"Daddy",ucap Misya lembut menyapa pendengar Chak sebaik sahaja panggilan dariku disambut oleh Chak.
Hatinya tiba-tiba sayu.Entah mengapa rindu mencengkam di sanubari Chak saat itu.
"Sayang,How are you",tanya Chak.
"I'm good daddy,just miss you so much",jawab Misya perlahan.
Namun Chak masih mampu menebak perasaan Misya saat itu.Dia sangat mengenali Misya kerana Misya membesar bersamanya.
"I miss you so much my little sweetheart",ucap Chak.
"Daddy,why not come with Misya and mommy back to village?.You know how much i want you come with us?",tanya misya.
Ada nada sedih di tiap bait perkataannya.
"I'm sorry sayang,Daddy busy with work now.But daddy promise,One day daddy will come with Misya and mommy soon",pujuk Chak.
"I hope it daddy",jawab misya.
"Misya can you give phone to you mommy,daddy want talk something to her",pinta Chak.
"Okay",jawab Misya.
Dia lantas memberikan aku telefon bimbit di tangannya.
"Daddy want talk to you",beritahu Misya.
Aku lantas mengambil telefon tersebut dari tangan misya dan menjauh sedikit dari misya.
"Hello",jawabku perlahan.
"Zara,aku nak minta maaf kat awak.Aku tahu,tak sepatutnya aku cemburu pada awak dan Zafran",ucap Chak.
Sebenarnya sudah lama dia ingin meminta maaf dariku namun Chak tidak mempunyai keberanian untuk memulakan kata.Kali ini,Chak sudah nekad untuk meminta maaf padaku walaupun tidak bersua muka.
"It's okay Chak.Zara juga salah sebenarnya.Sepatutnya Zara pun tak abaikan awak.Sepatutnya Zara berusaha untuk terangkan semuanya,tapi Zara cuma mengabaikan je",jawabku.
Chak menutup matanya perlahan.Rindu sangat dia pada suara itu.
"Zara,boleh tak lepas ni kita kembali seperti sebelumnya.Hidup aku terasa kosong tanpa awak Zara",luah Chak.
Aku tersenyum sendiri mendengar kata-kata Chak.
"Yes we can.Zara juga nak kita seperti dulu lagi.Misya selalu marah Zara sebab selalu tak bawa jumpa awak.Awak pun tahu kan Misya tu sayang sangat kat awak",jelasku.
Aku mendengar tawa Chak di corong telefon.Aku tahu Chak gembira mendengarnya.
"Aku pun marah dengan Zara sebenarnya",kata Chak meluahkan pe yang tersirat di hatinya saat itu.
"Kenapa pula?",tanya ingin tahu.
"Yela,sampai hati sangat tak nak bagi Misya jumpa aku.Zara tau tak,betapa aku merindui Misya",luah Chak.
"Aku tau aku salah.So aku nak minta maaf.Lepas ni,aku akan selalu bawa Misya jumpa awak.Tapi awak kena janji sesuatu kat aku",kataku.
"Aikk,ada syaratnya juga ke?",tanya Chak.
Hatinya sedikit terhibur saat itu.Terasa ada sinar baharu di dalam kehidupannya kini.Tidak seperti sebelumnya,saat aku menghindarinya,hidup Chak seakan suram,tiada warna warni menghiasi hidupnya,yang ada hanyalah rasa sakit yang begitu mencengkam hatinya.
"Yela,kenalah ada",jawabku.
"Okay,bagitahu pe yang harus aku lakukan",kata Chak.
"Awak kena janji,awak tak boleh punya rasa cemburu terhadap aku dah Zafran.Lagi satu,Zara nak,kita ikuti takdir yang Allah tentukan.Andai ada jodoh di antara kita,Zara ikhlas menerimanya,andai jodoh itu bukan milik kita,awak dan Zara kena redha,kena terima hakikatnya.Bagi Zara,tak semestinya hubungan kita berakhir ke jinjang pelamin,tapi hubungan kita masih boleh diteruskan walaupun hanya sebatas teman",terang ku.
Chak terdiam seketika.Aku tahu Chak sedang berfikir saat itu.Aku juga tahu,amat sulit untuk Chak memberi kata setuju,namun aku amat mengharapkan persetujuan daripada Chak saat itu.
"Aku boleh berjanji Zara,tapi boleh ke Zara buka sedikit hati Zara buat chak?",tanya Chak begitu mengharap.
"Chak,Zara sayang Chak.Andai Chak lelaki pertama yang hadir dalam hidup Zara,Zara pasti menerima Chak seadanya.Tapi,chak tahu kan,Zara sekarang tak sendiri lagi.Zara masih bergelar isteri orang.chak kena terima hakikat itu",terangku lembut.
"Zara masih nak bersama Zaf ke?",tanya Chak lagi.
"Chak,ini buka sebab Zara nak bersama semula dengan Zaf,bagi Zara,Zaf dah jadi sebahagian daripada kenangan silam Zara,dah jadi memori terindah yang akan Zara kenang sampai bila-bila.Sekarang ni,Zara cuma nak fokus pada Misya dan kerja Zara je.Untuk jodoh tu,biar Allah yang takdirkan.Andai Allah takdirkan awak jadi suami Zara satu saat nanti,Zara tak akan menolak,Tapi buat masa ni,beri Zara ruang untuk memikirkan semuanya",luahku.
"Baiklah Zara,aku janji,aku tak akan cemburu dengan Zara dan Zaf akan datang.Aku terima semua hakikat yang akan berlaku nanti.Aku akan terima apa jua keputusan yang akan Zara berikan m.Tapi aku tak akan berhenti untuk mencintai Zara walaupun pada hakikatnya aku tak mampu memiliki sekeping hati milik Zara tu",ucap Chak.
Nadanya sayu namun aku tahu,Chak mampu menerimanya.
"Terima kasih Chak kerana mampu memahami situasi Zara sekarang ni",ucapku.
"Aku akan selalu jadi seseorang yang mampu memahami apa jua kehendak awak zara",kata Chak.
"Okaylah Chak,Zara ada nak bantu ibu dulu.Sampai KL nanti,Zara bawa Misya jumpa awak",jelasku.
"Baiklah,aku akan tunggu awak nanti.Kirim salam Ngan mak ayah ye.Salam sayang juga buat anak Chak tu",pesan Chak.
"Nanti Zara sampaikan.Asalamualaikum",ucapku mengakhiri perbualanku dengan Chak pagi itu.
"Walaikumsalam Zara.Take care".
Talian diputuskan.Aku lantas berlalu ke dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan pagi.
********
"Wahhhh,semakin macho je aku tengok kau Zaf",puji Joe sebaik sahaja punggung dilabuhkan di kerusi berhampiran katil Zafran.Hari ini Joe meluangkan masa melawat Zafran di hospital.Sebelum ini,Joe perna melawatnya namun tidaklah kerap kerana semenjak Zafran dimasukkan ke dalam wad,Joe lah yang banyak membantu menguruskan hal syarikat.Walaupun Dato' Mazlan ada sebagai ganti Zafran sementara,namun dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu dia tidak mampu untuk ke sana sini menguruskan hal-hal yang penting.Hanya Joe lah yang diharapkannya untuk menyelesaikan semuanya.
"Yela,macho sangat lah ni",ucap Zafran sambil tertawa.
Gembira sangat hati Zafran dikunjungi oleh sahabat baiknya itu.
"Of course lah macho.Duduk diam,tak macam aku ni,berpanas,berhujan malah berembun juga kerana nak siapkan tugasan",kata Joe berseloroh.
Zafran ketawa terbahak-bahak mendengar ucapan dari Joe itu.Lucu sangat di pendengarannya.
"Ye ke sampai berembun nii.Setau aku cuma berpanas je kan,hujan kau duduk dalam cafe atau syarikat je menunggu reda,dan aku paling faham kau,jam 9 malam,awak dah tidur mati pun.Bila la masa nak berembun segala ni",usik Zafran.
Kali ini giliran Joe ketawa terbahak-bahak.
Gembira sangat dapat mengusik zafran kerana sudah lama tidak mendengar dan melihat Zafran segembira itu.
"Well, macam ni lah kawan aku.Selalu ceria,senyuman tak lekang dari bibir tu hah,nampak ceria sikit.Beseri je tengok.Sejuk je hati lihat senyuman kau tu.Tak la macam sebelum ni,muka monyok je,serius je,sampai nyamuk pun tak berani nak dekatkan diri Ngan awak tau",usik Joe lagi.
"Aikk,nyamuk pun ikut sama ke.Tak perna dengar pun sebelum ni?",tanya Zafran dalam nada gurauan.
"Perumpamaan",jelas Joe.
Senyuman masih terukir di bibirnya.
"Apa pun,thanks Joe sudi temankan aku hari ni.Jujur,aku boring sangat.Dah tiga bulan rasanya aku dalam ni.Nak buat itu ini memanglah tak boleh.Nak je aku lari keluar dari wad ni.Tapi tulah,demi kesihatan aku ni,terpaksalah juga aku teruskan hidup walaupun terpaksa menjalani kehidupan yang sepi kat sini",luah Zafran.
Zafran menghela nafas perlahan.
"Sabarlah bro,kejap lagi boleh la minta doktor discarge kau nanti",kata Joe.
"Harap-harap begitulah.Apa pun doakan agar aku cepat keluarlah agar tak bosan lagi.Aku dah hampir nak jadi gila sekarang ni",luah Zafran.
"Sabarlah.Sikit masa lagi",jawab Joe sambil menepuk perlahan bahu Zafran.
Zafran mengangguk perlahan.
"Kueeeekkkk"
Pintu wad dibuka perlahan.
Zafran dan Joe sama-sama berpaling melihat ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu di buka .Suasana menjadi sepi seketika.Datin Aida yang tercegat di pintu turut hairan melihat Joe dan Zafran yang asyik memandang dirinya.
"Kenapa pandang?",tanya Datin Aida hairan.
Tiada jawaban dari mereka namun seketika ketawa Zafran dan Joe terburai.
Datin Aida mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kelakuan Zafran dan Joe.Sambil menjinjing beberapa buah plastik berisi makanan dan buah-buahan,datin Aida melangkah menuju ke atas meja.Tawa Zafran dan Joe sudah terhenti.
"Ketawakan mami mesti mengumpat mami la tu",kata Datin Aida sambil berjalan mendekati Zafran dan Joe.
"Eh!,mana ada la mami.Nak mengumpat buat pe",jelas Zafran.
"Habis tu tadi,nampak je mami terus ketawa,ada apa?",tanya Datin Aida inginkan kepastian.
"Tak,tadi tu sembang perkara lucu,tetiba mami datang,suasana jadi sepi seketika.Tak pasal-pasal ketawa terburai.Sorry la kalau mami terasa",ucap Zafran.
Datin Aida tersenyum memandang Zafran.
"Tak marah pun,just nak tahu je",jawab Datin Aida.
Jawaban itu cukup memuaskan hati Datin Aida.
Dipandangnya Joe di sebelah Zafran.
"Lama Joe tak datang.Sibuk sangat ke?",tanya Datin Aida.
"Aah Datin,Joe agak sibuk sedikit.Tulah tak dapat datang selalu.Ni pun datang kejap je nak tengok keadaan Zafran macam mana.Lagi pun,rindu sangat dengan Zaf ni.Lama benar tak jumpa",jelas Joe.
"Datanglah selalu Joe.Zafran mesti suka.Taulah Zafran ni,dah boring sangat duduk dalam wad ni.Kalau Joe datang,tak lah dia boring sangat",jelas Datin Aida.
"InshaAllah datin.Kalau ada masa lapang,Joe pasti datang.Ni datang pun sebab jumpa client sebentar lagi.Kebetulan area dia dekat kawasan ni,berhampiran dengan hospital,so datanglah melawat sekejap",kata Joe lagi.
Joe mamandang jam di tangan kirinya.Dah hampir jam 10 pagi.
"Alamak!.Aku dah lambat ni.Bro,aku kena pergi dulu.Jumpa client jap g",kata Joe sambil berdiri.
"Cepatnya nak pergi,Aku baru je sampai.Tak nak minum dulu ke?",tanya Datin Aida apabila melihat Joe yang tergesa-gesa bersiap untuk pergi.
"Rasanya tak sempat la Datin.Ada masa,Joe datang lagi.Ni dah lewat nak jumpa client.Joe kena pergi dulu",kata Joe meminta diri.
"Yela kalau macam tu, hati-hati dalam perjalanan ye",pesan Datin Aida.
"Terima kasih datin.Zaf,Aku pergi dulu.Jaga kesihatan tu",pesan Joe sambil menepuk perlahan bahu Zafran.
"Okay.Take care ye",ucap Zafran ringkas.
Setelah bersalaman,Joe lantas berlalu meninggalkan Datin Aida dan Zafran.
******
Dato' Mazlan memasuki Pavillion Kuala Lumpur Shopping Mall.Tujuan utamanya hanyalah membeli sebuah jam tangan untuknya memandangkan jam tangannya sudah lama.Dia memasuki sebuah kedai menjual berjenis-jenis jam.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu",tanya seorang gadis yang merupakan pekerja di kedai tersebut.
"Aku nak tengok jam yang terbaru kat sini.Nak tukar jam lama ni",kata Dato' Mazlan sambil menunjukkan jam tangan lamanya itu.
"Owh,mari saya tunjukkan jenama jam yang sedang trend sekarang",ajak pekerja tersebut.
Dato' Mazlan mengekori langkah gadis tersebut menuju ke sebuah meja kaca berhampiran kaunter.Dato Mazlan melihat ada beberapa pelanggan yang turut sama melihat-lihat jam yang tersusun rapi di dalam meja kaca tersebut.
"Ini jenama Rolex",kata pekerja tersebut sambil mengeluarkan seutas jam berjenama Rolex.Berwarna silver keemasan.
"Jenama ini paling trend sekarang.Ahli korporat selalunya memilih jenama ini",terang Pekerja itu lagi.
Dato' Mazlan membelek-belek jam tersebut.
"Cantik",bisik Dato' Mazlan.
Sedang sibuk membelek-belek jam tersebut,bahu Dato' Mazlan dicuit perlahan.Dato Mazlan lantas menoleh.
"Azman.So long time no see.Apa khabar?",sapa Dato' Mazlan.
"Alhamdulillah dato.Sihat je.Dato sendiri je ke datang sini,datin mana?",tanya Azman apabila melihat Datin Aida tiada bersamanya.
"Datin jaga Zafran kat hospital.Dah tiga bulan Zafran dalam wad.Terlibat kemalangan",terang Dato' Mazlan.
"Laa ye ke.Aku tak dengar berita tentang kemalangan ni.So sekarang Zafran dah okay ke?",tanya Azman.
"Alhamdulillah dah semakin pulih.Bagaimana dengan perniagaan awak?",tanya Dato' Mazlan.
"Alhamdulillah Dato', perniagaan berjalan lancar.Aku berterima kasih sangat pada Dato' atas bantuan Dato' selama ini.Kalau bukan Dato',tak lah aku berjaya sampai ke tahap ni",ucap Azman.
Dato' Mazlan tertawa perlahan.
"Kamu ni ada-ada je la.Aku bantu sikit je.Usaha kamu tu lah yang buat kamu berjaya sampai sekarang.Pertolongan aku tu kecik je",kata Dato' Mazlan.
"Mana ada kecik Dato'.Besar tu.Tak tahu nak balas budi baik Dato' macam mana",terang Azman.
"Alah,tak perlu fikirkan sangat pun,Ni datang dengan isteri ke,atau sendiri macam aku ni?",tanya Dato' Mazlan.
Azman tersengih memandang Dato' Mazlan.
"Datang dengan teman Dato'.Tunggu kejap,aku perkenalkan dia pada Dato'",jawab Azman.
Dia lantas mendekati Sofia yang sedang memilih seutas jam tangan buat dirinya.
"You,",panggil Azman perlahan.
Sofia berpaling memandang Azman dengan sebuah senyuman.
"Mari i kenalkan you pada teman yang banyak membantu aku dulu.Orangnya baik,kaya raya pula tu",terang Azman.
"Wahh,ni mesti lebih kaya daripada Azman ni.Aku mesti mengenalinya.Manalah tahu berpeluang nak berkenalan",bisik Sofia di dalam hati.
Niat jahatnya mula diatur.
Sofia mengekori langkah kaki Azman menuju ke arah Dato' Mazlan.
"Hah Dato',ini Sofia,teman Azman",kata Azman memperkenalkan sofia kepada Dato' Mazlan.
Sofia agak tersentak memandang Dato' Mazlan di hadapannya.Perasaan malu menyelubungi diri Sofia.Dato mazlan memandang Sofia tidak percaya.Dia amat mengenali Sofia namun dia cuba berlagak baru mengenalinya demi menjaga air muka Sofia.Dato Mazlan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Sofia.
"Hai Sofia",sapa Dato' Mazlan.
Dengan perasaan berdebar-debar dan takut,Sofia menyambut tangan Dato' Mazlan untuk bersalaman.
"Sofia,ini Dato' Mazlan,kawan i yang banyakbantu i dalam perniagaan.Banyak sangat jasa Dato' Mazlan terhadap I",puji Azman.
Sofia hanya mengangguk perlahan.Pandangannya ditundukkan ke arah lantai.Tidak berani bertentangan mata dengan Dato Mazlan.
"Owh.Gembira berjumpa dengan Dato'",jawab Sofia.
Dato' Mazlan hanya tersenyum memandangnya.
"Habislah kalau Dato' Mazlan cerita tentang aku pada Azman nanti.Rosaklah rancangan aku",bisik Sofia geram.
"Err you,you sembanglah dulu dengan Dato Mazlan,i nak ke bilik air sekejap",kata Sofia memberi alasan.
"Owh baiklah.Nanti jumpa sekejap lagi",kata Azman.
Tanpa menjawab,Sofia bergegas meninggalkan Azman dan Dato' Mazlan sendirian.Dia sudah tidak betah berdiri lama-lama di hadapan Dato' Mazlan.Dia begitu takut andainya Dato' Mazlan membocorkan rahsianya.
"Dah lama ke kenal dengan gadis tu?",tanya Dato' Mazlan ingin tahu.
"Dah hampir tiga bulan Dato'.Kenapa?.Dato' kenal Sofia ke?",tanya Azman pelik.
Dato' Mazlan tersenyum memandang Azman.
"Tak tahulah,tapi wajah agak familiar.Macam selalu jumpa.Tapi tak ingat kat mana",kata Dato' Mazlan.
Dia hanya memberi alasan seperti itu agar tidak membuka aib Sofia di hadapan Azman.
"Owh mungkinlah.Biasalah gadis secantik Sofia,boleh di lihat di mana-mana",terang Azman.
"Awak kena berhati-hati bila berteman Yee.Ingat pesan aku.Jangan memandang pada luaran seseorang je,nilai pada hati dan keperibadian seseorang tu",pesan Dato' Mazlan.
"Takut nanti,tersilap memilih kawan.Kawan makan kawan nanti",nasihat Dato' Mazlan lagi.
Azman mengangguk tanda faham.
"Nanti kita jumpa lagi,ada perkara yang harus aku siapkan",kata Dato' Mazlan meminta diri.
"Baiklah Dato'.Jumpa nanti",jawab Azman.
Setelah bersalaman Dato' Mazlan meninggalkan Azman sendirian.Niatnya untuk membeli jam tergendalah setelah melihat kelibat Sofia sebentar tadi.
"Sofia,Sofia.Tak serik-serik awak ye memburu lelaki kaya.Apalah nasib kau nanti Azman.Berkenalan dengan Sofia,gadis pisau cukur.Kesian anak bini kau nanti",bisik Dato'azlah di dalam hati.
Langkahnya diteruskan meninggalkan kawasan Pavillion Kuala Lumpur Shopping Mall.
*******
Natasha menunggu Chak di restoran yang selalu dikunjungi oleh mereka berdua.Sejak beberapa minggu yang lepas,mereka kerap keluar bersama.Melepaskan tekanan kerja yang begitu menekankan diri.Sesekali Natasha menjeling telefonnya untuk melihat jam.Sudah setengah jam berlalu dari masa yang dijanjikan oleh Chak.Natasha sedikit resah.Selalunya Chak tak akan lambat.Namun hari ini entah mengapa Chak begitu lambat sampai.Natasha melirik jam telefonnya semula.
"Lambatnya boyfriend akak sampai hari ni",tegur Lisa,pekerja restoran yang akan selalu mengambil pesanan dari Natasha dan Chak setiap kali keluar makan bersama.
Natasha hanya tersenyum memandangnya.
"Dia dalam perjalanan lagi Lisa.Mungkin jalan jem kot",aga Natasha.
"Akak sabarlah ye,kejap lagi datang lah tu.Akak nak pesan apa-apa tak dulu sementara menunggu boyfriend akak tu?"tanya Lisa lembut.
"Bagi akak fresh orange",pesan Natasha.
"Okay,akak tunggu kejap Yee",kata Lisa.
"Okay",jawab Natasha.
Setelah lisa berlalu pergi.Natasha mencapai telefonnya dan cuba mendail no telefon Chak.Namun panggilannya tidak dijawab.
"Mungkin sedang memandu",bisik Natasha.
Sebuah pesanan ringkas dikirim untuk bertanya keberadaan Chak.
Namun masih juga tidak di jawab.Hati Natasha resah tiba-tiba.
"Mana Chak nii.Risau pula",bisik hati kecil Natasha.
Dia cuba melihat sekeliling andai ada kelibat Chak namun tiada.Natasha menghela nafas panjang.
"Harap-harap tak de kejadian buruk berlaku",doa Natasha di dalam hati.
"Fresh orange akak dah siap",kata Lisa seraya meletakkan gelas berisi fresh orange di hadapan Natasha.
"Owh dah siap.Thanks Lisa",ucap Natasha.
"Sama-sama.Erkkk abg belum sampai juga ke?",tanya Lisa apabila tidak melihat kehadiran Chak saat itu.
"Itulah yang akak dok risau sekarang ni.Tak tau Abg Chak di mana.Harap-harap tiadalah kejadian buruk yang menimpa dia",luah Natasha.
"Akak sabarlah ye.Doakan yang baik-baik je.Janganlah risau,kejap lagi sampailah tu",pujuk Lisa sambil menepuk perlahan bahu Natasha.
Natasha mengangguk perlahan.
"Okaylah akak,kalau tiada apa-apa lagi,Lisa sambung kerja dulu.Kalau akak nak pesan makanan,panggil je Lisa ye",kata Lisa lembut.
"Owh yela.Take care tau",ucap Natasha.
Lisa lantas meninggalkan Natasha sendirian.
Natasha menghirup minumannya perlahan sambil melihat telefon bimbitnya.
'Manalah awak ni Chak.Takkan lupa kot janji kita hari ni.Kalai Yee pun tak dapat datang,ataupun ada ugent kerja ke,inform la awal-awal.Ni biarkan aku menunggu lama-lama",rungut Natasha perlahan.
Natasha cuba mendail semula no telefon Chak.Beberapa saat kemudian barulah panggilannya dijawab.
"Hello Chak.Alhamdulillah,jawab juga akhirnya,awak kat mana?",tanya Natasha.
"Sorry Syah,tak sempat call tadi.Sorry la.Chak masih kat hospital ni.Tadi dah nak berangkat dah,tapi tiba-tiba ada hal kecemasan,ni pun baru keluar dari bilik bedah",jawab Chak sambil menyangkutkan uniform putih milik.
"Owh ye ke.Tak pe lah,nak buat macam mana lagi kan.Tadi risau sangat, yela,Syah call tak angkat,chat tak balas.Tula risau sangat tu",jelas Natasha.
"Laa sory sangat-sangat tau.Memang tak sempat nak jawab call dan balas chat tadi.Terua je masuk dalam dewan bedah",terang Chak.
"It's okay.Sekarang hati dah lega la.Sekurang-kurangnya aku tahu kau selamat.Ni masih nak datang ke?",tanya Natasha inginkan kepastian.
"Dah tak sempat kot.Macam ni je lah,esok je jumpa ye, penat sangat hari ni.Aku betul-betul minta maaf,perkara tak dijangkakan macam ni selalunya.Aku harap kau faham dengan pekerjaan aku ni",kata Chak.
"Tak pe,faham je la.Eaok je lah jumpa.lagipun Syah dah nak balik dah ni",kata Natasha.
Hatinya sedikit kecewa namun dia harus memahami situasi pekerjaan lelaki itu.Dia tidak seharusnya mementingkan dirinya sendiri.
"Terima kasih Syah kerana memahami",kata Chak.
"Sama-sama.Okaylah Syah kena gerak dulu.Hari pun macam nak hujan ni",kata Natasha.
"Yela,take care tau.Hati-hati memandu",pesan Chak.
"Thanks.Awak juga",jawab natasha.
Setelah menamatkan panggilan,Natasha menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.
"Nampaknya tak de rezki nak jumpa awak hari ni Chak.Tapi tak pe,esok kan masih ada",pujuk Natasha sendiri.
Dia lantas menghabiskan sisa minumannya sebelum bergerak ke kaunter untuk membayar minumannya.
Share this novel