"Morning bos.sihat ke?,"tanya Ani sebaik Zafran masuk ke syarikat pada hari ini.
"Morning too.Jam 9 masuk ofis aku",perintah Zafran kepada setiausahanya itu.
"Iya bos",jawab Ani ringkas.
Zafran lantas masuk ke ruang ofisnya itu.Dilihatnya sekeliling ruangan,masih seperti yang dia tinggalkan seminggu yang lalu.Walaupun sudah seminggu tak menghuni ofisnya itu,ruangannya masih sangat bersih kerana tiap-tiap hari cleaner syarikat akan datang membersihkannya.
Tok! Tok!
Pintu diketuk perlahan.
"Masuklah",sahut Zafran.
Pintu dikuak sedikit.Wajah Joe tersembul di pintu.Senyuman Joe terukir memandang Zafran.Joe lantas masuk dan menutup pintu kembali
"Berseri nampak",perli Joe setelah melihat Zafran membalas senyumannya tadi.
"Kau ni,pantang sangat tengok orang bahagia",jawab Zafran.
Dia bersandar di kerusi.
"So,apa perkembangan?,"tanya Joe ingin tahu.
"Perkembangan apa?"tanya Zafran berpura-pura tidak memahami pertanyaan rakannya itu.
"Come on la Zaf,kau pun tahu kan apa yang aku maksudkan",jawab Joe agak geram.
"Kau ni Joe,tu rahsia aku lah.Buat pa aku nak cerita kat kau.Kalau kau nak tau,kau kawin la",suruh Zafran.
Dia ketawa melihat wajah Joe berubah apabila mendengar kata-katanya itu.
"Ada jodoh pasti aku kawin juga.Tapi aku nak cari pengalaman dari kau dulu",usik Joe.
Zafran mengangkat keningnya tinggi mendengar kata-kata Joe.Seperti tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut temannya itu.
"Pengalaman?,emm,aku rasa pengalaman tu datang sendiri je Joe.Sebab bukannya kita rancang pun nak buat apa selepas kawin.Bukannya kita tulis dalam buku apa-apa yang kita nak buat untuk hari-hari seterusnya",terang Zafran.Mengusik Joe lagi.
Joe ketawa terbahak-bahak mendengar celoteh dari temannya itu.
"Aku tengok kau semakin hari semakin happy je.Dah ada benih-benih cinta ke antara kau dan Zara tu?",tanya Joe ingin tahu.
"Tak tau la Joe,tapi aku rasa aku dah mula ada rasa sayang kat Zara tu",ungkap Zafran.Dia menarik nafas dalam.
"So,apa penerimaan Zara terhadap kau?",tanya Joe lagi.Dia begitu berminat dengan cerita temannya itu.
"Tak tau lah Zara tu,Dia layan aku tak kasar lagi.Tapi sukar untuk dia luahkan perasaan dia kat aku.Tapi aku tau dan aku pasti kalau Zara juga punya perasaan kat aku.Tapi aku malu la nak cakap kat Zara yang aku dah sayang kat dia.Nanti dia kata aku ni apa pula.Tak tau dia masih nak terima aku atau pun tak selepas apa yang dah aku lakukan terhadap dia.",luah Zafran.
"Ye ke Zara pun menyimpan perasaan kat kau ni.Ke kau yang syok sendiri",usik Joe.
Zafran membaling Joe dengan sebatang pen yang ada di atas meja.Joe ketawa memandang Zafran.Dia suka bila dapat mengusik temannya itu.
"Apalah kau ni.Langsung tak back up aku.Bagilah aku semangat sikit.Ni,nak runtuhkan semangat aku adalah!",marah Zafran.
"Sorry,sorry bro,aku gurau je lah.Janganlah ambil hati",jawab Joe.
Zafran tidak menjawab sebaliknya dia berfikir bagaimana caranya untuk menawan hati isterinya itu
"Aku rasa kan,ni pendapat akulah",kata Joe cuba memberi pendapat.
"Apa pendapat kau?",tanya Zafran berminat.
"Apa kata kalau kau berteman dulu dengan Zara tu.Jangan la dulu paksa dia untuk terima cinta kau.Hati perempuan ni sensitif sangat.Bila dah terluka,amat sukar untuk menyembuhkan",kata Joe.
"Jadi apa yang harus aku lakukan?",tanya Zafran meminta pendapat.
"Kau berteman dengan Zara dulu.Cuba ambil hati dia.Curi balik hati dia yang dah kau lukai sebelum ini.Layan dia baik-baik.Buat seperti kau dah menyesal mengabaikan dia sebelum ni",terang Joe.
"Aku dah cuba,tapi balik-balik dia kata hubungan kami ni akan berakhir.Bila dia kata Macam tu,aku blurr tak mampu kata apa-apa lagi",luah Zafran.
Hatinya agak sayu dengan keegoan yang ditunjukkan oleh isterinya terhadap dirinya itu.
"Ala,sekarang tu macam tu lah Zaf,kan luka di hati dia masih belum sembuh.Lama kelamaan dia pasti akan membuka hatinya untuk kau",pujuk Joe.Dia turut bersimpati dengan temannya itu.
"Yang penting kau berusaha untuk yakinkan dia yang kau benar-benar ikhlas untuk menebus kesilapan kau dulu.Dan yang paling penting,jangan lukai hati isteri kau tu lagi selepas ini",nasihat Joe.
"Yela,aku akan cuba.Aku tak nak kehilangan Zara",jawab Zafran sayu.
"Okay,kita lupakan cerita ni dulu,kita sambung pasal kerja.Hows company?",tanya Zafran tiba-tiba.
Dia tidak mahu memanjangkan cerita tentang perasaanya itu.Dia harus fokus pada kerjanya ketika ini.
"Oh ya.Baik kita sembang pasal kerja pula.Ni aku nak maklumkan kepada kau,Pasal tapak pembinaan yang ada kat Sibu tu.Kemarin pekerja yang mengetuai projek itu ada call,dia kata penduduk yang awalnya bersetuju untuk tapak miliknya diambil buat bising.Dia kata bayaran yang diterima tak setimpal dengan harga tanah tu",kata Joe memberi laporan.
Zafran sedikit tersentak.
"Bukan ke sebelum ini dia bersetuju dengan harga yang dah ditetapkan.Malah dalam surat perjanjian tu,dia dah tandatangan",tanya Zafran.
"Ye,tapi tak tau kenapa dia berubah fikiran.Orang tu kata,dia nak kembalikan semula duit pampasan yang kita beri ke dia",jelas Joe.
"Dia tak boleh la buat macam tu.Dia dah di kira melanggar surat perjanjian.Lagi pun kita bayar tepat pada waktunya tanpa tertangguh",kata Zafran agak marah.
"Aku rasa,mesti ada orang nak tikam kita dari belakang",teka Zafran.
"Kita mesti siasat perkara ini",kata Joe.
"Macam ni lah,esok kau bertolak ke Sibu, tinjau-tinjau keadaan di sana.Lepas tu cari info.Ada apa2 call aku dengan segera.Tau la aku nak ambil tindakan selanjutnya",kata Zafran memberi perintah.
"Baiklah."
Joe melihat jam di tangannya.Berbaki 5 minit ke angka 9.Zafran lantas berdiri untuk pergi.
"Aku pergi dulu Zaf.Banyak kerja yang perlu aku settle sebelum ke Sibu esok".Joe meminta diri.
"Okay,ada apa-apa,call aku ye",kata Zafran.
"Baik".
Ringkas jawaban Joe sebelum melangkah keluar meninggalkan Zafran.
*******
Getar telefon ku mengejutkan aku dari lenaku.
Aku lantas menjawab panggilan.
"Ye",jawabku perlahan.Mata masih tertutup rapat.
"Tidur ke?",tanya Zafran.
"Ye,penat lepas kemas rumah tadi.Balik tak makan tengahari nanti?",tanyaku.
"Aku tak dapat balik teman awak makan tengahari.Ada meeting dengan client.Mungkin siap lewat sikit",terang Zafran.
Aku mengaru kepalaku yang tidak gatal.
"Mm tak pe.Thanks inform aku awal-awal,tidaklah aku masak banyak nanti.Takut membazir pula",terangku.
"Lagi satu,malam ni kita balik rumah mami.Lama tak ke sana".
Aku menarik nafas panjang.
"Bermalam ke kat sana?",tanyaku.
Aku sebenarnya malas untuk bertandang ke rumah itu apatah lagi memikirkan insiden yang terjadi antara kami sebelum ini.
"Mungkin tidur semalam.Lagipun dah lama tak jumpa mereka kan",jawab Zafran.
"Yela,nanti aku bersiap.Awak balik jam berapa hari ni",tanyaku.
"Sekitar 5 setengah petang macam tu la"Jawab Zafran.
Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa ni?",tanya Zafran apabila mendengar keluhanku.
"Aku boring sangat duduk rumah sorang-sorang.Tak macam kat kampung.Kalaulah aku boleh kerja kan bagus",luahku.
Zafran berfikir seketika mencari kebenaran kata-kata ku.
"Nantilah kita bincang cam mana",jawab Zafran.
Hatiku melonjak gembira.Rasa mengantuk ku hilang tiba-tiba.
"Betul ni?",tanyaku inginkan kepastian.
"Yes sure!",jawab Zafran.
Dia tahu aku gembira mendengar katanya sebentar tadi.
"Thanks.Aku sayang kauuu!!".
Aku lantas menutup mulutku apabila menyedari keterlanjuranku itu.
"Alamak!!!Kenapalah boleh kantoi seperti ini.Bodohnya kau Zara.Yang kau cakap kau sayang dia tu buat apa!!!!",bentakku di dalam hati.
Aku lantas mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri.
Zafran tersenyum sendiri mendengar ucapanku itu.
"Aku juga sayang kau Zara",jawab zafran perlahan.
Aku menyepi seketika cuba mencari ayat-ayat yang ngam untuk aku katakan pada Zafran tentang kesalahanku itu
"Errrr apa,aku tak dengar lah",jawabku tersekat-sekat.
"Aku sayang kau!",Zafran mengulangi kata-kata nya semula.
Aku tergamam.
"Errrr,sebenarnya aku tak berniat.Emmm,maksud aku macam ni,tadi tu,oleh kerana aku terover happy,jadi aku ter kata seperti itu.Tapi sebenarnya tak ada maksud pun",kataku tersekat-sekat.
Aku sebenarnya malu setelah terkantoi meluahkan perasaan kepada Zafran.
Zafran tersandar lemah mendengar pengakuan ku itu.
"Awak dengar tak?",tanyaku apabila tiada jawaban dari Zafran.
"Aku dengar.Tak pe Zara,aku faham",jawab Zafran.
Fikiranku pula terdiam sepi.
"Tapi,aku benar-benar maksudkannya Zara",kata Zafran cuba meyakinkan aku tentang perasaannya itu.
"Err nanti aku call balik.Aku lupa,aku masak air tadi",kataku cuba mencari alasan untuk menamatkan perbualan itu.
"Owh okaylah,nanti jumpa malam karang",sahut Zafran.
Aku lantas menamatkan panggilan dan bersandar di birai katil.
"Maafkan aku Zafran.Aku sebenarnya tak ready lagi nak luahkan perasaan aku kat kau.Aku sebenarnya takut terluka satu saat nanti apabila kita akan berpisah",bisikku perlahan.
********
"Zafran call tadi.Dia kata malam ni dia balik umah",kata Dato' Mazlan.
Datin Aida yang sedang sibuk memberi makan ikan-ikan peliharaannya itu lantas menoleh suaminya yang sedang melukis berhampiran dengannya itu.
"Betul ke?",tanya Datin Aida inginkan kepastian.
"Ye,Zafran sendiri yang menelefon tadi",jawab Dato' Mazlan sambil tersenyum memandang reaksi isterinya itu.
"Kalau macam tu,i nak keluar,nak beli bahan-bahan masakkan untuk memasak makanan kegemarannya",sahut Datin Aida gembira.
"Awak tu kan baru sembuh.Rehatlah dulu", nasihat Dato' Mazlan.
Datin Aida terdiam seketika.Satu senyuman sinis terukir
"Percaya betul you kalau i sakit ye.Aku tipu je la.I saja je cakap i sakit supaya you boleh call Zafran balik.Tapi sia-sia je.Zafran langsung tak balik pun",bisik Datin Aida.
Wajahnya masam apabila teringat balik usahanya untuk menyuruh anaknya agar pulang menjenguknya gagal.Zafran memang tak pedulikan nya.
"Awak fikir apa?",tanya Dato' Mazlan apabila menyedari isterinya itu mengelamun jauh.
"Tak fikir apa pun,cuma sakit hati sikit je",jawab Datin Aida.
"Kenapa pula?",tanya Dato' Mazlan.
"Yela,i tak boleh sediakan makanan kegemaran anak kita tu",jawab Datin Aida berpura-pura menunjukkan rasa sedih.
"Pembantu rumah kan ada.Suruh dia je tolong belikan dan masak.Awak kan tak larat lagi",jawab Dato' Mazlan begitu mengambil berat kesihatan isterinya itu.
"Yela",jawab Datin Aida perlahan.
Dia menyambung semula memberi makan ikan-ikan peliharaannya itu.Malas berbual lama dengan suaminya itu.
Begitu juga Dato' Mazlan,dia juga menyambung lukisannya semula.
Share this novel