Zafran terjaga dari tidurnya apabila terdengar kokokan ayam dari luar rumah.Suasana sejuk sehingga ke tulangnya menyebabkan dia menarik selimut menutupi badannya semula.Dia melihat sekelilingnya.
Berbeza!!
Zafran lantas bangun.mengamati sekeliling ruangan bilik itu.Tidak sama seperti biliknya.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia bingung.
"Di mana aku," fikirnya.
matanya liat memandang sini sana.Akhirnya pandangan matanya tepat melihat sekujur badan dilitupi selimut tebal di atas sofa.Dia cuba mengingati apa yang berlaku semalam.
"Ahh! pernikahan aku!,bisiknya perlahan.Baru menyedari bahawa dia sekarang ada di rumah Zara.Tidak mempedulikan aku yang sedang tidur,dia juga menyambung tidurnya semula.
Sinaran matahari yang menembusi celah-celah langsir tingkap bilik ku itu menganggu lenaku.Aku membuka mataku perlahan-lahan.silauan cahaya yang terang menganggu pandangan mataku.Aku lantas bangun.Berjalan menghampiri tingkap.Tirai jendela aku buka perlahan-lahan dengan cukup berhati-hati.Takut mengejutkan Zafran yang masih di buai mimpi indah.Dengan langkah kemas aku aturkan langkah menuju bilik air untuk membersihkan diri.
Saat aku keluar dari bilik air,ku lihat Zafran masih tidur dengan lena nya.
"Ahh biarkan dia tidur,"
Aku turun ke dapur membantu ibu menyediakan sarapan.
"Zafran mana",tanya ibu sambil tersenyum.
"Masih tidur mama",jawabku bersahaja.
"Kenapa tak kejutkan dia,pergi kejutkan dia.Kita sarapan bersama",suruh ibuku lembut
"Ahh!biarkan saja dia mama.Malas la nak kejutkan".Terbeliak mata ibu memandangku.Seakan-akan tidak percaya apa yang baru terucap di bibirku sebentar tadi.
"Nak jadi isteri derhaka ke!",serkah ayah tiba-tiba mengejutkan aku dan ibu.Aku tidak menyedari kehadiran sang ayah di belakangku sebentar tadi..Aku juga tidak menjangkakan ayah akan berkata-kata seperti itu.Aku sedar akan kesilapanku itu.Aku hanya menguncikan mulutku.Diam tanpa menjawab kata-kata ayahku tadi.Aku hanya menjatuhkan pandanganku ke lantai.Takut merenung muka ayah.Ayah memang tegas kepada anak-anaknya.
"Kamu tu dah kahwin,Kamu harus tahu tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri.Dah pergi kejutkan suami kamu tu", perintah ayah kepadaku.Aku hanya menuruti segala perintah ayahku.Dengan penuh kesopanan aku berlalu meninggalkan ayah dan ibuku menuju ke kamar untuk mengejutkan Zafran.
Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu kamar ku.Dengan gerakan yang berhati-hati,aku menguak pintu secara perlahan takut mengejutkan Zafran.Aku masuk dan menutup pintu perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi.seperti seorang pencuri lagaknya.Aku berpaling memandang ke arah katil.Zafran tiada.Yang ada hanya suara percikan air dalam bilik air.
"Dia sudah bangun rupanya",bisikku perlahan.Aku menarik nafasku lega.
"Nak turun atau tunggu sehingga dia keluar",tanyaku pada diri sendiri.Sebenarnya aku takut.Kiranya aku turun tanpa Zafran di sisi,pasti ayah lebih marah.Tapi untuk menunggu Zafran dan berdepan dengannya aku segan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus menunggunya.Pandangan tajam ayahku lebih aku takuti dari segalanya.Sementara menunggu Zafran siap mandi,Aku melipat selimut yang di pakai oleh Zafran semalam.Cadar katil aku buka dan tukarkan cadar baru biar nampak kemas.Sedang aku leka mengemas,pintu bilik air di kuak.Aku terkejut.Automatik jantungku berdetak kencang.Namun aku cuba untuk beraksi selambah.zafran yang sedang mengemaskan rambutnya hanya memandangku dengan pandangan kosong.Tidak bersuara tidak juga menyapaku.Aku mengerutkan keningku hairan.
"Mamat ni bisu ke pe".Sejak kelmarin langsung tidak menyapaku",gummaku perlahan,takut di dengari Zafran.Aku jadi takut untuk menyapanya.
"Bagaimana hendak aku mulakan perbualan ini",otakku ligat berfikir.Hendak menyapa terlebih dahulu,tapi risau di anggap terhegeh-hegeh dengan Zafran.Tak nak berbicara bagaimana untuk aku mengajaknya sarapan pula.Aku bingung.
"Aku kena berani!.Go Zara".
Perlahan aku mendekati Zafran yang leka mengemasi rambutnya.
"Awak,"
Zafran hanya memandang ku namun tidak memberikan sebarang reaksi.Aku menutup mataku dan menarik nafas panjang cuba mengumpul sebanyak mana keberanian untuk menyambung bicara.
"Ayah ibu tunggu untuk sarapan bersama",aku sengaja menggunakan perkataan ayah ibu agar Zafran tidak menganggap aku yang mengajaknya.Tanpa menjawab ku,Zafran melangkah keluar.Tidak memandangku,bahkan tidak mengajakku turun bersama.Hati ku geram tiba-tiba.
"Angkuhnya!!"
Aku juga mengikuti langkah Zafran menuju ke dapur.
"Duduklah Zafran,kita sarapan bersama",lembut suara ibu mempelawa menantunya itu.Zafran tersenyum manis memandang ibu.
"Terima kasih mama",jawabnya perlahan sambil menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan ayahku.
"Yang kamu masih berdiri seperti orang kebingungan tu kenapa",serkah ayah apabila mandangku yang masih berdiri kaku di sebelah ibu..Mukaku terasa panas mendengar teguran ayah.Aku lantas menarik kerusi di sebelah ibu dan segera duduk.
"sendukan suami kamu makanan",kata ayah.Aku hanya menurut perintah dari ayah.Zafran memandangku dengan muka yang sinis.Aku tau dia memperliku.
Di Vila Angsana
"mami! mami!"
Sofia memanggil Datin Aida berkali-kali.Loceng juga sudah berkali-kali ditekan.Datin Aida yang baru habis bersarapan segera keluar.Dibukanya kunci automatik agar pagar rumah banglonya terbuka.
"Sofia,"
Datin Aida merenung muka Sofia lembut.Dilihatnya mata Sofia yang cengkung seperti orang yang baru habis menangis.
"Sofia tak sihat ke",tanya Datin Aida lagi bila melihat gadis cantik di depannya hanya diam membisu.
"mami, betul ke Zafran dah berkahwin?,"
Datin Aida tergamam mendengar pertanyaan Sofia.
"Jawablah mami!",
Sofia mula mengalirkan air mata.
"iya syg".Air mata Sofia semakin deras mengalir di pipi mendengar jawapan Datin Aida.Hatinya sakit.Esakkanya mula kedengaran.Datin Aida lantas menarik Sofia ke pelukannya.
"Mana janji mami nak nikahkan i dengan Zafran mami",tanya Sofia.Suaranya bergetar di dalam tangisannya.Datin Aida mengusap-usap rambut perang milik Sofia.Dia memegang dagu Sofia dan memaksa Sofia melihat wajahnya.
"Syg,janganlah risau,Zafran tetap milik Sofia.Mami tak redha,mami tak restu pun pernikahan Zafran dengan budak kampung tu",pujuk Datin Aida sambil mengesat airmata Sofia.
"But why Zafran kawin perempuan tu.Pe dia lebih cantik dari Sofia,pe kurangnya Sofia berbanding perempuan tu",tanya Sofia lagi.
"No syg!,bukan cam tu.zafran pun terpaksa kawin perempuan tu.Dia pun tak rela syg",pujuk Datin Aida lagi.Sofia duduk menegak memandang Datin Aida.
"Kalau dia tak rela,kenapa perlu terima pernikahan itu!"
"Syg,dengar dulu,pernikahan ini punya alasannya tersendiri.Satu saat nanti Sofia akan faham.Jangan risau,selepas semuanya dah selesai,mami akan suruh Zafran ceraikan perempuan itu dah nikahkan kamu.Sabarlah!",pujuk Datin Aida lagi.Sofia Menghela nafas lega.
"promise!!".
Datin Aida mengangguk-angguk kepala tanda setuju.Sofia tersenyum.
"Dah,usap air mata tu,stop crying,meh mami belanja shopping",kata Datin Aida cuba mengembirakan hati menantu pilihannya itu.Sofia tersenyum.
"Sofia tunggu sini,mami nak tukar baju dulu okay",
"Baik mami",jawab Sofia manja.Datin Aida segera ke biliknya untuk bersiap.Sofia berlegar-legar di ruang tamu banglo milik keluarga Zafran.Senyuman penuh misteri terukir di bibirnya.
"Tunggu dan lihat Zafran,Aku akan jadi puan muda dalam rumah ini"bisiknya perlahan.
Syarikat perusahaan Fesyen International
Ani berlari -lari ke arah Shima yang sedang sibuk menghadap komputernya.
"Shima,Shima"panggil Ani.Dia tercungap-cungap penat sambil memegang dadanya.
"Kau kenapa?",tanya Shima sambil memandang Setiausaha syarikat itu yang masih tercungap-cungap penat.Ani menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.
"Berita hot hari ni", katanya seakan tidak percaya berita yang baru diterimanya sebelum ini.Shima berdiri mendekati Ani dengan pantas.Dia juga ingin mengetahui " Berita Hot" yang di maksudkan oleh temannya itu.
"Cepatlah Ani,berita apa yang kau maksudkan!,"tungkas Shima tidak sabar.
"Tunggu sekejap.Beri aku hilangkan penat aku sebentar",jawab Ani.Dadanya masih berombak kencang kerana kepenatan.Apa tak nya.Berlari laju seperti di kejar hantu tadi.Shima tersenyum melihat temannya itu.
"Okay!Take you time",
"Bos kita dah nikah kelmarin"beritahu Ani setelah penatnya reda.
"What?!!".Ani lantas menutup mulut shima apabila menyedari suara Shima terlalu kuat.Dia memandang sekeliling dan melihat beberapa pekerja memandang mereka kerana terganggu.
"Slow la Shima.Menganggu pekerja yang lain!"marah Ani dengan nada berbisik.Shima yang menyedari keterlanjurannya tersengih-sengih.
"Kau biar betul Ani,kau tau sendiri bos kita tu cam mana.Sedangkan Si minah gedik tu pun dia tak layan,ni kan pula dah nikah,"kata shima seakan tidak percaya dengan khabar yang baru di sampaikan oleh temannya itu.
"Betulah!.Joe sendiri bagitau aku tadi!",tungkas Ani berusaha menyakinkan temannya itu.
"Woi!!,Korang kerja ke atau membawang!!",serkah Joe tiba-tiba sambil menepuk meja di belakang Ani dan Shima.
"Opss pecutt mak kau!!"Serentak Ani dan Shima melatah terkejut dengan serkahan Joe yang datang tidak di sedari oleh mereka tadi.Joe ketawa terbahak-bahak melihat reaksi mereka berdua seperti tikus kehilangan arah.Satu tamparan lembut hinggap d tangan kanan Joe.
"kau ni!,kalau aku ada sakit jantung dah lama mati depan kau!,"marah Shima.Joe masih ketawa.
"Tulah kau,lain hari membawang lagi.Kang dah kena",jawab Joe masih ketawa.Shima mendengus geram.Ikutkan hati nak saja hadiahkan penampar untuk Joe.Namun di batalkan niat itu mengingatkan itu kesalahan nya sendiri.Membawang saat kerja.
"Betul ke bos dah nikah?,"tanya Shima separuh berbisik kepada Joe.Takut di dengar oleh pekerja lain.Tak pasal-pasal satu pejabat kecoh.Tak ke nahas jadinya.Apatahlagi mengingatkan wajah garang bosnya itu.Jika diketahui dia yang membawa cerita,alamatnl gulung tikarlah Shima jadinya.
"Shima,Shima",kata Joe sambil tersengih dan mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak takut bos dengar ke.Kalau bos tau pekerja dia sibuk menjaja cerita tentang diri dia,kau rasa bos buat pe hah?,"Soalnya kepada Shima.Shima menelan air liur.perutnya kecut.Takut benar dia kalau soal bosnya itu.Shima hanya mendiamkan diri.Takut bertanya lebih lanjut.Ani yang dah ketakutan hanya memandang pada mereka tanpa berkata apa.
"Dah!.Pergi buat kerja kamu.Jangan menyibuk tentang hal orang",arah Joe.Tanpa berkata apa,Shima lantas duduk dan berpura-pura menyambung pekerjaan nya yang tergendala tadi.Di pandangnya Ani dengan pandangan geram.Setelah Joe berlalu,Shima lantas berdiri menuju ke arah Ani.Di cubitnya bahu Ani lembut.
"Pe la kau ini.Bukan main lagi membawang bersama aku tadi.Dah la tinggalkan aku sendiri je time Joe marah kat aku",marah Shima.
"Sorry lah beb!.Aku pun tak tau nak cakap pe tadi.Pe lagi dengar bab bos ni.kecut perut aku wei",jawab Ani.Shima mendengus geram.Nak saja tumbuk mulut Ani tu.
"Nasib baik waktu kerja.kalau tak alamat dah kena Ani ni",bisik hati Shima.Malas berbahas,Shima melangkah menuju mejanya.
"Kalau tak kau yang mulakan cerita,tak la aku di serkah tadi",kata Shima di dalam hati.Hatinya masih panas.Rasa geram masih menguasai hati.Namun di abaikan saja.
Share this novel