Ida terbaring lesu di atas katil sebaik sahaja pulang dari tempat kerjanya.Badannya terasa lemah.Sudah seminggu dia berkerja di butik milik Datin Ain entah mengapa hari ini Ida merasakan dia terlalu letih.
Kepalanya juga terasa berdenyut-denyut.
"Aduhaiii,kenapalah aku hari ni",rungut Ida di dalam hati sambil memicit perlahan kepalanya.
"Sakitnya kepala aku ni.Badan pun rasa lemas sangat.Takkan nak demam kot.Aduhaii badan,janganlah buat hal masa-masa aku susah sekarang ni",kata Ida lagi.
"Ahh!.Tak perlu layan sangat perasaan seperti ini sekarang ni.Lebih baik bangun,bersihkan diri dahulu.Senang sikit nak rehat nanti",bisik Ida di dalam hati.
Ida langsung bangkit dari katil dan mencapai tuala mandinya.Dengan langkah perlahan-lahan,Ida lantas memasuki bilik air untuk membersihkan dirinya.
Setelah setengah jam,barulah Ida siap.Badannya terasa agak segar dan bertenaga,tidak seperti sebelumnya.
"Alhamdulillah,bertenaga sikit.Tak lah rasa lemas semacam", bisik Ida sambil tersenyum.
Ida melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan meja solek yang disediakan oleh pihak Hotel yang disewanya itu.Dilihatnya wajahnya di cermin.Agak kurus berbanding sebelumnya.Bibirnya kelihatan sedikit pucat.Amat berbeza dengan wajahnya sebelum ini.
"Betullah apa yang Azman katakan,aku dah tak cantik seperti dahulu lagi.Kalau dulu akulah gadis pujaan ramai kat universiti,tapi sekarang,pucat,wajah cengkung.Dah tak berseri lagi seperti dulu.Tak ada siapa sudi melihat aku pun.Apatah lagi suami aku sendiri",bisik Ida sayu.
Direnungnya lagi wajahnya di hadapan cermin.Hatinya tiba-tiba dirundung pilu.Rindunya pada ibu dan ayahnya hadir tiba-tiba.
"Andainya mak ayah masih ada kat sisi Ida sekarang ni,masih ada tempat Ida sandarkan hati Ida ni.Masih ada tempat Ida meluahkan perasaan Ida sekarang ni.Masih ada hala tuju untuk Ida pergi.Mak,ayah,mengapa cepat sangat tinggalkan Ida?.Kenapa tak bawa Ida pergi sekali?.Ida rindu mak ayah.Rindu sangat",bisik Ida.
Airmatanya mula mengalir.Terasa dunianya benar-benar kosong saat itu.Hidupnya bagaikan sudah tiada erti lagi.Insan yang sangat disayangi oleh Ida satu persatu meninggalkannya.Dan sekarang ni,suami yang sangat disayangi,dicintainya,yang Ida serahkan sepenuh kepercayaan untuk menjaganya hingga ke penghujung nafas ida juga turut sama meninggalkannya,melupakannya.
Hati Ida benar-benar sakit.
"Sampai hati abg buat Ida begini.Apa salah Ida sebenarnya?.Ida sayang abg,tak perna terdetik sedikit pun perasaan Ida untuk mengkhianati abg,tak perna mencurangi abg.Ida syg abg sepenuh hati Ida.Tapi mengapa abg sendiri yang mengkhianati janji suci yang abg lafazkan dulu?.Mana janji Abg untuk sehidup semati dengan Ida?.Janji abg untuk menjaga Ida sepanjang hidup abg?.Janji abg untuk sama-sama menempuhi suka duka kehidupan yang mendatang?.Abg telah mungkiri janji Abg sendiri.Ida kecewa dengan abg.Sangat kecewa",bisik Ida lagi.
Air matanya terus mengalir membasahi pipinya saat itu.Ida menyeka air matanya.
Dilihatnya lagi wajahnya di cermin.
"Awak mesti kuat Ida.Ini adalah ujian yang Allah berikan untuk awak.Awak masih mampu berjaya walaupun tanpa suami di sisi.Bertahanlah, insyaallah semuanya akan lebih indah berbanding sebelumnya.Awak kena percaya satu kata ni,Allah tarik satu nikmat pada umatnya,dan akan gantikan beribu-ribu nikmat sebagai ganjarannya.Yang penting redha dan selalu mensyukuri apa yang telah Allah berikan.Percayalah,takdir Allah,takdir terindah",pujuk Ida pada dirinya sendiri.
"Belajar untuk berjalan atas kaki sendiri.Itu lebih baik daripada meratapi nasib sehingga merugikan diri sendiri.Baik tidur,lupakan semua masalah.Mulakan hidup baharu.Inshaallah,hari esok akan lebih indah dari hari ini",kata Ida pada dirinya sendiri.
Ida menarik nafas panjang dan mengukirsenyum.Terasa aura positif pada dirinya.
"Fighting!",katanya sebelum melangkah ke katil untuk tidur.
************
"Abg ada surprise buat syg",kata Zafran tiba-tiba.
Aku yang sedang menyandar di birai katil sambil membaca akhbar lantas memandangnya.Suprise yang dimaksudkan oleh Zafran benar-benar menarik minatku saat itu.
"Abg mimpi apa semalam?.Tak ada angin tak ada ribut,tetibe nak bagi surprise ni?",tanyaku.
Aku sebenarnya hairan.Zafran jarang memberiku kejutan.
"Ishhh syg ni.Perlu ke ada angin,ada ribut dulu baru boleh ada surprise?",usik Zafran.
Aku menarik muka masam memandangnya.
"Apalah abg ni.Itu perumpamaannya je lah.Yela,tak perna pun sebelum ni Abg beri suprise kat syg.kenapa malam ni tiba-tiba nak bagi kejutan pula?",tanyaku.
"Laaa,salah ke abg nak bagi kejutan buat isteri tercinta abg ni.Nak juga buat syg terharu",jawab zafran.
"Jangan sahaja kejutan yang abg buat tu,sama macam dulu.Nasib baiklah kejutan yang abg bagi dulu tak buat syg kena serangan jantung.Kalau tak,dah mati syg tau",jawabku.
Fikiranku melayang pada kejadian yang berlaku 4 tahun yang lalu.Kejutan dari Zafran benar-benar buat aku merana.Apa taknya,bangun pagi je,lihat gambar suami sendiri asyik berpeluk mesra dengan perempuan lain.Hatiku benar-benar sakit.
"Mula la tu nak ungkit hal-hal yang dah berlalu.Please lah syg,do not remember things that have passed. The past is not raised again. It makes me feel guilty.Don't make me Sad",jelas Zafran sayu.
Niatnya untuk memberi kejutan buat sang isteri jadi tawar.Apatahlagi diingatkan tentang perkara yang telah terjadi sebelumnya.Zafran benar-benar kecewa.
Melihat riak wajah Zafran yang sedih membuatkan aku terdiam.
Timbul penyesalan di hatiku saat itu.Menyesal telah menghilangkan mood Zafran.
"Syg minta maaf",ucapku perlahan.
"Tak mengapa",jawab Zafran pendek.
Namun aku tahu,Zafran tidak menjawabnya dengan ikhlas.
"Syg minta maaf dah hilangkan mood abg.Syg tak sepatutnya cakap macam tu.Maafkan syg ye.Syg janji tak akan ungkit lagi hal itu.Maafkan syg",kataku meminta maaf.
Aku menyentuh jari-jemari Zafran lembut.Dengan niat untuk memujuknya.
"Boleh tak syg janji satu perkara pada abg?",tanya Zafran.
Aku lantas menganggukan kepalaku.
"Syg janji.Asalkam abg tak marah,dan tak merajuk pada syg lagi",jawabku agak gembira.
Senyuman manis aku hadiahkan pada Zafran.
Zafran membalas senyumanku.
"Janji dengan abg,jangan diungkit perkara yang dah lepas.Anggap perkara tu tidak pernah berlaku pun.Apa yang penting sekarang ni,abg dah menyesali segalanya.Abg nak kita mulakan hidup baru dengan lebih baik lagi.Jadikan semuanya pengajaran untuk lebih matang dalam meniti alam rumahtangga kita lepas ni",jelas Zafran.
"Syg janji",jawabku.
Zafran tersenyum.
"Tapi",kataku tidak menghabiskan ayatku itu.
"Tapi apa?,tanya Zafran.
"Tapi,abg kena janji,jangan sia-siakan kepercayaan yang telah syg tanam kat hati ini buat abg",jawabku menghabiskan ayatku yang tergantung sebentar tadi.
"Promise".
Zafran lantas menjawabnya.
"Okaylah,kalau abg dah janji.Syg bersyukur andai abg kotakan janji tu.Sekarang ni,syg nak tahu satu perkara je",kataku agak manja.
"Apa tu?",tanya zafran berpura-pura tidak tahu walaupun pada hakikatnya dia tahu apa yang ingin aku katakan.
"Abg kata nak bagi kejutan pada syg kan.Apa tu?",tanyaku sambil melentokkan kepalaku di bahu Zafran.
Zafran tersenyum bahagia.
"Nak tau juga ke?.Ingatkan tadi tak nak tahu",usik Zafran.
"Abg ni.Syg serius okay!",kataku berpura-pura marah.
Satu cubitan singgah di lengan kanannya.
"Ishh,marah pula.Yela,yela.Abg beritahu.Sebenarnya,abg nak ajak syg,misya,Mami dan daddy balik kampung hujung minggu ni.Dah bincang pun pada mami dan daddy.Syg tau tak apa reaksi mereka?",tanya Zafran.
Aku lantas memandang Zafran.Terasa bagai tidak percaya dengan kejutan yang dia berikan.
"Apa reaksi mami dan daddy?.Mereka nak ke?,tanyaku agak teruja.
"Mami dan daddy bersetuju.Mereka juga tak sabar untuk balik ke kampung!",jawab Zafran gembira.
"Betul ke?",tanya ku seakan tidak percaya.
Dan saat itu,aku benar-benar inginkan kepastian dari Zafran.
"Betullah.Kalau tak percaya,cuba syg call mami.Dengar sendiri dari mulut mami",jelas Zafran cuba meyakinkan ku.
"Tapi,,bukan ke mami tak suka keadaan kampung.Yela,kat kampung tu panas,banyak nyamuk.Rumah syg pun tak ada Aircond.Air pun sejuk sangat",jelas ku.
Teringat semula reaksi Datin Aida saat kali pertama bertandang ke rumah.Datin Aida seperti cacing kepanasan saat itu.Duduk pun tak tenteram.Malahan ada sahaja kritikan yang diberikan oleh datin Aida pada masa itu.Aku takut andainya datin Aida tak mampu membiasakan dirinya dengan keadaan kampung.Apa taknnya,kehidupan kampung sangat berbeza dengan kehidupannya di bandar.
"Laa,biasalah kan kat kampung.Memang macam tu pun.Syg janganlah fikir banyak sangat.Abg tau,syg mesti fikir pasal sikap mami masa tu kan.Syg kenalah faham kenapa mami buat macam tu dulu.Yela,dia kan awalnya tak suka syg.Perasaan dia masa tu bercampur dengan ego dan kesombongan.Sekarang ni,mami dah jauh berubah.Inshaallah dia mampu biasakan dirinya juga keadaan kat kampung tu nanti.Apa yang penting sekarang ni,kita doa yang baik-baik je",pujuk Zafran.
Aku tidak menjawab kata-kata Zafran saat itu.Aku berfikir kata-kata Zafran ada betulnya juga.
"Tak baik bersangka buruk pada seseorang.Mami dah jauh berubah.Inshaallah dia mampu menerima segala kekurangan yang ada pada keluargaku.Fikir positif je",bisikku di dalam hati.
"Menung apa tu?",tanya Zafran.
Dia hairan apabila aku tak menjawab katanya sebentar tadi.
"Memikirkan kebenaran kata-kata abg tadi.Tapi betullah juga apa yang abg katakan tu.Semua orang pasti akan berubah juga.Berubah ke arah yang lebih baik andai hatinya benar-benar ikhlas untuk berubah.Dan syg percaya,mami juga begitu.Lagipun,mami sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya.Syg gembira sangat-sangat",jawabku.
Zafran tersenyum manis memandangku.
"Dah matang cara pemikiran syg sekarang ni kan.Abg bangga akan syg",puji Zafran sambil mengusap lembut rambut ku.
"Suami syg matang kan.So isteri pun kena matang juga.Barulah kesefahaman tu ada",jelas ku.
"Pandai syg",puji Zafran lagi.
Zafran mencuit batang hidungku lembut.
Aku tertawa.
"Thanks abg.Syg gembira sangat.Pasti Misya akan suka dengan rancangan syg ni.Tak sabar rasanya nak khabarkan pada Misya esok",kataku.
"Jom tidur sekarang.Agar malam cepat berlalu.Boleh lah syg beritahu misya esok pagi",kata Zafran.
"Jom",jawabku pantas.
Aku dan Zafran sama-sama tertawa.
********
Sofia mengukir senyum apabila mengingatkan semula pertemuannya dengan syam semalam.Sebenarnya Sofia benar-benar tidak menyangka lelaki itu akan mengajaknya makan malam berdua.Layanan lelaki itu benar-benar membuatkan hati Sofia bahagia.Sofia tidak pernah merasa bahagia seperti itu sebelumnya.
"Hummm,anak mama sekarang ni nampak bahagia sekali.Senyuman tu tak pernah lekang dari tadi mama tengok.Fikir apa tu?",usik Datin Ain sambil menyusun kemas baju-baju yang baru sahaja di hantar kelmarin ke butiknya.
Sofia yang sedang duduk di atas sofa hanya tersenyum memandang ibunya itu.
"Tak ada apa lah mama.Saja je teringat cerita zaman kanak-kanak Sofia",kata Sofia cuba menyembunyikan apa yang sedang difikirannya saat itu.
Namun Datin Ain tahu,bukan itu yang sebenarnya sedang difikiran oleh anak gadisnya itu.
"Ye ke?.Kalau teringatkan cerita zaman kanak-kanak tu,takkan lah senyuman sampai telinga.Ni mesti fikirkan pasal syam kan",usik ibunya lagi.
"Mana ada",dalih Sofia.
Wajahnya kemerahan apabila diusik oleh datin Ain.
"Owh ye mama.Hari tu mama beritahu Sofia pasal pekerja baru mama kat butik ni kan.Mana dia,nak juga sofia berkenalan",kata Sofia menukar topik cerita pagi itu.
Dia tidak mahu terus menerus diusik oleh ibunya.
"Ubah topik pula.Malu la tu.Kejap lagi sampailah dia tu.Hari ni dia masuk agak lambat sikit.Katanya ada hal penting nak diuruskannya",jawab Datin Ain.
"Owh,siapa nama pekerja baru tu?",tanya Sofia lagi.
"Nama dia Ida.Seminggu dah kerja kat sini.Yela,dah seminggu Sofia tak datang butik.So hari ni bolehlah berkenalan dengan dia.Senang sikit nak buat kerja bersama nanti",kata datin Ain.
"Yela mama",jawab Sofia.
Beberapa minit kemudian,Ida masuk ke dalam butik dengan tergesa-gesa.Dia sudah benar-benar lewat masuk kerja hari ini.
"Asalamualaikum puan,maaf agak lambat sikit",ucap dia sebaik sahaja bertemu dengan Datin Ain.
"Tak mengapa,Ida dah beritahu kelmarin kan.Tak pe,hari ini anak aku datang butik, sementara tu,dia yang gantikan awak.Jangan risaulah",jawab Datin Ain sambil tersenyum.
"Owh,Anak puan datang hari ni.Laa,dah menyusahkan dia pula",kata Ida kesal.
"Eh,tak pe,tak pe.Dia okay je.Marilah,aku kenalkan Ida dengan anak aku",ajak Datin Ain.
Ida tersenyum sambil mengangguk kepalanya setuju.
Ida dan Datin Ain memasuki ruang menjahit pakaian.Sofia yang sedang sibuk menjahit tidak menyedari kedatangan mereka.
"Sofia",panggil Datin Ain lembut.
Sofia lantas memberhentikan kerjanya apabila menyedari namanya di panggil.Dia lantas menoleh.
"Eh,mama.Ada apa?",tanya Sofia lembut.
Ida memandang Sofia tanpa berkelip.Dia sepertinya perna melihat raut wajah itu.
"Aku sepertinya perna melihat dia?.Tapi di mana ye?",bisik Ida di dalam hati.
"Sofia?.
Nama yang familiar di pendengarannya.
"Azman,Sofia?",bisik Ida dihati.
Barulah dia mengingatinya.Inilah Sofia yang hadir di hidupnya dengan Azman.Gadis cantik yang merampas kebahagiannya bersama Azman.Gadis yang menjadi kegilaan suaminya sehinggakan sanggup melupakan dirinya.
"Ini Ida.Pekerja baru yang mama katakan tu",kata Datin Ain memperkenalkan Ida pada Sofia.
"Hai Ida.Aku Sofia",kata Sofia memperkenalkan dirinya pada Ida.Tangan dihulur sebagai tanda perkenalan.
Sofia tidak mengenali Ida kerana dia tidak pernah melihatnya sebelum ini.Hanya ialah yang mengenali Sofia kerana dia pernah melihat gambar Sofia bersama suaminya satu masa dahulu.Wajah yang sangat diingatinya.
Dengan teragak-agak,Ida menyambut huluran tangan Sofia.
"Aku ida",jawab Ida ringkas.
Ida melihat Sofia dari atas hingga ke bawah.
"Cantik!.Patutlah Azman tergila-gilakan dirinya",bisik Ida.
Perasaan cemburu mula menguasai dirinya saat itu.Hatinya seakan-akan ingin menangis.Meluahkan semula perasaan sakit yang membelenggu hatinya sekian lama.Ingin sahaja dia memarahi Sofia,namun dia juga tidak sampai hati untuk melakukannya.Majikannya terlalu baik.Malahan sukar untuk mendapat majikan sebaik Datin Ain.
"Ida?,"panggil Datin Ain apabila melihat Ida termenung sambil memandang wajah Sofia lama.
Sofia juga hairan.Malahan genggaman tangannya masih tidak dilepaskan.
Menyedari sikapnya itu,Ida lantas melepaskan genggaman tangannya.
"Maaf,maaf",ucap Ida.
Dia lantas menunduk memandang lantai.
"Apa yang Ida fikirkan.Ida ada masalah ke?",tanya Datin Ain apabila melihat Wajah pucat milik Ida.
"Tak ada apa-apa puan.Ida sambung kerja dulu",jawab Ida tergesa-gesa.
Sofia memandangnya Hairan.
Hairan dengan sikap Ida itu.
"Ada apa dengan Ida?.Mengapa dia memandangku seperti itu.Pandangan matanya benar-benar membuatku takut",bisik Sofia.
Entah mengapa Sofia merasakan gadis itu menyembunyikan sesuatu darinya.Apatah lagi mengingatkan pandangan matanya saat memandang dirinya sebentar tadi.
"Apa yang disembunyikan oleh Ida?"bisik Sofia.
Hatinya tiba-tiba menjadi tidak tenang.Sofia mencuri-curi pandang Ida yang sedang sibuk membuat pekerjaan dari kejauhan.Melihat gerak geri Ida.
Datin Ain mendekati Sofia apabila menyedari anaknya itu sedang asyik memerhatikan Ida.
"Pandang apa tu?",tanya Datin Ain menyapa Sofia.
"Pandang Ida mama",jawab Sofia jujur.
Datin Ain melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Sofia.
"Kenapa pandang Ida?.Ada apa pada Ida?"tanya Datin Ain.
Dia juga sebenarnya menyedari pandangan mata Ida pada Sofia sebenarnya.Hatinya turut tertanya-tanya mengapa Ida bersikap sedemikian.Malahan dia tidak pernah melihat reaksi wajah Ida seperti itu sebelumnya.
"Tak tau la mama.Tapi,Sofia hairan.Mengapa Ida memandang Sofia seperti itu tadi.Dia sepertinya mengenali Sofia.Tapi,mengapa Sofia tak mengenalinya?",tanya Sofia.
"Cuba Sofia ingat balik.Mana tau dia kawan lama Sofia ataupun seseorang yang Sofia kenali sebelum ni",kata Datin Ain.
"Sofia dah cuba ingati mama,tapi rasanya Sofia tak pernah melihat dia.Inilah kali pertama Sofia melihat dia.Ida tu dah kawin belum?",jawab Sofia.
Datin Ain terdiam.Dia juga berfikir.
"Tak pe,nanti mama tanya dengan Ida.Mana tau dia mengenali Sofia.Kalau pasal status Ida tu,mama tak tahu kalau dia tu dah berkahwin ke belum.Kalau tengok dari perwatakannya tu,rasanya dia tak kahwin lagi,"jelas Datin Ain.
"Mama cubalah tanya Ida.Mana lah tau,dia mengenali Sofia,lepas tu Sofia lupa tentang dia.Andai Sofia perna menyakiti hatinya.Boleh lah Sofia meminta maaf",kata Sofia.
"Yela,Sofia tunggu kat sini,Mama cuba tanya Ida",jawab Datin Ain.
Dia lantas berdiri dan melangkah perlahan mendekati Ida yang sibuk dengan kerjanya itu.
"Ida,"panggil Datin Ain lembut.
Ida yang sedang duduk menjahit pakaian lantas menolehnya dan mengukir senyum.
"Ye puan",jawab Ida lembut.
"Boleh aku tanya sesuatu",tanya Datin Ain memberanikan dirinya untuk bertanya.
Dia sebenarnya masih tidak berpuas hati sebelum mengetahui hal yang sebenarnya.
"Tanyalah.Kalau mampu jawab, InshaAllah Ida jawab",jawab Ida.
Datin Ain menyentuh perlahan bahu Ida.
"Ida kenal ke Sofia?",tanya Datin Ain.
Ida terdiam.Sukar sebenarnya untuk dia menjawab pertanyaan majikannya itu.
"Kenapa Puan tanya soalan macam tu?",tanya Ida.
"Tak ada lah.Cuma reaksi Ida saat bertemu Sofia tadi nampak lain.Nampak seperti Ida mengenali Sofia.Maaflah andai aku bertanya,tapi Ida kenal ke anak aku tu?",tanya Datin Ain.
"Maafkan Ida puan.Ida tak mampu jawab soalan puan ni",jawab Ida lantas berdiri.
Dia cuba mengelak dari menjawab pertanyaan datin Ain itu.
Pandangannya tiba-tiba kelam.Dunia seakan-akan gelap.Ida memejamkan matanya erat.
"Ida,Ida.Kenapa ni?",tanya Datin Ain.
Dilihatnya wajah pucat Ida.
"Kepala Ida pening sangat",jawab Ida sebelum jatuh pingsan.
Mujurlah Datin Ain sempat menyambut tubuh kecil milik Ida.
"Sofia, Sofia.Tolong mama",laung Datin Ain.
Sofia yang sedang membaca akhbar lantas menoleh dan memandang Ibunya.Apabila melihat ibunya sedang mendakap tubuh longlai Ida,Sofia lantas berdiri dan mendekati mereka dengan hati yang berdebar-debar.
"Kenapa ni mama.Apa yang berlaku?",tanya Sofia gementar.
Beberapa pekerja yang lain juga turut datang melihat situasi itu.
"Kenapa dengan Ida mama?",tanya Sofia lagi.
"Ida pingsan,mari bawa Ida ke hospital.Ara,Yan,tolong angkat Ida ke kereta.Cepat!",arah Datin Ain.
Ara dan Yan lantas mengangkat Ida.
Sofia juga turut mengikut ibunya ke kereta.Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta,datin Ain berpesan pada pekerjanya untuk menjaga butik sementara dia dan Sofia menghantar Ida ke hospital.
Setelah itu mereka lantas beredar.
*********
" I do not want to marry jhon dad",kata Natasha memberanikan dirinya meluahkan segala apa yang membelenggu di hatinya sepanjang beberapa hari itu.
Biarlah kali ini Natasha menjelaskan semuanya pada sang ayahnya.Dia sudah tidak mampu memendamkan semuanya lagi.Semakin hari,semua perancangan dari ayahnya itu menganggu ruang fikirnya.
David memandang anak gadisnya.Kata-kata dari Natasha membuatkan darahnya mendidih.
"Are you crazy ?. Everything has been planned. Even jhon and his family have also agreed. You should not embarrass me",jawab David.
Matanya merah menahan malu.
Puan Sally di sisinya hanya berdiam diri.Dia takut andainya dia bersuara menyebelahi Natasha,suaminya akan bertambah berang.
"Jhon also does not want this marriage dad.He has his own choice. I also already have a choice of my own heart. Please dad,let Syah decide my own life",rayu Natasha.
"Before this, dad had given you the opportunity to make your own choices. But what did you do? You wasted everything.Right now, you are asking for that opportunity again. How can I trust you?",tanya David lagi.
"That thing, I'm sorry. But, please, this time I really mean it. I have my own choice. I want to live with someone I love",rayu Natasha.
"You want to embarrass me in front of the jhon family ?. Destroy all the plans that have been planned?",tanya David geram.
"I apologize. But let me just give an explanation to jhon's family if that's what dad wants. I don't want dad to be ashamed. Let me be responsible for solving everything",jawab Natasha penuh pengharapan.
David terdiam seketika.Dia juga sebenarnya tidak mahu memaksa dan mendesak natasha.Dia cuma kasihan melihat Natasha sendirian menguruskan perniagaan keluarga.Apa yang difikirkan oleh David,andainya Natasha berumah tangga,suaminya akan turut sama membantu Natasha menguruskan segalanya.Dan Jhon merupakan pilihan yang tepat difikiran David.Lelaki yang sempurna di mata David untuk anaknya.Jhon sangat cekap dalam urusan perniagaan.Malahan dia juga seorang lelaki yang baik.Keluarganya juga berketurunan orang berada.Semuanya serba sempurna.
"what is lacking in jhon.Jhon is a good, responsible man, he is also born from a wealthy family. Your life will be more secure",jelas David lagi.
"I know jhon is a good man. I know all that from the beginning. But the feeling cannot be forced. After all, jhon already has a choice of his own heart. I can not ruin their relationship",jawab natasha tidak mengalah.
Natasha sudah tanamkan tekad di hatinya.Menolak sekeras hati rancangan yang dibuat oleh ayahnya.Apatahlagi mengingatkan wajah penuh pengharapan dari Jhon untuk Natasha menolak rancangan pernikahan mereka itu.Natasha sebenarnya sangat gembira apabila Jhon datang menemuinya.Menjelaskan segalanya pada Natasha.Malahan Natasha juga tidak menjangkakan,Jhon turut tidak menginginkan sebuah mahligai yang dibina atas dasar keterpaksaan.Bagi Jhon,hidup dalam keterpaksaan tidak menjamin kebahagian dan keberkekalan sebuah rumahtangga.
"Dad is really disappointed with you. You have destroyed dad's hopes of having an affair with Jhon dad.But,It's okay. Dad gives you another chance to determine your life partner. But, if it fails again. There will be no more opportunities after this.Don't ever seduce again",kata David lantang.
Natasha tersenyum.keputusan dari ayahnya benar-benar membuatkannya gembira.
"Thank you dad.I will not waste the opportunity that dad gave.Thank you dad.I love you",ucap Natasha gembira.
Dia lantas memeluk ayahnya erat.
"do not be happy first. There are still things you have to do",kata David.
Natasha meleraikan pelukannya.Ditenungnya wajah ayahnya.
"Apa lagi yang harus aku lakukan ni.Bukan ke semuanya sudah diputuskan",bisik Natasha di hati.
Namun dia tetap menunggu apa yang masih ingin ayahnya katakan.
"I want you to come and explain to jhon's family. Dad does not want to get involved in this matter again. And if it is true that jhon has his own lover, take him to meet jhon's family too. Dad does not want, you are also to blame",jelas David.
"ok dad.I will meet jhon's family.I promise not to involve dad in all these problems.Let it all be my responsibility.Thank you dad",ucap Natasha.
Natasha mengukir senyuman.Kini hatinya benar-benar lega.Satu persatu masalahnya selesai.Hanya dua perkara yang masih perlu dilakukannya.Bertemu dengan keluarga Jhon dan menjelaskan semuanya.Itu tiada masalah bagi Natasha.Namun satu perkara yang membimbangkannya adalah bagaimana harus dia memujuk Chak untuk bertemu dengan ayahnya kelak.
"Relax Syah.Selesaikan satu persatu.Inshaallah semuanya akan baik-baik sahaja",bisik Natasha di dalam hati.
"Okay.Keep your promise. What I want, finish everything and make sure your lover meets dad. Dad wants you to get married this year too",kata David.
"I promise dad",jawab Natasha.
David tidak menjawab kata-kata Natasha lagi.Hanya rasa geram yang ada dihatinya saat itu.Namun bagi David,biarlah kali ini dia berkorban,demi kebahagiaan anaknya.Bagi David,kebahagian anaknya lebih penting ketika ini.
"Lets go upstair dear.I want rest",ajak David pada isterinya puan Sally.
Tanpa banyak kata,Puan Sally mengiringi suaminya ke bilik.
********
Share this novel
okey dear...
see....u update awal pg.....
morning dear. tqvm. love u, as usual. nothing la....i x mad pun