Natasha menjinjing sebakul buah.Buah yang dibelinya sebelum datang ke hospital melawat Zafran.Setiausahnya tidak turut serta kerana terpaksa menyiapkan beberapa tugasan penting syarikat.Dengan langkah berhati-hati,Natasha mengatur langkah ke kaunter pertanyaan di hospital itu.
"Asalamualaikum nurse,di mana bilik En.zafran,mangsa kemalangan pagi tadi?",tanya Natasha sopan.
"Tunggu sekejap,cik,biar saya periksa dulu",jawab jururawat yang bertugas itu.
Jururawat tersebut segera memeriksa wad mana Zafran ditempatkan.
"Cik,En.zafran berada di bilik khas bersebelahan Wad lelaki.En.zafran ditempatkan di bilik tersebut",kata jururawat tersebut penuh sopan.
"Terima kasih nurse.Kalau macam tu,saya pergi dulu",kata Natasha meminta diri.
Jururawat tersebut hanya menganggukkan kepalanya.
Natasha mengorak langkah menuju ke arah bilik yang di tunjukkan.Dengan langkah agak cepat,tidak semena-mena kakinya tiba- tersadung menyebabkan dia tidak mampu mengawal dirinya dan hampir terjatuh.Namun pinggangnya tiba-tiba di peluk kemas oleh seseorang.Natasha membuka matanya perlahan memandang orang yang menyelamatkannya dari terjatuh ke atas lantai sebentar tadi.
"Oh my god.Kacaknya",puji Natasha sebaik memandang doktor muda di hadapannya.
"Cik okay ke?"tanya Chak apabila melihat gadis yang baru sahaja diselamatkan olehnya memandang dirinya tanpa berkelip.
"Oh okay,okay.Maafkan aku",jawab Natasha tersekat-sekat apabila menyedari keterlanjurannya.
Chak tersenyum manis memandang gadis cantik dihadapannya itu.
"Awak,boleh tak lepaskan tangan awak tu",pinta Natasha sambil mengisyaratkan matanya ke arah tangan Chak yang masih memeluk pinggannya.
Chak lantas meleraikan pelukannya sebaik menyedari kesilapannya.
"Maafkan aku,maafkan aku",kata Chak berulang kali.
Natasha tersenyum memandang Chak.Lucu melihat reaksinya.
"Tak mengapa.Aku yang seharusnya berterima kasih kepada awak sebab dah selamatkan aku tadi",ucap Natasha tersipu malu.
"Tak masalah.Dah tugas aku nak selamatkan sesiapa sahaja selagi aku mampu",jawab Chak cuba menyembunyikan rasa malu di hatinya dengan adegan yang berlaku sebentar tadi.
"Aku Natasha,Awak pula?",tanya Natasha memperkenalkan dirinya.
"Saya Chak.Doctor Chak.Doktor pakar bedah kat sini",jawab Chak.
"Gembira berkenalan dengan Doktor",ucap Natasha sambil tersenyum.
"Alah,tak usah panggil doctor,panggil Chak ke dah cukup",kata Chak.
"Nice too meet you chak.",kata Natasha.
Chak membalas senyuman Natasha.
"Sepertinya awak nak melawat seseorang.Awak nak lawat siapa?",tanya Chak sebaik sahaja melihat bakul di tangan Natasha yang dipenuhi buah-buahan.
"Oh ye,Aku memang nak melawat seseorang.Boleh tunjuk aku di mana bilik khas yang menempatkan En.Zafran.Maksud aku,mangsa kemalangan pagi tadi",kata Natasha.
"Owh.Aku doktor yang merawatnya.Mari aku tunjukkan",pelawa Chak.
"Owh, kalau macam tu senang lah aku mencarinya.Terima kasih Chak",ucap Natasha.
Chak dan Natasha berjalan seiringan menuju ke wad Zafran.
Sambil berjalan,Chak dan Natasha berbual.
"Dah lama ke kenal dengan En.zafran?",tanya Chak ingin tahu.
Dia sebenarnya agak cemburu dengan Zafran yang dikelilingi gadis-gadis cantik disisinya.
"Zafran memang bertuah",bisik Chak di dalam hati.
"Kenal lama tu tak la juga.Kenal dia pun sebab syarikat keluarganya merupakan rakan kongsi syarikat keluarga aku",jelas Natasha.
"Owh.Apa pendapat awak tentang Zafran?",tanya Chak cuba mencari tahu serba sedikit tentang lelaki itu.
"Aku pun sebenarnya tak lah berapa mengenali latar belakang ataupun sikap sebenar Zafran.Tapi,apa yang aku boleh nilai,Zafran lelaki yang baik.Menghormati orang lain dan mempunyai tatacara kerja yang cukup sistematik.Bagi orang yang berkerja dengannya pasti berpuas hati",jelas Natasha.
Senyuman terukir di bibirnya.
"Awak tau tak yang Zafran sudah berumah tangga?",tanya Chak lagi.
Natasha memandang Chak dengan hairan.
"Mengapa lelaki ni berminat sangat dengan Zafran ye.Takkan dia jatuh cinta dengan Zafran kot?",bisik Natasha di dalam hati.
Bulu romanya meremang tiba-tiba.Dia segera membuang jauh fikiran negetifnya terhadap lelaki itu.
"Kalau pasal tu,aku memang tau.Sebab isterinya adalah teman aku.Zara namanya.Tapi tulah,menurut cerita yang aku dengar,tak taulah benar ke tak,tapi mereka dah berpisah.Sebabnya tu aku tak taulah.Kalau awak nak tau,awak kena bertanya langsung ke empunya badan",kata Natasha sambil ketawa.
Chak juga ketawa.
"Okaylah,cerita tu kita stop sampai di sini je",kata Chak berhenti tepat di pintu wad di mana Zafran ditempatkan.
"Jom masuk",ajak Chak sambil memulas tombol pintu bilik tersebut.Natasha mengangguk kepalanya setuju.Dengan perlahan,Natasha mengekori Chak masuk ke dalam untuk bertemu dengan Zafran.
*******
"Awak dengar tak berita tentang Zafran",tanya Datin Ain sambil melabuhkan punggunya di sisi Sofia yang sedang leka menonton televisyen malam itu.
Sofia hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.Dia sudah malas untuk mengambil tahu tentang lelaki itu.Malahan hatinya sangat membenci lelaki bernama Zafran itu.Kerana lelaki itulah,dia terpaksa meringkuk dalam penjara kerana kesilapan kecil yang dilakukannya.
"Malaslah nak ambil tahu pasal lelaki tu ma",kata Sofia.
Pandangan matanya masih tetap setia memandang ke skrin televisyen di hadapannya itu.
"Zafran kemalangan pagi tadi.Sekarang dia masih dalam keadaan tak sedarkan diri",jelas Datin Ain.
Kata-kata Datin Aida membuatkan mulut Sofia ternganga.
"Seriously?",tanya Sofia inginkan kepastian.
Dia berpusing menghadap wajah ibunya.
"Ye,kawan mama beritahu ketika bertandang ke butik mama tengahari tadi",terang Datin Ain.
Senyuman terukir di bibir Sofia.
"Padan muka!",kata Sofia.
Ketawanya bergema.Dia sangat berpuas hati mendengar berita tersebut.
Datin Ain memandang Sofia hairan.
"kau ketawa senang hati ni kenapa?",tanya Datin Ain pelik.
Sofia masih ketawa lagi.Kali ini agak kuat berbanding sebelumnya.
"Kau ni Sofia,orang kena musibah,awak pula ketawa senang hati.Kau ni dah kenapa?",tanya Datin Ain.
"Memang aku gembira sangat mama.Mama tak gembira ke?.Tu adalah balasan atas semua yang telah dia lakukan terhadap Sofia mama",ucap Sofia sangat berpuas hati.
Datin Ain lantas mengeleng-gelengkan kepalanya bingung dengan sikap Sofia.
"Benda dah berlaku tu biarlah berlalu.Lupakan semuanya.Dendam hanya merosakkan hati je",nasihat Datin Ain lembut.
Sofia memandang ibunya tajam.
"Mama,mama tak ingat ke apa yang dah Zafran lakukan terhadap Sofia dulu.Mama ingat senang ke meringkuk dalam penjara",marah Sofia.
"Semua tu salah Sofia sayang.Sofia kena terima hakikatnya.Lagi pun perkara tu dah lama lepas,tak usah difikirkan lagi.Lebih baik sekarang Sofia fikirkan jalan bagaimana nak kembangkan butik kita tu.Lagi satu,duit kita sekarang pun tak lah banyak sangat.Tu yang utama kita kena fikir",nasihat Datin Ain lagi.
"No!.It's not my mistake mama.Its all Zafran fault.Kesensaraan Sofia,sakit hati Sofia,semuanya di sebabkan jantan keparat tu!",kata Sofia geram.
"Astaghfirullahalazim Sofia,bawa mengucap.Apa yang dah berlaku tu,semuanya Allah dah takdirkan.Semuanya punya hikmah di sebaliknya",kata Datin Ain lagi.
"Stop it ma!.Eh!,malas la nak cakap dengan mama ni.Tak mengembirakan langsung.Tak menyenangkan hati langsung.Sepatutnya sekarang ni kita meraikan kegembiraan ni bersama,sebabnya,orang yang dah jatuhkan maruah keluarga kita dah terima pembalasannya!",terang Sofia.
"Padamkan la api dendam di hati Sofia tu.Tak takutkah dengan pembalasan Allah nanti.Kita dah banyak sangat buat dosa Sofia.Jangan tambahkan lagi dosa yang sudah sedia ada",nasihat Datin Ain lagi.
"Huh!.Malas lah dengar ceramah mama ni.Lebih baik Sofia keluar menenangkan fikiran.Boleh juga raikan kegembiraan ini.Setelah sekian lama,baru hari ini Sofia boleh bernafas lega.Ok,bye mama.Jangan tunggu Sofia.Sofia balik lambat",kata Sofia lantas berdiri dan mencapai beg tanganya lalu keluar meninggalkan ibunya.
Datin Ain hanya mampu mengekori langkah Sofia dengan pandangan matanya.Tiada kata-kata yang mampu diucapkan lagi untuk menghalang Sofia.Dendamnya terlalu kuat sehinggakan semua kata-kata nasihat dari ibunya hanya diabaikan.Air mata mengalir di pipi Datin Ain.Hatinya sayu melihat sikap anaknya.Sesungguhnya dia gagal dalam mendidik anak tunggalnya itu.Itulah satu-satunya penyesalan terbesar di hati Datin Ain.
*****
"Mommy,why you look sad.Mommy ada masalah ke?",tanya Misya apabila melihat aku yang sedang duduk termenung di sebuah kerusi di luar rumah.Misya melangkah mendekati ku dan duduk disampingku.
"What you thingking mommy.Mommy boleh cerita dengan Misya",kata Misya masih mencampurkan bahasa english dan melayu sebagai bahasa sehariannya.Misya kini sudah boleh berbahasa melayu walaupun lidahnya masih kaku untuk menyebutnya.Namun Misya tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba.Kadang kala aku bangga dengan semangat dan usahanya untuk belajar.Aku tersenyum manis mamandangnya,tanganku perlahan mengusap lembut rambut hitam milik Misya.
"mommy tak fikir apa pun sayang.Cuma kadangkala mommy terfikir tentang kehidupan lalu yang dah mommy lalui",jelasku.
"Kenangan apa mommy,I also want know',kata Misya sambil duduk menghadap ke arahku.
Aku tersenyum memandangnya.
"Misya sayang,tak semua perkara Misya faham kerana misya masih kecil lagi sekarang ni.Nanti bila Misya dah besar,Misya akan faham",jelasku.
Misya memandangku seakan tidak berpuas hati dengan jawaban yang diterimanya.Namun dia memilih untuk tidak terus bertanya lagi.
"Mommy rindu daddy ke?",tanya Misya tiba-tiba.Pertanyaannya mengundang senyum ku.
Aku ketawa memandangnya.Satu cubitan singgah di hidungnya.
"Misya rindu daddy ke?",tanyaku kepadanya semula.
"Of course i miss daddy so much.Kenapa daddy tak tinggal dengan kita.I see all my Friends,they live with their parents.Kenapa Misya tak tinggal with daddy and mommy?",tanya Misya hairan.
Aku terkesima mendengar pertanyaan Misya.
Pertanyaan yang sememangnya aku tidak mampu untuk menjawabnya.Aku tahu,andai sahaja Misya mengetahui perkara sebenar,dia pasti akan kecewa denganku.Apatahlagi dia amat menyayangi Chak.Hanya Chak la satu-satunya lelaki yang pernah hadir di sepanjang kehidupannya.Oleh yang demikian dia berfikiran kalau Chak itu merupakan ayah kandungnya.Perkara itulah yang sememangnya amat aku takuti sekali.Aku takut untuk melukai hati anak kecil itu.
"Sayang,tak semua keluarga akan tinggal bersama.Semua ini pasti ada sebabnya sayang.Satu saat nanti,mommy pasti akan ceritakan pada Misya.But not today.Because,Misya kena tidur awal.Esok Misya kena bangun awal nak ke sekolah Misya kan.Tengok ni,dah lewat sangat",kataku kepada Misya sambil menunjukkan jam di telefonku kepadanya.Misya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"It's too late mommy.misya kena tidur.But,i want mommy promise to Misya something",kata Misya.
Senyuman nakal terbit di bibir kecilnya.Aku memandangnya ingin tahu.
"Promise what?",tanyaku.
"Mommy will sleep with me tonight",jawab Misya
Aku tertawa mendengar permintaannya.
"Owh,Misya want mommy sleep with Misya.Okay.Untuk princess kesayangan mommy.Mommy tunaikan.Jomm kita masuk,basuh muka,berus gigi,cuci kaki dan kita tidur"ajakku.
Aku menarik lembut tangan Misya.
"Nak dukung",minta Misya manja.
Tangan di depakan untuk meminta dukung.
"Alahai baby mommy ni.Mengada pula.Okay lah,okaylah mommy dukung",kataku seraya mendukung tubuh kecil milik Misya.
Satu ciuman singgah di pipi gebu miliknya.Misya lantas memeluk leher ku erat.
"I love u mommy",ucap Misya.
"love you too my sweetheart",jawabku.
Rasa bahagia menyelubungi hatiku.
Aku melangkah perlahan memasuki rumah.Setelah mengunci pintu rumah,aku lantas menaiki tangga untuk ke kamar sambil mendukung tubuh misya.
******
Zamri mencuba berkali-kali mendail no telefon Natasha namun tidak di jawab.Sudah berpuluh-puluh pesanan dihantar namun tidak berbalas.Zamri meletakkan semula telefonnya di atas meja bersebelahan dengan katilnya.Satu keluhan berat dilepaskan.Entah mengapa dadanya sesak tatkala gadis itu seakan-akan menjauhi dirinya.Setelah bertahun-tahun tidak bertemu.Sehinggakan setiap pelusuk di Malaysia dia sudah lewati untuk mencari jejak gadis itu namun tidak ditemuinya.Hinggakan satu saat,dengan izin Allah,dia bertemu semula gadis itu dengan suasana yang sangat jauh bezanya.Gadis yang dulunya masih belum matang dirasakannya kini sudah berubah terlalu jauh.Sebuah penyesalan terbit di sudut hatinya.
"Mengapa aku buta menilai cinta Natasha sebelum ini?.Bukannya aku tak mampu menebak hatinya dulu",bisik Zamri dihati.
Natasha juga seringkali memberi hint kepadanya tentang perasaan cinta yang ada di hati natasha untuknya.Namun,kerana cintanya terhadap Sofia,dia hanya mengabaikan sahaja perasaanya itu.Sehinggalah satu saat,Natasha menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zamri,barulah dia merasakan satu kehilangan yang amat besar di hidupnya.Dari saat itu,Zamri selalu berdoa agar dipertemukan semula untuk menebus kembali kesilapan yang pernah dilakukannya terhadap gadis itu.Namun,setelah dipertemukan,hajatnya untuk memperbetulkan semula keadaan seakan-akan tertutup buatnya.Natasha sepertinya sudah melupakan cintanya terhadap Zamri.Perkara itulah yang benar-benar membuatkan Zamri terasa seperti ingin menangis.
"Mengapa sangat terlewat untuk aku menyedari perasaan cinta di hatiku untuk Natasha.Sedangkan sebelumnya,hatiku sebenarnya sudah bertaut terhadapnya.Mengapa aku buta untuk menilai cinta di antara Sofia dan juga Natasha",fikir Zamri lagi.
Zamri menarik nafasnya berat.
"Aku sememangnya sangat bodoh.Aku sudah melukai hati Natasha.Tidak mungkin untuk Natasha menerima diriku semula di dalam kehidupannya.Kini,hanya akulah sahaja yang terlalu meletakkan sebuah harapan tinggi untuk satu perhubungan yang tak nyata",kata Zamri perlahan.
Dia mencapai semula telefonya.Direnungnya gambar Natasha yang sudah bertahun lamanya dijadikan sebagai wallpaper untuk menghiasi telefonnya itu.Dibukannya galeri.Gambar-gambar Natasha dan dirinya satu saat dulu ditenungnya satu persatu.Ada rindu yang hadir mencengkam perasaannya.
"Aku cintakan kau Natasha.Aku sangat merindukan mu",luah Zamri.
Dia memeluk erat telefonnya yang memaparkan gambar Natasha.Hatinya berharap agar satu saat nanti,dia mampu memeluk Natasha erat dan tidak akan perna melepaskannya semula.Tanpa disedari,airmata Zamri berlinangan di pipinya.
Share this novel