"Siapa buka pagar rumah?",tanyaku kepada Zafran apabila melihat pintu pagar rumah terbuka.
Zafran juga hairan.
"Takkan daddy datang kat sini.Kan daddy Ngan mami je yang ada kunci pagar rumah ni",kata Zafran.
Aku dan Zafran segera keluar dari kereta sebaik zafran memasuki perkarangan rumah.Aku cuba mengintai-intai di sekeliling kawasan rumah melihat kalau-kalau ada kereta ayah mertuaku ataupun ibu mertuaku.Namun tiada.
"Takkan pencuri yang datang.Kalau pencuri,dah lama pintu pagar rosak kan.Tapi ni,okay je",jelasku lagi.
"Mungkin kita lupa kunci pagi tadi sebelum jalan",teka Zafran.
Aku menjungkit bahuku tanda tidak tahu.
"Dah lah,jangan fikir banyak.Yang penting tak de apa yang pelik yang terjadi kat umah ni kan",kata Zafran cuba menenangkan perasaanku.
Aku dan Zafran beriringan menuju ke pintu rumah.
Zafran memulas tombol pintu rumah.Tak berkunci.Kami saling berpandangan.
"Takkan pintu rumah pun tak kunci pagi tadi?",tanyaku hairan.
"Takkan betul pencuri pecah masuk rumah.Mari kita cek",kata Zafran sambil menarik tanganku masuk ke dalam rumah.
Tiada apa-apa yang berlaku di dalam rumah.Tiada tanda andai rumah di pecah masuk.Aku dan Zafran melihat sekeliling.Rumah dalam keadaan yang kemas, seperti sebelum meninggalkan rumah pagi tadi.
"Awak,kenapa dengan kita hari ni.Macam pelik lah aku rasa",luahku.
Sebelum ini tak pernah terjadi seperti itu.Bulu romaku meremang.Ku lihat suasana senja di balik tingkap.
"Jangan-jangan rumah ni ada penunggu kot.Yelah,aku rasa,aku kunci semua pintu sebelum berangkat kerja pagi tadi.Tapi ni?",bisikku di telinga Zafran perlahan.
Zafran memandang aku.Aku membalas pandangannya.Jantungku bergetar kuat.
Dan...
"Asalamualaikum...
"Wahhhhhhhh!!!!!hantuuuuuuuuu",teriakku tiba-tiba.Aku lantas memeluk Zafran kuat. Mata aku pejam kerana takut.
"Awak dah buang tabiat ke Zara?",tanya ibu apabila melihat reaksi aku ketika dia mengucap salam sebentar tadi.
Zafran dan aku memandang ibu serentak.
Zafran tiba-tiba ketawa.Aku yang masih terkejut dengan situasi itu tidak terkata apa-apa.Mataku hanya terarah ke wajah ibu.
"Ibu ke?"tanya ku perlahan.Seperti tidak mempercayai kehadiran ibu.Pelukan masih kemas di tubuh Zafran.Zafran tersenyum memandangku.Baru kali ini dia merasakan dirinya begitu dekat denganku.Aku masih tidak menyedari keadaan itu.
"Yela,ini ibulah.Siapa lagi?",tanya ibu hairan.
Aku merasakan sebuah tangan erat memeluk pinganggku.Barulah aku sedar,aku sedang memeluk tubuh Zafran.Begitu juga Zafran,membalas pelukan ku.Aku memandang zafran.Zafran tersenyum.
"Apa awak buat ni?",tanyaku sambil menolak kuat tubuh Zafran menjauhi ku.
Aku lihat Zafran tersenyum memandangku.Begitu juga ibuku.
"Aku tak buat apa-apa lah.Awak tu yang peluk aku tadi.Depan ibu lagi tu",usik Zafran.
Wajahku seperti di simbah minyak panas.
Aku malu mendengar usikan Zafran.
"Dah!Dah!.Tadi tu,mama ucap salam kenapa teriak cakap hantu.Muka mama macam hantu ke?",tanya ibuku.
Aku mendekati ibuku perlahan.Lantas memeluk tubuhnya.
"Maafkan Zara mama,tak niat cakap macam tu.Pelik dengan suasana tadi.Yela,pagi tadi Zara ingat dah kunci semua.Tapi balik tadi semua tak kunci.Dalam fikiran Zara ada hantu la",terangku sambil menjeling Zafran yang sedang mentertawakanku.
Ibu ketawa kecil memandang aku.
"Nampak betul penakut.Tak,pagi tadi papa,mama dan adik datang ke rumah mama Zafran.Tapi Dato' Mazlan cakap kamu dah pindah.Dia lah yang hantar kami tadi.Lepastu Dato' Mazlan bawalah papa dan adik kamu keluar.Katanya beli barang",terang ibuku.
Aku mengangguk perlahan.Barulah aku sedar bahawa Dato' Mazlan lah yang menghantar mereka ke rumah.Aku ketawa sendiri mengingatkan kebodohan ku itu.
"Dah la.Kamu pergi naik atas,bersihkan diri.Lepas tu turun.Kejap lagi papa dan adik datang",suruh ibu kepadaku dan zafran.
"Yelah mama,kami naik dulu",kata Zafran meminta diri sambil menarik tanganku.
Aku hanya menurut.Ibu hanya tersenyum memandang gerak geri aku dan Zafran.
Zafran menarikku memasuki kamarnya.Aku berusaha melepaskan tanganku dari digenggam kuat oleh Zafran.
"Sakitlah tangan aku",marahku.
Zafran segera melepaskan gengaman tangannya.
"Awak dah kenapa?",tanyaku hairan.
Aku mengusap-usap pergelangan tanganku yang kemerahan digenggam oleh Zafran tadi.
"Habislah kita,kita nak buat macam mana sekarang?",tanya Zafran sambil memandangku
"kenapa?",tanyaku hairan.
"Kalau papa tau kita tidur bilik asing-asing habislah awak kena marah",jelas Zafran.
Barulah aku faham maksud Zafran.
"Habis kita nak buat macam mana?",tanyaku buntu.Aku cuba memikirkan caranya.
"Pergi kemas barang awak,pindah bilik aku untuk sementara waktu",perintah Zafran.
Aku mengangguk-angguk kepalaku faham.Aku lantas keluar dari kamar Zafran menuju kamar ku,aku lantas mengeluarkan bajuku dan memindahkan ke dalam kamar Zafran.Zafran membantuku menyusunnya ke dalam almari.Aku duduk menyandar di tiang katil Zafran setelah selesai memindahkan barangku.Peluh di dahi aku kesat perlahan.Aku terlalu letih.Zafran juga sama.Dia juga sangat letih kerana berlari ke sana sini menyambut barang yang aku hulurkan untuk disusun.Sambil bersandar,kami saling berbalas pandang.Aku tersenyum memandang nya,begitu juga dia.
"Letihnya.Aku macam tak larat nak bangun",luahku.
Zafran memandangku sambil tersenyum.
"Aku juga",jawabnya.
Aku dan Zafran ketawa bersama.
Zafran memandangku lama.
"Aku sayang kau Zara",luah Zafran perlahan.Namun masih jelas di pendengaran ku.
"Aku juga",balasku.
Zafran tersenyum penuh makna.
"Aku nak mandi"kata ku.
"Nak ikut",kata Zafran,cuba menduga ku.
Aku membesarkan mataku memandang Zafran.Zafran ketawa.
"Awak jangan nak macam-macam.Aku ketuk kepala tu padan muka",marahku dalam nada bergurau.
"Ketuklah,asal boleh mandi bersama.Aku siap terima semua",jawab Zafran sambil ketawa.
Aku mengetip gigi geram.
"Awak ni ada-ada je lah.Jangan bergurau macam tu boleh tak",kataku sambil mencapai tuala dan sepasang baju di dalam almari.
"Aku serius Zara",jawab Zafran.
Aku tersentak mendengar jawaban Zafran.Hatiku bergetar.
"Awak jangan mengada Yee.Malas aku nak layan.Dah,aku malas nak sembang dengan awak.Aku nak mandi",balasku.Aku lantas masuk ke dalam bilik air dan segera menguncinya.
Zafran ketawa melihat reaksi ku.
"Tau takut rupanya kau Yee",kata Zafran mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia juga lantas menyediakan baju untuk digunakan selepas mandi nanti.
Aku turun sebaik sahaja Zafran masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.Sebaik sampai di ruang tamu,aku lihat ayahku,Zarul dan Dato' Mazlan baru sahaja sampai dari keluar membeli belah.
"Kaka Zara",panggil Zarul sebaik melihatku.Dia berlari-lari menuju ke arahku.
"Adik akak, rindunya",luahku sambil memeluk tubuh kecilnya itu.
Aku mencium ubun-ubun Zarul.Perasaan rinduku terubat setelah beberapa lama tidak bertemu dengan dirinya itu.
"Adik sihat ke?",tanyaku sebaik pelukan di leraikan.
"Sihat kak,kak bagaimana?", tanyanya sambil memandangku.
"Alhamdulillah akak sihat",jawabku.
Aku segera menghampiri ayahku dan bapa mertuaku.Tangan aku hulur untuk bersalaman dengan mereka.
"Papa apa khabar?",tanyaku.
"Sihat Zara.Maaf sebab tak bagitahu kami datang.Mama Zara la tu,katanya nak bagi surprise",jelas ayahku sambil menjeling ibuku yang baru sahaja keluar dari dapur untuk mengangkat barang yang dibeli oleh ayahku dan ayah mertuaku.
Ibu tersenyum manis memandangku.
"Memang dah surprise sangat pun papa.Happy sangat boleh jumpa mama,papa dan adik",jawabku sambil tersenyum.Aku memandang ayah mertuaku pula.
Mami tak datang ke daddy?",tanyaku pula kepada ayah mertuaku yang sedang berdiri di sebelah ayahku.Aku sengaja bertanya kepadanya agar dia tidak rasa tersisih dengan kehadiran keluargaku.
"Mami tak dapat datang.Dia keluar tengahari tadi.Jumpa kawan-kawannya",jelas Dato' Mazlan.
"Owh yela.Daddy makanlah kat sini malam ni.Boleh sembang Ngan papa", ajakku.
"Malam ni rasanya tak boleh Zara.Daddy ada janji dengan mami malam ni nak keluar makan bersama.Ni daddy nak kena gerak dulu.Lambat nanti,merajuk pula mami Zara tu.Taulah orang perempuan ni kalau dah merajuk,payah sikit nak pujuk",kata Dato' Mazlan sambil tersenyum.
"Yela, hati-hati kat jalan tu.Kirim salam Ngan mami ye.Nanti sekali sekala,ajaklah mami datang",pesanku.
Dato' Mazlan mengangguk perlahan.
"Aku pergi dulu,nanti ada masa aku datang sini",kata Dato' Mazlan sambil bersalaman dengan ayahku.
"Hati-hati memandu tu",pesan ayah.
Dato' Mazlan lantas beredar selepas bersalam-salaman dengan ayahku.
"Jom Zara tunjuk bilik untuk papa,mama dan adik tinggal sementara ada kat sini.Boleh la papa dan adik mandi dulu",kataku.
"Yelah,ni pun badan dah melekit sangat.Panas betul kat bandar ni,tak sama macam di kampung",kata ayahku.
"Memang panas pun papa.Suasana kampung lebih best",kataku sambil mengangkat sebuah bagasi pakaian ibu dan ayahku.Sementara itu,Zarul mengangkat begnya sendiri.
Aku berjalan mengiringi ayah dan Zarul ke bilik tetamu yang sebelum ini menjadi bilik tidurku.
"Ini biliknya papa.Papa dan adik rehatlah dulu.Zara nak tolong mama masak kat dapur",kataku sambil meminta diri.
"Yela",jawab ayah pendek.
"Akak masak sedap-sedap tau.Lama tak makan masakan akak",pesan Zarul sebelum aku melangkah untuk ke dapur.
"okay",jawabku ringkas.
*****
Natasha menari-nari mengikut rentak muzik.Dia tidak menyedari kalau ada sepasang anak mata yang sedang leka memandangnya.Yang Natasha tahu,dia hanya ingin berseronok dan menghilangkan tekanan di hatinya itu.Setelah muzik berganti,Natasha lantas duduk di salah sebuah kerusi dalam bar tersebut.Peluh yang membasahi wajahnya di kesat perlahan.Perbualan bersama ayahnya petang tadi menganggu fikirannya.
"I want you marriage with my friend son",Kata David.
Natasha tersentak dengan kata-kata ayahnya.
"Why daddy?.I don't want it.Im still young.Im not ready to marriage yet",luah Natasha cuba menolak permintaan ayahnya.
Ibunya puan Sally hanya memandang Natasha tanpa berkata apa-apa pun.
"I don't care.I just want you marriage with dhanny.Dhanny is a good boy, success in commerce,he is president of flight company at England.I Like if dhanny become my son in law",puji David.
Natasha menelan air liurnya.
"Daddy,please give me a chance for choose my own life.I just want someone who knowing me truly.I dont want marriage with someone that i don't know who.Please daddy",rayu Natasha.
David tidak mengendahkan rayuan anaknya itu.
"Mom,please,terangkan pada daddy,Syah tak nak kahwin lelaki yang Syah tak kenal.Syah nak lelaki yang benar-benar kenal syah",rayu Natasha kepada ibunya pula.
"Syah,you know you daddy right.Dia cuma nak yang terbaik buat Syah.Lagi pun,dhanny lelaki yang baik Syah.Syah tak kenal dia lagi.Nanti dah kenal barulah Syah dapat nilai",kata puan Sally cuba membela suaminya itu.
"Mom,Syah tak nak mom.Zara dah ada kekasih",kata Natasha berbohong.
Terbeliak mata puan Sally dan David mendengar kata-kata dari anaknya itu.
"Who the man?,tanya David agak keras.
"Zamri",jawab Natasha ringkas.Dia pun tidak mengerti kenapa senang sahaja mulutnya menyebut nama lelaki itu.
"Matilah kau Syah.Kenapa sebut nama lelaki tu.Kalau daddy nak jumpa dia macam mana.Kantoilah aku",fikir Natasha.
"Okay.I want you to introduce Zamri to me.Daddy beri Syah tempoh 3 bulan untuk kenalkan Zamri kepada daddy.Kalau sampai tiga bulan Syah tak kahwin dengan lelaki tu,i will accept dhanny as my son in law.Understand!",kata David tegas.
Natasha menelan air liurnya.Tiga bulan bukan waktu yang lama.
"Apa harus aku buat ni.Zamri dah ada kekasih,dia tak akan terima aku",fikir Natasha.
"Don't say if i don't give you a chance for choose you own life Syah.I already give u a chance",kata David.
Dia lantas meninggalkan Natasha dan isterinya di ruang tamu rumah banglo milik keluarga mereka.
"Dah cukup baik daddy buat macam tu Syah.Gunalah peluang tu sebaiknya.Perkenalkan kekasih Syah secepatnya",kata puan Sally.
"Why press Syah for marriage mom.Syah is still going.Im not ready yet",luah Natasha.
Airmatanya mengalir.
"Daddy buat semua ni untuk kebaikan Syah sayang.Syah pun tau kan,mom dan daddy selalu tiada nak jaga Syah.Kalau Syah kahwin sekurangnya ada orang yang boleh tengokkan Syah",terang Puan Sally.
"Tapi mom",kata Natasha.
"Tak ada tapi tapi lagi Syah.Ikutlah kata-kata daddy Syah tu.Syah tau sikap daddy macam mana kan",nasihat Puan Sally.
Natasha diam tidak menjawab kata-kata ibunya.
Yang dia tahu,hanya menangisi nasib dirinya.
"Hai Syah,jauh mengelamun",tegur Zamri sambil menepuk perlahan bahu Natasha.
Dia sebenarnya dari awal lagi memandang ke arah gadis itu.
"Zam,why are you here?",tanya Natasha sedikit terkejut dengan sapaan dari lelaki itu.
"Aku tengok,kau macam ada masalah je.Cuba cerita",kata Zamri.
"Tak ada apa.Kau pergilah,jangan ganggu aku.Nanti awek kau datang serang aku lagi",kata Natasha.
Bila mengingatkan Sofia,Natasha semakin hilang mood.
"She not my girlfriend Syah.Memang betul,aku cintakan Sofia,tapi dia tak perna anggap aku sebagai kekasih dia,she has someone that she love",terang Zamri.
Wajahnya agak sayu.
"Owh,habis tu,kenapa hari tu asyik back up dia je?",tanya Natasha.
Dia sedikit berminat dengan kisah lelaki di hadapanya itu.
"I'm not back up her,but i don't have a chance to say something.Lagi pun masa itu,aku tak tau nak kata apa-apa",jawab Zamri.
Natasha diam.Dia memandang anak mata Zamri.
"Actually i have a big problems with my family.I don't know how to explain to you.But,May we become Friends?",tanya Natasha.
Dia cuba mengambil kesempatan itu untuk mengenali lelaki itu.
"Aku terima",jawab Zamri pantas.
Reaksi Zamri mengundang tawa di bibir Natasha.
"Sekarang aku dah jadi kawan kau,so,lepas ni,kau boleh ceritakan apa-apa masalah kau kepada aku",kata Zamri.
"Thanks Zamri.I don't know how to thanks to you.But i really appreciate this relationship between you and me",jelas Natasha.
"Aku juga",jawab Zamri.
Mereka sama-sama tertawa.
Natasha berharap akan ada satu peluang untuk dirinya bersama lelaki itu kelak.
******
Share this novel