Hari ini aku dan Chak membawa Misya keluar untuk membeli belah sempena majlis hari jadinya yang akan berlangsung tak lama lagi.Chak membawa aku dan Misya memasuki sebuah kedai menjual berjenis-jenis pakaian berjenama.
"Dah lama kita tak jalan-jalan macam ni kan.Rindu rasanya",luah Chak sambil memandangku.
Aku hanya tersenyum membalas pandangannya.
"Awak pilihlah baju mana awak nak,aku bawa Misya tengok mana-mana baju kesukaan Misya",kataku.
"Tak,awaklah pilih baju mana awak nak.Mana tau awak nak beli baju ke,aku yang akan bawa Misya cari pakaian kesukaan Misya.Lagipun dah lama tak luangkan masa bersama Misya",jawab Chak.
"Yela,dah alang-alang sampai sini,aku kira nak beli tudung,bosan dah pakai tudung yang sama je",terangku.
"Aah,elok la tu,awak pilihlah dulu.Aku temankan Misya",kata Chak.
"Yela.Nanti siap aku datang",terangku.
"Yalah",jawab Chak ringkas.
"Jom sayang",ajak Chak sambil mencuit perlahan hidung Misya.
"Lets go daddy",kata Misya girang.
Dia berlari-lari anak mendahului Chak.
Chak mempercepatkan langkahnya agar mampu mengejar Misya yang sudah mendahuluinya.
"Be careful dear",pesan Chak.
Namun tidak di dengari oleh Misya.Dengan begitu gembira Misya berlari-lari hingga tak menyedari melanggar seseorang di hadapannya sehinggakan tubuh kecil milik Misya jatuh ke atas lantai.Tangisan Misya kedengaran.Chak lantas berlari mendapatkan Misya dan lantas mengangkatnya dengan pantas.
"Syhhhh!,Don't cry.You look ugly when crying',usik Chak sambil mengesat air mata di pipi puteri kesayangannya itu.
Tangisan Misya terhenti.
"Macam ni lah anak daddy",puji Chak sambil mencuit pipi Misya.
Diangkatnya tubuh kecil itu ke pangkuannya sambil berdiri dan memandang gadis dihadapannya itu.
"Sorry sangat-sangat encik.Aku tak sengaja.Tak sempat nak halang anak encik dari...",.
Ayat Natasha lantas terhenti saat melihat Chak dihadapannya.
Chak juga terkaku memandangnya.
"Awak!",kata Natasha seakan tidak percaya melihat Chak dihadapannya.
"Syah buat apa kat sini?",tanya Chak cuba berlagak biasa.
"Syah nak beli baju.Tak sangka jumpa awak kat sini.Comelnya,anak buah awak ke?",tanya Natasha sambil mencuit pipi gebu milik Misya.
Chak terdiam.Tak tahu harus mengatakan apa-apa pada Natasha.
"Daddy,who is this beautiful aunt?",tanya Natasha sambil memandang wajah Chak.
Natasha tergamma mendengar gadis itu memanggil Chak sebagai ayahnya.
"Dear,this is daddy friend.She name is auntie natasha",terang Chak memperkenalkan Natasha pada Misya.
"Owh,haii beautiful auntie.My name is Misya.Nice to meet you.I'm sorry for what happened",ucap Misya.
Natasha tersenyum memandang gadis kecil dihadapannya.Petah berbicara dan sangat bijak.
"It's okay dear.No problem",jawab Natasha.
"Anak awak ke?",tanya Natasha.
Hatinya benar-benar ingin tahu saat itu.
Belum sempat Chak menjawabnya,aku sudah muncul di hadapan mereka.
"what's going on here?",tanyaku.
Natasha dan Chak lantas memandangku.
"Kak Zara?",kata Natasha apabila sahaja melihat aku.
"Owh hai Syah.Awak ada kat sini juga ke?.Beli baju?",tanyaku.
Natasha tersenyum memandangku.
"Aah kak.Tadi tengah pilih baju, tiba-tiba gadis comel ni terlanggar Syah tanpa sengaja",terang Natasha sambil tertawa perlahan.
Aku memandang Misya dan Chak.
"why not be careful dear.Apologize to aunt now",kataku tegas kepada Misya.
"I'm sorry mommy.I accidentally",jawab Misya perlahan.
Aku lantas mengambil Misya dari pangkuan Chak.
Natasha memandang aku dan Chak silih berganti.Banyak persoalan yang menerjah fikirannya saat itu.
"By the way,Chak,perkenalkan,ini Natasha kawan aku",kata aku memperkenalkan Chak pada Natasha.
Natasha tersenyum manis memandangku.
"Dah kenal la kak Zara.Chak teman Syah"terang Natasha.
Aku memandang Chak dan Natasha seakan tak percaya.
"Tak pernah cerita kat akak pun sebelum ni.Chak ni pun tak pernah cerita pun pada aku",kataku sedikit kecewa.
"Sorry la awak.Tak sempat beritahu sebelum ni.Dah awak merajuk dengan aku.Nak bagitahu macam mana",usik Chak.
Natasha merenung chak.Masih tidak percaya dengan situasi yang berlaku saat itu.
Aku menyiku perlahan tangan Chak.Takut andai Natasha salah sangka terhadap perhubungan di antara aku dan chak.Sedangkan selama ini Natasha tahu andai Zafran adalah suamiku.
"Auchhh,sakitlah",erang Chak perlahan.
Aku memberi isyarat mataku pada Chak agar tidak berkata apa-apa.Chak hanya tersengih sambil memandang ke wajahku.
"Dah lama kenal ke?",tanyaku.
"Dah masuk 3 bulan dah kenal Ngan Chak ni",jawab Natasha.
Chak hanya berdiam diri.Entah mengapa hatinya berdebar-debar saat itu.
"Selalu ke keluar dengan Chak ni?",tanyaku lagi.
"Kenapa tanya soalan macam tu Zara?",tanya Chak menyampuk perbualanku dengan Natasha.
"Tak la,tapi takkan la soalan tu pun nak kena tanya juga",jawab Chak perlahan.
Suaranya hampir tidak kedengaran.
"Awak ni,Zara nak tanya je la.Bukannya nak soal siasat.Yang awak kalut sangat ni kenapa.Macam orang buat salah je aku tengok", tegurku.
Natasha hanya tersenyum memandang aku dan Chak.Senyuman yang dibuat-buat dipandangnya mataku.Entah mengapa aku merasakan ada sesuatu di antara Chak dan gadis cantik di hadapanku itu.Namun aku tak berani menyatakannya.Takut pertanyaanku nanti disalah ertikan oleh Natasha dan juga Chak.
"Tak la kerap kak.Sekali sekala je.Lagipun Chak sibuk memanjang.Jumpa pun setakat keluar makan je",terang Natasha.
Dia juga sebenarnya takut andai tersalah kata pada aku.Difikiran Natasha kini adalah aku dan chak mempunyai satu hubungan khusus.Apatah lagi anak yang sedang aku dukung itu memanggil Chak dengan panggilan daddy.
"Tapi akak janganlah fikir lain-lain pula,aku dan Chak tak ada hubungan apa-apa pun.Kawan je",jelas Natasha.
Aku ketawa memandang Natasha.
"Tak fikir apa-apa pun la syah.Janganlah risau",jelasku.
Aku ingin menjelaskan perkara sebenar namun,keadaan tidak mengizinkan.
"Mommy,I want go to daddy",ucap Misya tiba-tiba.
Dia menghulurkan tangannya sebagai isyarat agar Chak mengambilnya.Chak lantas mengambil Misya dan mendukungnya.Misya memeluk leher Chak manja.Natasha hanya mampu memandangnya.Entah mengapa perasaan cemburu menyelubungi hatinya melihat kemesraan Misya dan Chak.Hatinya sakit tiba-tiba.
"Kak Zara,Chak,Syah kena pergi dulu.Ada beberapa barang yang harus Syah beli.Nanti free,jumpa lagi",kata Natasha meminta diri.
"Okay la Syah.Nanti ada masa kak Zara jumpa Syah lagi.Hati-hati ye", pesanku.
"Baiklah kak Zara.Kak Zara dan Chak pun jaga diri ye",ucap Natasha.
Sebelum pergi,Natasha sempat mencuit pipi gebu milik Misya.
"Auntie pergi dulu princess,ada masa kita jumpa lagi",ucap Natasha.
Setelah itu,dia berlalu meninggalkan aku,Chak dan Misya.
"Jom lah.Dah lewat sangat ni.Masih banyak barang yang perlu kita beli",ajakku sambil melihat senarai pada list yang sudah aku tulis sebagai panduanku.
"Tapi baju misya tak beli lagi",kata Chak memperingatkan ku.
"Eh!,belum beli ke?",soalku.
"Belum lah.Dah Misya langgar Natasha tadi tu,mana ada masa pilih lagi",terang Chak.
Aku tersenyum memandangnya.
"Okaylah,jom aku temankan pilih",ajakku.
"Jom",kata Chak.
Aku Misya dan Chak lantas berlalu ke bahagian baju budak-budak untuk memilih beberapa pasang baju untuk Misya.
Sepanjang hari itu,Misya begitu gembira,tawanya tidak henti-henti dengan usikan demi usikan dari Chak.Aku hanya tersenyum memandang gelagat kedua mereka.
*******
Natasha tidak mampu melelapkan matanya saat itu.Kejadian petang tadi benar-benar menganggu fikirannya.Pelbagai persoalan menerjah otaknya.Natasha lantas mencapai telefon bimbitnya untuk melihat kalau ada pesanan dari Chak untuk menjelaskan semua kepadanya.Namun sekali lagi Natasha hampa.Tiada satu pun pesanan yang dikirim oleh Chak.Yang ada hanya beberapa pesanan dari ibubapanya dan pekerjanya sahaja.Di juga melihat keterlihatan Chak di aplikasi WhatsAppnya,namun tiada tanda-tanda Chak sedang online.Malah keterlihatannya pada tengahari tadi.Natasha menghela nafas berat sambil meletakkan semula telefonnya ke atas meja.
"Apa hubungan kak Zara dan Chak?",bisik Natasha perlahan-lahan.
"Bukan ke Kak Zara tu isteri Zafran.Takkan kak Zara curang dengan Zafran dibelakangnya saat keadaan Zafran seperti itu?",kata Natasha lagi.
"Tapi tak mungkinlah kak Zara akan buat macam tu.Aku percaya kak Zara tak akan buat macam tu",kata Natasha sambil menggelengkan kepalanya tidak percaya.
"Tapi,mengapa anak tu panggil Chak daddy??.Takkan anak tu milik kak Zara dan Chak?.Tengok budak tu rasanya sudah mencecah 4 tahun.Eh sekejap-sekejap",kata Natasha.
Dia cuba memerah otaknya mengingati sesuatu.
Natasha lantas turun dari katilnya dan berjalan ulang alik memikirkan sesuatu.
"Bukan ke hari tu kak Zara cakap dia sambung belajar tiga tahun yang lalu.Termasuk sekarang dah masuk setahun kak Zara kerja.Ini bermakna anak tu dah masuk 4 tahun.Anak tu lahir saat kak Zara masih belajar lagi rasanya.Ni mesti ada yang tak kena ni?",kata Natasha lagi.
"Kak Zara dan Chak belajar sama-sama di luar negara saat itu.Takkan kak Zara dan Chak ada hubungan sulit dan kak Zara mengandungkan anak Chak",fikir Natasha lagi.
Natasha mengeleng-gelengkan kepalanya lagi.
"No!No!.Kak Zara tak akan buat begitu.Ataupun anak tu milik kak Zara dan Zafran.Lepas tu kak Zara sambung belajar saat sedang mengandung.Tapi,..kenapa anak itu panggil Chak daddy.Jadi anak itu panggil Zafran apa.Takkan ayah kot.Anak tu panggil kak Zara mommy.Ehh!,bingung lah!",bentak Natasha geram.Hatinya benar-benar sakit saat itu.Entah mengapa dia benar-benar mengharapkan anak itu bukan milik Chak.
Natasha meramas rambutnya perlahan.Ditenungnya wajahnya di cermin.
"Tak cantik ke aku ni?.Kenapa aku tak boleh jadi macam kak Zara.Dikelilingi lelaki-lelaki yang tampan.Lelaki-lelaki yang sangat mencintai dirinya.Kenapa aku tak bertuah seperti kak Zara?"bisik Natasha perlahan.
"Tapi jujur,kak Zara sangat cantik,tak hairanlah semua lelaki tergila-gilakan kak Zara.Dah lah lemah lembut,baik pula tu.Bertuahnya andai boleh ganti tempat dengan kak Zara",bisik Natasha lagi.
Perasaan cemburu menyelubungi hatinya tiba-tiba.
"So perempuan yang di maksudkan oleh Chak sebelum ni tu kak Zara ke?.Gadis cantik yang memiliki sekeping hati milik Chak.So Chak sedih hari tu pun sebenarnya sebab kak Zara ke?.Sebab gaduh dengan Kak Zara?.Kenapa aku tak tahu pun sebelum ni?",fikir Natasha lagi.
Dia benar-benar sangat tertekan saat ini.Dia tidak menafikan perasaan sayangnya pada Chak kini mula mekar di hatinya.Bibit-bibit cinta buat Chak kini mula tumbuh di dirinya.
"Kenapa setiap kali aku menyayangi seseorang,aku yang akan terluka.Apakah aku tidak berhak mendapatkan secebis kasih daripada seorang insan yang aku sayangi?",tanya Natasha sendiri.
Natasha menutup matanya perlahan.Cuba mengembalikan kekuatan hatinya yang kini semakin meruntuh.
"Kau tak boleh berputus asa Syah,Apa yang di hadapan mata kau tak semestinya sama seperti apa yang difikirkan kau.Mungkin kak Zara dan Chak hanya berteman biasa sahaja.Secara logiknya,kak Zara masih seorang isteri,dan mustahil kiranya mereka sudah bersama.Malahan baru-baru ini,Zara juga ada bersama dengan aku masa melawat Zafran",kata Natasha lagi cuba memujuk hatinya itu.
"Ya aku pasti sangat.Anak itu anak kak Zara dan Zafran.Aku tak akan perna berhenti untuk siasat perkara ini dan aku tetap berusaha untuk menawan hati Chak",kata Natasha penuh semangat.
"Syah! Fighting",kata Natasha.
Satu senyuman terukir di bibirnya.Entah mengapa Natasha begitu yakin dia akan mampu memiliki Chak satu saat nanti.
******
Zafran melepaskan nafas lega sebaik sahaja mendapat makluman daripada Doktor muda di hadapannya itu.Hari ini dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumahnya setelah lebih daripada tiga bulan menjadi penduduk tetap wad tersebut.Datin Aida juga melafazkan kata syukur setelah menerima berita tersebut.Dengan segera di menelefon Dato' Mazlan untuk memaklumkan perkara itu sementara Zafran dan Chak berbual seketika.
"Walaupun hari ini awk dah boleh keluar,tapi pastikan ikuti semua temujanji yang telah diberikan.Rawatan itu adalah untuk kebaikan awak juga",terang Chak.
Zafran mengangguk faham.
"Aku akan sediakan kertas temujanji dan bil-bil yang harus awak bayar.Nanti setelah selesai aku akan serahkan semuanya pada awak nanti.Sekarang ni awak berkemas lah dahulu",kata Chak.
"Baiklah doktor",jawab Zafran ringkas.
Setelah Chak keluar,Zafran perlahan-lahan turun dari katil untuk ke bilik air bertukar pakaian.Zafran kini sudah boleh berjalan dan berdiri dengan sendiri tanpa bantuan ibunya mahupun bantuan tongkat.Walaupun tulang belakangnya masih tersisa sedikit sakit,namun itu bukan menjadi alasan bagi Zafran untuk berdikari sendiri.Dia hanya mahukan dirinya seperti sebelumnya lagi.Bergerak bebas ke sana ke mari tanpa halangan.Oleh itu dia berusaha semampu yang boleh untuk terus bergerak tanpa bantuan siapa-siapa.
"Boleh ke ni?",tanya Datin Aida apabila melihat Zafran yang berjalan perlahan-lahan memasuki bilik air,Sementara itu di tangannya terdapat sepasang pakaian.Datin Aida tahu andai Zafran ingin menukar pakaiannya.
"Boleh je la mami.Zaf dah sihat ni.Dah boleh bergerak seperti biasa",jawab Zafran.
"Hati-hati.Tak perlu bergerak keras sangat,tulang belakang Zaf tu belum sembuh sepenuhnya lagi",pesan Datin Aida.
"Ye mami",jawab Zafran sebelum menutup pintu bilik air tersebut.
Sementara menunggu Zafran mengantikkan bajunya,Datin Aida mengemaskan barang-barang untuk di bawa pulang.Katil yang agak berselerak juga dikemaskannya agar rapi.Sampah di kosongkan dan kerusi juga disusun rapi.Setelah beberapa minit berlalu,barulah Zafran keluar.
"Daddy dah sampai ke mami?",tanya Zafran.
Datin Aida yang sedang duduk menunggunya menoleh.
"Belum lagi.Kejap lagi sampailah tu.Mari sini duduk",ajak Datin Aida.
Zafran melangkah mendekatinya dan duduk di samping ibunya itu.
"Mami dah call Zara ke?",tanya Zafran.
"Mami dah call,tapi tak dijawab.Dia sibuk kot.Nanti bila dah free tu,nampak misscall mami,pasti Zara call balik",kata Datin Aida.
Zafran mengangguk perlahan.
Hatinya benar-benar tidak sabar untuk bertemu dengan isteri kesayangannya itu.Banyak perkara yang ingin diceritakan kepadanya.Dia juga ingin memperbetulkan semula selisih faham yang terjadi tiga tahun dahulu.
"Aku akan tawan semula hati awak Zara.Aku akan pastikan awak akan tetap jadi milikku selamanya",bisik hati kecil Zafran.
"Zaf",panggil Datin Aida lembut.
Zafran memandang ibunya.
"Fikir apa tu?",tanya Datin Aida.
"Tak ada apa mami.Cuma tak sabar rasanya nak balik rumah.Kalau kat rumah, sekurangnya tak lah sebosan sekarang ni",kata Zafran menyembunyikan apa sebenarnya di fikirannya tika itu.
"Zaf tinggal dengan mami dan daddy ye.Susah kalau Zaf tinggal di rumah Zafran sendirian.Tiada yang dapat tengok-tengokkan Zaf kat sana.Kalau kat rumah mami dan daddy, sekurang-sekurangnya mami ada untuk sediakan keperluan Zaf",kata Datin Aida.
"Zara kan ada nak jaga Zaf",jelas Zafran.
Datin Aida memandangnya perlahan.
"Zaf,Zaf kan tahu hubungan Zaf dengan Zara tu macam mana.Zaf dan Zara baru je bertemu semula.Amat mustahil untuk Zara setuju tinggal dengan Zaf",terang Datin Aida.
Zafran terdiam seketika Sebelum menjawab kata-kata ibunya semula.
"Tapi tak salah mencuba kan mami.Zara tu masih sah isteri Zaf.Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya",jelas Zafran.
"Mami tahu,tapi,Zara belum tentu menyetujuinya",jelas Datin Aida.
"Mami tak suka ke Zara tinggal dengan Zaf?",tanya Zafran tiba-tiba.
Pertanyaan Zafran membuatkan Datin Aida terdiam.
"Bukan macam tu Zaf.Mami dah terima Zara sebagai menantu mami,tapi kita perlukan persetujuan dari pihak zara.kita tak boleh memaksa Zara.Apa-apa keputusan Zara,kita kena terima seadanya",jawab Datin Aida.
"Zaf akan cuba pujuk Zara mama,Zaf akan cuba.Zaf dah lukai hati Zara satu masa dahulu,sekarang Zaf nak tebus balik semuanya.Zaf akan terangkan pada Zara tentang apa yang sebenarnya dah terjadi tiga tahun yang lalu",jawab Zafran bersungguh-sungguh.
"Ikutlah apa kata hati awk tu Zaf.Mami tak akan masuk campur lagi.Asalkan Zaf bahagia,mami dah cukup gembira dah.Apa yang Zaf rasa perlu,Zaf buatlah.Tapi,fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan.Mami tak nak Zaf kecewa lagi",pesan Datin Aida.
Zafran tidak menjawab kata-kata ibunya.Tujuannya hanya satu,selepas ini dia akan terus berusaha untuk memujuk dan mengembalikan keluarganya yang terpisah satu masa dahulu.Hanya itulah azam yang di sematkan di dalam hatinya saat itu.
******
Aku merenung wajah anak kesayanganku itu seketika.Jelas sangat wajahnya yang keletihan namun aku tahu hari ini Misya begitu gembira.Masih terbayang gelak ketawa Misya bila diusik oleh Chak.Chak melayannya dengan begitu baik hari ini.Mataku beralih ke timbunan beg plastik di penjuru bilik Misya.Itulah barang-barang yang dibelikan oleh Chak buat Misya.Semua barang yang disukai oleh Misya,Chak telah membelinya.Jelas sangat Chak begitu memanjakan anak kecil itu.Mataku beralih pula ke sebuah patung teddy bear berwarna pink yang sedang dipeluk erat oleh Misya.Patung bersaiz besar itu merupakan pilihan utama Misya.Walaupun berulang kali Chak menunjukkan sebuah patung Minions kepada Misya,namun Misya tetap menolak.Banyak alasan yang diberikan oleh Misya kepada Chak.
"This statue is more beautiful",kata Chak sambil menghulurkan sebuah patung Minions kepada Misya.
Misya merenung patung tersebut dengan wajah yang monyok.
"I don't like this statue,this statue is not for girl,it's for boys.This statue is like an alien. I don't like it",rungut Misya.
"It's cute Misya.Look this statue eyes,cycle,big,and so funny",Kata Chak cuba memujuk Misya.
Chak tahu Misya sememangnya tidak suka pada patung Minions sejak dahulu lagi,namun Chak tetap ingin mengusiknya.
"No daddy.This statue is really bad. I really don't like it.If you want this statue. Don't buy it for me.Buy only for daddy or mommy",jawab Misya tegas.Sambil berpeluk tubuh,Misya memasamkan wajahnya.
Aku dan Chak saling berpandangan.Tawaku hampir pecah melihat gelagat Misya.Begitu juga Chak.
"I prefer bear statues,only bear statue.Don't force me to buy this minion statue.I just want this bear statue.Understand!",kata Misya geram.
"Okay,okay!.we bought this bear statue.Because daddy love you so much,daddy will buy for you this bear status",kata Chak sambil menunjukkan pada Misya sebuah teddy bear yang sangat besar.
Mulut Misya terlopong melihat patung bear yang begitu besar.
"Daddy,I really Like this bear.I want this.Please buy it for me",pujuk Misya.
Tangan Chak dipaut manja.
Chak tersenyum memandangnya.Diusapnya perlahan rambut hitam milik Misya sebelum mengucupnya.
"It's for you dear",jawab Chak.
"Yeaaaahhh!!!",teriak Misya begitu teruja.
Aku lantas menekup mulut Misya lembut.
"Don't do it like that.Many people see it",tegurku perlahan apabila melihat beberapa mata memandang ke arah kami.Misya terdiam.Dia memandang sekelilingnya.Ada beberapa kanak-kanak sebaya dengan Misya juga memandangnya.Misya tersenyum tawar memandang kanak-kanak tersebut sebelum memandang aku dan Chak.
"I'm sorry daddy.Im sorry mommy.I'll never do it again",kata Misya.
"It's okay dear.Thats normal when we happy",pujuk Chak.
Senyuman Misya kembali terukir.Aku hanya memandang Chak.
"Awak terlalu manjakan dia Chak",tegurku.
"Dia masih kanak-kanak lagi Zara.Biarlah dia gembira.Bukannya selalu dapat keluar bergembira",jawab Chak.
Aku tidak menjawab selepas itu.Aku hanya biarkan Chak dan keterujaan Misya untuk memiliki patung tersebut.
Aku tersedar dari lamunan ku apabila tubuh kecil milik Misya bergerak.Barulah aku menyedari,aku tersenyum sendirian mengingati detik-detik itu.
"Andai sahaja ayah kandung Misya yang menemani kita keluar membeli belah,alangkah bahagianya keluarga kita sayang",bisikku perlahan sambil mengusap lembut rambut Misya.
"Semoga suatu hari nanti Misya mampu menerima kenyataan bahawa daddy Chak bukanlah ayah kandung sebenar Misya.Semoga semuanya dipermudahkan nanti.Aaminn",doaku di dalam hati.
Aku menyelimutkan tubuh Misya hingga ke paras dada sebelum keluar meninggalkan Misya di dalam kamarnya.Lampu aku padam agar cahaya terang tidak menganggu lenanya.Setelah itu,aku memasuki kamar ku untuk tidur.
Share this novel