"Whats!!.Are you kidding me?", tanyaku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru aku dengar dari Chak saat itu.
"Betul lah!.Awak ingat aku tipu ke?.Aku benar-benar akan berkahwin dengan Natasha esok",jelas Chak.
"Kenapa cepat sangat?.Sure tak de masalah ke?",tanya ku inginkan kepastian.
"Apalah awak ni,benda yang baik tak baik diperlambat-lambatkan.Kalau dah sampai seru nak bernikah tu,nikah lah.Awak juga yang sarankan hari tu,kalau dah ada calon yang sesuai,dan terbaik buat aku,jangan ditunggu lama-lama kan",kata Chak.
Suara tawanya kedengaran dihujung talian.Dia sememangnya sedang bergembira aku rasakan.
Aku sebenarnya turut tersenyum.Aku tumpang gembira dengan berita yang baru Chak sampaikan itu.
"Baru berapa hari je awak kat sana,tak sangka cepat je awak bertemu dengan dia.Memang Allah dah tetapkan dari awal jodoh itu milik kamu berdua.By the way,congratulation my friend.Aku doakan agar korang bahagia sampai ke anak cucu",doaku pada Chak.
"Aaminn.Doakan agar majlis tu berjalan lancar ye.Nanti kat sana pun aku kira nak buat majlis juga.Nanti bolehlah jemput kawan-kawan semua.Tak lah diorang merajuk dengan aku tak jemput dorang kat majlis kahwin aku ni",kata Chak.
"Eloklah macam tu.Apa-apa pun doaku sentiasa mengiringi awak Chak.Owh ye,jangan lupa call anak gadis awak tu.Dah beberapa hari asyik monyok je.Dia kata daddy dia dah lupa kat dia.Bagitau lah dia awal-awal, faham-fahamlah perangai dia tu kalau jadi orang terakhir yang tau.Merajuk panjang lah jadinya",pesanku pada Chak.
Terdengar suara ketawa Chak dari corong telefon.
"Alahaiiii,dah merajuk anak aku tu.Hurmmm,nanti malam aku call dia.Aku pun sebenarnya rindu benar kat dia.Dah seminggu rasanya tak berbual Ngan dia.Asyik busy je urus majlis ni.Apa pun kirim salam kat Misya,pesan kat dia,daddy sayang sangat kat dia.Nanti aku belikan hadiah special buat dia nanti",kata Chak lagi.
"Yela,nanti aku sampaikan pada dia.Okaylah Chak,aku ada kerja ni,nanti ada masa kita sembang lagi Yee",kataku meminta diri.
"Baiklah,kerja elok-elok tau, disamping itu,kesihatan tu pun kena jaga dulu.Kirim salam kat zaf",pesan Chak sebelum menamatkan perbualan kami pagi itu.
"Okay Chak.Bye",ucapku.
Setelah menamatkan panggilan,aku menyambung semula kerjaku yang belum siap.
"Cinta",panggil ku perlahan.
Cinta yang sedang menyusun kad klinik kanak-kanak yang belum diperiksa di atas meja diluar bilikku lantas masuk sebaik mendengar aku memanggilnya.
"Ye doc",jawab cinta.
"Kembalikan kad ini pada pemiliknya dan hantar kad yang belum diperiksa",perintahku sambil menghulur kad klinik yang sudah siap ku tulis.
Cinta menyambut kad yang ku hulurkan dengan patuh.Setelah kad sudah berada ditangannya,cinta menyebut satu persatu penama kad tersebut untuk dikembalikan.
Sementara menunggu kad seterusnya,aku menyandarkan tubuhku sejenak di kerusi.Pinggangku yang agak kebas ku urut perlahan.
"Aduhaii,letihnya",bisikku didalam hati.
Sudah beberapa hari aku merasakan tubuhku tidak seperti kebiasaannya.Aku mudah letih dan sering merasa mengantuk.
"Tak cukup rehat kot",bisikku lagi apabila mengingatkan semula kerja-kerja ku.Sejak seminggu,aku sememangnya kerja sepenuh masa.Malahan hujung minggu aku terpaksa masuk ke wad untuk merawat pesakit.
Namun bila mengingatkan itulah tanggungjawab yang sudah seharusnya aku lakukan,aku tak mengeluh.Malahan terus menanamkan semangat yang kuat demi menyelesaikan tugasmu sebagai seorang perawat kesihatan.
"Doc",panggil cinta lembut.
Aku yang sedang bersandar sambil menutup mata lantas memandangnya.
Kad di tangannya aku sambut perlahan.
"Doc tak sihat ke?",tanya Cinta tiba-tiba.
Aku tersenyum memandangnya.
"Aku sihat je cinta.Ada apa?",tanyaku.
"Tak ada apa,cuma sejak kebelakangan ni,cinta tengok Doc pucat je.Macam orang sakit.Lagi satu,nampak doc tak bermaya,tak ada semangat langsung",tegur cinta.
Aku menghela nafas perlahan.
"Ntahlah cinta, beberapa hari ni,aku rasa agak letih sikit.Badan agak lemas.Kadang kepala rasa pening sikit.Mungkin sebab kerja full time kot,tak cukup rehat",luahku.
"Dah cek ke?",tanya Cinta lagi.
"Cek pe?",tanyaku hairan.
"Cek kesihatan lah.Ish doc ni",jawab cinta sambil ketawa.
Aku turut tertawa.
"Owh,,hahahahhaha.Tak lagi.Tak ada masa.Lagipun masih larat lagi ni.Kalau dah tak larat tu,barulah cek",jawabku sambil tertawa perlahan.
"Tak perlu tunggu sampai tak larat doc,lagi awal cek lagi baik.Taklah tambah teruk",nasihat Cinta.
"Yela,nanti ada masa aku pergi cek",jawabku lagi.
"Hah!,macam tulah doc kesayangan cinta.Sayang doctor Zara yang manis dan cantik ni",puji cinta sambil tertawa.
Aku turut tertawa.
"Ada-ada jelah awak ni cinta.Dah-dah.Pergi sambung kerja awak tu", kataku.
"Baik bos!",jawab cinta penuh semangat.
Cinta lantas meninggalkan aku.Aku yang masih tersenyum memandang cinta berlalu pergi mengeleng-gelengkan kepalaku dengan sikap cinta itu.Aku sememangnya begitu senang dengan sikap cinta.Tak mudah marah malahan dia begitu sopan dan sering sahaja mencari peluang untuk bergurau denganku.Dengan senyuman yang masih terus terukir,aku menyambung semula kerjaku.
************
Azman termenung di atas meja kerjanya.Banyak perkara yang difikirkannya sehinggakan menganggu mood kerjanya saat itu.Sudah seminggu isterinya Ida kembali ke pangkuannya,namun seminggu itu jugalah Ida melayannya dengan dingin.
Sudah beribu cara yang digunakannya untuk membujuk Ida namun masih tidak mendapat respon positif dari isterinya itu.
"Haihhh!",keluh Azman.
Dia mengetuk-ngetuk pen ditangannya di atas meja.
"Apalagi cara yang harus aku lakukan ni",kata Azman perlahan.
"Dah macam-macam aku buat untuk memujuknya,namun tetap seperti itu.Tak de perubahan langsung!",kata Azman lagi.
Bayangan semalam menjelma semula di fikirannya.
"Sayang,jom temankan abg ke suatu tempat hari ni",ajak Azman lembut sebaik sahaja selesai bersarapan pagi itu.
Ida yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk didalam almari tidak menjawabnya langsung.
"Dengar tak?",ulang Azman tidak berputus asa.
"Aku malas lah nak keluar.Awak nak keluar,keluar je.Tak perlu ajak aku pun",jawab Ida dingin.
Azman terdiam sejenak.Cuba mencari idea lagi.
"Alah,hari ni je.Bukannya selalu",pujuk Azman lagi.
"Bawa je lah siapa-siapa.Ajak aku buat pe.Merosakan suasana je.Lagi pun,bukan ke selama ni awak malu nak bawa aku keluar jalan-jalan.Perempuan macam aku ni hanya sesuai duduk rumah je",jawab Ida kasar.
Ida cuba membalas semula perbuatan Azman yang pernah dia lakukan padanya sebelum ini.
"Padan muka",bisik Ida didalam hati.
Hatinya begitu sakit bila mengingatkan tiap bait bicara yang pernah Azman katakan padanya satu masa dahulu.Entah mengapa semua kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Azman padanya begitu berkesan dihatinya saat itu.Masih membara.
Azman terdiam mendengar jawaban kasar dari isterinya itu.
"Janganlah cakap seperti itu lagi sayang.Abg dah menyesal.Tak boleh ke Ida berlembut dengan abg.Abg nak kita mulai semuanya dari awal",pujuk Azman lagi.
Ida diam.Cuba mencari ayat yang sesuai untuk diucapkannya.
"Entahlah!.Aku pun tak tau.Yang pastinya,hati aku ni masih sakit dengan perbuatan awak.Aku pun tak pasti,aku masih boleh terima kebaikan yang awak buat lepas ni ataupun tidak",jawab ida.
Azman menarik nafas perlahan.
"Ida tak sayang abg lagi ke?",tanya Azman inginkan kepastian.
Pertanyaan Azman tidak dijawab oleh Ida.Dibiarkan berlalu.
"Ida tak sayang abg lagi ke?",ulang Azman lagi apabila pertanyaannya dibiarkan sepi tanpa jawaban dari Ida.
"Tak perlu tanya soalan seperti itu lagi.Tiada jawaban pasti dari Ida untuk pertanyaan awak tu",jawab ida.
Jauh disudut hatinya sebenarnya hiba.Untuk menjawab tidak pada Azman,itu cukup membohongi dirinya sendiri saat itu.Secara jujurnya,perasaan cinta,perasaan sayangnya pada Azman tidak pernah memudar,namun untuk mengakuinya saat itu,Ida tidak mampu.Dia juga sendiri tidak mengerti mengapa ego dihatinya begitu tinggi ketika itu.
"Ida kena jawab soalan abg.Sekarang ni,abg cuma nak tahu,Ida masih sayangkan abg pun tak.Abg nak tahu Ida masih cintakan abg atau pun tak?",kata Azman tetap bersikeras untuk mengetahuinya.
"Kalau Ida tak sayang dan cintakan awak lagi?awak nak buat apa?.Ceraikan aku,macam tu?",tanya Ida.
"Astaghfirullahalazim,apa Ida merepek ni?.Abg tak kata macam tu pun kan",jawab Azman.
"Habis tu,beria nak tau jawaban aku tu sebab pe?",tanya Ida.
Nadanya agak keras.
"Bukan itu maksud abg.Abg cuma nak tahu perasaan Ida pada abg.Itu je.Sekurang-kurangnya abg tahu hati Ida masih milik abg walaupun sekarang ni Ida bersikap dingin pada abg",jelas Azman.
Ida tidak berkata apa-apa lagi.Dia hanya diam membisu saat itu.
Azman melangkah perlahan mendekati isterinya itu.Ida yang masih sibuk menyusun pinggan mangkuk yang baru sahaja siap dicucinya hanya terus meneruskan kerjanya tanpa menoleh pada Azman.
Azman dengan perlahan Azman memeluk perlahan pinggang milik isterinya itu tanpa sempat Ida mengelaknya.
"Apa ni!.Lepaskan aku lah!",marah Ida.
Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan dirinya namun Azman tetap mengeratkan pelukannya lagi.
"Abg tak akan perna lepaskan Ida.Abg sayang Ida,cintakan Ida sepenuh hati abg.Abg menyesal melukai hati Ida,namun abg berjanji,abg tak akan sia-siakan Ida lagi.Itu janji Abg pada Ida.Percayalah pada abg",bisik Azman perlahan.
Ida yang tadinya meronta-ronta mahu melepaskan diri mula berdiam diri.Dia tahu,sekuat manapun dia meronta-ronta,untuk melepaskan diri dari pelukan suaminya itu amat mustahil.Kekuatanya hanya sekarat.
"Abg sayang Ida.Percayalah pada abg sayang.Abg tak mahu kehilangan sayang lagi.Abg nak kita mulai semuanya seperti dahulu lagi.Abg cintakan sayang seorang sahaja",bisik Azman lembut.
Airmata Ida perlahan mengalir dipipinya.
Kata-kata Azman begitu menyentuh perasaanya saat itu.
Perlahan-lahan Azman memusingkan tubuh Ida menghadapnya.Ida hanya menurut tanpa berkata apa-apa.
Dengan perlahan Azman mengesat airmata yang membasahi pipi Ida saat itu.
"Dah,jangan menangis lagi.Abg sayang Ida.Itu hakikatnya",luah Azman perlahan.
Dia memeluk tubuh Ida seeratnya.
Ida yang hanya mendengar,hanya mampu mengalirkan airmatanya.Disamling itu,dia juga terbuai dengan bisikan lembut dari suaminya itu.
"Ida jangan bersikap dingin dengan abg lagi,abg tak mampu menahan perasaan sakit bila Ida bersikap dingin dengan abg.Abg nak Ida yang dahulu.Isteri abg yang lembut dan ceria melayani abg selalu",pujuk Azman lagi.
Ida hanya menunduk.
"Percayalah sayang,hanya sayang yang ada di hati abg dari dulu hingga kini sayang.Abg tak akan perna khianati cinta abg pada sayang lagi.Abg janji", kata Azman bersungguh-sungguh.
Dengan perlahan,Azman mengusap perlahan rambut hitam milik Ida.Dipandangnya wajah ayu milik isterinya itu.Begitu cantik dipandangan matanya.Hatinya tiba-tiba tergoda.Melihat bibir merah milik Ida, perasannya terbuai.Ingin sekali dikecupnya bibir indah itu.Melihat emosi Ida yang tidak sedingin sebelumnya,Azman menyentuh perlahan bibir milik Ida lembut.Ida hanya diam,matanya dipejam.Dia tidak punyai keberanian untuk menentang mata suaminya saat itu.Apatahlagi sudah lama rasanya suaminya tak pernah memanjakannya.
Dengan sentuhan perlahan,Azman mendekatkan bibirnya pada bibir Ida.Tiada penolakan dari isterinya itu.Keadaan itu membuatkan Azman semakin tidak keruan.Hatinya yang sedang membara ketika itu membuatkan dia semakin tidak keruan.Nafasnya semakin lama semakin tidak teratur.Begitu juga halnya pada Ida.Dia semakin lama semakin terbuai dengan godaan dari suaminya itu.Azman mula menyentuh perlahan tubuh milik isterinya itu.Mencium perlahan tengkuk Ida sehinggakan Ida seakan-akan berada dalam dunianya sendiri saat itu.Azman bertindak lebih lagi dengan menyentuh perlahan tubuh Ida, namun pada akhirnya,Ida tersedar dan menolak perlahan tubuh sasa milik Azman.
"Maafkan aku",jawab Ida dan meninggalkan Azman pada saat itu.
"Why syg?",tanya Azman.Nadanya bergetar menahan perasaan nya saat itu.Ada rasa hampa di hatinya saat itu dengan penolakan dari sang isteri.
Tanpa menjawab pertanyaan Azman,Ida berlari meninggalkan Azman ke bilik.Azman yang begitu kecewa hanya mampu memandang tubuh isterinya yang perlahan menghilang dari pandangannya.
"Huh!",keluh Azman.
Dengan perasaan kecewa,Azman perlahan-lahan ke ruang tamu dan duduk bersandar diatas sofa.Dia cuba meredahkan degupan jantungnya saat itu.Dia juga cuba menahan keinginannya saat itu yang sedang membara pada dirinya.
"Why syg,kenapa siksa abg seperti ini?",bisik Azman kesal.
Azman menarik nafas panjang.Memory semalam yang masih terus menghantui fikirannya benar-benar buat Azman lemas .
"Ahh,kenapalah aku hari ini,asyik fikirkan perkara tu je",marah Azman pada dirinya sendiri.
Azman sebenarnya marah pada perasaanya ketika itu.Dia juga sebenarnya menyesal dengan keterlanjurannya pada Ida pagi kelmarin.Dia yang memancing perasaan indah itu dan pada akhirnya,dia juga yang kecewa dan terpaksa bersusah payah menghilangkan keinginannya itu sendiri.
Namun di sudut yang lain juga,Azman sebenarnya juga gembira,dia tahu isterinya juga saat itu mendambahkan dirinya.Dia juga merasakan Ida punyai perasaan yang sama dengan dirinya ketika itu.Apatahlagi Setiap sentuhan yang diberikan oleh Azman membuatkan tubuh isterinya bertindak balas.Dia tahu isterinya juga saat itu menahan gejolak dihatinya.Hanya masa yang tidak sesuai dengan situasi saat itu.
"Sikit masa lagi, InshaAllah,Ida pasti akan menerima aku semula.Aku tidak akan perna berputus asa,Aku akan memilikinya semula",janji Azman.
Dengan penuh rasa semangat,Azman menyambung semula kerjanya.
***********
Aku berbaring lemah diatas katil.Kepalaku terasa sedikit sakit.Saat itu,aku benar-benar tidak bermaya.Aku hanya ingin melelapkan mataku sebentar sahaja dan berharap,perasaan itu akan membaik sebaik sahaja aku terjaga.
Namun tidurku tidak kesampaian apabila Zafran masuk kedalam bilik sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.
Melihat aku yang sedang berbaring lemah,dengan perlahan Zafran mendekati ku.
"Kenapa sayang?",tanya Zafran lembut.
Aku tak menjawab,namun kupaksankan sebuah senyuman manis buat dirinya.
"Sayang nampak tak bermaya je,penat eaa?",tanya Zafran lagi.
Aku mengangguk Perlahan.
"Sebelum ni syg penat juga,tapi taklah seteruk ini.Syg sakit ke?.Demam?",tanya Zafran.
Zafran cuba memegang dahiku namun dengan pantas aku menepisnya.
"Abg janganlah risau,syg tak demam pun.Tapi beberapa hari ni rasa tak bermaya je.Kerap letih dan badan lenguh.Mungkin tak cukup rehat kot",jawabku.
"Jomlah Abg hantar ke klinik.Dah teruk abg tengok keadaan syg ni",kata Zafran.
"Alah,syg tak apa-apa lah abg.Janganlah risau.Lepas rehat sekejap,okaylah ni",jawabku lemah.
Aku tak mahu menyusahkan Zafran.Apatahlagi melihat dirinya juga baru sahaja balik dari tempat kerja dan dia juga sudah pastinya penat.
"Baiklah,syg rehatlah dulu.Abg nak mandi",kata Zafran sambil mengusap rambut ku perlahan.
"Yelah,abg mandilah dulu.Owh ya,mami dah ambil Misya petang tadi.nanti Ahad kita ambil Misya kat rumah mami",kataku mengingatkan Zafran sebelum aku terlupa.
"Abg tau syg,mami dah call abg awal-awal lagi dia nak ambil Misya.Sayang restlah dulu,abg nak mandi",kata Zafran sambil menepuk perlahan bahuku.
Aku hanya mengangguk lemah dan menutup mataku semula.Berusaha untuk melelapkan. mataku.Zafran pula berlalu untuk membersihkan dirinya.
Aku tersedar dari tidurku sebaik sahaja Zafran mengejutkan ku perlahan.
"Sayang bangunlah dulu.Abg dah masakkan bubur buat syg.Bangun dan makanlah",kata Zafran lembut.
Aku membuka mataku perlahan-lahan.Ku lihat Zafran duduk disampingku sambil tersenyum.
"Abg dah siap mandi?",tanyaku lembut.
Perasaan mengantuk masih menguasai diriku saat itu.
"Abg dah lama siap mandi syg.Bangunlah,abg dah masakkan bubur buat sayang.Duduk dan bersandarlah",perintah Zafran.
Dengan badan yang masih agak lemah,aku gagahkan diri untuk bangun sambil dibantu oleh Zafran.
"Maaflah abg,syg tak sempat masak tadi.Lemas betul syg rasa.Dah menyusahkan abg pula",kataku sebaik sahaja tubuh aku sandarkan dibirai katil.
"Laaa,kenapa cakap macam tu,syg kan tak sihat,tu dah semestinya tugas abg nak masakkan buat syg.Dah,jangan banyak cakap lagi,abg tolong suapkan untuk syg ye",kata Zafran lembut sambil tersenyum.
Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.
Zafran meniup perlahan bubur yang masih agak panas,dan setelah agak sejuk,barulah Zafran menyuapkan sesudu kedalam mulutku.
"Sedap tak?",tanya Zafran.
Aku mengangguk perlahan.
"Kalau sedap,syg kena habiskan bubur ni ye.Penat tau abg masakkan bubur ni",kata Zafran sambil tersenyum.
Aku juga tersenyum memandangnya.
"Esok,syg ambil mc je.Tak perlulah masuk wad.Kesian syg abg ni,dah sakit sebab terlalu letih",kata Zafran sambil menyiapkan sesudu lagi kedalam mulutku.
Namun belum sempat aku menelan bubur yang ada di dalam mulutku,terkaku terasa loya.Aku bergegas bangun dan berlari ke bilik air untuk muntah.
Zafran agak tersentak melihat aku.Dia juga bergegas mengikuti aku ke bilik air.
Melihat aku yang sedang memuntahkan semua makanan yang baru aku makan sebentar tadi,Zafran menepuk perlahan belakangku.
"Kita ke klinik!",ucap Zafran.
Aku hanya memberikan isyarat tanganku padanya tanda tidak mahu.
Setelah semuanya habis ku muntah kan,Zafran membantuku untuk berdiri kerana badanku begitu lemah.
"Pucatnya syg.Baik kita ke hospital.Takut jadi serius pula",jelas Zafran begitu bimbang.
"Tak payahlah abg.Kejap lagi okay lah ni.Maybe perut masuk angin.Sebab beberapa hari ni rasa tak selera sangat.masa kerja waktu malam kat wad pun selalu tak makan.Tak ada selera langsung", jelas ku perlahan.
Zafran memimpin ku sehingga ke atas katil semula.
"Makanlah sikit lagi",pelawa Zafran.
Namun aku hanya menggelengkan kepalaku tanda tak mahu.
"Tak lalu nak makan.Nanti lapar, pandai-pandailah syg makan.Abg janganlah risau.Ni,abg dah makan belum.Kalau tak makan lagi,syg bangun masakkan",kataku.
"Tak perlu.Abg dah makan tadi masa masakkan bubur ni.Dah,janganlah fikir banyak-banyak lagi.Sekarang ni,syg rehatlah.Pastikan rehat yang cukup.Lepas ni jangan skip makan lagi.Tengok sekarang dah sakit",nasihat Zafran.
Sememangnya dia begitu risau saat itu apabila melihat keadaanku ketika ini.
"Ye,ye.Syg janji,lepas ni syg tak skip makan lagi",jawabku.
"Esok tak perlulah masuk kerja dulu.Nanti abg inform kat hospital tempat syg berkerja.Abg nak syg rest.Kalau tambah teruk,kita pergi klinik esok.Tak sampai hati tengok keadaan syg ni,"kata Zafran panjang lebar.
"Ye,janganlah risau sangat.Isteri abg ni kan doktor.Pandailah jaga diri",jawabku tak mahu kalah.
"Hah tengok tu.Degil lagi.Memanglah isteri abg ni doktor.Tapi tak semestinya kesihatan orang lain je yang syg kena rawat,kena jaga.Kesihatan syg tu yang lebih penting.Faham tak!",kata Zafran lagi.
"Yela",jawabku pendek.
Tak mahu memperpanjangkan perbahasan aku dan dirinya.
"Yela, rehatlah.Esok kita ke klinik bersama",kata Zafran muktamad.
Aku hanya mampu mengiyakan sahaja kata-kata Zafran.
Zafran menarik selimut dah menutup tubuhku dengan selimut.Setelah itu,dia juga berbaring disebelahku dan memelukku kemas.
Aku menutup mataku dan berusaha melelapkan mataku.
********
Chak mengucapkan syukur didalam hatinya sebaik sahaja akad nikah dilafazkan.Dengan sekali lafaz sahaja,Natasha sah menjadi isterinya yang sah.Bersaksikan dua orang teman ayah Natasha yang berbangsa melayu,dan berwalikan ayah Natasha sendiri,Natasha sah menjadi isteri Chak yang sah.
Upacara akad nikah berlangsung di Masjid Sentral London.
Sebaik sahaja sah menyunting Natasha menjadi isterinya,Chak menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Natasha sebagai upacara pembatalan air sembahyang.Sebuah kecupan juga singgah di dahi Natasha.
Sebuah senyuman penuh makna terukir dibibir Chak.Natasha juga tersenyum memandang Chak.Chak begitu tampan dipandangan matanya.Baju yang sedondon dengannya membuatkan mereka berdua begitu sepadan.
Ayah natasha dan juga ibunya juga tersenyum bahagia melihat anak tunggal mereka kini sudah berumah tangga.Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.
"Congratulation and welcome my son in law",ucap Sally,ibu Natasha.
"Thanks you madam Sally",jawab Chak sambil tersenyum.
"Not madam anymore.Start today,you must call me mommy Like Natasha",jawab puan Sally.
Chak tersipu mendengar teguran dari ibu mertuanya itu.Natasha di sebelahnya juga tertawa lucu.
"Okay mommy",jawab Chak.Walaupun terasa janggal dengan panggilan itu,namun,Chak berusaha untuk menyebutnya memandangkan puan Sally sudah menjadi ibunya juga saat itu.
David dan beberapa temannya yang turut hadir,melangkah mendekati Chak,Natasha dan juga isterinya.
"we must leave now.They are waiting for us at the wedding party",kata David pada mereka.
"Okay lets go.natasha and chak also has to change clothes now for the wedding ceremony",jelas puan Sally.
Natasha dan Chak hanya menurut.
Mereka sama-sama bertolak ke tempat yang sudah dikhaskan.
Chak dan Natasha bergegas ke ruangan yang telah dikhaskan pada mereka untuk bersalin pakaian.Seorang jurusolek sudah menunggu kedatangan mereka.
"You two change your clothes first. The clothes are in the closet",kata jurusolek tersebut.
Tanpa banyak bicara,Chak dan Natasha masuk ke dalam bilik yang sudah dikhaskan pada mereka berdua.
"Letihnya",keluh Natasha.Dia melabuhkan punggunya di atas katil dalam ruangan tersebut.
"Restlah dulu.Lagipula ada sejam lagi untuk acara seterusnya",kata Chak.
Natasha hanya mengangguk perlahan.
"Kalau awak nak mandi,mandi lah dulu.Nanti awak siap aku pula yang mandi",kata Natasha.
"Baiklah,awak rehatlah sekejap.Aku nak mandi dulu",jawab Chak.
Natasha hanya mengangguk.
Setelah Chak memasuki bilik air,Natasha melihat-lihat seluruh ruangan tersebut.
"Cantik",pujinya.
"Chak,awak tak boleh mandi lama sangat tau.Sejam je masa untuk kita bersiap ni",pesan Natasha.
"ye-ye",jawab Chak didalam bilik air.
Natasha tersenyum.
Sementara menunggu Chak,Natasha melihat gambar-gambar ketika majlis akad nikah yang dikirim oleh sepupunya melalui aplikasi WhatsApp.
Natasha tersenyum memandang Chak didalam gambar tersebut.Chak begitu mempersona dipandangan matanya.
"Tolong ambilkan baju aku dalam almari boleh?",tanya Chak sebaik sahaja keluar dari bilik air.
Natasha lantas memandang Chak namun lantas berpaling semula memandangkan keadaan Chak yang hanya bertuala sahaja.
"Kenapa keluar tak pakai baju dulu?.Ishhh",kata Natasha geram.
Chak ketawa.
"Alah,nak malu apa.Awak tu kan dah sah jadi isteri aku.Nak tengok apa-apa pun boleh",jata Chak mengusik Natasha.
Wajah Natasha bertukar menjadi kemerahan.
"Yela,tapi tutuplah badan tu!",kata Natasha.
"Hurmmm,yela",jawab Chak mengalah.
Natasha berdiri dan melangkah ke arah almari dan mengambil baju Chak.Sambil menutup mata dia menghulurkan baju itu pada Chak.
"Dah nikah pun masih malu lagi",kata Chak.
Masih mengusik isterinya itu.Namun Chak tahu,tiap perempuan pasti akan malu melihat tubuh suaminya pada pandangan pertama.
"Awak masuklah ke dalam bilik air.Aku akan menukar pakaian kat sini",jawab Chak.
Tanpa membuang waktu,Natasha lantas masuk ke dalam bilik air.Di sentuh wajahnya yang terasa panas.
"Ishh Chak ni.Buat malu aku je",kata Natasha.
Natasha langsung membuka semua perhiasan yang ada pada dirinya.Setelah semuanya dibuka,dia cuba membuka zip bajunya pula.Namun tersangkut.Dicubanya berkali-kali namun tetap tersangkut juga.
"Alamak!!.Mampoilah aku.Dah lah hanya tinggal setengah jam lagi.Aduhhhh!!!",keluh Natasha.
Tanpa membuang waktu,dan keadaan yang terpaksa,Natasha membuka pintu bilik air dan memanggil Chak.
"Chak tolong bukakan zip baju ni tersangkut pula",kata Natasha.
Chak yang baru sahaja selesai berpakaian lantas berjalan mendekati Natasha.
"Sini",kata Chak.
Natasha membelakangi Chak.Dengan perlahan,Chak cuba membuka zip yang tersangkut itu.Separuh badan Natasha sudah jelas kelihatan.
"Putihnya",bisik Chak apabila tidak tersengaja melihat tubuh Natasha.
Pergerakan Chak terhenti seketika.
"Cepatlah!",marah Natasha.
Chak lantas memperbaikinya.Setelah semuanya selesai,Natasha kembali semula ke dalam bilik air.
"Cantiknya",puji Chak sebaik sahaja melihat Natasha keluar dari bilik solekan.
Natasha mengenakan gaun pengantin berwarna putih.
"Terima kasih atas pujiannya",jawab Natasha tersenyum.
"Sama-sama",jawab Chak.
"Lets go",ucap Chak.
Mereka beriringan keluar dari bilik tersebut Kerana mereka berdua sudah ditunggu-tunggu di ruangan khas untuk majlis persandingan mereka berdua.
*********
Majlis belum selesai sepenuhnya,namun kedua pasangan pengantin yang berkahwin pada hari ini di biarkan berehat awal.
Mereka berehat di bilik hotel yang sudah ditempah khas untuk dua pasangan pengantin itu.
Sebaik tiba di hotel tersebut,Chak lantas berbaring di atas katil.Badannya benar-benar letih.Sementara itu,Natasha pula duduk di hadapan cermin untuk membuka segala perhiasan yang dipakainya sepanjang majlis tersebut.
"Letih juga nak bersanding ni eaa",kata Chak tiba-tiba.Badannya mengiring sambil berbaring memandang Natasha.
Natasha yang sedang sibuk membuka anting-antingnya memandang Chak dari cermin.
"Mestilah penat.Ikutkan hati,Syah nak kahwin biasa-biasa je.Sebab Nilah,penat",jawab Natasha.
Anting yang sudah siap dibuka diletakkan di atas meja.
"Dah lah kena senyum sepanjang majlis,tambahan lagi baju yang dipakai ni,terasa berat sangat",keluh Natasha.
Chak ketawa mendengar kata-kata Natasha.
"Tapi tak pelah,sehari je kan.Yang penting semuanya dah selesai",kata Chak.
Natasha menarik nafas perlahan.
"Tulah.Lepas ni,tak adalah daddy aku tu asyik paksa je.By the way,thank you sebab sudi bernikah dengan Syah tau.Jangan lah risau,perjanjian tetap Syah tunaikan",jawab Natasha.
Chak terdiam.
Tanpa berbicara lagi,Natasha mengambil tuala dan lantas memasuki bilik air untuk membersihkan diri.Sementara itu,Chak di atas katil hanya berfikir tentang kata-kata yang baru diucapkan Natasha tadi.Di hatinya sebenarnya tidak ingin meleraikan ikatan yang telah terjalin.
"Don't worry Syah,Chak tak akan lepaskan Syah.Chak akan buat apa sahaja,asalkan tak akan berpisah dengan awak pun",bisik Chak.
Chak lantas berdiri untuk membuka bajunya.Dia juga akan mandi setelah Natasha selesai.Sementara menunggu,Chak mengeluarkan pakaian yang akan dipakainya sebentar lagi.
Setengah jam kemudian,Natasha keluar dengan baju tidur nipis berwarna merah jambu.Kepalanya masih berbungkus dengan tuala.
"Aku dah siap,awak mandilah",kata Natasha.
Tanpa banyak bicara,Chak lantas masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya.
Natasha baru sahaja siap mengeringkan rambutnya apabila Chak keluar dari bilik air.
Chak hanya bertuala.
Natasha yang baru menyedarinya lantas menundukan pandangannya di atas lantai.
"Awak ni,kan dah kata tadi,jangan hanya bertuala keluar dari bilik air",marah Natasha.
"Alah,kan dah jadi suami isteri,tengok apa pun boleh",usik Chak.
Natasha mendengus perlahan.
"Tak mengapalah.Boleh tengok body awak hari ni.Lepas ni dah tak nampak lagi",usik Natasha pula.
Dia mentertawakan Chak.
Chak mengetap bibirnya perlahan.
Dia melangkah perlahan mendekati Natasha.
Natasha yang menyedari Chak mendekatinya lantas berdiri.
"Awak nak guna tempat solek ke?. Dipersilakan",kata Natasha.
Senyuman masih terukir dibibirnya.
"Haah,aku nak guna cermin,dan Syah sekali",kata Chak lantas menarik tangan Natasha mendekatinya.
Bulat mata Natasha memandang Chak.Tanpa sempat melarikan diri,tubuh Natasha sudah dipeluk Chak.
"Apa ni?",tanya Natasha.
Chak tidak menjawab.Dia menarik tali yang mengikati baju tidur Natasha.
Diselaknya sehingga menampakkan separuh dari bahu Natasha.
"Chak,awak buat pe ni?",tanya Natasha cuba menutup tubuhnya yang terdedah itu namun dihalang Chak.
"Kenalah adil,awak boleh lihat tubuh aku,aku pun sama",jawab Chak tersenyum.Baju tidur Natasha dilepas hingga ke lantai.
"Chak!",marah Natasha.
Dia cuba menutupi bahagian dadanya yang terdedah.
"Mana adil macam ni!",marah Natasha.
Dia cuba menunduk mengutip bajunya namun Chak terlebih dahulu memeluk dirinya.Natasha tersentak.
Kini tubuhnya benar-benar melekat di tubuh Chak.Tanpa sebarang kain yang menghalanginya.Hati Natasha berdebar-debar.Inilah kali pertama dirinya dipeluk seperti itu.
Natasha menutup matanya menahan malu dengan keadaan dirinya yang tidak berbaju.
"Chak,lepaskan a...."
Tanpa sempat Natasha menghabiskan ayatnya,Chak sudah dulu mencium bibirnya.
"Abg tak akan tinggalkan syg.Tak akan perna lepaskan syg.Malam ni,biarlah syg jadi milik abg selamanya",bisik Chak lembut.Begitu mengoda dipendengaran Natasha.Chak merangkul tubuh langsing milik Natasha ke atas katil.
Chak memadamkan lampu dan membiarkan cahaya bulan yang menerangi mereka berdua malam itu.
**********
"Tahniah Dokter Zara.Dokter zara mengandung 3 minggu",ucap doktor Mila.
Aku terdiam tak terkata.Zafran disebelahku memandangku tidak berkelip.
"Betul ke dokter?",tanya Zafran seakan tidak percaya.
"Yes!. Mengikut test air kencing doktor Zara,dia positif mengandung tiga minggu",jawab Doktor Mila.
Zafran memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku baca.
"Sayanggg!!!!.Abg akan jadi papa untuk kedua kalinya!!",kata Zafran bersemangat.Dia benar-benar gembira.
Tanpa segan silu,dia memeluk tubuhku didepan doktor Mila.
Doktor Mila yang sedang duduk memandang aku dan Zafran hanya tersipu malu.
"Abg,malu la", bisikku perlahan.
"Abg tak peduli.Hari ni,abg benar-benar bahagia.Misya pasti gembira bila tahu dia akan dapat adik baru",kata Zafran bahagia.
Aku hanya mampu tersenyum walaupun sebenarnya dihatiku saat itu segan dipandang oleh doktor Mila.
"By the way, doktor Zara mendaftar lah di mana-mana klinik yang doktor rasa selesa.Kat tempat kerja doktor Zara pun boleh",cadang Doktor Mila.
Sebaik mendengar kata-kata Doktor Mila,Zafran melepaskan tubuhku perlahan.Barulah aku boleh bernafas lega setelah dipeluk begitu erat oleh Zafran.
"Aku akan mendaftar di klinik tempat kerja aku je.Senang sikit kerja dan sekaligus berklinik",jawabku sambil tersenyum.
"Baiklah doktor Zara.Ikutlah mana-mana keselesaan doktor",jawab Doktor Mila.
"Okaylah doktor Mila.Terima kasih dah tolong cek aku.Aku dah nak gerak balik dah.Esok je aku mendaftar",kataku meminta diri.
"Baiklah doktor Zara.Hati-hati tau.Apa pun, tahniah atas kehamilan doktor",ucap doktor Mila sambil tersenyum.
"Sama-sama dan terima kasih",jawabku perlahan.
Aku dan Zafran segera meninggalkan bilik doktor Mila.
Sepanjang perjalanan ke kereta,Zafran asyik menggenggam tanganku,perbuatan itu membuatkan aku sedikit tidak selesa apabila beberapa mata memandang tepat ke arah aku dan Zafran.Aku juga agak segan apabila beberapa teman sekerja ku juga tersenyum apabila terserempak denganku di sepanjang perjalanan.Aku hanya membalas senyum walaupun saat itu wajahku seperti dituang minyak panas.
"Abg,tak berlebihan ke asyik pimpin tangan syg je ni?.Syg okay je lah nak jalan sendiri",tegurku perlahan.
"Okay je lah berpimpin tangan.Kan isteri kesayangan abg ni tengah mengandungkan anak abg.Of course lah abg kena jaga.Tak nak syg jatuh",jawab Zafran.
"Tapi kan bang,segan lah orang yang lalu tengok kita berdua.Lagi satu teman sekerja syg pun lihat juga.Nanti syg jadi bahan usikan Dorang kat tempat kerja esok", jelas ku.
Zafran tak mempedulikan kata-kata ku.Dia malah menggengam lebih erat jari jemari ku.
"Nak segan apa,kita ni suami isteri.Dorang tu je jelous tengok abg pengang tangan syg sebab dorg tak berpeluang pegang tangan mulus isteri cantik abg ni.Lagi satu,kawan sekerja perempuan syg tu pun jelouse juga tengok abg mesra dengan syg.Yela,syg pun tahu,abg ni kan mr.macho kat Malaysia.Untung syg dapat suami pujaan satu Malaysia ni tau.Dorang dok puji syg je lah tu.Tu sebab asyik senyum tengok kita tadi",leter Zafran panjang lebar.
Ketawa ku hampir terburai apabila mendengar kata-kata Zafran itu.Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku,hanya mengiyakan sahaja kata-katanya.
Zafran membuka pintu kereta dan segera menyuruhku masuk.
"Syg tak boleh kena panas sangat.Kesian baby kat perut tu",kata Zafran.
"Syg okay je lah abg.Jangan lah over sangat.Mengandung je kot",jawabku sebaik sahaja duduk di kerusi sebelah pemandu.
Zafran memakaikan ku tali pinggang keledar.
"Abg,syg boleh je lah pakai sendiri,tak perlu bersusah payah.Ishh abg ni",kataku.
"No,no syg.Mulai hari ni peraturan baru akan abg buat.Ni semua demi baby kita ni tau",jawab Zafran.
Ditutupnya pintu dan dengan berlari-lari anak,Zafran masuk ke dalam kereta.Aku hanya mampu memandang setiap tingkah laku Zafran saat itu.
"Syg tau tak,saat yang abg tunggu-tunggu ni dah tiba tau.Syg tau tak kenapa abg katakan saat ini lah yang paling abg tunggu?",kata Zafran bertanya padaku pula.
Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa pula?",tanyaku hairan.
"Sebab,syg mengandung Misya,abg tak rasa semua perasaan ini.Abg tak tahu syg pregnant,tak ada masa syg buat ujian kehamilan,tak ada masa syg mendaftar kat klinik,tak ada masa syg datang berklinik tiap bulan dan yang paling abg kesali,abg tak ada semasa syg bertarung nyawa nak bersalin",jawab Zafran hiba.
Aku terdiam sebaik sahaja mendengar jawaban dari Zafran.
Hatiku turut hiba.Saat merasa sakit,hanya ada Ayah dan ibu yang setia memberi kata-kata semangat buatku.Saat itu hanya ibulah kekuatanku.Ibulah juga yang menjagaku sepanjang tempoh berpantang.Ketika membesarkan Misya,Chak lah juga yang bersusah payah membantuku.Chaklah juga yang sering mendengar keluh kesah hatiku saat itu.Namun kini sudah ada Zafran disisiku.
Aku tersenyum memandang Zafran.Jari jemarinya aku genggam erat.
"Terima kasih abg.Terima kasih kerana sudi hadir di sisi syg lagi.Syg cintakan abg sepenuh hati syg",ucapku.
Zafran memandang aku dengan pandangan berkaca-kaca.Terharu dengan ucapanku.Zafran menarik jari jemari ku dan menciumnya lembut.
"Abg yang sepatutnya berkata seperti itu syg.Abg yang seharusnya berterima kasih pada syg sebab sudi memberi abg peluang kedua untuk membahagiakan syg.Abg juga berterima kasih pada syg sebab mengandungkan zuriat untuk abg.Abg benar-benar bahagia syg",ucap Zafran.
Airmataku mengalir perlahan membasahi pipiku.Ucapan dari Zafran benar-benar membuatku terharu.Zafran tersenyum.Dikesat airmataku perlahan dipipi dengan begitu lembut.
"Don't cry syg.Abg janji lepas ni tak akan perna tinggalkan syg lagi.Abg janji",ucap Zafran.
Esakan tangisku mula kedengaran.Aku tak tahu mengapa hatiku begitu mudah terasa hiba.Apatahlagi mengenangkan pahit getir kehidupanku saat mengandungkan misya tanpa suami di sisi.
"Dah,dah.Jangan terlalu beremosi,nanti baby kat perut tu pun ikut mommy dia kuat nangis nanti",usik Zafran cuba membuatku tertawa.
Usikan Zafran membuatkan aku mengukir senyum.
Aku lantas mengelap sisa airmata dipipiku.
"Tulah,abg lah tu penyebab syg menangis.Tengok ni,kan syg dah nangis betul-betul",kataku menyalahkan Zafran pula.
Zafran tertawa kecil.
"Yela-yela.Abg bersalah.Lepas ni,abg janji tak akan biarkan syg nangis lagi ye.I love you so much sygku",ucap Zafran.
Aku tersenyum lega.
"Love you too",balas ku.
"Okay,kita bertolak sekarang,tapi sebelum tu,kita singgah di restoran kegemaran syg dulu,okay?",kata Zafran memberi cadangan.
Aku mengeleng-gelengkan kepala tanda tak bersetuju.
"Syg tak nak.Syg nak terus pulang ke rumah je.Syg nak abg masakkan untuk syg.Teringin makan masakan abg",jawabku.
Zafran membulatkan matanya memandangku.Seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata ku.
"Really?",tanya Zafran meminta kepastian.
"Yes!,really",jawabku bersungguh-sungguh.
Zafran berfikir sejenak.
"Baiklah kalau macam tu.Jom balik.Hari ni abg cuti.Abg akan layan semua kemahuan syg hari ni.Manalah tau, kot-kot ada masa bermanja dengan syg nanti.Mana lah tau boleh dapat baby kembar nanti.Untung tu",ucap zafran.
Sebuah cubitan aku hadiahkan di tangan Zafran.
"Gatal!!",jawabku geram.
Zafran ketawa terbahak-bahak melihat reaksiku.
***********
Chak membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Sinaran mentari di kota London menyilau mata Chak.
Chak memejamkan matanya semula.Masih terasa mengantuk.Apatahlagi badannya masih terasa letih dengan majlis semalam.Chak mengiring cuba memeluk Natasha di sebelah,namun diraba-raba tempat tidur Natasha semalam namun kosong.Chak lantas membuka matanya.
Dia memandang sekeliling bilik hotel,namun bayangan Natasha tidak kelihatan.
"Mandi kot",bisik Chak apabila melihat pintu bilik air yang terkatup rapat.
Chak bangun dan duduk bersandar di birai katil.Tubuhnya yang terdedah tak berbaju ditutup sehingga paras dada.
Dilihatnya baju tidur Natasha dan juga tuala yang dipakainya semalam bertempiaran diatas lantai.Chak tersenyum.Dilihatnya lagi tompokan darah diatas cadar berwarna putih itu.Pandangannya beralih pada pintu bilik air yang tertutup rapat.
"Mesti Natasha malu dengan aku.Tu sebab awal pagi lagi dah masuk bilik air",bisik Chak.
Senyumannya makin melebar.
Chak memejamkan matanya perlahan.Bayangan moment indah semalam kembali menerjah kotak fikirannya.
Wajah Natasha,tubuh menawan Natasha benar-benar membuatnya terbuai semalam.Walaupun hanya berlampukam cahaya rembulan,Chak masih mampu melihat wajah Natasha yang begitu membuatkan jantungnya berdebar kencang semalam.Walaupun pada awalnya mereka berdua agak kaku kerana itulah pertama kalinya,namun Chak dan Natasha berjaya melalui malam yang begitu bermakna dalam hidup mereka berdua.
Bayangan Chak terhenti saat pintu bilik air dibuka.Chak memandang Natasha yang baru sahaja keluar dari bilik air.
Natasha juga memandangnya namun dengan cepat Natasha mengalihkan pandangannya semula ke arah lain.
Chak tersenyum memandangnya.Dia tahu jika gadis dihadapannya yang sudah sah bergelar isterinya berasa segan.Apatahlagi dengan apa yang sudah berlaku antara mereka berdua semalam.
Natasha mempercepatkan langkahnya ke meja solek dan duduk.Tanpa mempedulikan pandangan mata Chak yang asyik memandangnya saat itu,Natasha mencapai alat pengering rambut dan mengeringkan rambutnya yang masih basah.
Chak masih terus memandang natasha.Entah mengapa begitu sukar untuk dia lupakan wajah manis milik Natasha itu.
"Daripada terus memandang aku,baik awak bangun dan bersihkan diri awak tu.Kejap lagi kita keluar breakfast.Alice dan Jhon sudah pasti menunggu kita kat restoran",tegur Natasha.
Chak menarik selimut dan menutupi seluruh badannya termasuk kepalanya juga.Dia masih ingin tidur sebenarnya.Rasa malas menyelubungi dirinya.
"Boleh tak kita tak payah keluar pagi ni.Rasa malas lah.Kita pesan je makanan hantar kat bilik",kata Chak memberi cadangan.
"Laa,kan dah janji dengan mereka semalam.Takkan nak batalkan pula.Nanti apa mereka fikir nanti?",jawab Natasha.
"Alah,,mereka pasti fahamlah.Kita kan pengantin baru.Perlu ada banyak privasi untuk kita berdua.Mereka pun pasti ingin berdua je masa-masa sekarang.Faham-fahamlah",jelas Chak.
"Apa awak merepek ni?",tanya Natasha.
Chak membuka selimut yang melitupi tubuhnya itu dan memandang Natasha.
"Betullah.Ada ke orang yang baru kahwin semalam nak keluar jalan-jalan.Paling pun,setiap pasangan yang baru bernikah,kena habiskan masa berdua dalam bilik je",jawab Chak tanpa segan silu.
Wajah Natasha bertukar kemerahan.Dia faham maksud Chak.Namun bagi Natasha,perkataan itu hanyalah buat pasangan yang bernikah atas dasar rasa cinta.Berbeza halnya pada mereka berdua.Di dalam pemikiran Natasha,hanya dialah yang mencintai Chak,itu dikira cinta sebelah pihak sahaja.Malahan,Natasha sudah berjanji pada Chak untuk mengakhiri semuanya setelah mereka kembali ke Malaysia kelak.
"Hari ni kita balik rumah daddy",kata Natasha tiba-tiba.
"Kenapa pula?.Bukan ke sepatutnya masa ni kita kena honeymoon kat sini.Mommy Ngan daddy pun dah inform kat kita kan, seminggu menyewa kat sini.Semuanya dah settle.Nak balik buat pe?.Kan inilah masanya untuk kita saling merapatkan hubungan kita berdua",jelas Chak.
Natasha berpaling memandang Chak.
"Awak dah tak ingat ke tentang perjanjian kita sebelum ni?.Kan aku dah bersetuju bercerai sebaik sahaja blik Malaysia nanti?",jela Natasha cuba mengingatkan semula Chak tentang janjinya pada Chak.
"Awak betul ke nak berpisah dengan aku?",tanya Chak untuk kepastian.
Natasha terdiam.Kelu lidahnya untuk menjawab pertanyaan Chak itu.
"Sanggup ke berpisah dengan aku?"tanya Chak lagi.
Melihat Natasha terdiam,Chak menyambung semula kata-katanya.
"Senang ke perasaan awak setelah apa yang terjadi antara kita berdua semalam dan awak mahukan perpisahan?.Apa yang akan awak lakukan andai dalam masa yang sama awak akan pregnant dan awak nak berpisah?",tanya Chak lagi.
"Aku..".
Natasha tidak mampu berkata apa-apa.Perasaannya bercampur baur.
"Aku tak nak hanya kerana awak dah sentuh aku,awak dan kekasih awak berpisah.Tak adil rasanya jika kita bersama sedangkan dihati awak ada orang lain",jawab Natasha hiba.
Natasha menundukkan pandangannya ke lantai.Chak bangun perlahan-lahan dari atas katil.Dicapainya tuala diatas lantai dan menyarungkan ke tubuhnya.Dengan langkah perlahan,dia berjalan mendekati Natasha.
"Awak tahu tak?",tanya Chak.
Sebelum sempat Natasha menjawab,Chak sudah memeluknya dari belakang.
Dipeluknya tubuh isterinya erat.Natasha hanya diam tidak menolak.Dipejamkan matanya rapat.
"Awak tinggalkan aku dimalaysia berbulan lamanya,aku rasa kehilangan.Perasaan menyesal menggunung kat hati aku ni.Aku datang kat sini bukannya untuk orang lain,tapi untuk melamar awak.Dan, Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.Jelas sangat jodoh tu milik kita berdua.Awak fikir aku setuju ke dengan cadangan-cadangan karut awak tu?.Dari awal aku tak setuju langsung.Tapi aku iyakan sahaja kerana aku tetap akan bernikah dengan awak dan tak akan perna lepaskan awak pun",jelas chak .
Natasha terdiam.
"So,jangan pernah ucap kata perpisahan lagi.Abg tak nak.Mulai hari ni,abg nak syg jadi isteri terbaik buat abg.Abg nak kita sama-sama pertahankan rumahtangga kita ni.Abg akan berusaha jadi suami yang terbaik buat sayang dah ayah pada anak-anak kita nanti.Inshaallah",ucap Chak.
Diciumnya lembut rambut milik Natasha.
"Terima kasih abg.Terima kasih sudi terima syg dalam hidup abg.Syg janji akan jadi isteri terbaik buat abg dan ibu terbaik buat anak-anak kita nanti",jawab Natasha lembut.
Hatinya benar-benar bahagia saat itu.Itulah sebenarnya apa yang diinginkan oleh Natasha selama ini.Memiliki seseorang yg dicintai dalam hidupnya.
Chak menarik Natasha mendepaninya.
Satu senyuman terukir manis dibibirnya.
"Syg nak jadi ibu terbaik untuk anak-anak kita ke?",tanya Chak.
"Mestilah nak",jawab Natasha malu-malu.
"Kalau begitu,kita perlu cepatkan proses untuk dapatkan anak",jawab Chak sambil mengangkat tubuh ramping milik isterinya itu.
**********
Share this novel