di mana-mana.Membuang masa dengan perkara-perkara yang tak berfaedah dan merugikan diri sendiri.Kalau Sofia kerja, sekurang-kurangnya tak lah masa Sofia terbiar begitu je", nasihat Datin Ain lagi.
"Ehhh!!malas la dengar mama berleter ni.Ni yang Sofia tak suka duduk rumah sepanjang masa,asyik dengar leteran mama je.Sofia bosan tau!",bentak Sofia geram.
"Mama bukan berleter Sofia.Mama menasihati.Semua nasihat mama tu betul,bukannya saja-saja je nak nasihat",terang Datin Ain.
"Dah lah mama!.Sakit betul telinga dengar bebelan mama ni.Huh!.Nak relax sikit pun tak boleh",kata Sofia.
Dia lantas berdiri dan tanpa mengendahkan ibunya,Sofia terus meninggalkan Datin Ain seorang diri di ruangan dapur.
Datin Ain menarik nafas dalam-dalam.Sesungguhnya dia sudah penat untuk menasihati anak gadisnya itu.Semua nasihat yang diberikan kepadanya hanya diabaikan sahaja oleh Sofia.
"Entah apa lagi yang harus aku lakukan untuk mengubah sikap Sofia ya Allah.Kau tunjukkan kepada anakku jalan yang lurus.Aaminn",ucap Datin Ain perlahan.
Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience