BAB57

Romance Series 57282

Sofia mempercepatkan langkahnya apabila menyedari dirinya diekori.Sudah beberapa hari ini dirinya sering diekori walau dimana pun dia berada.Perkara itu membuatkan dirinya sedikit berasa takut.Sofia lantas memasuki tandas awam yang berhampiran di sekitar mall tersebut.Dengan perasaan berdebar-debar,Sofia lantas mengunci pintu bilik air dengan pantas.Dengan tangan terketar-ketar,dia lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail no telefon Azman.
"Awak,awak ada kat mana?",tanya Sofia sebaik sahaja panggilannya diangkat.
"Aku sedang mesyuarat syg.Ada apa?",tanya Azman.
"Awak tolong aku,ada orang ekori aku",kata Sofia takut.
"Siapa yang ekori syg?"tanya Azman seperti tidak mempercayai kata-kata Sofia.
Dia sudah faham dengan sikap Sofia yang inginkan perhatian lebih kepada dirinya.Sebelum ini pun,Sofia seringkali menipunya semata-mata untuk bertemu dengan dirinya sahaja.
Kadangkala perkara itu amat menganggu Azman.Apabila sahaja keinginan Sofia tidak dipenuhi,dia akan merajuk dengan dirinya.
"Entahlah,aku pun tak tahu siapa.Tapi beberapa hari ini ada orang yang sering ekori aku.Aku takut",luah Sofia.
"Alah,relax lah.Perasaan syg je kot.So syg ada kat mana sekarang ni?"tanya Azman selamba.
"Ada kat bilik air.Sembunyi kat sini.Awak ambil la aku.Aku takut",kata Sofia.
"Aku tengah mesyuarat ni.Aku tak boleh keluar lagi.Syg keluar dari bilik air tu sekarang,pergi kereta dan terus balik rumah",arah Azman.
"Tapi aku takut",luah Sofia lagi.
"Janganlah takut.Anggap je perasaan syg je.Tak de siapa yang ekori syg tu.Syg je fikir lebih-lebih.Percayalah",pujuk Azman.
"Kalau betul-betul macam mana?",tanya Sofia lagi.Cuba meyakinkan Azman tentang apa yang berlaku pada dirinya saat itu.
"Janganlah fikir bukan-bukan.Lagi pun,syg bukannya bermusuhan dengan siapa-siapa.Ke syg ada pinjam duit Along?",teka Azman.
"Tak de lah.Aku tak kebulur lagi nak pinjam kat Along lah.Rasanya bini awak kot yang upah orang ekori aku",duga Sofia.
Azman berfikir sejenak.Cuba mencari kebenaran kata-kata Sofia.Namun apabila difikirkan lagi oleh Azman,tiada tanda-tanda isterinya menghidu perhubungan antaranya dengan Sofia.Malahan setiap kali balik ke rumah,isterinya melayannya dengan baik.Malahan isterinya tak pernah mencurigai dirinya selama berpuluh tahun hidup bersama.
"Mustahil lah.Dina tak akan buat macam tu.Aku tak rasa dia yang upah orang untuk ekori syg.Sebab dia tak pernah cerita ataupun curiga pada aku",jelas Azman menafikannya.
"Habis tu,siapa yang nak ekori aku pula.Aku tak bermusuh dengan siapa pun.Dah lah berhari-hari dah asyik ekori aku je.Takut tau",jawab Sofia agak geram.
"Macam ni je lah.Syg balik dulu.Malam nanti aku jemput syg ye.Sorry lah tak dapat jemput syg,aku sedang mesyuarat sekarang ni",kata Azman.
Belum sempat Sofia menjawab kata-kata Azman,talian telah diputuskan.
"Dammm it!",bentak Sofia geram.
Dia lantas memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg.Dengan gerakkan perlahan,Sofia membuka pintu bilik air dan melihat sekeliling.Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat,Sofia lantas keluar dan berlari ke arah keretanya.

******

"Maaflah kak Zara,ganggu pula kerja kak Zara",kata Natasha sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di kerusi restoren berhampiran hospital tempat aku berkerja.
Sengaja Natasha memilih tempat yang berhampiran dengan hospital agar mudah untuk aku bertemu dengannya.
"Tak mengapa,lagi pun sekarang time rest,so boleh lah makan sekali",jawabku sambil tersenyum.
"Kalau macam tu,apa kata kita pesan makanan dahulu,barulah senang nak sembang",kata Natasha memberi pendapat.
"Okay juga tu",jawabku sambil melambai pada pelayan yang berhampiran.Seorang pelayan datang ke meja di mana aku dan Natasha duduki.
"Dik,nasi goreng special satu dan jus orange",pesananku.
Pelayan tersebut mencatat pesananku di atas kertas yang dibawanya.Dia memandang Natasha pula.
"Aku nak,nasi ayam dengan Fresh orange",kata Natasha pula.
Selesai mengambil pesanan,Pelayan itu meninggalkan aku Dan Natasha.Pandanganku beralih pada Natasha pula.
"Hah!.Ni call nak jumpa ada apa ni?",tanyaku ingin tahu.
Awal pagi lagi Natasha sudah menelefon memintaku untuk bertemu dengannya tengahari itu.Katanya ada perkara penting ingin disampaikan kepadaku.Oleh itu, apabila sahaja waktu rehat bermula,aku lantas menemuinya.
"Sebenarnya,Syah nak minta maaf kat kak Zara",ucap Natasha tiba-tiba.
Aku hairan.Mataku memandang anak matanya.
"Kenapa pula?. Rasanya Syah tak de apa-apa salah pada kak Zara.Yang beria-ia sangat minta maaf ni kenapa?",tanyaku ingin tahu.
"Ini berkaitan dengan Zafran dan juga Misya.Syahlah yang terlah terlanjur beritahu pada Zafran tentang Misya.Memikirkan hal itu,Syah tak tenang.Rasanya Syah dah buat satu kesilapan besar pada hidup Syah dan juga hubungan persahabatan kita",luah Natasha.
Aku tersenyum memandangnya.
"Laa,pasal tu ke?.Tak pe lah.Tak masalah pun.Lagipun Zaf patut tahu tentang Misya.Sepatutnya kak Zara yang kena ucapkan terima kasih pada Syah sebab beritahu Zafran.Kalau tak,sampai sekarang Zafran tak akan tahu kehadiran Misya.Sampai sekarang jugalah kak Zara tak de keberanian nak beritahu Misya hal sebenarnya",terangku.
"Tapi Syah tetap rasa bersalah",luah Natasha lagi.
"Kenapa pula.Kan kak Zara dah bagitahu,tak ada apa-apa.Kak Zara okay je lah.Janganlah risau",pujukku perlahan.
"Tapi,hubungan kak Zara dengan Chak rengang akibat perkara ni kan.Chak tak macam dulu dah.Dia sepertinya tertekan dengan keadaan sekarang",jelas Natasha.
Fikirannya benar-benar terganggu saat Chak meluahkan perasaan kecewanya pada Zara ketika keluar makan bersama beberapa hari lepas.
Natasha tidak menyangka perasaan Chak terhadap Zara begitu besar.Natasha tidak hairan andai perkara itu membawa perubahan besar pada diri Chak.Oleh itu,Natasha berazam untuk menjernihkan semula hubungan Zara dan Chak agar hidup Chak ceria seperti sebelumnya.
Aku menarik nafas panjang sebaik mendengar penjelasan dari Natasha.Aku tahu Chak amat terluka,namun aku tak mampu berbuat apa-apa.Perasaan tidak mampu untuk dipaksa.
"Syah suka Chak tak?",tanya ku tiba-tiba.
Pertanyaan dariku membuatkan Natasha tergamma dan terdiam.
"Suka tak?",ulangku semula apabila melihat Natasha kehilangan kata-katanya.
Aku lihat Natasha tersenyum tersipu-sipu sambil menggaru-garu kepalanya perlahan seperti kebingungan.
"Sukar nak jawab pertanyaan kak Zara ni",ucap Natasha tersenyum tawar.
"Alah,jawab ye atau tak je.Kan senang",kata ku lembut.
"Malu la kak Zara",jawab Natasha.
"Nak malu pe?.Kata kak Zara ni dah Syah anggap macam Kakak kandung Syah sendiri.Tapi tanya soalan mudah ni pun susah nak jawab",kataku lagi.
"Bukan cam tu kak Zara.Tapi seganlah",jawab Natasha.
Wajahnya kemerahan menahan malu.
"Alah,jawab je lah",paksaku namun agak lembut.
"Tapi,kak Zara janganlah usik Syah pula.Lagi satu janganlah beritahu Chak mahupun Zafran Yee.Nanti Dorang tau,malulah Syah nanti",kata Natasha.
"Baiklah,tapi Syah kena jawab dengan jujur ye",kataku.
Natasha mengangguk perlahan.
"Suka ke tak?",ulangku.
"Jujurnya Syah memang suka kat Chak.Tapi tulah,hati dia ada kak Zara seorang je.Pelyan amat tipis untuk Syah menawan hati Chak",jelas Natasha.
Aku tersenyum memandang wajah kemerahan Natasha.Aku tahu,gadis cantik dihadapanku itu malu.
"Belum cuba belum tahu lah.Syah dah cukup cantik,cukup baik untuk jadi Calon isteri Chak tau",pujiku.
"Apa kata kak Zara tunjuk kat Syah cara-cara menawan hati Chak",kata Natasha cuba memberanikan dirinya untuk meminta pertolongan.
Dia tidak kisah andainya satu saat nanti Chak menolak cintanya,tapi sekurang-kurangnya,dia berusaha untuk menawan hatinya.Dengan bantuanku,Natasha merasakan Peluangnya untuk bersama Chak besar.
"Kak Zara tak tahu nak tunjuk Syah caranya.Tapi Kak Zara cuba bantu mana yang kak Zara mampu",kataku cuba meyakinkan Natasha.
Natasha tersenyum bahagia.Ada sedikit sinar harapan terpancar pada wajahnya.
"Chak suka perempuan yang macam mana kak?.Ermm,maksud Syah, ciri-ciri gadis idaman Chak",tanya Natasha tidak sabar.
"Syah ni,tak sabar betullah.Kalau nak tau,kita kena makan dulu.perut ni dah lama menyanyi-nyanyi minta di isi tau",kataku sambil memandang makanan yang sudah terhidang beberapa minit yang lalu.
Natasha tersenyum tersipu-sipu malu.Segan apabila kak Zara menyedari ketidaksabaran dirinya untuk menawan hati Chak.
"Okay,okay.Kita makan dulu",kata Natasha.
Aku tertawa perlahan melihat gelagatnya.Aku tahu,Natasha gembira.Aku juga tumpang gembira.Aku berharap agar Chak mampu membuka matanya untuk melihat gadis lain dan turut membuka hatinya untuk menerima cinta gadis di hadapanku itu.Aku turut berdoa agar,cinta bakal bersemi di antara Natasha dan juga Chak.

******

Kali ini giliran Zafran menjemput Misya di sekolahnya.
"Hai papa",kata Misya sambil melambai tangannya menuju ke arah Zafran.
Misya sudah mampu menerima Zafran di hidupnya.Setelah hampir sebulan Zafran menemani dan mengenali Misya,gadis kecil itu sudah mampu membiasakan dirinya dengan Zafran.Kalau dahulunya Misya hanya berdiam diri apabila sahaja Zafran menjemputnya,namun sejak kebelakangan ini,dia sudah mula menunjukkan reaksi positif pada zafran.perkara itu benar-benar membuat Zafran bahagia.
"Hai syg.Bagaimana persekolahan hari ini?"tanya Zafran sambil tersenyum menyambut Misya.
"Okay papa.Kawan-kawan Misya semuanya baik-baik.Cikgu pun layan Misya baik",terang Misya.
"Wahhh,untungnya anak papa ni kan.Dapat kawan-kawan dan cikgu yang baik.Nanti,ada masa,kita belanja kawan-kawan Misya ye",kataku cuba menambahkan kegembiraan di hati anak kecil itu.
"Betul ke papa!.Wahhh bestnye.Nak belanja kawan Misya dan cikgu KFC,boleh ke?"tanya Misya gembira.
"Untuk anak papa yang cantik ni,semuanya boleh",jawab Zafran sambil mendukung tubuh kecil milik Misya.
Misya mencium pipi Zafran bertubi-tubi menandakan kegembiraannya.Tindakan Misya benar-benar membuatkan Zafran kelu.Hatinya benar-benar gembira saat menerima kecupan bertalu dari Misya di pipinya,namun jauh di sudut hatinya,terasa sayu.Andai sahaja dia ada sewaktu Misya lahir,sudah pasti kebahagian yang dia miliki kini berlipat ganda.Sudah pasti 4 tahun yang sudah berlalu penuh dengan memori indah dirinya bersama anak kecil itu.Namun Zafran bersyukur,walaupun terpisah selama bertahun-tahun lamanya,namun kuasa Allah menyatukan semula keluarganya.Apa yang paling di syukuri oleh Zafran,anak kecil itu mampu menerimanya dengan hati yang terbuka.
"Jom balik.Pasti mommy tertunggu-tunggu kat rumah",ajak Zafran.
Dia lantas membuka pintu kereta dan membantu Misya untuk duduk dan memasangkan tali pinggang keselamatan.Setelah itu,pintu ditutup dengan perlahan.Zafran lantas ke kerusi pemandu,setelah pintu ditutup,Zafran lantas memandu untuk ke menghantar Misya.
"Papa,bila nak bawa Misya jumpa nenek dan atok lagi?",tanya Misya memecah kesunyian.
Zafran menjeling Misya namun matanya pantas memandang ke hadapan semula.
"Hujung minggu papa bawa Misya dan mommy balik rumah nenek lagi",jawab Zafran.
Senyuman terukir di bibir Misya.
"Rumah nenek cantik.Tak sama macam rumah mommy.Rumah mommy kecil.Panas,tak ada kolam renang.Tak ada kolam yang ada ikan",komen Misya.
Kata-kata Misya mengundang tawa zafran.
"Rumah papa pun apa kurangnya.Cantik Mac rumah nenek.Misya nak pergi rumah papa ke?",tanya Zafran.
"Papa pun ada rumah juga ke?.Kenapa papa dan mommy dan juga Misya tak tinggal sama-sama dengan papa?",tanya Misya.
Aku terdiam sejenak mendengar pertanyaan Misya.Anak kecil itu sememangnya bijak dan petah berkata-kata.Aku tak menyangka,gadis itu begitu matang dalam berkata-kata.
"Misya nak pindah rumah papa tak?"tanya Zafran cuba memancing Misya.
"Nak!Nak sangat.Nak tidur dengan papa dan mommy sekali",jawab Misya teruja.
"Kalau Macam tu,Misya kena tolong papa,pujuk mommy tinggal bersama papa.Boleh tak?",tanya Zafran.
"Nanti Misya pujuk",jawab Misya gembira.
Hatinya tidak sabar untuk tinggal di rumah papanya.
"Tapi,Misya kena janji satu perkara pada papa.Misya kena janji,jangan bagitau mommy kalau papa suruh Misya pujuk mommy tinggal dengan papa.Boleh tak?",tanya Zafran.
Dia takut andainya Zara mengetahuinya,dia akan memarahi dirinya.
"Okay papa.Misya janji",jawab Misya gembira.
Jawaban Misya benar-benar membuat Zafran berasa lega.
Dia berdoa di hatinya agar semuanya dipermudahkan oleh Allah.Dia berharap agar dia mampu menyatukan semula keluarganya seperti satu masa yang lalu.

******

"Abg,Aida rindu lah dengan cucu kita tu.Comel sangat.Zafran pun satu,dah tahu kita hanya ada satu tu je cucu sekarang ni,langsung tak nak bawa jumpa kita",luah Datin Aida sedikit merajuk.
Dato' Mazlan yang sedang menonton berita di televisyen memandang Isterinya perlahan.
"Awak ni,adalah tu sebab kenapa Zaf tak bawa.Awak pun tahu kan,Misya tu sekolah,Zara pun kerja,Zafran pun kerja juga.Sibuklah tu",jawab Dato' Mazlan.
Pandangannya dialihkan ke kaca televisyen semula.
Datin Aida yang duduk disebalahnya memandang suaminya geram.
"Abg ni,tak faham betul dengan perasaan Aida kan",kata Datin Aida geram.
"Bukan macam tu.Abg faham,abg pun rindu dengan cucu kita tu.Tapi abg juga faham dengan situasi Dorang tu.Awk sabarlah,Zaf pasti bawa dorang balik jumpa awak nanti",pujuk Dato' Mazlan.
"Ye,Aida tahu,tapi bila?.Dah hampir seminggu tau Zaf tak bawa Misya balik.Baru dua kali je jumpa cucu kita tu.Rindu sangat dah hati ni tau",jelas Datin Aida lagi.
Dato' Mazlan tersenyum memandang isterinya.
Hatinya benar-benar bahagia saat itu.Sikap isterinya sudah jauh berubah.Dia sudah tidak seperti dahulu lagi.Datin Aida kini sudah tidak meninggikan suara padanya,malahan dia tidak keluar shopping seperti sebelumnya.Dia juga sudah mula mendekatkan dirinya pada Allah.Perubahan itu benar-benar mengembirakan hati Dato' Mazlan.Banyak peristiwa yang berlaku yang menginsafkan diri Datin Aida.Semua itu disyukuri oleh Dato' Mazlan.
"Tengok tu,Aida cakap pun termenung pula.Abg fikir apa tu?",tanya Datin Aida sedikit merajuk.
Dato' Mazlan tersenyum manis memandangnya.
"Banyak yang abg fikirkan",jawab Dato Mazlan.
Kening Datin Aida berkerut.Timbul persoalan dihatinya.Sedikit ragu pada suaminya.
"Abg ada perempuan lain ke?",tanya Datin Aida tiba-tiba.
Terkejut Dato' Mazlan dengan pertanyaan isterinya.Ketawanya tiba-tiba terburai.
"Awk ni,kesitu pula.Mana ada perempuan lain.Awk tu,boleh tak jangan fikir bukan-bukan.Abg sayang awk seorang je tau.Tak ada yang lain.Dari dulu sampai sekarang",jelas Dato' Mazlan cuba memujuk hati isterinya itu.
"Habis tu abg fikir pe?",tanya Datin Aida ingin tahu.
"Fikir tentang kehidupan kita.Sejak kebelakangan ni,banyak sangat yang berubah,yang berlaku.Tapi,abg bahagia sangat sekarang ni.Isteri abg ni dah banyak sangat berubah.Abg bersyukur sangat-sangat.Abg dah dapat balik isteri yang abg kenali dulu.Abg syg awk,tulus dari hati abg.Tak perna sedikit pun berubah",luah Dato' Mazlan.
Datin Aida begitu terharu mendengar ucapan dari suaminya itu.Memang begitu besar penyesalan yang ada di hati datin Aida.Dia benar-benar insaf dia atas perbuatannya dahulu.Andai waktu boleh diputar semula,datin Aida ingin mengubah segalanya.Dia tidak mahu mengulangi perbuatannya dahulu.
"Aida syg abg".
Hanya itulah ucapan yang mampu Datin Aida ucapkan.Hatinya sebak.Dia bersyukur,walaupun dirinya penuh dengan dosa,sering menyakiti hati suaminya itu,namun Dato' Mazlan tidak perna bosan,tidak perna cuba meninggalkannya.Malahan,tiap kali Datin Aida meninggikan suara padanya,dia tidak pernah mengangkat tangannya untuk menyakiti datin Aida.Datin Aida melentokkan kepalanya di bahu Dato' Mazlan penuh kasih.Dengan perlahan,Dato' Mazlan membelai rambut hitam milik isterinya itu.
"Abg pun syg awk juga.Terima kasih sebab sudi bersama abg,walaupun abg penuh dengan kelemahan",luah Dato' Mazlan.
"Shhhhhh",kata Datin Aida sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Dato' Mazlan sebagai isyarat supaya Dato' Mazlan tidak meneruskan kata-katanya.
"Abg tak sepatutnya cakap macam tu.Aida lah yang seharusnya ucapkan terima kasih kat abg sebab sudi terima Aida ni.Aida banyak buat silap pada abg,pada Zaf dan juga pada menantu kita Zara.Abg tau tak,Aida menyesal sangat-sangat.Kalau tak kerana kekejaman Aida,Zaf tak akan terpisah dengan cucu kita tu bertahun lamanya.Zara pun tak akan tersiksa membesarkan anak seorang diri.Dan yang paling Aida kesali adalah,kita tak ada memori indah bersama cucu kesayangan kita tu saat baru lahir",luah Datin Aida penuh penyesalan dihatinya.
Dato' Mazlan duduk berhadapan dengan isterinya.Bahu datin Aida di belai perlahan.
"Awak tak perlu ingat masa kalau yang dah berlalu tu.Yang penting sekarang ni,kita tebus balik masa-masa yang terbuang tu.Kita penuhkan masa yang akan mendatang dengan hal-hal indah yang boleh kita kenangkan masa-masa tua kita ni",kata Dato' Mazlan.
"Abg tau tak,betapa bahagianya hidup Aida bila dapat tahu kita ada cucu perempuan.Cucu kita tu,mirip Zaf kan bang.Rasanya tak puas hati sangat bila jumpa dengan cucu tu sekejap je.Apa kata,kita ke rumah Zara.Tinggal beberapa hari kat sana.Boleh la bermanja dengan cucu kita tu",kata Datin Aida memberi pendapat.
"Laa,kenapa nak ke sana pula.Kenapa tak ajak cucu kita tu tinggal sekali dengan kita.Kan senang.Lagi pula,abg nak hidup cucu kita tu senang.Masa-masa sekarang lah kita berikan dia kehidupan yang senang",jelas Dato' Mazlan.
"Tapi Zara nak ke nanti?",tanya Datin Aida sedikit bimbang.
"Dia kan masih sah isteri Zafran.Syurga Zara tu ada kat bawah telapak kaki zafran.Besar kuasa Zafran untuk bawa Zara tinggal bersamanya.Lagi satu,abg yakin,Zara mampu menilai mana yang terbaik untuk masa depan cucu kita tu",jelas Dato' Mazlan lagi.
Senyuman datin Aida terukir mekar.Kata-kata suaminya itu benar.
"Aida berharap sangat agar Zara setuju nak balik ke rumah ini lagi.Ada Zara dan Misya,tak lah sunyi sangat Vila ni.Kalau tak tinggal kat sini pun, sekurang-kurangnya,tinggallah kat rumah Zafran,rumah yang mereka duduki dahulu.Senang kita nak ziarah mereka.Tinggal seminggu dua dengan mereka pun tak apa.Kalau nak ziarah kat rumah yang Zara duduki sekarang,pasti dia rasa tak selesa dengan kehadiran kita ",jelas Datin Aida panjang lebar.
"Hah tulah!.Abg pun harap Zara boleh setuju nak pindah rumah mereka lagi.Manalah tahu,dah tinggal bersama lagi,bertambahlah lagi cucu kita.Kan seronok ada cucu banyak-banyak.Yela,kita hanya ada seorang je anak tunggal.Sekurang-kurangnya kita ada cucu yang ramai.Tak lah sunyi sangat",kata Dato' Mazlan bersetuju dengan kata-kata isterinya itu.
"Nantilah Aida beritahu Zafran hal ni.Suruh pujuk Zara pindah semula kat rumah Zaf tu",kata Datin Aida.
"Yela.Dah!.Jangan cakap pasal tu lagi.Apa kata kita sembang hal kita pula",kata Dato' Mazlan memberi pendapat.
"Hal kita?.Hal apa?",tanya Datin Aida ingin tahu.
"Yela hal kita berdua.Kita rancang lah,pergi honeymoon kedua kalinya.Rasanya dah lama kita tak bercuti berdua.Abg rancang nak ajak awk pergi bercuti.Manalah tahu, kot-kot,Zaf dapat adik satu lagi",gurau Dato' Mazlan,cuba mengusik isterinya.
"Ishhhh abg ni.Ke situ pula",kata Datin Aida.
Satu cubitan manja singgah di peha Dato' Mazlan.Dato Mazlan ketawa terbahak-bahak apabila berjaya mengusik isteri kesayangannya itu.
"Betulah pe yang abg cakap tu",jelas Dato' Mazlan cuba mengusik datin Aida lagi.
"Eh!.Gatal la abg ni.Dah lah.Malas nak layan abg.Baik lagi Aida naik atas,nak call cucu kita tu, daripada layan kegatalan abg tu",kata Datin Aida.
Dia lantas berdiri dan meninggalkan Dato' Mazlan yang masih tertawa gembira.
"Alah,baru nak manja sikit,dah nak tinggalkan abg",luah Dato' Mazlan.
Dia masih ingin mengusik isterinya itu.
"Tak kuasa nak layan abg",jawab Datin Aida.
Langkah kakinya perlahan meninggalkan Dato' Mazlan.
Panggilan dari Dato' Mazlan tidak diendahkannya.Fikirannya hanya ingin cepat-cepat berbual dengan cucu kesayangannya saat itu.

******

Chak termenung sendirian di birai katilnya malam itu.Entah mengapa,dirinya benar-benar sepi tika itu.Rindunya pada Misya seringkali bersarang di hatinya.Terakhir bertemu dengannya saat keluar makan bersama Zafran dan juga Zara.Saat itu,perasaannya benar-benar cemburu dengan layanan Zafran terhadap Misya.Entah mengapa,hatinya belum mampu menerima kenyataan Misya adalah anak kandung Zafran.Namun Chak sedar,dia tidak mampu mengubah ketetapan dari Allah.Misya adalah anak kandung Zafran yang sah.Itu adalah hakikatnya.Walau sesakit apa pun kenyataannya,itulah yang harus dia terima.Chak menarik nafas dalam-dalam.Cuba menenangkan perasaanya saat itu.Mata dipejam erat.Cuba melupai segala yang melukakan hatinya.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.Chak lantas membuka matanya dan mencapai telefonnya.
Nama Natasha tertera di screen telefon bimbitnya itu.Dia lantas menjawab panggilan tersebut.
"Hello mr.prince",ucap Natasha sebaik sahaja panggilannya di terima.
Walaupun agak segan memanggilnya seperti itu,namun Natasha cuba memberanikan dirinya.Malahan,sudah acap kali Natasha mengelarkan Chak mr.prince saat berbual di telefon.
"Hai princess Natasha.Ada apa call malam-malam ni?",tanya Chak.
Dia juga sudah seringkali Mengelarkan Natasha princess Natasha apabila Natasha juga kerap kali memanggil seperti itu.
Chak akan tersenyum apabila Natasha mengelarkan dirinya Prince.Entah mengapa hatinya terhibur.
"Rindu".
Jawaban yang ringkas dari Natasha membuatkan Chak terdiam.
"Ye ke rindu?",jawab Chak setelah beberapa detik terdiam.
Dia tidak menyangka Natasha akan mengatakan perkataan itu pada dirinya.
"Yela.Awak tu je tak rindu Syah",kata Natasha cuba mengumpan Chak.
Hatinya benar-benar ingin tahu perasaan Chak pada dirinya.
"Eh,siapa kata Aku tak rindu syah.Rindu lah",jawab Chak.
"Ye ke rindu ni?",tanya Natasha seakan tidak percaya.
"Yela,syah kan kawan aku.So aku kenalah rindu kat Syah juga",jawab Chak.
"Laa,rindu sebagai kawan je ke?.Tak lebih dari itu?",tanya Natasha sedikit kecewa.
"Habis tu,Syah nak aku rindu macam mana?",tanya Chak.
"Rindu sebagai kekasih.Awk kan single lagi,Syah pun single lagi,so apa salahnya kita mencuba",kata Natasha memberanikan dirinya.
Chak terdiam sejenak.
"Tapi..",
"Stop it!.Syah tahu kat hati awk tu ada kak Zara.Tapi,tak boleh ke awak beri Syah peluang untuk memiliki hati awak tu",kata Natasha memotong kata-kata dari Chak.
"Bukan macam tu Syah.Tapi,cinta Chak hanya untuk Zara seorang",jelas Chak.
Dia tahu Natasha ikhlas mencintainya.Malah Natasha sudah berterus terang tentang perasaannya kepada Chak.Namun entah mengapa,harapannya untuk bersama Zara masih begitu menggunung di hati.
"Terimalah kenyataan Chak.Kak Zara tu isteri Zafran.Mustahil untuk Awk bersama dengannya",jelas Natasha cuba meyakinkan Chak.
"Hati aku masih kuat mengatakan,Aku akan memiliki Zara syah",luah Chak.
Namun di hatinya sebenarnya tahu,dia tak akan perna mampu memiliki Zara di hidupnya.
Kali ini,giliran Natasha terdiam sejenak.
Kata-kata Chak sedikit menguris hatinya.
"Chak,tak ada ke secubit perasaan suka pun kat hati awk untuk Syah.Tak ada ke perasaan syg awk kat Syah walaupun sekecil zarah?",tanya Natasha sayu.
"Syah,aku syg syah.Tapi syg tu tak lebih daripada seorang teman.Jujur aku katakan,aku terhibur saat bersama Syah.Tapi itu tak bermakna,aku cintakan Syah",terang Chak.
Dia tahu Natasha pasti terasa hati dengan penjelasannya,namun dia harus mengatakan semua itu pada Natasha.Dia tidak mahu andai Natasha berharap padanya.Dia takut andainya dia melukai hati Natasha satu saat nanti.
"Baiklah Chak kalau itu yang ada kat hati awk.Beginilah,beri Syah masa 3 bulan untuk buat awk jatuh cinta pada Syah.Andai dalam tempo 3 bulan tu,awk masih tak ada perasaan kat Syah,Syah janji akan pergi jauh dari kehidupan awak.Syah janji tak akan ganggu awak dan tak akan perna muncul di hadapan awak lagi.Bagaimana?",kata Natasha cuba memberi pendapat.
Chak terdiam.Dia cuba menimbang cadangan Natasha.Setelah beberapa ketika berfikir,barulah Chak memberi jawaban.
"Baiklah,aku setuju.Tapi andai dalam masa 3 bulan tu,aku masih tak jatuh hati pada Syah,Syah kena terima kenyataan yang Kita tak ada jodoh.Deal?",tanya Chak.
Senyuman Natasha menguntum.Dia gembira.
"Baiklah.Deal",jawab Natasha.
Dia bahagia.Sekurang-kurangnya Chak memberi peluang padanya.Dan seandainya dalam tempo itu,dia gagal untuk membuatkan Chak jatuh hati padanya,dia akan menerima hakikatnya mereka bukan ditakdirkan bersama.
"Baiklah kalau macam tu,projek menawan hati awk bermula esok.Tapi apa jua yang Syah lakukan,awk tak boleh nak marah ye.Tu awk kena janji",kata Natasha.
"Baik!.Aku janji.Asalkan tak menganggu kerja aku",jelas Chak.
"Okay.Syah janji,Syah tak akan ganggu kerja awk.Awk tidurlah,esok nak kerja.Syah pun kena bangun awal esok",kata Natasha.
"yela.Syah pun tidurlah",kata Chak pula.
"Baiklah.Bye mr.prince.I love you",ucap Natasha.
Chak tersenyum mendengar ayat terakhir dari Natasha.
"Okay bye".
Hanya itu jawaban yang diberikan oleh Chak.Dia belum mampu menjawab ucapan Natasha itu.
Natasha faham.Dia tidak merasa sakit walaupun Chak tidak menjawab ucapannya itu.Panggilan lantas dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience