Natasha mengesat peluh di dahinya.Cuaca hari itu begitu panas dari kebiasaannya.
"Panas betul hari ni.Tak seperti hari-hari biasa.Mungkin petang nanti hujan kot",rungut Natasha didalam hati.
Dilihatnya jam ditangan.
"Dah jam 1 petang ni.Patutlah panas",kata Natasha lagi.
Hari ini Natasha sendiri ke tapak binaan untuk meronda-ronda.Dia ingin melihat perkembangan tapak binaan tersebut.Sebelum ini,hanya pembantunya sahaja yang turun padang,namun kali ini,Natasha sendiri ingin meninjaunya.
"Selamat petang cik bos",ucap Ibrahim.
Ibrahim merupakan kontraktor yang dilantik oleh syarikatnya untuk mengendalikan pembinaan tersebut.
"Petang juga,Bagaimana perkembangan pembinaan,ada apa-apa masalah tak?",tanya Natasha.
"Setakat ni tiada masalah cik bos.Harap-harap tiada apa-apa masalah lah yang akan berlaku sepanjang proses pembinaan ni",jawab Ibrahim.
"Harap-harap begitulah.Bagaimana dengan kelengkapan,cukup tak.Kalau tak cukup segera laporkan pada setiausaha syarikat ye supaya dapat disediakan awal.Aku nak bangunan ini siap seperti yang telah dijangkakan sebelum ni",kata Natasha.
"Setakat ni semuanya masih cukup.Nanti aku tanya pada pekerja bangunan sama ada,masih ada barang yang perlu di tambah lagi ataupun semua barang masih mencukupi",jawab Ibrahim.
"Yela,pastikan apa-apa barangan yang diperlukan maklumkan seminggu lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah.Sebab aku nak semuanya berjalan dengan lancar.Aku tak nak kerja tergendala hanya kerana satu perkara",pesan Natasha.
"Baik bos",jawab Ibrahim.
Natasha tersenyum memandangnya.
"Cik bos sendiri ke datang kat tapak ni?",tanya Ibrahim.
"Ye sendiri je.Kenapa?",tanya Natasha hairan.
"Tak delah.Tapi pada kebiasaanya pembantu cik bos je yang datang.Tak sangka pula hari ni,cik turun padang sekali.Dah lah sendiri pula tu.Pembantu encik Zafran tak datang sekali ke?",tanya Ibrahim.
"Owh,awak maksudkan Joe ke?",tanya Natasha.
"Aah,Joe.Tak nampak dia pun",kata Ibrahim lagi.
"Owh,Joe gantikan encik zafran mesyuarat kat Klang.Mungkin urusan syarikat Dorang la.Aku pun tak tahu",jawab Natasha.
"Owh,bertuah en.zafran dapat pembantu macam En.joe tu.Dah lah rajin,malah cekap buat sesuatu kerja",puji Ibrahim.
"pekerja macam tu lah syarikat mahukan.Mana-mana syarikat inginkan pekerja seperti Joe tu.Tapi awak pun apa kurangnya.Papa aku tu pun percaya sangat kat awak.Hasil kerja awak pun memuaskan.Tak rugi papa upah awak",puji Natasha.
Ibrahim tersenyum malu dipuji sebegitu dengan bosnya itu.
"Alah,biasalah tu.Nak cari makan kenalah jujur dan bersungguh-sungguh buat kerja.Mestilah nak dapat kepercayaan bos agar sumber rezki tak terputus",jawab Ibrahim.
"Tulah yang aku suka akan awak ni.Pekerja macam awaklah yang patut dicari.Jujur,penuh semangat,berkerja keras.Kalau ada beribu pekerja macam awak ni,pasti semua kerja berjalan dengan lancar dan dapat hasil kerja yang memuaskan.Kalau macam tu,tiada pihak yang akan rugi",puji Natasha lagi.
Ibrahim tertawa perlahan.
"Jom cik,saya bawa cik bos ronda kawasan pembinaan.Tapi,cik bos kena berhati-hati.Tapak binaan memang bahaya sikit.Banyak benda tajam.Harap cik bos boleh berhati-hati Yee",pesan Ibrahim.
"Insyaallah aku pasti berhati-hati",jawab Natasha ramah.
Natasha dan Ibrahim beriringan ke tapak binaan. Ibrahim membawa Natasha meronda-ronda kawasan tersebut.Beberapa pekerja buruh binaan yang diupah sedang sibuk membuat kerja masing-masing.Ada juga sesetengah pekerja yang melirik kearah natasha.Ada juga yang tertanya-tanya tentang gadis cantik yang tiba-tiba muncul di tapak pembinaan itu.
Encik Ibrahim sepertinya mampu membaca fikiran para pekerja bawahnya itu.
"Asalamualaikum dan selamat petang semua.Berhenti seketika.Ada benda yang aku nak sampaikan pada kamu semua",kata Encik Ibrahim sambil menepuk tangannya kuat untuk menarik perhatian para pekerjanya.Seperti yang aku jangkakan,semua pekerja buruh binaan itu berhenti seketika dan semuanya mengalihkan perhatian kepada Encik Ibrahim.
"Tak sangka,patuh juga para pekerja ni pada encik Ibrahim.Mesti pengaruhnya kuat",bisikku memujinya perlahan.
Aku hanya memberi perhatian pada Encik Ibrahim.Hatiku melonjak ingin tahu,apa yang akan diperkatakan oleh Encik Ibrahim pada pekerjanya itu.
"Kamu semua pasti tertanya-tanya siapa gadis cantik disebelah aku ni kan?",kata Encik Ibrahim dengan lantang.
Semua pekerja hanya diam dan fokus pada kata-kata Encik Ibrahim.Ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri.
"Ini bos besar kita.Cik Natasha.Pasti ada segelintir di antara kalian yang belum mengenali atau mengetahui siapa bos besar kita kan.Oleh kerana Cik Natasha sendiri turun padang pada hari ini,di sini aku perkenalkan secara rasminya pada kalian semua bos besar kita.Cik Natasha",kata Encik Ibrahim lagi.
"Cik bos,berikan sepatah kata pada mereka",kata Encik Ibrahim menyuruhku.
Aku tersenyum manis memandang encik Ibrahim.
"Kalian semua,aku Natasha,bos besar awak semua.Dah kenal aku,bila jumpa di mana-mana nanti,tak perlu segan nak tegur ye",ucapku.
"Lagi satu,buatlah kerja kalian dengan bersungguh-sungguh,kita saling bantu membantu,awk kerja untuk aku,aku bayarkan gaji yang berpatutan pada kalian semua.Apa-apa masalah,laporkan pada Encik Ibrahim, encik Ibrahim akan terus berhubungan dengan pihak atasan untuk tindakan seterusnya.Andaikan ada masalah kesihatan,jangan segan silu untuk laporkan Yee kerana,kesihatan dan keselamatan para pekerja amat kami titik beratkan.Kami usahakan yang terbaik untuk anda semua,anda pun usahakan yang terbaik untuk kami pula",pesan Natasha.
Semua pekerja mengangguk faham.
"Okay semua,kalian boleh sambung kerja semula",perintah Encik Ibrahim.
Aku dan Encik Ibrahim meneruskan langkah untuk meronda.
"Pekerja buruh binaan ni kebanyakan berbangsa Filipina dan Bangladesh.Ada beberapa dari Indonesia dan orang tempatan.Tetapi majoriti Filipina",terang Ibrahim.
Natasha mengangguk kepalanya tanda faham.
"Hasil kerja pekerja asing lebih halus dan kemas.Hasil kerja pun memuaskan",terang Ibrahim lagi.
"Ye,tu betul,aku sokong.Lagipun Dorang tak memilih kerja sangat.Gaji besar ke tak ke,asalkan ada kerja dan boleh menampung hidup dorang,mereka dah cukup bersyukur dah.Tak macam orang tempatan ni, cerewet betul.Nak kerja mudah tapi gaji nak kena besar",jelas Natasha.
Ibrahim tertawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis cantik dihadapannya itu.
"Bagaimana tempat tinggal pekerja kat sini?",tanya Natasha mengambil berat.
"Ada rumah khas yang dibina untuk penempatan sementara.Belakang tapak binaan ini je.Ini untuk kemudahan para pekerja.Mereka senang nak balik makan waktu rehat,juga membolehkan mereka kerja lebih masa.Tempat tinggal pun dekat",terang Ibrahim.
"Owh,baguslah kalau macam tu.Taklah membebankan para pekerja nanti",jawab Natasha.
"Betul tu",sokong Ibrahim.
Setelah itu, Ibrahim membawa Natasha ke tempat pembinaan yang lain sambil berbual-bual.
*******
"Dah berapa lama baby puan demam?",tanyaku.
Aku memeriksa suhu badan baby berusia 3 bulan itu.
"Dah dua hari doc.Lepas diberi suntikan 3 bulan,anak saya demam.Dah lap-lap badan dia,tapi tetap demam juga.Suhu dia tak turun-turun.Risau pula",jawab puan Siti,ibu pada bayi tersebut.
"Owh,bayi menyusu badan sepenuhnya atau campur dengan susu formula?",tanyaku lagi.
"Buat masa ni,masih susu badan sepenuhnya",jawab puan Siti.
Aku menulis sesuatu ke atas kertas rawatan.
"Bayi menyusu dengan kerap ke?",tanyaku lagi.
"Bayi menyusu dengan kerap doc",jawab puan Siti.
"Bayi ada batuk ?",tanyaku lagi.
"Tak de.Demam je",jawab puan Siti lembut.
Aku memeriksa kulit bayi tersebut,melihat kedalam mulutnya.Semuanya dalam keadaan yang normal.
"Jangan risau puan,Anak puan demam biasa je.Normal la tu demam selepas mendapat suntikan 3 bulan.Lepas ni,pastikan jangan selimutkan bayi bila suhu bayi puan tinggi,lap badan bayi menggunakan air suam",terangku.
Puan Siti hanya mengangguk perlahan tanda faham.
"Kerapkan bayi menyusu.Beri bayi puan makan ubat tiga kali sehari atau bila perlu sahaja.Datang ke hospital atau klinik berhampiran sekiranya demam bayi puan masih berterusan",pesanku.Aku menulis nama ubat di prescription papers.
"Sila ambil ubat ini di farmasi",kataku sambil menyerahkan prescription pengambilan ubat tersebut kepada puan Siti.
"Terima kasih doc",ucap puan Siti sambil menerima prescription tersebut.
"Kalau macam tu,aku keluar dulu doc",kata puan Siti lagi.
"Baiklah",jawabku ringkas.
Setelah puan Siti keluar,aku bersandar di kerusi seketika untuk merehatkan badan.
"Letihnya",keluhku perlahan.
"Banyak sangat pesakit hari ni ye doc",tegur cinta apabila mendengar keluhan kecilku sebentar tadi.
Dia meletakkan beberapa kad lagi di atas meja ku.
"Aah,lenguh belakang aku ni duduk seharian",jawabku sambil mengurut perlahan bahu kanan ku.
"Nak aku tolong urutkan ke?",tanya Cinta.
Aku tertawa kecil mendengar kata-katanya.
"Simpan je la tenaga awak tu cinta Oii.Daripada awak nak tolong urut aku,baik awak tolong aku panggilkan pesakit seterusnya",jelasku.
Cinta tertawa perlahan.
"Tak nak rehat sebentar lagi ke?.Aku tengok,doctor keletihan je",tegur Cinta.
"Ikutkan hati aku,nak je rehat sepanjang hari ni cinta,oleh kerana tugas aku ni,aku tak boleh buat sesuka hati aku",jawabku.
"Keutamaan kepada pesakit itu lebih penting daripada diri sendiri tau",tambahku lagi.
"Wahhh!,semangat macam ni lah yang patut ada pada setiap doctor.Barulah baik.I respect to you doc Zara",puji Cinta sambil menepuk perlahan bahuku.
Aku tersenyum memandangnya.Aku dan cinta sudah seperti kawan baik.walaupun cinta hanya seorang jururawat biasa namun tugasan dan matlamat kami sama iaitu membantu para pesakit yang memerlukan rawatan terutamanya pada anak-anak kecil.Sebenarnya aku bangga pada diriku sendiri kerana aku mampu membantu merawat para pesakit.sekurang-kurangnya aku sudah berusaha semampuku untuk menyelamatkan nyawa para pesakit.
"Mestilah kena semangat.prinsip Aku satu je,membantu menyelamatkan semampu yang boleh.Selebihnya biar tuhan yang tentukan",terangku.
Cinta mengangguk setuju dengan kata-kataku.
"Baiklah cinta,next cards please,tak boleh buang masa.Banyak lagi yang kita kena rawat hari ni",ucapku.
Cinta lantas mencapai kad pesakit di hadapanku dan keluar untuk memanggil nama yang tertera di kad tersebut untuk mendapatkan rawatan.
********
Hari ini Zafran mengikuti rawatan fisioterapi lagi.Entah sudah kali keberapa dia mengikuti rawatan tersebut.Seperti biasa Datin Aida akan menemaninya.
"How are you today mr.zafran?",tanya Doktor Liew sebaik sahaja Zafran masuk ke dalam unit fisioterapi.
"Better than before",jawab Zafran sambil tersenyum.
"Sit down Zaf",pelawa Doctor Liew.
Zafran menarik keluar kerusi di hadapan meja Doctor Liew dan lantas duduk berhadapan dengan Doctor berbangsa cina itu.
"Good news mr.zafran.I hope you get better soon",kata Doctor Liew lagi.
"Thanks doc.so what kind of treatment am I going to have today?",tanya Zafran.
"Just like the previous treatment",jawab Doctor Liew.
"Okay",Kata Zafran.
"What about your feet and hands right now Zafran?Can you move comfortably?",tanya Doktor Liew lagi.
Dia ingin mengetahui perkembangan kaki dan tangan Zafran terkini.
"Yes, I can move as usual.Is not as stiff as before",jawab Zafran.
"Good.That's what I want to hear from you Zafran.I am happy to hear that.Its means that the treatment performed is successful rite?"ucap Doctor Liew sambil tersenyum.
"Yes, I'm thankful that I'm almost completely healed",jawab Zafran.
"So,how about we focus on your spine treatment today?",tanya Doktor Liew.
Zafran memandang doktor Liew inginkan kepastian.Senyuman terus terukir di bibirnya.
"I'm saying this because I see your feet and hands are healed,i think it would be best if we switched to your spine treatment now",terang Doktor Liew.
Zafran mengangguk faham.Dia sebenarnya begitu gembira dengan berita tersebut.Ini bermakna dia sudah hampir sembuh sepenuhnya.Zafran memandang Datin Aida yang sedang duduk mendengar perbualan mereka.Dia inginkan persetujuan daripada ibunya sendiri.Datin Aida mengangguk perlahan.Tanda setuju.Zafran memandang doktor Liew semula.
"Well doctor, if that's the case I only follow the doctor's words, because doctor knows what's best for me rite",jawab Zafran.
"Well then, we can start a spinal cord treatment session now",kata Doktor Liew.
"Okay,lets go",jawab Zafran.
"You go in first, I'll come later, there are some things I need to write",arah Doktor Liew.
Zafran mengangguk perlahan.
Datin Aida mendekati Zafran untuk membantunya berdiri memandangkan tulang belakang Zafran masih sakit dan masih belum kuat untuk mengangkat beban badan Zafran.Dengan bantuan tongkat dan Datin Aida,Zafran mampu berdiri dan berjalan mengikuti Datin Aida ke dalam bilik rawatan.
********
Aku membantu memasukkan beberapa barang kepunyaan ibu,aku dan Misya ke bonet kereta.Seperti yang aku janjikan kepada ibu,hari ini aku akan menghantarnya balik kampung.Disamping itu juga,aku dan Misya boleh bercuti dua hari di kampung halaman ku.Walaupun masa agak singkat namun sekurang-kurangnya rinduku pada ayah dan adikku Zarul terubati.Begitu juga halnya dengan ayah dan Zarul.Mereka juga boleh melepaskan rindu pada Misya.
"mommy,I'm happy to be back in the village today.I miss grandpa and uncle Zarul so much",ucap Misya gembira.
Aku tersenyum memandang Misya.Aku tahu hatinya sangat tidak sabar untuk bertemu dengan datuk dan pakciknya itu.
"Kalau Misya gembira,Misya kena janji pada mommy,jangan nakal,jangan susahkan atok dan uncle nanti",pesanku.
"I promise mommy",jawab Misya.
"Dah,Misya masuk dalam kereta sekarang,duduk diam-diam",kata ibu menyuruh cucunya itu masuk kedalam kereta sementara aku mengunci pintu pagar rumah.Setelah memastikan rumah selamat ditinggalkan,aku lantas memeriksa keadaan kereta pula.
"Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja",bisikku didalam hati.
Dengan lafaz bismillah aku menaiki kereta.Ibu yang duduk di sebelahku memandangku dengan sebuah senyuman.
"Dah ready ke?",tanya ibu lembut.
"Alhamdulillah mama,dah semua.Semoga perjalanan kita untuk balik kampung ni selamat dan dijauhkan daripada kemalangan",ucapku.
"Aaminn",jawab ibu.
Aku lantas menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduanku.
"Mommy,why don't we invite dad to go back to the village together",tanya Misya memecahkan kesunyian malam itu.
Sengaja aku memilih perjalanan waktu malam kerana mengelakkan kesesakkan lalulintas.
Aku dan ibu saling berpandangan mendengar pertanyaan Misya.Aku memandang Misya di balik cermin pandang belakang.
"Dad is busy with his work",jawabku.
Misya memasamkan wajahnya.Dahinya berkerut.
"Dad was always busy, he had forgotten about me",rungut Misya sedih.
"Why daddy has changed so much mommy?.Daddy doesn't love us anymore.Daddy don't love me anymore",ucap Misya lagi.
Ada kesedihan terpancar pada riak wajahnya.Misya sebenarnya sangat menginginkan ayahnya hadir bersama kerana sudah lama Chak tidak menemuinya.Chak hanya menelefon dan bervideo call sekali sekala apabila rindu.Itu tidak mencukupi bagi anak kecil seperti Misya yang mendambakan kasih sayang seorang ayah.
"You Can't say that dear,Daddy loves you so much,he just can't come together because he busy with his work",terangku cuba memujuknya.
Misya menyandar di kerusi penumpang.Wajahnya masam seperti cuka.
"Okay,mommy promise,mommy will call you daddy to come with us.So Don't be sad.You are my sweetheart,also daddy sweetheart",pujukku.
"mommy promise?",tanya Misya inginkan kepastian.
"Yes, i promise",jawabku cuba menenangkan hatinya.
"Yeahhhhhh",laung Misya gembira.
Aku turut tersenyum sama.
"Okay,you need to get some sleep now,I'll wake you up when we get home soon",kataku.
"Okay mommy.Love you so much",jawab Misya.
"Love you too",jawabku.
Misya merebahkan badannya di atas kerusi penumpang untuk baring.Dia ingin melelapkan mata agar perjalanan jauh tidak dirasainya.Aku kembali fokus pada pemanduanku.Ibu yang sedari tadi berdiam diri dan hanya mendengarkan perbualan antara aku dan Misya akhirnya bersuara.
"Sampai bila Zara nak rahsiakan semuanya pada Misya?",tanya ibu.
Aku menarik nafas perlahan.
"Entahlah mama,Zara pun tak tau",jawabku.
"Kalau Zara rasa hubungan Zara dan Zafran dah tak boleh dipulihkan lagi,baik Zara bertindak lebih awal.Berpisah secara baik.Lagi satu,sampai bila Misya nak hidup sendiri.Zara masih muda lagi.Misya pun perlukan kasih sayang seorang ayah",nasihat ibu.
Aku hanya diam tidak menjawab kata-kata ibu.
"Lagi pun,ibu tengok sayang sangat Chak tu pada Misya.Chak pun dah anggap Misya seperti anaknya sendiri.Sama juga halnya dengan Misya,Misya membesar dengan kasih sayang Chak.Dia dah anggap Chak tu ayahnya apatah lagi Misya langsung tak mengenali ayah kandungnya sendiri",jelas ibu lagi.
Aku menghela nafas panjang.
"Zara tau mama.Tapi Zara masih tak tahu bagaimana caranya nak memulakan tindakan.Apatah lagi dengan keadaan Zafran sekarang ni.Zara takut Zafran akan bertindak tidak rasional nanti",jawabku.
"Mama nak tanya satu soalan boleh tak?",tanya ibu.
"Apa dia?",jawabku ringkas.
"Zara masih sayangkan Zafran ke?.Atau hati tu kini dimiliki oleh Chak?",tanya ibu.
Hatinya benar-benar ingin tahu pilihan ku yang sebenarnya.
Aku terdiam seketika.Tidak tahu apa jawaban terbaik yang harus aku berikan kepada ibuku.
"Biarlah takdir menentukan segalanya mama.Zara akan ikut jalan takdir yang Allah dah tuliskan buat Zara.Itu yang lebih baik",terangku.
"Apa-apa keputusan Zara lepas ni,mama akan sentiasa sokong dari belakang.Zara nak teruskan dengan Zafran ke,ataupun mengambil keputusan bersama Chak pun,mama akan sentiasa terima apa jua keputusan Zara nanti",jawab ibu.
"Terima kasih mama.Zara sayang mama",ucapku sambil menggenggam jari jemari ibu erat.
"Tak perlu berterima kasih pada mama ,Zara.Tu sudah tanggungjawab mama untuk anak mama,untuk kebaikan anak mama",jelas ibu.
Aku tersenyum dan memandang ibuku lembut.Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar satu saat nanti akan ada jalan penyelesaian terhadap semua masalah yang sedang aku hadapi tika ini.Aku juga berharap agar akan ada takdir yang jauh lebih indah yang sudah Allah tuliskan buatku kelak.
*******
Sofia melentukkan kepalanya di dada bidang milik Azman.Setelah seminggu berjauhan dengan Azman,barulah kali ini mereka bertemu semula.
Sofia menggerak-gerakkan jari telunjuknya di atas dada Azman yang tak berbaju.
"You", panggil Sofia lembut.
Mata Azman yang tertutup rapat dibuka perlahan.
"Ye sayang",jawab Azman separuh berbisik.
"I miss you so much",ucap Sofia cuba mengodanya lagi.
"Really?",tanya Azman.
Senyumannya terukir.
"Of course lah i miss.Dah seminggu tau tak jumpa",goda Sofia.
"Sorry la sayang.I outstation kan.Terpaksa lah berjauhan.Tapi tak pelah,kan dah ada ni",pujuk Azman.
Sejujurnya dia juga sangat merindukan belaian manja gadis di pelukannya itu.
"Sayang tau tak, sepatutnya i balik lagi dua hari tau,tapi oleh kerana rindu sangat kat kekasih tercinta i ni,i berusaha untuk balik awal",kata Azman lagi.
"Betul ke.Atau you cuma nak senangkan hati i je?",tanya Sofia tidak berpuas hati.
Dia inginkan kesungguhan dari lelaki itu kerana Sofia sudah memasang azamnya untuk memiliki lelaki itu sepenuhnya.
"Betul sayang.Tak percaya ke?",tanya Azman.
"Habis wife you tau ke awak balik n",tanya Sofia lagi.
"Wife i tak tau lah sayang.Kan i dah inform kat dia,i outstation 9 hari,so i ada masa dua hari untuk bersama you sayang",ucap Azman.
"Yes",bisik Sofia didalam hatinya.
Azman membalikkan tubuhnya memandang Sofia.Direnungnya anak mata gadis cantik dihadapannya itu.
"Sayang tak suka ke i luangkan masa dua hari ni untuk sayang.Sepenuhnya untuk sayang je tau",kata Azman.
"Of course lah i suka.Kalau boleh i nak hari-hari ada di samping you tau.You tak tahu ke,i rindu kat you setiap detik i",goda Sofia lagi.
Tangannya menyentuh wajah Azman dengan kedua tangannya.Azman menutup matanya cuba merasakan setiap sentuhan hangat yang diberikan oleh Sofia.
"You",panggil Sofia lagi.
"Ermmm",.
Hanya itu jawaban yang diberikan oleh Azman.Dia sebenarnya sedikit terhanyut dengan setiap sentuhan dari Sofia.
"Nak tak kawin dengan i?",tanya Sofia.
Azman membuka matanya perlahan-lahan.Memandang Sofia dengan mata yang mengoda.
"You nak ke kawin dengan i?",tanya Azman inginkan kepastian.
"mestilah i nak.You kan tau,i love you so much",jawab Sofia pantas.
"Tak kisah ke jadi bini yang ke dua?",duga Azman.
"I tak kisah sayang.Yang penting,you kena lebih sayang i daripada wife pertama you",jawab Sofia.
Azman tersengih.
"Mampu ke hidup bermadu nanti?.Bukan senang tau nak hidup berbagi kasih ni.Hati tu kena kuat.Lagi satu,You tak akan selalu bersama i.you kena ikut giliran you dengan wife pertama i",terang Azman.
"Tak boleh ke you hari-hari dengan i.Macam mana kalau i rindu you nanti?",renggek Sofia.
Penuh kemanjaan.
"Kalau macam tu,kita tak perlu kawin la.I janji akan sentiasa bersama you tiap-tiap hari kalau kita tak berkahwin",terang Azman.
"Tapi,i nak kawin dengan you sayang.I tak nak berpisah dengan you",jawab Sofia berpura-pura sedih.
"Kalau kita justacam ni je sayang,i tak akan perna bosan.Malah tambah sayang kat you.Kalau kita kawin nanti,takut you atau pun i akan bosan.Lepastu berpisah",jawab Azman.
Sofia menunjukkan wajah sedih.
"Dah!you janganlah fikir banyak-banyak.Buat masa ni jangan fikir dulu.Yang penting dua hari ni kita bersama 24 jam.Boleh kan?",tanya Azman.
"Yela",jawab Sofia perlahan.
Azman mencuit batang hidung Sofia perlahan.
"Jom layan i sayang.Tak puas tadi",jelas Azman.
Sofia tersenyum memandangnya.
"Rindu sangat ke sayang?",tanya Sofia.
"Mestilah rindu",kata Azman.
Dia lantas menarik Sofia ke pelukannya.
Share this novel