BAB48

Romance Series 57282

Chak sengaja balik kerja sedikit lewat hari ini.Dia hanya ingin menenangkan fikirannya saat itu.Sebelum berangkat pulang,Chak mengemaskan meja kerjanya agar tersusun rapi.Setelah semuanya selesai,dia lantas mencapai tas kerjanya dan juga telefon bimbitnya di atas meja.Dilihatnya jam,hanya berbaki lima minit ke angka lapan malam.Pandangan matanya terus terarah ke wallpaper yang menghiasi muka hadapan telefon bimbitnya.Gambar aku,Misya dan dirinya yang diambil saat bersiar-siar di Hyde park kota London.Saat itu hanya bahagia yang dirasai,bagai sebuah keluarga kecil milik Chak.Namun kini, kenangan-kenangan bersama aku dan Misya hanya tinggal memory indah yang akan terus dikenangi oleh Chak sampai ke akhir hayatnya.Chak menutup matanya perlahan.
"Bagaimana aku harus meneruskan hidupku kelak Zara.Bagaimana hidupku nanti tanpa Misya",bisik Chak perlahan.
Hatinya benar-benar terasa sesak.
"Tak Bisakah untuk kita bina sebuah keluarga kecil seperti tiga tahun yang lalu.Apakah aku tidak layak untuk mendampingi awak Zara",luah Chak lagi.
Air mata mula bertakung di tubir matanya.
"Aku sayang kau Zara.Aku juga sayangkan Misya.Tidak adakah ruang untukku di hati awak walaupun sekecil zarah"kata Chak lagi.
Airmatanya perlahan-lahan mengalir di pipinya.
Dengan langkah perlahan-lahan,Chak berlalu meninggalkan bilik kerjanya.

*******

Chak tidak terus pulang ke rumahnya.Dia singgah di sebuah restoran untuk membeli makanan.
"Cik,Aku nak nasi goreng kampung dan teh ais satu ye",kata Chak memesan makanan.
"Encik nak makan di sini ataupun nak bungkusan je?",tanya pelayan tersebut dengan ramah.
"Bungkuskan",jawab Chak.
"Baiklah,tunggu sebentar Yee",kata pelayan tersebut dan menyuruh Chak duduk sementara makanan yang dipesannya disiapkan.
Chak lantas mencari tempat duduk yang selesa sementara menunggu makanan yang dipesannya siap.Namun belum sempat Chak duduk, seseorang melanggarnya tanpa sengaja menyebabkan telefon bimbitnya jatuh ke lantai.
"Auchhh!.maafkan aku",ucap Natasha dan segera menunduk dan cuba membantu Chak mengutip telefon bimbitnya di atas lantai.Chak juga sama,dia juga lantas menunduk untuk mengambil telefonnya.Tangan mereka bertaut.Natasha dan Chak masing-masing mengangkat tangan mereka bersama.
"Owh!maafkan aku",kata Chak sambil memandang Natasha.
Natasha juga memandangnya.
"Awak?",tegur Natasha sebaik sahaja memandang Chak.
Chak juga agak terkejut memandang gadis di hadapannya itu.
Chak lantas berdiri,begitu juga Natasha.
"Maafkan aku Chak.Aku tak sengaja langgar awak tadi",ucap Natasha sambil menghulurkan telefon bimbit milik Chak.
Chak menyambut huluran tersebut dan melihat screen telefonnya sedikit pecah.
"It's okay.Bukan salah awak pun",jawab Chak sambil tersenyum.
"Alamak, screen telefon awak dah pecah.Adoiii.Maaf sekali lagi Chak.Aku benar-benar tak sengaja",ucap Natasha lagi.
"Tak pe awak.Dah sampai masanya dia nak pecah.Nanti esok aku beli baru.Awak janganlah risau",pujuk Chak.
"Eh!.tak pe,tak pe.Aku yang salah langgar awak tadi,so,aku kena bertanggungjawab.Aku akan ganti telefon awak balik",kata Natasha penuh tanggungjawab.
"It's okay.Tak payah susah-susah lah.Telefon ni dah lama pun.Dari hari tu pun dah bercadang nak tukar,tapi kerana agak sibuk,tak sempat lagi",jelas Chak sambil tersenyum.
"Kalau macam tu,apa kata,aku belanja awak makan.Sebagai tanda memohon maaf",kata Natasha memberi cadangan.
"Eh tak pe.Aku datang beli makanan je.Dah bayar pun.Tinggal nak tunggu siap di bungkus.Alah!.awak tak payah lah susah-susah.Aku okay je",kata Chak menolak.
"Okay,kalau macam tu,lain hari aku belanja awak makan.Boleh tak?",pelawa Natasha.
"Okay,"jawab Chak ringkas.
Natasha tersenyum gembira.Dia sebenarnya tidak menyangka dipertemukan dengan lelaki tampan itu lagi.
"Tak sangka ye,jumpa awak kat sini.Ingatkan tak jumpa dah selepas insiden kat hospital hari tu",kata Natasha.
Chak menarik kerusi di hadapannya.
"Duduklah.Tak baik pula sembang sambil berdiri.Dah alang-alang jumpa awak kat sini.Jom borak, sementara menunggu makanan aku",pelawa Chak.
Tanpa membuang masa,Natasha duduk di hadapan Chak.Chak juga melabuhkan punggunya di atas kerusi berhadapan dengan Natasha.
"Thanks",ucap Natasha.
"You welcome",jawab Chak.
"Awak ke sini buat pe?",tanya Chak.
Dia juga sebenarnya hairan, sebesar-besar kuala Lumpur,mereka boleh dipertemukan di restoran itu.
"Sebenarnya,aku pun baru je habis makan kat sini.Restoren ni favorite aku.Tak sangka jumpa awak kat sini.Dah dua kali jumpa awak,tak sangka pertemuan kita berdua untuk yang kedua kalinya pun masih dengan insiden memalukan.Ni semua kerana kecerobohan aku",luah Natasha.
Chak ketawa perlahan.
"Tak pe.Kalau tak insiden memalukan tu,tak lah kita bertemu untuk kedua kalinya kan.Mungkin kita ditakdirkan berjodohan",usik Chak.
Giliran Natasha ketawa.Lucu mendengar kata-kata Lelaki di hadapannya itu.
"Aah la.Siapa tahu,awak jodoh aku.Mungkin aku dijadikan dari tulang rusuk awak kot",kata Natasha berseloroh.
Mereka sama-sama tertawa.
Seketika,Chak melupai kekecewaan yang melanda hatinya tika itu.
"Well,manalah tahu kan",kata Chak bersetuju dengan andaian Natasha.
Natasha tersenyum gembira.Di hatinya sebenarnya memang ingin mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam.
"Mungkin inilah yang dikatakan,love for the first sight",bisik Natasha.
Hatinya berbunga-bunga.
"So,awak nak ke mana lepas ni?",tanya Chak ingin tahu.
"Rasanya nak terus pulang kot.Esok kena bangun awal.Keje kat pejabat bertimbun sangat.Biasalah, budak baru belajar.Aku sebenarnya baru je nak berkecimpung dalam industri perniagaan ni.Itupun sebab ayah aku nak aku menerajui syarikat milik family kami kat kuala Lumpur ni",terang Natasha.
"Wahhhh bestnye awak.Mesti dari family kaya raya ni kan.Bestlah awak,tak perlu perah otak nak belajar tinggi-tinggi untuk dapatkan pekerjaan.Kerja dah ada menunggu",puji Chak.
"Best ke cam tu.Aku rasa lebih best tu boleh pilih pekerjaan mengikut kesukaan sendiri.Bagi aku,aku sebenarnya malas nak ikut jejak ayah aku berniaga.Memeningkan kepala je.Aku inginkan kebebasan.Berkerja mengikut cita-cita aku.Tapi,apa boleh buat.Aku satu-satunya anak mereka.Terpaksalah ikut kehendak mereka",luah Natasha sedikit tertekan.
"Owh okay.Andaikan awak di beri peluang untuk memilih kerjaya awak,awak nak jadi apa?",tanya Chak ingin tahu.
"Kalau aku la, cita-cita aku tu sebenarnya nak jadi pereka fesyen.Nak buka butik sendiri untuk menjual rekaan aku tu",terang Natasha.
"Tapi,bukan ke syarikat family awak berkerjasama dengan syarikat En Zafran.Syarikat En,Zafran kan syarikat Fashion International.Awak boleh je buat rekaan awak dan serahkan kepada mereka"kata Chak memberi pendapat.
"Memang pun syarikat kami yang mengeluarkan rekaan-rekaan baju terbaru.Lepas tu,hantar ke syarikat En Zafran dan mereka yang akan menghasilkan baju-baju hasil rekaan syarikat kami",terang Natasha.
"So, cita-cita awak dah tercapai pun kan.Dah berapa banyak rekaan dari Syarikat awak dikeluarkan.Banggalah sikit",kata Chak.
"Aku tahu,tapi,aku nak hasilkan sendiri.Aku nak ada butik sendiri.Dan lagi satu,rekaan aku tu aku nak fokus pada rekaan baju-baju pengantin dan juga baju-baju khas untuk menghadiri majlis-majlis keramaian.Syarikat ayah aku cuma menghasilkan fesyen baju yang kebiasaannya dipakai untuk sehari-harian.Macam T-shirt,baju kurung",terang Natasha.
"Owh rupanya macam tu.Tak pe,kalau macam tu,kenapa tak awak buka je butik persendirian awak,lepas tu awak upah lah beberapa pekerja yang boleh menjahit semua rekaan awak.Di samping itu,awak boleh je kerja di syarikat ayah awak",kata Chak memberi pendapat.
Natasha ketawa perlahan.
"Ingat senang ke nak bahagikan masa.Sedangkan kerja pejabat yang bertimbun tu pun hampir aku tak mampu selesaikan,apatah lagi di tambah dengan butik yang akan aku buka", terang Natasha.
Chak berfikir sebentar.
"Betul juga Yee.Alah kalau susah sangat,kenapa tak awak bincang dengan pengarah syarikat Fashion International tu,awak buat satu usul untuk menambahkan rekaan untuk baju pengantin dan baju khas untuk dipakai pada majlis keramaian.Aku rasa berbaloi juga",kata Chak masih cuba memberi pendapat.
Natasha mula berfikir sejenak.Kata-kata Chak ada benarnya.Kenapa tidak dari awal di tidak berfikir ke arah itu.Natasha tersenyum.
"Okay juga pendapat awak tu.Nanti aku bincang dengan family aku dulu",kata Natasha.
Chak melihat jam di telefonnya.Sudah hampir jam 9 malam.
"Owh dah lewat sangat",bisik Chak di dalam hati.
"Okaylah awak.Dah lewat sangat ni.Esok aku harus menjalankan operasi pembedahan tulang belakang En Zafran.So,aku kena awal sikit.See you next time",ucap Chak sambil berdiri.
Natasha melihat jam di tangannya juga.
"Aah lah.Dah lewat sangat.Aku pun harus berangkat pulang dah.Thanks Chak sudi berkongsi pendapat dengan aku.Aku hargai sangat-sangat",ucap Natasha.
Chak tersenyum.
"Most welcome awak.Kalau awak ada perkara nak kongsikan.kongsikan je pada aku.Aku sudi mendengarnya",kata Chak.
"Okay.Aku pergi duluan Yee.Ada jodoh pasti kita jumpa lagi",kata Natasha.
Setelah meminta diri dan bersalaman dengan Chak, Natasha berangkat pergi mendahului Chak.
Chak juga sama,setelah mengambil makanannya,dia juga lantas berlalu untuk pulang ke rumahnya.

********

Aku menjenguk misya di kamarnya setelah semua kerja ku selesai.Misya sudah lama dibuai mimpi indah.Dengan langkah perlahan,aku menghampirinya dan duduk di sisinya.Ku pandang wajah polos Misya.Bibirku tersenyum.Gadis kecil yang sangat aku sayangi.Kepetahannya berkata-kata menyebabkan dia lebih matang dari usianya sebenar.Gurunya sahaja sering memuji kebijaksanaan Misya.Setiap hari,ada saja pujian yang lahir dari mulut guru Misya tentang Misya.Kadang kala hati seakan tidak percaya akan apa yang di perkatakan oleh guru-guru Misya di sekolah,namun apabila aku perhatikan perkembangan Misya sehari-harian,aku rasakan ada kebenaran pada kata-kata guru tersebut.Dengan gerak perlahan,aku mengusap rambut Misya penuh dengan kelembutan dan berhati-hati agar tidak menganggu tidurnya Misya.
"Terima kasih sayang,sudi hadir menemani hidup mommy.Misyalah satu-satunya malaikat kecil mommy yang mampu menenangkan hati mommy saat gundah gulana.Mommy tak akan perna mampu untuk kehilangan awak sayang",bisikku perlahan.
Ku cium ubun-ubunnya lembut sambil tersenyum.
"Hari ini,mommy gaduh dengan daddy misya.Daddy salah sangka kat mommy.Mommy tak sengaja,Dia nampak mommy dengan...",.
Tiba-tiba kata-kataku terhenti.Insiden tengahari tadi menjelma kembali dalam pemikiranku.Aku menarik nafas panjang.
"Mengapa ketika aku sudah melupakan awak Zaf,awak muncul lagi",bisikku perlahan.
"Kenapa,tatkala hatiku menyayangi insan lain,awak hadir kembali?".
Persoalan demi persoalan menerjah pemikiran ku.Sesungguhnya perkara ini begitu menekanku.
Dengan perlahan,aku bangun dan menyelimuti tubuh kecil milik Misya.Sebelum berlalu pergi,dahinya aku cium.Setelah menutup lampu bilik tidur Misya,aku lantas keluar.Tidak langsung ke bilik,tapi aku keluar ke balkoni rumah.Ingin menghirup udara segar di malam hari.Aku berharap,aku mampu melupakan segalanya saat itu.
"Ya Allah,apa lagi ujian yang akan kau berikan kepadaku kali ini.Mengapa saat aku mampu melupakan kenangan pahit dan manis bersama dengannya,kini kau hadirkan dirinya semula di kehidupanku.Apakah tiada takdir yang lebih indah di kehidupanku ini?",bisik hati kecilku.
Aku merenung bintang-bintang di langit.Cahaya sang rembulan menyinari keheningan malam itu.Begitu indah di pandangan mataku.
"Andai saja aku seperti bintang di angkasa yang bebas bersinar di malam hari,pastinya,tiada sedikit pun kepedihan yang aku lalui.Malangnya aku hanyalah insan biasa yang tak lepas dari dugaan-dugaan hidup.Ya Allah, walaubagaimanapun yang berlaku selepas ini,kau kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya",doaku perlahan.
Dengan langkah perlahan,aku masuk ke dalam rumah dan menutup pintu perlahan.Saat ini,aku hanya ingin melelapkan mataku dan melupakan segalanya yang menekan perasaanku.

******

Aku terkulat-kulat bangun dari tidurku apabila telefon bimbitku berdering.Bunyi deringan telefonku benar-benar menganggu tidurku.
"Kenapala aku lupa nak tukar mood senyap telefon aku nii.Baru cadang nak bangun lewat cuti-cuti ni",bisikku perlahan.
Aku lantas menjawab panggilan tersebut.
"Hello",jawabku sebaik menjawab panggilan tersebut.
"Amboiii,bertuah punya budak.Takde salam pun terus cakap hello",bebel ibu di corong telefon.
Mataku membuntang mendengar suara ibuku.
"Owh ibu rupanya.Ingatkan siapa tadi.Asalamualaikum ibu",ucapku lembut.
"Awak masih tidur ke Zara?.Dah jam 9 pagi nii"marah ibu.
"Alah mama nii.Hari ni kan Zara cuti.Takkan lah nak bangun awal pula.Zara baru je nak rest",jawabku sambil tersenyum.
"Ni mesti tak solat subuh ni kan.Bangun lewat?",tanya ibu lagi.
"Zara cuti la mama.Tulah bangun lewat sikit.Ngam pula hari cuti.Boleh tidur lama-lama sikit.Ni mama call nii,npe?",tanyaku cuba menukarkan topik perbualan.
"Ni hah.Mama dalam perjalanan ke tempat Zara.Nak melawat cucu mama tu.Nak harapkan Zara balik,belum tentu balik dalam masa terdekat ni.Rindu sangat dengan cucu mama seorang tu",jelas ibu.
Aku lantas bangun dari tidurku apabila mendengar penjelasan ibuku.Seakan tidak percaya ibuku datang melawat aku dan Misya.
"Ayah Ngan adik tak ikut sekali ke?",tanyaku gembira.
"Tak,adik masih sekolah.Susah nak datang kalau bukan cuti sekolah.Ayah yang jaga adik sepanjang ibu tak de", jawab ibu.
"Misya pasti gembira mama datang.Misya asyik tanya je bila nak balik kampung.Tapi tulah,bukannya Zara tak nak balik mama.Tapi,mama pun tau kan,Zara baru je mula kerja.Susah sikit nak apply cuti.Lagi-lagi kekurangan doktor sekarang ni",terangku.
"Tak pe,ibu faham.Nantilah sampai rumah kita cerita.Tak elok sembang dalam telefon nii.Zara jemput mama kat stesen bas Yee",kata Ibu.
"Baiklah mama,nanti Zara Ngan Misya jemput mama ye.Kira-kira jam berapa mama sampai nanti?",tanyaku.
"Dalam jam 10.30 macam tu lah",jawab ibu sambil melihat jam di tangannya.
"Okay,sebelum 10.30 Zara sampai",jawabku meyakinkan ibuku.
"Yela.Okay jumpa di sana.Asalamualaikum",ucap ibu sebelum menamatkan panggilannya.
"Walaikumsalam".

Aku bergegas ke kamar Misya untuk menyuruhnya agar bersiap.Ku lihat Misya baru sahaja keluar dari bilik air.Baru sahaja selesai membersihkan dirinya.
"Why mommy?",tanya Misya sebaik melihat aku di pintu biliknya.
"sayang bersiap Yee,sekejap lagi kita jemput nenek di perhentian bas",arahku.
"Grandma will come here today?",tanya Misya seakan tidak percaya.
"Yes,she will come baby.So,Misya bersiap,sebelum jam 10 kita bertolak",pesanku.
"Yeaaaaaahhhhh.Im so happy mommy.Okay,okay,Misya akan cepat bersiap.Dont worry mommy.Love you",ucap Misya.
Dia lantas menyelongkar almari pakaiannya untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakainya nanti.
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat karena Misya.Anak kecil itu sungguh gembira kerana akan bertemu neneknya sebentar lagi.Dari reaksinya sahaja,aku suda menduga,Misya begitu gbira sekali.Hanya senyuman yang mampu aku ukirkan melihat gerak geri misya.Aku juga tidak membuang waktu ku.Dengan segera aku berlalu meninggalkan Misya di kamarnta.Aku juga harus bersiap kerana sebentar lagi aku dan Misya akan keluar untuk menjemput ibuku.

*****

Chak menyemak setiap helaian rekod rawatan Zafran.Setiap hari,ada saja perkembangan yang memberansangkan.Kemarin,Chak sudah bermesyuarat dengan doktor bedah yang lain perihal operasi pembedahan Zafran.Melihat perkembangan kesihatan Zafran,dia sudah dibolehkan untuk membuat pembedahan tulang belakang.Walaupun begitu,Chak masih ingin membuat penelitian secara terperinci agar tidak ada sebarang kesilapan dalam pembedahan itu nanti.Setelah berpuas hati dengan rekod rawatan Zafran,Chak lantas menghubungi doktor lain untuk kesepakatan.Waktu petang adalah waktu yang sesuai untuk melakukan pembedahan.semua doktor bedah akan datang kerana,beberapa doktor yang lain masing-masing sibuk pada waktu pagi.Chak lantas menutup rekod kesihatan Zafran dan bangun untuk ke wad Zafran.Dia ingin memaklumkan kepada Zafran dan keluarganya perihal perkara itu,di samping menyiapkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum pembedahan.
Chak mengetuk perlahan pintu wad Zafran sebelum masuk.Datin Aida dan Dato' Mazlan juga ada bersama dengan Zafran ketika itu.
Chak berjalan perlahan menghampiri keluarga tersebut dan meletakkan beberapa dokumen yang di perlukan di atas meja.
"Melihat daripada rekod perubatan Zafran,hari ini,Zafran dah boleh menjalankan operasi pemasangan implan untuk mengganti tulang belakangnya yang patah tu",terang Chak.
Datin Aida dan Dato' Mazlan saling berpandangan.Ada riak gembira terpancar di wajah mereka.
"Alhamdulillah doktor.Ini bermakna,kesihatan anak kami semakin pulih kan?",tanya Dato' Mazlan.
"Macam tu lah",jawab Chak sambil tersenyum.
"Lagi seminggu,balutan tangan dan kaki Zaf akan dibuka.Ini akan lebih membantu dalam proses pemulihan Zaf nanti",terang Chak lagi.
"Alhamdulillah ya Allah",ucap Dato' Mazlan dan Datin Aida serentak.
"Ini ada beberapa dokumen kebenaran yang perlu keluarga Zafran tandatangan.So,Dato' dan datin baca la dahulu.Andainya datin ataupun dato,bersetuju,sila tandatangan borang tersebut.Aku akan datang sebelum waktu rehat untuk ambil balik borang ni",jelas Chak.
"Baiklah doctor,terima kasih",ucap Datin Aida.
"Sama-sama.Aku pergi dulu",kata Chak meminta diri.
Datin Aida lantas mencapai dokumen tersebut dan membacanya dengan teliti sebaik sahaja bayangan Doktor Chak menghilang di balik pintu wad tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience